sjh3108-laporan ringkas carta

11
LAPORAN PROJEK PENGHASILAN CARTA a) Sebelum Pelaksanaan Projek Dalam semester kami kali ini, kami telah didedahkan dengan projek untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti dengan ciri- ciri yang kreatif dan inovatif. Pensyarah kami Encik Zahari bin Zainal telah memberikan kami pelbagai input maklumat yang padat tentang penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik. Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh bahan bantu mengajar yang dihasilkan ialah kos bahan dihasilkan, kebolehgunaan, mobiliti, bahan mentah, kesesuaian saiz dan warna, tatahias dan kekemasan, panduan penggunaan bahan bantu mengajar, simpanan untuk penyelenggaraan dan juga inventori. Kemudian ahli kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan tajuk penghasilan bahan bantu mengajar masing-masing. Kami telah diberikan tajuk carta sebagai jenis bahan bantu mengajar yang perlu kami hasilkan. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan dan melakukan perkongsian idea mengenai penghasilan carta yang bersesuaian. Sepanjang perbincangan pelbagai jenis idea telah dikemukakan. Walaubagaimanapun, kami gagal mencapai kata sepakat dalam perbincangan kali pertama kerana perbezaan pendapat. Kami bersetuju untuk melakukan perbincangan semula setelah membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu. Dalam pertemuan kali kedua kami telah berbincang semula dan mendapat kata sepakat tentang konsep penghasilan carta. Kami telah membuat pelan untuk projek kami agar memudahkan kami melihat secara visual dan bayangan rupa bentuk hasilan kami nanti. Sebagai langkah membimbing kami, pensyarah pembimbing kami Encik Zahari bin Zainal telah meminta setiap kumpulan 1

Upload: kamal-leo

Post on 21-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK PENGHASILAN CARTA

a) Sebelum Pelaksanaan ProjekDalam semester kami kali ini, kami telah didedahkan dengan projek untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti dengan ciri-ciri yang kreatif dan inovatif. Pensyarah kami Encik Zahari bin Zainal telah memberikan kami pelbagai input maklumat yang padat tentang penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik. Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh bahan bantu mengajar yang dihasilkan ialah kos bahan dihasilkan, kebolehgunaan, mobiliti, bahan mentah, kesesuaian saiz dan warna, tatahias dan kekemasan, panduan penggunaan bahan bantu mengajar, simpanan untuk penyelenggaraan dan juga inventori. Kemudian ahli kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan tajuk penghasilan bahan bantu mengajar masing-masing. Kami telah diberikan tajuk carta sebagai jenis bahan bantu mengajar yang perlu kami hasilkan. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan dan melakukan perkongsian idea mengenai penghasilan carta yang bersesuaian. Sepanjang perbincangan pelbagai jenis idea telah dikemukakan. Walaubagaimanapun, kami gagal mencapai kata sepakat dalam perbincangan kali pertama kerana perbezaan pendapat. Kami bersetuju untuk melakukan perbincangan semula setelah membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu. Dalam pertemuan kali kedua kami telah berbincang semula dan mendapat kata sepakat tentang konsep penghasilan carta. Kami telah membuat pelan untuk projek kami agar memudahkan kami melihat secara visual dan bayangan rupa bentuk hasilan kami nanti. Sebagai langkah membimbing kami, pensyarah pembimbing kami Encik Zahari bin Zainal telah meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perkembangan projek kami. Kami telah membentangkan idea kami di hadapan kelas dan telah menerima kritikan membina daripada pensyarah pembimbing.Antara idea tambahan yang diberikan adalah mewujudkan unsur saspens dalam persembahan carta kami kepada murid-murid dengan mengadakan penutup khas untuk carta kami. Penutup tersebut bertujuan membuatkan murid tertanya-tanya akan apa yang dibawa oleh guru. Dengan ini, murid akan cenderung untuk memberikan perhatian kepada pembentangan guru iaitu carta yang mengandungi maklumat pembelajaran yang ingin disampaikan guru tersebut.Kos bahan yang kami bincangkan untuk digunakan hanyalah sebanyak RM 60 sahaja. Bahan-bahan tersebut adalah seperti yang telah dinyatakan iaitu mounting board berwarna , Styrofoam, card ring dan lain-lain . Alatan dan bahan-bahan lain pula adalah bahan kegunaan harian kami selaku seorang pelajar seperti kertas A4 gunting dan sebagainya. Kami cuba untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang murah tetapi berkualiti dan mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Carta yang kami hasilkan boleh digunakan untuk semua subjek kerana carta kami adalah fleksibel. Berikut merupakan inventori bahan dan senarai harga yang kami gunakan untuk menghasilkan carta.BilItemKuantitiHarga (RM)Jumlah (RM)

