skema jawapan sejarah 2 2012 perak.doc - weblog · pdf fileskema percubaan stpm sejarah 2 2012...

44
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] SOALAN 1 Pada separuh kedua abad ke-19, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih stabil berbanding Negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor dan Perak. Bincangkan. Pendahuluan (3/2) Pada separuh kedua abad ke-19, Johor yang ketika itu ditadbir oleh Sultan Abu Bakar adalah lebih stabil berbanding dengan negeri Perak dan Selangor. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar bukan sahaja berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di Negeri Johor tetapi juga telah berjaya menghindarkan Johor daripada dikuasai oleh Inggeris. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada amnya disebabkan oleh kebijaksanaan dan kematangan politik pemerintahnya (Sultan Abu Bakar) yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sosiopolitik yang kian berubah. Isi (20m) Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi wujudnya kestabilan di Negeri Johor, yang pertama ialah kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keduanya ketiadaan kekacauan dalam kalangan orang- orang Cina di Johor. Keadaan ini tidak wujud di negeri Melayu yang lain khususnya Perak dan Selangor. Sultan Abu Bakar yang menaiki takhta pada tahun 1862 telah melaksanakan satu sistem pemerintahan yang kemas dan teratur berbanding dengan sistem yang dikuatkuasakan di Selangor dan Perak. Jabatan-jabatan kerajaan, sistem keadilan moden, pasukan askar dan polis telah ditubuhkan. Kebijaksanaan dalam pemerintahan menyebabkan baginda digelar sebagai ‘bapa pemodenan Johor’. Pada tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Undang-undang ini digubal melalui beberapa orang pegawai British dan ia dilaksanakan mengikut nasihat British. Melalui undang-undang ini keharmonian dapat diwujudkan di negeri Johor. Sikap Sultan Abu Bakar yang menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa barat juga mempengaruhi wujudnya kestabilan di Johor, pada tahun 1868 baginda telah melakukan lawatan dan mengadap Ratu Victoria di England. Tahun 1893 baginda telah melawat Itali dan Turki. Hubungan

Upload: nguyennhu

Post on 10-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 1

Pada separuh kedua abad ke-19, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih stabil

berbanding Negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor dan Perak. Bincangkan.

Pendahuluan (3/2)

Pada separuh kedua abad ke-19, Johor yang ketika itu ditadbir oleh Sultan Abu Bakar adalah lebih

stabil berbanding dengan negeri Perak dan Selangor. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar bukan sahaja

berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di Negeri Johor tetapi juga telah berjaya menghindarkan

Johor daripada dikuasai oleh Inggeris. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada amnya

disebabkan oleh kebijaksanaan dan kematangan politik pemerintahnya (Sultan Abu Bakar) yang dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan sosiopolitik yang kian berubah.

Isi (20m)

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi wujudnya kestabilan di Negeri Johor, yang pertama

ialah kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keduanya ketiadaan kekacauan dalam kalangan orang-

orang Cina di Johor. Keadaan ini tidak wujud di negeri Melayu yang lain khususnya Perak dan

Selangor.

Sultan Abu Bakar yang menaiki takhta pada tahun 1862 telah melaksanakan satu sistem

pemerintahan yang kemas dan teratur berbanding dengan sistem yang dikuatkuasakan di Selangor

dan Perak. Jabatan-jabatan kerajaan, sistem keadilan moden, pasukan askar dan polis telah

ditubuhkan. Kebijaksanaan dalam pemerintahan menyebabkan baginda digelar sebagai ‘bapa

pemodenan Johor’. Pada tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Undang-undang

Tubuh Negeri Johor, Undang-undang ini digubal melalui beberapa orang pegawai British dan ia

dilaksanakan mengikut nasihat British. Melalui undang-undang ini keharmonian dapat diwujudkan

di negeri Johor.

Sikap Sultan Abu Bakar yang menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa barat juga

mempengaruhi wujudnya kestabilan di Johor, pada tahun 1868 baginda telah melakukan lawatan dan

mengadap Ratu Victoria di England. Tahun 1893 baginda telah melawat Itali dan Turki. Hubungan

Page 2: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

baik dengan kuasa barat khususnya Britian telah menyebabkan Ratu Victoria mengurniakan bintang

‘Knight Commander Of The Star Of India’ dan gelaran Maharaja.

Sultan Abu Bakar juga telah bertindak mengambil pegawai-pegawai British sebagai penasihatnya

dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan, British merasakan diri mereka terlibat secara

langsung dalam pentadbiran di Johor. Penglibatan British dalam pentadbiran di Johor telah dapat

mewujudkan keamanan politik dan kestabilan di Johor. Keadaan ini tidak berlaku di Perak dan

Selangor yang bertindak enggan menerima pegawai-pegawai penasihat British yang akhirnya

membawa kepada campur tangan British di negeri-negeri berkenaan.

Disamping memodenkan bidang ekonomi, Sultan Abu Bakar juga telah memajukan ekonomi Johor.

Baginda telah mewujudkan suasana yang aman dan membenarkan saudagar-saudagar dari negeri-

negeri Selat untuk datang berdagang di Johor tanpa gangguan. Sultan Abu Bakar juga telah

memajukan perladangan gambir dan lada hitam dengan menggalakkan kemasukan orang-orang Cina

khususnya dari Singapura di bawah Sistem Kangcu. Sistem Kangchu yang dilaksanakan di Johor

telah menyebabkan ekonomi Johor berkembang pesat dan ini menyumbang kepada kestabilan di

Johor.

Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada kestabilan di Johor ialah tiadanya kekacauan

dalam kalangan orang-orang Cina. Orang-orang Cina yang datang ke Johor di bawah Sistem Kangcu

ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kangkar. Setiap kawasan atau

Kangkar akan diawasi oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kangcu. Kangcu dilantik dalam

kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor.

Oleh kerana orang-orang Cina diberi kawasan petempatan masing-masing maka perselisihan tidak

berlaku dalam kalangan mereka. Orang-orang Cina hanya berkuasa di kawasan atau Kangkar

masing-masing. Keadan ini tidak berlaku di negeri Perak dan Selangor. Di kedua-dua negeri tersebut

orang-orang Cina bebas bergerak di kawasan perlombongan dan perebutan kawasan sering berlaku

dalam kalangan mereka, contohnya perbalahan kumpulan Ghee Hin dan Hai San dalam Perang Larut

di Perak.

Di samping itu kebanyakan orang-orang Cina di Johor terdiri daripada satu suku kaum sahaja iaitu

Teochew. Oleh itu permusuhan tidak timbul dalam kalangan mereka. Keadaan ini berbeza dengan

negeri Perak dan Selangor di mana orang-orang Cina terdiri daripada suku kaum dan berasal dari

Page 3: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

daerah yang berbeza seperti Hakka, Hainan, Khek, Kongfu dan sebagainya. Mereka cenderong

membentuk kumpulan kongsi gelap berasaskan suku kaum dan daerah asal seperti Ghee Hin, Hai

San, Toh Pek Kong dan sebagainya.

Johor juga dapat mewujudkan kestabilan kerana tidak berlakunya perebutan kuasa dalam kalangan

anak-anak raja dan pembesar-pembesar negeri. Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar tidak

timbul perebutan dan penentangan terhadap kekuasaan baginda. Walaupun berlaku pemindahan

pemerintahan daripada keturunan Sultan kepada Temenggung tetapi ia berlaku tanpa menimbulkan

perbalahan kerana proses pemindahan ini dilakukan bukan melalui kekerasan tetapi melalui

perjanjian apabila Sultan Ali (anak Sultan Hussien) menandatangan satu perjanjian dengan

Temenggung Daeng Ibrahim (bapa Sultan Abu Bakar) pada tahun 1855. Keadaan ini tidak berlaku di

negeri-negeri Melayu yang lain. Di Perak dan Selangor perebutan takhta dalam kalangan anak raja

dan pembesar tempatan menyebabkan berlakunya huru-hara yang membawa kepada campur tangan

British.

Kurangnya potensi ekonomi di Johor juga mempengaruhi wujudnya kestabilan politik di Johor.

Pelaburan modal saudagar Negeri Selat amat terhad berbanding dengan pelaburan mereka di Perak

dan Selangor. Oleh itu pihak British tidak membuat kawalan ketat ke atas Johor kerana tidak

mempunyai kepentingan ekonomi yang banyak. Pihak British begitu berminat untuk menguasai

negeri pantai barat khususnya Perak dan Selangor yang kaya dengan bijih timah, lantaran itu British

menggunakan apa cara untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri tersebut.

Kesimpulan (2/3m)

Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keamanan yang disumbangkan oleh orang-orang Cina di Johor

telah telah mewujudkan kestabilan di negeri Johor pada separuh kedua abad ke-19. Kestabilan ini begitu

bermakna kerana dengan kestabilan tersebut Johor dapat mengekalkan kedaulatan negerinya agak lama

berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir jatuh

ke tangan British iaitu pada tahun 1914 dan ia dikelompokkan oleh British dalam kumpulan Negeri-

negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1915.

Page 4: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 2

Bandingkan Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum

campur tangan British pada tahun 1874

Pendahuluan (3/2m)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung dipercayai berasal dari Minangkabau, Indonesia. Adat

Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang manakala Adat Temenggung diasaskan oleh

Datuk Ketemenggungan. Kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera

membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelakinya berlainan ibu. Kedua-dua.

mereka mempunyai perbezaan daripada beberapa aspek seperti cara menjalankan pentadbiran. Adat

Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan kawasan sempadan Melaka. Ia bersifat lisan

diperturunkan dari generasi ke generasi. Adat Temenggung pula diamalkan di Negeri –negeri Melayu

yang lain. Adat ini banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan kemudiannya unsur-unsur Islam, iaitu

hukum syarak mengikut Mazhab Syafie.

Isi (20m)

1. Politik (5m)

Dari segi politik adat perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi. Pemimpin

dipilih melalui wakil dari setiap suku, iaitu bermula anak buah melantik buapak, baupak melantik

lembaga, lembaga melantik undang dan undang melantik Yam Tuan Besar. Walaupun Yam Tuan Besar

bertindak seperti sultan di negeri-negeri lain tetapi baginda tidak berhak melantik orang besar negeri

yang lain sebaliknya perlantikan tersebut dibuat oleh hierarki yang lebih ke bawah dari Yam Tuan

Besar. Selain itu setiap keputusan yang diambil oleh Yam Tuan Muda adalah berasaskan keputusan

yang dibuat bersama dengan undang.

