pentadbiran koperasi

Upload: sya-rina

Post on 06-Apr-2018

373 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    1/88

    PENTADBIRANKOPERASI

    S I R I P E N G U R U S A N M K M

    Maktab Kerjasama Malaysia

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    2/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    ii

    Maktab Kerjasama Malaysia

    Cetakan Pertama : 2006

    Cetakan Kedua : 2010

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan

    dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

    rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Maktab

    Kerjasama Malaysia.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkalogan-dalam-Penerbitan

    Pentadbiran koperasi

    (Siri pengurusan MKM)

    ISBN 983-4296-62-2

    1. Cooperative societies -- Management. 2. Consumer cooperatives

    --Management. I. Maktab Kerjasama Malaysia. II. Siri.

    334.5068

    Diterbitkan oleh :

    Maktab Kerjasama Malaysia

    103, Jalan Templer46700 Petaling Jaya, Selangor

    Tel : 03-7964 9000 Fax : 03-7957 0434

    www.mkm.edu.my

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    3/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    iii

    KANDUNGANPrakata v

    Bab 1 : Latar Belakang Koperasi

    1.1 Sejarah Awal Gerakan Koperasi 21.2 Sejarah Umum Gerakan Koperasi Di Malaysia 3

    1.3 DefnisiKoperasi 51.4 Nilai-nilai Dalam Koperasi 7

    1.5 Prinsip-prinsip Koperasi 81.6 Struktur Koperasi Di Malaysia 111.7 Perbandingan Koperasi Dengan Organisasi Lain 131.8 Kebaikan Berkoperasi 131.9 Perundangan Koperasi 15

    Bab 2 : Sistem Pentadbiran Koperasi

    2.1 Demokrasi Dalam Koperasi 202.2 Struktur Organisasi Koperasi 22

    2.3 Mesyuarat Agung Koperasi 252.3.1 Jenis Mesyuarat Agung Koperasi 262.3.2 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi 292.3.3 Peranan Anggota Atau Perwakilan Dalam 33

    Mesyuarat Agung2.4 Kesimpulan 38

    Bab 3 : Komponen Dalam Pentadbiran Koperasi

    3.1 Peranan Anggota Koperasi Dalam 39

    Pentadbiran Koperasi3.2 Peranan Anggota Lembaga Koperasi 47

    Dalam Pentadbiran Koperasi3.3 Peranan Jawatankuasa Audit Dalaman Dalam 57

    Pentadbiran Koperasi3.4 Peranan Pengurusan Dalam Pentadbiran Koperasi 663.5 Kesimpulan 73

    Bab 4 : Penutup 75

    Bibliograf 79

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    4/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    iv

    Senarai Rajah dan Jadual

    Rajah 1 : Struktur Koperasi Di Malaysia 11

    Rajah 2 : Struktur Undang-undang Koperasi Di Malaysia 15

    Rajah 3 : Carta Organisasi Koperasi 23

    Rajah 4 : Ciri-ciri Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) 65

    Rajah 5 : Struktur Pengurusan Koperasi 68

    Jadual 1 : Perbandingan Koperasi dengan Organisasi Lain 13

    Jadual 2 : Perbandingan Jawatankuasa Audit Dalaman 67

    dan Juruaudit Luar

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    5/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    v

    Peranan gerakan koperasi semakin meningkat sejajar arus pembangunan

    negara malah telah diterima di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan

    yang diberikan kepada koperasi sebagai sektor ketiga dalam menjana

    ekonomi negara bukan saja membuktikan bahawa gerakan koperasi

    masih relevan tetapi juga penting kepada keyajaan negara.

    Walaupun begitu, bahan-bahan penulisan amat sedikit tidak setanding

    usianya. Justeru, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai sebuah

    pusat pendidikan dan latihan perkoperasian berasa tercabar dan

    terpanggil untuk menambahkan bilangan bahan bacaan yang boleh

    dijadikan panduan para koperator di negara ini.

    Anggota, Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit

    Dalaman mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam

    mentadbir koperasi dengan cekap dan berkesan. Begitu juga peranan

    pengurusan yang menjadi pendokong kepada sistem pentadbiran yang

    mantap di dalam koperasi. Tanpa pengetahuan yang mantap dalam

    kalangan anggota koperasi khususnya berkaitan pentadbiran koperasi,

    adalah agak sukar bagi gerakan koperasi untuk berkembang setaraf

    dengan sektor-sektor lain.

    Oleh yang demikian, Siri Pengurusan ini boleh dijadikan wahana

    untuk menyebarkan ilmu-ilmu perkoperasian khasnya dalam bidang

    pentadbiran koperasi. Kandungan yang terdapat di dalam buku ini

    memberikan gambaran yang jelas mengenai fungsi dan peranan yang

    dimainkan oleh setiap komponen yang wujud dalam koperasi iaitu

    anggota koperasi, Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit

    Prakata

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    6/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    vi

    Dalaman Koperasi dan pihak pengurusan dengan berpandukan undang-

    undang dan peraturan-peraturan koperasi yang diamalkan pada masaini.

    Buku ini juga diterbitkan sebagai satu sumber yang boleh meningkatkan

    pengetahuan dan kefahaman anggota koperasi dan masyarakat umum

    terhadap koperasi. Hasrat untuk memantapkan gerakan koperasi hanya

    akan tercapai sekiranya pentadbiran dan pengurusan koperasi difahami,

    dihayati dan diamalkan oleh anggota koperasi dan masyarakat

    umumnya.

    Pengarah

    Maktab Kerjasama Malaysia

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    7/88

    PENTADBIRAN

    KOPERASI

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    8/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    viii

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    9/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    1

    Koperasi merupakan entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan

    manusia dengan menyediakan perkhidmatan dan produk kepada

    penggunanya. Secara umumnya, koperasi merupakan perniagaan yang

    dimiliki dan dikawal secara demokratik oleh sekumpulan manusia yang

    mempunyai tujuan yang sama dengan menggunakan perkhidmatannya

    serta mendapat faedah yang diagihkan sama rata atas penggunaan

    perkhidmatan tersebut. Pengguna kepada perniagaan ini dipanggil

    anggota. Terdapat dua cara bagaimana anggota memperoleh faedah

    daripada koperasi. Pertama, semakin banyak melanggan dengan

    koperasi, semakin banyak perkhidmatan yang diperoleh. Keduanya,

    pendapatan yang diperuntukkan kepada anggota adalah berdasarkan

    kepada jumlah langganan/transaksi dengan koperasi.

    Aktiviti koperasi adalah mirip dengan perniagaan-perniagaan yang

    lain. Ia mempunyai kemudahan zikal yang sama, menjalankan

    fungsi yang sama serta mengikuti amalan perniagaan. Akan tetapi,

    perbezaan yang dapat dilihat dari penubuhan koperasi adalah tujuan

    koperasi ditubuhkan, pemilikan dan kawalan serta bagaimana faedah

    diagihkan. Perbezaan ini dinyatakan dalam prinsip-prinsip koperasi

    yang menerangkan dengan lebih jelas keunikan kegiatan koperasi.

    BAB 1Latar Belakang

    Koperasi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    10/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    2

    1.1 Sejar ah Awal Gerakan Koperasi

    Falsafah berkoperasi bermula di dalam penulisan dan aktiviti

    oleh Robert Owen, Louis Blanc, Charles Fourier dan ramai lagi.

    Pada mula gerakan ini ia bersifat revolusi tetapi apabila gerakan

    ini dibawa oleh Sosialis Kristian, aspek revolusi ini berkurangan.

    Akan tetapi, gerakan koperasi mula mengambil tempat

    di pertengahan abad ke-18 di mana tercetusnya Revolusi

    Perindustrian di England. Kesan langsung kepada

    pembanjiran pekerja di sektor perkilangan menyebabkanpihak pengilang mengambil peluang mengeksploitasi

    tenaga buruh menerusi bayaran upah yang rendah, masa

    kerja yang lebih panjang dan keadaan bekerja yang

    amat menyedihkan. Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang

    penenun untuk menyumbangkan modal sebanyak satu pound

    seorang dengan menubuhkan sebuah kedai runcit yang menjual

    barangan kegunaan asas. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1844

    dan merupakan sejarah kepada gerakan koperasi sehingga kini.Mereka ini dikenali sebagai Pelopor Rochdale, berjaya sebagai

    kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia sehingga

    menubuhkan koperasi kilang tepung dan kilang kain. Konsep

    yang digunakan oleh mereka adalah faedah tetap atas modal

    dengan agihan keuntungan berasaskan langganan kepada

    pembelian di koperasi.

    Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna dikawasan bandar, akhirnya tersebar sehingga ke kawasan luar

    bandar di kalangan petani. Akibat daripada perkembangan

    ini wujud berbagai aktiviti seperti koperasi pertanian, kredit,

    insurans, khidmat kesihatan, perumahan dan pelbagai lagi aktiviti.

    Dengan perkembangan ini satu badan telah ditubuhkan hasil

    idea seorang peguam, E.V Neale untuk menyeragamkan identiti

    koperasi dan memastikan entiti ini dikenali sebagai sebuah

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    11/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    3

    perniagaan. Maka, Ikatan Koperasi Antarabangsa atau dikenali

    sebagai International Co-operative Alliance (ICA) ditubuhkanpada tahun 1895 dan sehingga kini keanggotaannya adalah 222

    organisasi dari 88 buah negara dengan menganggarkan lebih

    daripada 800 juta orang di dunia yang terlibat secara langsung

    dengan kegiatan koperasi.

    Pada akhir abad ke-19, konsep berkoperasi ini telah meliputi

    ke beberapa bahagian Eropah dan Amerika Selatan. Pada

    awal abad ke-20, gerakan koperasi telah tersebar ke India dansecara berperingkat ke negara Asia dan Afrika akibat daripada

    pemerintahan penjajah oleh British. Perkembangan kegiatan

    koperasi ini juga tidak mengecualikan Malaysia yang ketika itu

    dijajah oleh pihak British.

    1.2 Sejar ah Umum Gerakan Koperasi Di Malaysia

    Kegiatan koperasi di Tanah Melayu pada ketika itu adalah hasil

    idea daripada penjajah British akibat daripada masalah

    keterhutangan yang serius dalam kalangan penduduk di Tanah

    Melayu. Setelah undang-undang koperasi yang pertama diluluskan

    pada 28 Jun 1922, maka koperasi yang pertama berasaskan kredit

    didaftarkan dengan nama The Federated Malay States Posts

    and Telegraphs Co-operative Thrift and Loan Society Limited

    pada 21 Julai 1922. Manakala di kawasan luar bandar, koperasipinjaman desa dipelopori oleh Syarikat Bekerjasama-sama

    Kerana Meminjamkan Wang Kampung Tebuk Haji Musa, Mukim

    Titi Serong, Krian Dengan Tanggungan Tidak Berhad didaftarkan

    pada 3 Disember 1923. Organisasi kerajaan yang mengawal

    selia gerakan koperasi ini adalah Jabatan Kemajuan Kerjasama

    yang telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi untuk

    memandu dan memajukan gerakan ini.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    12/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    4

    Sepanjang 87 tahun (1922 2009) gerakan koperasi bertapak di

    Malaysia, berbagai peristiwa telah melanda gerakan ini. Gerakankoperasi berkembang dengan baik semenjak diperkenalkan

    sehinggalah terhenti apabila Jepun menakluki Malaya. Selepas

    itu, atas kesedaran rakyat, koperasi dibangunkan semula

    sehinggalah sekarang. Antara sejarah hitam yang melanda

    gerakan koperasi adalah kes kejatuhan Bank Rakyat dalam

    tahun 1970-an, manakala dalam tahun 1980-an berlaku kejatuhan

    Bank Pusat Kerjasama Malaysia (CCB) serta asco 24 koperasi

    penerima deposit. Dalam tahun 1990-an berlaku kegawatanekonomi yang memberi impak negatif kepada segelintir koperasi

    yang melabur menggunakan sumber pinjaman daripada institusi

    kewangan.

    Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa memberi sokongan

    dengan melancarkan berbagai dasar agar gerakan koperasi seiring

    dengan pembangunan negara. Antara strategi dan dasar yang telah

    dilaksanakan adalah seperti :

    Penstrukturan semula gerakan koperasi berasaskan jenis

    kegiatan koperasi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru

    (1970-an)

    Pelancaran Era Baru Koperasi dengan memperkenalkan

    4 jenis koperasi iaitu Koperasi Pembangunan Daerah,

    Koperasi Industri Kampung, Koperasi Pelaburan Pekerjadan Koperasi Pembangunan Negara (1980-an)

    Penyeragaman undang-undang koperasi (1990-an)

    Pelancaran Dasar Koperasi Negara (DKN) dan Etika

    Koperasi (ETIKOP) (abad 21)

    Transformasi Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) kepada

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan pindaan

    Akta Koperasi 1993 bermula 1 Januari 2008.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    13/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    5

    Sepanjang kewujudan gerakan koperasi selama 87 tahun

    ia seumpama kehidupan manusia. Walau apa pun, corakkehidupannya adalah ditentukan oleh anggota-anggotanya yang

    memilih wakil untuk mentadbir secara demokrasi. Wakil yang

    dipilih adalah terdiri daripada anggota lembaga yang mempunyai

    tugas-tugas tertentu untuk mentadbir dan mengawal koperasi

    agar sentiasa berada di atas landasan yang betul iaitu berasaskan

    prinsip dan falsafah koperasi.

    1.3 DefnisiKoperasi

    Koperasi atau Co-operative adalah terjemahan langsung

    daripada Co-operation yang berasal daripada perkataan Latin

    Co-operari. Ia terdiri daripada 2 suku kata iaitu Co yang

    membawa maksud bersama manakala Operari pula bermaksud

    bekerja. Dalam bahasa Inggeris, Co-operative bermaksud

    kerjasama, tolong menolong dan bantu membantu. Justeru itu,

    koperasi dapat disimpulkan sebagai organisasi yang diwujudkan

    atas asas bekerjasama serta perpaduan antara anggota-anggotanya

    bagi mencapai matlamat tertentu.

    Bagi mencapai matlamat berkoperasi, apa yang penting

    adalah peranan anggotanya sebagai pemilik, pengguna dan

    pengawal. Sebagai pemilik, anggota bukan saja mempunyai

    tanggungjawab untuk melaburkan modal dan menyokongaktiviti koperasi tetapi juga mengawal koperasi dengan konsep

    satu anggota satu undi dan menerima faedah atas langganan

    yang dibuat.

    Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Kongres Manchester pada

    tahun 1995 telah menerima pakai Pernyataan Identiti Koperasi

    yang menyenaraikan nilai-nilai utama koperasi dan juga satu set

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    14/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    6

    prinsip-prinsip koperasi yang telah dikaji semula. Dalam kongres

    ini juga koperasi telah didenisikan sebagai :

    Sebuah persatuan manusia yang berautonomi

    bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan

    dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial

    dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama

    dan dikawal secara demokratik.

    Daripada denisi di atas, koperasi mempunyai maksud yangluas dan berbeza daripada bentuk perniagaan yang lain. Identiti

    koperasi yang dinyatakan dalam denisi adalah anggota dan

    anggota itu sendiri berganding bahu, mengamalkan sikap

    tolong-menolong dan bekerjasama dalam menentukan hala tuju

    koperasi bagi meningkatkan sosioekonomi mereka. Dengan kata

    lain, koperasi merupakan organisasi perniagaan yang ditubuh,

    diuruskan dan bermodalkan wang dari anggota-anggotanya

    untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan ke arah

    meningkatkan dan memajukan taraf sosioekonomi mereka dan

    masyarakat umumnya.

    Sebagai kesimpulannya, koperasi adalah sejenis perniagaan atau

    organisasi yang berasaskan kepada konsep tolong menolong dan

    prihatin terhadap orang lain. Ia wujud atas sekumpulan manusia

    yang bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yangdihadapi di dalam organisasi dan mencapai keperluan mereka.

    Konsep berkoperasi adalah sesuatu yang unik yang tidak dapat

    diperoleh di mana-mana perusahaan. Ia berbeza dengan organisasi

    yang lain yang berpegang kepada tiga peraturan utama iaitu:-

    i. Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira

    pangkat dan darjat

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    15/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    7

    ii. Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan

    anggota untuk bekerja bersesama dalam setiap aktiviti demimenyelesaikan masalah bersama

    iii. Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai

    keperluan anggota bukan kepada tujuan mendapat

    keuntungan semata-mata

    1.4 Nilai-Nilai Dalam Koperasi

    Asas koperasi adalah nilai-nilai koperasi yang merupakan idea ataufahaman yang dibawa oleh Robert Owen yang dikenali sebagai

    Bapa Koperasi. Nilai-nilai ini merupakan ciri utama yang

    membezakan antara koperasi dengan organisasi perniagaan yang

    lain. Nilai dalam gerakan koperasi merangkumi nilai-nilai asas

    dan nilai-nilai etika. Nilai-nilai asas adalah berteraskan kepada

    pembentukan peribadi diri sendiri, organisasi dan masyarakat.

    Manakala nilai-nilai etika adalah merujuk kepada perubahan

    tingkah laku anggota koperasi melalui penglibatan dalam setiap

    aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi yang

    berhubung kait dengan kehendak dan keperluan mereka.

    Nilai Asas :

    Membantu diri sendiri

    Bertanggungjawabke atas diri sendiri,

    Demokrasi,

    Kesamarataan,

    Keadilan dan

    Perpaduan

    Nilai Etika :

    Keterbukaan

    Amanah, Tanggungjawab sosial,

    Prihatin terhadap

    orang lain

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    16/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    8

    1.5 Pr insip-pr insip Koperasi

    Terdapat tujuh prinsip koperasi yang diamalkan dalam gerakan

    koperasi.

    Prinsip 1 : Keanggotaan Sukarela dan Terbuka

    Berasaskan kepada denisi koperasi, keanggotaan sesebuah

    koperasi mestilah secara sukarela dan terbuka tanpa ada sekatan

    dari segi taraf sosioekonomi, agama mahupun pegangan politik.

    Keanggotaan adalah kepada sesiapa yang inginkan faedah

    daripada kegiatan koperasi dan bersedia menerima segala

    tanggungjawab sebagai anggota. Sebaliknya, sebagai anggota

    koperasi adalah bebas untuk menarik diri tanpa halangan.

    Daripada prinsip ini dapat dikatakan bahawa kewujudan koperasi

    dapat memberikan justikasi kepada masyarakat. Ini kerana

    masyarakat akan berminat menganggotai koperasi sekiranya

    kemahuan dipenuhi dan menjauhinya sekiranya tidak mendapatapa-apa kelebihan daripada berkoperasi.

    Prinsip 2 : Kawalan Demokratik Anggota

    Di dalam koperasi, kuasa muktamad berada di tangan anggota-

    anggota disebabkan kuasa yang tertinggi di dalam struktur

    organisasi koperasi adalah terletak kepada anggota. Dalam segala

    hal yang melibatkan pengundian, prinsipnya adalah satu anggota

    satu undi tanpa mengira kepada jumlah saham yang dimilikianggota. Ini merupakan pengiktirafan kepada kenyataan bahawa

    manusia bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang sama

    perlu mempunyai hak bersuara dalam organisasi yang diusahakan

    bersama. Ini agak berbeza dengan organisasi perniagaan yang

    lain di mana modal yang disumbangkan oleh pemegang saham

    menunjukkan jumlah pegangan undi dalam menentukan kuasa

    pengundian.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    17/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    9

    Prinsip 3 : Penglibatan Ekonomi Anggota

    Setiap anggota akan menyumbang modal mengikut syarat yangtelah ditetapkan dan mempunyai peluang untuk melibatkan diri

    dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi. Untuk

    menghargai sokongan dan penglibatan anggota koperasi boleh

    memberikan pulangan ke atas apa yang telah disumbangkan oleh

    mereka. Sebagai contoh, koperasi boleh memberikan rebat kepada

    anggota yang banyak berlanggan dengan kedai koperasi dan jika

    koperasi mempunyai keuntungan bersih yang boleh diagihkan,

    anggota juga boleh diberikan dividen atas syer yang merekasumbangkan.

    Prinsip 4 : Autonomi dan Kebebasan

    Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk

    menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian. Sekiranya koperasi

    membuat apa-apa perjanjian dengan organisasi lain termasuk

    kerajaan atau badan kewangan, ia perlu memastikan kawalan

    demokratik oleh anggota dan mempertahankan autonomi

    koperasi tersebut. Koperasi juga berhak menentukan apa faedah

    yang boleh diperoleh dan juga bagaimana koperasi digerakkan

    berlandaskan prinsip-prinsip dan undang-undang koperasi yang

    sedia ada. Antara lain prinsip keempat ini memberi kebebasan

    kepada koperasi menetapkan hala tuju dan matlamat koperasi,

    kebebasan untuk menggaris, menambah dan membatalkan UUK,

    memilih wakil-wakil lembaga untuk mentadbir koperasi, bebasuntuk bergabung dengan mana-mana koperasi yang dikirkan

    sesuai dan memberi manfaat kepada anggota-anggota koperasi.

    Prinsip 5 : Pendidikan, Latihan dan Maklumat

    Prinsip ini adalah amat penting kerana prinsip-prinsip lain tidak

    dapat dicapai jika prinsip ini tidak dilakasanakan. Koperasi

    menyediakan pendidikan dan latihan kepada setiap anggota,

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    18/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    10

    perwakilan yang dilantik mentadbir koperasi serta kakitangan

    koperasi. Ini akan menyumbang secara efektif kepadapembangunan koperasi. Melalui maklumat pula, masyarakat

    sekeliling akan mengetahui kebaikan apabila berkoperasi. Objektif

    prinsip ini adalah untuk menggalakkan pendidikan dan latihan

    kepada anggota koperasi dan menyebarkan maklumat berkaitan

    koperasi kepada orang ramai.

    Prinsip 6 : Kerjasama antara Koperasi

    Koperasi perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadaanggota untuk memastikan institusi ini akan berkekalan. Untuk

    meningkatkan keupayaan koperasi berbuat demikian, koperasi-

    koperasi sendiri perlu bekerja bersama-sama melalui rangkaian

    (networking) yang baik di peringkat setempat, kebangsaan dan

    antarabangsa. Prinsip ini perlu diberi perhatian bagi meningkatkan

    kerjasama di antara koperasi dan memperkukuhkan kecekapan

    perjalanan aktiviti koperasi.

    Prinsip 7 : Prihatin Terhadap Komuniti

    Prinsip ini menitik beratkan tanggungjawab sosial pihak koperasi

    dan anggota-anggotanya terhadap komuniti di kawasan operasi.

