skil temuduga untuk berjaya - pegawai tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda...

13
Panduan Temuduga http:tintarestu.com/panduantemuduga | SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan. Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga: 1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing. 2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga. 3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal. 4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time. 5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya. 6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan. 7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas. 8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga. 9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini. 10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti. 11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa. 12. Berkelakuan formal dan tenang. 13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat. 14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

Upload: vanxuyen

Post on 08-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap menarik.

Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak

mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:

1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak

yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi

apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan

untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai

jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa

semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa

yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai

kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan

soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

Page 2: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh

menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu

cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan

yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk

mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya –

gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada

syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau

matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah

baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga

olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh

dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan

kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis

latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!

Page 3: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

SOAL-JAWAB TEMUDUGA

Soalan-soalan yang akan ditanya

Temuduga selalunya menyebabkan stres – walaupun bagi pencari kerja yang telah menghadiri

banyak temuduga. Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan bersedia. Ambillah

masa untuk mengkaji soalan-soalan “standard” temuduga yang paling berkemungkinan ditanya.

Juga, ambillah masa untuk membuat kajian mengenai syarikat agar anda boleh jawapan-jawapan

yang menggambarkan anda berpengetahuan luas.

Soalan-soalan Temuduga

1. Sejarah Kerjaya

o Nama syarikat, nama dan keterangan jawatan, tarikh bekerja.

o Apakah harapan anda terhadap jawatan dan sejauh manakah ia dapat dipenuhi?

o Apakah tahap gred gaji permulaan dan akhir?

o Apakah tanggungjawab anda?

o Apakah cabaran dan masalah utama yang dihadapi? Bagaimanakah anda

menanganinya?

o Apakah yang paling/paling kurang mengganggu?

o Apakah pencapaian/kegagalan terbesar dalam jawatan tersebut?

o Bagaimanakah anda bekerja untuk penyelia anda? Apakah kekuatan dan

kelemahannya?

o Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan tersebut?

1. Mengenai Diri Anda

· Terangkan hari-hari kerja anda.

· Berapa jamkah anda biasa bekerja?

· Bagaimanakah anda menerangkang kecepatan anda bekerja?

· Bagaimanakah anda menangani tekanan stres dan tekanan?

· Apakah yang memotivate anda?

· Apakah keputusan yang anda dapati paling sukar dibuat?

· Sekiranya mereka yang mengenali anda ditanya mengapa anda perlu diambil, apakah yang

mereka akan katakan?

· Adakah anda lebih suka bekerja bersendirian atau dalam satu kumpulan?

Page 4: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

· Beri beberapa contoh mengenai kerja berkumpulan.

· Apakah jenis persekitaran kerja yang anda pilih?

· Terangkan satu situasi kerja/projek yang sukar dan bagaimana anda menanganinya.

· Bagaimanakah anda menilai sukses?

2. Pekerjaan Baru dan Syarikat

· Apakah yang membuat anda minat terhadap jawatan ini?

· Apakah sifat-sifat semulajadi/pengalaman berkaitan yang ada pada anda?

· Mengapakah anda merasakan diri anda terbaik bagi jawatan ini?

· Apakah yang anda ketahui mengenai syarikat ini?

· Mengapakah anda mahu bekerja dengan organisasi ini?

· Apakah cabaran-cabaran yang anda cari dalam sesuatu jawatan?

· Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat ini?

· Adakah anda bersedia untuk berjalan/bekerja luar?

· Adakah apa-apa maklumat mengenai jawatan atau syarikat yang saya belum beritahu dan anda

ingin tahu mengenainya?

3. Masa Hadapan

· Apakah yang anda cari dalam jawatan berikutnya? Apakah yang penting bagi anda?

· Apakah matlamat anda untuk lima/sepuluh tahun akan datang?

· Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat ini?

· Berapakah gaji yang diperlu – jangka pendek dan jangka panjang?

