skema sejarah 2 kedah 2012.docx - weblog cikgu jumali · pdf filebincangkan perubahan sistem...

43
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] BAHAGIAN A 1. Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800 hingga 1895. A. Pengenalan ( 2@3 M ) 1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua. 2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh penghulu. 3. Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British, Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret, Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua kampung. B. Isi (20 M) Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British (10 M ) 1. Pentadbiran Peringkat Negeri a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa mutlak. b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing. Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza. c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah berasaskan Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran negeri yang terdiri daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang Sungai Ujong. d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri, raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan pemberian peralatan kebesaran. e) Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila

Upload: nguyendieu

Post on 07-Feb-2018

286 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

1

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN A

1. Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800

hingga 1895.

A. Pengenalan ( 2@3 M )

1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu

telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan

Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.

2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh

pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh

penghulu.

3. Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di

negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat

iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British,

Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret,

Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua

kampung.

B. Isi (20 M)

Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British

(10 M )

1. Pentadbiran Peringkat Negeri

a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai

oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang

tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa

mutlak.

b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh

pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri

kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing.

Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.

c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah berasaskan

Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh

Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran negeri yang terdiri

daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang

Sungai Ujong.

d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri,

raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang

raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan

pemberian peralatan kebesaran.

e) Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi

semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan

berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila

Page 2: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

2

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

seseorang raja/sultan mangkat, putera sulung sultan dari permaisuri yang

berdarah raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai

waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.

f) Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi mentadbir negeri

dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini, bakal sultan Perak

hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara

dan Raja Muda. Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula

dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera baginda ataupun orang luar

sekiranya tidak ada putera baginda yang layak.

2. Peringkat Daerah / Jajahan.

a) Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa daerah/jajahan.

Pentadbiran daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan.

Mereka digelar Orang Besar-Besar.

b) Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan melalui surat tauliah yang

mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas dan mempunyai

kuasa penuh dalam daerah / jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan

pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam

surat tauliah yang dikurniakan raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan

bertanggungjawab kepada raja/sultan.

c) Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar daerah/ ketua jajahan

adalah sangat penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat rapat

dengan rakyat.Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan penting

sebagai perantaraan antara rakyat dengan sultan. Justeru itu, terdapat kes-

kes di mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di

Perak, pembesar daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa

menyingkirkan sultan yang mereka tidak sukai.

d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada

jumlah pengikutnya. Pembesar daerah dibenarkan memungut cukai didaerah

yang diperuntukan kepada mereka sebagai punca pendapatan.

3. Peringkat Kampung

a) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik

Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di

Kelantan.

b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih

akan dilantik oleh sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.

c) Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar daerah dengan

penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi

pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.

Page 3: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

3

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu selepas campur tanganBritish

(10 M )

1. Pentadbiran Peringkat Negeri.

a) Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu

telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan

kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.

b) Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan atas nasihat seorang

residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN).

Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli Melayu

dan ahli bukan Melayu.

c) Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan dalam pentadbiran

negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan tertinggi dan badan

kerajaan yang utama.

d) Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di mana beliau boleh

membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan

yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.

e) Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN hanya boleh dibuat

dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor Negeri-Negeri Selat

mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.

f) Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan

pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.

2. Peringkat Daerah.

a) Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran

daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai

Pemungut cukai dan Majistret.

b) Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan menjadi majistret bagi

mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat daerah.

c) Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga perbendaharaan

daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam dan

mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.

3. Peringkat Mukim

a) Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran yang lebih kecil iaitu

mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik di

kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai

pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang

Melayu dan mempunyai kelayakan pendidikan.

b) Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang

tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada

kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.

Page 4: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

4

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Pentadbiran Kampung

a) Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung.

Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih di

kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan

masyarakat kampung tersebut.

b) Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan mendapat

pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.

5. Pentadbiran bandar.

a) Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyediakan

dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga Kesihatan ialah

mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan

meluluskan pelan pembangunan.

b) Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga dan mengawal

kepentingan penduduk yang berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan

Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik untuk melindungi dan menjaga

kepentingan orang Cina.

C. Penutup ( 2 @ 3 M )

1. Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah

berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih moden.Namun bagitu pada

dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih dikekalkan,tetapi fungsinya

telah diubah mengikut keperluan masa.

2. Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan tetapi bidang

kuasa mereka amat terbatas.

Page 5: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

5

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Huraikan perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih dalam abad

ke-19.

A. Pengenalan. ( 2 @ 3 M)

1. Adat ialah peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah

masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi.

2. Adat Perpatih dan Adat Temenggung merupakan undang-undang tidak

bertulis dalam masyarakat Melayu tradisional.

3. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum

adat di Negeri-Negeri Melayu yang diturunkan dari generasi ke generasi

secara lisan.

B. Isi( 20 M)

Adat Temenggung

1. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik

iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiaannya berkuasa di Palembang

(Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang

kemudiaannya berkuasa di Pagar Ruyung. (Adat Perpatih)

2. Adat Temenggung tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 15 dan adat

Perpatih tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 17

3. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan

Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih.

4. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup, adat

istiadat dan hidup bermasyarakat.

5. Hukum adat ini dibawa masuk sekitar abad 15 M dan kemudiaannya

diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.

Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Sosial

1.Bersifat Matriarchal / Patriarchal (4 markah)

a) Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam

masyarakat

i. kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta.

ii. nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu.

iii. anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku

b) Dalam Adat Temenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai

kedudukan

i. anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta.

ii. susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki.

iii. lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

iv. mengikut hukum syarak

2. Perkahwinan. ( 1 markah)

a) Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda

Page 6: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

6

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

i. bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-

anaknya.

ii. tempat kediaman atau rumah kemudiaanya menjadi hak isteri

iii. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua

beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiaannya berkuasa di

Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan

Sebatang yang kemudiaannya berkuasa di Pagar Ruyung. (Adat

Perpatih)

c) Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak

menggalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama

adalah dianggap bersaudara.

i. Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa

sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan.

3. Semangat kesukuan

a) Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan melalui suku. Setiap ahli keluarga

berasaskan kepada suku. Nasab mengikut sebelah ibu .

b) Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih. Nasab

mengikut sebelah bapa.

Politik

1. Pentadbiran

a) Adat Perpatih bersifat demokrasi. (2 markah)

i. kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak dan masyarakat

(perut)

ii. pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di

setiap peringkat.

ii. masyarakat akan memilih Buapak, Buapak akan memilih Lembaga,

Lembaga akanmemilih Undang dan Undang memilih dan melantik

Yang Dipertuan Besar.

iii. Perlantikan dari bawah ke atas

b) Dalam Adat Temenggung pemerintahan berbentuk autokrasi. ( 2 markah)

i. Pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh

pembesar dengan jawatan tertentu dan pembesar di peringkat

wilayah

ii. Sultan melantik pembesar.

iii. Ketua peringkat paling bawah ialah ketua kampung.

iv. Anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta.

v. Jika tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.

vi. Jika kedua-dua di atas tiada, maka Raja Bendahara akan menjadi

sultan.

vii. Bersikap diskriminotori.

viii. Perlantikan dari atas ke bawah

Page 7: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

7

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Perundangan

a) Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat

menyedarkan manusia,bertimbangrasa dan berunsur pemulihan.

i. kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti

rugi.

ii. ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan

dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan

memperolehi kembali gantian barangnya dan pembunuh akan

menanggung kehidupan keluarga mangsa.

iii. Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan

hukuman bunuh.

iv. Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain.

b) Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas.

i. hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh.

ii. raja akan menjatuhkan hukuman.

3. Ekonomi

a) Pembahagian Harta (2 M)

i. Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga.

ii. harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya

tanpa persetujuan ahli keluarga.

iii. harta milik suku perempuan – tidak ikut hukum syarak

iv. dalam Adat Temenggung harta milik individu.

v. pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan.

vi. harta diutamakan kepada pihak lelaki – ikut hukum syarak

C. Penutup (2 @ 3 M)

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya.

2. Walau bagaimanapun kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud

yang sama untuk melindungi anggota masyarakat , hidup dengan

mematuhi kepada peraturan,berdisiplin, menghormati sesama manusia,

mematuhi adat istiadat.

3. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adatyang diamalkan pada

waktu dahulu (sekitar abad 17M) dan masih berlangsung hingga hari

inikhususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.

Page 8: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

8

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap

pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.

A. Pengenalan (2 @ 3M)

1. Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa

pembaharuan di Sarawak, tetapi bertentangan dengan amalan tradisi

masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh

Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana

kedudukan mereka terjejas. Lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau

Brooke keluar dari Sarawak.

2. Sementara Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai Sabah telah

melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan

yang dilaksanakan oleh SBUB ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati

masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerana mereka telah kehilangan

hak dan kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah

mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBUB di Sabah.

B. Isi (20 M)

1. Tindakbalas di Sarawak (10m)

a) Penentangan Rentap (1853)

i. Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban

yang terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu

atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan terpengaruh di hulu

Sungai Sekrang.

ii. Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana

James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di

sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan.

Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk

menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang

merupakan amalan tradisi orang Iban di Sarawak.

iii. Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu

British di Sekrang dan menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan

Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh

Rentap di kalangan orang Iban semakin kukuh.

iv. Pada tahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari

dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap

dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Bukit

Sadok.

v. Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan

beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok, tetapi gagal

menawannya. Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya telah

berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.

vi. Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan

meneruskan perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak

sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.