    Antaranya adalah bekerjasama menunjukkan keprihatinan kepada

    komuniti di kawasan operasi, prihatin kepada jiran dan alam

    sekitar. Dengan lain perkataan, koperasi dan anggota-anggotanya

    perlu menjadi warga yang baik. Walau bagaimanapun prinsip inihanya akan terlaksana sekiranya keperluan anggota sudah dapat

    direalisasikan dan anggota berpuashati dengan perkhidmatan

    yang koperasi tawarkan.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    19/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    11

    1.6 Struktur Koperasi di Malaysia

    Secara tradisinya, gerakan koperasi dapat digambarkan seperti

    struktur piramid yang membentuk tiga lapisan. Lapisan pertama

    struktur ini merupakan koperasi asas di mana keanggotaannya

    adalah terdiri daripada individu atau orang perseorangan sahaja.

    Koperasi asas ini memberikan perkhidmatan kepada anggotanya

    secara langsung. Saiz koperasi adalah bergantung kepada keluasan

    kawasan operasi koperasi tersebut dan aktiviti yang dijalankan.

    Lapisan yang kedua adalah dikenali sebagai koperasi menengah.

    Operasi yang dijalankan adalah sama seperti koperasi asas kecuali

    keanggotaannya adalah terhad kepada koperasi asas sahaja,bukan kepada orang perseorangan. Melalui gabungan koperasi

    asas ini, penggemblengan sumber diperoleh terutamanya sumber

    modal untuk membeli modal aset atau menjalankan aktiviti yang

    mungkin tidak mampu dibuat secara sendirian. Sebagai contoh,

    koperasi pengguna dapat bergabung untuk membentuk koperasi

    borong yang akan membekalkan barangan kepada koperasi-

    koperasi sebagai anggotanya. Dengan cara ini, koperasi asas

    Koperasi Asas

    Koperasi Menengah

    Koperasi

    Atasan

    Rajah 1 : Struktur Koperasi Di Malaysia

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    20/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    12

    dapat menjual barangan kepada anggotanya dengan lebih murah

    berbanding perniagaan yang lain.

    Pada lapisan yang paling atas merupakan pertubuhan kebangsaan

    yang dikenali sebagai koperasi atasan atau badan puncak koperasi.

    Keanggotaan koperasi atasan ini adalah koperasi asas dan juga

    koperasi menengah yang membolehkan aktiviti dijalankan

    secara besar-besaran dan dapat memberi manfaat kepada

    koperasi-koperasi di bawahnya. Di Malaysia, Angkatan Koperasi

    Kebangsaan Malaysia Berhad atau dikenali sebagai ANGKASAyang didaftarkan pada 12 Mei 1972 mewakili koperasi atasan

    atau badan puncak bagi gerakan koperasi.

    Pada peringkat antarabangsa, koperasi bersatu di bawah satu

    payung iaitu Ikatan Koperasi Antarabangsa (International Co-

    operative Alliance). Objektif utama penubuhan ICA adalah

    mempromosi dan melindungi identiti koperasi dengan memastikan

    gerakan koperasi adalah organisasi perniagaan yang dikenali dan

    dapat bersaing dengan organisasi-organisasi perniagaan yang lain.

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

    Meningkatkan tahap kesedaran mengenai koperasi. Oleh

    itu, ICA merupakan suara kepada gerakan koperasi

    Memastikan polisi dan dasar yang betul untuk membolehkan

    koperasi berkembang dan maju Menyediakan anggota dengan maklumat, amalan-amalan

    baik melalui aktiviti penerbitan untuk membolehkan

    perkongsian maklumat

    Menyediakan program pembangunan dengan menyediakan

    peluang-peluang pekerjaan, menyokong pembasmian

    kemiskinan dan program mikro kredit.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    21/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    13

    1.7 Perbandingan Koperasi dengan Or ganisasi Lain

    Koperasi merupakan sebuah entiti yang unik dan tersendiri. Entiti

    ini berbeza dengan organisasi perniagaan yang lain. Perbezaan ini

    dapat dilihat seperti dalam jadual di bawah :

    1.8 Kebaikan Berkoperasi

    Di dalam negara-negara membangun, koperasi adalah sesuaidengan masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah.

    Dengan menubuhkan koperasi taraf sosioekonomi masyarakat

    akan meningkat. Ini kerana anggota akan menyumbang kepada

    kumpulan wang yang akan menyediakan pelbagai kemudahan

    untuk kemashalatan anggota. Keadaan ini tidak dapat dicapai

    jika dilakukan secara bersendirian. Sebagai contoh, koperasi

    yang berasaskan pertanian dapat membeli kenderaan untuk

    Tujuan

    Proses Membuat

    Keputusan

    Kawalan

    Dasar

    Struktur

    Sumbangan modal

    Implikasi kepada koperasi

    Keuntungan maksimum

    bukan merupakan yangterbaik kepada anggota

    Pendidikan kepada anggota

    Latihan diperlukan

    Pendidikan kepada anggota

    Pendidikan kepada anggota

    Pendidikan kepada anggota

    untuk memberi kefahaman

    mengenai tanggungjawab

    seorang anggota

    Or ganisasi Lain

    Memaksimumkan

    pulangan kepadapelabur

    Undi saham

    Undi saham

    Undi saham

    Memiliki,

    melanggan,

    mengawal adalah

    orang yang

    berbeza

    Pemegang saham

    Koperasi

    Memaksimumkan

    pendapatan anggota

    Demokrasi (satu

    anggota satu undi)

    Anggota

    Anggota

    Memiliki,

    melanggan,

    mengawal adalah

    orang yang sama

    Anggota

    Jadual 1 : Perbandingan Koperasi Dengan Organisasi Lain.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    22/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    14

    menghantar produk yang dikeluarkan, membina gudang sebagai

    tempat penyimpanan produk keluaran pertanian sebelumdipasarkan, menggaji tenaga-tenaga pakar untuk membantu

    aktiviti yang dijalankan di koperasi. Koperasi bertindak sebagai

    pusat pemasaran produk petani yang akan menguntungkan

    mereka daripada bersaing antara satu sama lain jika berurus

    niaga bersendirian. Jika dilihat dari sudut ini, koperasi berupaya

    melahirkan usahawan-usahawan melalui perniagaan-perniagaan

    kecil.

    Di peringkat anggota pula, kebaikan berkoperasi dapat dilihat

    dari nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. Ia menjurus kepada

    perpaduan serta kerjasama antara anggota dalam setiap aktiviti

    koperasi. Apabila diusahakan dengan baik sekali oleh semua

    anggota adalah tidak mustahil untuk mengecap taraf hidup

    yang lebih baik. Ini kerana konsep berkoperasi adalah memberi

    keistimewaan kepada anggota apabila berlanggan dan apabila

    hasil diperoleh maka lebihan daripadanya akan dikongsi bersama

    mengikut sumbangan yang telah diberikan oleh setiap anggota.

    Walau bagaimanapun, koperasi akan beroperasi selagi anggota

    memberikan komitmen yang sepenuhnya sehinggakan masyarakat

    di sekeliling juga akan merasai kenikmatan tersebut. Ini berbeza

    sekali dengan apa yang dipraktikkan dalam syarikat yang mana

    lebih berpihak kepada pemegang saham.

    Masalah utama yang dihadapi oleh koperasi adalah dari segi

    sumbangan modal oleh anggota yang hanya menyumbang setakat

    jumlah minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil

    koperasi. Ini menyukarkan koperasi untuk berkembang dengan

    lebih maju dengan mempelbagaikan aktiviti koperasi. Alasan

    utama terjadinya permasalahan ini adalah disebabkan kurangnya

    ilmu serta kefahaman mengenai konsep berkoperasi di kalangan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    23/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    15

    anggota. Ini telah menyebabkan penglibatan anggota di dalam

    aktiviti koperasi amat terhad. Keadaan ini akan mengakibatkankoperasi kurang sokongan yang menyebabkan koperasi menjadi

    tidak relevan dan akhirnya ditutup.

    1.9 Perundangan Koperasi

    Setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai undang-undangnya

    tersendiri. Begitu juga halnya dengan organisasi koperasi di mana

    undang-undang yang mengawal perjalanan dan pentadbirannyaadalah Akta Koperasi 1993. Sebelum koperasi yang pertama

    ditubuhkan di negara ini, undang-undang diwujudkan terlebih

    dahulu agar boleh dijadikan panduan dan memperjelaskan lagi

    kepada orang ramai apabila menganggotai koperasi. Undang-

    undang diwujudkan untuk melindungi anggota dan koperasi

    daripada penyelewengan dan salah laku. Bagi koperasi struktur

    undang-undang adalah dilapisi oleh tiga lapisan iaitu :

    Rajah 2 : Struktur Undang-Undang Koperasi Di Malaysia

    AKTA KOPERASI 1993

    PERATURAN KOPERASI 1995

    UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    24/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    16

    Akta Koperasi 1993

    Co-operative Societies Enactment 1922 of the Federated MalayStates merupakan undang-undang koperasi yang pertama yang

    diluluskan pada 28 Jun 1922. Perkembangan dalam gerakan

    koperasi menyebabkan berlakunya perubahan pada undang-

    undang koperasi agar selari dengan perubahan semasa

    sehinggalah penyeragaman dibuat pada Akta Koperasi 1993.

    Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 Januari 1993

    dan mula dikuatkuasakan pada 22 Januari 1994. Akta ini

    digubal bagi mencapai empat matlamat utama gerakan koperasidi Malaysia iaitu:-

    (a) menggalakkan perkembangan koperasi

    (b) menjadikan gerakan koperasi sebagai sebuah gerakan yang

    mapan

    (c) mengadakan pembaharuan pentadbiran dan pengurusan

    koperasi

    (d) menyatukan undang-undang

    Dengan adanya Akta Koperasi 1993, ia merupakan rujukan kepada

    sesiapa yang terlibat dalam gerakan koperasi ini terutamanya

    anggota koperasi. Sebagai anggota yang merupakan kuasa yang

    tertinggi di dalam koperasi, perlu memahami secara asasnya supaya

    para pemimpin yang dilantik mentadbir koperasi dengan amalan

    baik. Pembahagian kandungan dalam Akta akan memudahkanpenggunanya untuk merujuk bahagian-bahagian yang terdapat

    dalam Akta. Yang jelasnya, peruntukan yang terdapat di dalam

    Akta ini sebagai kawalan agar sesiapa sahaja tidak bertindak

    sewenang-wenangnya apabila menjalankan kewajipan sebagai

    anggota koperasi.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    25/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    17

    Peraturan-peraturan Koperasi 1995

    Selain daripada Akta Koperasi 1993, Koperasi juga adalahtertakluk kepada Peraturan-peraturan Koperasi. Peraturan

    Koperasi ini adalah merupakan undang-undang subsidiari

    kepada Akta Koperasi 1993. Peraturan-peraturan Koperasi ini

    adalah diperlukan untuk menghuraikan dengan lebih terperinci

    peruntukan yang terdapat di dalam Akta koperasi 1993. Kuasa

    untuk membuat peraturan adalah terletak di tangan Suruhanjaya

    Koperasi Malaysia dengan kelulusan Menteri. Suruhanjaya boleh

    membuat segala peraturan yang perlu bagi maksud melaksanakanatau memberikan kuatkuasa kepada prinsip-prinsip koperasi dan

    peruntukanperuntukan di dalam Akta Koperasi 1993.