Adat Temenggung pula bersifat autokrat, iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja.

Sultan merupakan tonggak sistem pemerintahan. Ini diikuti oleh kerabat diraja, pembesar-pembesar

peringkat negeri, wilayah dan mukim. Ketua kampung menduduki lapisan terbawah. Kedudukan raja

begitu istimewa samada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Jawatan bersifat warisan, putera

sulong raja dan akan dilantik menggantikannya sekiranya kemangkatan sultan. Sultan berkuasa melantik

Page 5: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

pembesar dengan pemberian surat tauliah. Pembesar diberi gelaran tertentu sesuai dengan

kedudukannya. Jawatan pembesar juga bersifat warisan. Kedudukan Raja diperkukuhkan lagi dengan

konsep daulat dan penggunaan lambang-lambang tertentu.

2. Ekonomi (5m)

Dari segi ekonomi adat perpatih bersifat matrilinear, iaitu kaum wanita mempunyai kedudukan

yang utama dalam masyarakat. Harta pusaka diperturunkan melalui keturunan wanita, iaitu dari pihak

ibu sebagai pengasas kepada anak perempuannya. Suami tidak berhak memiliki harta. sekiranya Si ibu

tidak mempunyai anak perempuan, hartanya diwariskan kepada adik perempuannya, atau adik-adiknya

atau cucu-cucunya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran keluarga.

Berbanding dengan Adat Perpatih, Adat Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam

pembahagian atau warisan harta kerana pengaruh hukum Islam. Ini bermakna adat Temenggung

mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Jika berlaku penceraian maka pembahagian harta suami-

isteri dilakukan mengikut hukum syarak, contohnya harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan

dibahagikan dua sama banyak, jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja harta hendaklah dibahagikan

1/3 kepada isteri. Bagi harta asal suami atau isteri maka ia dibahagikan mengikut hukum adat iaitu

dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.

3. Sosial (5m)

Dari segi sosial adat perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku, iaitu mereka hidup

secara berkeluarga di mana ahli-ahlinya terdiri daripada satu ikatan sedarah dan sedaging. Setiap suku

menggunakan nama tertentu seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek dan

lain-lain. Dari aspek perkahwinan masyarakat Adat Perpatih mengamalkan eksogami, iaitu

perkahwinan dengan suku yang sama tidak dibenarkan sama sekali, perkahwinan mestilah dari suku

yang berlainan. Ini kerana ahli-ahli dalam suku dianggap bersaudara. Si suami digelar semenda. Selepas

berkahwin si suami mesti mengikut isteri . Jika berlaku penceraian maka si suami tidak mempunyai hak

ke atas anak kerana anak akan berada dalam kelompok rumpun ibu.

Page 6: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Berbanding Adat Perpatih, Adat Temengung susunan kekeluargaan sebelah ayah dan ibu sama

penting. Adat ini juga membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah

dengan hukum syarak, sesuai dengan individu dan dipersetujui oleh ahli keluarga. Untuk itu

perkahwinan dengan orang yang mempunyai pertalian darah dibenarkan seperti dibenarkan oleh syarak.

Dalam Adat Temenggung lelaki akan menjadi ketua keluarga.

4. Undang-undang (5m)

Dari aspek pelaksanaan undang-undang, Adat Perpatih mementingkan penyelesaian pesalah dan

mangsa berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat. Hukuman penjara, mencacatkan atau

mencederakan tidak digalakkan. Hukuman adalah bertujuan membaiki keadaan (pemulihan) dan tidak

bertujuan menghukum pesalah. Undang-undang jenayah bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.

Seseorang yang membuat salah akan didenda mengikut kesalahannya yang mana mangsa akan diberi

ganti rugi. Jika berlaku pembunuhan, keluarga orang yang terbunuh akan dibayar ganti rugi yang besar.

Adat Temenggung pula pelaksanan undang-undangnya bertujuan untuk menghukum.

Pelaksanaan hukuman dilakukan dengan tegas dengan tujuan untuk memberi iktibar kepada orang lain

dan merupakan pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat ialah bunuh. Hukuman ini

dikenakan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, menfitnah, mencuri, tidak menurut perintah raja

dan menderhaka. Pelaksana undang-undang adalah raja dan pembesar. Pembesar boleh menjatuhkan

semua hukuman kecuali hukuman mati yang hanya boleh dijatuhi oleh raja

Kesimpulan (2/3m)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih berjalan sehingga British campur tangan di Tanah

Melayu pada tahun 1874. Namun campurtangan British di negeri-negeri Melayu telah menyebabkan

berlaku perubahan yang besar dan memberi kesan kepada kedua-dua adat berkenaan. Selepas

campurtangan British sultan tidak lagi berkuasa mutlak, sultan juga telah kehilangan hak melantik

pembesar. Begitu juga pembesar. Sistem undang-undang kedua-dua adat mulai tidak penting kerana

British menggantikannya dengan undang-undang barat.

Page 7: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 3

Jelaskan gerakan penentangan terhadap pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari

tahun 1894 hingga 1915

Pendahuluan (3/2m)

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah dibentuk pada tahun 1881. Pentadbiran Sabah di bawah

SBUB diketuai oleh Gabenor iaitu Gabenor William Hood Treacher. Gabenor dibantu oleh Majlis

Penasihat dalam menguruskan pentadbirannya di Sabah. Pada tahun 1935, SBUB telah membahagikan

Sabah kepada empat residensi, iaitu Residensi Pantai Barat. Sandakan, Tawau dan Pendalaman. Setiap

residensi diketuai oleh seorang residen berbangsa Eropah. Perubahan-perubahan pentadbiran yang

dilakukan oleh SBUB telah mengugat peranan dan kedudukan pembesar tradisional dan akhirnya

membawa kepada tercetusnya gerakan penentangan

Isi (20m)

1. Penentangan Mat Salleh (10m)

Penentangan Mat Salleh telah bermula pada tahun 1894. Mat Salleh telah mengetuai beberapa

gerakan untuk menentang pemerintahan SBUB disebabkan mereka telah mencabar kewibawaannya

sebagai seorang pembesar. Mat Salleh juga tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang diperkenalkan

oleh SBUB . Antaranya ialah pihak SBUB telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di

Sungai Sugut untuk membalas dendam terhadap Mat Salleh yang telah membuat aduan tentang

wujudnya pergaduhan antara pegawai Inggeris dan orang Iban. Pihak SBUB juga telah mengenakan

pelbagai jenis cukai yang berbentuk penindasan tanpa memikirkan bebanan yang ditanggung oleh

rakyat, contohnya cukai kepala, cukai beras, dan lesen perahu.

Pada tahun 1894, pengikut-pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang Dayak di

Sungai Sugut. Pada tahun 1895, pihak SBUB pula bertindak balas dengan menyerang kampung Mat

Salleh di Pulau Jambongan lalu Mat Salleh dan pengikutnya telah melarikan diri ke Lingkabau dan

mendirikan kubu pertahanan di situ. Setelah itu, pada tahun 1897 Mat Salleh serta pengikutnya

memusnahkan pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Hal ini menyebabkan pihak SBUB sekali lagi

menyerang Inanam dan memusnahkannya. Manakala kubu yang dibina Mat Salleh juga telah

Page 8: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

dimusnahkan oleh pihak SBUB.Tetapi Mat Salleh berjaya melarikan diri. Akhirnya satu pertemuan

antara pihak SBUB dan Mat Salleh diadakan di Menggatal. Pihak SBUB bersetuju mengampunkan

pengikut Mat Salleh manakala Mat Salleh juga dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan. Namun

begitu , pihak SBUB tidak menepati janji dengan mengambil kembali Tambunan pada tahun 1893. Hal

ini telah mencetuskan pertempuran sengit antara Mat Salleh dan juga tentera SBUB. Mat Salleh

akhirnya terbunuh dalam pertempuran itu.

2. Penentangan Antanom (10m)

Pada tahun 1915, pihak SBUB sekali lagi menghadapi tentangan yang dikenali sebagai

“Pemberontakan Rundum”. Penentangan ini berlaku di Rundum yang diketuai oleh seorang pembesar

Murut yang dikenali sebagai Antanom. Orang Murut menentang kerana tidak berpuas hati dengan

pentadbiran SBUB. Antara faktor berlakunya penentangan ialah disebabkan oleh pihak SBUB cuba

mengawal kegiatan membuat tapai dengan mengenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu. Pihak SBUB

juga cuba menghapuskan amalan memburu kepala yang merupakan tradisi kaum Murut. Selain itu,

pihak SBUB juga memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji.

Mengikut kepercayaan orang Murut ,pembinaan jalan itu boleh menimbulkan kemarahan nenek moyang

mereka.

Antanom serta orang Murut menyerang dan membakar Persiangan serta Rundum. Bagaimanapun

Bandar Rundum dapat diselamatkan oleh tentera SBUB. Kemudian Antanom bersama 900 orang

pengikutnya telah membina kubu di Sungai Selangit. Hal ini menyebabkan pihak SBUB telah

menghantar tentera untuk menyerang Antanom di Selangit. Dalam serangan itu, Antanom dan 400 orang

pengikutnya telah terkorban. Pengikutnya yang terselamat dalam pertempuran itu telah berpindah ke

Kalimantan.

Kesimpulan (2/3m)

Kesimpulannya, gerakan penentangan yang dilakukan oleh penduduk pribumi terhadap SBUB di

Sabah telah berjaya dipatahkan. Walaupun SBUB berjaya menghadapi penentangan daripada penduduk

tempatan namun ia secara langsung menjelaskan bahawa pengenalan sistem pentadbiran Barat di Sabah

tidak disenangi oleh penduduk tempatan

Page 9: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 4

Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam mencetuskan kesedaran sosial di

Tanah Melayu pada awal abad ke-20

Pendahuluan (3/2m)

Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari Timur

Tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed.

Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kaum Muda bermatlamat untuk memajukan

bangsa Melayu berasaskan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ialah

al-Imam. Antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi,

Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali. Selain itu golongan berpendidikan pondok

yang dikenali sebagai Kaum Tua juga berperanan dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu

pada awal abad ke-20

Isi (20m)

Matamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran Islam yang sebenar

iaitu berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari

amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang

kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala

masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Pendidikan

adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih

liberal. Pendidikan dalam kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan

kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan bahasa Inggeris juga

dititikberatkan.

Page 10: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Di dalam aspek politik Kaum Muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama.

Kaum Muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan

seterusnya memajukan orang Melayu.

Kaum Muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan

supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti

menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Kaum Muda turut

menuntut orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi dan

menggunakan sistem kemudahan di bank.

Kaum Muda menjadikan akhbar dan majalah sebagai saluran perjuangan mereka. Antaranya ialah Al-

Imam. Al-Imam diterbitkan di Singapura bulan Julai 1906. Ia satu penerbitan bulanan dan dihentikan

penerbitannya pada Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan

menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang

menyeru dengan kebajikan kepada mereka (orang Melayu ).

Selain itu tedapat juga akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan Kaum

Muda, Neraca (Singapura, 1911-1915), AI-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926-1931), Saudara (Pulau

Pinang, 1928-1941), dan Edaran Zaman (Pulau Pinang, 1925-30).

Selain akhbar dan majalah Kaum Muda juga menjadikan masjid dan surau sebagai saluran perjuangan

mereka. Antaranya ialah Madrasah Al-lkbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah

ini, mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu,

Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan.

Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah AlHadi

(Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bahru 1917), dan Madrasah Al-Diniah (Kg Lalang

Perak, 1924)

Idea perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan daripada golongan yang berpendidikan pondok.

Golongan ini dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum Tua kerap mengkritik Kaum Muda melalui akhbar

Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum Muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata

susila. Kaum Tua menentang Kaum Muda kerana kegiatan dan idea-idea Kaum Muda ini menggugat

Page 11: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri

mahupun di peringkat kampung-kampung.

Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk Kaum Muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum

muda telah dilarang untuk. berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan

Kaum Muda yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.

Kesimpulan (2/3m)

Kesimpulannya, Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran

sosial dalam kalangan orang Melayu. Biarpun idea dan seruan Kaum Muda kerap dikritik oleh Kaum

Tua, namun sumbangan kedua-dua golongan ini sebenarnya sangat bermakna

Page 12: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 5

Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga 1945

Pendahuluan (3/2)

Jepun telah menawan seluruh Tanah Melayu pada 15 Februari 1942. Kemusnahan dua buah

kapal perang British iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales dengan penggunaan tentera ‘Kamikaze’

( Berani Mati ), telah melemahkan semangat tentera British. Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah

secara rasmi kepada Jepun. Maka bermulalah zaman pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Walaupun tempoh masa pendudukan Jepun singkat sahaja iaitu tiga tahun lapan bulan, namun

pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang sangat penting kepada penduduk tempatan baik dari aspek

politik, sosial dan ekonomi.

Isi (20m)

1. Kesan-kesan sosial (7m)

Pihak Jepun telah menjalankan dasar layanan yang berbeza terhadap kaum-kaum di Tanah

Melayu. Jepun memberi layanan yang cukup buruk terhadap orang Cina kerana dendam orang Jepun

terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu yang membantu negara China ketika berlakunya Perang

China-Jepun pada tahun 1895. Akibatnya ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan

dan membentuk MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk menentang Jepun.

Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai antara mereka juga dihantar ke Siam

untuk membina Jalan Keretapi Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban

dalam pembinaan tersebut akibat seksaan dan wabak penyakit. Merosotnya taraf kesihatan telah

menyebabkan merebaknya penyakit-penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria. Ubat-ubat yang

dibawa oleh Jepun hanya dikhaskan untuk askar-askar Jepun sahaja.

Page 13: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Perbezaan layanan kaum ini telah mewujudkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan

Cina. Contohnya pihak Jepun telah menggunakan orang Melayu yang menyertai pasukan tentera dan

polis Jepun untuk mengesan orang Cina yang anti-Jepun. Ini menimbulkan rasa curiga dan permusuhan

antara orang Melayu dengan orang Cina setelah Jepun menyerah kalah.

Sistem pendidikan Inggeris juga turut ditukar kepada sistem pendidikan Jepun. Bahasa Jepun

iaitu ‘Nippon-go’ diwajibkan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan juga sebagai lingua franca

di seluruh negara. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak

dan disiplin, taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Kebudayaan Jepun

disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan

Jepun, iaitu ‘Kamigayo’.

2. Kesan-kesan politik (7m)

i. Nasionalisme orang Melayu

Pendudukan Jepun telah menamatkan tradisi kepercayaan bahawa kuasa-kuasa Barat merupakan

kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Ini telah menyemarakkan lagi kebangkitan dan kesedaran

kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Langkah pertama pendudukan Jepun yang membangkitkan perasaan nasionalisme dalam

kalangan orang Melayu ialah dengan membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah

dipenjarakan oleh Inggeris dan memulihkan kembali KMM di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.

KMM kemudiannya telah diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942 apabila disyaki mengadakan

hubungan sulit dengan MPAJA. Jepun telah menubuhkan PETA ( Pembela Tanah Air ) bagi menarik

perhatian orang-orang Melayu. Anggotanya terdiri daripada bekas pegawai KMM. Ibrahim Yaacob

dilantik sebagai Leftenan Kolonel. PETA juga telah mengadakan hubungan sulit dengan MPAJA dan

tentera Wataniah.

Page 14: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Di saat-saat Jepun menyedari kekalahannya, Jepun menolong kaum Melayu menubuhkan

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada bulan Julai 1945. KRIS dipimpin oleh Ibrahim

Yaacob dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Walaupun orang Melayu tidak berjaya mencapai kemerdekaan

di bawah Jepun, namun semangat nasionalisme telah berjaya menarik orang Melayu untuk bersatu

terutamanya dalam menentang Malayan Union.

ii. Nasionalisme orang India

Perhatian kaum India telah dialihkan kepada pembebasan India daripada penindasan oleh

penjajahan Inggeris. Orang India telah menubuhkan Liga Pembebasan India di bawah pimpinan Subhas

Chandra Bose. Beliau juga telah menubuhkan Tentera Nasional India (INA) untuk membantu Liga

Pembebasan India. Kedua-dua pertubuhan ini telah menguasai keadaan politik orang India di Tanah

Melayu. Orang-orang India telah dikerah menyertai Tentera Nasional India.

Orang India digalakkan supaya memberikan bantuan kewangan dan harta untuk menyokong

gerakan pembebasan India daripada penjajahan Inggeris. Subhas Chandra Bose yang dalam buangan

telah mendirikan sebuah kerajaan yang bergelar ‘Azad Hind’ di Singapura. Ia telah menyahut slogan

“Chalo Delhi” (Mara ke Delhi). Penggunaan slogan ini menaikkan lagi semangat nasionalisme dalam

kalangan orang India. Bagaimanapun kekuatan INA dan Liga Pembebasan India telah merosot apabila

Jepun menyerah kalah.

iii. Nasionalisme orang Cina

Permusuhan antara orang Jepun dan Cina telah bermula sejak Jepun telah menawan China pada

tahun 1937. Apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada bulan Febuari 1942,

ramai orang Cina telah dibunuh.

Tindakan ini telah menyebabkan orang Cina merasakan pihak Jepun mengamalkan dasar

diskriminasi. Keadaan ini mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan nasionalisme di Tanah

Melayu, contohnya tindakan ini merupakan titik permulaan permusuhan antara orang Cina dan orang

Melayu.

Page 15: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan sentimen anti Jepun untuk memperoleh

sokongan orang Cina untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. PKM telah menubuhkan Malayan

Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggap sebagai gerakan mewakili semua bangsa di

Tanah Melayu. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah Latihan Khas 101 di bawah pimpinan

Kolonel Spencer Chapman serta dibekalkan senjata, ubat-ubatan, maklumat dan bahan makanan oleh

tentera Berikat melalui ‘Force 136’ yang berpusat di Sri Lanka.

MPAJA mengadakan hubungan sulit dengan PETA dan melancarkan perang gerila terhadap

pihak Jepun. Jepun telah mengambil langkah untuk menarik minat orang Cina berfahaman sederhana

yang kebanyakannya tinggal di bandar untuk bekerjasama dengan pemerintahan Jepun.

Pihak Jepun telah menubuhkan beberapa kelab seperti Epposho bagi masyarakat Cina di Pulau

Pinang pada tahun 1944. Ramai orang Cina dilantik di dalam Majlis Penasihat di peringkat bandar dan

negeri mulai tahun 1943.

3. Kesan-kesan ekonomi (6m)

Dasar ‘bumi hangus’ yang diamalkan oleh British sebelum berundur dari Tanah Malayu ke

Singapura telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot kerana banyak kemudahan awam seperti

infrastruktur telah diletupkan oleh tentera British. Begitu juga dengan perusahaan bijih timah dan getah

turut merosot kerana kemusnahan alat-alat melombong seperti kapal korek dan alat-alat memproses

getah.

Akibat peperangan, perdagangan Tanah Melayu dengan pasaran-pasaran luar telah terputus.

Perdagangan Singapura dan Pulau Pinang telah merosot kerana Tanah Melayu tidak dapat mengeksport

dan mengimport sebarang bahan.

Jepun mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan memaksa rakyat menanam tanam-tanaman

makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.

Page 16: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Perusahaan-perusahaan tempatan didirikan untuk menghasilkan barang-barang gantian seperti

minyak masakan, sabun, gula, tayar, kertas, tali dan benang. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih

oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.

Percetakan mata wang ‘pokok pisang’ yang tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan

pengguna menyebabkan keadaan inflasi dengan harga-harga barang melambung tinggi dan nilai

matawang Jepun menjunam jatuh.

