€¦ · web view- melalui tulisan beliau (1630), “england’s treasure by forraign trade”...

14
EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI Kuliah 2 KUMPULAN MERKANTALIS- sambungan Ahli pemikir Merkantalis - Thomas Mun - Thomas Mun (1571-1641) - anak kepada seorang saudagar kain, mendapat reputasi yang baik ketika beliau menjadi perniaga di Itali. - menerbitkan “ A Discourse of Trade From England Unto East Indies” - menekankan selagi jumlah eksport melebihi jumlah import, kekurangan bahan di sesebuah negara tidak seharusnya menjadi masalah besar. - Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada pengeluaran dan pengumpulan modal, tetapi mendapatkan lebihan eksport. Pengeluaran penting untuk eksport tetapi matlamat utama adalah pengumpulan emas melalui lebihan eksport. - Beliau berpendapat walaupun England telah kaya, ia boleh menjadi lebih kaya dengan mengusahakan tanah yang terbiar. Barangan makanan yang dahulunya diimport perlu diusahakan di tanah terbiar tersebut. - Beliau menegaskan kepentingan perdagangan perlbagai hala. Negara yang kekurangan atau memerlukan sesuatu barang yang tiada dinegaranya akan memperolehinya dari negara yang mengeluarkannya dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu perdagangan dalam negara sahaja tanpa melibatkan perdagangan antarabangsa tidak menjadikan sesebuah negara itu cukup kaya. 1

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMIKuliah 2

KUMPULAN MERKANTALIS- sambungan

Ahli pemikir Merkantalis

- Thomas Mun

- Thomas Mun (1571-1641) - anak kepada seorang saudagar kain, mendapat reputasi yang baik ketika beliau menjadi perniaga di Itali.

- menerbitkan “ A Discourse of Trade From England Unto East Indies” - menekankan selagi jumlah eksport melebihi jumlah import,

kekurangan bahan di sesebuah negara tidak seharusnya menjadi masalah besar.

- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada pengeluaran dan pengumpulan modal, tetapi mendapatkan lebihan eksport. Pengeluaran penting untuk eksport tetapi matlamat utama adalah pengumpulan emas melalui lebihan eksport.

- Beliau berpendapat walaupun England telah kaya, ia boleh menjadi lebih kaya dengan mengusahakan tanah yang terbiar. Barangan makanan yang dahulunya diimport perlu diusahakan di tanah terbiar tersebut.

- Beliau menegaskan kepentingan perdagangan perlbagai hala. Negara yang kekurangan atau memerlukan sesuatu barang yang tiada dinegaranya akan memperolehinya dari negara yang mengeluarkannya dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu perdagangan dalam negara sahaja tanpa melibatkan perdagangan antarabangsa tidak menjadikan sesebuah negara itu cukup kaya.

- Beliau membetulkan jumlah imbangan pembayaran negara dengan mengambil kira kos tidak nampak yang selama ini telah dikenakan, e.g. kos kapal hilang, kos insurans, kos peperangan, pembayaran rasuah antarabangsa, perbelanjaan perjalanan, pemberian kepada duta dan rakyat asing dan lain-lain lagi.

1

Page 2: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Jean Baptise Colbert

- Jean Baptise Colbert (1619-1683) dikatakan merupakan hati dan jiwa kumpulan merkantalis yang dipanggil Colbertisma di Peranchis. Beliau merupakan menteri kewangan Perancis daripada 1661 hingga 1683.

- Colbert mempercayai bahawa kekuatan sesebuah negara terletak kepada kewangannya, kutipan cukai dan kekayaan emasnya. Untuk tujuan ini empat bidang dianggap paling utama ialah pertanian, perdagangan, peperangan laut dan darat. Penjajahan adalah penting bagi peluasan pasaran dan mendapatkan sumber bahan mentah. Sesebuah negara hanya akan menjadi kaya dengan menjadikan negara lain miskin. Perdagangan juga merupakan peperangan yang sengit diantara negara untuk kelangsungan bangsanya.

- Colbert banyak menyediakan kemudahan untuk perdagangan domestik. Beliau mengadakan bentuk-bentuk timbangan yang seragam walaupun cara tersebut tidak disukai ramai. Beliau menyediakan banyak subsidi untuk pembinaan sungai dan jambatan yang menyambungkan banyak tempat-tempat penting untuk perdagangan. Beliau juga berjaya menyediakan sistem jalanraya yang baik sejauh 15,000 batu menggunakan buruh paksa (corvee).

