sjk (c) pu sze bahasa melayu tahun 4 penilaian · pdf filebahasa melayu tahun 4 penilaian...

11
Muka surat 1 SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS (KERTAS 1) 1 jam 15 minit Nama : ………………………………. ( ) Markah : .……………. Tahun : 4 ( ) Tarikh : ….. / 8 / 2016 Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. BAHAGIAN A (20 markah) Soalan 1-16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Zaidi telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan ________________. A Deepavali C Hari Natal B Hari Raya Aidilfitri D Tahun Baharu Cina 2. Tiga orang murid ______________ telah dikejarkan ke hospital kerana disyaki keracunan makanan. A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) Pu Sze B Balai Polis Skudai D Pejabat Pos Muar 3. Pasukan Polis Marin ___________ bertanggungjawab membuat rondaan di perairan negara. A atau C yang B manakala D sambil Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4. Sarjan Hassan ________________ taklimat kepada anggotanya sebelum menjalankan tugas. A memandangkan C memberikan B melambaikan D membuatkan

Upload: lamthuan

Post on 28-Feb-2018

401 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 1

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 4

PENILAIAN BULAN OGOS

(KERTAS 1)

1 jam 15 minit

Nama : ………………………………. ( ) Markah : .…………….

Tahun : 4 ( ) Tarikh : ….. / 8 / 2016

Arahan Am

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja

jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1-16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Encik Zaidi telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan ________________.

A Deepavali C Hari Natal

B Hari Raya Aidilfitri D Tahun Baharu Cina

2. Tiga orang murid ______________ telah dikejarkan ke hospital kerana disyaki

keracunan makanan.

A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) Pu Sze

B Balai Polis Skudai D Pejabat Pos Muar

3. Pasukan Polis Marin ___________ bertanggungjawab membuat rondaan di perairan

negara.

A atau C yang

B manakala D sambil

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Sarjan Hassan ________________ taklimat kepada anggotanya sebelum menjalankan

tugas.

A memandangkan C memberikan

B melambaikan D membuatkan

Page 2: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 2

5. “________, dialah orang yang menolong saya dalam kemalangan tempoh hari,” kata

Villa kepada David.

A Ya C Tidak

B Bukan D Adalah

6. Zaquan dan Aidil telah _____________ pertandingan melukis poster yang dianjurkan

oleh sekolah mereka.

A menyertai C membentuk

B melakukan D menubuhkan

7. _____________, meriah sungguh majlis perkahwinan abang kamu ini!

A Syabas C Aduh

B Wah D Cis

8. _____________, rajinnya Suzila membantu ibu dan ayahnya mengemas rumah!

A Ah C Oh

B Aduh D Wah

9. Emak saudara Wan Lin _____________ doktor pakar di hospital swasta.

A betul C ialah

B benar D adalah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Posmen itu menyerahkan sepucuk surat ______________ Kok Lim.

A kepada C daripada

B pada D dari

11. Boon Heong _________________melanjutkan pelajaran di luar negara pada minggu

hadapan.

A akan C antara

B hingga D tentang

12. Negeri Perlis terletak di ____________ Semenanjung Malaysia.

A belakang C selatan

B bawah D utara

13. Aktiviti gotong-royong itu telah disertai oleh ______________ orang murid sahaja.

A separuh C banyak

B sepuluh D tiap-tiap

Page 3: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 3

14. Linda tidak menyenangi perbuatan Chee Keong yang suka mengusiknya.

A Perbuatan Linda yang selalu mengusik-usik Chee Keong menyebabkan tidak

senang hati.

B Chee Keong dan Linda tidak menyenangi perbuatannya yang suka mengusik.

C Sikap Chee Keong yang suka mengusiknya tidak digemari oleh Linda.

D Linda tidak disenangi oleh Chee Keong yang suka mengusiknya.

15. David membela anjing itu semenjak kecil lagi.

A David masih lagi membela anjing.