Kesimpulan (2/3m)

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu detik penting dalam sejarah tanah

air kerana telah banyak mendatangkan kesan positif dan negatif. Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu

pada September 1945 adalah disebabkan pengeboman dua bandar penting di Jepun iaitu Hiroshima dan

Nagasaki. Selepas tamat Perang Dunia Kedua British telah kembali ke Tanah Melayu dan

memperkenalkan Malayan Union.

Page 17: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 6

Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Pendahuluan (3/2m)

Dasar luar sesebuah negara bertujuan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta

menentukan kesejahteraan sosioekonomi negara tercapai. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai

kemerdekaan seperti Tanah Melayu, kepentingan negara, keselamatan serantau, perpaduan antara

negara-negara serta kesejahteraan sejagat merupakan fokus utama dalam perhubungan serantau. Dalam

tempoh 1957-1963 yang begitu singkat, Tanah Melayu telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti

Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO, Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu.

Isi (20m)

1. Southeast Asian Friendship and Economic Treaty (SEAFET) (4m)

Januari 1959 semasa lawatan rasmi ke Filipina, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan

pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-Negara Asia Tenggara (SEAFET) hasil

rundingannya dengan Presiden Filipina Carlos P.Garcia. SEAFET dianggotai oleh Tanah Melayu dan

Filipina. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Loas, Vietnam Selatan dan Myanmar

dijemput untuk menyertai pakatan SEAFET tetapi mendapat sambutan dingin. Walaupun Thailand dan

Vietnam Selatan mengalu-alukan penubuhan SEAFET tetapi Indonesia menolak undangan menyertai

pertubuhan itu kerana Malaysia dan Filipina dikatakan mempunyai hubungan dengan penjajah. Filipina

menjadi anggota SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) dan Malaysia mempunyai perjanjian

dengan AMDA (Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya). Indonesia berpendapat selagi ada negara di Asia

Tenggara yang menyertai pakatan pertahanan sedemikian, negara itu tidak akan dapat berperanan

dengan bebas.

2. Persatuan Asia Tenggara ( ASA ) (4m)

Selepas Perang Dunia Kedua, rantau Asia Tenggara dijadikan kawasan tumpuan perebutan

kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam Perang Dingin. Ancaman komunis turut terasa oleh

kebanyakkan rakyat negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu,Thailand, Filipina, Indonesia

Page 18: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

dan Vietnam. Ekonomi negara rantau ini masih berbentuk kolonial. Pembentukan satu pakatan

kerjasama serantau seperti kerjasama dalam ekonomi, kebudayaan dan sosial perlu untuk

menangani masalah yang sedang dihadapi. Dengan ini ASA yang dianggotai oleh Tanah

Melayu, Thailand, dan Filipina dibentuk pada Ogos 1961 di Bangkok.

Antara maklumat ASA seperti menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan

sosial, mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau, mempertingkatkan pengajian

berkaitan Asia Tenggara.

Rombongan kebudayaan antara negara, pertukaran tenaga pengajaran antara universiti, kegiatan

pelancongan, perjanjian penerangan antara anggota ASA diaturkan.

ASA hanya mencapai matlamat terhad dengan dianggotai oleh 3 buah negara. Pembentukan

Malaysia pada tahun 1963 dikecam oleh Indonesia dan Filipina sehingga hubungan diplomatik

Malaysia-Indonesia dan Filipina terputus.

3. MAPHILINDO (4m)

Pakatan kerjasama serantau kedua ditubuhkan pada Ogos 1963 bertujuan mengadakan hubungan

kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kemasyarakatan serta mencari jalan

menamatkan persengketaan berkaitan penubuhan Malaysia.

MAPHILINDO memohon Suruhanjaya PBB ( Suruhanjaya Michealmore ) meninjau semula

pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. Namun begitu

Indonesia dan Filipina enggan menerima hasil tinjauan tersebut. Konfrontasi tercetus antara

Malaysia dengan Indonesia sehingga terputus hubungan diplomatik. Tuntutan Filipina ke atas

Sabah membawa kepada kegagalan hubungan diplomatik kedua-dua negara dan membawa

kepada pembubaran MAPHILINDO.

4. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel (4m)

Malaysia menyertai pertubuhan ini sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Komanwel begitu

bermakna kepada Malaysia memandangkan Malaysia amat bergantung kepada bantuan Britain

dalam soal pertahanan dan keselamatan. Perjanjian Pertahanan Britain-Tanah Melayu

membolehkan bantuan tentera kepada Tanah Melayu dalam membanteras ancaman komunis

dan ancaman luar.

Page 19: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Rancangan Colombo yang menyediakan bantuan biasiswa membolehkan pelajar-pelajar

Malaysia melanjutkan pelajaran ke negara Komanwel. Bantuan kewangan dan bantuan

kepakaran turut diberikan kepada Tanah Melayu.

Tanah Melayu turut memberi sumbangan kepada Komanwel dalam teknologi getah. Kecaman

Tanah Melayu terhadap amalan Dasar Apertheid telah mengakibatkan Afrika Selatan tersingkir

dari Komanwel pada tahun 1961.

5. Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsar Bersatu (4m)

Tanah Melayu diiktiraf sebagai negara berdaulat di peringkat antarabangsa setelah diterima

menjadi anggota PBB ke-82 pada 17 September 1957.

Malaysia terlibat secara aktif dalam PBB untuk tujuan keamanan dunia, misalnya pada tahun

1957, Tanah Melayu mengecam tindakan Republik Rakyat China kerana menakluki Tibet.

Pada tahun 1961, Malaysia menghantar pasukan tentera menyertai pasukan perdamaian PBB ke

Congo ( kini Republik Zaire ) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan perang saudara

(1960 – 1963 ). Pelbagai faedah diterima oleh Malaysia melalui agensi-agensi PBB seperti

Bank Dunia, FAO, UNESCO, ILO dan lain-lain.

Kesimpulan (2/3m)

Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa dan telah

berjaya memainkan peranannya secara berkesan dan sistematik. Sememangnya Malaysia telah berjaya

melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan serantau dan antarabangsa secara

berkesan. Malaysia banyak mendapat faedah dari pertubuhan serantau dan antarabangsa untuk

membangunkan ekonomi dan menstabilkan pertahanan negara.

Page 20: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 7

Huraikan sistem pembesar di China dan Jepun sebelum perluasan pengaruh Barat.

Pendahuluan (3/2)

Institusi pemerintahan kemaharajaan di China dan Jepun turut disokong oleh golongan pembesar.

Para pembesar berperanan sebagai pembantu dan pelaksana arahan maharaja. Para pembesar di Jepun

terdiri daripada Shogun, Samurai dan Daimyo, manakala di China pembesar terdiri daripada hulubalang

dan sarjana.

Isi: (20m)

A. Pembesar di Jepun (10m)

Pemerintahan sebenar berada di tangan Shogun ( hulubalang ) yang memerintah atas nama

maharaja. Pemerintahan di Jepun ialah bersifat Bakufu, iaitu dipegang oleh Shogun. Maharaja

masih dianggap sebagai ketua negara, tetapi kuasa sebenar kerajaan berada di bawah pengaruh

pembesar, terutamanya golongan Shogun. Shogun dibantu oleh para pembesar bergelar Daimyo

(Penguasa Agung Tanah Bebas) Semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa, Jepun

dibahagikan kepada beberapa daerah. Setiap daerah akan dikurniakan kepada Daimyo oleh

Shogun. Setiap Daimyo diberi kuasa penuh untuk memerintah dan mentadbir wilayahnya.

Daimyo boleh dipecahkan kepada tiga peringkat, iaitu Daimyo Shimpan, Daimyo Fudai dan

Daimyo Tozama.

Daimyo Shimpan terdiri daripada kaum kerabat Shogun dan diberi peranan mentadbir di

peringkat pusat. Daimyo Fudai terdiri daripada kalangan bangsawan dan sangat setia kepada

Shogun. Mereka ditempatkan di wilayah tengah. Daimyo Tozama ialah keturunan bangsawan

dan diberi wilayah selatan dan barat yang terletak jauh dari pusat pentadbiran Shogun. Ini

dilakukan bagi menjamin kedudukan Shogun.

Setiap Daimyo mempunyai golongan pahlawan yang bergelar Samurai. Golongan ini sanggup

berjuang demi mempertahankan Daimyo masing-masing. Golongan Samurai akan membawa

dua bilah pedang sebagai lambang ketinggian kelasnya serta mempunyai kod etika sendiri.

Page 21: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

B. Pembesar di China (10m)

Golongan pembesar dibahagikan kepada pembesar pusat dan wilayah.

1. Pembesar pusat

Golongan sarjana merupakan pegawai kanan kepada maharaja di peringkat pentadbiran pusat.

Mereka menjalankan tugas pentadbiran atas arahan Maharaja. Golongan ini dipilih berdasarkan

kelulusan tertinggi dalam sistem peperiksaan awam yang berkisar tentang teks klasik Confucius.

Mereka mempunyai tanggungjawab dalam kementerian-kementerian penting dan terlibat dalam

penggubalan dasar kerajaan, misalnya, mereka menyertai Imperial Secretariat dan

bertanggungjawab menggubal dasar negara. Dasar yang digubal akan dilaksanakan oleh

pembesar wilayah atau pegawai di Jabatan Hal-Ehwal Negara.

Segala dasar yang bersifat umum untuk kepentingan kerajaan dibentuk di pusat, tetapi

pembesar wilayah dibenarkan untuk mengubah dasar tersebut dengan kebenaran adat

istiadat dan keadaan setempat. Terdapat enam jabatan yang dibentuk semasa pemerintahan

Dinasti Manchu.

2. Pembesar wilayah

Terdapat juga golongan tentera yang dilantik sebagai pembesar wilayah. Ini untuk

memastikan wilayah tersebut sentiasa aman dan tenteram serta patuh terhadap kerajaan

pusat.

Pembesar daripada golongan tentera atau hulubalang dikenali sebagai Tushun atau Ketua

Tentera Wilayah. Mereka berkuasa dalam wilayah masing-masing serta sering bertindak

sendirian. Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal-hal seperti

pengutipan cukai, pertahanan dan perundangan. Mereka mempunyai tentera sendiri yang

setia dan lengkap. Mereka mampu membiayai angkatan tentera tersebut kerana penguasaan

ekonomi terhadap wilayah yang mereka kuasai.