- Kebenaran juga diberikan kepada golongan aristokrat untuk menceburi bidang perniagaan tanpa menjatuhkan status dan keistemewaan mereka. Mereka berhak untuk berniaga asalkan bukan perniagaan secara kecil-kecilan yang boleh menjatuhkan status mereka.

- Beliau juga membenarkan penggunaan buruh kanak-kanak dengan membayar upah yang tidak berpatutan. Kebanyakan kanak-kanak ini merupakan mereka yang menghadapi masalah pelajaran dan sekiranya tidak diambil terus bekerja akan mendatangkan masalah kepada negara akhirnya. Manakala kumpulan gereja, pekerja pejabat dianggap kurang produktif berbanding kumpulan pedagang, oleh itu jumlah mereka dikecilkan di dalam negara. Sistem ini berjalan hinggalah berlakunya Revolusi Perindustrian pada 1789 hinggalah Perancis mula menerima idea-idea baru perindustrian.

- Gerard Malynes

- menegaskan kepentingan undang-undang dan peraturan oleh kerajaan untuk memastikan keluaran eksport berkualiti.

- menjelaskan idea bahawa lebihan wang dalam pasaran/negara akan meningkatkan harga pasaran dan menggalakkan perniagaan.

2

Page 3: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Charles Davenant

- kekayaan sesebuah negara adalah apa yang dapat dihasilkan, bukan emas dan perak.

- Kekayaan yang dilaburkan dalam pembinaan kapal, bangunan, perkilangan, perabut dan sebagainya juga adalah kekayaan seperti mana bulion emas dan perak.

- Lebihan wang dalam negara akan menyebabkan kadar bunga jatuh, nilai tanah dan cukai meningkat.

- Sir William Petty

- Sir Wiliam Petty (1623-1687) merupakan seorang ahli merkantalis yang akhirnya membuahkan bibit-bibit kelahiran ekonomi klasikal. Beliau merupakan seorang ahli matematik, astronomi dan pelayaran serta mahir dalam beberapa bahasa.

Pandangan Merkantalis Petty.

- Pemikiran ekonomi beliau dapat dilihat dari beberapa tulisan seperti : A treatise of taxes and contributions (1662), Verbum Sapienti (1664), Political Anatomy of Ireland (1691) dan Political Arithmatic (1672). Beliau menyokong perdagangan antarabangsa yang lebih bebas kerana menurutnya ini dapat membendung perkembangan aktiviti penyeludupan yang berlaku. Barangan diimport mesti dicukai supaya ia memberikan saingan kepada barangan tempatan.

- Petty menyokong kependudukan yang ramai. Ini adalah kerana negara yang agak ramai penduduk menyediakan kos buruh yang murah. Petty sangat menyokong idea mengenai “gunatenaga penuh” dan mengenakan cukai kepada semua orang. Pencuri sepatutnya tidak dibunuh tetapi dijadikan buruh dengan upah yang rendah.

- Petty juga dikatakan sebagai pelopor ekonomi klasikal kerana ideanya mengenai :

- Halalaju Wang.- Beliau mengenalpasti halaju wang dalam karyanya Verbum

Sapienti. Oleh kerana duit yang banyak akan menyebabkan kerancakan ekonomi, duit yang sedikit pula menyebabkan ekonomi tenat. Oleh itu emas yang berlebihan perlu dieksport ke luar.

3

Page 4: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Pembahagian Buruh- Menurut Petty, pakaian akan menjadi murah sekiranya seorang

pekerja dikhususkan memotong kain, seorang memintal, menjahit dan lain-lain.

- Teori Sewa- Tanah yang disewa berhampiran pasar harus dikenakan cukai

yang tinggi berbanding tanah yang berjauhan.

- Kepentingan modal- Modal dan perkilangan menjadi semakin penting dengan

kewujudan revolusi industri. Idea ini bertentangan dengan idea pemikir merkantalis.

- Teori buruh- Mengikut Petty, buruh diibaratkan sebagai bapa kekayaan

manakala tanah sebagai ibu kepada kekayaan.

