koperasi smk guar nangka koperasi pertama jual tutor

1
UTUSAN MALAYSIA MUKA 25 IKUTI RUANGAN PANTAU DI WWW.WAHIDHASHIM.BLOGSPOT.COM ISNIN • 28.03.2016 Koperasi SMK Guar Nangka koperasi pertama jual Tutor K OPERASI Sekolah Menen- gah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka Perlis Bhd. menjadi koperasi sekolah pertama di Ma- laysia yang menjual akhbar pen- didikan, Tutor di bawah kerjasama MyAngkasa Services Sdn. Bhd. (My- Angkasa) dengan Unit Pendidikan Utusan Malaysia. Pengetua SMK Guar Nangka, Fau- ziah Abdul Hamid berkata, koperasi sekolahnya menjual semua produk Tutor bukan sahaja bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelajar serta guru malah terbuka kepada penduduk setempat. “Penjualan Tutor di koperasi sekolah akan memudahkan pela- jar mendapatkan bahan rujukan berkualiti itu sama ada bagi kegu- naan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun ulang kaji di ru- mah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bo- rang pesanan Tutor di sekolahnya di Arau, Perlis, baru-baru ini. Kesemua produk Tutor iaitu Tu- tor UPSR, Tutor PT3, Tutor SPM, Tu- tor Fokus A dan Tutor English dijual di koperasi sekolah ini. Di bawah kerjasama Myangkasa, anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (An- gkasa), dengan Utusan Malaysia, sebanyak 2,335 koperasi sekolah di seluruh negara akan bertindak se- bagai ejen membekalkan Tutor ke- pada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Menurut Fauziah, penjualan Tu- tor ini menambahkan kepelbaga- ian produk jualan koperasi sekolah sekali gus membantu meningkat- kan pendapatan. Tutor bakal menjadi satu daya penarik pelanggan baharu ke koperasi dan ini juga membantu menjana pen- dapatan koperasi SMK Guar Nangka dari semasa ke semasa,” katanya. Dalam pada itu, Fauziah meng- gesa pelajar SMK Guar Nangka agar bijak menggunakan kemudahan tersebut dan segera mendapatkan naskhah Tutor yang dijual di kope- rasi sekolah pada setiap minggu. “Pelajar wajar memanfaat- kan kemudahan yang ada dengan menggunakan Tutor sebagai bahan pembelajaran mereka manakala ibu bapa pula boleh mendapatkan Tutor untuk membantu persedi- aan peperiksaan anak-anak mereka dengan cara melanggannya melalui koperasi sekolah. “Ibu bapa boleh datang dan berhubung dengan guru koperasi sekolah ini untuk membuat tempa- han,” jelasnya. Tutor merupakan program pen- didikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwim perse- kolahan - bermula dengan latihan topikal pada peringkat awal, disu- lami dengan ujian sumatif, diagnos- tik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa. Soalan dan konsep dibangunkan oleh panel guru pakar serta peng- gubal soalan manakala panel khusus disediakan bagi menggubal soalan Ke- mahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sesuai dengan format baharu pe- periksaan awam, Tutor pada tahun ini akan turut memenuhi kriteria berkenaan dengan sokongan Ke- menterian Pendidikan. UMPEDAC pupuk pengetahuan teknologi boleh diperbaharui PUSAT Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), Pusat Pengkhu- susan Tenaga Kuasa Termaju Universiti Ma- laya (UM Power Energy Dedicated Advanced Centre, UMPEDAC) men- ganjurkan program il- miah yang melibatkan 21 sekolah menengah bagi memberi kesedaran dan memupuk pengetahuan mengenai tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan generasi muda. Pengarah dan Pen- gasas UMPEDAC, Pro- fesor Dr. Nasrudin Abd Rahim berkata, program yang melibatkan 41 guru dan 268 pelajar tingkatan empat dan lima ini bukan sekadar taklimat dan menyampaikan peng- etahuan tetapi menjadi platform untuk mereka belajar melalui uji kaji serta berfikir di luar kotak. “Kuiz dan pertandingan reka cipta yang diadakan bukan sahaja menguji pengeta- huan pelajar malah membantu menin- gkatkan kemahiran insaniah (Soft Skills) mereka terutama as- pek keyakinan diri dan kemahiran ko- munikasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi- kan Program Memu- puk Pengetahuan Teknologi Boleh Diperbaharui di Kalangan Belia Malaysia anjuran UMPEDAC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam program itu, pelajar per- lu melakukan tiga aktiviti utama iaitu Amazing Race, Pertandingan Konsep Bandar Pintar dan Kuiz Tenaga Hijau. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Melati muncul juara keseluruhan menewaskan Victoria Institution di tempat kedua dan SMK Seri Bintang Utara, ketiga. Juara keseluruhan menerima sumbangan prototaip aplikasi so- lar bernilai RM6,000 yang diban- gunkan oleh UMPEDAC, wang tunai berjumlah RM1,500, sebuah trofi, sijil dan hamper. Sementara itu, Guru Sains SMK Sultan Abdul Samad, Nurul Jihan Msduki berpendapat, program ini bagus kerana memberi pendeda- han mengenai tenaga boleh diper- baharui yang boleh menjimatkan kos berbanding pengunaan gas asli dan petroleum. “Pelajar juga didedahkan kepa- da aspek kejuruteraan yang boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan tenaga daripada air, angin dan ca- haya matahari,” katanya. GURU dan pelajar SMK Guar Nangka memegang naskhah Tutor yang dibeli daripada koperasi sekolah itu di Arau, Perlis, baru- baru ini. NASRUDIN ABD. RAHIM menyampaikan hadiah kepada pasukan SMK Wangsa Melawati yang diumumkan johan keseluruhan Program Memupuk Pengetahuan Teknologi Boleh Diperbaharui di Kalangan Belia Malaysia anjuran UMPEDAC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. NURUL JIHAN MSDUKI Peluang kerjaya perkhidmatan pendidikan WARGANEGARA Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan ditetapkan dipelawa memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara atas talian di www. jobsmalaysia.gov.my. Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan, Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. “Tarikh tutup permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan melibatkan bidang- bidang pengkhususan tertentu untuk keperluan di Sabah dan Sarawak ini adalah pada 1 April 2016,” tambah kenyataan itu. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my. Pemohon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan. Kelas pemulihan khas kuasai literasi, numerasi SEKOLAH Kebangsaan (SK) Jalan 4, Bandar Baru Bangi melancarkan Kelas Abad 21 Bilik Khas Pemuli- han Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 3M iaitu mem- baca, menulis dan mengira. Guru Besar SK Jalan 4, Zarina Abd. Majid berkata, Kelas Abad 21 Cempaka Permata itu diilhamkan oleh beliau sendiri pada perte- ngahan tahun lalu yang bertujuan memberi peluang pembelajaran dan pengajaran murid LINUS su- paya lebih khusus dan fokus. “Kelas tersebut menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan dilengkapi dengan pelbagai ke- mudahan bahan bantu belajar yang menarik. “Semua ini disediakan bagi men- jamin keberhasilan atau kemenjadi- an murid LINUS seawal tahun satu agar lebih berkualiti dan tersedia untuk bersaing dengan murid aliran perdana,’’ katanya. Beliau berkata demikian selepas pelancaran kelas itu oleh Pegawai Pendidikan daerah PPD Hulu La- ngat, Mat Jah Roslan di sekolahnya, baru-baru ini. Menurut Zarina, kelas tersebut berfungsi sebagai kelas pemulihan khas khusus bagi murid yang be- lum menguasai kemahiran 3M bagi tahap 1 dan 2. seramai 26 murid telah dipilih oleh guru mata pelajaran bagi men- jalani saringan diagnostik terle- bih dahulu untuk mengenal pasti kemahiran yang belum murid dapat kuasai. “Murid ini akan diberikan tum- puan yang lebih oleh guru pemuli- han dengan pelbagai kaedah dan pendekatan agar mereka dapat menguasai kemahiran 3M dan da- pat kembali belajar di kelas ma- sing-masing bersama rakan lain,” ujarnya. Beliau berkata, kelas Abad 21 Cempaka Permata memilih murid berdasarkan markah yang diper- oleh semasa saringan diagnostik ta- hun 1 pada Januari dan kelas mula beroperasi pada sesi persekolahan 4 Januari lalu, “Kita berharap melalui inisiatif ini, kemenjadian murid LINUS akan lebih terjamin dan berkualiti,” kata- nya. Pasang kamera AES di jalan raya depan sekolah PEMASANGAN kamera sistem pen- guatkuasaan automatik (AES) di lokasi berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara memang terbukti ber- jaya mendisiplinkan pemandu untuk mematuhi had laju yang ditetapkan. Di lokasi yang ada kamera AES, para pemandu secara automatik akan memperlahankan kenderaan kerana takut disaman memandu melebihi had laju yang boleh dikenakan denda maksimum RM300. Oleh sebab itu, kamera AES per- lu di pasang di kawasan sekolah su- paya pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan demi keselamatan pelajar terutama murid sekolah rendah. Hal ini kerana pemasangan tanda amaran sahaja tidak men- cukupi, malah dalam banyak kead- aan langsung tidak diendahkan. Dengan adanya kamera AES ini, dalam jangka masa panjang, pemandu akan terdidik untuk patuh had laju di kawasan sekolah. Laluan di kawasan sekolah akan menjadi aman, tenteram dan selamat tidak kira pada hari perse- kolahan atau waktu cuti. Pemasangan kamera AES di laluan di kawasan sekolah perlu dilakukan secara berperingkat kerana kekangan kos. Mulakan dengan mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi kemalan- gan dengan fokus di kawasan bandar- bandar utama di seluruh negara. La- zimnya, sekolah di kawasan bandar terletak berhampiran jalan utama yang kepadatan trafiknya tinggi just- eru risiko kemalangan juga tinggi. Apabila ada kamera AES ini, pe- mandu yang samseng ketika di jalan raya pun akan menikus. Murid boleh melintas jalan dengan selamat. Aliran trafik akan lebih lancar dan teratur. Dan tiada lagi pemandu yang sesuka hati memecut di kawasan sekolah. Kaedah ini telah pun dilaksana- kan di Australia dan terbukti berke- san. Memasuki sahaja laluan di hadapan kawasan sekolah, secara automatik semua pemandu mem- perlahankan kenderaan masing- masing walaupun pada hari cuti. Selain itu, pemasangan kamera AES di kawasan sekolah ini juga dapat membantu menangani kes jenayah terutama yang melibatkan kes pen- culikan. Kamera AES biasanya dileng- kapi kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh merekodkan sebarang ke- jadian yang berlaku di kawasan seki- tarnya. Lagipun, biasanya penculik akan memecut sebaik sahaja melaku- kan jenayah dan ini tentunya dapat dirakam oleh kamera AES. Sebelum statistik kemalangan di kawasan sekolah mencanak tinggi seperti jumlah kemalangan maut semasa musim perayaan, maka elok cadangan ini diperhalusi dan dilaksanakan. Paling tidak, rintis di sekolah yang kadar kemalangan melibatkan pelajarnya tinggi. PANTAU AZMY MOHAMED [email protected] MURID SK Jalan 4 mengikuti pembelajaran Kelas Abad 21 Cempaka Permata dalam meningkatkan penguasaan 3M di sekolah itu di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Upload: vuphuc