B Anjing itu membela David semenjak kecil lagi.

C Anjing itu dibela oleh David semenjak kecil lagi.

D David dan anjing itu dibela semenjak dari kecil lagi.

Pilih ayat yang betul.

16. A Ibu membeli sayur-sayuran di kedai basikal.

B Eh, sakitnya perutku terkena tendangan tadi!

C “Saya berasal daripada Perak,” kata Hub Bee kepada Muniandi.

D Asmah menyiram pokok bunga manakala Jaafar mencabut rumput yang

panjang.

Soalan 17-20

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac 1937 di

Kampar, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959, Sarjana

Sastera (1967) dan Ijazah Doktor Falsafah (1974) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau terkenal sebagai ahli akademik dan ahli sejarah yang terkemuka di negara ini.

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim telah menulis lebih daripada

28 buah buku ilmiah. Kebanyakan buku beliau tentang sejarah negara. Antaranya,

termasuklah Pendidikan di Malaysia, Dahulu dan Sekarang, Melaka, Dahulu dan

Sekarang (1982) dan Songket (2007).

Beliau telah bersara sebagai pensyarah universiti pada tahun 2001. Universiti

Malaya telah menganugerahkan jawatan Profesor Emeritus kepada beliau. Tokoh sejarah

ini juga dikenali sebagai pengkritik sukan negara. Kritikan beliau yang bernas menarik

perhatian peminat sukan, terutama sukan bola sepak.

17. Di manakah Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dilahirkan?

A Ipoh, Perak C Kuala Lumpur

B Kampar, Perak D Universiti Malaya

Page 4: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 4

18. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim terkenal disebabkan berikut

kecuali A ahli sukan.

B ahli sejarah.

C ahli akademik.

D pengkritik sukan.

19. Bilakah Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim bersara?

A 1937

B 1974

C 2001

D 2007

20. Apakah jenis sukan yang menjadi pilihan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo

Kay Kim untuk dikritik?

A Bola keranjang

B Bola tampar

C Bola jaring

D Bola sepak

Page 5: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 5

BAHAGIAN B

(30 markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Kaleidoskop

Kaleidoskop ______________ sejenis alat permainan berbentuk tabung. Tabung ini

dipasangi cermin ________________ manik yang berwarna-warni. Ia juga dipanggil

teropong cermin yang mempunyai cebisan kecil berwarna seperti manik.

Cahaya yang memasuki lubang ________________ hujung kaleidoskop akan

memantulkan imej ____________ cermin. Apabila kaleidoskop digoncangkan, pelbagai

corak dihasilkan. Kita boleh melihat corak itu melalui salah satu hujung tabung.

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Jawapan : Siew Min berasa sedih kerana tidak mendapat keputusan yang

cemerlang

dalam peperiksaan.

(2 markah)

dan adalah di

atau ialah pada

Page 6: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 6

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

Datuk Bendahara, suruh

pekerja-pekerja istana

mencantikkan lagi

kawasan taman ini.

Page 7: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 7

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Sahabat Kamal, Wee Choon tinggal di ___________________________________

(1 markah)

No. 17, Taman Dahlia,

Jalan Saudagar 23,

42000 Parit Buntar,

Perak.

14 Julai 2016

Menemui sahabatku, Wee Choon yang berada di Seremban. Semoga saudara

sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudara datang ke kampung

saya pada cuti pertengahan semester kedua tidak lama lagi. Untuk pengetahuan saudara,

sekarang musim buah-buahan di kampung saya. Oleh itu, jika saudara datang ke sini,

bolehlah kita menikmati buah durian, manggis, rambutan dan langsat di kebun ayah saya.

Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi terutamanya durian. Ayah saya

membuka sebuah gerai buah-buahan berhampiran dengan kebunnya. Ramai pengunjung

yang datang ke gerai kami, apatah lagi gerai itu terletak bersebelahan dengan jalan utama

menuju ke bandar.

Saya amat berharap agar saudara tidak keberatan untuk bercuti di kampung saya.

