syair siti zubaidah

65
1.0 LATAR BELAKANG Syair Siti Zubaidah dikatakan berasal dari zaman klasik. Syair ini tergolong dalam genre sastera hikayat. Syair ini berbentuk syair hikayat, iaitu berbentuk cerita. Menurut Ismail Hussein (1974), syair Siti Zubaidah merupakan salah sebuah daripada 116 tajuk karya puisi atau salah satu tajuk daripada 5000 manuskrip Melayu yang pernah dikumpul di perpustakaan-perpustakaan luar negeri, terutama di Eropah. 2.0 MASALAH Terdapat beberapa masalah semasa menjalankan kajian syair Siti Zubaidah ini, iaitu: 1) Tidak mengetahui jalan cerita yang diceritakan dalam syair ini. 2) Tidak dapat mengenalpasti persoalan dalam syair Siti Zubaidah. 3) Tidak mengenali watak dalam syair ini. 4) Syair yang terlalu panjang jalan ceritanya. 1

Upload: syiqah-sapian

Post on 26-Dec-2015

474 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

syair

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Siti Zubaidah

1.0 LATAR BELAKANG

Syair Siti Zubaidah dikatakan berasal dari zaman klasik. Syair ini tergolong

dalam genre sastera hikayat. Syair ini berbentuk syair hikayat, iaitu

berbentuk cerita. Menurut Ismail Hussein (1974), syair Siti Zubaidah

merupakan salah sebuah daripada 116 tajuk karya puisi atau salah satu tajuk

daripada 5000 manuskrip Melayu yang pernah dikumpul di perpustakaan-

perpustakaan luar negeri, terutama di Eropah.

2.0 MASALAH

Terdapat beberapa masalah semasa menjalankan kajian syair Siti Zubaidah

ini, iaitu:

1) Tidak mengetahui jalan cerita yang diceritakan dalam syair ini.

2) Tidak dapat mengenalpasti persoalan dalam syair Siti Zubaidah.

3) Tidak mengenali watak dalam syair ini.

4) Syair yang terlalu panjang jalan ceritanya.

3.0 OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif kajian syair Siti Zubaidah ini, iaitu:

1) Memahami jalan cerita syair Siti Zubaidah.

2) Mengenalpasti persoalan-persoalan penting dalam syair Siti

Zubaidah.

3) Mendalami perwatakan watak dalamm syair Siti Zubaidah.

4) Memahami maksud syair dengan membaca ringkasan cerita.

1

Page 2: Syair Siti Zubaidah

4.0 RINGKASAN CERITA

Sultan Zainal Abidin

Cerita bermula dengan kisah sebuah negeri bernama Kembayat Negara

yang diperintah oleh Sultan Darman Syah. Walaupun Kembayat Negara

mempunyai jajahan takluk yang luas, negaranya aman sentosa, riuh dengan

dagang senteri namun bagainda masih berdukacita kerana tiada mempunyai

putera. Darman Syah berjanji dengan permaisuri bahawa apabila mereka

memperolehi putera nanti, putera itu akan dirajakan awal-awal lagi untuk

menggantikan takhta kerajaan baginda.

Kemudian permaisuri itu hamil, dan kelahiran putera itu dalam

suasana air bah yang luar biasa besarnya. Putera itu dinamakan Zainal

Abidin dengan gelaran ‘Fathu’l-Arifin’, lalu diberi empat orang sahabat, Jaafar

Siddik, Umar Baki, Abdullah Sani dan Muhammad Muhiyuddin. Kelima-lima

mereka terlebih dahulu mendalami ajaran Islam dan menuntut ilmu

kepahlawanan sebelum Zainal Abidin ditabal menaiki takhta kerajaan

Kembayat Negara.

Ketika Sultan Zainal Abidin pergi berburu di hutan, di dalam negeri

terjadi suatu perbalahan antara saudagar berida dengan cincu wangkang

dari negeri China. Ini berpunca dari mungkir janji cincu itu, janji untuk

menjual dagangan yang telah diikat dengan saudagar berida tetapi tiba-tiba

dagangan itu dijualkan pula kepada seorang saudagar lain. Setelah cincu itu

bersikap kasar dengan menggunakan kata-kata kesat, wangkangnya lalu

2

Page 3: Syair Siti Zubaidah

dibakar. Cincu yang kalah bicara di bawah pengadilan Darman Syah itu telah

menuduh pula raja Kembayat telah menerima rasuah.

Cincu itu dipenjarakan. Namun begitu, rakan cincu yang berjaya

melepaskan diri telah pulang ke negeri China dan mengadukan perihal

mereka. Beta pun murkanya raja China mendengarkan peristiwa buruk itu,

baginda masih belum berkesempatan menyerang balas kerana baginda

sedang sakit.

Sekembalinya Zainal Abidin dari berburu, tidak pula dimaklumkan

peristiwa cincu wangkang tersebut. Zainal Abidin cuma ditawarkan oleh

Darman Syah supaya beristeri. Zainal Abidin menolak sehingga pada suatu

malam raja muda itu bermimpi bertemu dengan seorang puteri jelita.

Siti Zubaidah

Kejadian mimpi itu menyebabkan Zainal Abidin begitu berahi hingga dia

berusaha mencari puteri jelita seperti yang dimimpikan. Zainal Abidin

berserta pengikut-pengikut baginda lalu belayar mengembara hingga ke

Pulau Peringgi. Di Pulau Peringgi Siti Zubaidah amat terkenal suaranya

dengan suara yang merdu melagukan bacaan Quran. Bermula dari

terdengarnya kemerduan suara itulah menyebabkan Zainal Abidin

bertambah asyik dan berusaha untuk melihat wajah yang memiliki suara itu.

Siti Zubaidah anak kepada Pendeta Ulama merupakan seorang puteri

yang alim dan sukar dilihat. Bapanya Pendeta Ulama pada mulanya merajai

Iraqan Kastan tetapi telah meninggalkan takhta dan mengasingkan diri

3

Page 4: Syair Siti Zubaidah

khusus untuk beribadat. Negerinya diserahkan kepada puteranya,

Muhammad Tahir, iaitu kakanda Siti Zubaidah. Justeru untuk menemui Siti

Zubaidah yang dirindukan, Zainal Abidin sanggup menyamar sebagai

seorang abdi pembawa timba semasa pengasuhnya berbuat helah menemui

Zubaidah. Pengasuh itu pura-pura bertanya dan meminta izin daripada

Zubaidah untuk mandi. Zainal Abidin amat terpesona menatap kejelitaan Siti

Zubaidah lantas kemudiannya berikhtiar meminangnya dan Berjaya

mengahwininya.

Bersama Siti Zubaidah, Zainal Abidin serta rombongan baginda

belayar pulang. Dalam pelayaran pulang itu mereka singgah di negeri

Yaman. Melalui helah Zainal Abidin, dia Berjaya menggagalkan serangan

Raja Menggala terhadap Yaman. Raja Yaman telah menghadiahkan puteri

baginda, Puteri Sajarah untuk dikahwini oleh Zainal Abidin dan puteri itu

dibawa juga kembali ke Kembayat Negara.

Di Kembayat Negara, Zubaidah tidak dilayan secukupnya oleh

permaisuri tua, bonda Zainal Abidin. Malah dalam segala hal, permaisuri tua

berlaku zalim terhadap Zubaidah sedang Sajarah dijadikan anak emas.

Zubaidah terus bersabar dan berbakti kepada masyarakat dengan cara

mengajar kanak-kanak mengaji Quran serta menunjukkan budi bahasa yang

mulia, berhemah tinggi sehingga dia dipandang mulia oleh masyarakat

umum.

4

Page 5: Syair Siti Zubaidah

Selain daripada krisis keluarga Diraja ini Kembayat Negara telah

ditimpa malapetaka yang lebih buruk. Tanpa amaran lagi, Kembayat Negara

telah diserang oleh tentera negeri China. Pertahanan tentera Kembayat

mengalami kehancuran sementara negeri-negeri takluk Kembayat tidak

sempat membantu. Saudagar berida yang bergaduh dengan cincu

wangkang dahulu bersifat mementingkan diri dan cuba mengelak daripada

berjuang mempertahankan negara. Zainal Abidin menyatakan kesalnya

kepada raja tua kerana tidak memberitahu peristiwa membakar wangkang itu

supaya dapat dia bersiap sedia. Zainal Abidin tertawan di medan perang lalu

dibawa ke negeri China. Di sana Zainal Abidin telah membantah untuk

dikahwinkan dengan Ratu Cina, pengganti ayahanda baginda yang telah

mangkat itu. Penolakan ini menyebabkan baginda bersama empat orang

sahabatnya itu dipenjarakan dalam perigi beracun.

Pengembaraan Zubaidah

Peristiwa yang menimpa Zainal Abidin itu menjadikan Zubaidah begitu

terharu lantas melarikan cirinya seorang diri ke dalam hutan. Dengan

ketabahan hatinya sambil berserah kepada Allah, Zubaidah merempuh hutan

sehinggalah melahirkan puteranya di hutan itu. Putera itu terpaksa

ditinggalkan dan dalam kembaranya itu Zubaidah bertemu Puteri Rukiah

yang tersingkir dari takhta kerajaannya di Yunan. Setelah mengikat tali

persahabtan, Zubaidah dan Rukiah menuntut ilmu keperwiraan dengan

seorang Syeikh di sebuah bukit. Oleh eratnya persahabatan mereka, kedua

puteri itu berikrar saling membantu dalam mencapai cita-cita mereka.