Page 9: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

9

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

b) Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)

i. Sharip Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun

1849. Beliau amat berpengaruh di kalangan orang-orang Malanau dan

Iban.

ii. Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak

meletakkan Sarikei di bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit

di bawah pengawalan seorang pegawai British dan melucutkan

jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau

campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh

Charles Fox.

iii. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang

pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar

Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke

pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas

penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam

terhadap pemerintahan Brooke.

iv. Pada tahun 1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan

Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di

Serawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur telah

menyerang Kanowit dan menyebabkan dua orang pegawai British

termasuk Charles Fox telah terbunuh.

v. Kejayaan ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul

Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan

semua orang Belanda seterusnya mara ke Kuching untuk memusnahkan

pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.

vi. Malangnya rancangan ini diketahui oleh Brooke. Sementara Dato Patinggi

Abdul Ghapur pula ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

vii. Pada tahun 1860, Sharip Masahor mara ke bandar Kuching dan

bertembung dengan tentera Britsh yang dipimpin oleh Charles Brooke di

Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.

viii. Sharip Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang

dan akhirnya Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke

telah menyerang dan memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip

Masahor di Sarikei.

ix. Sharip Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada tahun 1861. Satu

rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan Brunei.

Melalui rundingan ini, Sultan Brunei meminta Sharip Masahor

meninggalkan Mukah. Sharip Masahor akhirnya bersetuju menjadi orang

buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun

1890.

c) Penentangan Banting (1895)

i. Banting merupakan penghulu orang-orang Iban di Hulu Sungai Batang

Lupar.

ii. Beliau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba

menghapuskan amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan

kerajaan Brooke mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM7.20

Page 10: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

10

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

sen kerana membawa masuk Tajau dan perkakas tembaga ke Sarawak

tanpa membayar cukai.

iii. Bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke,

pada tahun 1895, Banting telah menyerang perkampungan Dayak di

Sukong dan menyebabkan 10 orang terbunuh.

iv. Akibat serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk

menangkap Banting antara tahun 1896-1902 tetapi gagal.

v. Banting telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak

selama 15 tahun. Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya

dikalahkan oleh tentera British dalam pertempuran “Bung-Ka”.

vi. Menjelang bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah.

Banting akhirnya berjanji akan menghentikan penentangannya terhadap

pemerintahan Brooke di Sarawak dan bersetuju membayar semua denda

yang dikenakan terhadapnya.

vii. Banting dan pengikutnya telah berpindah ke Sungai Lemboyan di Hulu

Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir hayatnya.

2. Tindak balas di Sabah (10m)

a) Penentangan Mat Salleh (1897)

i. Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di

Inanam Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan

pembesar yang mentadbir kawasan atau daerah di Hulu Sungai Sugut.

ii. Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di

Sabah apabila SBUB bertindak :

iii. Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di

Sabah dalam satu pentadbiran pusat.

iv. Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan

cukai yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil-alih hak

pemungutan cukai beliau.

v. Campur tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).

vi. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan

memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak

balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan

pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau, tetapi berjaya

dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.

vii. SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh.

Akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan

pengarah SBUB iaitu William Cowie di Menggatal pada tahun 1898.

Dalam pertemuan ini SBUB bersetuju memberi pengampunan kepada

Mat Salleh dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan

berkuasa di Tambunan.

viii. Walau bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil

semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah

menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikutnya telah

meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB di Sabah. Pada

Page 11: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

11

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan

pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh

telah terbunuh.

b) Penentangan Antanum (1915)

i. Antanum merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap

dirinya suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan

mereka.

ii. Penentangan kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap

pentadbiran SBUB di Sabah juga di kenali sebagai Kebangkitan

Rundum. Penentangan ini di kenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana

ia tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.

iii. Antanum menentang pentadbiran SBUB di Sabah apabila SBUB

bertindak :

Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat

kegiatan pertanian pindah.

Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai

ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang

Murut.

Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seekar setahun.

Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa

membayar gaji.

iv. Pada bulan Jun 1914, Antanum telah memimpin orang Murut

menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan

Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya

telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan

memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum.

Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.

v. Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan

serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan

ini, Antanum bersama–sama dengan 400 orang pengikutnya telah

terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam

pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

C. Penutup (2 @3M)

1. Kegagalan penentangan kaum peribumi Serawak menentang pemerintahan

Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Serawak. Brooke

telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil pemerintah yang sah yang di

lantik oleh Sultan Brunei.

2. Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di Sabah

menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.

Page 12: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

12

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu sebelum

Perang Dunia Kedua.

A. Pengenalan (2 @ 3 M)

1. Sistem pendidikan zaman penjajahan merupakan titik permulaan kepada

perubahan tradisi di Tanah Melayu.

2. Semenjak campur tangan British di negeri-negeri Selat iaitu Pulau

Pinang,Singapura dan Melaka,mereka telah memperkenalkan corak pendidikan

British-Sekolah vernakular.

3. Terdapat 4 aliran sekolah di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu,Sekolah

Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.

4. Sekolah Inggeris yang pertama,Sekolah Penang Free (Penang Free School)

yang didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1816.

B. Isi (20 M)

1. Sekolah Melayu

a) Mula pertengahan kurun ke-19,sekolah Melayu mula ditubuhkan.Sekolah

Melayu pertama ditubuhkan pada 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.

b) Pada 1855,sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas.Pada

1856,dua buah lagi sekolah Melayu ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk

Belanga dan Kampung Gelam.Seterusnya sembilan buah sekolah di Melaka

(1858-1863).

c) Sekolah-sekolah Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa pelajar Melayu

terutamanya di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu kerana mereka berasa

curiga kerana mata pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak

jauh dari Bandar.

d) Langkah yang diambil oleh British adalah dengan mengadakan mata

pelajaran agama Islam dan al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah

Melayu.Kerajaan British juga mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak

menghantar anak ke sekolah dan pembesar diminta mengarahkan ibu bapa

menghantar anak mereka ke sekolah.

e) Langkah ini berjaya.Pada tahun 1909,jumlah murid meningkat hampir lapan

ribu orang.Apabila adanya enakmen yang mewajibkan anak-anak lelaki

Melayu yang berumur 7 hingga 14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya 3 ½

tahun jika berada dalam lingkungan 3 km dari sekolah.

f) Dasar pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan oleh British ini

adalah untuk memberi pendidikan minimum (3M-membaca,menulis,dan

mengira) dan untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.

Page 13: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

13

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

g) Kurikulum (Bahasa Melayu-Jawi,Matematik Asas,Ilmu Kesihatan,Ilmu

Alam,Sejarah,berkebun pada sebelah pagi dan agama,al-Quran pada

sebelah petang).

h) Kerajaan British menubuhkan beberapa maktab perguruan Melayu (Maktab

Perguruan Sultan Idris – MPSI,pada 1922) di Perak.

2. Sekolah Cina

a) Kurikulum yang diajar selaras dengan dasar pendidikan yang diajar di Negara

China seperti kesusasteraan Cina klasik,Bahasa Cina,Ilmu Hisab, Sains,

Nyanyian, Lukisan dan Latihan Ketenteraan.Semua ini berasaskan

pengajaran Confucius.

b) Tenaga pengajaran didatangkan dari Negara China, biasanya mempunyai

kelulusan yang berbeza-beza dan ada yang tidak mempunyai kelulusan

perguruan.

c) Pada mulanya sekolah Cina dibiayai atau diusahakan secara persendirian

oleh masyarakat Cina melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-

persatuan Cina.

d) British sedar campur tangan dan pengaruh kerajaan Cina ke atas Cina di

Tanah Melayu semakin meluas.Maka pada tahun 1920,British

menguatkuasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah untuk mengawal perjalanan

dan penubuhan sekolah-sekolah cina.

e) Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.

f) Kerajaan Brtish mula beri bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina

mulai tahun 1923.

g) Terdapat sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 6

tahun seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.

3. Sekolah Tamil

a) Bermula pada pertengahan abad ke -19 hingga awal abad ke-20 akibat

kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang-ladang

getah,kopi,kelapa dan tebu.

b) Penubuhan awal sekolah Tamil bermula di negeri-negeri Selat ditumpangkan

di Sekolah Penang Free (1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.

c) Sekolah Tamil ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan

badan-badan sukarela.Kebanyakan didirikan di ladang-ladang getah di

bawah pengurusan estet (4-5 tahun sahaja ).

d) Kurikulum sekolah ini untuk memberi kemahiran asas, (3M- membaca,

menulis dan mengira ).Mata pelajaran lain termasuk Ilmu Hisab,Ilmu

Alam,Lukisan dan kerjatangan,Pengetahuan Am dan Pendidikan Jasmani.

Page 14: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

14

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

e) Sekolah Tamil condong kepada negara India – semua buku teks,kurikulum

dan kebanyakan guru terlatih dibawa dari India.

f) Pada tahun 1903 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia

dan mengawas sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan pada tahun

1923 dan diwujudkan semula pada 1983

g) Peruntukan bantuan juga ditambah dan pendidikan Tamil ini hanya peringkat

sekolah rendah sahaja.