1.Mounting board34.7014.10

2.Hallow foam board17.207.20

3.Foam cutter16.406.40

4.Eveready 1235 BP222.104.20

5.Majujaya rein force12.902.90

6.Paper punch13.003.00

7.Double sided tape11.201.20

8.Card ring 32mm12.902.90

9.Kayu aiskrim1 set4.504.50

10.Removale adhesiv13.403.40

11.Uni eva foam14.904.90

12.Animal sticker1 set1.901.90

13.A4 paper foam1 set2.902.90

JUMLAH (RM)59.90

Carta kami boleh digunakan untuk membuat perbandingan, kronologi, ciri-ciri, dan amat sesuai untuk set induksi yang memperkenalkan permulaan kandungan isi pengajaran seseorang guru. Kelebihan produk kami ini adalah tahap mobiliti yang tinggi iaitu mudah dibawa dan amat ringan. Hal ini carta tersebut diperbuat daripada bahan yang ringan. Dari sudut tatahias dan kekemasan pula kami telah menggunakan batang aiskrim yang dibentuk dengan kreatif dan diwarnakan dengan cat air. Batang aiskrim tersebut kami hiaskan di tepi carta untuk membentuk bingkai. Untuk pembentangan kali ini kami telah membentangkan tajuk Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik. Zaman Logam menggunakan carta tersebut. Oleh itu kami telah menampalkan gambar animasi seperti Flintstone untuk menggambarkana pemakaian manusia pada zaman purba. Manakala bagi isi kandungan yang kami masukkan dalam carta tersebut pula terdiri daripada gambar-gambar tentang ciri-ciri zaman-zaman purba tersebut. Misalnya kami memasukkan gambar yang berkaitan dengan alatan, pakaian, gaya hidup, dan tempat tinggal manusia zaman purbakala.Semua hasil perbincangan dan rangka kerja telah kami catatkan dalam kertas agar proses pergerakan kerja kami tersusun rapi dan berjalan lancar. Sebarang penambahan idea atau pembetulan kami muatkan dalam kertas rangka kerja tersebut dan menjadi rujukan kami setiap kali perbincangan dan juga semasa melaksanakan hasil bahan bantu mengajar tersebut. Dalam perbincangan juga kami turut membincangkan soal warna yang sesuai bagi menghasilkan carta yang menarik dan efektif dalam pembelajaran.Kami mengambil kira soal pandangan mata murid-murid yang inginkan warna dan saiz carta yang menarik pada pandangan mereka. Kami juga memilih untuk menggunakan warna dengan terlalu kompleks dalam carta kami agar tidak kelihatan berserabut sehingga boleh menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap isi kandungan guru yang cuba disampaikan menggunakan bahan bantu mengajar carta tersebut.Dari sudut panduan penggunaan bahan yang turut melibatkan unsur keselamatan, carta kami amat mudah digunakan dan tidak mendatangkan bahaya kepada murid. Carta kami boleh diselak kerana ada ring file yang menggabungkan ketiga-tiga carta kami. Penggunaannya yang mudah menjadikan carta kami mesra pengguna. Malah sebarang tampalan pada carta juga mudah ditanggalkan dan dipasangkan sekiranya carta tersebut hendak digunakan bagi konsep subjek yang lain. Maka hal ini akan memudahkan guru untuk menarik perhatian murid kerana guru boleh mengubah isi kandungan carta mengikut kreativiti guru pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diinginkan.Kami juga telah memikirkan dari segi simpanan dan penyelenggarannya. Seperti yang telah kami bincangkan bahan-bahan yang kami gunakan adalah ringan dan saiznya adalah bersesuaian untuk digunakan dalam sesi pengajaran murid sekolah rendah. Oleh itu, berdasarkan perancangan kami yang telah kami muatkan dalam rangka kerja kami, barulah usaha menghasilkan carta tersebut dilaksanakanb) Semasa Proses Pelaksanaan ProjekSelesai melakukan perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami telah bertolak ke kedai-kedai bersama untuk mendapatkan bahan-bahan menghasilkan projek kami. Bahan utama yang kami perlukan ialah mounting board, styrofoam, dan ring file. Kami memilih kedai-kedai yang menjual bahan yang diperlukan dengan murah sahaja. Peralatan lain yang kami gunakan ialah bahan sedia ada pada kami seperti gunting dan alat laminate persendirian. Secara ringkasnya, kos penghasilan carta kami adalah murah kerana banyak melibatkan peralatan sedia ada yang boleh digunakan. Kami juga memilih untuk bertanyakan pendapat-pendapat rakan lain agar dapat membantu kami memastikan hasil kerja kami adalah