Post on 02-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koperasi SMK Guar Nangka koperasi pertama jual Tutor

UTUSAN MALAYSIA MUKA 25

IKUTI RUANGAN PANTAU DI WWW.WAHIDHASHIM.BLOGSPOT.COM

ISNIN • 28.03.2016

Koperasi SMK Guar Nangka koperasi pertama jual TutorKOPERASI Sekolah Menen-

gah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka Perlis Bhd. menjadi

koperasi sekolah pertama di Ma-laysia yang menjual akhbar pen-didikan, Tutor di bawah kerjasama MyAngkasa Services Sdn. Bhd. (My-Angkasa) dengan Unit Pendidikan Utusan Malaysia.

Pengetua SMK Guar Nangka, Fau-ziah Abdul Hamid berkata, koperasi sekolahnya menjual semua produk Tutor bukan sahaja bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelajar serta guru malah terbuka kepada penduduk setempat.

“Penjualan Tutor di koperasi sekolah akan memudahkan pela-jar mendapatkan bahan rujukan berkualiti itu sama ada bagi kegu-naan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun ulang kaji di ru-mah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bo-rang pesanan Tutor di sekolahnya di Arau, Perlis, baru-baru ini.

Kesemua produk Tutor iaitu Tu-tor UPSR, Tutor PT3, Tutor SPM, Tu-

tor Fokus A dan Tutor English dijual di koperasi sekolah ini.

Di bawah kerjasama Myangkasa, anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (An-gkasa), dengan Utusan Malaysia, sebanyak 2,335 koperasi sekolah di seluruh negara akan bertindak se-bagai ejen membekalkan Tutor ke-pada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Menurut Fauziah, penjualan Tu-tor ini menambahkan kepelbaga-ian produk jualan koperasi sekolah sekali gus membantu meningkat-kan pendapatan.

“Tutor bakal menjadi satu daya penarik pelanggan baharu ke koperasi dan ini juga membantu menjana pen-dapatan koperasi SMK Guar Nangka dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah meng-gesa pelajar SMK Guar Nangka agar bijak menggunakan kemudahan tersebut dan segera mendapatkan naskhah Tutor yang dijual di kope-rasi sekolah pada setiap minggu.