4

Page 5: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

KUMPULAN FISIOKRATIK

- Pengenalan- Apakah latarbelakang kumpulan?- Apakah doktrin utama kumpulan?- Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?- Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada

masanya? - Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan? Apakah

kelemahannya?- Ahli Pemikir Fisiokratik

- Francois Quesnay- Anne Robert Jacques Turgot

MATLAMAT

Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya dapat memahami konsep-konsep asas pemikiran ekonomi Fisiokratik yang mempelopori perkembangan ekonomi konvensional.

OBJEKTIF

Setelah megikuti kuliah ini, pelajar diharap boleh memahami perkara-perkara berikut:

- Ciri-ciri asas ekonomi Fisiokratik- Golongan yang mendapat kebaikan dari sistem- Kebaikan, kesesuaian dan kelemahan sistem- Sumbangan pemikiran sarjana Fisiokratik dalam ekonomi.

5

Page 6: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

Pengenalan

- Muncul di Perancis pada akhir zaman Merkantalis - Mula pada 1756 apabila Quesnay menerbitkan artikel `Grande Encyclopedia’.- Tamat pada 1776 selepas Turgot jatuh daripada jawatan tinggi kerajaan dan

selepas penerbitan buku “Wealth of Nation” oleh Adam Smith.

Apakah latarbelakang kumpulan?

- Tidak berpuas hati dan sebagai tindak balas kepada kumpulan merkantalis dan feudal atas beberapa sebab:

- Peraturan ketat kerajaan atas perkilangan - Birokrasi keterlaluan- Amalan rasuah - Aktiviti perkilangan lembab disebabkan terlalu banyak sekatan,

contohnya: tol, cukai dan tariff - Cukai yang tinggi ke atas petani (keatas pemilikan tanah dan juga

keatas keuntungan)- wujudnya “tax farmers”

- Sekatan pergerakan bijirin antara wilayah. - Kesatuan pedagang – mengawal perdagangan dalam bandar.

Apakah doktrin utama kumpulan?

- Peraturan semulajadi – (physiocrat = rule of nature). Aktiviti masyarakat dan aktiviti ekonomi di kaitkan dengan undang-undang semula jadi. Undang-undang semula jadi bermakna individu mempunyai hak dan kebebasan untuk menikmati hasil titik peluh mereka asalkan ianya tidak bercanggah atau konsisten dengan hak dan kebebasan orang lain.

- Laissez-faire –kebebasan aktiviti manusia dan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan

- Penekanan kepada sektor pertanian – sektor perkilangan dianggap tidak produktif.

- Cukai langsung ke atas tuan tanah.

- Hubung kait dalam ekonomi.- Circular flow antara barangan dan wang dalam ekonomi.

Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

6

Page 7: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Kumpulan yang mengusahakan pertanian.

Doktrin laissez-faire telah secara tidak langsung meningkatkan perdagangan bijirin dalam negara dan seterusnya meningkatkan eksport barangan pertanian dan import bahan perkilangan.

- Kumpulan fisiokrasi mengutamakan perladangan bersistem kapitalis yang menggunakan buruh upahan dan kemajuan teknologi. Pengeluaran secara besar besaran akan meningkatkan lebihan (surplus) untuk perdagangan bebas dalaman bagi bijirin.

- Cukai dikenakan ke atas tuan tanah. Cukai yg dikenakan cuma 1/3 daripada lebihan ekonomi. Cukai bukan untuk mengagih semula kekayaan daripada orang kaya kepada orang miskin, tetapi hanya mengubah cukai daripada cukai tak langsung kepada cukai langsung yang akan mengurangkan beban keseluruhan.

Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- Sektor pertanian dianggap sektor paling penting sebab pada masa itu sektor perkilangan (pembuatan) mempunyai produktiviti rendah. Contoh: kilang kraftangan, kasut.

- Sektor pertanian menghasilkan lebihan untuk tabungan dan pelaburan semula dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

- Kumpulan fisiokrasi menekankan kepada pengeluaran dan bukannya pertukaran sebagai sumber kekayaan.

Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan? Apakah kelemahannya?

- Sumbangan

- Menganggap bidang ekonomi sebagai bidang sosial sains. Menganalisis masyarakat secara keseluruhan dan menganalisis undang-undang yg berkaitan dgn pengiraan kekayaan dan barangan.

- Sumbangan rajah `circular flow’ oleh Quesnay dan konsep perakaunan pendapatan digunakan hingga ke hari ini.