Page 22: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Selain golongan tentera, terdapat juga pembesar wilayah yang dilantik daripada golongan

bijak pandai lulusan pendidikan Confucius. Golongan ini ialah pembesar tempatan atau

gentri yang membantu pembesar wilayah. Gentri lebih merupakan tuan tanah. Mereka

tidak dibayar gaji dan tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Mereka boleh

bertukar wilayah dan lebih berminat menjalankan perniagaan keluarga. Mereka juga

merupakan orang perantara antara pembesar dan rakyat kerana mereka mempunyai

pengaruh yang kuat ke atas masyarakat tempatan.

Kesimpulan (2/3m)

Para pembesar merupakan aset penting dalam sistem pemerintahan di sesebuah negara

termasuklah di Jepun dan China. . Mereka memainkan peranan penting dalam membantu maharaja

terutamanya dalam menentukan kelicinan pentadbiran. Dinasti Manchu dan Shogun Tokugawa

mewujudkan sistem pembesar untuk melicinkan pentadbiran dan mengagihkan tugas-tugas

pemerintahan.

Page 23: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 8

Jelaskan kegiatan ekonomi komersial di Filipina dan Jepun sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan (3/2m)

Kehadiran kuasa-kuasa Barat di Asia telah membawa banyak perubahan dalam semua aspek

politik, sosial dan ekonomi. Sebelum Perang Dunia ke-2, kegiatan ekonomi komersial memang giat

dijalankan termasuklah di Filipina dan Jepun. Di Filipina, kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan

dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman pentadbiran Sepanyol dan zaman pentadbiran

Amerika Syarikat. Manakala di Jepun, kegiatan ekonomi komersial muncul dengan aktif selepas Jepun

mula membuka pintunya kepada pihak Barat melalui Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat

(1854).

Isi (20m)

A. Kegiatan ekonomi komersil di Filipina (10m)

i. Tebu

Tebu menjadi tanaman jualan pertama yang dieksport. Semasa pemerintahan Sepanyol, ia

menjadi salah satu keluaran utama dalam ekonomi penjajahan. Pertumbuhan perdagangan tebu di

Manila berlaku selepas pembukaan Manila kepada perdagangan dunia.

Semasa pemerintahan Amerika Syarikat (hingga tahun 1941) pengeluaran tebu meningkat 6 kali

ganda dan pada tahun 1930 kedudukannya kukuh sebagai bahan eksport utama Filipina.

Peningkatan berlaku kerana beberapa sebab seperti penggunaan kaedah dan teknologi moden,

dasar tarif Amerika Syarikat terhadap Filipina dan pembinaan jalan kereta api baru menuju ke arah utara

Manila dan memajukan tanah Pampangan.

Page 24: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

ii. Tembakau

Tembakau juga merupakan eksport penting Filipina terutamanya semasa pemerintahan Sepanyol.

Kawasan penanaman tembakau ialah di Lembah Gaganpan, Ilocos, Nueva Ecija dan Marinduque.

Penanaman tembakau dimonopoli oleh kerajaan dan keuntungan daripada monopoli ini berjaya

mengatasi masalah kewangan Sepanyol. Berlaku penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Sistem

monopoli ini melahirkan satu amalan tanaman paksa yang kejam.

Wujud pasaran gelap, kegiatan rusuhan dan penyeludupan. Akhirnya, pada tahun 1882

monopoli ini ditamatkan. Tanaman tembakau mula mengalami kemerosotan ketara pada akhir tahun

1930 apabila nilai eksportnya hanya 0.75% daripada keseluruhan nilai ekonomi. Ini disebabkan oleh

sistem tarif Amerika Syarikat, pengenalan tembakau Virgina Amerika dan orang Filipina lebih suka

tembakau Amerika.

iii. Abaka

Muncul sebagai tanaman jualan utama di Filipina selama 40 tahun selepas kemerosotan

tembakau. Peningkatan permintaan datang dari Amerika Syarikat sehingga abaka menjadi bahan eksport

utama selepas tahun 1830. Menjelang tahun 1850-an, abaka dihantar ke New England untuk diproses

menjadi tali sementara pada masa yang sama sebuah kilang tali-temali yang kecil kepunyaan orang

Amerika telah didirikan di Manila

Pusat pengeluaran utama adalah di wilayah Bicol di Albay, Sorsogon, Leyte dan Samar. Abaka

mula menjadi tanaman utama apabila Amerika Syarikat mengambil alih kuasa di Filipina. Pada

tahun1941, keluaran abaka lebih kurang 95% daripada jumlah keluaran dunia. Filipina dapat

mempertahankan kedudukannya sebagai satu-satunya pengeluar abaka untuk pasaran dunia.

Perdagangan abaka ditentukan oleh tarif yang dikenakan. Mengikut Akta Pyne Aldrich pada

tahun 1909, abaka yang dieksport ke Amerika Syarikat bebas daripada cukai.

Page 25: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

iv. Kelapa

Tanaman keempat penting di Filipina ialah kelapa yang merupakan tanaman asli Filipina. Ia

digunakan sebagai sumber makanan dan bahan bakar.

Menjelang abad ke-20, hasil kelapa menjadi eksport utama Filipina. Kawasan penanaman kelapa

ialah Luzon, Manila dan sekitar Teluk Lagoon hingga ke pantai Tayabas. Pulau Visayas dan Mindanao

yang terletak jauh ke selatan turut menjadi pusat penanaman kelapa yang penting.

B. Kegiatan ekonomi komersil di Jepun (10m)

Jepun telah menjalankan dasar buka pintu apabila termeterainya perjanjian Kanagawa dengan

Amerika Syarikat pada tahun1854. Mereka mula mengambil kira sistem-sistem yang diamalkan oleh

Barat sama ada sistem ekonomi, sosial mahupun politik.

Kemunculan Meiji untuk memodenkan Jepun mengikut acuan Barat telah menjadi faktor penting

kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat kemudiannya. Sistem ekonomi Jepun mula diubah. Sektor

pertanian mula menerima kemasukan elemen-elemen baru yang diambil dari Barat. Revolusi pertanian

telah membolehkan sektor ini mencapai kejayaan yang cemerlang.

Meskipun Jepun hanya mempunyai jumlah tanah subur yang kecil, namun dengan bantuan

teknologi ini, maka ia masih lagi dikira mampu mengeluarkan hasil untuk keperluan penduduk.

Menyedari bahawa sektor perindustrian merupakan sektor penting, maka ia dimajukan. Sektor

industri pembinaan kapal misalnya menerima perhatian yang besar. Kapal-kapal yang mengikut Barat

telah dibina pada tahun 1855 dan dengan bantuan kewangan daripada Perancis, pusat pembinaan kapal

di Yokosuka telah dibuka pada tahun 1865.

Adanya teknologi serta kemampuan membina kapal ini telah menyebabkan Jepun kemudiannya

muncul sebagai kuasa kelautan yang penting di Asia Timur. Berdasarkan kepada perkembangan-

perkembangan di Jepun, sistem Barat telah diambil dan diubah suai mengikut kepentingan negara

Page 26: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

tersebut. Malah pengubahsuaian inilah yang banyak membantu Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi

pada abad ke-20.

Kemampuan mereka keluar dari ‘negara peminjam kepada negara pemberi pinjaman’ pada abad

ke-20 itu merupakan satu catatan sejarah kecemerlangan yang sangat menakjubkan bagi sebuah Negara

Asia.

Meskipun demikian, pengambilan sistem serta elemen-elemen ekonomi Barat itu tidak diambil

begitu sahaja, sebaliknya dipastikan bahawa budaya tempatan seperti budaya kerja, sikap dan

sebagainya yang menjadi asas kepada masyarakat Jepun itu juga berjalan seiringan.

Kesimpulan (2/3m)

Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan sistem

ekonomi bersifat komersial di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, khususnya Filipina yang

pernah dijajah oleh dua kuasa besar iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Jepun,

ekonominya berkembang pesat bila bermulanya dasar buka pintu pada 1854. Selepas era penjajahan

berakhir, negara-negara Asia Tenggara masih meneruskan polisi yang diamalkan sejak sekian lama iaitu

dengan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor penting. Manakala Jepun lebih tertumpu kepada

sektor perindustrian.

Page 27: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 9

Terangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Thailand

dan Raja Mindon Min ( 1853-1878) di Myanmar dalam usaha memodenkan negara masing-

masing.

Pendahuluan (3/2m)

Raja Chulalongkorn telah ditabalkan menjadi Raja Thailand pada tahun 1868. Raja

Chulalongkorn mendapat pendidikan Barat dan telah banyak membuat lawatan ke beberapa buah

negara seperti India, Singapura dan Myanmar. Beliau telah meneruskan langkah-langkah pemodenan

yang dilakukan oleh Raja Mongkut dalam pentadbiran negara, hubungan luar dan ekonomi.

Manakala Raja Mindon Min telah ditabalkan menjadi Raja Myanmar pada bulan Februari 1853.

Sebelum menjadi raja, Raja Mindon Min merupakan seorang sami Buddha yang sangat taat dengan

ajaran Buddha. Beliau merupakan seorang raja yang berkebolehan dan mempunyai sifat-sifat terpuji,

malahan beliau dihormati oleh orang Barat.

Isi (20m)

A. Pemodenan Raja Chulalongkorn (10m)

Langkah pemodenan Raja Chulalongkorn dalam pentadbiran ialah menubuhkan sistem

pentadbiran pusat pada 1 April 1892. Beliau telah mewujudkan kementerian yang diketuai

oleh seorang menteri. Antara kementerian yang diwujudkan ialah Kementerian Dalam

Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan. Chulalongkorn masih

meneruskan tradisi bapanya iaitu menggaji penasihat-penasihat Barat, contohnya Rolin

Jacquernins berbangsa Belgium (penasihat am) dan penasihat Kementerian Kewangan

berbangsa Inggeris. Raja Chulalongkorn telah mewujudkan perbendaharaan moden di

Thailand dengan bantuan Penasihat Kewangan Inggeris. Sistem cukai langsung telah

diperkenalkan pada tahun 1892.

