sk penulisan gerak gempur 1.pdf

8
SULIT 012 012/hak cipta PPMP Johor 1 BAHAGIAN A ( Masa dicadangkan : 15 minit) (10 markah) Gambar di bawah menunjukkan suasana persiapan perayaan hari raya. Tulis ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Upload: zarina-hashim

Post on 11-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 1

BAHAGIAN A

( Masa dicadangkan : 15 minit)

(10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan suasana persiapan perayaan hari raya.

Tulis ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Page 2: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 2

10

BAHAGIAN A

Page 3: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 3

BAHAGIAN B

(Masa yang dicadangkan : 40 minit)

(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang

daripada 80 patah perkataan.

1. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan satu lawatan ke tempat-tempat

bersejarah.

Tulis catatan tentang aktiviti tersebut selengkapnya.

ATAU

2. Andaikan kamu pernah mengikuti Hari Keluarga yang diadakan di tempat tinggal kamu.

Tulis sebuah laporan tentang aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.

ATAU

3. Kamu telah berpeluang mengikuti Program Kecemerlangan UPSR anjuran pihak sekolah.

Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Page 4: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 4

No. Soalan

Page 5: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 5

Page 6: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 6

30

Page 7: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 7

BAHAGIAN C

[20 markah]

[Masa dicadangkan : 20 minit]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Beri contoh yang sesuai

berdasarkan petikan tersebut.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan

kamu dalam satu perenggan.

Isnin, 1 Jun 2015

Aku bangun seawal jam 6.00 pagi. Selepas mengemaskan bilik tidur, aku

bersarapan bersama-sama ayah dan ibu. Kemudian, aku dan rakan-rakan berkumpul di

tapak perhimpunan sebelum bertolak ke Melaka. Sebagai ketua rombongan, Cikgu Azli

memberikan taklimat ringkas tentang peraturan yang mesti dipatuhi oleh peserta. Aku

mendengar dengan teliti. Selepas itu, kami beratur menaiki bas. Kami sampai di

destinasi yang dituju. Kami melihat bangunan lama peninggalan penjajah yang terletak

di Bandar Hilir, Melaka. Aku membayangkan betapa sukarnya kehidupan masyarakat

setempat semasa penjajahan.Aku tidak mahu negaraku dijajah lagi.

Selasa, 2 Jun 2015

Selesai bersarapan, kami ke Zoo Melaka. Kawasan di sekitar zoo kelihatan

bersih. Kami menunaikan solat zuhur di surau yang terletak berhampiran dengan pintu

masuk zoo. Kami berpeluang menyaksikan persembahan gajah bermain bola sepak dan

melukis. Kami kagum melihat kegigihan pelatih yang ditugaskan melatih haiwan-haiwan

liar di situ sehingga mampu melakukan aksi-aksi yang menarik.

Rabu, 3 Jun 2015

Kami mengemaskan barang-barang untuk pulang. Kami memastikan tiada

sampah yang bersepah di bilik penginapan kami. Kami membeli buah tangan untuk

keluarga dan rakan-rakan. Kami amat berterima kasih kepada guru-guru pengiring yang

menjaga keselamatan kami sepanjang lawatan ini.

Page 8: SK PENULISAN GERAK GEMPUR 1.pdf

SULIT 012

012/hak cipta PPMP Johor 8

20

BAHAGIAN C