4. Sekolah Inggeris

a) Sekolah Penang Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang

pertama di Asia Tenggara.Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826

kemudian di Singapura dan negeri-negeri Melayu yang lain.

b) Sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa penghantar Bahasa

Inggeris sepenuhnya.Sekolah ini biasanya terdapat di di bandar-bandar dan

terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang didirikan oleh

mubaligh Kristian,sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar

dan sekolah Inggeris persendirian.

c) Kurikulum sekolah ini berasaskan Senior Cambridge School Certificate

Examination yang disusun di England.Lulusan sekolah Inggeris mempunyai

peluang yang cerah dalam bidang pekerjaan.Firma-firma swasta juga

memerlukan tenaga kerja yang mempunyai lulusan sekolah Inggeris.

d) Kebanyakan pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada kaum Cina manakala

golongan Melayu terdiri daripada golongan atasan.Dua tahap pendidikan iaitu

peringkat rendah dan peringkat menengah.

e) Lulusan sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat

diploma di Maktab Perguruan King Edward VII di Singapura (1921),Maktab

Raffles (1919) atau ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.

C. Penutup (2 @ 3 M)

1. Dasar pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di

Tanah Melayu telah berkembang secara berasingan.

2. Ini menjadi sebab bermulanya sikap perkauman dan kurangnya interaksi antara

kaum di Tanah Melayu.

3. Namun demikian kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang

seragam dengan memperkenalkan Rancangan Cheeseman,Laporan Fenn-Wu

dan seterusnya Laporan Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum di

Tanah Melayu

Page 15: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

15

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat

nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hingga 1945.

A. Pengenalan (2 @3 M)

1. Mulai tahun 1932 pihak tentera telah menguasai politik negeri Jepun.

Kepopularan golongan tentera telah meningkat apabila ianya memperjuangkan

dasar peluasan kolonial.Negeri Jepun mula mengamalkan dasar luar yang

agresif. Pada tahun 1937 Jepun telah menyerang negeri China.Disember 1941

Jepun mula menyerang Tanah Melayu.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah

Melayu jatuh ke tangan Jepun.

2. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam

dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, khasnya dalam kalangan orang

Melayu. Menurut John Funston,Pendudukan Jepun telah “ politicise the Malay

peasantry to the extent that they were available for mass mobilisation

immediately after the war’’

B. Isi Penting (20 M)

1. Kesengsaraan Hidup Zaman Jepun.

a) Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk Asia”

telah menambahkan keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan

politik dan kemerdekaan. Di sebalik propaganda ini,Jepun ingin menguasai

negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan pelbagai hasil bahan

mentah yang diperlukan untuk membangunkan industrinya.

2. Pengalaman Mentadbir Untuk Orang Melayu.

a) Orang Melayu telah mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan

Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai

Daerah telah memberi keyakinandiri yang lebih tegas.Orang Melayu telah

sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu

sendiri.

3. Tidak Mengharap kepada British.

a) Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak

boleh berharap sepenuhnya kepada British.Tempoh pendudukan Jepun dan

dasar-dasar yang yang mereka perkenalkan telah menyebabkan Orang

Melayu menyedari mereka harus menentukan nasib sendiri, British bukanlah

kuasa yang tidak boleh dikalahkan.

4. Kebangkitan Kesedaran Nasionalisme.

a) Langkah Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu

kepada Negeri Thai dalam tahun 1943 telah juga membangkitkan semangat

nasionalisme Melayu.Orang Melayu mulai insaf tentang kepentingan menjaga

hak-hak istimewa,maruah dan negara mereka.

Page 16: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

16

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Pengukuhan Sentimen Perkauman.

a) Polisi Jepun di Tanah Melayu tidak memperlihatkan ciri-ciri bersatu padu

dalam kalangan semua kelompok masyarakat yang ada.Orang Melayu

dengan caranya sendiri dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan,bagi

orang Cina pula ramai yang terlibat dengan MPAJA sehingga MPAJA

menjadi kukuh.Permusuhan antara orang Melayu dan Cina yang wujud akibat

dari Pendudukan Jepun telah juga membangkitkan semangat nasionalisme

Melayu. Orang Melayu telah sedar mengenai kepentingan menjaga hak-hak

istimewa mereka sebagai bumiputera.

6. Penubuhan Giyu Gan.

a) Pihak Jepun telah telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu

dengan menubuhkan suatu angkatan yang dinamakan Giyu Gan atau

Pembela Tanahair (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Pihak Jepun

seterusnya mengalakkan Ibrahim Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan

Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. PETA dibentuk

untuk memberikan latihan ketenteraan kepada sukarelawan bagi menentang

kuasa barat manakala KRIS pula untuk membina dan membantu

pentadbiran Jepun. Kesatuan Melayu Muda telah bekerjasama dengan

gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah.Pada masa

yang sama juga KMM berpura–pura bekerjasama dengan Jepun berjuang

untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Rancangan ini tidak berhasil

kerana Jepun telah menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada bulan

Ogos 1945.

7. Sikap sebenar British.

a) Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak

boleh dikalahkan. Sikap antipenjajahan dalam kalangan Orang Melayu telah

berkembang.Pendudukan Jepun telah mengakibatkan Orang Cina dan India

bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka.

8. Gerakan Kebangsaan Orang India.

a) Pihak Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada

perjuangan pembebasan India dari pemerintahan British.Satu pasukan yang

bernama Tentera Kebangsaan India (INA) di bawah pimpinan Subhas

Chandra Bose telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.Malahan ,sebuah

kerajaan India buangan bernama Azad Hind telah ditubuhkan di Singapura di

bawah pimpinan Subhas Chandra Bose dan slogan mereka ialah Chalo

Delhi.Polisi Jepun yang mengalakkan orang India menumpukan perhatian

kepada perjuangan pembebasan Negara India.

9. Sikap tentera Jepun terhadap Orang Cina.

a) Pendudukan Jepun telah membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di

Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan kuat di

antara tahun-tahun 1945-1948. Kezaliman Jepun telah membolehkan PKM

mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina, ramai orang Cina

menyertai gerakan menentang Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-

Page 17: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

17

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) terdiri daripada orang Cina. MPAJA telah

memberikan senjata yang diberi oleh British untuk menentang Jepun di

Tanah Melayu.Senjata-senjata dan pengalaman dalam peperangan gerila di

hutan yang diperoleh oleh MPAJA semasa pendudukan Jepun telah

membolehkan PKM melancarkan pemberontakan dan mendapat sokongan

dan bantuan daripada pihak British.

10. Persidangan Islam Tanah Melayu dan Singapura

a) Jepun sebenarnya mengarapkan sokongan padu daripada orang Melayu.

Mereka menyedari bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini.

Mereka sedar bahawa agama utama bagi majoriti penduduk Tanah Melayu

adalah Islam.Oleh kerana Jepun mengekalkan kedudukan Sultan di Negeri-

Negeri Melayu dan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera.

Penduduk di Tanah Melayu dan Sumatera adalah kumpulan etnik yang sama.

Pada 4 hingga 6 April 1943, pemerintah Jepun telah menaja satu

persidangan wakil-wakil pertubuhan Islam dari Tanah Melayu dan Sumatera

di Singapura.Pemimpin-pemimpin Islam yang hadir tertarik dengan dasar

Jepun untuk meninggikan taraf agama Islam. Persidangan itu bersetuju

bahawa perjuangan bersama-sama Jepun adalah ‘Perang Suci’ untuk

kebebasan dan pembentukan ‘Asia Baru’.

C. Penutup (2 @ 3 M)

1. Pendudukan Jepun mengukuhkan nasionalisme penduduk di Tanah Melayu.

Orang Cina bergerak dalam PKM dan menuntut penubuhan Republik Malaya

selepas pendudukan Jepun.

2. Beberapa parti politik ditubuhkan seperti UMNO, MCA dan MIC untuk berjuang

kemerdekaan melalui perlembagaan.

Page 18: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

18

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

6. Huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1930

hingga 1954.

A. Pengenalan (2@3 M)

1. Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung abad

ke-19. Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu

tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.

2. Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa

orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman ini di Singapura

dalam kalangan orang Melayu.

3. Dalam kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan

Nanyang yang berpusat di Singapura.

4. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan

kegiatan aktif dan berbentuk radikal.

5. PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah

Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan

melancarkan pemberontakan bersenjata.

B. Isi (20 M )

1. Tahap PKM Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)

a) Matlamat PKM ialah untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis

Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali

pada tahun 1945-48

b) PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan

Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang agen Comintern,

Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada

polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang

pemimpin PKM.

c) Namun demikian PKM dapat memulihkan diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya

menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan

pertubuhan belia Cina.

d) Kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1930 membolehkan PKM

mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.

e) Pada tahun 1936 -1937 PKM melancarkan beberapa pemogokan.

Pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kira-

kira 6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan

berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar

pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British

bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang menyebabkan 20

orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja dibuang

negeri pada tahun 1937 .

f) Kegagalan pemogokan ini menyebabkan PKM mulai hilang

pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah

Page 19: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

19

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

semula apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memupuk

perasaan anti-Jepun.

g) Selepas serangan Jepun ke atas Negara China pada tahun 1937, PKM

telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi

membiayai peperangan di Negara China.

h) Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di

Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri daripada

kaum Cina terutamanya puak Hailam.

i) Tahun 1940 , Trade Unions Enactment berjaya mengawal kesatuan

sekerja. Kesannya, pengaruh PKM semakin merosot

2. Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -

1945

a) Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia

Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British menentang

kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.

b) British telah mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah pada

Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.

c) Kekejaman Jepun ke atas orang Cina telah memberi kesempatan PKM

meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang Cina. Ramai orang cina

melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang

dianggap sebagai pelindung orang Cina.

d) British memberi bantuan kepada MPAJA yang di bawah pimpinan Lai

Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan,

makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di

Singapura.

e) PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta

maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat). Min

Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan pinggir

hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang.

f) Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang

terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan.

Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya

selepas Jepun menyerah kalah.

g) Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang

pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah

pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British semasa

pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi untuk

menubuhkan Republik Komunis Malaya.

3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 –

1948

a) Tahun 1945-1848 memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan

dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis.

Page 20: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

20

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

b) Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat.

c) Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya

kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini

diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata

Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap

orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu.

d) 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal

Pentadbiran Tentera British (BMA).

e) MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka.

Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata .

Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.

f) Walaupun begitu, PKM terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasa-jasa

bekerjasama dengan British menetang Jepun.

g) Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan

sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth

League).

h) PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat

penubuhan Republik Komunis Malaya:

i. menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan

barang keperluan daripada Min Yuen.

ii. Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA- PUTERA

untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan.

iii. Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan

menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok .

iv. PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan

menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional.

i) Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360

pemogokan besar.

j) Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan

merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali

kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.

k) Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan

menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM.

l) Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh

mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah terbunuh

di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah

Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang

parti. Keadaan ini telah mengoncangkan kedudukan PKM dengan

melemahkan semangat anggota PKM.

m) Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan

sebahagian menyokong Chin Peng.

4. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1948-1951

Page 21: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

21

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

a) Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang

yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM

kepada melancarkan revolusi bersenjata.

b) Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis

Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di

seluruh dunia.

c) Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah

Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti

membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh

pekerja estet, dan pengurus ladang.

d) PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat

Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min Yuen

,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti

pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis.

e) Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin

Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua

orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa

Eropah di Sungai Siput, Perak.

f) Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi

Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan

Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.

Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di

jalankan.

g) PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada

negara telah diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang

Darurat pada 7 Julai 1948.

h) Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan ke

atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam.

i) Taktik peperangan yang digunakan ialah perang gerila iaitu secara

serangan dan lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda

telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya melumpuhkan

kedudukan ekonomi T. Melayu.

j) Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt

1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan

itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih tegas untuk

mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai daripada pemimpin-

pemimpin PKM ditangkap.

5. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1951-1954

a) Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada

orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban.

b) Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya

Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan

melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan

keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah

Page 22: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

22

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada

anggota PKM yang menyerah diri.

c) Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami

kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya dengan

cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan

Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun

rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat

diumumkan tamat.

C. Penutup (2 @ 3 M )

1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan

PKM

2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada

penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah

menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya

semakin mengecil.

4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila

rundingan dalam pertemuan ini menemui kegagalan.

5. PKM semakin terhimpit apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31

Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.

Page 23: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

23

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN B

7. Bandingkan dasar tutup pintu antara negara China dan Jepun pada abad ke-19.

A. Pengenalan (2@3 M)

1. Dasar pintu tertutup merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkan campur

tangan dan kemasukan pengaruh luar, malah dalam banyak keadaan

menghalang kemasukan pedagang luar ke negara mereka.

2. Di negara China, dasar pintu tertutup ini diamalkan antara period abad ke-18

hingga pertengahan abad ke-19. Sehingga period ini, negara China menganggap

orang luar sebagai orang gasar atau Barbarian, Sepanjang period tersebut,

negara China lebih menumpukan perhatian kepada perkembangan ekonomi

dalaman sahaja

3. Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang relatif dari dunia luar sebelum

pemulihan Meiji pada tahun 1868, Dasar isolasi sebenarnya bukanlah bersifat

mutlak. Ini kerana Jepun sebenarnya masih lagi menerima kehadiran kuasa-

kuasa luar, namun dengan kadar yang minimum dan terkawal. Walau

bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an, tidak terdapat

pedagang asing di Jepun. Jepun juga dalam period ini lebih menekankan

perkembangan ekonomi dalaman sahaja.

B. Isi (20 M)

Dasar Pintu Tertutup di China (10 M)

1. Pemerintah China merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan

sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka

sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan

sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.

Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan menyebabkan keperluan terhadap

barangan dari luar sangat kecil. Keadaan ini, sebaliknya terhadap kuasa luar

yang sangat memerlukan barangan negara China terutama tembikar, teh, sutera

dan sebagainya.

2. Dasar negara ini juga sangat berkait rapat dengan rasa kebimbangan yang

dialami bahawa pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam

politik tempatan.

3. Mereka juga bimbang, budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak

Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan

menyebabkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama menerima ancaman.

4. Bagi negara China , mereka beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak

setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom. Oleh itu,

hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan kerana ia akan menjatuhkan

kedudukan “Middle Kingdom” tersebut

Page 24: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

24

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Sehingga abad ke-18, negara China masih lagi menjalankan hubungan baik

dengan kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, negara China masih tetap

menganggap kuasa-kuasa Barat sebagai Barbarian dan dalam masa yang sama

pemimpin-pemimpin negara China masih lagi melihat `keagungan silam' mereka.

6. Dalam sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering

mendominasi hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum negara China

menutup pintunya pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu

terbuka. Dasar pintu terbuka ini telah dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi.

7. Walau bagaimanapun, China kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut

terutama sekitar abad ke-18 dan awal abad ke-19. Negara China sebenarnya

tidak dapat lari daripada perhatian kuasa Barat sejak abad ke-16, iaitu permulaan

period pelayaran dan penjelajahan mereka.malah, sebelum kehadiran kuasa

Barat ke negara China, barangan dan negara China telah terlebih awal

menguasai Barat.

8. Portugis,Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa Barat pertama membuat

hubungan dengan negara China sepanjang period abad ke-16 hingga abad ke-

18.

9. Selain hubungan dagang, negara China juga membenarkan mubaligh Kristian

memasuki negara China.

10. Namun sepanjang masa, kuasa Barat sebenarnya hanya dibenarkan untuk

bergerak di kawasan yang terhad di negara China. Hanya pelabuhan tertentu

sahaja yang dibenarkan menerima kedatangan pedagang Barat.Canton menjadi

satu-satunya pelabuhan yang menerima delegasi dari negara-negara yang

mengakui kewujudan kekuasaan Negara China ke atas mereka.

11. Sistem perdagangan Canton bukan sahaja menggambarkan bahawa negara

China menjalankan dasar pintu tertutup tetapi juga memperlihatkan mentaliti

negara China yang masih menganggap bahawa mereka masih lagi Middle

Kingdom yang tidak memerlukan hubungan dan barangan dari negara luar.

Sistem perdagangan Canton memperjelas bahawa segala aktiviti perdagangan

akan dijalankan melalui satu dasar yang bersifat monopoli. Pihak kerajaan telah

memberikan kuasa perdagangan kepada hanya 13 buah firma komersil yang

dikenali sebagai Hong yang akan bertindak sebagai agen jualan.

12. Untuk mengukuhkan firma-firma ini, maka sebuah pertubuhan pedagang yang

dikenali sebagai Co-hong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka

berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan sebagainya yang berkaitan

dengan perdagangan.

13. Pedagang-pedagang juga terikat kepada beberapa peraturan yang telah

ditetapkan. Antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:

a) Kapal-kapal perang dilarang memasuki pelabuhan

Page 25: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

25

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

b) Kaum wanita dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan

gudang di pelabuhan

c) Kesemua anak kapal dikehendaki mendaftar diri di Macao

d) Gudang-gudang asing hanya dibenarkan mempunyai lebih daripada 8

pekerja China

e) Orang asing tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk hubungan dengan

pegawai-pegawai China kecuali melalui Co-hong

f) Orang asing tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan yang ditetapkan

g) Orang asing tidak dibenarkan menaiki kapal yang mempunyai bendera dan

bot yang tertutup

h) Orang asing tidak dibenarkan kekal di Canton selepas musim perdagangan

berakhir

i) Kapal-kapal asing hanya dibenarkan berlabuh di Whampoa

j) Orang asing tidak dibenarkan membeli buku-buku atau mempelajari Bahasa

Cina

14. Kesemua peraturan ini amat ketat dilaksanakan oleh negara China. Selain itu

kuasa barat juga dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang negara

China yang dilihat oleh barat sebagai undang-undang yang berbeza dengan

undang-undang mereka dan bersifat kejam.

15. Namun, desakan dari barat yang semakin meluas serta kekalahan mereka dalam

peperangan telah menyebabkan mereka 'terpaksa mengamalkan dasar pintu

terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang

diamalkan oleh negara China bukanlah satu dasar sengaja yang dibuat oleh

kerajaan, sebaliknya kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa

peperangan bermula sekitar pertengahan abad ke-19.

Dasar Pintu Tertutup di Jepun (10 M)

1. Semasa Zaman Kesyogunan Tokugawa, dasar pintu terbuka Jepun ditunjukkan

melalui usaha menjalin hubungan dagang dengan kuasa-kuasa asing. Saudagar-

saudagar Jepun telah digalakkan menjalin hubungan dagang dengan Asia

Tenggara dan negara China.Malah, Jepun turut menerima kedatangan pedagang

Barat.Misalnya, Tokugawa Ieyasu menerima dengan baik kehadiran pedagang

Portugis dan Belanda pada awal abad ke-16 dan 17.