Saudara boleh mengajak keluarga saudara dan saudara-mara saudara sekali. Kedatangan

saudara sekeluarga amat dialu-alukan bak kata pepatah kecil tapak tangan nyiru saya

tadahkan. Jika saudara bersetuju, segeralah memberitahu saya dengan membalas surat ini.

Saya akan menunggu kedatangan saudara itu.

Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Semoga kita dapat bertemu nanti. Sekian, terima kasih.

Yang benar, Kamal

Page 8: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 8

b. Apakah tujuan Kamal menulis surat itu?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

(2 markah)

Kamal tinggal di Parit Buntar

Durian, manggis, duku dan

rambutan diantara buah-buahan

yang terdapat di kebun ayah

Kamal.

Ayah Kamal mempunyai sebuah

gerai buah-buahan berhampiran

dengan kebun mereka.

Buah-buahan yang menjadi pada

musim kali ini ialah buah langsat.

Betul

Salah

Page 9: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 9

Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Petikan di atas menceritakan tentang _________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah perkhidmatan pengangkutan awam amat penting kepada masyarakat?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

c. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan pencemaran alam?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam yang moden. Antaranya LRT, ERL,

monorel, komuter dan kereta api.

Pengangkutan awam amat penting kepada masyarakat. Salah satu sebabnya ialah

kita dapat menjimatkan kos. Hal ini disebabkan, kos menaiki kenderaan sendiri jauh lebih

mahal berbanding kos menaiki pengangkutan awam. Oleh itu, masyarakat haruslah

memilih untuk menaiki pengangkutan awam untuk berjimat cermat.

Kita juga akan dapat mengurangkan pencemaran alam jika menggunakan

perkhidmatan awam. Hal ini disebabkan, dengan menggunakan pengangkutan awam,

jumlah kenderaan dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan asap yang dikeluarkan

daripada kenderaan.

Di samping itu, menaiki kenderaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan

kesesakan lalu lintas. Jika terlalu banyak kenderaan di jalan raya, sudah pasti masalah lalu

lintas semakin teruk. Keadaan ini jelas dapat dilihat di bandar-bandar utama seperti di

Kuala Lumpur.

Seterusnya dengan menggunakan pengangkutan awam, kita akan dapat berehat.

Setelah seharian penat bekerja, sudah pasti kita akan keletihan. Dengan menaiki

pangangkutan awam, kita akan dapat merehatkan badan untuk seketika sebelum tiba di

rumah.

Page 10: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 10

(2 markah)

d. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(3 markah)

Soalan 25

Baca seni kata lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Apakah maksud rangkap kedua seni kata lagu di atas?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei

Hei, sayang bumi kita, rasa sayang-sayang hei

Selamatkanlah bumi kita

Bumi yang kita sayangi

Pelihara alam semester

Pencemaran kita hindari.

Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei

Hei, jaga kebersihan, rasa sayang-sayang hei

Bumi kita aman sentosa

Semua hidup harmoni

Jagailah bumi sentiasa

Kebersihan kita hargai

Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei

Hei, cintai bumi, rasa sayang-sayang hei

Selamatkanlah dari bahaya

Kehidupannya kita lindungi

Bersatulah hingga berjaya

Tentu kita hidup harmoni

(Melodi lagu “Rasa Sayang”)

Page 11: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OGOS ... A Klinik Kesihatan Kulai C SJK ( C ) ... Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Muka surat 11

b. Nyatakan amalan baik daripada seni kata lagu tersebut.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(1 markah)

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan seni kata lagu tersebut.

Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri

dengan membuang sampah sesuka hati.

Menjaga kebersihan adalah tugas Majlis

Perbandaran.

(1 markah)

d. Terangkan maksud baris-baris seni kata lagu di atas.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(3 markah)

Disediakan oleh : Cik Nurul Fuziah Muhamad

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

Bersatulah hingga berjaya

Tentu kita hidup harmoni