5

Page 6: Syair Siti Zubaidah

Sesudah menerima ilmu perwira ini mereka menyamar dengan nama

dan pakaian lelaki: Zubaidah sebagai Syahar dan Rukiah sebagai Nahar lalu

mereka berjaya menawan semula takhta kerajaan Rukiah di negeri Yunan,

yang telah dirampas oleh Saudara Rukiah, Mahiran. Berikutnya “Syahar” dan

“Nahar” menyamar sebagai penari joget dan pergi ke negeri China dengan

harapan untuk membebaskan Zainal Abidin dan rakan-rakannya dari perigi

beracun. Pengintipan ini menghasilkan kejayaan setelah mereka mengalami

pelbagai kesukaran. Raja Kembayat dan para sahabat berjaya dikeluarkan

dari tempat penyeksaan itu lalu dibawa balik ke negeri Yunan.

Pertemuan Keluarga

Kakanda Zubaidah, Muahammad Tahir yang bertakhta di Iraqan Kastan

menjemput ayahanda baginda, Pendeta Ulama untuk menjaga Iraqan Kastan

kerana baginda hendak berburu di hutan. Ketika ini baru diketahui oleh

Muhammad Tahir bahawa adindanya Zubaidah telah berkahwin dan pergi ke

Kembayat. Muhammad Tahir bersa kesal serta sedih kerana perkara itu tidak

dimaklumkan oleh ayahandanya kepada baginda. Semasa Muhammad Tahir

dan raja-raja tetangga berburu di hutan, mereka menemui seorang kanak-

kanak terlantar keseorangan tanpa diketahui siapa ibu bapanya. Anak itu

dibawa balik lalu dinamakan Ahmad Syah Bangsawan Muda.

Kerana adanya hubungan kekeluargaan antara Raja Yunan dengan

beberapa orang raja di negeri lainnya: Iraqan kastan, Hindustan, Farsi,

Portugal serta Kembayat, mereka mengikat persahabatan untuk bergabung

6

Page 7: Syair Siti Zubaidah

dan berkumpul di Yunan untuk menyerangi negeri China. Muhammad Tahir

membawa putera Ahmad Syah bertemu “Syahar” di Yunan. Syahar yakin

bahawa putera itu adalah puteranya sendiri. Tetapi dia tidak segera

memperkenalkan dirinya. Dia juga merahsiakan dirinya kepada Zainal Abidin

serta semua raja yang menyertai angkatan menyerang China itu.

Keyakinan itu makin mendalam apabila dimaklumkan bahawa Ahmad

Syah dijumpai oleh Muhammad Tahir semasa baginda berburu di hutan.

Kakandanya juga memaklumkan pada jari putera itu tersarung sebentuk

cincin bertulis Pendeta Ulama, nama ayahanda Zubaidah. Dahulunya cincin

itu pemberian Pendeta Ulama kepada Zubaidah melekatkan cincin itu pada

jari puteranya ketika meninggalkannya di dalam hutan.

Dengan cara pakatan tentera beberapa buah negeri ini, ditambah pula

dengan taktik perang yang begitu cemerlang, akhirnya mereka telah berjaya

menawan negeri China. Puteri-puteri Cina dapat dikalahkan dan mereka

diajak menganut agama Islam. Zainal Abidin dikahwinkan dengan Puteri

Rukiah dan seterusnya baginda berkahwin pula dengan Kilan Cahaya, ratu

negeri China.

Zubaidah yang bergelar Syahar bersama Zainal Abidin yang telah

mengepalai bala tentera menyerang negeri China itu masih dalam keadaan

bersahabat. Zainal Abidin masih belum dapat mempastikan bahawa Syahar

itu adalah Zubaidah, isteri baginda, walaupun di dalam hati baginda

merasakan bahawa sahabatnya itu amat serupa dengan Zubaidah. Sesudah

7

Page 8: Syair Siti Zubaidah

berjaya menawan negeri China baharulah Zubaidah memperkenalkan

dirinya, bahawa ia sebenarnya Zubaidah.

Setelah itu seluruh angkatan perang dan raja mereka lalu bersama-

sama mengiringkan Zainal Abidin dan Zubaidah kembali ke Kembayat

Negara. Puteri Rukiah dan Kilan Cahaya juga turut serta. Ahmad Syah

dikahwinkan dengan puteri-puteri negara sahabat yang pernah menolong

mengalahkan negeri China itu.

Di Kembayat Negara, raja tua yang terharu dengan kehilangan putera

dan menantunya itu menjadi seperti nyanyuk dan bertambah terkejut apabila

melihat ketibaan ribuan tentera mengiringi kepulangan Zainal Abidin.

Disangkanya tentera negri China sekali lagi datang menyerang Kembayat

Negara. Puteri Sajarah yang dahulunya diperlakukan sebagai anak emas itu,

telah cuba bermohon pulang ke Yaman tetapi sempat juga menunggu

ketibaan angkatan perwira Zubaidah yang mengiringi Sultan Zainal Abidin.

Sindir-menyindir berlaku hingga Sajarah dan permaisuri itu akhirnya insaf

terhadap kesilapan yang pernah mereka lakukan. Mereka memuji Siti

Zubaidah. Siti Zubaidah ditabal sebagai Ratu Kembayat Negara.

Kembayat Negara kembali aman dan semua raja negara sahabat

yang membantu di medan perjuangan serta mengiringi kepulangan Zubaidah

– Zainal Abidin kemudiannya pulang ke negara masing-masing.

5.0 PERSOALAN

8

Page 9: Syair Siti Zubaidah

Dalam Syair Siti Zubaidah, terdapat beberapa persoalan yang dapat dikupas.

Menurut Abdul Mutalib Abdul Ghani (1983), terdapat 5 persoalan yang

dikemukakan.

Persoalan yang pertama ialah Siti Zubaidah dengan Zainal Abidin.

Persoalan ini merupakan persoalan kesetiaan seorang isteri kepada

suaminya. Siti Zubaidah merupakan seorang isteri yang sangat setia. Beliau

sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan suaminya yang

telah menjadi tawanan kepada negara China. Siti Zubaidah mempelajari ilmu

keperwiraan dan menyamar sebagai lelaki serta sanggup meninggalkan

puteranya di dalam hutan demi suaminya. Siti Zubaidah juga sanggup

membenarkan suaminya mengahwini ramai perempuan kerana beliau sangat

menyayangi suaminya.

Persoalan yang kedua ialah peristiwa membela kehormatan, maruah

atau kedaulatan Kembayat Negara yang telah dicabuli oleh sebuah kuasa

asing. Peristiwa ini ditunjukkan oleh Siti Zubaidah yang sanggup mempelajari

ilmu keperwiraan untuk menyelamatkan suaminya secara tidak langsung

mahu membela kehormatan, maruah dan kedaulatan Kembayat Negara

yang telah dicabuli oleh negara China.

Persoalan yang ketiga ialah motif penaklukan terhadap negeri China

oleh Zubaidah didorong oleh cita-citanya untuk mengislamkan raja negeri itu.

Pada mulanya, penaklukan negeri China dilakukan sebagai tindak balas Siti

Zubaidah terhadap raja China yang begitu kejam menyeksa Zainal Abidin

9

Page 10: Syair Siti Zubaidah

dalam perigi beracun. Dengan penaklukan ini, apabila keluarga raja itu

menganut agama Islam, mereka dianggap sahabat. Nilai Islam juga dapat

dilihat melalui Siti Zubaidah dan bapanya yang merupakan tokoh alim dari

awal hingga akhir kisah. Demikian juga Zainal Abidin dan empat orang

sahabat baginda yang terlebih dahulu mendalami pengajian Islam sebelum

menuntut ilmu keperwiraan untuk meneruskan kehidupan.

Persoalan yang keempat pula ialah emansipasi wanita. Hal ini

dimaksudkan bahawa orang perempuan tidak semestinya berperanan di

dapur sahaja. Mereka perlu mempelajari ilmu pengetahuan dalam urusan

seharian. Contohnya ialah Siti Raudhiah yang mengambil peranan cergas

dalam rombongan Zainal Abidin mengembara. Dia juga yang memainkan

peranan penting sebagai pembantu dalam usaha menemukan dan

mengahwinkan Siti Zubaidah dengan Zainal Abidin. Siti Raudhiah juga yang

dapat memahami pertentangan sikap dan cara hidup antara permaisuri tua

bersama Puteri Sajarah yang feudalis dengan Siti Zubaidah yang warak.

Selain itu, peranan wanita yang paling besar digambarkan dalam serangan

yang menimpa Kembayat Negara yang dilakukan oleh puter-puteri Cina.

Malah, peranan Siti Zubaidah yang sanggup mempelajari ilmu keperwiraan

dan mengalahkan puteri-puteri Cina yang sepatutnya menjadi tugas lelaki

juga adalah peranan yang besar.

