sjk (c) pu sze bahasa melayu tahun 5 (kertas 1) … · selain itu, beliau menjadi pakar rujuk...

10
SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN BULAN OGOS Masa : 1 jam 15 minit Nama : _____________________________ Markah : __________________ Tahun : 5 _________ Tarikh : _______/ 8 / 2017 Bahagian A (20 markah) Soalan 1 hingga 12 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Zuraini memelihara beberapa ekor ikan di dalam sebuah ____________ yang besar. A kotak B pejabat C kandang D akuarium Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 ___________ berharap agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur. A Beta B Patik C Hamba D Tuan hamba 3 Kita patut melakukan aktiviti beriadah ____________ dapat melahirkan warga yang sihat dan cerdas. A lalu B atau C supaya D manakala _______________________________________________________________________________ 1

Upload: dangliem

Post on 15-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 5

(KERTAS 1)

PENILAIAN BULAN OGOS

Masa : 1 jam 15 minit

Nama : _____________________________ Markah : __________________

Tahun : 5 _________ Tarikh : _______/ 8 / 2017

Bahagian A

(20 markah)

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Zuraini memelihara beberapa ekor ikan di dalam sebuah ____________ yang besar.

A kotak B pejabat C kandang D akuarium

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 ___________ berharap agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur.

A Beta B Patik C Hamba D Tuan hamba

3 Kita patut melakukan aktiviti beriadah ____________ dapat melahirkan warga yang sihat dan

cerdas.

A lalu B atau C supaya D manakala

_______________________________________________________________________________ 1

Page 2: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

4 Sasteran tidak membuat kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. __________, dia telah

dimarahi oleh gurunya.

A Selain itu B Lantaran itu C Lebih-lebih lagi D Hal itu disebabkan

5 Jauh di____________ hatinya, Puan Jamilah amat terluka dengan sikap anaknya yang biadap

itu.

A tepi B sudut C hadapan D belakang

6 Nazri tidak ____________ untuk meminta tunjuk ajar daripada guru silat tentang mana-mana

pergerakan silat yang tidak dapat dilakukannya.

A anak-anak B malu-malu C rakan-rakan D musuh-musuh

7 Kejayaan pasukan pancaragam Sekolah Sri Tanjung yang memenangi Anugerah Emas telah

menjadi __________ penduduk di taman itu.

A ada hati B buku lima C buah mulut D ayam tambatan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Jonathan tetap berasa gembira walaupun hanya __________ tempat ketiga dalam pertandingan

lontar peluru.

A meraih B mempunyai C mendiri D membongkok

_______________________________________________________________________________ 2

Page 3: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

9 Sekumpulan pemuda sedang __________ lagu-lagu dalam irama Bajau yang unik dan

menghiburkan.

A menjeritkan B menghamburkan C mendendangkan D memperdayakan

10 “____________, cantiknya baju kebaya ini!” kata Cik Zaleha kepada kawannya.

A Oh B Cis C Aduh D Amboi

11 Cikgu Cartina mengarahkan Kim Meng duduk di belakang ____________ kerana dia

____________ tinggi di dalam kelas.

A amat …… paling C sekali …… paling

B benar …… betul D terlalu …… betul

12 Adik memasukkan beberapa ____________ ais ke dalam air sirap itu.

A ketul B biji C tongkol D buah

13 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Adik suka makan nasi lemak.

II Biskut yang sudah lemak itu tidak boleh dimakan lagi.

III Badannya masih lemak walaupun sudah dua hari berehat di rumah.

IV Makanan yang mengandungi banyak lemak tidak baik untuk kesihatan kita.

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

_______________________________________________________________________________ 3

Page 4: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya ingin membuat sebuah model rumah,” kata Sujata kepada Ratih.

A Sujata memberitahu Ratih bahawa dia ingin membuat sebuah model rumah.

B Sujata memberitahu Ratih bahawa saya ingin membuat sebuah model rumah.

C Ratih memberitahu Sujata bahawa saya ingin membuat sebuah model rumah.

D Ratih memberitahu Sujata bahawa mereka ingin membuat sebuah model rumah.