Page 5: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

· Sebagai tambahan kepada persediaan bagi menjawab soalan-soalan standard ini, bersedialah

untuk ditemuduga berasaskan tingkah-laku. Ini berasaskan kepada dasar bahawa prestasi kerja

terdahulu seseorang calon merupakan asas untuk menentukan prestasi akan datang. Anda perlu

bersedia untuk memberi jawapan terperinci termasuk contoh-contoh spesifik pengalaman kerja

anda. Cara terbaik untuk bersedia ialah dengan memikirkan contoh-contoh di mana anda telah

berjaya menggunakan kemahiran yang diperolehi.

· Ambillah masa untuk mengumpul senarai jawapan kepada kedua-dua jenis soalan dan

senaraikan kemahiran, nilai-nilai dan minat serta juga kekuatan dan kelemahan anda. Tekankan

apa yang anda boleh lakukan untuk member manfaat kepada syarikat, dan tidak hanya apa yang

anda minati.

· Orang-orang perseorangan yang anda jadikan sebagai rujukan dalam permohonan dijangka

akan dihubungi oleh syarikat sebelum tawaran dikeluarkan kepada anda. Rancang lebih awal.

Dan buat senarai rujukan serta beberapa surat sokongan di peringkat ini, agar anda sudah

bersedia apa majikan memintanya.

· Soalan terakhir yang mungkin ditanya penemuduga ialah “Adakah apa-apa soalan yang saya

boleh jawab?” Sedia beberapa soalan. Anda bukan hanya mencuba mendapatkan pekerjaan –

anda juga menemuduga majikan untuk menilai sama ada syarikat berkenaan dan jawatan

bertepatan.

TEMUDUGA BERASASKAN TINGKAHLAKU

Apakah temuduga brasaskan tingkahlaku? Menemuduga berasaskan tingkahlaku ialah

menemuduga berasaskan kepada mendapati bagaimana orang yang ditemuduga berkelakuan di

dalam situasi-situasi tertentu berkaitan dengan pekerjaan. Logiknya ialah cara anda berkelakuan

di masa-masa lalu dapat meramal cara anda berkelakuan di masa-masa akan datang, iaitu, tahap

kerja yang lalu dapat menelah tahap kerja akan datang.

Dalam temuduga tradisional, anda akan ditanya beberapa soalan yang mempunyai jawapan terus

terang seperti "Apakah kekuatan dan kelemahan anda?" atau "Apakah cabaran dan masalah besar

yang anda telah hadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?" atau "Huraikan minggu kerja yang

biasa terdapat."

Dalam temuduga berasaskan tingkahlaku, seseorang majikan telah menetapkan kemahiran yang

perlu ada pada seseorang yang diambilnya dan akan bertanyakan soalan-soalan untuk

mengetahui sama ada calon tersebut memiliki skil-skil tersebut .

Sebagai ganti bertanyakan bagaimanakah anda berkelakuan, mereka akan bertanya

bagaimanakah anda telah berkelakuan. Penemuduga mahu mengetahui bagaimana anda

menangani sesuatu situasi, dan bukan apa yang anda lakukan di masa akan datang.

Page 6: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

Soalan-soalan temuduga berasaskan tingkahlaku lebih menjurus, lebih menyiasat dan lebih

khusus. Misalnya:

• Berikan satu contoh ketika bilamana anda telah menggunakan logik untuk menyelesaikan

masalah.

• Berikan satu contoh matlamat yang anda telah capai dan beritahu bagaimana anda

mencapainya.

• Huraikan satu keputusan yang anda telah buat menjadikannya tidak popular serta

bagaimana anda menanganinya dalam melaksanakannya.

• Adakah anda telah melakukan lebih dari tugas-tugas hakiki? Jika benar, bagaimana?

• Apakah yang anda buat jika sesuatu projek terganggu? Beri satu contoh bagaimana anda

menanganinya.

• Adakah anda pernah meyakinkan sesuatu pasukan untuk melaksanakan sesuatu projek

yang mereka tidak berapa minat? Bagaimanakah anda melakukannya?

• Pernahkah anda menangani satu situasi yang sukar dengan rakan sekerja? Bagaimana?

• Beritahu saya bagaimana anda telah dapat bekerja dengan berkesan di bawah tekanan.