Persoalan yang kelima pula berkaitan dengan hal-hal urus niaga

dalam dan luar negeri. Kembayat Negara digambarkan sebagai sebuah

negara yang sibuk dengan kegiatan ekonominya. Dalam syair Siti Zubaidah

10

Page 11: Syair Siti Zubaidah

ada menggambarkan terdapat pabean (kastam) dan syahbandar untuk

menyempurnakan urusan perdagangan dalam pelbagai bentuk. Dalam syair

Siti Zubaidah juga ada menggambarkan keriuhan semasa menjalankan

kegiatan ekonomi seperti pertukangan besi, mengisar “gandumnya padi”,

pasar Cina, Jawa dan Habsyi, perahu segala Keling dan Boyan dan lain-lain

lagi. Kemudian, soal urus dagang ini juga yang menjadi punca pergaduhan

antara saudagar berida dengan cincu wangkang yang kemudiannya

mencetuskan peristiwa peperangan antara Kembayat Negara dengan China.

Harun Mat Piah et al. (2006) mengutarakan 5 persoalan dalam syair

Siti Zubaidah. Persoalan yang pertama ialah latar belakang keislaman. Latar

belakang dan suasana keislaman telah diketengahkan pada awal-awal syair

lagi. Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama ayahandanya, Pendeta

Ulama yang turun daripada takhta semata-mata mahu ,mendalami bidang

keagamaan. Selain itu, besar kemungkinan ajaran Islam yang kuat juga

merupakan faktor yang mendasari pendirian Siti Zubaidah menerima ramai

madu semenjak mula dia berkahwin dengan Zainal Abidin. Di samping itu,

pengislaman puteri-puteri Cina yang dilakukan tanpa paksaan setelah negeri

China dikalahkan oleh raja-raja sahabat Yunan juga merupakan latar

belakang keislaman yang terdapat dalam syair Siti Zubaidah. Kemudian,

nama-nama negeri seperti Kembayat Negara, Iraqan Kastan dan Parsi

memperlihatkan unsur Timur Tengah walaupun sebahagian daripada nama-

nama negeri itu adalah rekaan semata-mata. Nama-nama Islam juga ada

11

Page 12: Syair Siti Zubaidah

disebut dalam syair Siti Zubaidah,iaitu Zainal Abidin, Siti Zubaidah, Puteri

Rukiah, Muhammad Tahir dan sebagainya.

Persoalan kedua pula ialah ketiadaan unsur khayal. Dalam syair Siti

Zubaidah, tidak ada satu pun unsur khayal atau dongeng tetapi peristiwa

yang bersifat realiti hanya digambarkan secara berlebih-lebihan. Contoh

peristiwa yang digambarkan secara berlebih-lebihan ialah Siti Zubaidah

melahirkan puteranya seorang diri dalam hutan tanpa bantuan. Selain itu,

bayi yang ditinggalkan di dala hutan tersebut tidak menghadapi sebarang

bahaya. Zainal Abidin juga dikatakan gagal mengenali isterinya walaupun

menjadi sahabat karib. Di samping itu, Zainal Abidin dan rakan-rakannya

juga dikatakan tidak mati walaupun dicampakkan ke dalam perigi beracun.

Contoh peristiwa yang terakhir yang digambarkan secara berlebih-lebihan

ialah dalam peperangan antara Siti Zubaidah dengan Kilan Syamsu, iaitu

Puteri Cina yang paling cekap berperang, walaupun Kilan Syamsu begitu

handal dan mendapat bantuan topekongnya, beliau dikatakan tetap kalah

dengan Siti Zubaidah.

Persoalan yang ketiga ialah unsur kesetiaan. Siti Zubaidah

digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia dan taat kepada

suaminya. Beliau tidak berputus asa untuk berusaha sehingga berjaya

membebaskan suaminya semasa Zainal Abidin menjadi tawanan puteri-

puteri Cina. Demi kesetiaannya kepada suami, beliau sanggup meninggalkan

puteranya di dalam hutan supaya beliau boleh bergerak bebas, beliau

mempelajari ilmu keperwiraan dan beliau sanggup menyamar sebagai lelaki.

12

Page 13: Syair Siti Zubaidah

Beliau juga tabah menempuh cabaran daripada permaisuri tua dan

madunya, Puteri Sajarah demi ketaatan dan kesetiaannya kepada suami.

Kesetiaan juga yang membenarkan dirinya menerima perkahwinan Zainal

Abidin dengan puteri-puteri lain tanpa sedikit pun perasaan negatif.

Persoalan yang keempat pula ialah keperwiraan. Dalam syair ini, jelas

digambarkan bahawa seseorang itu mesti mempunyai ilmu keperwiraan

untuk mengatasi sesutu masalah. Zainal Abidin dan raja-raja negeri jiran lain

masing-masing mempunyai ilmu keperwiraan dan sememangnya dilatih

sejak kecil. Begitu juga dengan puteri-puteri Cina lima beradik yang pakar

dalam ilmu berperang sejak kecil. Siti Zubaidah pula sanggup mempelajari

ilmu keperwiraan semata-mata mahu menyelamatkan suaminya. Dengan

berkat ilmu keperwiraan yang dipelajarinya, Siti Zubaidah berjaya

mengalahkan Puter-puteri Cina lima beradik dalam kancah peperangan.

Persoalan kelima pula ialah pembelaan kedaulatan dan maruah.

Pembelaan kedaulatan dan maruah ini berkaitan serangan China secara

tiba-tiba untuk membalas dendam cincu yang telah dihina dan serangan

China telah menyebabkan Kembayat Negara musnah. Kemudian, keadaan

menjadi lebih tegang apabila raja Kembayat Negara, iaitu Zainal Abidin telah

ditangkap dan dibawa ke negeri China. Tindakan Siti Zubaidah yang ingin

menyelamatkan suaminya bukan hanya atas dasar kesetiaan sahaja tetapi

beliau juga mahu mengembalikan kedaulatan dan maruah Kembayat

Negara.

13

Page 14: Syair Siti Zubaidah

6.0 MOTIF

Perbincangan tentang motif biasanya dihubungkan dengan usaha

menganalisa struktur sesebuah cerita penglipur lara. Di sini kita cuba

membuat perbandingan setakat mana unsur motif ini masih dilanjutkan

ataupun telah ditinggalkan penggunaannya dalam Syair Siti Zubaidah. Pada

umumnya syair ini kelihatan tidak lagi mengekalkan kebanyakan motif seperti

hikayat sedemikian; malah ia telah jauh meninggalkan unsur tersebut. Motif

dapat dikatakan sebagai ragam atau pola yang stereotaip yang menjadi

pokok atau dasar pembentukan sesebuah penglipurlara.

Pada umumnya gambaran kisah dalam syair ini telah berjejak di bumi

nyata. Ia menggambarkan kisah nyata dari penghidupan manusia, masalah

yang dihadapi mereka. Penyelesaian yang dibuat adalah bersifat

kemanusiaan yang nyata. Malah dalam beberapa hal, syair ini telah

meninggalkan gambaran metos seperti yang terdapat dalam kitab Sejarah

Melayu(Sulalatus Salatin) dan Hikayat Hang Tuah. Contohnya, jurai

keturunan raja tidak lagi berhubungan dengan penjelmaan dewa atau lembu

tetapi melalui kelahiranputih/muntah lembu tetapi melalui kelahiran alamiah

sebagaimana berlaku dalam penghidupan zaman kini.

Kalau Joan of Arc dikatakan mendapat ilham yang telah

mendorongnya melakukan pembelaan terhadap negaranya yang terancam;

maka Siti Zubaidah wirawati syair ini, disebut sebagai seorang yang alim,

berserah atau bertawakal sebagai seorang yang alim, berserah atau

14

Page 15: Syair Siti Zubaidah

bertawakal sebagaimana pengajaran di dalam kitab suci al-Quran (surah al-

Furqan ayat 58) yang bermaksud, “serahkan dirimu kepada Allah yang hidup,

yang tiada mati”. Bagi perjuangan ini wirawati lalu mempelajari ilmu

peperangan, muslihat dan taktik selain daripada mengembleng ribuan

tentera untuk membalas bela keteka menyerang negara asing.

Memang terdapat perihal penggunaan ‘penawar’ dalam usaha

Zubaidah mengubati suaminya yang sakit kerana bahana perigi beracun.

Zubaidah menggunakan juga ubatan ramuan. Penggunaan penawar begini

masih menjadi amalan dalam masyarakat Melayu hingga kini. Selain dari itu

terdapat juga gambaran mengenai Kilan Syamsu “melayang di atas udara,

bermain baying” semasa kemuncak peperangan di Kembayat Negara.

Kemudian puteri itu telah dapat menangkap Zainal Abidin dan keempat-

empat orang sahabatnya dengan cara”, dipanahkan Jaafar serta

keempatnya, menjadi tali mengikat dia”.

Dalam peristiwa lain, iaitu semasa pihak Siti Zubaidah menyerang

negeri China, Kilan Syamsu dikatakan melayang di udara juga. Kilan Syamsu

kemudiannya terpotong kedua-dua belah telinganya lalu melarikan diri ke

dalam gua.

Semasa perayaan untuk melangsungkan perkahwinan Ahmad Syah

dan juga pertabalan Siti Zubaidah sebagai Ratu Kembayat Negara yang

diadakan sekaligus, mereka mengadakan kenduri besar-besaran dan juga

pertunjukan kesenian. Yang paling mengasyikkan ialah masing-masing raja

15

Page 16: Syair Siti Zubaidah

negeri sahabat mengemukakan kemahiran mereka. Kesenian bermain panah

misalnya, seorang raja melancarkan panah lalu menurunkan hujan. Yang

lainnya melepaskan panah menjadikan hujan itu berhenti dan cuaca bertukar

menjadi panas terik. Raja yang lain melepaskan pula panah ke udara

menerbitkan ribuan burung berterbangan sementara yang lain melepaskan

panah mengeluarkan mongkor kaca di udara. Keadaan sedemikian seolah-

olah suatu pertunjukan bunga api seperti yang terdapat kini.