2. Walau bagaimanapun, dasar pintu terbuka ini berakhir sekitar tahun 1630-an

apabila Jepun menutup pintu kepada orang asing. Perdagangan asing telah

diharamkan dan semua orang asing telah diusir keluar dari negara

tersebut.Malah orang Jepun sendiri dilarang melawat negara luar.

3. Dasar pintu tertutup Jepun yang berlangsung sejak pertengahan abad ke-17

telah mendapat perhatian pihak Barat. Misalnya pada tahun 1884, Raja Belanda

Page 26: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

26

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

telah menasihatkan Kesyogunan Tokugawa agar menghentikan dasar tersebut.

Walau bagaimanapun, saranan Raja Belanda ini tidak diendahkan oleh

Kesyogunan Tokugawa.

4. Stamford Raffles telah berusaha untuk mengadakan hubungan dengan Jepun

dengan menghantar misi ke Nagasaki pada tahun 1813. Walau bagaimanapun,

misi ini gagal.Misi ini tidak diteruskan kerana perhatian Britian terhadap Jepun

terutama dilihat daripada sudut keuntungan perdagangan adalah masih

minimum. Malah apabila Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi

ke Jepun dalam tahun 1853, Britain telah memberi sokongan penuh dan

berharap kejayaan misi tersebut akan merintis jalan ke arah pembabitan mereka

di Jepun.

5. Dasar pemencilan Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C.

Perry pada Julai 1853 di Uraga yang menjadi penanda penting kepada

perubahan dasar Jepun kemudiannya. Kehadirannya telah membawa kepada

Perjanjian Kanagawa yang membuka beberapa pelabuhan Jepun kepada orang

luar.Tekanan yang dikenakan oleh kuasa Barat terutama Amerika Syarikat

menyebabkan Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.

6. Menyedari ancaman yang diberikan oleh Komoder Perry, pemerintah Tokogawa

telah setuju untuk membuat hubungan dengan Amerika dan menandatangani

Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) Antara syarat perjanjian tersebut:

a) Jepun akan membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang

Amerika,

b) Jepun dikehendaki memberi layanan yang baik kepada kelasi kapal

Amerika,

c) Amerika akan menempatkan konsulnya di Shimoda

d) Amerika akan mendapat layanan hak wilayah asingan,

C. Penutup (2@3 M)

1. Perang Candu pada 1839 yang membawa kepada termeterainya perjanjian

Nanking 1842 menyebabkan dasar pintu tertutup telah berakhir di China.

2. Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat ini telah menjadi titik tolak

kepada penamatan dasar isolasi Jepun.

Page 27: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

27

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

8. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filipina sebelum peluasan

kuasa Barat.

A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )

1. Ekonomi saradiri merupakan satu kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk

menyara diri dan keluarga. Ini bermakna semua kegiatan ekonomi yang

dijalankan adalah untuk keperluan keluarga dan digunakan oleh ahli keluarga

sahaja.

2. Di Negara Asia, kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan adalah lebih

tertumpu kepada aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi. Di samping itu

mereka turut menjalankan kegiatan penternakan, perikanan,memburu binatang,

memungut hasil hutan , pertukangan, perdagangan dan perlombongan.

3. Antara negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem ekonomi saradiri ialah

Vietnam dan Filipina.

B. Isi (20 M)

Ekonomi saradiri di Vietnam ( 10 M )

1. Pertanian

a) Penanaman padi.

i. Penanaman padi melibatkan 5/6 daripada jumlah keluasan kawasan

pertanian di Vietnam.Ini kerana beras merupakan makanan utama

penduduk Vietnam. ¾ daripada penduduk Vietnam bergantung kepada

pekerjaan pengeluaran padi.

ii. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan berbeza dari

satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut keadaan iklim dan

jenis tanah.

iii. Petani akan menuai 20 hingga 25 bushel padi seekar untuk

membolehkan sesebuah keluarga menampung keperluan hidup mereka.

iv. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Song-Koi

dan Delta Mekong. Petani-petani Vietnam menggunakan sistem taliair

untuk mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya mengusahakan

pertanian.Keadaan ini membolehkan petani di Vietnam mengusahakan

tanaman padi dua kali setahun. Bagi menyuburkan tanaman, mereka

menggunakan najis binatang dan manusia.

b) Tanaman lain.

i. Masyarakat Vietnam turut menanam tanaman lain sebagai kegiatan

ekonomi saradiri seperti ubu keledek, jagung, kacang dan buah-

buahan.Tanaman ini merupakan tanaman luar musim yang ditanam di

kawasan sawah padi seperti Cochin-China dan Annam.

ii. Mereka turut menanam teh di Tongking dan Utara Annam untuk

mempelbagaikan hasil pertanian.

c) Perikanan

Page 28: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

28

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

i. Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan menangkap ikan.

Kegiatan menangkap ikan ini dijalankan di Tasik Tonle Sap.

ii. Hasil tangkapan ikan akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk

dieksport atau diperdagangkan.

iii. Ikan ini akan dibawa keluar dari kawasan Tonle Sap dengan perahu ke-

dataran Mekong melalui jalan daratan lumpur.

2. Pertukangan/perusahaan

a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan perusahaan atau

pertukangan sebagai salah satu aktiviti ekonomi saradiri. Mereka membuat

tembikar, tenunan dan menganyam.

b) Kegiatan pertukangan mendapat lebih pengiktirafan daripada

petani.Golongan ini dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar

cukai.Namun mereka terpaksa menghasilkan barangan pertukangan kepada

Maharaja sebagai ganti kepada cukai.

3. Perdagangan

a) Kegiatan perdagangan berlaku antara kawasan daratan dengan kawasan

bukit di pendalaman.

b) Kayu bukit dan buluh akan diperdagangkan untuk mendapat barangan seperti

kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur dari kawasan daratan.

4. Perlombongan

a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti perlombongan. Mereka

menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Quang Yen.

Ekonomi saradiri di Filipina.( 10 M )

1. Pertanian.

a) Penanaman padi.

i. Merupakan tanaman utama di Filipina. Ini kerana beras adalah makanan

utama penduduk Filipina.

ii. Padi ditanam di kawasan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi kerana

masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.

iii. Masyarakat Filipina mengamalkan 2 jenis padi sawah iaitu penanaman

padi sawah yang bergantung kepada air hujan dan penanaman padi

sawah yang bergantung kepada air tambahan seperti melalui banjir dan

sungai.

iv. Bagi mengusahakan penanaman padi masyarakat Filipina menggunakan

sistem tenggala dan penyemaian dengan tangan.

b) Tanaman lain.

i. Masyarakat Filipina turut menanam Abaka bagi menghasilkan tali belati.

Abaka turut digunakan untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama

tanaman Abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon.

Page 29: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

29

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

ii. Masyarakat Filipina turut menanam sayuran di sekeliling rumah,ubi,

melukah ikan di sawah padi atau anak sungai dan menternak binatang

seperti ayam itik dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber

protein utama.

iii. Melalui kegiatan pertanian pindah, masyarakat Filipina turut menanam

pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, tanaman berubi dan lain-

lain.

c) Kelapa

i. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina di kawasan yang panas

dan lembab terutamanya di sepanjang pantai yang berpasir.

ii. Kawasan tanaman kelapa yang utama di Filipina ialah di Selatan Pulau

Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao.

iii. Hasil kelapa telah dipelbagaikan seperti membuat minyak kelapa dan

kelapa kering.

2. Perusahaan/ pertukangan

a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan secara kecil-

kecilan seperti menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin.

b) Mereka turut menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain.

c) Mereka turut menjalankan perusahaan membuat kapal sebagai perusahaan

individu dan keluarga.

3. Perniagaan dan perdagangan

a) Masyarakat Filipina turut menjalankan aktiviti perniagaan. Pada masa ini

kegiatan perniagaan dimonopoli oleh golongan pemerintah seperti penghulu

dan bangsawan. Antara barangan yang diniagakan ialah kelapa kering,

mutiara, pinang dan lain-lain.

b) Masyarakat Filipina turut mengadakan hubungan perdagangan terutamanya

dengan Negara China. Pedagang China membawa tembikar, sutera dan

manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan kulit seperti kulit kura-

kura, mutiara dan pinang.

4. Perlombongan

a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perlombongan. Mereka

melombong tembaga di Toledo yang terletak di bahagian tengah Cebu dan

bijih timah di Utara Mindanao.

C. Penutup ( 2 @ 3 M )

1. Sistem ekonomi saradiri di Filipina dan Vietnam telah mengalami perubahan

selepas perluasan pengaruh barat.

2. Selepas kedatangan kuasa barat iaitu Sepanyol di Filipina dan Perancis di

Vietnam, ekonomi saradiri di kedua-dua negara ini telah mengalami

kemerosotan.Sebaliknya masyarakat tempatan di Filipina dan Vietnam mula

melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang berasaskan eksport dan

import.