“Pelajar wajar memanfaat-kan kemudahan yang ada dengan

menggunakan Tutor sebagai bahan pembelajaran mereka manakala ibu bapa pula boleh mendapatkan Tutor untuk membantu persedi-aan peperiksaan anak-anak mereka dengan cara melanggannya melalui koperasi sekolah.

“Ibu bapa boleh datang dan berhubung dengan guru koperasi sekolah ini untuk membuat tempa-han,” jelasnya.

Tutor merupakan program pen-didikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwim perse-kolahan - bermula dengan latihan topikal pada peringkat awal, disu-lami dengan ujian sumatif, diagnos-tik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa.

Soalan dan konsep dibangunkan oleh panel guru pakar serta peng-gubal soalan manakala panel khusus disedia kan bagi menggubal soalan Ke-mahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sesuai dengan format baharu pe-periksaan awam, Tutor pada tahun ini akan turut memenuhi kriteria berkenaan dengan sokongan Ke-men terian Pendidikan.

UMPEDAC pupuk pengetahuan teknologi boleh diperbaharuiPUSAT Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), Pusat Pengkhu-susan Tenaga Kuasa Termaju Universiti Ma-laya (UM Power Energy Dedicated Advanced Centre, UMPEDAC) men-ganjurkan program il-miah yang melibatkan 21 sekolah menengah bagi memberi kesedaran dan memupuk pengetahuan mengenai tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan generasi muda.

Pengarah dan Pen-gasas UMPEDAC, Pro-fesor Dr. Nasrudin Abd Rahim berkata, program yang melibatkan 41 guru dan 268 pelajar tingkatan empat dan lima ini bukan sekadar taklimat dan menyampaikan peng-etahuan tetapi menjadi platform untuk mereka belajar melalui uji kaji serta berfikir di luar kotak.

“Kuiz dan pertandingan reka cipta yang diadakan bukan sahaja

menguji pengeta-huan pelajar malah membantu menin-gkatkan kemahiran insaniah (Soft Skills) mereka terutama as-pek keyakinan diri dan kemahiran ko-munikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi-kan Program Memu-puk Pengetahuan Teknologi Boleh

Diperbaharui di Kalangan Belia Malaysia anjuran UMPEDAC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam program itu, pelajar per-lu melakukan tiga aktiviti utama iaitu Amazing Race, Pertandingan Konsep Bandar Pintar dan Kuiz

Tenaga Hijau.Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Wangsa Melati muncul juara keseluruhan menewaskan Victoria Institution di tempat kedua dan SMK Seri Bintang Utara, ketiga.

Juara keseluruhan menerima sumbangan prototaip aplikasi so-lar bernilai RM6,000 yang diban-gunkan oleh UMPEDAC, wang tunai berjumlah RM1,500, sebuah trofi, sijil dan hamper.

Sementara itu, Guru Sains SMK Sultan Abdul Samad, Nurul Jihan Msduki berpendapat, program ini bagus kerana memberi pendeda-han mengenai tenaga boleh diper-baharui yang boleh menjimatkan kos berbanding pengunaan gas asli dan petroleum.

“Pelajar juga didedahkan kepa-da aspek kejuruteraan yang boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan tenaga daripada air, angin dan ca-haya matahari,” katanya.

GURU dan pelajar SMK Guar Nangka memegang naskhah Tutor yang dibeli daripada koperasi sekolah itu di Arau, Perlis, baru-baru ini.

NASRUDIN ABD. RAHIM menyampaikan hadiah kepada pasukan SMK Wangsa Melawati yang diumumkan johan keseluruhan Program Memupuk Pengetahuan Teknologi Boleh Diperbaharui di Kalangan Belia Malaysia anjuran UMPEDAC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

NURUL JIHAN MSDUKI

Peluang kerjaya perkhidmatan pendidikanWARGANEGARA Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan ditetapkan dipelawa memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara atas talian di www.jobsmalaysia.gov.my.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan, Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

“Tarikh tutup permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tertentu untuk keperluan di Sabah dan Sarawak ini adalah pada 1 April 2016,” tambah kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406.

Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my.

Pemohon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Kelas pemulihan khas kuasai literasi, numerasiSEKOLAH Kebangsaan (SK) Jalan 4, Bandar Baru Bangi melancarkan Kelas Abad 21 Bilik Khas Pemuli-han Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dalam usaha me ningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 3M iaitu mem-baca, menulis dan mengira.

Guru Besar SK Jalan 4, Zarina Abd. Majid berkata, Kelas Abad 21 Cempaka Permata itu diilhamkan oleh beliau sendiri pada perte-ngahan tahun lalu yang bertujuan memberi peluang pembelajaran dan pengajaran murid LINUS su-paya lebih khusus dan fokus.