Demikian antara lain yang tergambar dalam syair ini. Kebanyakan

motif yang umum dalam cerita peglipurlara telah ditinggalkan, namun begitu

kisah-kisah kesungguhan dan kemahiran yang bersifat tersendiri dapat pula

dilihat dalam beberapa peristiwa tertentu dalam usaha meneliti kandungan

syair ini.

7.0 PLOT

Penelitian tentang plot boleh dilakukan melalui beberapa cara. Satu daripada

cara yang digunakan ialah sebagaimana yang dibuat oleh V.Propp5 terutama

untuk cerita berbentuk penglipurlara. Cara begini menekankan komponen-

komponen dasar cerita dan disebut fungsi yang keadaannya berpasangan di

sekitar permasalahandan penyelesaian. Syair Siti Zubaidah ini terlihat telah

meninggalkan kebanyakan ciri-ciri penglipur lara ini; justeru itu ia lebih baik

dilihat dari segi penganalisaan plot moden.

Menurut Hashim Awang, plot adalah struktur penyusunan sambung-

sinambung peristiwa-peristiwa berdasarkan hukum sebab akibat.6 Struktur ini

16

Page 17: Syair Siti Zubaidah

mengandungi Permulaan (exposition), Pertikaian dan Perumitan (inciting

moment), Perkembangan (development), Puncak (climax), Peleraian

(denousment), Tegangan akhir (final suspence) dan akhiran (conclusion).

Dengan cara memandang keseluruhan pembinaan syair ini kita dapat

membuat penyusunan peristiwa-peristiwanya sebagai berikut:

Pertama - Latar belakang Kembayat Negara

Kedua - Zainal Abidin ditawan oleh puteri-puteri Cina

Ketiga - Persiapan Zubaidah dalam usaha mengambil

Zainal Abidin

Keempat - Tentang nasib Ahmad Syah, putera Zubaidah

Kelima - Menyerang negeri China

Keenam - Zubaidah memperkenalkan diri kepada Zainal

Abidin

Ketujuh - Ganjaran kepada musuh Zubaidah

Tujuh perkara ini merupakan peristiwa besar dan dari peristiwa-

peristiwa ini masih dapat dipecahkan kepada beberapa peristiwa lain yang

ada kaitannya dengan perkara di atas. Dalam penerusan peristiwa-peristiwa

tadi terdapat unsure tegangan yang dapat menarik minat pembaca.

17

Page 18: Syair Siti Zubaidah

Contohnya ialah bagaimana Sultan Zainal Abidin memperoleh empat orang

isteri dengan cara yang berlainan.

Contoh yang lain ialah bagaimana tegangnya suasana sepasang

suami isteri ketika berduaan setelah beberapa tahun berpisah, tetapi si isteri

masih terus menyamarkan diri.

8.0 WATAK DAN PERWATAKAN

Darman Syah

Darman Syah merupakan pemerintah Kembayat Negara yang menginginkan

seorang putera untuk mewarisi takhta kerajaannya. Akhirnya, baginda

memperoleh seorang putera yang bernama Zainal setelah bernazar dan

berkaul. Baginda cuba untuk mencarikan jodoh untuk Zainal Abidin. Namun,

Zainal Abidin telah menunjukkan bahawa beliau mampu untuk mencari

jodohnya sendiri.

Hubungan tegang permaisuri tua dengan menantunya Zubaidah

hanya dianggap sebagai urusan orang perempuan sahaja. Darman Syah

tidak suka berbanyak olah walaupun penentangan permaisuri tua terhadap

Zubaidah sangat jelas. Darman Syah juga merupakan seorang yang

bersikap pasif. Hal ini jelas ditunjukkan semasa diadakan pengadilan antara

cincu wangkang dengan saudagar berida. Cincu wangkang telah menuduh

Darman Syah bahawa beliau sebagai ‘makan suap’ atau menerima rasuah.

Darman Syah cuba sedaya upay menahan puteranya iaitu Zainal Abidin

supaya tidak pergi ke medan perang. Namun, Zainal Abidin berkeras juga

18

Page 19: Syair Siti Zubaidah

untuk ke medan perang kerana tidak tahan lagi menanggung malu diserang

oleh tentera perempuan. Raja telah menangis bersungguh-sungguh sewaktu

puteranya mengadu nasib di medan perang.

Darman Syah telah menyangka bahawa musuh dari China ingin

menyerang lagi dan baginda berasa bahawa lebih baik baginda mati

daripada melawan semasa Zainal Abidin pulang dari negeri China. Pada

suatu ketika, Darman Syah telah menasihati permaisurinya yang telah mulai

insaf dan kesal kerana telah menghina Zubaidah (Abdul Mutalib Abdul

Ghani, 1983).

Permaisuri Tua

Permaisuri Tua merupakan seorang yang sangat mementingkan status

keturunan. Oleh itu, dia amat menyayangi Puteri Sajarah dan tidak

menghiraukan Zubaidah. Puteri Sajarah merupakan seorang puteri raja di

Yaman manakala Zubaidah merupakan anak seorang ulama di Pulau

Peringgi walaupun sebenarnya Zubaidah merupakan puteri raja yang pernah

memerintan di Iraqan Kastan. Permaisuri Tua telah memerintahkan Zainal

Abidin tidak mendekati Zubaidah.

Jangan tuan pulang ke sana,

apa ditunggu orang yang hina,

isteri setara tidak berguna,

Zubaidah itu tidak sempurna.

19

Page 20: Syair Siti Zubaidah

Permaisuri Tua telah bertindak mengikut kemhuannya tanpa

menghiraukan pandangan Zainal Abidin. Permaisuri Tua yang

berperwatakan antagonis itu berubaha kepada watak protagonist dan

menyanjung Zubaidah kerana telah berjaya melepaskan Zainal Abidin dari

malapetaka. Namun, Permaisuri Tua terpaksa menangkis kata-kata Puteri

Sjarah yang menuntut takhta Kembayat Negara seperti yang telah

dijanjikannya. Permaisuru Tua juga terpaksa menahan hati mendengar

sindiran (Abdul Mutalib Abdul Ghani, 1983).

Didengar sembah sekalian orang,

peri ditempelak tengahnya terang,

dengan manisnya khabar dikarang,

tidak ketara padanya orang.

Sultan Zainal Abidin

Sultan Zainal Abidin merupakan anak kepada seorang raja dan

berperwatakan protagonis (http://web.usm.my). Dalam syair ini, baginda

dilihat mempunyai kemampuan sebagai seorang yang bertanggungjawab

dan berdikari. Walaupun ayahandanya berkeras untuk mencarikan baginda

jodoh namun telah ditolak oleh baginda. Sultan Zainal Abidin juga berkeras

untuk mencari sendiri jodohnya sesuai dengan kehendaknya. Syair ini juga

menyatakan bahawa Sultan Zainal Abidin merupakan seorang yang sangat

patuh kepada bondanya walaupun untuk hal yang peribadi seperti giliran

untuk bermalam di rumah isterinya. Namun sebaliknya berlaku dengan

ayahandanya iaitu Darman Syah.

20

Page 21: Syair Siti Zubaidah

Sultan Zainal Abidin juga merupakan seorang yang romantis. Baginda

yang telah jatuh cinta pandang pertama kepada Siti Zubaidah telah

mengahwininya dan membawanya ke Kembayat (http://web.usm.my).

Baginda yang meinginkan ‘pandang pertama’ daripada Siti Zubaidah telah

menyamar sebagai seorang abdi pembawa timba dayang-dayangnya mandi.

Baginda telah berpakaian yang buruk dan bertampal-tampal dan bertenggek

di ujung bendul sebagai ‘budak nakal tidak kelulu’ untuk menatap wajah Siti

Zubaidah. Selain itu, Sultan Zainal Abidin juga lebih gembira tinggal bersama

dengan Siti Zubaidah berbanding dengan Sajarah. Namun, bondanya

mengarahkan Sultan Zainal Abidin untuk lebih rapat dengan Sajarah dan

menjauhkan diri daripada Siti Zubaidah.

Sultan Zainal Abidin juga mempunyai semangat keperwiraan yang

mulai berkobar setelah tujuh purnama rakyatnya berperang tanpa mencapai

kemenangan. Baginda telah tertawan semasa peperangan menentang

puteri-puteri China itu. Ratu Cina telah memaksa baginda untuk

memperisterikannya. Namun telah ditolak oleh baginda walaupun dipenjara

di dalam perigi beracun (Abdul Mutalib Abdul Ghani, 1983).

Siti Zubaidah

Siti Zubaidah digambarkan mempunyai mata yang hitam, berhidung

mancung, kening berhalit, berambut panjang, berpinggang ramping, berdada

bidang dan ‘sedap manis mata memandang’. Selain digambarkan seorang

yang cantik, Siti Zubaidah juga berperwatakan gagah, beriman dan baik hati.