terbaik. Dengan bertanyakan pendapat orang lain, kami dapat menghasilkan produk yang mengambil kira idea ramai. Idea dan kritikan yang pelbagai akan dapat membantu kami untuk membentuk carta yang baik. Tanpa kritikan kami sudah pasti akan menghasilkan carta yang kurang baik. Sepanjang perjalanan proses melaksanakan carta ini kami telah membahagikan tugasan antara kami. Pembahagian tugas secara efektif akan membantu kami melicinkan proses perjalanan menghasilkan carta tersebut.Kami dapat melaksanakan proses penghasilan dengan lancar kerana telah melakarkan idea kami terlebih dahulu. Dalam proses melaksanakan projek juga, kami telah melakukan pelbagai penambahbaikan dan idea baru. Projek kami ini kami telah laksanakan dengan kerjasama yang baik antara setiap ahli. Setelah selesai kami cuba membuat demonstrasi sendiri antara kami dan bertanya kepada beberapa rakan lain untuk memberikan pendapat kepada hasilan kami. Proses menghasilkan bahan bantu mengajar carta kami tidak dapat dinafikan sememangnya memerlukan perancangan agar hasil akhir adalah memuaskan dan berada di tahap yang optimum penggunaannya.Dalam proses melaksanakan carta ini, kami telah berkumpul di suatu tempat bersama bahan dan peralatan yang diperlukan. Perjalanan proses penghasilan carta tidak mendatangkan sebarang masalah kecuali berlaku pengubahsuaian apabila muncul idea-idea baharu yang bertujuan menambah baik hasil carta yang akan digunakan dalam pengajaran. Kami telah menggabungjalinkan warna dan bentuk serta gambar yang kami fikirkan akan menarik perhatian murid agar minat dengan pengajaran guru. Warna yang kami pilih untuk dinding carta sendiri adalah warna yang menarik iaitu warna maroon dan ungu.Seperti yang telah kami pelajari, warna memainkan peranan penting dalam memastikan fokus yang tinggi dalam kalangan murid-murid. Warna yang suram dan muram akan menyebabkan pembelajaran murid menjadi perlahan. Oleh itu, warna yang diintegrasikan dalam carta yang hendak dihasilkan mestilah perlu terdiri daripada warna yang menghiasi carta dengan menarik dan cantik. Hiasan disekeliling carta juga perlu mengandungi hiasan yang mampu menarik minat murid. Hiasan tersebut juga perlulah mempunyai perkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Sebagai contoh, hiasan yang kami gunakan ialah gambar kartun flintstone yang menggambarkan pemakaian watak manusia zaman purba.Gambar isi pengajaran yang kami pilih juga adalah gambar yang dapat mengekalkan minat murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi pembelajaran. Sebagai contoh, kami meletakkan gambar alat-alat manusia zaman purba. Kami juga meletakkan hiasan di sekeliling carta untuk mewujudkan bentuk bingkai pada carta kami dengan menggunakan batang ais krim yang dibentuk dengan kreatif. Tajuk kami yang berkaitan dengan zaman purba telah menyebabkan kami meletakkan gambar-gambar seperti tempat tinggal zaman dahulu seperti zaman Paleolitk dan gaya hidup mereka. Dengan adanya gambar, murid-murid akan dapat membentuk imaginasi sendiri dan membayangkan keadaan pada masa dahulu. Hal ini sudah pasti akan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran yang sedang dipelajari.Gambar sebenarnya adalah satu bentuk bahan bantu mengajar sendiri yang dapat menyampaikan maklumat lebih baik daripada perkataan yang panjang berjela jela. Dengan gambar, pemikiran murid-murid dapat dirangsang dan mengelakkan mereka menjadi bosan. Otak yang dirangsang akan mencetuskan idea dalam minda mereka seterusnya mnimbulkan murid-murid yang berfikiran kritis dalam sejarah. Sebagai contoh, mereka akan menimbulkan persoalan yang pelbagai berkaitan dengan manusia zaman purba. Pemikiran ini menunjukkan minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut dan guru boleh mengambil peluang memberi penerangan yang baik menggunakan carta sebagai panduan.Oleh itu, jelaslah bahawa pengintegrasian ilmu amat penting dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. Hal ini bermaksud, bahawa seseorang guru perlu memikirkan pelbagai aspek berkaitan murid sebelum menghasilkan sesuatu bahan bantu mengajar yang baik. Ilmu tersebut seperti psikologi murid-murid dan sebagainya.