15 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Bilakah Hari Keluarga sekolah kamu akan diadakan?

A Hari Keluarga sekolah saya sungguh meriah.

B Hari Keluarga sekolah saya akan diadakan di padang.

C Hari Keluarga sekolah saya mendapat sambutan yang baik.

D Hari Keluarga sekolah saya akan diadakan pada minggu hadapan.

16 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

Pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah kerana mereka percaya bahawa warna

merah membawa keuntungan dan kesejahteraan.

A Bilakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah?

B Mengapakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah?

C Siapakah yang percaya warna merah membawa keuntungan dan kesejahteraan kepada

masyarakat Cina?

D Bagaimanakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah membawa keuntungan

dan kesejahteraan?

_______________________________________________________________________________ 4

Page 5: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar dilahirkan pada 5 Mac 1940. Beliau

dilahirkan di Jitra, Kedah. Beliau lahir dalam kalangan keluarga Melayu yang berpendidikan

tinggi.

Pendidikan awal dan menengah beliau bermula di Kedah. Selepas tamat persekolahan,

beliau melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia dan Universiti London.

Jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu amat besar. Beliau

merupakan ahli akademik dan penulis hebat yang telah menghasilkan lebih daripada 60 buah

buku. Antara buku beliau termasuklah Susur Galur Bahasa Melayu (DBP 2007), Bahasa dan

Alam Pemikiran Melayu (DBP 1986) dan Bahasa Melayu Samudera : Benih yang Baik

Menjadi Pulau (DBP 2006).

Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau

merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu juga.

Banyak jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah

Haji Omar. Beliau akan terus dikenang sebagai pejuang bahasa Melayu.

17 Perkataan tamat dalam petikan bermaksud ____________.

A capai B lulus C gagal D habis

18 Di manakah tempat kelahiran Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar ?

A Kedah B London C Indonesia D Samudera

19 Apakah kehebatan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar dalam bidang akademik?

A Beliau telah berkhidmat di DBP.

B Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1940.

C Beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku.

D Beliau telah melanjutkan pelajaran di tiga buah universiti.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas.

A Beliau tidak pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.

B Beliau merupakan pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu.

C Beliau menulis buku berjudul “Susur Galur Bahasa Melayu” (DBP 1986).

D Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan pelbagai bahasa asing.

_______________________________________________________________________________ 5

Page 6: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

BAHAGIAN B

(30 markah)

Soalan 21

a. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

rapat hampir selesa dekat

jauh ketat susah luas

Aiman mempunyai seorang kawan ____________________ yang bernama Budin. Mereka

belajar di sekolah yang sama. Tidak ____________________ dari sekolah mereka terdapat

sebuah arkib.

Di dalam arkib itu terdapat ruang bacaan yang ____________________. Murid-murid

berasa amat ____________________ semasa membuat rujukan di dalam arkib itu.

(4 markah)

b. Tulis betul atau salah bagi penggunaan kata hubung pancangan komplemen yang bergaris

dalam ayat di bawah.

(i) Latihan kemahiran sangat penting kepada setiap anggota JPAM untuk

menyelamatkan mangsa banjir.

(ii) Murid-murid diberitahu bahawa tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari

kanan ke kiri.

(2 markah)

c. Tulis ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang diberi.

Ayat aktif : Penduduk Kampung Bahtera membantu pihak polis menangkap pencuri yang

terlepas itu.

Ayat pasif : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 markah)

_______________________________________________________________________________ 6

Page 7: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

Soalan 22

Tandakan ( ) di dalam petak jawapan yang betul.

(i) Datuk Santokh Singh Gurdial Singh pernah dinobatkan

Kebangsaan pada tahun 1976.

(ii) Pemuda itu dihormati kerana telah banyak membantu orang miskin.

(iii)

silat gayong itu mengajar anak-anak buahnya pelbagai

pergerakan yang pantas.

(iv) Adik Emily memasuki pada awal tahun ini.