Dia juga telah memperjuangkan keadilan dan berjaya membebaskan

21

Page 22: Syair Siti Zubaidah

suaminya, Sultan Zainal Abidin dari pemerintahan China yang kejam

(http://www.aswara.edu.my). Siti Zubaidah juga mempunyai kemahiran untuk

melagukan bacaan Quran, beribadat, penyabar dan juga tidak suka banyak

berbual. Dia telah melayan suaminya dengan setulus hati sehingga Sultan

Zainal Abidin sukar untuk meninggalkannya. Cinta kepada suaminya telah

menyebabkannya kuat untuk menempuh godaan nafsu kebencian ibu

mertuanya dan Sajarah. Siti Zubaidah juga telah menyuruh Sultan Zainal

Abidin untuk berkahwin lagi sehingga baginda mempunyai 4 orang isteri.

Walaupun Siti Zubaidah berperwatakan lembut namun dia juga mempunyai

semangat keperwiraan yang ditunjukkan di medan perjuangan (Abdul Mutalib

Abdul Ghani, 1983).

Puteri Sajarah

Puteri Sajarah mempunyai peranan yang luas dalam menimbulkan peristiwa

perang Yaman-Menggala dan juga konflik yang berlaku dalam golongan

istana di Kembayat. Siti Sajarah merupakan isteri yang kedua kepadaSultan

Zainal Abidin namun dia mempunyai keinginan untuk menjadi ratu

Kembayat. Hasratnya telah disokong oleh Permaisuri Tua. Semasa

Kembayat menghadapi krisis, Sajarah telah meminta untuk balik ke Yaman

tanpa cuba untuk mengatasi krisis tersebut. Setelah krisis selesai hasil

daripada jasa bakti Zubaidah yang menyelamatkan suaminya barulah

Sajarah tunduk kepada Zubaidah (Abdul Mutalib Abdul Ghani, 1983).

Cincu Wangkang

22

Page 23: Syair Siti Zubaidah

Cincu merupakan saudagar yang menjalankan perniagaan yang menjual

pelbagai jenis barang di Kembayat. Oleh kerana Cincu merupakan keluarga

Raja Cina maka dia telah menceritakan semua hal di Kembayat dengan

suara yang kecoh dan berdegar-degar. Walau bagaimanapun Cincu yang

telah berjanji untuk menjual semua dagangannya kepada saudagar berida

telah menjual dagangannya kepada orang lain. Hal ini menjadi punca

pergaduhan Cincu dengan saudagar berida. Bukan itu sahaja, Cincu juga

menambahkan lagi pergaduhan ini dengan menuduh raja Kembayat

menerima rasuah lalu dia dipenjarakan. Wangkangnya dibakar kerana dia

mengatakan ‘Orang Melayu Funi Cukung’. Rakan-rakannya yang berjaya

menyelamatkan diri telah mengadu hal tersebut kepada raja mereka iaitu

Raja Cina (Abdul Mutalib Abdul Ghani, 1983).

Terdapat banyak lagi watak lain yang terkandung dalam Syair Siti

Zubaidah ini. Antaranya ialah pendeta ulama, Muhammad Tahir, Puteri

Rukiah, Kilan Syamsu, Raja Menggala dan banyak lagi. Lazimnya, watak-

watak ini hanya berperanan dalam beberapa peristiwa yang tertentu sahaja

yang berlaku dalam syair ini. Walaupun watak-watak ini hanya muncul untuk

beberapa peristiwa tertentu namun kehadiran watak ini telah berjaya

menimbulkan suasana yang berhubungan dengan cerita yang hendak

disampaikan.

9.0 LATAR

23

Page 24: Syair Siti Zubaidah

Biasanya apabila kita membaca, sama ada bahan bacaan itu berbentuk

cereka ataupun bukan cereka, kita cuba mencari rujukan seterusnya: di

mana, bagaimana dan bila sesuatu hal itu berlaku. Dengan begitu kita telah

menyediakan segi-segi pemerhatian mengenai latar. Seterusnya latar boleh

pula dipecahkan kepada tiga sudut iaitu Latar Tempat, Latar Suasana, dan

Latar Waktu.

Latar Tempat

Syair Siti Zubaidah menyatakan, tempat yang menjadi latar cerita ini

ialah Kembayat Negara. Soal di manakah letaknya Kembayat Negara ini

mendorong kita merujuk kepada kisah SSZ sendiri, khususnya pada

rangkap-rangkap yang berkenaan.

Cincu wangkang yang tiba di Kembayat mengatakan, “Tempat negeri

goa terlalu jauh” tetapi angkatan Cina yang menyerang Kembayat dinyatakan

Cuma ‘berjalan’ sahaja. Ini bermakna ada hubungan daratan antara negeri

China dengan negeri Kembayat. Hubungan lain antara kedua negara ini

boleh juga dengan menggunakan laut (menggunakan wangkang).

Pengangkutan laut digunnakan kerana biasanya kapal dagangan memuat

banyak barang dan pelayaran mengikut angin musim. Yang menggunakan

jalan laut merasa ‘jauh’ tetapi yang ‘berjalan’ (kaki) atau menggunakan

kenderaan darat disebut Cuma menempuh ‘gunung’ dan ‘lurah’ sebelum

sempat di Kembayat.

24

Page 25: Syair Siti Zubaidah

Zubaidah pula melakukan pengembaraan melalui hutan hingga tiba di

negeri Yunan dan dari situ lalu ke negeri China. Ini juga bererti bahawa

negeri-negeri Kembayat-Yunan-China adalah dihubungi oleh daratan atau

‘setanah’. Satu peristiwa lagi ialah kepulangan ZubaidahZainal Abidin dari

negeri China ke Kembayat. Rombongan ini ‘berjalan’ juga, dan setelah

bertemasya di sebuah tasik bahari, “Ada sebulan berjalan tentera, sampailah

ke padang Kembayat Negara”.

Pada rangkap lain pula syair ini menyebut tentang Kemboja,

Zubaidah memakai sekadar saja,

berbaju kasa bunga seroja,

berseluar panjang antelas saja,

berbintang emas perbuatan Kemboja.

Terdapat rangkap yang menyatakan pihak lawan menggelar atau

mengenali orang Kembayat sebagai orang Melayu,

Katanya, “Hai, Raja Melayu,

Menyalahkan pedang hendaklah tahu,

Senjata bukan kayu dan batu,

Jikalau mengenai bias tak tentu”.

25

Page 26: Syair Siti Zubaidah

Selain pernyataan tentang tempat, perlu rasanya dibuat perbandingan

dengan tulisan-tulisan lain, terutamanya yang berhubung dengan perjuangan

dengan wilayah di sekitar China. Teks- ‘luar’ ini akan menjelaskan lagi latar

belakang perhubungan dan pertembungan politik antara kemaharajaan Cina

dengan negara-negara tetangganya.

Menurut sejarah, negeri China telah wujud beribu-ribu tahun yang

lampau dan kewujudannya melibatkan beberapa kali peperangan dengan

negeri-negeri sekitarnya,

‘It was so, for example, about 2,000 years ago, under the fifith

Emperor of the Han dysnasty; when it embraced the greater portion of

inhabited Asia west of the Caspian sea, and inclusive of Siam, Pegu,

Camboya and Bengal.’

Di sini meadows menyebutkan kewujudan negeri Camboya.

Sumber lainnya ialah tulisan L.P. Briggs tentang kerajaan purba

Khmer,

‘Europeans began to frequent southeastern Asian, and Kemboja

became Camboxa, Camboja, Camboya, Comboie, Komboie (Portugue-se

and Spanish), Cambodge (French) and Cambodia (English)’

pemulihan kuasa di negeri China ketika Emperor Kuang-wu-ti (25–57M) yang

telah berusaha membaiki hubungan negeri China dengan wilayah-wilayah di

selatannya,

26

Page 27: Syair Siti Zubaidah

‘The southern and central provinces of modern Anman were then in

the power of a Malaya-Polynesian people of Toham. In the year A.D. 40,

however, as the result of a series of Chinese administrative blunders, the

Annamites, inspired by two heroines later celebrated in local legend, shock

off the Chinese yoke.’

Dengan begitu kita melihat bahawa negeri yang terlibat dalam

perhubungan dengan negeri China seperti tercatat di atas ialah Kembayat

yang meliputi kawasan Annam sekarang. Masyarakat yang digambarkan

adalah masyarakat Melayu. Keturunan masyarakat Melayu yang masih ada

hingga kini lebih terkenal dengan gelaran Cam atau Campa dan Khmer.

Kalu hendak merujukkan ‘Kembayat Negara’ ini kepada ‘Cambay’,

tentulah tidak tepat. Kembayat dalam SSZ dikatakan berhubungan rapat

dengan negeri Yunan dan negeri China. Pemerintahnya terdiri dari bangsa

Melayu. Demikian pula rakyat, suasana masyarakat dan istiadatnya benar-

benar menggambarkan seperti suasana yang terjadi di kalangan masyarakat

Melayu. Penulisan awal seperti yang dibuat oleh Meadows (1856) menyebut

Camboya dan bukan Cambay. Orang0orang Portugis dan Sepanyol selaku

bangsa Eropah yang awal sampai di wilayah ini lebih gemar menulis sebagai

Camboya, Comboie, dan Komboie untuk lebih dekat kepada bunyi asal

Kembayat. Perubahan bunyi dan ejaan untuk sesuatu nama tempat amat

dipengaruhi oleh dialek, perubahan zaman dan batas politik. Contohnya

Kembayat, menjadi -Camboya, Combodia, Kampuchea. Melayu menjadi

Malay, Moloyo, Maleische dan seterusnya.