    Undang-undang Kecil Koperasi

    Apabila seseorang diterima masuk menjadi anggota, beliau

    adalah terikat kepada undang-undang kecil koperasi tersebut. Ini

    kerana undang-undang kecil merupakan perlembagaan kepada

    koperasi. Kandungan undang-undang kecil boleh dipinda,

    ditambah atau dibuang mengikut kesesuaian koperasi tetapi

    tidak boleh bercanggah dengan Akta Koperasi 1993 dan juga

    Peraturan-peraturan Koperasi. Apabila bercanggah, ia dengan

    sendirinya akan menjadi tidak sah dan terbatal. Apabila Undang-

    undang kecil sesuatu koperasi dipinda, ia akan berkuatkuasa

    setelah diluluskan oleh mesyuarat agung dan didaftarkan oleh

    Suruhanjaya.

    Kesimpulan

    Perkembangan pembangunan koperasi adalah bermula dengan

    Pelopor Rochdale yang mengalami evolusi bagi membolehkannya

    terus bertahan hingga ke hari ini tanpa meninggalkan prinsip dan

    falsafah koperasi sebagai asas perjalanannya. Ini kerana koperasi

    sebagai organisasi yang bertujuan membantu diri sendiri akan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    26/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    18

    hanya berjaya dalam jangka masa panjang jika individu secara

    sukarela menerima peruntukan yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil serta ketetapan yang digariskan oleh koperasi

    untuk tindakan bersama. Dengan menganggotai koperasi, secara

    tak langsung anggota telah bersetuju menerima peruntukan yang

    terdapat dalam undang-undang kecil serta apa-apa peraturan yang

    digariskan oleh koperasi berkenaan.

    Di samping itu, komitmen yang tinggi oleh anggota akan

    menghasilkan kejayaan kepada gerakan koperasi. Ini keranaanggota-anggota koperasi diperlukan pada setiap peringkat

    dalam proses pembuatan keputusan. Ia merupakan alasan kepada

    penubuhan koperasi disebabkan :

    Masyarakat merasakan mereka tidak mempunyai kuasa

    dalam pasaran

    Tidak wujud organisasi yang menyediakan perkhidmatan

    yang diperlukan

    Komuniti akan hilang sekiranya mereka tidak bergabung

    untuk menyelamatkannya.

    Menjaga kawalan dan keuntungan dari aktiviti dalam

    komuniti tersebut

    Jelas di sini menunjukkan bahawa koperasi merupakan sebuah

    organisasi yang unik. Ia mempromosikan aspek pemilikan,hubungan antara pemilikan dengan perkhidmatan yang diberikan

    serta keunikan prinsip-prinsip koperasi. Promosi ini bukan sahaja

    membantu perniagaan koperasi tetapi sebagai alat hubungan

    antara anggota. Kesetiaan dan harga diri anggota akan meningkat

    sekiranya kesan aktiviti koperasi dapat dirasai oleh masyarakat

    sekeliling.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    27/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    19

    Kita perlu mengetahui sistem pentadbiran sesebuah negara

    untuk mengetahui bagaimana sesebuah negara itu ditadbir secara

    keseluruhannya. Kita perlu mengetahui sistem pentadbiran sesebuah

    negara bagi mengambarkan perjalanan keseluruhan koperasi tersebut.

    Seperti sebuah negara, koperasi juga mempunyai sistem pentadbirannya

    yang tersendiri. Pemahaman ke atas sistem pentadbirannya adalah

    penting bagi mengenali keseluruhan koperasi.

    Sistem boleh didenisikan sebagai cara atau kaedah untuk

    melakukan sesuatu yang dilakukan bersama bagi mencapai matlamat

    tertentu. Manakala pentadbiran merupakan satu proses yang

    melibatkan ramai manusia yang bekerjasama untuk mencapai

    tujuan yang dikongsi bersama. Elemen yang terdapat di dalampentadbiran adalah manusia, tindakan tugas dan interaksi antara

    dua orang atau lebih. Justeru itu, sistem pentadbiran koperasi

    boleh digambarkan sebagai satu kaedah untuk mengurus

    sesebuah koperasi yang dilakukan bersama bagi mencapai

    matlamat tertentu. Sistem pentadbiran koperasi ditadbir secara

    keseluruhannya berdasarkan amalan sistem demokrasi. Amalan

    sistem demokrasi dalam sistem pentadbiran koperasi menjadikannya

    BAB 2Sistem Pentadbiran

    Koperasi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    28/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    20

    sebuah organisasi yang unik dan istimewa jika dibandingkan dengan

    organisasi lain.

    2.1 Demokr asi Dalam Koperasi

    Sebagaimana telah dinyatakan dalam bab 1, koperasi merupakan

    sebuah persatuan manusia yang bergabung secara sukarela di

    bawah satu organisasi yang mempunyai keanggotaan sukarela

    dan dikawal secara demokrasi untuk memenuhi keperluan dan

    aspirasi bersama. Berdasarkan denisi tersebut jelas bahawakoperasi adalah organisasi yang dikawal oleh anggotanya sendiri

    melalui penglibatan aktif dalam membantu membuat polisi dan

    keputusan serta aktiviti perniagaan koperasi dan ditadbir secara

    demokrasi. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi yang

    wujud dalam koperasi dan bagaimanakah ia diamalkan?

    Demokrasi merupakan suatu sistem yang telah diguna pakai

    sejak zaman empayar Yunani lagi. Perkataan demokrasi berasal

    daripada perkataan Greek iaitu Demos yang bermaksud rakyat

    dan Kratos yang bermaksud kekuasaan iaitu kekuasaan rakyat

    (Edward Hymas, 1973). Manakala menurut Kamus Dewan

    demokrasi bermaksud unit politik atau sosial yang pada

    dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya dan keadaan sosial

    tanpa perbezaan kelas. Amalan demokrasi adalah satu bentuk

    kepimpinan yang terletak di tangan anggota dan di kawal olehanggota. Walau bagaimanapun ia melibatkan penglibatan aktif

    di kalangan anggota dalam membentuk dasar dan membuat

    keputusan. Kini lebih 170 buah negara telah mengamalkan sistem

    yang dianggap terbaik ini. Koperasi juga merupakan salah sebuah

    organisasi yang mengamalkan sistem ini.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    29/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    21

    Amalan demokrasi dalam koperasi adalah selaras dengan

    Prinsip Kedua Koperasi iaitu kawalan demokratik anggotayang juga merupakan satu prinsip yang perlu diamal dan

    dikekalkan oleh setiap anggota koperasi. Pelaksanaan demokrasi

    dalam koperasi jelas ditunjukkan dalam Mesyuarat Agung

    Tahunan yang dijalankan setiap tahun berdasarkan satu

    anggota satu undi. Pemilihan Anggota Lembaga

    Koperasi (ALK) melalui proses pengundian dalam

    mesyuarat agung merupakan contoh yang paling

    ketara pengamalan nilai demokrasi dalam koperasi. Setiapanggota berhak memilih pemimpinnya sendiri. Setiap anggota

    hanya mempunyai satu undi sahaja sebagaimana diperuntukkan

    dalam Seksyen 30 Akta Koperasi 1993 yang menggariskan

    segala aktiviti dan kegiatan koperasi akan ditentukan

    oleh pandangan majoriti dalam mesyuarat agung. Setiap

    keputusan akan dibuat berdasarkan suara ramai atau ringkasnya

    suara majoriti demi mencapai kepentingan bersama. Jelas

    di sini gerakan koperasi telah membantu membina masyarakat

    yang terbuka dan menggalakkan penyertaan rakyat secara

    demokrasi.

    Selaras dengan prinsip demokrasi maka amalan diskriminasi

    baik dari segi gender, lapisan masyarakat, bangsa, agama,

    politik dan sebagainya tidak wujud dalam koperasi. Setiap

    anggota mempunyai hak yang sama rata. Setiap anggota jugaterlibat secara aktif dalam perjalanan dan pengurusan koperasi

    dengan memberi sumbangan dari segi idea dan juga sokongan

    terhadap koperasi yang dianggotai serta menerima faedah serta

    risiko secara adil dari perniagaan atau perkhidmatan yang

    koperasi ceburi. Selain mendapat hak dan layanan yang sama rata,

    amalan demokrasi dalam koperasi juga memberi peluang kepada

    anggota untuk mentadbir dan memimpin koperasi secara tidak

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    30/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    22

    langsung. Bukan itu sahaja malah amalan ini wajar diserapkan

    dalam sesebuah koperasi bagi memperoleh urusan pentadbiranyang tersusun dan teratur.

    Justeru setiap anggota harus memahami akan amalan demokrasi

    yang wujud dalam koperasi dan memainkan peranan yang

    sewajarnya dalam proses memastikan koperasi bergerak

    ke arah kecemerlangan. Adalah menjadi tanggungjawab

    bersama anggota, ALK, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)

    dan tenaga kerja koperasi untuk memastikan amalan dankawalan demokrasi dalam koperasi dapat dilaksanakan dengan

    berkesan dalam mencapai matlamat penubuhan koperasi.

    Kita perlu ingat dalam meneliti corak pentadbiran koperasi,

    demokrasi merupakan tonggak kejayaan sistem koperasi. Oleh

    itu pemahaman terhadap amalan demokrasi ini perlu dalam

    konteks pentadbiran sesebuah koperasi sebelum meneliti

    struktur organisasi koperasi dan peranan yang dimainkan

    oleh setiap komponen dengan lebih jelas lagi.

    2.2 Struktur Or ganisasi Koperasi

    Sistem pentadbiran koperasi dapat dijelaskan dengan lebih mudah

    berdasarkan struktur organisasi koperasi. Struktur organisasi

    menerangkan susunan dan saling kaitan di antara komponen-

    komponen yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Strukturorganisasi juga menentukan pembahagian aktiviti-aktiviti kerja

    dan menunjukkan bagaimana fungsi bagi setiap aktiviti yang

    berlainan dihubungkan dan sedikit sebanyak ia juga menunjukkan

    peringkat pengkhususan aktiviti-aktiviti kerja tersebut. Ia

    juga menjelaskan tentang hierarki dan struktur autoriti atau

    kuasa dalam sesebuah organisasi. Struktur organisasi koperasi

    menerangkan hubung kait di antara setiap komponen yang wujud

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    31/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    23

    dalam koperasi. Struktur organisasi koperasi juga menunjukkan

    pembahagian tanggungjawab setiap komponen secara keseluruhanyang perlu dipatuhi bagi menentukan kelicinan perjalanan

    sesebuah koperasi. Struktur organisasi boleh dilihat dengan jelas

    melalui carta organisasi. Di dalam carta organisasi kita boleh

    memahami bagaimana rantaian arahan berlaku. Rantaian arahan

    ini menggambarkan arah aliran kuasa membuat keputusan di

    dalam sesebuah organisasi. Sebagai sebuah organisasi yang unik,

    koperasi mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri.

    Struktur organisasi koperasi boleh dilihat dengan lebih jelasdalam carta organisasi koperasi berdasarkan rajah 3 berikut :

    Rajah 3 : Carta Organisasi Koperasi (contoh)

    ANGGOTA(MESYUARAT AGUNG)

    LEMBAGA(DILANTIK OLEH MA)

    JURUAUDIT LUAR PENASIHAT

    J/K AUDIT DALAMAN(DILANTIK OLEH ALK)

    JAWATANKUASA KECIL(FUNGSI)

    J/KUASA KERJA EXCO(TERDIRI DARIPADA ALK)

    PENGURUS(DILANTIK OLEH ALK)

    FUNGSIPENGURUSAN

    KEWANGAN STORJUALAN BELIANPERJAWATAN

    Berdasarkan rajah tersebut jelas bahawa sistem pentadbiran

    dan pengurusan koperasi terbahagi kepada empat komponen

    utama iaitu anggota koperasi yang diwakili oleh kuasanya

    dalam anggota, ALK, JAD dan pengurusan koperasi iaitu tenaga

    kerja koperasi. Perhubungan di antara komponen-komponen

    ini juga ditunjukkan dalam carta organisasi koperasi. Anggota

    memilih pemimpin iaitu ALK melalui Mesyuarat Agung

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    32/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    24

    Tahunan. ALK bertanggungjawab membuat dasar, menjalankan

    pentadbiran dan urus niaga koperasi manakala JAD yangdilantik oleh ALK pula bertanggungjawab membuat pengauditan

    dan mengemukakan laporan audit dari semasa ke semasa

    kepada ALK sementara pengurusan pula bertanggungjawab untuk

    melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh ALK melalui

    mesyuarat lembaga.