Thailand dibahagikan kepada 18 buah monthon (bulatan), changwat (wilayah) dan amphoe

(daerah). Beberapa buah jabatan telah diwujudkan seperti Jabatan Kastam dan Jabatan Hasil

Dalam Negeri. Dalam bidang undang-undang, Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada

Page 28: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

tahun 1894, bersamaan dengan penubuhan sistem mahkamah jenayah dan awam yang

berunsurkan Barat. Raja Chulalongkorn telah menyusun sistem penjara dan memodenkan

pasukan polis.

Daripada segi ekonomi antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menubuhkan bank-bank

British di Bangkok pada tahun 1888-1894. Chulalongkorn telah menggalakkan perluasan

kawasan penanaman padi. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengurangkan cukai ke

atas sawah-sawah padi, melaksanakan projek pengairan dan pembinaan jalan kereta api.

Usaha tersebut telah membuahkan hasil yang lumayan apabila nilai eksport beras Thailand

telah meningkat daripada 1.8 juta pada tahun 1870, kepada 14.7 juta pada tahun 1905.

Chulalongkorn turut menggalakkan perdagangan asing dengan menerima pelabur Barat

terutamanya Britain.

Raja Chulalongkorn telah meneruskan polisi luar negara yang telah diamalkan oleh Raja

Mongkut. Thailand telah menandatangani perjanjian diplomatik dengan negara Belgium,

Itali, Sweden, Norway dan Jerman. Chulalongkorn telah menyerahkan wilayah-wilayah

naungannya kepada kuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaannya, misalnya

menyerahkan Laos, Kemboja kepada Perancis dan negeri-negeri Melayu Utara kepada

British. Raja Chulalongkorn telah menjalin hubungan peribadi dengan raja-raja di Eropah,

misalnya dengan maharaja William 11 di Jerman, Tsar Nicholas 11 dari Rusia.

Dalam aspek pendidikan, Raja Chulalongkorn telah membuat beberapa pemodenan seperti

pembinaan sekolah untuk kaum bangsawan dan rakyat biasa. Untuk melahirkan golongan

cerdik pandai di Thailand, Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang pelajar ke

luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Jabatan Pendidikan dan Maktab Perguruan telah

ditubuhkan. Kemajuan dalam bidang pendidikan begitu terserlah dengan kewujudan sekolah-

sekolah aliran Inggeris, contohnya pada tahun 1890-an terdapat tiga buah sekolah Inggeris di

Thailand.

Page 29: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

29[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

B. Pemodenan Raja Mindon Min (10m)

Raja Mindon Min pula telah berjaya mengekang penguasaan pihak Barat secara kekerasan

terhadap Myanmar. Mindon Min telah menjalankan dasar pintu terbuka kepada British dan

Perancis. Beliau berusaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan British, dengan harapan

British akan mengembalikan wilayah Pegu kepada Myanmar. Bagi tujuan tersebut, Mindon Min

telah menghantar perwakilan pada tahun 1853 untuk bertemu dengan kerajaan Britain. Satu

perjanjian telah dimeterai meliputi hubungan diplomatik dan perdagangan. Melalui perjanjian

tersebut, Myanmar membenarkan British menggunakan kemudahan di Myanmar. Mindon Min

menjalin hubungan dengan Perancis untuk mengurangkan tekanan yang diterima daripada

British. Pada tahun 1873, Mindon Min telah membuat perjanjian dengan Perancis.

Mindon Min telah memperbaiki sistem ekonomi dengan memperkenalkan sistem cukai yang

baharu. Dalam usaha tersebut, beliau telah memperkenalkan cukai Thatemenda pada tahun 1862,

iaitu cukai yang dibayar oleh setiap keluarga kecuali yang berkhidmat dengan raja. Beliau turut

memperkenalkan sistem mata wang yang berdasarkan nilai perak. Kilang untuk mengeluarkan

wang telah didirikan oleh kerajaan. Di samping itu, Mindon Min berusaha untuk

mempelbagaikan sumber ekonomi Myanmar supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada

sumber pertanian. Kilang-kilang telah didirikan. Selain itu sektor perlombongan khususnya

lombong arang batu dan bijih besi juga dimajukan. Walau bagaimanapun usaha beliau tidak

mendapat hasil yang memberansangkan kerana kekurangan kepakaran teknikal dan pengetahuan

dalam bidang tersebut. Malahan Myanmar menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan

untuk mengolah sumber mineralnya. Mindon Min turut memajukan sektor perkapalan untuk

menjana pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki sistem perhubungan Myanmar. Contohnya

dengan penubuhan syarikat perkapalan Irawaddy, banyak kapal telah dibeli untuk

mengembangkan operasi syarikat perkapalan tersebut.

Mindon Min turut menjaga kebajikan rakyat khususnya pendidikan dan kemudahan infrastruktur.

Beliau telah mengembangkan pendidikan dan ajaran agama Buddha. Dalam usaha tersebut,

beliau telah membina komplek pagoda di Kuthodaw sebagai pusat pendidikan dan

pengembangan agama Buddha. Beliau telah menjadikan Mandalay sebagai pusat pendidikan

agama Buddha di Myanmar. Mindon Min telah memajukan infrastruktur khususnya jalan

Page 30: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

30[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

perhubungan untuk memudahkan rakyatnya bergerak ke sesuatu tempat. Ini terbukti dengan

pengwujudan syarikat perkapalan milik negara.

Kesimpulan (2/3m)

Sebagai kesimpulannya, langkah pemodenan yang telah dilakukan oleh Raja Chulalongkorn

di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar telah berjaya membangunkan negara masing-masing.

Polisi berbaik-baik dengan kuasa Barat oleh kedua-dua raja berjaya mengurangkan ketegangan

dengan pihak Barat. Namun apa yang jelas sikap toleren Raja Chulalongkorn telah berjaya

menyelamatkan negaranya daripada dijajah berbanding dengan kedegilan Raja Mindon Min dalam

mempertahankan adat tradisinya yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar ke-3

dan akhirnya seluruh Myanmar dikuasai oleh British.

Page 31: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

31[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 10

Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932

Pengenalan ( 3/2 m )

Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 tidak

bertujuan untuk mengusir penjajahan Barat; sebaliknya merupakan peristiwa penentangan yang

berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah di negara masing-masing. Kedua-dua

revolusi ini telah digerakkan oleh golongan intelektual yang merasakan pembaharan perlu dilakukan

untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan luas daripada golongan massa. Revolusi

China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Kang Yu Wei sementara Revolusi Siam diketuai oleh Pridi

Panomyong.

Isi (20 m)

A. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi China 1911 (10m)

i. Kelemahan pemerintahan Manchu

Revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap oleh

rakyat sebagai lemah dan telah kehilangan mandat dari tuhan untuk terus memerintah China.

Kelemahan kerajaan Manchu bermula dengan kekalahan China kepada Inggeris dalam Perang

China-Inggeris Pertama (Perang Candu 1) pada tahun 1839-1842, dan kalah sekali lagi dalam

Perang Inggeris-China Kedua (Perang Candu 2) pada tahun 1856.

Kekalahan China dalam kedua-dua peperangan itu yang diikuti dengan termeterainya perjanjian-

perjanjian berat sebelah menyebabkan pintu negara China dibuka secara paksa oleh kuasa-kuasa

Barat, keadaan huru hara, masalah rasuah dan inflasi yang meruncing. Keadaan ini menyebabkan

tercetusnya beberapa gerakan penentangan seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864),

Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853-1868), serta munculnya gerakan

kongsi-kongsi gelap seperti White Lotus Society (Kumpulan Teratai Putih) dan Tried Society

(Kumpulan Bertiga Syurga). Kedaaan ini telah menelan perbelanjaan yang banyak sehingga

menyebabkan masalah kewangan. Tambahan pula, Putera Kung yang dilantik sebagai pemangku

Page 32: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

32[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

raja selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1908 merupakan seorang raja yang

tidak berwibawa dan gagal menstabilkan keadaan politik dan ekonomi China.

ii. Kesengsaraan hidup rakyat

Majoriti rakyat China adalah petani yang mendiami wilayah-wilayah di selatan China

terutamanya Kwangsi dan Kwantung. Bilangan penduduk China telah meningkat dengan pesat

kepada lebih 400 juta orang menjelang awal abad ke-20. Ini menimbulkan masalah kekurangan

tanah pertanian dan meningkatnya pengangguran. Kehidupan petani tambah menderita akibat

bencana alam terutamanya banjir dan kemarau seperti yang berlaku di Ahnwei, Chiking dan

Shantung yang mengurangkan hasil pertanian. Kerajaan Manchu juga banyak berhutang dengan

negara barat seperti Rusia dan Peranchis bagi membayar gantirugi perang. Bagi meningkatkan

pendapatan kerajaan, kadar cukai telah ditingkatkan dan ini menambahkan lagi beban rakyat.

Keadaan ini meningkatkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Manchu. Rakyat menyalahkan

kerajaan Manchu yang dianggap ‘penyebab’ kesengsaraan hidup rakyat.

iii. Pencerobohan kuasa Barat

Kemasukan orang Barat ke China telah memberi kesan negatif kepada aspek perdagangan dan

keagamaan. Masyarakat China merasakan untuk menjadi maju mereka perlu menerima idea-idea

daripada Barat dan disesuaikan di China. Malangnya idea ini tidak disenangi oleh pemerintah

Manchu lalu melaksanakan dasar tutup pintu. Pada waktu yang sama, Jepun telah membenarkan

Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui semasa di Jepun dan memberikan penerangan

serta mendorong orang Cina di seberang laut untuk menyokong gerakan revolusioner.

iv. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing

Termeterainya beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nanking (1842), Perjanjian Bogue

(1844) dan Perjanjian Tientsin (1858) di antara China dan Inggeris selepas kekalahan China

dalam Perang Candu pertama dan kedua telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa Barat

menceroboh wilayah dan menguasai ekonomi China. Akibatnya kuasa Barat seperti British,

Page 33: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

33[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai pelabuhan-pelabuhan utama di China dan

bandar utama Peking. Menerusi perjanjian ini juga, China kehilangan punca kewangannya

kerana terpaksa membayar pampasan perang kepada kuasa Barat dan Timur. Contohnya

Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani bagi menamatkan Perang Jepun-China (1894-1895)

memaksa China membayar gantirugi sebanyak 450 juta tael kepada Jepun.

v. Peranan golongan intelektual

Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi masyarakat dan meniupkan semangat nasionalisme mengenai kelemahan

pemerintahan Manchu. Usaha ini telah menyumbang secara langsung kepada meletusnya

Revolusi China 1911.

vi. Kemudahan sistem perhubungan

Kemudahan sistem perhubungan yang terdapat di China seperti rangkaian jalan keretapi,

jalanraya, perkhidmatan pos, telegraf dan media cetak telah mempercepatkan lagi penyebaran

sentimen anti-Manchu. Dr. Sun Yat Sen sendiri misalnya pernah menerbitkan akhbar Min Pao

atau The People untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dan revolusi.

vii. Isu pembinaan jalan keretapi

Tindakan kerajaan Peking meminjam wang dari Britain, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis

untuk membina jalan keretapi yang menghubungkan Hankow-Szechwan diprotes oleh

pemerintah wilayah Kwantung, Hunan, Hupen dan Szechwan. Mereka bimbang dan marah

kerana terpaksa menanggung beban hutang tersebut Pinjaman itu juga dilihat sebagai

bertambahnya dominasi kuasa-kuasa Barat ke atas China. Akibatnya tercetus beberapa rusuhan

di wilayah-wilayah terbabit yang menyebabkan sentimen anti-Manchu semakin memuncak.