Soalan-soalan susulan juga akan diperincikan. And mungkin akan ditanya apakah yang telah

dilakukan, dituturkan, bagaimana reaksi anda atau bagaimanakah perasaan anda.

Apakah cara terbaik untuk menyediakan diri anda? Adalah penting untuk mengingatkan bahawa

anda tidak akan tahu apakah jenis temuduga yang akan berlangsung sehinggalah anda duduk di

dalam bilik temuduga berkenaan. Oleh itu, sediakan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan

temuduga tradisional. Kemudian, oleh kerana anda tidak tahu sebenarnya akan situasi-situasi

yang akan disoal sekiranya ia temuduga berasaskan tingkahlaku, ingatkan semula dan fikirkan

beberapa situasi-situasi istimewa yang anda telah tangani atau projek-projek yang anda telah

kendalikan.

Anda mungkin boleh menggunanya bagi membantu anda merangka jawapan. Teliti keterangan

tugas. Dari keterangan kerja dan keperluan jawatan yang diperolehi melalui bacaan, anda

mungkin akan mendapat gambaran jenis kemahiran yang dapat dijadikan aset.

Semasa temuduga, sekiranya anda tidak pasti bagaimana menjawab soalan berkenaan, mintalah

penjelasan.

Kemudian pastikan anda memasukkan poin-poin berikut di dalam jawapan anda:

• Situasi yang khusus

• Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan

• Tindakan yang anda ambil

• Keputusannya, iaitu, apa yang telah berlaku

Page 7: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

Adalah penting untuk mengingatkan bahawa tiada jawapan yang betul ataupun salah.

Penemuduga hanya cuba memahami bagaimana anda berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu.

Bagaimana anda menjawab akan menentukan sama ada wujud keserasian antara kemahiran anda

dengan jawatan yang akan diisi syarikat berkenaan. Oleh itu, dengar baik-baik, jelaskan dengan

terperinci apabila anda respon, dan paling penting, bersikap jujur. Sekiranya jawapan-jawapan

anda bukan yang dicari penemuduga, jawatan ini mungkin bukan yang terbaik bagi anda.

ETIKA TEMUDUGA

Adab, Makan dan Temuduga

Temuduga selalunya merupakan satu tekanan – walaupun bagi pencari kerja yang telah

ditemuduga banyak kali. Temuduga boleh jadi lebih menekan apabila anda diminta makan dan

bercakap pada masa yang sama. Walaupun perkara ini jarang sangat berlaku, salah satu sebab

majikan membawa bakal pekerja keluar makan tengahari atau makan malam ialah untuk menilai

skil sosial anda dan melihat bagaimana anda mengendalikan diri anda dengan bersopan-santun di

bawah tekanan.

Makan dengan bakal pekerja membolehkan majikan mengkaji kemahiran anda berkomunikasi

sesama manusia, dan juga adab makan, dalam suasana yang lebih relaks (bagi majikan). Adab

makan memang penting. Mempunyai adab makan merupakan satu kelebihan berbanding dengan

calon-calon, oleh itu, ambillah masa untuk meningkatkan skil etika makan.

Tips Makan Untuk Temuduga:

• Adakah anda benar-benar gementar? Tinjau restoran terlebih dahulu sebelum tiba

masanya. Cara ini anda betul-betul tahu apa yang terdapat di menu, apa yang akan anda

pesan dan di mana rest rooms ditempatkan.

• Bersopan. Ingatlah untuk mengatakan “tolong” dan “terima kasih” kepada orang yang

menghidang dan juga tuan rumah anda.

• Adakah meja penuh dengan alatan? Mulakan dengan alat yang paling sebelah luar dan

disusuli dengan yang di sebelahnya ke dalam. Garpu salad anda paling kiri, disusuli

dengan garpu entree (makanan pembuka selera) di sebelahnya. Sudu dan garpu pencuci

mulut di sebelah atas pinggan anda.

• Cecair di sebelah kanan, pepejal di sebelah kiri. Misalnya, gelas air anda di sebelah kanan

dan piring roti di sebelah kiri.

• Letak napkin di atas peha apabila semua orang telah duduk.