    Ada sesetengah koperasi, ALK menyerahkan urusan pentadbiran

    dan pengurusan kepada pengurus atau tenaga kerja koperasimasing-masing. Walau bagaimanapun koperasi tidak boleh

    terlalu bergantung pada pengurus semata-mata bagi mengelakkan

    kejadian yang tidak diingini seperti penyelewengan, pecah

    amanah dan sebagainya terjadi. ALK perlu mengambil tahu

    akan perjalanan serta pentadbiran koperasi dan memastikan

    pengurus yang dilantik melaksanakan tugas berdasarkan arahan

    dan keputusan yang dibuat oleh ALK dalam mesyuarat dan

    bukan sebaliknya. Dalam pentadbiran koperasi ALK menentukan

    atau membuat dasar koperasi manakala pihak pengurusan pula

    melaksanakan dasar tersebut dan pelaksanaan dasar tersebut perlu

    di pantau dan dilaporkan oleh JAD kepada ALK. Mana-mana

    keputusan dan dasar yang dibuat oleh koperasi mesti mengikut

    keputusan mesyuarat dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip

    koperasi. Berbeza dengan organisasi korporat, Pengarah Eksekutif

    mempunyai kuasa untuk menentukan dasar dan mempunyai suaramutlak dalam membuat keputusan. Jelas di sini bahawa peranan

    yang dimainkan oleh keempat-empat komponen inilah yang

    akan menentukan corak pentadbiran dan perjalanan sesebuah

    koperasi.

    Sebagaimana yang digambarkan dalam carta organisasi koperasi

    Mesyuarat Agung merupakan kuasa yang tertinggi. Dari segi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    33/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    25

    pentadbiran dan pengurusan, anggota telah diberi kuasa tertinggi

    oleh Akta Koperasi 1993 melalui Mesyuarat Agung. Merekalahyang berhak menentukan corak pengurusan dan struktur

    kepimpinan sesebuah koperasi berpandukan kepada peruntukan

    perundangan. Hal ini jelas berpandukan seksyen 36 Akta Koperasi

    1993 yang menyatakan :

    Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini,

    peraturan-peraturan dan undang-undang kecil, kuasa

    tertinggi bagi sesuatu koperasi berdaftar hendaklahterletak pada mesyuarat agung anggota-anggotanya,

    yang padanya tiap-tiap anggota, sama ada dia sendiri

    atau melalui perwakilan atau, dalam hal koperasi

    menengah atau atasan, melalui proksi, mempunyai hak

    untuk hadir dan mengundi.

    2.3 Mesyuarat Agung Koperasi

    Secara umumnya mesyuarat boleh didenisikan sebagai suatu

    perhimpunan sebilangan manusia yang dihadiri oleh sekurang-

    kurangnya dua orang. Mesyuarat juga ditakrifkan sebagai satu

    perhimpunan yang diadakan dengan tujuan membincangkan

    sesuatu perkara yang telah ditetapkan dan di akhirnya

    membuat satu keputusan secara kolektif atau bersama. Walau

    bagaimanapun Kamus Dewan telah mendenisikan mesyuaratsebagai perundingan untuk membincangkan sesuatu atau mencapai

    sesuatu keputusan.

    Mesyuarat juga dikategorikan sebagai salah satu alat komunikasi

    yang berjaya kerana ia membincang dan membahaskan perkara

    atau isu-isu tertentu sebelum mencapai persetujuan. Umumnya

    fungsi mesyuarat diadakan adalah sebagai satu kaedah kawalan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    34/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    26

    bagi anggota terhadap prestasi sesebuah organisasi dan bagaimana

    sesebuah organisasi itu ditadbir dan diuruskan. Oleh itu MesyuaratAgung Koperasi bolehlah didenisikan sebagai satu perhimpunan

    atau perjumpaan yang menemukan anggota-anggota koperasi

    dengan pihak pengurusan koperasi bagi membincangkan perkara-

    perkara tertentu seperti yang telah digariskan dalam Akta

    Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995, Undang-

    undang Kecil Koperasi serta arahan-arahan berkaitan yang

    dikeluarkan Suruhanjaya.

    Sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran koperasi, mesyuarat ini

    mestilah dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan keputusan

    yang dibuat adalah sah dan pelaksanaannya selaras dengan

    undang-undang yang dimaksudkan. Untuk itu, beberapa syarat

    harus dipatuhi sebelum sesuatu mesyuarat dijalankan. Antaranya

    sesuatu mesyuarat itu mesti diadakan oleh mereka yang telah

    diberi mandat dan kuasa sahaja. Meskipun setiap anggota adalah

    pemilik bagi koperasi yang dianggotai, ini tidak bermakna

    mereka berhak untuk memanggil atau mengadakan mesyuarat

    pada bila-bila masa yang disukai. Mereka harus akur bahawa

    kuasa itu telah diserahkan kepada ALK dalam Mesyuarat Agung.

    Notis mesyuarat juga harus sampai di tangan semua anggota yang

    berhak menghadirinya dan yang paling penting mesyuarat yang

    diadakan mesti memastikan kehadiran atau kuorum mencukupi

    sepanjang perjalanan mesyuarat. Selain itu, pengerusi mesyuaratmestilah orang yang telah ditentukan dalam undang-undang dan

    agenda yang diperbincangkan harus selaras dengan notis yang di

    keluarkan.

    2.3.1 Jenis Mesyuar at Agung Koperasi

    Mesyuarat Agung terbahagi kepada empat (4) jenis

    iaitu Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    35/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    27

    Perwakilan, Mesyuarat Agung Permulaan dan Mesyuarat

    Agung Khas sebagaimana peruntukan dalam seksyen 36hingga seksyen 40.

    i. Mesyuar at Agung Tahunan

    Mesyuarat Agung Tahunan perlu diadakan oleh

    setiap koperasi sama ada Mesyuarat Agung

    Anggota atau Perwakilan tidak lewat daripada

    enam (6) bulan selepas berakhirnya setiap tahun

    kewangan. Mesyuarat ini perlu diadakan sekalipada setiap tahun untuk membolehkan koperasi

    membuat keputusan rasmi, mendapat mandat

    dan kuasa dari anggota serta membentang

    dan membincangkan penyata-penyata serta

    laporan tahunan koperasi. Sekiranya koperasi

    tidak dapat melaksanakan dalam tempoh enam

    bulan, koperasi boleh memohon kepada

    Suruhanjaya untuk melanjutkan tempoh mesyuarat

    agung koperasi.

    ii. Mesyuar at Agung Perwakilan

    Mesyuarat Agung Perwakilan mesti diadakan

    oleh setiap koperasi berdaftar yang mempunyai

    kawasan operasi meliputi satu negeri atau lebih

    atau meliputi seluruh Malaysia. Sebelummengadakan mesyuarat agung perwakilan, koperasi

    akan mengadakan mesyuarat agung kawasan atau

    wilayah sekurang-kurangnya dua tahun sekali

    untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung

    perwakilan. Di samping itu juga, mesyuarat agung

    kawasan juga akan membincang hal-hal kewangan

    dan menerima usul daripada anggota dalam kawasan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    36/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    28

    berkenaan untuk dibentangkan dalam mesyuarat

    agung tahunan perwakilan.

    iii. Mesyuar at Agung Permulaan

    Mesyuarat ini diadakan bagi koperasi yang

    bercadang untuk menubuhkan koperasi selepas

    mendapat surat kelulusan penubuhan daripada

    Suruhanjaya. Mesyuarat Agung Permulaan

    akan membincangkan perkara-perkara berkaitan

    permohonan koperasi untuk didaftarkan, menerimapakai undang-undang kecil yang dicadangkan,

    memilih anggota lembaga serta membincangkan

    perkara-perkara yang dikehendaki oleh undang-

    undang kecil atau Suruhanjaya. Kehadiran

    mesyuarat ini sekurang-kurangnya dua puluh lima

    orang untuk menandatangani minit mesyuarat

    agung permulaan.

    iv. Mesyuar at Agung Khas

    Mesyuarat Agung Khas diadakan oleh koperasi

    pada bila-bila masa oleh ALK atau atas permintaan

    anggota-anggota untuk membincangkan perkara-

    perkara luar biasa. Lembaga sesebuah koperasi

    boleh dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang

    ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satuperlima atau satu ratus orang anggota atau

    perwakilan koperasi itu mengikut mana-mana yang

    kurang memanggil mesyuarat agung khas. Selain

    itu Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi

    kuasa oleh Suruhanjaya boleh memanggil pada

    bila-bila masa suatu mesyuarat agung khas sesuatu

    koperasi berdaftar mengikut cara dan pada masa

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    37/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    29

    yang sama dan di tempat yang di arahkannya dan

    boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklahdibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat

    tersebut hendaklah mempunyai segala kuasa dan

    tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti

    mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta

    Koperasi 1993 atau undang-undang kecil koperasi

    berdaftar tersebut.

    2.3.2 Mesyuar at Agung Tahunan KoperasiMesyuarat Agung Tahunan Koperasi merupakan majlis

    utama untuk anggota-anggota koperasi menimbang

    dan memutus untuk meluluskan atau tidak meluluskan

    sebarang cadangan yang berkaitan dengan perancangan

    masa depan koperasi khususnya dalam tempoh satu

    tahun akan datang. Bagi memastikan mesyuarat agung

    dirancang dan dijalankan secara teratur, Suruhanjaya

    telah mengeluarkan satu Pekeliling mengenai Garis

    Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan

    Koperasi (Pekeliling Ketua Pendaftar bil 1 Tahun 2003).

    Ini kerana Mesyuarat Agung Tahunan merupakan

    kuasa tertinggi dalam struktur organisasi koperasi dan

    merupakan platform kepada anggota-anggota koperasi

    untuk mengetahui dan menilai pengurusan dan prestasikoperasi sejak setahun yang lalu. Anggota-anggota

    koperasi juga boleh menegur, mengawal dan mengambil

    tindakan yang perlu jika wujud sebarang kelemahan,

    kesalahan dan penyelewengan dalam koperasi.