27

Page 28: Syair Siti Zubaidah

SSZ menyebut: Kembayat, Kembayat Negara, Kembayat Desa.

Menurut Briggs, istilah “Khmer” ialah gelaran bagi Kambuja, iaitu sebuah

kerajaan besar dan dinamakan Kambujadesa. Beliau juga menyatakan

bahawa, tidak diketahui nama gelaran kemaharajaannya di Delta Mekong

pada peringkat paling awal, tetapi orang Cina menyebutnya sebagai Funan,

manakala Chenla untuk Kambujadesa yang kemasyhurannya dimulai oleh

Jayavarman II dalam tahun 802 M.

Perkembangan negara Kambuja dimulai pada tahun 802 m hingga

kepada zaman kejatuhan ibu kota Khmer (Angkor) oleh kuasa Siam 1431 M.

kemaharajaan Khmer banyak meninggalkan kesan sejarah, bahan kesenian

dan inskripsi Sanskrit. Briggs mencatat keluasan Cambodia 960 M seperti

dibuat oleh Geirges Maspero ialah meliputi kawasan-kawasan Cambodia,

‘Cochin China’ dan Laos sekarang, juga, hampir seluruh negeri Siam

sebahagian Annam, China dan Burma sekarang. Sempadan timurnya

dipergunungan Annam, ke utara, pergunungan Sib-song Pan-na (sekarang

sebahagian Yunan),ke baratnya hingga banjaran timur Sungai Salwein dan

ke selatan hingga ke Teluk Siam.

Sesudah berkembang keagungannya selama lebih lima abad, negara

Khmer menyusut ke selatan saja dan beribukotakan Phnom Penh. Malayo-

Polynesia yang dimaksudkan tadi terdiri dari puak Khmer dan Cam atau

Champa. Mereka juga telah menerima kehadiran agama Islam sama ada

melalui hubungan dengan Kepulauan Melayu atau dari tanah besar Asia.

28

Page 29: Syair Siti Zubaidah

Latar Suasana

Dengan membaca syair ini kita dapat merasakan pelbagai suasana yang

ditimbulkan. Coretan yang dipaparkan termasuk bagaimana tokoh-tokohnya

memenuhkan masa lapang (leisure), keriuhan rakyat jelata berpesta, istiadat

negara, kecekapan dan kepandaian, keheningan beribadat dan kepedihan

dan kesengsaraan hidup. Tidak kurang pula kelihatan telatah lucu yang

menggelikan hati diselitkan dalam peristiwa-peristiwa tertentu. Di samping itu

digambarkan juga suasana lengang di kota sesudah Zainal Abidin ditawan,

dan kisah raja tua yang nyanyuk.

Salh satu daripada gambaran suasana yang dikisahkan ialah

kebiasaan berburu di hutan. Kegemaran ini bukan saja diminati oleh raja-raja

tetapi juga rakyat. Mereka turut merasa seperti bersukan ketika menjejaki

binatang. Bagi memulakan perburuan, ketika yang baik berlepas dari rumah

ialah dinihari. Detik ini dijadikan detik ‘melangkah’ seperti yang dilakukan

oleh Zainal Abidin dan begitu juga halnya yang dilakukan oleh Muhammad

Tahir. Muhammad Tahir “memacu kuda terlalu cepat” manakala “anjing

perburuan terlompat-lompat.”

Para puteri Rukiah, Kilan Cahaya dan Rahmah bersuka-ria dan mandi

di tasik bahari seperti perkelahan pada hari ini. Suasana perkelahan,

memetik buah-buahan di Pulau Peringgi menggambarkan suasana alam

yang segar. Ketika berkarang di pantai ada yang menjerit takutkan gurita

berjari panjang.

29

Page 30: Syair Siti Zubaidah

Gambaran adat istiadat dan perayaan-perayaan perkahwinan berarak

gegak-gempita, mandi sampat, suap-menyuap pengantin baru dan santap

sirih benar-benar dirasakan seperti yang lazim dilakukan dalam masyarakat

Melayu. Selain itu, terdapat istiadat menimbang berat antara pasangan, iaitu

membandingkan berat badan suami dengan isteri. Zainal Abidin dan

Zubaidan sama berat timbangannya dan ini dipercayai sebagai petanda yang

amat baik bagi pasangan itu.

Kembayat Negara dikisahkan sebagai amat sibuk dengan urusan

perniagaan. Di pabean terdapat urusn timbang-menimbang barang

dagangan. Di sana terdapat perahu Keling dan Boyan, kampung alim

pendeta, kampung Yahudi, pasar Cina, Jawa dan lain-lain. Dalam hal-hal

perayaan masing-masing menunjukkan kepandaian umpamanya dalam

temasya bermain panah, panahan mereka boleh menerbitka mahligai, hujan,

paksi berterbangan dan juga geroda.

Suasana derita yang dipaparkan antara lain ialah pengalaman

Zubaidah melahirkan puteranya di dalam hutan berseorangan dan putera itu

ditinggalkan di situ juga. Zainal Abidin melepuh-melecur oleh bisanya perigi

beracun, menangis dan merintih hingga tidak sedarkan diri.

Tidak kurang pula terjadi telatah nakal pemuda-pemuda yang cuba

mengusik atau menggoda wanita-wanita yang mabuk laut semasa pelayaran.

Onar ini dilakukan oleh para kelasi dalam kapal Zainal Abidin. Suasana

dalam perang digambarkan penuh dengan tempik-sorak, cabat-mencabar

30

Page 31: Syair Siti Zubaidah

dan penuh lincah dan ketangkasan sebagimana berlaku dalam perkelahian

mengadu tenaga fizikal yang menggunakan senjata seperti pedang, lembing,

tombak dan tembung. Dalam pada itu diselangi pula oleh kata-kata yang

sinis dan lucu terutama apabila Zainal Abidin menghadapi lawan yang terdiri

dari para puteri Cina. Abdullah Sani mengatakan bahawa lebih baik

pasangan itu menjadi suami isteri, “Jikalau kiranya di dalam peraduan…”

Bagaimanapun, Abdullah Sani bukanlah semata-mata memikirkan hal

sedemikian sahaja, malah dia bertindak sewajarnya apabila waktu telah

memaksa,

Jaafar Siddik segera berlari,

Umar Baki wazir yang gahari,

Abdullah Sani muda bestari,

Terjun dari balairung seri.

Latar Masa

Pada permulaan syair pengarangnya menyatakan,

Bukan bijak fakir tunjukkan,

Sekadar cerita hendak dinyatakan,

Orang dahulu saya nyatakan,

Riwayat orang yang dikarangkan.

31

Page 32: Syair Siti Zubaidah

Dengan demikian, syair ini adalah berlatarkan waktu pemerintahan

zaman ‘dahulu kala’. Ungkapan ‘dahulu kala’ selalu kedapatan dalam cerita-

cerita hikayat Melayu. Ia merujuk kepada sesuatu hal yang sama ada kisah

diperturunkan melalui sastera lisan atau peristiwa-peristiwa sejarah yang

telah dikumpulkan oleh orang-orang tua atau ethos masyarakat berdasarkan

‘world-view’ para pujangga dahulu. Bagaimanapun, ‘penakungan’ pelbagai

peristiwa yang lalu ini terlebih dahulu digodok, diadun oleh si pengarang

sebelum karya itu menjadi sebuah kisah. Dalam proses pengadunan ini

peranan imaginasi pengarang menjadi hal yang penting sebagai penimbang

dasar. Dasar perkembangan cerita Syair Siti Zubaidah ini sesuai dengan

sifatnya sebagai sebuah cereka. Buat perbandingan kita lihat Hikayat Hang

Tuah dan Sejarah Melayu (Sulalatu’s-Salatin) sebagai karya-karya yang

unggul dalam sastera Melayu itu. Bahan dasarnya adalah sesuatu yang

mutlak dalam hakikat sejarah iaitu kewujudan empayar Melaka. Cuma unsur

dan kandungan kedua-dua karya ini diperbincangkan oleh para sarjana.

Yang pertama kelihatan lebih memberati cereka sedang yang satu lagi lebih

diiktiraf sebagai karya sastera-sejarah.

Apabila kita menggunakan perkataan imaginasi, kita maksudkan

bahawa pengarang itu menggunakan daya ciptanya untuk melahirkan

sesuatu yang bersifat kreatif, tidak terolah kerana khayalan biasanya tidak

terbatas dan tanpa tujuan.

Melihat latar waktu secara data sejarah atau kronologi dalam meneliti

sebuah cereka adalah merupakan penyimpangan kea rah membuktikan

32

Page 33: Syair Siti Zubaidah

perincian satu persatu fakta sejarah dan bukan penyelasaian kepada latar

tempat untuk sesebuah karya cereka (fiction). Oleh keadaan demikian tidak

menghairankan, malah menjadi kelaziman sesebuah karya cereka Melayu

tradisional yang berunsur sejarah selalu post-eventum (peristiwa kini menjadi

ramalan peristiwa akan datang), simbolisme (pengertian lain di sebalik

peristiwa yang disebutkan) dan sinkritisme (adunan pelbagai motif budaya

asing).