(4 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

48, Jalan Ceria,

31600 Gopeng, Perak.

2 April 2017

Menemui sahabat baikku Sharon yang berada di Kangar, Perlis. Semoga saudari dan keluarga sihat

walafiat.

Saudari,

Sejak akhir-akhir ini, saya sentiasa teringat akan saudari. Oleh itu, saya segera menulis

surat kepada saudari. Untuk pengetahuan saudari, saya dan keluarga telah berpindah ke kampung

ayah yang terletak di Gopeng, Perak, setelah ayah bersara. Kami sekeluarga tinggal di rumah

peninggalan datuk di kampung. Saya berasa gembira kerana dapat bergaul mesra dengan kawan

baharu yang baik-baik belaka.

Sejak tinggal di sini, saya berasa sangat selesa. Udara di sini sungguh nyaman dan segar.

Pemandangan di sini juga cantik dengan sawah yang luas terbentang dan sungai yang jernih airnya.

Sekian sahaja surat saya untuk kali ini. Sampaikan salam rindu saya kepada kawan-kawan

kita di sana.

Terima kasih.

Yang benar,

Xiang Ling

_______________________________________________________________________________ 7

Olahragawan Olahragawati

tatacara budiman

Mahaguru Mahasiswa

prasyarat prasekolah

Page 8: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

a. Siapakah kawan baik Xiang Ling?

_____________________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah Xiang Ling sekeluarga berpindah ke kampung?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

(3 markah)

_______________________________________________________________________________ 8

Xiang Ling tinggal di Gopeng, Perak.

Sharon berasa lebih selesa tinggal

di kampung.

Bapa Xiang Ling berpindah ke tempat

kerja yang baharu.

Xiang Ling menulis surat kepada Sharon

untuk menceritakan tempat tinggal

baharunya.

BETUL

SALAH

Page 9: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

Soalan 24

Baca dialog di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Akmal : Wah, menarik gambar mak cik ini! Saya berasa besar hati kerana mak cik bekerja di

luar negara tetapi masih mengamalkan budaya negara kita di sana.

Puan Leha : Terima kasih, Akmal. Itulah tandanya mak cik cinta akan negara kita, Malaysia.

Akmal usah terkejut kerana kami juga menyediakan makanan tradisional negara kita.

Akmal : Gambar yang ini cantik. Air muka mak cik nampak ceria dan bersemangat.

Puan Leha : Gambar ini dirakam sewaktu mak cik meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan

negara kita.

Akmal : Dalam gambar ini pula, mak cik sedang bersila menikmati juadah. Mengapakah mak

cik tidak duduk di atas kerusi?

Puan Leha : Mak cik bersila menikmati juadah kerana mak cik masih mengamalkan budaya

tradisi orang Melayu.

Akmal : Oh, begitu!

a. Akmal berasa besar hati kerana mak ciknya bekerja di luar negara tetapi _________________

____________________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah Puan Leha bersila menikmati juadah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan semangat cinta akan negara?

(i) _________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(ii) _________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(4 markah)

_______________________________________________________________________________ 9

Page 10: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) … · Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan

Soalan 25

Baca seni kata lagu di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Mari hormati orang tua Tingginya nilai budaya kita

Mulianya mereka bak pendeta Hormat dan taat tanpa dipinta

Sayangi serta hormati mereka Hargai orang tua kita

Kehidupan kita akan sejahtera. Pesanan mereka bak pelita.

Orang tua bagai pujangga Begitu tingginya resam kita

Akal mereka amat bergeliga Orang tua umpama harta

Setiap nasihat amat berharga Dijaga mereka bak permata

Kasihi mereka jiwa dan raga. Nilai berharga tidak terkata.

a. Perkataan bergeliga dalam seni kata lagu di atas sama erti dengan ______________________.

(1 markah)

b. Mengapakah kita mesti menghormati ibu bapa?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah)

Setiap nasihat amat berharga

Kasihi mereka jiwa dan raga.

c. Apakah maksud dua baris seni kata lagu di atas?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

----------------------------------------- SELAMAT MAJU JAYA --------------------------------------

Disediakan oleh : Puan Ho Choi Ken

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

_______________________________________________________________________________ 10