    Oleh sebab Mesyuarat Agung adalah kuasa tertinggi

    dalam struktur organisasi koperasi maka ia merupakan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    38/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    30

    forum pertemuan antara anggota atau perwakilan

    dengan ALK bagi tujuan-tujuan tertentu yang telahdigariskan. Antara tujuan-tujuannya adalah seperti

    berikut :

    i. Perancangan

    Mesyuarat Agung merupakan tempat bermulanya

    idea dan cadangan dari ahli kepada ALK. Idea

    dan cadangan ini menggambarkan kehendak

    atau keperluan sebenar anggota koperasi bagimembolehkan dan memudahkan pihak pengurusan

    koperasi merancang sebarang perkhidmatan

    atau aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa

    hadapan. Ini adalah kerana tujuan berkoperasi

    adalah untuk memenuhi aspirasi dan kehendak

    anggota-anggotanya. Anggota-anggota koperasi

    memberi mandat kepada ALK untuk mentadbir,

    mengurus dan melaksanakan semua keputusan

    yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung

    Koperasi.

    ii. Penyampaian Maklumat

    Anggota-anggota koperasi akan mendapat

    maklumat melalui laporan atas urusan, perjalanan

    dan pencapaian koperasi sejak setahun lalu yangtelah dilaksanakan oleh ALK dan pihak pengurusan

    koperasi dalam Mesyuarat Agung Koperasi.

    iii. Penilaian

    Mesyuarat Agung merupakan forum bebas

    yang membolehkan anggota atau perwakilan

    menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    39/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    31

    pengurusan koperasi dalam tempoh setahun yang

    lalu. Ini membolehkan koperasi memperbaiki danmeningkatkan perkhidmatan dan pengurusannya

    pada masa akan datang.

    iv. Pengawalan

    Mesyuarat Agung merupakan kuasa kawalan

    ke atas sebarang kelemahan, salah laku,

    penyelewengan dan pelanggaran undang-undang

    oleh pihak pengurusan koperasi. Anggota-anggotakoperasi boleh mengambil tindakan positif ke arah

    memperbaiki pengurusan koperasi khususnya dari

    segi pematuhan kepada perundangan dan nilai-nilai

    koperasi.

    Bukan itu sahaja malah Mesyuarat Agung Tahunan

    yang diadakan setiap tahun oleh koperasi merupakan

    gelanggang untuk anggota-anggotanya memberikan

    buah kiran dan kritikan membina. Ini bermakna semua

    pihak mempunyai hak bersuara dalam koperasi dan undi

    terbanyak menentukan keputusan yang bakal dibuat.

    Walaupun begitu undi minoriti tidak diketepikan dan

    tetap diberi perhatian serta tindakan sewajarnya. Kesemua

    perkara penting seperti pemilihan, kewangan koperasi,

    isu-isu dasar dalam koperasi hendaklah dibincang danmendapat mandat dalam Mesyuarat Agung. Undang-

    undang Kecil yang disediakan oleh setiap koperasi

    biasanya memberikan arahan dan garis panduan yang

    cukup mengenai Mesyuarat Agung, kehadiran ahli-ahli,

    pengundian dan pemilihan ahli-ahli lembaga. Semua ini

    bertujuan supaya demokrasi sebagai satu-satunya prinsip

    koperasi dapat dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    40/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    32

    Selain Mesyuarat Agung, perjalanan dan pentadbiran

    koperasi turut dibantu oleh Mesyuarat Lembaga,Mesyuarat JAD dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil.

    Mesyuarat-mesyuarat ini bertujuan untuk membantu

    memudahkan perjalanan dan pentadbiran sesebuah

    koperasi.

    i. Mesyuar at Anggota Lembaga Koperasi (ALK)

    Menurut fasal (1) undang-undang kecil 39,

    Mesyuarat Anggota Lembaga yang pertamaselepas Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah

    diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung

    tersebut. Manakala Mesyuarat Anggota Lembaga

    Koperasi pula biasanya diadakan sebulan sekali

    untuk membincang dan membuat keputusan

    serta membentuk dasar bagi pelaksanaan aktiviti-

    aktiviti koperasi. Mesyuarat ini juga diadakan bagi

    membentang laporan-laporan aktiviti koperasi

    berserta laporan kewangan bulanan koperasi. Walau

    bagaimanapun kekerapan mesyuarat ini tertakluk

    kepada undang-undang kecil koperasi berkenaan

    sebagaimana peruntukan fasal (2) undang-undang

    kecil 39.

    ii. Mesyuarat Jawatankuasa KoperasiBilangan anggota koperasi yang ramai menyukarkan

    ALK untuk mendalami setiap kehendak dan

    keperluan anggota. Adalah menjadi tanggungjawab

    ALK untuk mewujudkan satu jawatankuasa

    bagi membantu memudahkan perjalanan serta

    pentadbiran sesebuah supaya setiap jawatankuasa ini

    lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    41/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    33

    Peluang serta ruang yang diberikan kepada

    anggota koperasi untuk menganggotai jawatankuasa ini, akan memudahkan pihak

    pentadbiran dan pengurusan koperasi menerapkan

    konsep, nilai-nilai serta prinsip koperasi dan

    secara tidak langsung mengurangkan beban

    ALK dalam melaksanakan tugas seharian.

    Walau bagaimanapun bilangan jawatankuasa ini

    bergantung kepada aktiviti koperasi berkenaan.

    Biasanya jawatankuasa ini akan dipengerusikanoleh ALK sendiri dan selalunya diadakan sebelum

    mesyuarat Lembaga.

    iii. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman

    Koperasi (JAD)

    Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi menurut

    fasal 5 undang-undang kecil 52, hendaklah

    bersidang tidak kurang daripada dua kali setahun

    dan mengemukakan laporan kepada Lembaga

    serta Suhanjaya. Laporan JAD akan dibentangkan

    oleh ALK semasa mesyuarat agung tahunan

    koperasi.

    2.3.3 Peranan Anggota Atau Perwakilan Dalam Mesyuar at

    Agung KoperasiKejayaan serta kegagalan sesebuah koperasi itu

    bergantung kepada sokongan anggota-anggotanya

    kerana matlamat awal penubuhan koperasi adalah untuk

    menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada

    mereka. Prestasi sesebuah koperasi juga bergantung

    kepada sokongan yang diberikan oleh anggotanya.

    Pendek kata jatuh bangun, maju mundurnya sesebuah

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    42/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    34

    koperasi adalah terletak di tangan anggota-anggotanya.

    Sebagai sebuah organisasi yang unik dan tersendiri,anggota koperasi juga merupakan pemilik kepada

    koperasi yang dianggotai yang menjadikannya berbeza

    dengan organisasi lain. Justeru peranan anggota koperasi

    dalam menentukan pentadbiran dan perjalanan sesebuah

    koperasi amat bermakna terutamanya peranan yang harus

    mereka mainkan di dalam Mesyuarat Agung Koperasi.

    Sebagaimana yang telah dijelaskan Mesyuarat Agung

    Tahunan adalah landasan terbaik dalam pengamalandemokrasi oleh anggota. Anggota akan bersidang,

    berbahas dalam mendapatkan maklumat dalam Mesyuarat

    Agung sebelum memberikan mandat serta kuasa kepada

    ALK dan JAD untuk mentadbir dan mengurus koperasi

    melalui kuasa mengundi yang ada pada setiap anggota

    koperasi.

    Walau bagaimanapun terdapat segelintir anggota yang

    mengabaikan tanggungjawab mereka untuk sama-

    sama menjayakan amalan demokrasi dengan tidak

    menghadirkan diri atau mengambil bahagian dalam

    Mesyuarat Agung Tahunan. Sikap sebegini boleh

    menyebabkan perjalanan koperasi tergugat malahan

    boleh mengakibatkan pemesongan daripada memenuhi

    kepentingan dan kebajikan bersama. Dalam mesyuaratagung kehadiran ahli-ahli sangat diperlukan. Oleh itu

    peranan utama yang harus dimainkan oleh anggota di sini

    ialah memastikan kehadiran mereka dalam Mesyuarat

    Agung Tahunan Koperasi. Kehadiran anggota ini penting

    kerana sekiranya kehadiran anggota tidak mencukupi

    kuorum yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut

    hendaklah dibatalkan dan diadakan pada satu tarikh yang

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    43/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    35

    lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan

    Koperasi.

    Anggota atau perwakilan hendaklah menjalankan tugas

    mereka dengan penuh tanggungjawab dalam Mesyuarat

    Agung kerana mereka merupakan kuasa kawalan yang

    utama untuk menjaga kepentingan koperasi pada masa

    hadapan. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh anggota

    atau perwakilan dengan mengambil perhatian kepada

    perkara-perkara seperti laporan JAD dan PandanganSuruhanjaya ke atas akaun koperasi seperti yang tercatat

    dalam Peraturan Koperasi. Adalah menjadi kewajipan

    bagi JAD dan Suruhanjaya untuk menarik perhatian

    anggota koperasi kepada sebarang isu yang berkaitan

    dengan akaun dan pengurusan koperasi untuk di ambil

    perhatian dan tindakan oleh koperasi melalui laporan dan

    ulasannya ke atas akaun-akaun yang dibentangkan dalam

    Mesyuarat Agung. Dari sudut yang lain, anggota dapat

    melihat ketelusan koperasi dengan meneliti laporan

    daripada Juru Audit Luar. Dengan ini adalah menjadi

    tanggungjawab setiap anggota koperasi mengambil

    tindakan susulan bagi memastikan pihak lembaga dan

    pengurusan koperasi membetulkan perkara-perkara yang

    diberi teguran.

    Bukan itu sahaja setiap anggota hendaklah meneliti

    dan mengkaji akaun-akaun koperasi dan laporan yang

    berkaitan dengannya yang perlu disampaikan kepada

    mereka sekurang-kurangnya 15 hari sebelum mesyuarat

    untuk mendapatkan penjelasan lanjut setiap perkara yang

    dikirkan wajar dan perlu semasa mesyuarat Agung nanti.

    Semua aspek yang berkaitan dengan akaun sebagaimana

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    44/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    36

    dinyatakan dalam seksyen 59 Akta Koperasi 1993

    perlulah diambil perhatian serius oleh anggota koperasi.Selain menilai laporan JAD, laporan juruaudit luar dan

    pandangan Suruhanjaya ke atas akaun-akaun koperasi,

    setiap anggota juga hendaklah menilai Belanjawan

    Tahunan Koperasi dengan teliti. Penilaian tersebut

    bertujuan untuk memastikan pengurusan koperasi

    berbelanja secara berhemat. Perbelanjaan sebenar

    hendaklah dibandingkan dengan anggaran belanjawan

    yang dibuat. Begitu juga dengan anggaran belanjawanuntuk tahun akan datang hendaklah mengambil kira

    perancangan masa depan serta kemampuan

    kewangan koperasi semasa. Manakala ALK pula

    perlu mengemukakan laporan yang mengandungi

    butir-butir terperinci mengenai pelaburan yang

    dicadangkan dan prestasi pelaburan yang sedia ada.

    Setiap anggota pula perlu mengkaji kedudukan

    pelaburan-pelaburan koperasi masa lalu dan akan datang

    sama ada ia dibuat untuk faedah koperasi atau tidak.

    Mesyuarat hendaklah memastikan setiap pelaburan

    yang dicadangkan hendaklah mematuhi seksyen 54

    Akta Koperasi 1993. Mesyuarat Agung hendaklah

    menyampaikan maklumat keanggotaan baru dalam

    koperasi yang meliputi anggota yang telah diluluskan,

    ditolak atau digantung keputusan permohonannya olehLembaga.

    Anggota koperasi tanpa mengira usia, pangkat, jantina

    dan sebagainya boleh mengemukakan pandangan serta

    cadangan berdasarkan pengamatan mereka terhadap

    perjalanan koperasi sepanjang tahun. Anggota yang

    prihatin akan memastikan sebarang persoalan atau

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    45/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    37

    cadangan dapat dijawab oleh pihak pentadbiran dan

    pengurusan koperasi dengan tepat dan terperinci. Walaubagaimanapun peranan anggota dalam Mesyuarat Agung

    dalam membincang, menimbang dan meluluskan perkara

    yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan

    koperasi ada digariskan dengan lebih terperinci dalam

    Peraturan Koperasi.