Page 30: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

30

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

9. Huraikan kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.

A. Pengenalan (2@3 M)

1. Perjanjian Bowring telah ditandatangani di antara Raja Mongkut dengan wakil

kerajaan British iaitu John Bowring pada 18 April 1855. Perjanjian ini merupakan

titik peralihan dari dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka kepada pihak

barat. Raja Mongkut berpendapat bahawa melalui perjanjian inilah, beliau dapat

menyekat dasar imperialisme Barat terhadap Siam

2. Perjanjian ini telah merintis jalan kepada perjanjian lain dengan kuasa-kuasa

Barat yang lain. Perjanjian ini telah membawa kesan ekonomi dan politik kepada

kedua-dua pihak yang terlibat.

B. Isi (20 M)

Kesan-kesan Perjanjian Bowring 1855 (10 M)

1. Pembukaan Siam kepada perdangan antarabangsa.

a) Bilangan kapal yang datang berdagang telah meningkat 10 kali ganda

b) Sistem ekonomi Sara diri tradisional Siam telah digantikan dengan dengan

sistem ekonomi komersial. Kayu jati, beras dan gula telah muncul sebagai

eksport Siam yang penting.

c) Jumlah eksport beras Siam telah meningkat daripad 5% jumlah pengeluaran

pada tahun 1850 kepada 50% jumlah pengeluaran pada tahun 1905

d) Gula yang merupakan eksport utama ke Eropah telah meningkat dua kali

ganda dari jumlah pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun

1856.

e) Barang import iaitu tektil telah bertambah

f) Dalam masa setahun sahaja Siam telah mengalami imbangan perdagangan

yang memuaskan.

2. Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam

a) Britain telah menerima keuntungan yang banyak. Singapura dan Hongkong

yang merupakan pelabuhan koloni Britain mula menjalankan perdagangan

yang maju dengan Siam.

b) Pada tahun 1941, 70% daripada perdagangan eksport Siam dijalankan

dengan empayar British

c) Menurut D.J.M Tate dalam bukunya menyatakan Siam telah menjadi ‘Satelit

ekonomi’ Britain

3. Perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam

a) Persetiaan tersebut telah mengubah sama sekali sistem cukai kerajaan Siam

dan menamatkan sistem monopoli perdagangan yang dipegang oleh

golongan bangsawan dan kerajaan Siam.

b) Penamatan sistem monopoli ini telah mengakibatkan penyusunan semula dan

pembaharuan dalam susunan kerajaan Siam

Page 31: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

31

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Penamatan penguasaan perdagangan asing oleh orang Cina

a) Penamatan ini telah telah mengakibatkan satu hubungan ekonomi yang baru

antara Cina dan kerajaan Siam.

b) Kerajaan Siam telah memajak monopoli eksais yang baru seperti

perjudian,ganja, loteri dan minuman keras.

5. Perjanjian dengan negara-negara lain.

a) Perjanjian Bowring 1855 telah membuka jalan kepada perjanjian-perjanjian

lain dengan kuasa-kuasa Barat.

b) Antaranya Amarika (1856), Perancis (1856), Demmark (1868), Belanda

(1860), Prusia (1862), Norway, Sweden dan Itali (1868).Ini telah membantu

Siam mengekalkan kemerdekaannya.

6. Hubungan Inggeris-Siam bertambah erat

a) Ogos 1857, Raja Mongkot menghantar satu perutusan Siam ke Britain yang

terdiri dari 3 menteri kanan dan diketuai oleh Phraya Suriyawongse.

Perutusan ini telah mendapat kejayaan besar.

7. Kemerdekaan Siam

a) Keputusan Siam untuk membuka pintunya kepada Britain dan seterusnya

kuasa Barat lain telah mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa

asing. Jadi Siam kekal kemerdekaannya.

8. Thailand memulakan proses pembaratan

a) Pembukaan Siam mengakibatkan kedatangan mubaligh-mubaligh,

profesional-profesional dan tukang Eropah, selain pedagang

b) Seterusnya beberapa orang Eropah telah diambil berkhidmat dengan

kerajaan Siam sebagai tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan

penasihat-penasihat tentera. Contoh Mongkut telah mengupah lebih orang

80 orang penasihat dari pelbagai negara Barat membantu baginda

memodenkan pentadbiran Siam mengikut ciri Barat.

c) Pembukaan pintu Siam kepada orang Inggeris dan seterusnya proses

pembaratan telah membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya

9. Perubahan – perubahan sosial

a) Hamba dihapuskan

b) Larangan melihat wajah raja dihapuskan .

c) Orang Barat dibenarkan menghormati raja Siam dengan cara mereka sendiri

iaitu tidak perlu sujud dan hanya tunduk 3 kali sahaja.

d) Kemasukan mubaligh Kristian menyebabkan agama kristian dibenarkan

tersebar dengan meluas.

Kesan-Kesan Perjanjian Nanking 1842 (10 M)

1. Perjanjian Nanking mencabar prinsip-prinsip dan kedaulatan China.

a) China terpaksa menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan selama ini.

b) Hong Kong terpaksa dikembalikan kepada British

Page 32: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

32

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

c) Pegawai atau konsul British dibawa masuk untuk mengawal warga British

dan harta benda mereka.

d) Pemberian taraf yang sama juga telah mengaibkan China

2. Terpaksa tandatangan perjanjian dengan kuasa-kuasa lain.

a) 1844 China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat

b) Diberi nama Perjanjian Wang Hsia

c) Tahun yang sama China menandatangani dengan Perancis yang dinamakan

Perjanjian Whampoa yang mana Perancis mendapat kebenaran daripada

maharaja untuk membina gereja Roma Katolik di China

d) Juga mengadakan perjanjian dengan Sweden, Norway dan Russia.

3. Pelabuhan China terpaksa dibuka kepada pedagang luar

a) China terpaksa akur membatalkan perniagaan antara saudagar asing

b) Pedagang asing bebas berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.

c) Pelabuhan-pelabuhan seperti Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan

Shanghai terpaksa dibuka kepada pedagang asing

4. Gagal menyekat kemasukan perdagangan candu

a) Candu terus dibawa masuk ke negara China

b) Kebebasan berniaga yang diberikan kepada saudagar asing

c) menyebabkan barangan Barat masuk secara berleluasa ke negara China

termasuk candu.

d) Penagihan meningkat dan menimbulkan masalah sosial

5. Ekonomi China merosot

a) Ekoran kemasukan barangan asing seperti candu

b) Barangan China tidak dapat menandingi mutu barangan Barat

c) Menyebabkan merosotnya perniagaan barangan China

d) Akibatnya, banyak kilang ditutup dan berlakunya pengangguran

e) Kerajaan China juga terpaksa menyelaraskan cukai eksport dan import, iaitu

pada kadar 5 peratus ad valorem.

f) Terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British

6. Kerajaan Manchu semakin lemah

a) orang Cina mulai sedar bahawa Barat yang dianggap Barbarian telah

mengalahkan mereka yang lebih bertamadun dalam Perang Candu Pertama.

b) amalan adat kowtow semakin lemah memandangkan pegawai Eropah

dibenarkan menemui pegawai Cina mengikut amalan mereka

c) amalan kowtow tidak lagi diwajibkan ke atas pegawai Eropah yang datang

menemui pegawai China

7. Penyebaran agama Kristian menular semula

a) sehingga kawasan pendalaman dan di luar dari Canton

b) ramai rakyat China berjaya dikristiankan

c) pendedahan terhadap agama Kristian dan pemikiran Barat telah

menyebabkan orang Cina terpengaruh dengan agama dan pemikiran Barat.

Page 33: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

33

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

d) perkembangan ini telah mengancam kebudayaan dan tradisi orang Cina

yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan

Taoisme.

e) seorang mubaligh Perancis , Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana

didapati bersubahat dengan pemberontak untuk menentang kerajaan China

8. Perasaan antiasing bertambah

a) kesan daripada kegiatan penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian

9. China mengalami kerugian yang banyak

a) kesan Perang Candu 1

b) dalam syarat perjanjian terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 21 juta yang

mana 6 juta di atas penyerahan candu, 3 juta untuk penyelesaian hutangn

Hong Kong kepada saudagar British dan 12 juta atas perbelanjaan perang.

C. Penutup (2@3 M)

1. Perjanjian Yandabo (1826) banyak memberi keuntungan kepada pihak British

dalam usaha untuk meguasai sumber-sumber kekayaan di Burma .Di

samping itu Inggeris telah dapat meluaskan pengaruh dan menguasai semua

wilayah di Burma yang bermula dengan perang Inggeris Burma 1, seterusnya

Perang Inggeris Burma II dan Perang Inggeris Burma III 1885. Dasar Pintu

tertutup yang diamalkan oleh Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma

akhirnya terpaksa tunduk kepada pihak British sehingga diberi kemerdekaan

pada tahun 1948.

2. Perjanjian Bowring (1855) telah memberi kesan yang besar dari segi ekonomi

dan politik kepada Siam dan British. Perjanjian ini telah menyelamatkan Siam

daripada sebarang pencerobohan luar dan yang paling utama dapat

mengekalkan kemerdekaan di samping Thailand menjadi semakin maju..

Page 34: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

34

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

10. Bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji

pada abad ke-19.

A. Pengenalan (2 @ 3 M)

1. Raja Chulalongkorn (Rama V) merupakan Putera Mongkut dan baginda merupakan

raja yang berwibawa setanding dengan ayahandanya Raja Mongkut.