Page 34: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

34[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

B. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi Siam 1932 (10m)

i. Kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh (Rama VI 1910-1925)

Zaman pemerintahan Vajiravudh (Rama VI 1910-1925) menyaksikan pelbagai kelemahan dan

masalah pentadbiran. Usaha Vajiravudh cuba memperkukuhkan semula sistem raja berkuasa

mutlak dan institusi diraja dilihat sebagai satu langkah anakronis berbanding pemerintahan

Mongkut dan Chulalongkorn sebelumnya. Akibatnya tercetus percubaan rampasan kuasa untuk

menggulingkan baginda dalam Pemberontakan R.S. 130 tetapi gagal.

Vajiravudh juga bersikap pilih kasih apabila baginda menubuhkan Kong Sua Pa (Pasukan

Harimau Liar / Wild Tiger Corps) yang membangkitkan kemarahan angkatan tentera sedia ada.

Sepanjang tempoh pemerintahannya, Vajiravudh banyak menerima kecaman terhadap

pendekatan politik dan peribadinya. Rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai dan rakyat

timbul kerana tidak menyukai cara baginda menggantikan pegawai-pegawai berkebolehan dan

setia dengan pegawai-pegawai berpangkat rendah dan kurang berpengalaman.

Vajiravudh juga kurang mengambil berat tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana

Menteri kabinetnya, sebaliknya lebih suka meluangkan masa dengan kegiatan sastera, seni dan

drama. Dasar kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Vajiravudh juga mengakibatkan

keadaan ekonomi yang hampir muflis. Sir Edward Cook Penasihat Kewangan Siam melaporkan

bahawa ketidakcekapan Vajiravudh dalam urusan kewangan dan sikap borosnya dalam

membiayai aktiviti-aktiviti kesenian dan sastera merupakan punca utama kemerosotan ekonomi

Siam pada tahun 1925.

ii. Kelemahan pemerintahan Raja Prajadhipok (Rama VII 1925-1935)

Pada masa pemerintahan baginda, masalah ekonomi dan kewangan Siam kian meruncing antara

tahun 1913-1925 dalam mana perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% berbanding

pendapatan hanya sekitar 25%. Dasar retrenchment (berjimat cermat) yang dilaksanakan

Prajadhipok dengan memotong gaji pegawai dan mengurangkan jumlah kakitangan serta

Page 35: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

35[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

mengenakan cukai baru untuk memulihkan ekonomi Siam ternyata kurang disenangi oleh

pegawai kerajaan dan rakyat amnya.

Tindakan Prajadhipok membubarkan Pasukan Harimau Liar yang telah ditubuhkan oleh

Vajiravudh telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota tentera berkenaan yang

kehilangan pekerjaan. Rasa tidak puas hati golongan tentera terbukti apabila mereka

melancarkan percubaan menggulingkan Prajadhipok pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.

iii. Dasar pilih kasih Prajadhipok

Baginda juga dituduh bersikap diskriminasi dengan melantik golongan kerabat diraja menjawat

jawatan-jawatan tinggi kerajaan sehingga mengabaikan rakyat yang berpendidikan. Baginda

cenderung mempercayai golongan diraja sahaja dalam membantu pemerintahan negara melalui

penubuhan kementerian. Misalnya pada tahun 1925, baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat

yang dianggotai oleh putera-putera diraja. Ini telah membangkitkan semangat penentangan

terhadap institusi diraja.

iv. Peranan golongan berpendidikan Barat

Idea pembaharuan politik, ekonomi dan sosial Siam dicetuskan oleh Profesor Nai Pridi

Panomyong yang mendapat sokongan golongan berpendidikan Barat seperti Mejar Phibul

Songkram iaitu Ketua Turus Angkatan Tentera Siam. Mereka terpengaruh dengan idea

demokrasi Barat dan anti kuasa mutlak raja serta sistem monarki yang dianggap telah

ketinggalan zaman dan menghalang kemajuan. Golongan ini juga merasakan hak mereka untuk

menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan mereka telah dinafikan kerana kebanyakan

jawatan penting didominasi oleh golongan aristokrat.

v. Perselisihan antara golongan pemerintah / istana

Page 36: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

36[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Imej golongan diraja / istana di mata rakyat mula terjejas pada tahun 1931 akibat perselisihan di

antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan Putera Purachatra (Menteri Perdagangan).

Perselisihan berkisar mengenai langkah penyelesaian masalah ekonomi Siam. Bovaradej

mencadangkan kenaikan gaji untuk golongan tentera tetapi ditolak oleh Prajadhipok.

vi. Peranan Parti Rakyat

Pemimpin Parti Rakyat seperti Pridi Panomyong, Pya Bahul dan Phibul Songkram telah

melancarkan satu cop de’tat (rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah) pada 26 Jun 1932 ketika

Prajadhipok berada di luar negara. Sekembalinya baginda dua hari selepas pemberontakan,

baginda telah bersetuju untuk menerima perlembagaan yang diusulkan oleh Parti Rakyat.

Peristiwa ini menandakan berakhirnya sistem pemerintahan monarki atau raja berkuasa mutlak

di Siam.

Kesimpulan ( 2/3 m )

Revolusi China dan Revolusi Siam merupakan dua peristiwa revolusi yang tercetus akibat

daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong

pembaharuan dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial di negara masing-masing. Bezanya di

China, revolusi ditujukan kepada menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang merupakan sebuah

kerajaan asing yang berasal dari Manchuria; manakala di Siam, golongan revolusioner bertujuan

menamatkan absolutisme pemerintahan beraja Dinasti Chakri khususnya Prajadhipok. Kebangkitan

golongan terpelajar berpunca daripada kegelisahan terhadap kelemahan-kelemahan pentadbiran pihak

pemerintah yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi diraja.

Page 37: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

37[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 11

Terangkan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan

Myanmar hingga awal abad ke-20.

Pendahuluan (3/2m)

Peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia telah dapat dikesan sejak

awal abad ke-20 lagi dengan munculnya pertubuhan yang berteraskan Islam seperti Sarekat Dagang

Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Perkembangan nasionalisme Indonesia

boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu gerakan sosio ekonomi (1912-1921), gerakan politik

revolusioner (1921-1927) dan sekular sosiobudaya (1927-1942). Di Myanmar pula, golongan agama

yang berteraskan ajaran Buddha memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di negara

berkenaan terutamanya pada peringkat awal. Gerakan ini telah diterajui oleh Persatuan Belia Buddha (

YMBA) dan golongan Pongyi.

Isi:

A. Indonesia (10m)

Pada peringkat awal gerakan nasionalisme Indonesia, golongan agama khususnya ulama Islam

sememangnya memainkan peranan yang penting. Sarekat Dagang Islam yang diasaskan oleh Haji

Samanhudi memperjuangkan nasib para pedagang batik Jawa daripada persaingan dan penindasan

saudagar Cina dalam perusahaan batik. Islam dijadikan alat penyatuan rakyat Indonesia dan

melaluinya pertubuhan ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk tentang penindasan kapitalis

Cina di Indonesia.

Pada tahun 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar nama kepada Sarekat Islam dan dipimpin oleh

Omar Said Tjokroaminato. Pertubuhan ini mengekalkan Islam sebagai alat penyatuan umat Islam

Indonesia. Dengan berteraskan Islam, pertubuhan ini telah mendapat sokongan penduduk Indonesia

untuk memperjuangkan nasib mereka daripada penindasan penjajah Belanda. Penyertaan rakyat

Page 38: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

38[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Indonesia daripada pelbagai lapisan menjadikan Sarekat Islam sebagai organisasi politik massa yang

pertama di Indonesia.

Perjuangan Sarekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan gerakan ini digeruni oleh

penjajah Belanda. Sarekat Islam juga berjuang untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat

Indonesia. Sarekat Islam turut mengkritik Kerajaan Belanda di Indonesia kerana gagal memperbaiki

sosio-ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut berperanan memperjuangkan pembaharuan

dalam bidang pendidikan dengan mendesak dihapuskan diskriminasi dalam kemasukan murid-murid

ke sekolah malah menuntut pendidikan wajib kepada anak-anak yang berumur di bawah 15 tahun.

Sarekat Islam telah menuntut hak berkerajaan sendiri dan ramai golongan nasionalis telah bergabung

dengan Sarekat Islam kerana perjuangannya yang bercorak politik. Pertubuhan ini juga menuntut

penubuhan majlis-majlis daerah dan perluasan kuasa Volksraad. Mulai tahun 1917, Sarekat Islam

mula memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia termasuk mengancam akan menggunakan

kekerasan jika perlu.

Selain Sarekat Islam, Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan juga

menggunakan agama Islam sebagai landasan perjuangannya. Pertubuhan ini memainkan peranan

penting dalam gerakan awal nasionalisme Indonesia dengan mempertahankan kesucian Islam dan

menghadapi ancaman penyebaran agama Kristian dan budaya sekularisme dalam kalangan

penduduk peribumi Indonesia.