c) Selepas Pelaksanaan ProjekKami telah dikehendaki membentang mengenai hasilan projek carta kami di hadapan kelas. Sepanjang proses pembentangan kami telah menjelaskan kelebihan dan kekuatan produk hasilan kami mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kami juga menerima idea tambahan daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan pelajar yang lain. Kami berterima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Zahari bin Zainal kerana memberikan pandangan dan cadangan bernas beliau. Kami juga mulai sedar akan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran dan kepentingannya.Bahan bantu mengajar sememangnya amat diperlukan dalam usaha melahirkan murid yang penuh informasi. Guru perlu mempunyai idea kreativiti dan inovasi yang tinggi agar dapat mendidik murid-murid dalam suasana pembelajaran yang riang dan kondusif. Oleh itu, komitmen guru terhadap pembelajaran menjadi penanda aras kepada tahap pembelajaran murid. Hal ini kerana guru yang bersungguh dan mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif akan cuba menjadikan pengajarannya untuk menjadi lebih menarik dan berinformasi.Bahan bantu mengajar sememangnya sesuatu yang sangat diperlukan oleh guru khususnya guru-guru muda . Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan kesan yang amat baik terhadap murid sekiranya guru dapat membuat persediaan rapi dengan berbantukan bahan bantu mengajar dalam setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan mengikut objektif pembelajaran. Salah satu daripada kesan positif penggunaan BBM khususnya carta yang telah kami hasilkan ialah ianya akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.Misalnya, semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan membaca perkataan yang terdapat pada papan carta yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru. Murid yang sememangnya terdorong dan bermotivasi melihat bahan bantu mengajar guru akan dapat mengekalkan ingatan pembelajarannya dengan lebih lama.Sekiranya kita tinjau dari sudut interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan dapat menggalakan terjadinya interaksi ilmiah yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid lain sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar menggunakan carta tersebut. Pengajaran yang baik dengan menggabungjalinkan dengan bahan bantu mengajar akan memastikan murid timbul perasaan ingin tahu dengan lebih mendalam sehingga tumpuan murid amat tinggi sepanjang pengajaran. Ini boleh terjadi jika guru bijak memanfaatkan bahan bantu mengajar dengan menyesuaikan dengan isi pengajarannya.Di samping itu, melalui aktiviti pengajaran guru yang menggunakan BBM ini juga akan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, mereka akan dapat belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah akan apa yang baru mereka ketahui. Hal ini memerlukan guru menyediakan aktiviti yang menarik bagi mewujudkan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli bilik darjah dalam kelas kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu fokus secara penuh terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata menggunakan carta, murid yang sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan oleh guru.Penggunaan BBM yang menarik dan efektif juga akan dapat memotivasikan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Dalam memastikan mereka dapat melaksanakan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Sebagai contoh guru mengambil kira aras pengetahuan murid dan tidak mengajar murid sesuatu yang sememangnya mereka semua ketahui. Secara tidak langsung ini akan dapat menjadikan mereka lebih mahir dalam mengaplikasikan kemahiran mengajar. Sebagai contoh, guru-guru mempelbagaikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah menggunakan bahan BBM. Hal ini bermaksud, dengan wujudnya penggabungjalinan pendekatan yang digunakan dalam BBM akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang efektif kepada semua murid. Ini kerana mereka tidak lagi terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang sememangnya membosankan pada era baru ini di mana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar seperti carta ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah talk and chalk yang memerlukan murid menumpukan perhatian kepada suara guru semata-mata. Maka, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran diyakini memberi kesan yang positif sama ada kepada murid mahupun guru .Selepas pembentangan bahan bantu mengajar juga kami mula berasa sedar akan bagaimana hendak membuat bahan bantu mengajar yang menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam kelas.Sesungguhnya sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman menghasilkan bahan bantu mengajar melalui projek kali ini memberikan banyak manfaat kepada kami.8