2. Baginda menaiki takhta ketika berusia 16 tahun selepas kematian ayahandanya Raja

Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah

dilantik menjadi pemangku raja.

3. Manakala, pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16

tahun dan menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang

terang menyinari’. Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah

menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.

4. Pada tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji.

Pemulihan Meiji ini bermakna maharaja kembali kepada kedudukan sebenarnya,

iaitu sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.

B. Isi (20 M)

Pembaharuan Raja Chulalongkorn (10 M)

Aspek Politik dan Pentadbiran

1. Dasar Buka Pintu

a) Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya,

Raja Mongkut. Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand

dengan beberapa negara Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium,

Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman pada

tahun 1872.

2. Dasar Diplomasi Wilayah

a) Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan

menyerahkan wilayah pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.

b) Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara

diserahkan kepada British.

3. Hubungan peribadi dan diplomatik

a) Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara

seperti Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales

(England) dan Presiden Loubet (Perancis)

b) Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan

kemerdekaan, kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan

dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.

4. Penasihat dari Barat

a) Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat dari

Barat untuk membantu dalam usaha pemodenan Thailand.

b) Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.

Page 35: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

35

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

c) Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat

Jerman di Jabatan Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan

Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.

5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan

a) Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan

menubuhkan 12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan dan

pentadbiran lama.

b) Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada

Kementerian Dalam Negeri Thailand.

c) Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem

autonomi daerah turun-temurun itu ditamatkan.

d) Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah

dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.

e) Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan

bantuan dan nasihat daripada penasihat kewangan British.

f) Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah

diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian

Keadilan telah ditubuhkan.

Aspek ekonomi

1. Perdagangan asing dan pertanian

a) Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan

British telah menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank

British dan Perancis telah ditubuhkan di Thailand.

b) Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja

Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.

c) Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan kereta api

telah dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila

baginda merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan

rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang

kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk

perdagangan Thailand.

Aspek sosial

1. Bidang pendidikan

a) Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan

bangsawan dan rakyat jelata.

b) Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.

c) Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang

pemuda Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.

d) 3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah

ditubuhkan pada tahun 1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya

(sekolah untuk pelajar perempuan bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan

lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak lelaki golongan kelas

pertengahan.

Page 36: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

36

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Bidang perhubungan dan pengangkutan

a) Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di

Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta api

pertama telah dibina antara Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893, dan

antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.

b) Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.

3. Penghapusan adat tradisi

a) Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya

seperti pada tahun1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.

b) Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem

buruh paksa dan mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada

tahun 1905, sistem penghambaan turut dihapuskan.

Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)

Aspek Politik dan Pentadbiran

1. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan

a) Maharaja Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan

Jepun. Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.

b) Pada tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.

c) Pada tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan

secara langsung di Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah

Jepun.

d) Pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah

menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.

e) Negara Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor

yang dilantik oleh kerajaan pusat.

f) Selain itu, Kerajaan Meiji telah memberikan pencen tahunan kepada daimyo-

daimyo.

2. Bidang ketenteraan

a) Maharaja Meiji juga memberikan tumpuan dan keutamaan kepada bidang

ketenteraan dengan memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri

daripada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas.

b) Sistem Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru

daripada Jerman. Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan

muda supaya berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun

(3 tahun dalam angkatan tetap dan 9 tahun sebagai simpanan).

c) Sistem ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem

pertahanannya semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.

d) Pada tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.

e) Pada tahun 1871, beberapa maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan ini

dikendalikan oleh pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.

Page 37: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

37

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Aspek Ekonomi

1. Perindustrian dan perdagangan

a) Maharaja Meiji telah memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian.

Kerajaan Meiji dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perancangan,

pembiayaan dan pencarian bahan-bahan mentah dan juga pasaran. Satu bentuk

sistem cukai moden telah dilaksanakan.

b) Selain itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju

kepada pihak swasta dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga

diberikan kepada pihak swasta.

c) Kepakaran dari Barat telah digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan

dikemas kini dengan penubuhan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan

Bank Yokohama.

Aspek Sosial

1. Bidang pendidikan

a) Sepertimana Raja Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem

pendidikan moden di Jepun, iaitu pada tahun 1872.

b) Sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872. Pendidikan

rendah di Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.

c) Maharaja Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun

selama 3 tahun.

d) Kerajaan telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto,

Kyushu dan Hokkaido.

e) Selain itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran

teknikal yang amat diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.

f) Maharaja Meiji turut menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran

dalam bidang sains Barat dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman,

Perancis dan Amerika Syarikat.

2. Sistem penubuhan dan pengangkutan

a) Kerajaan Meiji turut memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.

b) Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari

Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.

c) Selain itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.

C. Penutup (2 @ 3 M)

1. Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha

untuk memodenkan negara masing-masing.

2. Dengan usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan dapat

mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicerobohi dan dijajah oleh

mana-mana kuasa asing.

3. Manakala Jepun pula telah muncul sebagai sebuah negara yang begitu moden

dan berjaya dalam bidang perindustrian.

4. Negara Jepun telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat

menguasai negara-negara Asia.

Page 38: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

38

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

11. Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan

Myanmar sehingga pertengahan abad ke 20.

A. Pengenalan ( 2@3 M)

1. Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China pada awal

abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa gerakan 4 Mei yang tercetus pada

tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah untuk mendapatakan kembali

semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan menolak 21 tuntutan Jepun ke

atas negara China.

2. Sementara penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di

Myanmar pada awal abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan Belia

Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda Myanmar

1931. Pada tahun 1935 Persatuan Dobama dan liga Pemuda Myanmar telah

bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya

menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud tuan.

Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Myanmar

daripada pihak British.

B. Isi (20 M)

Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )

1. Gerakan 4 Mei telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela

kepentingan nasional di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar telah

memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di

kalangan rakyat China. Ini jelas terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan

oleh golongan pelajar telah mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di

seluruh negara China.

2. Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut memainkan peranan

memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan buatan

Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr

Sun Yat Sen.

3. Penentangan yang dilakukan oleh orang cina terhadap keputusan Persidangan

Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington pada 21 November

1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju mengembalikan

wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21 tuntutan ke atas negara

China.

4. Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah melemahkan kerajaan

Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking. Sebaliknya gerakan

Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti Kaomintang sehingga

berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada tahun 1928.

5. Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan intelek China amat tertarik

dengan ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada

penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921.

6. Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan peranan menghasil dan

menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari barat atau di

Page 39: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

39

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat Cina. Mereka

turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius

kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan

intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara China yang moden

berasaskan sains dan idea barat.

7. Gerakan 4 Mei turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia turut

melibatkan pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi

yang diadakan,

Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )

1. Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia Buddha.

a) Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang Eropah dalam

rumah berhala dan pagoda.

b) Menuntut kerajaan British melaksanakan pembaharuan-pembaharuan

perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh British di India

melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun 1919.

c) Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai membantah

keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti

Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.

2. Peranan golongan Thakin.

a) Melancarkan pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di kenakan

ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan Pelajar universiti Ranggoon dan Aung

San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar Universiti Ranggoon serta menuntut

pindaan Akta Universiti 1920.

b) Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar melalui

parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun 1936.

c) Menubuhkan persatuan atau pertubuhan bagi mendapatkan sokongan

golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se Burma, Liga

Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh Burma.

d) Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa perang dunia ke

2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi penyertaan

Myanmar dalam perang dunia ke 2.

e) Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan terhadap British

di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah memberi kemerdekaan

kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.

f) Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama pertubuhan

nasionalis Myanmar yang lain pada tahun 1944 untuk menentang Jepun.

g) Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut kemerdekaan

Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar diisytiharkan

pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai perdana menteri.

C. Penutup ( 2 @ 3 M )

1. Golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di

China dan Myanmar.

2. Penglibatan golongan pelajar telah berjaya menyatukan rakyat di kedua-dua

negara tersebut dalam usaha menentang imperialisme barat.

Page 40: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

40

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

12. Bandingkan peranan Sukarno dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme

di Indonesia dan India sehingga Perang Dunia Kedua.

A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )

1. Mahatma Gandhi telah dilahirkan pada 2 hb Oktober 1869 di Perbandar,Gujerat

di India barat. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Hindu yang berfikiran

ortodoks. Beliau memperolehi ijazah undang-undang di Britain ketika berusia 19

tahun dan pernah berkhidmat di Bombay dan Afrrika Selatan. Beliau berjuang

menentang dasar apartheid di Afrika Selatan selama 21 tahun. Mahatma Gandhi

telah melibatkan diri dalam politik selepas Perang Dunia Pertama dengan

menyertai Parti Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919.

2. Berbanding dengan Sukarno pula yang dilahirkan pada 6 hb Jun 1901 di Blittar

Jawa Timur. Ibunya Ida Ayu Nyoman Rai, keturunan Bali dan bapanya pula

Raden Sukemi seorang guru keturunan Jawa.Beliau mendapat pendidikan awal

di sekolah Tinggi Belanda di Surabaya. Antaratahun 1921-1926, beliau telah

melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan.

Pada tahun 1925, beliau telah menubuhkan Kelab Pelajar Bandung bersama

rakan-rakannya. Pada tahun1926, beliau telah menerima Ijazah dalam bidang

kejuruteraan.