• Ingatlah supaya anda menjauhkan siku dari meja, duduk tegak-tegak dan jangan bercakap

dengan mulut yang penuh makanan!

Page 8: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

Semasa Makan:

• Jangan pesan makanan messy - pasta dengan sos yang banyak, ayam yang ada tulang,

rusuk, sandwich besar, dan udang galah/kara besar semuanya berbahaya.

• Jangan pesan emakanane termahal di menu.

• Pesan makan yang mudah dipotong kecil-kecil agar senang dimasuk ke dalam mulut.

• Cara sopan menyudu sop ialah menyudu jauh dari anda dan bukan hala ke anda.

Kebarangkalian sop tertumpah di atas peha anda adalah kurang.

• Pecah rol kecil-kecil dan suap ke dalam mulut anda secebis demi secebis.

• Sekiranya anda perlu meninggalkan meja, letak napkin anda di atas tempat duduk atau

tempat letak tangan kerusi anda.

• Apabila anda selesai makan, aturkan sudu, garpu dan pisau anda kepada kedudukan

“pukul empat” agar orang yang menghidang tahu bahawa anda telah selesai.

• Ingatlah, cuba relaks, dengar, dan ambil bahagian dalam perbualan.

Sesudah Makan:

• Letak napkin anda di atas meja bersebelahan pinggan anda.

• Biarkan bakal majikan meminta bil. Orang yang menjemput anda dijangka membayar bil

dan juga tip.

• Ingatlah untuk mengucapkan “terima kasih”. Fikirkan juga untuk menyusul dengan nota

terima kasih bagi mengulangi kenyataan bahawa anda berminat dengan jawatan tersebut.

NOTA UCAPAN TERIMA KASIH

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga untuk jawatan adalah penting (tidak ramai yang

memikirkan perkara ini). Sesungguhnya, sesetengah majikan kurang memikirkan calon-calon

yang tidak membuat susulan segera. Rancang untuk menghantar surat terima kasih secepat

mungkin (sebaik-baiknya dalam masa dua puluh empat jam, atau tidak melebihi seminggu)

setelah selesai ditemuduga.

Adalah penting bagi anda untuk mengucapkan terima kasih setelah temuduga pertama untuk

jawatan dan juga temuduga kedua. Penting juga bagi anda untuk mengucapkan terima kasih

kepada semua mereka yang menemuduga anda dan juga yang telah membantu anda dalam

pencarian pekerjaan, termasuk yang anda telah temuduga. Berikut ialah beberapa panduan untuk

menentukan kepada siapa yang anda harus berterima kasih dan cara terbaik untuk menyampaikan

terima kasih anda kepada mereka.

• Bersyukurlah kepada Allah.

• Bertindak segera – Rancang untuk menghantar nota terima kasih anda secepat mungkin

setelah ditemuduga (seboleh-bolehnya dalam masa dua puluh empat jam).

Page 9: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

• Amnya, surat-surat yang ditaip disarankan. Pertimbangkan “personaliti” organisasi

berkenaan serta hubungan erat yang dirasakan semasa sesi temuduga. Sekiranya

temuduga anda merupakan proses yang agak tidak formal dan/atau anda berjaya

menghasilkan hubungan baik dengan penemuduga, nota bertulis tangan sudah memadai.

• Sebagai tambahan kepada berterima kasih pada orang yang bercakap dengan anda, nota

terima kasih menguatkan lagi keazaman anda mahukan jawatan tersebut. (Nota:

Walaupun anda tidak mahukan pekerjaan berkenaan, tulislah surat secara hormat

menyatakan anda ingin menarik diri, kerana anda tidak mengetahui apa yang akan

berlaku. Jadi, mengapa membuang masa?)

• Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan “jualan”. Dalam

lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan berkenaan,

kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan sebagainya.

Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara penting

yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci

atau tidak sebaik yang anda inginkan.

• Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga (dan dibawa

makan tengahari) bersama-sama ramai orang? Adakah nota berasingan bersesuaian atau

haruskah anda menghantar satu surat sahaja untuk kesemuanya? Pilihlah pendekatan anda

berdasarkan apa yang anda fikirkan paling bersesuaian dengan “personaliti” organisasi

berkenaan. Juga, fikirkan sama ada temuduga-temuduga berkenaan mempunyai banyak

persamaan antara satu sama lain. Sekiranya terdapat banyak persamaan (seperti

perkongsian bersama di kalangan para penemuduga), mungkin satu surat sahaja sudah

memadai. Jika benar, alamatkan surat kepada semua orang dalam satu surat master,

reproduce surat berkenaan dan tambahkan nota personal bagi setiap seorang.

• Bagaimana sekiranya anda rasa gementar setiap kali menulis surat? Berilah masa –

carilah nota yang simpel untuk dihantar atau hantarkan nota terima kasih melalui e-mel

tanpa lengah; jimatkan usaha anda untuk masa yang lain.

• Ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak: semak ejaan, nahu, cetakan dan lain-

lain. Sekiranya musykil terhadap nama, ejaan atau gelaran/jawatan para penemuduga,

hubungi atau telefon pejabat berkenaan. Usaha anda berbaloi!

Page 10: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

Contoh Surat Terima Kasih

Nama Anda

Alamat Anda

Poskod, Bandar, Negeri Anda

Nombor Telefon Anda

Alamat e-mel Anda

Tarikh

Nama Penerima

Jawatan

Organisasi

Alamat

Poskod, Bandar, Negeri

Tuan/Puan/Encik/Cik:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa peluang berbincang dengan tuan/puan berkenaan dengan

jawatan Penolong Eksekutif Akaun di Agensi tuan/puan merupakan satu Penghargaan.

Jawatan tersebut, sebagaimana yang tuan jelaskan, ternyata sangat sesuai dengan kemahiran dan minat

saya. Pendekatan yang kreatif terhadap pengurusan akaun yang tuan terangkan menguatkan lagi semangat

saya untuk bekerja dengan tuan/puan.

Sebagai tambahan kepada minat saya, saya akan meningkatkan kemahiran dalam penulisan, kesungguhan

dan kebolehan menggalakkan lain-lain kakitangan agar bekerjasama dengan Jabatan. Latar belakang

artistik saya akan membantu saya bekerja dengan staf untuk menghasilkan kesefahaman dalam aspek

kerja kita.

Saya memahami keperluan tuan/puan terhadap sokongan pengurusan. Pengalaman saya dalam hal-hal

berkaitan dengan organisasi akan membantu melapangkan tuan/puan agar dapat memberi tumpuan untuk

menangani isu-isu yang lebih besar. Semasa ditemuduga, saya terlupa untuk memaklumkan bahawa saya

telah bekerja sementara sebagai pekerja pejabat. Pengalaman ini membantu saya membentuk kemahiran

dalam bidang kesetiausahaan dan perkeranian.

Saya menghargai masa yang tuan/puan ambil untuk menemuduga saya. Saya sangat berminat bekerja

untuk tuan/puan dan berharap mendapat perhatian dan jawapan tuan/puan mengenai jawatan ini.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Tandatangan Anda

Nama Anda Ditaip

Page 11: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

Terima Kasih Melalui E-mel

Menghantar Surat Elektronik

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga pekerjaan boleh menjadi kunci kepada mendapat

tawaran pekerjaan. Dalam zaman komunikasi elektronik ini, adakah bertepatan menghantar surat

terima kasih melalui e-mel? Dalam kebanyakan hal, ya. Anda boleh menghantar surat terima

kasih serta merta, berbanding dengan masa menunggu untuk khidmat pos menyerahkan surat

tersebut kepada penerimanya. Sekiranya majikan membuat keputusan mengambil pekerja

secepat yang mungkin, masa adalah penting. Jika ini tidak memerlukan tindakan segera, anda

masih boleh mengirim nota terima kasih yang ringkas, beserta dengan surat atau nota, melalui e-

mel. Anda mengulangi minat anda terhadap jawatan berkenaan lebih cepat lagi.

Sebagai tambahan kepada ucapan terima kasih anda kepada orang yang bercakap dengan anda,

nota terima kasih mengukuhkan lagi hasrat anda benar-benar mahukan jawatan berkenaan.