    Menyedari hakikat ini setiap anggota harus mengambil

    bahagian dalam setiap perbincangan dan tidak terburu-buru untuk menamatkan perbincangan dalam setiap

    agenda. Perbincangan tersebut harus diteliti dan

    dihalusi sebaik mungkin sebelum sebarang keputusan

    dipersetujui. Anggota yang bijak akan menggunakan

    kuasa satu anggota satu undi yang ada pada mereka sebaik

    mungkin untuk memilih pemimpin yang akan menerajui

    tampuk pimpinan koperasi mereka. Kesilapan memilih

    pemimpin boleh menyebabkan koperasi terpesong dari

    matlamat asal penubuhannya. Pemilihan pemimpin yang

    tepat dapat memastikan operasi dan perniagaan koperasi

    dapat dimajukan dengan lebih cekap dan berdaya maju.

    Oleh itu anggota yang bertanggungjawab perlu memilih

    pemimpin yang layak untuk menerajui koperasi mereka.

    Malah mereka juga harus mengenal pasti keupayaan,

    komitmen, pengorbanan dan keikhlasan seseorangsebelum dipilih menjadi ALK.

    Selain daripada peranan anggota dalam Mesyuarat

    Agung Tahunan koperasi, setiap anggota juga perlu

    sedar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam

    pentadbiran koperasi. Hak dan tanggungjawab anggota

    yang seterusnya akan dibincangkan dalam peranan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    46/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    38

    komponen-komponen yang wujud dalam struktur

    pentadbiran koperasi.

    2.4 Kesimpulan

    Koperasi adalah sebuah pertubuhan yang istimewa yang wujud atas

    dasar memenuhi aspirasi bersama secara sukarela. Keistimewaan

    ini dapat digambarkan dalam struktur organisasinya yang

    tersendiri. Berbeza dengan organisasi lain, pertubuhan ini telah

    meletakkan kuasa tertinggi ditangan anggota-anggotanya dalammesyuarat agung. Anggota berhak memilih pemimpin untuk

    menerajui koperasi mereka agar operasi koperasi berjalan dengan

    baik.

    Setiap komponen yang digambarkan dalam struktur organisasi

    koperasi mempunyai fungsi, tanggungjawab dan kuasa yang

    tersendiri dalam menggerakkan dan memajukan koperasi. Oleh itu,

    penglibatan aktif semua komponen yang wujud amat diperlukan.

    Pekerjaan yang dilakukan tanpa kerjasama daripada semua pihak

    mungkin menemui jalan buntu bak kata pepatah bersatu kita

    teguh, bercerai kita roboh. Pepatah ini amat bersesuaian dengan

    konsep koperasi yang diamalkan. Justeru kelancaran perjalanan

    sesebuah koperasi bergantung pada perpaduan yang diwujudkan

    terutama oleh anggota koperasi itu sendiri. Semua pihak hendaklah

    seiring jalan, berganding bahu demi menjayakan apa yang telahdirancang bersama-sama.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    47/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    39

    Koperasi dibentuk dengan pendekatan dari bawah ke atas (bottom-

    up approach) tidak seperti model perniagaan tradisional. Pendekatan

    perniagaan yang berbeza membuatkan koperasi sebagai sebuah

    organisasi unik dengan dikawal oleh anggotanya sendiri. Kawalan

    secara demokrasi berasaskan satu anggota satu undi, boleh mengelakkan

    kuasa dominan individu di dalam pentadbiran koperasi.

    Sebagaimana yang telah diterangkan dalam bab 2, sistem pentadbiran

    dan pengurusan koperasi boleh dibahagikan kepada empat komponen

    utama yang mempunyai fungsi, tanggungjawab dan kuasa masing-

    masing dalam mentadbir dan mengurus koperasi. Komponen-komponen

    yang dimaksudkan ialah anggota koperasi, ALK, JAD dan tenaga kerja

    koperasi. Bab ini seterusnya akan mengupas peranan yang dimainkanoleh setiap komponen yang dimaksudkan.

    3.1 Peranan Anggota Koperasi dalam Pentadbiran

    Koperasi

    Berdasarkan prinsip kedua koperasi iaitu kawalan demokratik

    anggota, ia menjelaskan betapa pentingnya peranan anggota-

    BAB 3Komponen Dalam

    Pentadbiran Koperasi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    48/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    40

    anggotanya dalam pentadbiran organisasi koperasi. Maju

    atau mundurnya sesebuah koperasi adalah bergantung kepadasokongan padu anggota-anggotanya yang merupakan pemilik

    dan juga pelanggan.

    Seksyen 2 Akta Koperasi 1993 mentafsirkan anggota

    termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi yang diterima

    menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-

    undang kecil. Ini menjelaskan bahawa apabila seseorang telah

    diterima menjadi anggota maka ia akan terikat dengan undang-undang pertubuhan tersebut. Ini dijelaskan lagi di dalam

    peruntukan seksyen 17, Akta Koperasi 1993 yang menyatakan

    bahawa undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota-

    anggota.

    Apabila menyertai koperasi, setiap anggota perlu sedar

    tentang peranannya sebagai seorang anggota bagi memastikan

    kemantapan gerakan koperasi. Sikap tolong-menolong,

    bekerjasama, semangat kekitaan dan sayangkan koperasi perlu

    ada di dalam diri setiap anggota. Untuk menyemai sikap dan

    semangat ini, setiap anggota perlu mengetahui peranannya di

    dalam koperasi. Antara peranan anggota yang penting adalah

    pemilik, penyumbang modal, pengawal dan pengguna.

    Anggota sebagai PemilikPemilikan merupakan peranan yang utama disebabkan anggota

    merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan

    organisasi ini dengan menentukan apakah kegiatan terbaik yang

    hendak dijalankan dan merangka undang-undang kecilnya.

    Anggota jugalah yang membentuk perjanjian, bertindak

    membuat keputusan dan melantik barisan pentadbiran iaitu

    Anggota Lembaga Koperasi. Harta yang dimiliki oleh koperasi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    49/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    41

    adalah milik setiap anggota yang menyumbang dalam bentuk

    kewangan kepada modal koperasi yang perlu dijaga denganbaik demi kepentingan bersama. Sebagai pemilik, anggota juga

    memainkan peranan yang besar dalam memberi pendidikan

    koperasi kepada anggota-anggota baru. Ini akan menarik minat

    orang ramai untuk menyertai koperasi apabila mengetahui faedah

    dan kelebihan berkoperasi. Malahan setiap anggota koperasi itu

    sendiri perlu memahami dengan jelas kepentingan berkoperasi

    untuk membolehkan mereka menjadi anggota yang aktif. Oleh

    itu, sebagai pemilik koperasi, anggota berupaya mengawasiperjalanan pentadbiran koperasi agar tidak terkeluar dari amalan

    prinsip dan falsafah koperasi dan juga dapat membendung gejala

    penyalahgunaan kuasa dan juga dapat mengelakkan penipuan.

    Anggota sebagai Pengawal

    Anggota mempunyai hak untuk mengawal koperasi dan

    operasinya secara demokrasi. Kawalan ke atas koperasi adalah

    berasaskan kepada satu anggota satu undi bukannya berasaskan

    sumbangan modal sepertimana organisasi lain. Penglibatan

    anggota dalam proses pembuatan keputusan adalah penting

    kerana koperasi ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada

    anggota-anggotanya. Mereka merupakan orang yang

    bertanggungjawab secara bersama dengan merancang dan

    melaksanakan perancangan agar koperasi mencapai kejayaan

    sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat agung.Maklumat diperoleh di dalam mesyuarat agung akan dibincang

    dan dianalisis untuk dibuat keputusan bagi melaksana perkara-

    perkara yang dianggap penting. Tambahan pula, mesyuarat

    agung koperasi boleh dianggap sebagai forum terbuka untuk

    anggota memberikan pandangan dan cadangan berasaskan

    penilaian ke atas prestasi pengurusan koperasi dalam tempoh satu

    tahun yang lepas.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    50/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    42

    Anggota sebagai Penyumbang Modal

    Syarat keanggotaan adalah menyumbang modal seperti yangtertulis di dalam undang-undang kecil. Jika sumbangan telah

    mencukupi maka seorang anggota mempunyai hak untuk

    menunaikan tanggungjawabnya. Anggota perlu memberi

    komitmen agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.

    Anggota sebagai Pengguna

    Sewajarnya anggota bertanggungjawab berlanggan dengan

    koperasi untuk membolehkan keuntungan dijana hasil langganantersebut. Keperluan anggota melalui perkhidmatan serta produk

    koperasi membolehkan anggota terlibat sebagai pengguna

    dan ini menjadikan koperasi wujud secara berterusan. Koperasi

    mencapai matlamatnya bukanlah secara individu tetapi

    melalui anggota-anggotanya yang bertindak secara berpasukan

    dan mendapat faedah daripadanya. Anggota-anggota bukan

    hanya mendapat pulangan langganan malah akan memperoleh

    berbagai faedah melalui kumpulan-kumpulan wang yang

    diwujudkan.

    Sebagai kesimpulannya, peranan anggota di dalam koperasi perlu

    diberi perhatian secara komprehensif apabila diterima menjadi

    anggota koperasi. Dengan adanya kesedaran mengenai pentingnya

    peranan para anggota dalam koperasi akan menimbulkan rasa

    kepunyaan (sense of belonging) anggota kepada koperasi terusmeningkat dan akhirnya semangat setia akan wujud dalam diri

    para anggota. Apa yang perlu dibuat adalah dengan merealisasikan

    prinsip kelima iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat kepada

    semua anggota melalui program pendidikan anggota. Dari

    program ini, anggota secara tak langsung akan mengetahui hak

    dan tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi memantapkan

    organisasi koperasi yang dianggotai oleh mereka.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    51/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    43

    Hak dan Tanggungjawab Anggota Koperasi

    Seksyen 28, Akta Koperasi 1993 menjelaskan bahawa anggotayang tidak menjelaskan bayaran saham seperti yang termaktub

    di dalam undang-undang kecil koperasi berkenaan tidak

    akan memperoleh hak sebagai seorang anggota. Apabila

    tidak memperoleh hak, anggota itu tidak mempunyai

    keistimewaan serta tidak dapat menggunakan perkhidmatan

    yang disediakan oleh koperasi. Maka hak dan tanggungjawab

    anggota koperasi adalah penting bagi memantapkan perjalanan

    koperasi.

    Hak dan tanggungjawab anggota dapat dibahagikan kepada

    dua jenis iaitu hak dan tanggungjawab peribadi serta hak dan

    tanggungjawab kewangan. Hak dan tanggungjawab peribadi

    adalah hubungan antara anggota dengan organisasi koperasi yang

    dianggotainya, manakala hak dan tanggungjawab kewangan pula

    adalah berkaitan dengan sumbangan dalam bentuk kewangan

    untuk menjalankan aktiviti ekonomi koperasi dengan memastikan

    pulangan atas sumbangan tersebut.

    Hak Peribadi

    Kuasa yang tertinggi di dalam koperasi adalah terletak hak

    pada mesyuarat agung anggota-anggotanya yang mempunyai

    hak untuk hadir dan mengundi. Kenyataan ini tertera di dalam

    peruntukan seksyen 36 Akta Koperasi 1993. Tanggungjawabanggota kemudiannya dinyatakan lagi di dalam fungsi-fungsi

    mesyuarat agung yang terdapat di dalam Peraturan Koperasi.