B. Isi ( 20 M )

1. Peranan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme India ( 10 M )

a) Pada tahun 1919, Gandhi telah melaksanakan bantahan yang dikenali

sebagai Penentangan Pasif apabila British bertindak menguatkuasakan Akta

Rowlatt pada tahun 1919. Dalam bantahan ini penduduk India diarahkan agar

tidak mematuhi undang-undang baru tersebut secara aman sehingga

undang-undang tersebut ditarik balik. Tindakan ini menyebabkan Gandhi

semakin popular dikalangan masyarakat India.

b) Pada tahun 1920, Gandhi telah melancarkan satu perarakan secara besar-

besaran di seluruh negara yang dikenali sebagai Satyagraha atau

Penentangan Tanpa Kekerasan. Melalui penentangan ini mereka tidak

bekerjasama dengan British, menutup kedai dan mengadakan

mogok.Malangnya British bertindak balas menentang perarakan tersebut

dengan cara membunuh dan mencederakan seramai 2000 orang awam.

Tragedi ini dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai di Amritsar.

c) Akibat peristiwa ini, pada bulan Ogos 1920, Gandhi telah melaksanakan

dasar tidak bekerjasama dengan British dengan cara memulaukan majlis

perundangan, mahkamah, kolej dan sekolah.

d) Tindakan ini telah menyebabkan tercetusnya rusuhan pada tahun 1922. Ini

menyebabkan Gandhi terpaksa membatalkan dasar tidak bekerjasama

dengan British. Akibat peristiwa ini, British bertindak menangkap dan

menjatuhkan hukuman penjara terhadap Gandhi sehingga beliau dibebaskan

pada tahun 1924.

Page 41: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

41

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

e) Pada tahun 1929, British mencadangkan satu persidangan meja bulat bagi

membincangkan isu perlembagaan baru. Namun begitu Parti Kongres yang

bersidang di Lahore pada tahun 1929 telah meluluskan satu resolusi menolak

Persidangan Meja Bulat kerana mereka hanya mahukan kemerdekaan

negara India.

f) Apabila pihak British bersikap dingin terhadap tuntutan Parti Kongres, maka

Parti Kongres bertindak melancarkan Pergerakan Penderhakaan Awam pada

tahun 1930. Dalam pergerakan ini Gandhi telah mengambil bahagian dalam

perbarisan berjalan kaki sejauh 330 km sebagai tanda bantahan terhadap

kerajaan yang mewajibkan rakyat membeli garam dari kerajaan. Pada masa

ini garam merupakan barangan yang dimonopoli oleh kerajaan.

g) Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah bekerjasama

dengan Parti Kongres dan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Kedua di

London pada tahun 1931.Gandhi telah hadir dalam persidangan tersebut.

Rundingan antara Gandhi dengan Wizurai Lord Irwin telah menghasilkan

Pakatan Gandhi-Irwin 1931. Menurut pakatan ini Gandhi bersetuju

membatalkan kempen melanggar perintah awam.Sementara British pula

bersetuju menarik balik segala langkah dan tindakan kekerasan serta

memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan.

h) Bagaimanapun, hasil rundingan tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila

Parti Konservatif yang mengambil alih kerajaan Britain telah bertindak tegas

terhadap Parti Kongres.Sikap kerajaan British yang enggan bertolak ansur

menyebabkan Gandhi pulang ke India dan meneruskan kembali kempen

melanggar perintah awam dan memulaukan barangan British. Akibatnya

British bertindak menangkap Gandhi dan Parti Kongres diistyharkan sebagai

sebuah parti yang tidak sah.

i) Hubungan antara British dengan masyarakat India semakin tegang apabila

British mengistyharkan Anugerah Perkauman pada bulan ogos1932.Gandhi

yang berada dalam tahanan ketika itu telah membantah tindakan kerajaan

British tersebut dengan melancarkan mogok lapar dalam penjara.Tindakan

mogok lapar ini telah diberhentikan oleh Gandhi apabila beliau bersetuju

dengan Pakatan Poona yang dibuat oleh British.

j) Dalam Persidangan Meja Bulat Ketiga yang diadakan pada tahun 1932, pihak

British telah memutuskan beberapa usul untuk memulihkan kerajaan India.

Usul ini telah diterima oleh parlimen India dan akhirnya diluluskan sebagai

Akta Kerajaan India 1935 yang menjadi asas kemerdekaan India.

2. Peranan Sukarno dalam Gerakan Nasionalisme Indonesia ( 10 M )

a) Peranan Sukarno dalam Parti Nasionalis Indonesia.

i. Menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia ( PNI) pada 4 Julai 1927 untuk

menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia dengan cara menyatukan

seluruh rakyat Indonesia dan melaksanakan dasar tidak bekerjasama dengan

Belanda.

ii. Melaungkan slogan Perpaduan Nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat

Indonesia dan menerbitkan akhbar Persatuan Indonesia bagi menyebarkan

konsep nasionalismenya.

Page 42: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

42

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

iii. Berjuang untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi di

Indonesia.

iv. Mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat

kerjasama dan membantu pendidikan nasional di Indonesia terutamanya

Sekolah-Sekolah Taman Siswa.

v. Menyeru rakyat Indonesia memulaukan Volksraad dan Perkhidmatan Awam

di Indonesia.

vi. Di bawah pimpinan Sukarno, bahagian pemuda PNI telah menganjurkan satu

kongres pemuda pada 28 hb Oktober 1928 yang telah menghasilkan sumpah

pemuda. Sumpah pemuda ini melaungkan slogan Satu Negara, Satu Bangsa

dan Satu Bendera iaitu Sang Saka Merah Putih dengan lagu kebangsaannya

Indonesia Raya. Sumpah pemuda ini menyebabkan perkataan Indonesia

benar-benar menjiwai perjuangan nasionalisme mereka.

vii. Pada 17 Disember 1928, Sukarno telah berjaya menyatukan hampir semua

pertubuhan nasionalis di Indonesia dalam satu Persekutuan Permuafakatan

Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)yang longgar. PPPKI

telah disertai oleh Sarekat Islam, Budi Ottomo,Pasuendan,Ikatan Sumatera,

Kelab Pelajar Surabaya dan PNI sendiri.

viii. Sukarno juga bertanggungjawab bagi kepopularan PNI. Ini kerana Sukarno

merupakan ahli pidato yang lantang dan berkarisma. Pidato Sukarno yang

berapi-api telah menambahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan PNI. Ini

menyebabkan PNI muncul sebagai sebuah parti nasionalis yang paling kuat

dan berpengaruh di Indonesia. Menjelang tahun 1929, jumlah anggota PNI

ialah 10,000 orang dengan cawangan-cawangannya di Pulau Jawa dan

pulau-pulau di luar Pulau Jawa.

ix. Kepopularan PNI dan sifat antipenjajahnya amat membimbangkan kerajaan

Belanda. Justeru itu, Belanda bertindak menarik balik lesen penerbitan

akhbar Persatuan Indonesia dan menangkap Sukarno serta 7 orang

pemimpin PNI yang lain pada 24 Disember 1929. Sukarno telah dijatuhkan

hukuman penjara selama 3 tahun. Serentak dengan itu PNI telah diharamkan

dan seterusnya dibubarkan pada bulan April 1931.

b. Peranan Sukarno dalam Parti Indonesia ( PARTINDO )

i. Sukarno telah dibebaskan dari penjara oleh Belanda pada bulan Jun 1931.

Setelah dibebaskan, Sukarno cuba menyatukan gerakan–gerakan yang

bersifat revolusiner di Indonesia bagi menentang Belanda, tetapi gagal.

ii. Justeru itu, pada bulan ogos 1932, Sukarno telah menyertai Parti Indonesia

( PARTINDO ). Beliau telah menjelajah ke seluruh Indonesia untuk

menyampaikan pidatonya serta menyeru mereka menyertai PARTINDO.

Tindakan ini menyebabkan keanggotaan PARTINDO bertambah dengan

pesat. Buktinya pada bulan Februari 1932, anggota PARTINDO hanyalah

seramai 3000 orang sahaja. Namun menjelang bulan Ogos 1933, jumlah

anggota PARTINDO telah meningkat kepada 20, 000 orang.

iii. Kegiatan Sukarno dalam PARTINDO dianggap mengancam Pemerintahan

Belanda di Indonesia. Akhirnya Sukarno ditangkap sekali lagi pada bulan

Page 43: Skema SEJARAH 2 Kedah 2012.docx - Weblog Cikgu Jumali · PDF fileBincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara ... melalui penggunaan bahasa,warna ... STPM SEJARAH

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH

43

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Ogos 1933 dan dibuang ke Flores dan seterusnya ke Bangkulan serta

dipenjarakan di sana.

C. Penutup ( 2 @ 3 M )

1.. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa Mahatma Gandhi telah memainkan

peranan penting dalam gerakan nasionalisme di India.Perjuangan Gandhi dalam

gerakan nasionalisme ini telah meletakan asas bagi India mencapai

kemerdekaan. Hasil daripada perjuangan beliau telah memaksa British untuk

mengisytiharkan kemerdekaan India pada 15 hb Ogos 1947.

2. Sementara perjuangan Sukarno pula telah berakhir dengan kemerdekaan

Indonesia. Kejayaan ini telah menyebabkan Sukarno diisytiharkan sebagai

Presiden Republik Indonesia yang pertama.

SKEMA JAWAPAN TAMAT