- Hukum pulangan semakin berkurangan adalah idea asal Turgot.

- Idea pemindahan beban cukai (tax shifting)

7

Page 8: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Idea laissez faire

- Kelemahan

- Menganggap sektor perkilangan tidak produktif dan sebaliknya menganggap sektor pertanian yang paling produktif.

- Cukai dikenakan ke atas pemilik tanah dan usahawan yang terlibat dalam bidang pengeluaran dan perkilangan tidak perlu membayar cukai atau mendapat pelepasan cukai. Ini memberi kelebihan kepada puak yg terlibat dlm perkilangan dan mereka menikmati keuntungan yg banyak.

- Pertambahan bilangan petani kecil berbanding dgn pengusaha ladang besar.

- Ahli Pemikir Fisiokratik

- Francois Quesnay

- Francois Quesnay (1694-1774) – pengasas kumpulan pemikiran fisiokrasi. Seorang ahli fizik dan perubatan tetapi mempunyai kecenderungan mendalam dlm bidang ekonomi.

- Pendapat Quesnay: peredaran barangan dan kekayaan menyamai peredaran darah dalam badan. Semuanya menepati undang-undang semula jadi.

- Undang-undang dibuat oleh manusia mestilah harmoni dengan undang-undang alam untuk mencapai keseimbangan.

- Karya termashur: ‘Tableau Economique’ disediakan beliau untuk kerajaan Perancis untuk menunjukkan kepentingan peredaran barangan dan wang dalam ekonomi. Ini merupakan asas utama ekonomi makro.

8

Page 9: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

Quesnay’s Tableau Economique

- Anne Robert Jacues Turgot

- 1727-1781, seorang anti feudal dan anti merkantalis. Beliau pernah menjadi menteri kewangan

- menamatkan corvee, iaitu 12 atau 15 hari bekerja tanpa gaji kepada petani-petani bagi membaiki jalan, jambatan dan terusan. Sebagai pengganti beliau mengena satu cukai yang perlu dibayar oleh setiap pemilik tanah

- Beliau menyokong pengenaan cukai keatas bangsawan, kebebasan kepada rakyat untuk memilih pekerjaan, kebebasan beragama, dan penciptaan satu bank pusat.

9

Page 10: €¦ · Web view- Melalui tulisan beliau (1630), “England’s Treasure by Forraign Trade” beliau menegaskan untuk sesebuah negara menjadi kaya, jawapannya bukan terletak kepada

- Beliau dimusuhi oleh kaum bangsawan (kerana dikenakan bayar cukai atas tanah yang dimiliki) ahli agama (kerana menggalakkan kebebasan beragama) dan pemungut cukai atau “tax farmers” (kerana akan diganti oleh pemungut cukai kerajaan)

- Beliau diberhentikan oleh Raja Louis ke16 selepas protes oleh mahkamah dan tentangan daripada orang kuat yang hilang kuasa disebabkan oleh dasar beliau.

- Beliau juga menentang campurtangan parlimen dalam perundangan. Mengikut rancangannya hanya pemilik tanah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh mentadbir cukai, pelajaran dan bantuan kepada orang miskin.

- Dalam buku “ Reflections on the Formation and the Distribution of Riches” 1766, beliau membangunkan teori upah yang mengatakan persaingan antara pekerja akan menurunkan upah sehingga tingkat keperluan asas sahaja. Teori ini kemudiannya dikenali sebagai “iron law of wages”.

- Turgot mengatakan petani kapitalis yang kaya berkebolehan mengusahakan pertanian yang cekap kerana mereka mempunyai modal untuk dilaburkan.

- Dalam suratnya kepada David Hume, Turgot menyatakan cukai yang dikenakan keatas petani dipindahkan kepada tuan tanah. Ini hanya berlaku jika upah melebihi tingkat keperluan asas. Oleh itu cukai secara langung keatas tuan tanah adalah lebih baik berbanding daripada cukai tak langsung. Ini lebih baik bagi pembangunan ekonomi kerana tuan tanah tidak membazirkan sebahagian keuntungannya.

- Sumbangan terbesar Turgot dalam ekonomi adalah dalam penjelasan tepat beliau mengenai hukum pulangan berkurangan. Beliau mengatakan juga tambahan dua kali ganda dalam perbelanjaan pertanian akan menambahkan keluaran sebanyak dua kali ganda.

10