Kesimpulan dari hal-hal di atas dapatlah dikatakan bahawa latar waktu

keseluruhan cerita SSZ agak luas. Ini ada hubungan denga apa yang

dibicarakan dalam bahagian Latar Tempat di atas. Mengenai latar waktu

untuk satu-satu peristiwa cerita, keadaannya amat berhubungan dengan

kepercayaan ‘detik’ atau ‘padah’. Misalnya semasa kelahiran Zainal Abidin

dikatakan terjadi air banjir ke merata tempat. Waktu dinihari dianggap sesuai

untuk memulakan perburuan. Pelangi di awan semasa peperangan berlaku

member alamat tertawannya Sultan Zainal Abidin. Matahari redup dan bayu

berpupuk sepoi-sepoi bahasa, bunga beraksa berkembang, membawa

makna mengalu-alukan putera Ahmad Syah.

Penentuan detik yang baik untuk perkahwinan misalnya, “hari Khamis

sangat Musytari, bulan Muharram empat belas hari,” adalah hari

perkahwinan Zubaidah. “Sampailah juga ketika Musytari” melambangkan

kesegaran dan hias-persiapan Puteri Rahmah menunggu ketibaan

perarakan pengantin lelaki Ahamad Syah. Musytari adalah nama sejenis

binatang siarah yang terbesar sekali dikenal juga sebagai Jupiter.

33

Page 34: Syair Siti Zubaidah

10.0 SUDUT PANDANGAN

Sebagaimana kebiasaan yang terdapat dalam cereka Melayu tradisional,

sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang Syair Siti Zubaidah ini

ialah teknik orang ketiga pencerita tidak terbatas. Pengarangnya mengambil

peranan sebagai ‘Dewa Yang Maha Mengetahui’ menyampaikan seluruh

kisah. Contohnya,

Inilah kisah suatu cetera,

ceteranya Raja Kembayat Negara,

kerjaan besar tiada terkira,

banyak raja-raja tiada setara.

Pengarang juga mengetahui segala aksi fikiran dan perasaan kesemua tokoh

atau watak yang dikisahkan, contohnya :

Berbagai fikir Siti dermawan,

“Janjiku sudah dibahagikan Tuhan,

sudahlah untung gerangan tuan,

hilang berani ditangkap perempuan.”

Pada ketika yang lain pengarang mengetahui juga fikiran Zainal Abidin,

Adapun baginda berkata-kata,

sambil berhamburan airnya mata,

34

Page 35: Syair Siti Zubaidah

pilu dan rawan rasanya cita,

terkenanglah ayahanda bondanya serta.

Begitulah, pengarang bertindak sebagai pencerita (narrator) dalam

semua peristiwa, dan sekaligus pengarang juga melihat semua gerak-geri,

mengetahui fikiran dan dapat menyelami perasaan semua watak atau tokoh

yang diceritakan.

11.0 GAYA BAHASA

Syair Siti Zubaidah sebagai berbentuk puisi naratif ditulis dengan

penggunaan gaya bahasa yang agak menarik. Bersesuaian dengan

persembahan cerita melalui bentuk syair, gaya bahasanya amat

mempengaruhi pewarnaan cerita khususnya sebagai teknik penyampaian

melalui lisan seperti umum berlaku semenjak awal perkembangan sastera

Melayu. Di sini kita bincangkan gaya bahasa Syair Siti Zubaidah dari

beberapa aspek antaranya.

Ungkapan

Ungkapan dimaksudkan adalah diksi atau pemilihan kata. Umumnya

penggunaan ungkapan dalam syair ini adalah untuk tujuan berkisah. Oleh

itu, kata-kata yang digunakan lebih bersifat ‘denotation’ iaitu merujuk tepat

kepada maksud atau kisah atau benda yang nyata seperi belayar,

berkahwin, berperang dan seterusnya.

35

Page 36: Syair Siti Zubaidah

Namun begitu terdapat juga kata-kata yang bersifat seperti

‘conotation’ yang mempunyai erti istimewa. Bahasa yang bersifat konotatif

abstrak misalnya tentang kecantikan, keindahan, keluhuran dan perasaan.

Sebenarnya ungkapan atau penggunaan kata demikian dapat digelar

sebagai bahasa hiasan bertujuan ke arah keindahan syair. Terdapat banyak

perulangan menggunakan kata-kata seperti : bak, bagai, sebagai, laksana,

penaka dan seumpamanya sebagai perbandingan secara langsung kepada

sesuatu objek yang hendak di ‘perhiaskan’. Dalam istilah kini ungkapan

demikian digelar simile.

Dalam menyatakan sesuatu harapan murni, kehalusan bahasanya

dibayangkan dengan nada yang merendah tetapi optimis,

“ Kakanda berempat orang beriman,

bersama mengadap Kadi budiman,

cari kakanda muafakat yang nyaman,

pohonkan beta kuntum setaman”

Rangkap ini merupakan permohonan tentang keinginan atau hasrat

pemuda itu untuk meminang seorang gadis. Bagi masyarakat Melayu, gadis

disimbolkan sebagai ‘kuntum’ (bunga) atau sesuatu yang cantik, indah,

mekar dan suci. Gambaran romantis perilaku orang muda baru

berumahtangga agak merangsangkan tetapi rangsangan itu bukan pula

suatu pendedahan yang dangkal atau di luar tatatertib moral.

36

Page 37: Syair Siti Zubaidah

Tiada hamba menunjukkan kisah,

maklumlah orang barulah nikah,

mendapat isteri terlalu indah,

pujuk dan cumbu tidak bersudah.

Penyampaian maksud dibuat secara matang, dan kita terpaksa

mencari maksud tersirat di sebalik yang tersurat, misalnya : “Bukannya

pengantin tiada pernah, boleh bertingting memijak tanah” adalah penegasan

Zainal Abidin. Bertingting dalam maksud denotasinya ialah sejenis

permainan kanak-kanak melompat-lompat dengan sebelah kaki (di atas

tanah) tetapi maksud konotasinya tidak begitu. Maksud Zainal Abidin ialah

dia telah menjalankan tugasnya bersungguh pada malam pengantin itu. Dia

tidak bermain acah seperti kanak-kanak melompat sebelah kaki.

Kedapatan stanza syair seakan-akan bait bahasa berirama

sebagaimana kebiasaan dalam penglipur lara, misalnya Hikayat Anggun

Che’ Tunggal.

Kepala kerbau dibuat tungku,

Air didih menganak sungai,

Kerak nasi membusut jantan.

manakala dalam Syair Siti Zubaidah,

Sangat berkasa kerjanya itu,

37

Page 38: Syair Siti Zubaidah

kepala kerbau menjadi tungku,

kulit bertimbun bukan suatu,

seperti bukit tingginya itu.

Selain itu, beberapa rangkap dalam syair ini dikemukakan dalam bentuk

pantun.

Penggunaan Ayat Quran, Sumber Hadis, Bahasa Cina dan Bahasa

Kacukan

Pada beberapa tempat syair ini menggunakan perkataan Arab, ayat al-Quran

dan sumber Hadis. Syair dimulakan dengan Bismillah dan selepas rangkap

akhir ditulis puji-pujian dalam bahasa Arab yang bermaksud puji-pujian

terhadap Allah, Tuhan yang maha Pemurah dan menguasai segala-galanya.

Limpah kurnia Tuhan amatlah luas.

Ungkapan-ungkapan lain yang umum terdapat ialah Alhamdulillah,

Rabbu’l-Izzati, Maliku’l-Bari. Selain nama orang, nama kapal-kapal juga

menggunakan bahasa Arab. Rujukan masa menggunakan bulan Hijrah.

Keluh-kesah Zainal Abidin melahirkan ucapan, “Allah, Rasul”. Sifat-sifat

‘ideal’ seseorang wanita dirujuk kepada Hadis Nabi s.a.w. Ayat al-Quran

dimasukkan sebaris dalam rangkap syair.

Beberapa perkataan bahasa Cina dan bahasa kacukan dimasukkan

dalam pengucapan atau percakapan. Misalnya, “Funi Cukung”, “pigilah yah!”

( funi cukung terdapat di beberapa tempat lagi) dan “Sudahlah untung dapat

38

Page 39: Syair Siti Zubaidah

cilakak...tiadanya cokak”. Funi cukung merupakan ucapan kemarahan dan

perkataan ini mempunyai hubungan dengan perkembangan cerita

seterusnya. Ungkapan funi cukung terlalu panjang keterangannya, namun

masih kurang jelas. Perkataan funi tidak diberikan erti cu kung, mungkin lebih

tepat untuk makna mencarut atau memaki, misalnya babi tua tua untuk

dirujuk kepada keturunan atau nenek moyang. Kerana itu seluruh para yang

berkenaan boleh diringkaskan secara demikian:

“Perkataan funi mungkin dialek atau bahasa kacukan; ertinya dalam

bahasa Mandarin ialah... manakala perkataan cu kung boleh membawa tiga

maksud iaitu babi tua, nenek moyang dan yang ketiga bermakna joint

venture seakan-akan ‘Ali Baba’ yang kita fahami sekarang.

Dalam konteks syair ini, funi cukung lebih membawa erti mencarut

(perempuan), malah membawa maksud ‘berjahat’, cabul atau rogol; iaitu

sumpahan atau makian terhadap keturunan atau nenek moyang orang yang

dimaki.