“Kelas tersebut menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan dilengkapi dengan pelbagai ke-mudahan bahan bantu belajar yang menarik.

“Semua ini disediakan bagi men-jamin keberhasilan atau kemenjadi-an murid LINUS seawal tahun satu agar lebih berkualiti dan tersedia untuk bersaing dengan murid aliran perdana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kelas itu oleh Pegawai Pendidikan daerah PPD Hulu La-ngat, Mat Jah Roslan di sekolahnya, baru-baru ini.

Menurut Zarina, kelas tersebut berfungsi sebagai kelas pemulihan khas khusus bagi murid yang be-lum menguasai kemahiran 3M bagi tahap 1 dan 2.

seramai 26 murid telah dipilih oleh guru mata pelajaran bagi men-jalani saringan diagnostik terle-bih dahulu untuk mengenal pasti kema hiran yang belum murid dapat kuasai.

“Murid ini akan diberikan tum-

puan yang lebih oleh guru pemuli-han dengan pelbagai kaedah dan pendekatan agar mereka dapat menguasai kemahiran 3M dan da-pat kembali belajar di kelas ma-sing-masing bersama rakan lain,” ujarnya.

Beliau berkata, kelas Abad 21 Cempaka Permata memilih murid

berdasarkan markah yang diper-oleh semasa saringan diagnostik ta-hun 1 pada Januari dan kelas mula beroperasi pada sesi persekolahan 4 Januari lalu,

“Kita berharap melalui inisiatif ini, kemenjadian murid LINUS akan lebih terjamin dan berkualiti,” kata-nya.

Pasang kamera AES di jalan raya depan sekolahPEMASANGAN kamera sistem pen-guatkuasaan automatik (AES) di lokasi berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara memang terbukti ber-jaya mendisiplinkan pemandu untuk mematuhi had laju yang ditetapkan.

Di lokasi yang ada kamera AES, para pemandu secara automatik akan memperlahankan kenderaan kerana takut disaman memandu melebihi had laju yang boleh dikenakan denda maksimum RM300.

Oleh sebab itu, kamera AES per-lu di pasang di kawasan sekolah su-paya pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan demi keselamatan pelajar terutama murid sekolah rendah. Hal ini kerana pemasangan tanda amaran sahaja tidak men-cukupi, malah dalam banyak kead-aan langsung tidak diendahkan.

Dengan adanya kamera AES ini, dalam jangka masa panjang, pemandu akan terdidik untuk patuh had laju di kawasan sekolah. Laluan di kawasan sekolah akan menjadi aman, tenteram dan selamat tidak kira pada hari perse-kolahan atau waktu cuti.

Pemasangan kamera AES di laluan di kawasan sekolah perlu dilakukan secara berperingkat kerana kekangan kos. Mulakan dengan mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi kemalan-gan dengan fokus di kawasan bandar-bandar utama di seluruh negara. La-zimnya, sekolah di kawasan bandar terletak berhampiran jalan utama yang kepadatan trafiknya tinggi just-eru risiko kemalangan juga tinggi.

Apabila ada kamera AES ini, pe-

mandu yang samseng ketika di jalan raya pun akan menikus. Murid boleh melintas jalan dengan selamat. Aliran trafik akan lebih lancar dan teratur. Dan tiada lagi pemandu yang sesuka hati memecut di kawasan sekolah.

Kaedah ini telah pun dilaksana-kan di Australia dan terbukti berke-san. Memasuki sahaja laluan di hadapan kawasan sekolah, secara automatik semua pemandu mem-perlahankan kenderaan masing-masing walaupun pada hari cuti.

Selain itu, pemasangan kamera AES di kawasan sekolah ini juga dapat membantu menangani kes jenayah terutama yang melibatkan kes pen-culikan. Kamera AES biasanya dileng-kapi kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh merekodkan sebarang ke-jadian yang berlaku di kawasan seki-tarnya. Lagipun, biasanya penculik akan memecut sebaik sahaja melaku-kan jenayah dan ini tentunya dapat dirakam oleh kamera AES.

Sebelum statistik kemalangan di kawasan sekolah mencanak tinggi seperti jumlah kemalangan maut semasa musim perayaan, maka elok cadangan ini diperhalusi dan dilaksanakan. Paling tidak, rintis di sekolah yang kadar kemalangan melibatkan pelajarnya tinggi.

PANTAUAZMY [email protected]

MURID SK Jalan 4 mengikuti pembelajaran Kelas Abad 21 Cempaka Permata dalam meningkatkan penguasaan 3M di sekolah itu di Bangi, Selangor, baru-baru ini.