    Sebagai anggota secara peribadinya mempunyai hak mutlak

    mengawasi perjalanan mesyuarat agung dengan menghadiri,

    mengambil bahagian dengan mengundi, menimbang segala

    laporan, memilih barisan anggota lembaga dan jawatankuasa

    audit dalaman serta mengemukakan usul demi peningkatan

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    52/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    44

    koperasi. Apa yang perlu dibuat oleh anggota adalah bersedia

    dengan memahami undang-undang koperasi, membacakandungan laporan tahunan dan menganalisis penyata

    kewangan sebelum mesyuarat diadakan. Jika ini yang berlaku,

    maka koperasi tersebut akan mempunyai anggota-anggota

    yang aktif dan sentiasa menginginkan pembaharuan yang akan

    memberi manfaat kepada setiap anggota. Manakala barisan

    pentadbir yang dipilih oleh anggota akan sentiasa melakukan

    tugas dan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan

    perjalanan koperasi adalah di atas landasan yang betul. Ini akanmenghindarkan gejala buruk yang sering kita dengar berlaku di

    dalam koperasi.

    Sebagai anggota koperasi, mereka berhak untuk menggunakan

    kemudahan yang disediakan seperti kemudahan pinjaman,

    tabung kebajikan, pasar mini dan lain-lain lagi. Kemudahan

    perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi perlulah

    menepati keperluan anggota dengan penetapan harga yang

    setimpal untuk membolehkan anggota sentiasa berurus niaga

    dengan koperasi.

    Anggota yang merupakan aset kepada koperasi mempunyai hak

    untuk bersuara apabila berlaku ketidakpuasan hati atau terkilan

    dengan sesuatu keputusan. Ini bertepatan dengan pengamalan

    prinsip kedua iaitu kawalan demokratik anggota. Apabilakeadaan ini berlaku, koperasi tidak hanya dimonopoli oleh satu

    kumpulan kecil tetapi bergantung sepenuhnya melalui perpaduan

    yang padu dari semua pihak.

    Hak Kewangan

    Sumbangan modal yang minimum merupakan pra-syarat

    seorang anggota untuk mendapat hak pengundian dan seterusnya

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    53/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    45

    menikmati segala kemudahan serta perkhidmatan oleh koperasi.

    Keuntungan yang diperoleh hasil daripada aktiviti koperasi akandiperoleh oleh anggota bukan sahaja dalam bentuk kewangan

    malahan juga merangkumi faedah kebajikan yang ditetapkan

    oleh koperasi. Antara faedah kewangan yang akan dinikmati oleh

    anggota koperasi adalah hadiah langganan, rebat atas langganan,

    dividen dan bonus. Manakala faedah kebajikan adalah melalui

    pembentukan kumpulan-kumpulan yang dipersetujui di dalam

    mesyuarat agung.

    Anggota koperasi yang ingin menarik diri daripada koperasi

    mempunyai hak untuk mendapatkan kembali modal saham yang

    dilaburkan setelah ditolak segala hutang dengan koperasi. Tempoh

    pengembalian modal saham tersebut adalah berdasarkan kepada

    undang-undang kecil koperasi tersebut.

    Sekiranya koperasi dibubarkan atas alasan-alasan tertentu,

    seseorang anggota koperasi mempunyai hak untuk menerima

    sebahagian daripada harta tersebut.

    Tanggungjawab Peribadi

    Koperasi akan mencapai matlamatnya apabila setiap anggota

    mengetahui tanggungjawab masing-masing iaitu menjadi anggota

    yang aktif. Anggota yang aktif adalah mengambil bahagian dengan

    setiap perkhidmatan yang dijalankan, memberi perkhidmatandengan sukarela tanpa memikirkan ganjaran dan sedia berkhidmat

    sekiranya diperlukan. Untuk merealisasikan tanggungjawab ini,

    setiap anggota perlu membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan

    mengenai berkoperasi. Ini berkaitan dengan prinsip kelima yang

    jika diamalkan sepenuhnya akan mengurangkan masalah koperasi

    mengalami kerugian atau ditutup kerana anggota akan sentiasa

    memperjuangkan nilai dan prinsip berkoperasi sepanjang masa.

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    54/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    46

    Misalnya dalam menentukan koperasi boleh melabur dalam

    saham, hartanah atau membuka subsidiari, anggota koperasi perludiberi peluang memberi pendapat kerana pendemokrasian akan

    menjamin kesejahteraan koperasi.

    Anggota yang memahami konsep koperasi akan mempunyai sikap

    taat setia terhadap koperasi. Sikap ini akan menjadikan anggota

    secara sukarela menjalankan tanggungjawab dengan tujuan

    membantu diri sendiri demi meningkatkan taraf sosioekonomi. Ini

    kerana di dalam koperasi, kepentingan kumpulan perlu didahuluiberbanding kepentingan individu berasaskan kepada tujuan

    penubuhan koperasi itu sendiri. Tanggungjawab ini dijelaskan

    melalui fungsi-fungsi mesyuarat agung yang dinyatakan dalam

    Peraturan Koperasi.

    Tanggungjawab Kewangan

    Sumber modal koperasi perlu dipertingkatkan untuk menjalankan

    aktiviti koperasi yang dirancang. Sebagai anggota koperasi

    adalah menjadi tanggungjawab untuk meningkatkan sumbangan

    modal sekiranya diminta oleh pihak pentadbiran dan pengurusan

    koperasi. Jika ini tidak dapat dipenuhi oleh anggota maka ia

    meletakkan koperasi dalam risiko yang tinggi yang mana akan

    menjejaskan perjalanan koperasi.

    Di samping itu juga, sebagai anggota koperasi yang menggunakanperkhidmatan yang disediakan seperti kemudahan pinjaman,

    perlulah menjelaskan pinjaman mengikut tempoh yang telah

    ditetapkan. Anggota tidak boleh beranggapan bahawa koperasi

    adalah milik sendiri dengan tidak perlu membayarnya dan

    akhirnya akan memudaratkan koperasi serta anggota-anggota

    yang lain tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Anggota

    perlu merasai bahawa koperasi yang disertai adalah KOPERASI

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    55/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    47

    KITA atau KELUARGA KITA supaya kesemua anggota

    merasai nikmat sepertimana sebuah keluarga tanpameminggirkan nilai dan prinsip koperasi.

    Anggota yang merupakan penggerak kepada gerakan koperasi

    perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan koperasi

    sebagai wadah pembangunan negara. Untuk merealisasikan

    matlamat ini, setiap anggota perlu memahami hak dan

    tanggungjawab sebagai seorang anggota koperasi. Kesetiaan

    merupakan salah satu faktor kepada kejayaan koperasi. Jikasikap ini wujud dalam setiap anggota koperasi, harapan untuk

    koperasi berjaya begitu cerah dan tidak sukar dicapai. Kesetiaan

    yang ditunjukkan oleh para anggota juga adalah merupakan

    perkara pokok yang dapat membantu kejayaan koperasi.

    Tambahan lagi dengan pemahaman terhadap undang-undang

    koperasi terutamanya undang-undang kecil koperasi adalah

    amat penting kepada setiap anggota. Ini kerana undang-undang

    kecil merupakan perlembagaan koperasi yang menjelaskan

    garis panduan keseluruhan organisasi koperasi itu.

    Kefahaman ini akan memudahkan pentadbiran dan pengurusan

    koperasi.

    3.2 Peranan Anggota Lembaga Koperasi dalam Pentadbiran

    Koperasi

    Anggota Lembaga Koperasi (ALK) diistilahkan sebagai pegawai

    koperasi yang diamanahkan oleh anggota dengan menjalankan

    tugas di bawah kuasa peraturan-peraturan dan undang-undang

    kecil koperasi. Barisan ALK dipilih dengan sewajarnya dalam

    Mesyuarat Agung Tahunan mengikut kehendak seksyen 43 Akta

    Koperasi 1993. Manakala jumlah penetapan bilangan ALK adalah

    sepertimana yang dinyatakan dalam seksyen 42 Akta Koperasi

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    56/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    48

    1993 dan kemudiannya diperincikan dalam undang-undang kecil

    mengikut kesesuaian koperasi tersebut.

    Struktur pentadbiran koperasi menunjukkan kedudukan ALK

    adalah di antara anggota koperasi dengan pihak pengurusan yang

    digaji oleh koperasi. ALK juga merupakan pengguna kepada

    perkhidmatan koperasi dan bertindak sebagai perwakilan kepada

    anggota yang juga menggunakan perkhidmatan yang sama.

    Bertindak sebagai sebuah kumpulan, ALK menetapkan objektif

    perjalanan koperasi dan kemudiannya membuat keputusan untukmembolehkan objektif dicapai. Oleh itu, setiap keputusan yang

    dibuat oleh pihak ALK mestilah memberi faedah kepada anggota.

    Untuk memastikan kejayaan dalam gerakan koperasi, satu

    Garis Panduan dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen

    86B Akta Koperasi yang bertujuan mewajibkan semua ALK

    menghadiri kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi. Kursus

    ini hendaklah diikuti dalam tempoh perkhidmatan sebagai ALK.

    Ia bukanlah bertujuan membebankan para ALK tetapi sebagai

    keperluan ilmu pengetahuan untuk mentadbir koperasi dengan

    esien dan memenuhi objektif asal penubuhannya.

    Anggota Lembaga Koperasi sebagai Pemimpin

    Asas kejayaan atau kejatuhan sesebuah koperasi adalah terletak

    kepada peranan ALK yang mewakili kesemua anggota sesebuah

    koperasi. Oleh itu, hak anggota koperasi untuk mencalondan memilih ALK adalah amat kritikal. Sesetengah koperasi

    berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa proses pencalonan

    dan pemilihan calon yang berkelayakan sebagai ALK atau

    mendapatkan anggota yang bersedia untuk berkhidmat sebagai

    ALK. Ini kerana ALK bertanggungjawab ke atas perjalanan dan

    seterusnya masa depan koperasi tersebut. Mereka diamanahkan

    dengan kewibawaan rasmi untuk memastikan supaya segala

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    57/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi

    49

    tindak tanduk dan perlakuan anggota-anggota koperasi serta

    kakitangannya selaras dengan matlamat penubuhan koperasi.Sehubungan dengan ini, ALK mestilah mentadbir koperasi secara

    bersepadu dan bukanlah mengendalikan setiap aktiviti di dalam

    koperasi secara berasingan.

    Sebagai pemimpin, para ALK perlu pandai menggunakan kuasa

    dan pengaruh, penerimaan juga merupakan inti kepada kepimpinan.

    Apa yang pasti ALK mesti berkemampuan untuk memenuhi

    kehendak dan keperluan hidup anggota-anggota koperasi. Antaraciri yang perlu ada pada diri ALK sebagai seorang pemimpin

    adalah :-

    Memiliki keadaan zikal yang sihat dan sesuai dengan

    tugasnya

    Berpengetahuan luas dan pintar pemikirannya

    Memiliki daya kerja dan semangat yang tinggi

    Gemar memikul tanggungjawab dan cepat membuat

    keputusan

    Menguasai prinsip perhubungan manusia dan teknik

    berkomunikasi

    Mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang teguh akan

    kemampuan diri sendiri

    Berlaku adil

    Objektif di dalam erti kata dapat menguasai emosi dan lebihmenggunakan akal

    Berpandukan kepada ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin di

    atas, ia perlulah didasari dengan ilmu pengetahuan. Pemimpin

    yang berilmu akan menampakkan kematangan dalam corak

    pentadbirannya dan akan sentiasa berlaku peningkatan dengan

    idea-idea yang bernas ke arah kemajuan koperasi. Pengalaman

  • 8/2/2019 Pentadbiran Koperasi

    58/88

    Siri PengurusanPentadbiran Koperasi