Kepuisian

i. Sextet

Unsur pola rangkap atau stanza yang agak tersendiri dalam syair ini ialah

terdapat banyak rangkap yang berbentuk sextet atau enam kerat/baris

seuntai. Terdapat sejumlah 96 rangkap enam seuntai dari jumlah kseluruhan

3736 rangkap syair. Syair berbentuk sextet ini dibentuk oleh rima akhir

a/a/a/a/a/a atau a/a/a/a/b/b atau a/a/b/b/b/b. Pembentukan enam baris ini

39

Page 40: Syair Siti Zubaidah

adalah penyatuan yang terjadi berdasarkan sama ada kesatuan isi mahupun

pola rima akhir dalam rangkap berkenaan.

ii. Kwatren

Keseluruhan rangkap selain dari diperkatakan dia atas adalah terdiri dari

empat kerat/baris seuntai iaitu kwatren, berjumlah 3640 rangkap. Bentuk

empat baris serangkap inilah yang umum terlihat dalam penulisan seluruh

syair Melayu. Kajian bentuk syair seperti yang dilakukan oleh Hassan

Ahmad, menyentuh “Syair Perahu” Hamzah Fansuri yang dianggap beliau

sebagai kemas dan teratur kerana terdiri dari empat baris, suku kata dalam

baris antara lapan hingga dua belas dan rima baris a/a/a/a.

Sukatan sedemikian memang menjadi ciri-ciri umum dalam Syair Siti

Zubaidah ini, contohnya:

Baginda mendengar dayang berkata,

Lalu bermohon sultan mahkota,

“Tinggallah tuan cahayanya mata,

Ayahanda silakan ke dalam kota.”

dan,

“Marilah masuk agama beta,

agama Islam terlalu nyata,

40

Page 41: Syair Siti Zubaidah

keluarlah tuan agama yang leta,

sembahlah Tuhan alam semata.”

12.0 KESIMPULAN

Setelah membincangkan Syair Siti Zubaidah dari beberapa aspek, eloklah

kita membuat penggolongan dimanakah kedudukan syair ini jika

dibandingkan dengan begitu banyak karya syair yang pernah dihasilkan

dalam kesusasteraan Melayu. Semenjak bermulanya karya puisi syair kira-

kira penghujung abad XVI dan berterusan dicipta hingga zaman moden ini,

terlihat oleh kita berbagai bidang ilmu seperti sejarah, keagamaan, falsafah,

aliran tasawuf dan fiksyen roman serta epik telah dijadikan bahan yang

diperkatakan melalui bentuk puisi ini.

Za’ba memperkatakan jenis-jenis syair berdasarkan rima akhir,

pasangan baris atau pola susun rangkap. Mohd Hashim Taib

menggolongkan syair kepada tiga jenis berdasarkan ‘isi’ dan Drs Liaw Yock

Fang membahagikan syair kepada enam golongan berdasarkan isi dan

pengaruh. Percubaan demikian sebenarnya telah dilakukan oleh beberapa

orang lagi tetapi masing-masing dengan ukuran mereka tersendiri.

Kalau kita memandang kepada keseluruhan karya syair Melayu kita

boleh membuat suatu pendekatan yang lebih menyeluruh iaitu dari segi

teknik persembahannya, kandungan atau persoalan yang diketengahkan dan

unsur atau aspek isi yang terdapat di dalam sesebuah syair itu. Hal ini

merupakan penelitian dari sudut dalaman dan juga luaran pada sesebuah

41

Page 42: Syair Siti Zubaidah

karya yang dibincangkan. Soal pengaruh sebenarnya merupakan gejala

sejagat atau universal dan ia menyerap ke dalam kehidupan masyarakat

seluruh dunia, kepada semua bangsa yang bertamadun sama ada

dipandang dari segi budaya atau sastera atau lain-lain bidang kehidupan.

Untuk meneliti kedudukan Syair Siti Zubaidah ini pula, ukuran yang

digunakan ialah dari segi teknik persembahan, kandungan atau persoalan

dan unsur atau aspek dalamannya. Unsur luaran diperlukan semata-mata

sebagai perbandingan, misalnya hubungan dengan fakta sejarah. Apabila

diteliti, sebenarnya Cuma ada dua cara persembahan yang pokok dalam

syair, iaitu :

i) Syair berbentuk fiksyen atau cereka. Syair ceraka ini disusun,

diolah secara penyusunan atau persembahan seperti sebuah

roman, ceritera dan epik.

ii) Syair yang ditulis secara pertanyaan langsung. Lebih bersifat

monolog mengemukakan pendapat ajaran dan falsafah.

Syair cara pertama merupakan yang terbanyak dikarang, umpamanya

Syair Siti Zubaidah, Syair Yatim Nestapa, Syair Tajul Muluk, Syair Haris

Fadhilah, Syair Abdul Muluk, dan Syair Jeragan Budiman. Syair golongan

kedua termasuk Syair Kiamat, Syair Bunga Akal, Syair Cermin Islam, Syair

Kemerdekaan, Syair Nazam Dua Puluh Lima Rasul dan Nazam Dendang Siti

Fatimah.

42

Page 43: Syair Siti Zubaidah

Syair Siti Zubaidah dimasukkan ke dalam golongan pertama iaitu

Syair cereka kalau dipandang dari segi cara persembahannya. Analisa

tentang beberapa aspek cereka telah dilakukan dalam bahagian tema, plot,

perwatakan dan latar sebelum ini. Unsur-unsur inilah yang telah membinanya

menjadi sebuah cereka, sebagai suatu ‘subject matter’. Isi dan tekniknya

membangunkan kesatuan yang organis.

Kalau Sejarah Melayu membentangkan kisah kewujudan, keagungan,

dan keruntuhan Melaka, Hikayat Hang Tuah mengisahkan perjuangan dan

pengembaraan tokohnya dalam mempertahankan kesetiaan terhadap raja

dan negaranya, maka Syair Siti Zubaidah pula membawakan didaktis

penegakan kekuatan berdasarkan kebenaran. Kebenaran sebagai suatu

tonggak ‘revitalisasi’ untuk Negara Kembayat. Oleh kerana syair ini berpunca

dari fakta sejarah dan mempunyai sifat-sofat seperti di atas, maka ia bersifat

Epik Didaktis Sejarah.

Seperti dalam teks-teks lama Melayu, Syair Siti Zubaidah juga tidak

menyebutkan nama pengarangnya. Dalam pada itu, antara hal lainnya

adalah mentranskripsikan karya itu daripada tulisan jawi kepada rumi.

Secara keseluruhannya penggunaan bahasa syair ini adalah memuaskan.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah dari segi kepuisian, keaslian dan

penyampaian ceritanya jelas difahami untuk dinikmati oleh pembaca. Hal ini

menandakan bahawa syair ini ditulis oleh seseorang yang benar-benar telah

menguasai bahasa Melayu. Lebih jelas dikatakan bahawa hal ini

membuktikan Syair Siti Zubaidah ini memang merupakan sebuah karya

43

Page 44: Syair Siti Zubaidah

sastera Melayu dan bukan terjemahan atau saduran. Dalam pada itu,

walaupun teks ini telah disebutkan tiada menyatakan nama pengarang,

namun kita mampu untuk menilainya melalui beberapa aspek, antaranya:

i) Syair Sitri Zubaidah ini adalah hasil karya seorang yang ada

hubungan atau pengetahuan yang luas tentang suasana

kehidupan golongan istana.

ii) Syair ini ditulis berdasarkan pemikiran dan pengajaran Islam.

Tidak seperti kebanyakan karya klasik yang mengagung-

agungkan raja. Syair Siti Zubaidah kelihatan seperti

merasionalisasikan keutuhan kerajaan. Kedaulatan raja bukan

sesuatu yang ‘sacred’ tetapi merupakan rasionalisasi

kepimpinan.

iii) Karya ini ditulis sebagai menyemai kesedaran tentang

kebangkitan dengan cara memetik unsur sejarah tetapi

disalurkan dalam bentuk cereka yang mudah dipopularkan di

kalangan masyarakat umum.

Memang sesebuah karya seperti Syair Siti Zubaidah ini tidak lahir

begitu sahaja tetapi terdapat sesuatu yang menimbulkan rangsangan atau

motivasi di pihak penciptanya. Faktor kenangan zaman silam tentang

Kembayat Negara telah disentuh dalam perbincangan yang lalu. Demikian

juga perkara pertelagahan pemerintah negara China dengan negara-negara

tetangganya. Hal ini terjadi kerana kemaharajaan negeri itu terkenal dengan

44

Page 45: Syair Siti Zubaidah

dasar perluasan wilayah kekuasaannya semenjak ribuan tahun yang lalu

walaupun selalu mendapat tentangan yang ketara dari pihak yang cuba

dikuasainya.

Kesimpulannya, syair ini merupakan salah sebuah karya yang tidak

kurang juga pentingnya dalam kesusasteraan Melayu dan syair ini banyak

terdapat pengaruh agama Islam di dalamnya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Mutalib Abdul Ghani (1983). Syair Siti Zubaidah Perang China. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham (1977). Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

Harun Mat Piah, Siti Hawa Salleh, Abdul Rahman Kaeh, Ismail Hamid, Abu Hassan Sham dan Jamilah Haji Ahmad (2006). Kesusasteraan Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lalita Sinha: Lessons In Engagement From A Malay Classic: The Translation Of Syair Siti Zubaidah Perang China. Diperoleh pada Disember 3, 2011 daripada http://web.usm.my

Low Kok On: Syair Tionghua Peranakan Indonesia. Diperoleh pada 3 Disember, 2011 daripada http://www.ukm.my

45