Pertubuhan ini juga memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kesedaran umat Islam tentang

kemajuan dan pendidikan sebagai cara melepaskan penduduk daripada belenggu penjajahan

Belanda. Pertubuhan ini telah terlibat dalam menubuhkan sekolah, klinik, masjid dan perpustakaan.

Namun begitu perkembangannya agak lembab akibat tentangan daripada golongan ortodoks Islam.

Walau bagaimanapun kepopularan pertubuhan ini mula meningkat. Buktinya, bilangan ahlinya

hanya 24,000 orang pada tahun 1930 telah meningkat kepada 250,000 orang pada tahun 1938.

Pertubuhan ini juga mula mengambilalih peranan gerakan reformis Islam daripada Sarekat Islam

yang mula merosot pada tahun-tahun 1920an.

Page 39: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

39[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Nahdatul Ulama ditubuhkan oleh Kiai Hasyim Asjari pada tahun 1926. Pertubuhan ini berperanan

membela dan mempertahankan keutuhan agama Islam daripada ancaman penyebaran Kristian.

Pertubuhan ini mengendalikan sekolah-sekolah agama Islam yang bersifat ortodoks, menjalankan

kerja-kerja kebajikan dan membantu memajukan ekonomi ahlinya. Walau bagaimanapun,

berbanding dengan Muhammadiyah, Nahdatul Ulama merupakan pertubuhan yang lebih ortodoks

dan bersikap prejudis terhadap kemajuan dan pendidikan Barat.

B. Myanmar (10m)

Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan. Pertubuhan

agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada 1897 dan diikuti oleh Persatuan Agama

Maktab Rangoon pada 1904. Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia

Buddha (YMBA ) pada 1906 yang diasaskan oleh U May Oung. Persatuan Belia Buddha

merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan tujuan menyatukan nilai-nilai dan

tradisi agama Buddha dengan pendidikan barat.

YMBA memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme pada tahun-tahun 19016-1920.

Persatuan ini terlibat dalam kegiatan politik disebabkan oleh kesengsaraan ekonomi akibat Perang

Dunia Kedua dan perkembangan pengaruh gerakan kebangsaan di India.

Peranan YMBA dalam gerakan nasionalisme awal di Myanmar dapat dilihat dalam konflik isu kasut

(1916-1918), menuntut sistem pemerintahan dua lapis (dyarchy) dilaksanakan dan bantahan

terhadap akta universiti. Akibat daripada tekanan tersebut, British terpaksa menggubal undang-

undang yang melarang pemakaian kasut dalam pagoda, membuat pindaan terhadap akta universiti

dan sistem pentadbiran dua lapis turut dilaksanakan di Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan YMBA

semakin popular dalam kalangan rakyat Myanmar. Kejayaan YMBA turut dipengaruhi oleh

kepimpinan nasionalis radikal seperti U Thei Maung yang bertindakan melakukan pemulauan

terhadap kerajaan British.

Golongan Pongyi atau sami-sami Buddha telah memainkan peranan penting dalam perjuangan

kemerdekaan Myanmar sekitar 1916-1935. Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama

Page 40: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

40[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan

agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan menyokong YMBA dalam isu kasut

dan mogok pelajar. Walau bagaimanapun, Pongyi ternyata memainkan peranan penting dalam

gerakan nasionalisme Myanmar terutamanya di kalangan kaum petani . Pongyi turut menerbitkan

akhbar Wunthanu untuk menyebarkan idea-idea nasionalisme kepada penduduk.

Perjuangan Pongyi kemudiannya berubah menjadi radikal dan agresif dengan kemunculan U Ottama

dan U Wisara. Mereka menuntut pemerintahan sendiri dan menyeru penduduk menentang polis,

mahkamah dan pengutip cukai. Agama Buddha dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan

rakyat.

Pada tahun 1922, Pongyi menubuhkan parti politik Sangha Samatggi yang dipimpin oleh U Ottama

dan menyeru rakyat memulaukan pembaharuan British. Antara tindakan Pongyi termasuklah

menghasut petani melancarkan kempen anti-cukai terhadap British dan menyebabkan petani

menyertai perjuangan menentang British. U Wisara menganjurkan kempen anti-cukai di Tharawady

pada 1926 dan akibatnya beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan tersebut telah

menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di kalangan rakyat.

Peranan Pongyi semakin memuncak apabila terbentuknya pakatan antara Sangha Samatggi dengan

General Council of Burma Association (GCBA). Perikatan ini menentang British dan menuntut

kemerdekaan. Keputusan Suruhanjaya Simon mencadangkan pemisahan pentadbiran antara India

dan Myanmar menyebabkan golongan nasionalis Myanmar tidak sepakat dalam isu ini. Golongan

Pongyi telah menyokong kumpulan anti-pemisahan dengan menubuhkan Liga Anti-pemisahan yang

dipimpin oleh Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint.

Pongyi menentang pemisahan kerana bimbang akan melambatkan proses kemerdekaan Myanmar.

Peranan Pongyi jelas dalam Pemberontakan Saya San atau Pemberontakan Tharawaddy (1930-

1931). Pemberontakan yang dipimpin oleh Saya San bertujuan menggulingkan pentadbiran British

di Myanmar dan memulihkan keagungan agama Buddha serta berusaha mendapatkan semula tanah-

tanah daripada ceti-ceti India. Walaupun pemberontakan ini gagal setelah Saya San ditangkap dan

Page 41: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

41[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

dihukum mati pada 1931, namun begitu ia telah menyemarakkan lagi kebangkitan semangat

nasionalisme dalam kalangan penduduk Myanmar.

Kesimpulan 2/3m)

Berdasarkan huraian di atas dapatlah dirumuskan bahawa faktor agama berperanan penting

dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar. Di Indonesia, agama Islam menjadi alat

penyatuan dalam gerakan yang diterajui oleh Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan

Nahdatul Ulama. Di Myanmar pula, agama Buddha ternyata berperanan besar dalam gerakan

nasionalisme yang diterajui oleh YMBA dan Pongyi,

Page 42: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

42[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 12

Huraikan dasar luar India dengan Mynamar dari tahun 1949 hingga 1963

Pendahuluan (3/2m)

Dasar luar merupakan instrumen bagi sebuah negara berinteraksi dengan negara lain. Dasar ini

memperlihatkan pendirian sesebuah negara samada ingin memainkan peranan aktif atau pasif dalam

dunia dan kecenderungan pro barat atau pro komunis. Dasar luar Myanmar yang mencapai

kemerdekaan pada tahun 1948 mempunyai persamaan dengan negara jirannya India iaitu, mengamalkan

dasar berkecuali. Dasar ini dilaksanakan demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negaranya.

Isi

A. Hubungan Luar India selepas merdeka (10m)

1.1 Menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

India telah menjadi anggota PBB sejak tahun 1946 dan menganggotai banyak agensi PBB.

Seorang rakyat India dipilih menjadi pengarah Agung FAO pada tahun 1956, dan dilantik menjadi

setiausaha ECAFE yang pertama. Selain itu, ibu pejabat UNESCO dan UNICEF juga terletak di India.

Ibu kota India, New Delhi juga sering menjadi tuan rumah pelbagai persidangan antarabangsa

dan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. India juga mengambil bahagian dalam perjanjian damai

antara Korea, Vietnam , Laos dan Kampuchea (Kemboja).

Dalam bidang ketenteraan India pernah menghantar pasukan pengaman ke Mesir pada tahun

1956, untuk menyertai pasukan kecemasan PBB. Lebih 700 askar dihantar ke Conggo di bawah panji

PBB untuk mengawasi hospital tentera dan perkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 India

menghantar 700 tentera ke lebih 24 buah negara di bawah program bantuan teknikal PBB.

Page 43: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

43[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

1.2 Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing

Hubungan diplomatik India dengan negara asing bertujuan untuk mengeratkan hubungan

perdagangan antarabangsa. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri

serta tekstil yang ditukar dengan barangan mesin berat dan peralatan.

Eksport terpenting India termasuklah teh, dan jut yang merupakan 2/3 eksport India. Eksport lain

seperti kain kapas, besi keluli , peralatan pengangkutan, barangan elektrik, bahan kimia, beras dan lain-

lain. Rakan dagang India yang utama ialah Britain, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain-lain.

2. Hubungan Luar Myanmar selepas merdeka (10m)

Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Perang Korea, Myanmar turut

memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB, iaitu terlibat secara tidak langsung dalam Perang

Korea. Myanmar telah bekerjasama dengan PBB untuk mencegah pencerobohan Korea Utara terhadap

Korea Selatan.

Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan bantuan PBB

untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di sempadan Myanmar kembali ke

China.

Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi pertelingkahan

Blok Barat dengan Blok Komunis dan telah menolak penyertaan dalam pertubuhan SEATO. Myanmar

di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan hubungan erat dengan banyak negara terutamanya

negara-negara jiran. Myanmar turut mengambil beberapa langkah perdamaian:

i. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949.

ii. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan.

iii. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada

Thailand atas sikap agresif Myanmar pada masa dahulu.

Page 44: SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 ... Jabatan-jabatan kerajaan, ... kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK

44[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

iv. Myanmar turut mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Hungary serta

serangan sekutu Britain terhadap Mesir pada tahun 1956 selaras dengan piagam

PBB,iaitu memelihara keamanan sejagat.

Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara

Asia Tenggara. Sebagai sebuah negara bekas tanah jajahan British, Myanmar turut menyertai

pertubuhan Komanwel.

Kesimpulan (2/3m)

Jelaslah bahawa dasar luar India dan Myanmar menjurus kepada dasar berbaik-baik dengan

semua negara bagi menjaga kepentingan dan keselamatan ekonomi, politik,dan sosial negara masing-

masing. Namun yang jelas dasar luar India banyak dibayangi oleh isu Kashmir yang membawa

persengketaan berpanjangan dengan jirannya Pakistan dan isu ini menjadi perhatian antarabangsa.

Myanmar pula mula menutup pintunya kepada dunia luar selepas pentadbiran negara berkenaan dikuasai

oleh Junta Tentera.