Gunakan surat anda untuk memberi perhatian terhadap sebarang isu dan hal-hal yang timbul

semasa temuduga. Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan

“jualan”. Dalam lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan

berkenaan, kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan

sebagainya. Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara

penting yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci

atau tidak sebaik yang anda inginkan. Ingatlah bahawa nota terima kasih seharusnya ringkas dan

menepati matlamatnya. Beberapa perenggan pendek sudah mencukupi.

Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga bersama-sama ramai

orang? Hantar mesej berasingan kepada setiap seorang penemuduga. Buat pindaan mesej anda

agar setiap penemuduga menerima nota terima kasih yang unik. Mintalah kad bisnes di

penghujung setiap temuduga – cara ini anda akan memperolehi informasi kontak bagi surat-surat

terima kasih anda.

Akhir sekali, ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak – semakan bagi e-mel adalah sama

penting sepertimana lain-lain surat-menyurat. Pastikan anda menyemak ejaan, nahu, cetakan dan

sebagainya. Juga simpan sesalinan untuk anda, dalam fail keluar mel anda atau hantar salinan

kepada diri anda sendiri, agar anda mempunyai sesalinan setiap mesej yang dihantar.

Page 12: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

TIP BERPAKAIAN

Sebelum ditemuduga oleh sesebuah syarikat, buat kajian untuk mengetahui kod berpakaian

syarikat berkenaan. Berikut ialah beberapa saranan untuk membantu anda:

Sut

· Sut single-breasted dua butang dengan belah belakang selalunya selamat dipakai.

· Warna hendaklah biru kelasi, arang atau kelabu. Ingatlah untuk memakai warna gelap.

· Sut pinstripe, plaid atau solid paling diterima.

· Bagi jawatan bercirikan daya kreativiti, seperti pengiklanan atau pemasaran, anda boleh

mengenakan sut tiga atau empat butang. Olives dan tans juga boleh diterima.

· Sut hendaklah berkualiti dibuat dari bulu biri campuran.

Kemeja

· Kemeja putih terbaik untuk temuduga.

· Untuk kelihatan lebih profesional, pilih kemeja dengan tab collar atau point collar.

· Kemeja hendaklah dari kapas 100% dan ditekan licin.

Tali Leher

· Anda hendaklah memilih tali leher dari kumpulan warna merah – kekuasaan.

· Sekiranya tali leher anda bercorak, warna-warna corak hendaklah sepadan dengan warna sut

anda.

· Tali leher hendaklah dari sutera 100%.

· Jauhkan dari tali leher jenis clip-on.

Kasut

· Kasut lace-up pilihan baik untuk temuduga.

· Kasut seharusnya jenis wingtip atau cap toe.

Page 13: SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA - Pegawai Tadbir …tipsptd.com/blog/dwld/temuduga.pdf · matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang ... Akhir sekali, cuba relaks!

Panduan Temuduga

http:tintarestu.com/panduantemuduga |

· Hitam menjadi pilihan, walaupun burgundy/oxblood boleh juga diterima.

Tali Pinggang

· Tali pinggang mestilah sepadan dengan kasut.

· Ianya hendaklah seberapa konservatif yang boleh.

Stoking

· Stoking mestilah sepadan dengan sut.

· Warna-warna solid lazimnya selamat dipakai.

Petua

Sekiranya mengguna kolon atau pewangi, janganlah berlebih-lebih.

• Ingatlah untuk menekan sut sebelum temuduga.

• Hadkan barang kemas kepada satu bentuk cincin bagi satu tangan.

• Jangan memakai subang/anting-anting.

• Pastikan anda tidak memakai kasut yang baru yang belum dipakai lagi, dan kasut

hendaklah digilap sebelum pergi temuduga.

• Jangan memakai suspenders dengan tali pinggang.

• Pastikan nafas anda berbau segar.

• Pastikan rambut, kuku dan sebarang bulu/rambut di muka ditrim kemas dan bersih.

Insya Allah, kejayaan akan berada di pihak anda.

SELAMAT BERJAYA!!!