siti hafnia binti yunus · ssb = sistem saraan baru ... tajul ariffin (1990), telah menggariskan...

28
KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH UNTUK MEMASUKI KURSUS PENDIDIKAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS PENDIDIKAN YANG DIIKUTI. SITI HAFNIA BINTI YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongque

Post on 08-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH

MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH UNTUK MEMASUKI KURSUS

PENDIDIKAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS

PENDIDIKAN YANG DIIKUTI.

SITI HAFNIA BINTI YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,
Page 3: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH

MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH UNTUK MEMASUKI KURSUS

PENDIDIKAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS

PENDIDIKAN YANG DIIKUTI.

SITI HAFNIA BINTI YUNUS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian

Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 4: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,
Page 5: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,
Page 6: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

iv

DEDIKASI

“ Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Khas Untuk

Abah dan Maa Yang Tersayang,

YUNUS BIN MAT NOR

ROBEAH BINTI MUDA

Terima kasih atas segalanya..

Pengorbanan yang kau lakukan tidak dapat kubalas sepertimana kau berikan.

Istimewa Buat Adik-adik Yang Disayangi,

Hasnaidi, Haslan dan Hasrol

Teruskan perjuangan kalian..

Semoga kita dapat membalas segala pengorbanan maa abah kita.

Tidak Lupa Pada Yang Diingati,

Kak Ya, Nida, Na, Jiha, Lela dan An.

Ada kenangan diantara kita..

Juga Yang Teristimewa,

Mohd. Azhar Bin Mohd. Yusof

Terima kasih di atas keikhlasan dan bantuan yang diperolehi.

Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.Amin...

Page 7: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

v

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang ”

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam

kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. kaum keluarga dan para sahabatnya.

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufiq dan hidayahnya, saya dapat

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada P.M Dr Mohammad Yusof Bin

Arshad selaku pensyarah pembimbing di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar,

nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada rakan seperjuangan, 5 SPM dan juga

semua pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan UTM yang terlibat dalam memberikan

kerjasama secara langsung atau tidak langsung untuk saya menyiapkan projek ini.

Mudah-mudahan segala sumbangan kalian akan diberkati Allah S.W.T.

Akhir kata, saya berharap penyelidikan yang saya jalankan ini dapat memberi

manfaat kepada semua pihak dan semoga kita sentiasa dicucuri rahmat dari Alllah

S.W.T.

Sekian, wassalam..

SITI HAFNIA YUNUS

7 April 2006

Page 8: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

vi

ABSTRAK

Pemilihan bidang kursus di kalangan pelajar merupakan sesuatu yang amat

penting dalam menentukan arah masa depan seseorang pelajar. Tujuan utama kajian ini

adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan terhadap kursus pendidikan sebagai pilihan utama mereka sebelum memasuki

Universiti Teknologi Malaysia. Disamping itu kajian ini juga berperanan dalam

meninjau persepsi pelajar terhadap kursus pendidikan yang mereka ikuti sekarang. Data

berbentuk diskriptif ini diperolehi melalui borang soal selidik yang diisi oleh 200 orang

responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus

pendidikan di Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Sampel kajian dipilih secara rawak

mudah dan penganalisisan data dibuat menggunakan perisian Statistical Package For

Sosial Sience (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil daripada

kajian menunjukkan bahawa faktor sukakan cabaran, tarikan kursus dan faktor minat

telah banyak mempengaruhi pelajar dalam pemilihan ke kursus pendidikan. Implikasi

kajian ini adalah amat berguna kepada pihak-pihak yang terbabit dalam memberi

kesedaran mengenai kepentingan peranan yang bakal dimainkan dalam melahirkan

generasi yang berdaya saing dan berupaya menerajui pembangunan negara pada masa-

masa akan datang.

Page 9: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

vii

ABSTRACT

The selection of students’ in tertiary education programme is an important factor

in determining their future. The main purpose of this research was to identify factors

which influenced students decision to enroll in education programme in Universiti

Teknologi Malaysia. This research also aimed to investigate the students’ perceptions

towards the education programme enrolled. The descriptive data was obtained through

questionnaires which were answered by 200 respondents. The respondents were

students who are currently enrolled in various education programme in Faculty of

Education UTM. The research samples were selected as random. The data obtained

which were analyzed using the Statistical Package of the Social Sciences (SPSS)

software, in of mean and percentage. The findings of the research shows that factors

such as the challenging nature of the fields, fields which are appealing, as well as the

students’ interest influenced the students to enroll in education programme. The

implications of the research are important to people who are involved in creating the

awareness towards the role and needs to be played in order to develop a generation who

is competitive and capable of developing the country in the future.

Page 10: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Batasan Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

Page 11: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

ix

1.7.1 Kepentingan Terhadap Individu. 11

1.7.2 Kepentingan Terhadap Fakulti Pendidikan 11

UTM Skudai.

1.8 Definisi Operasi 12

1.8.1 Faktor 12

1.8.2 Pelajar 13

1.8.3 Kursus 13

1.8.4 Pendidikan 13

1.9 Kesimpulan 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Minat Terhadap Kerjaya Sebagai Pendidik 14

2.3 Pengaruh Keluarga Dan Rakan Dalam Kerjaya 16

Sebagai Pendidik.

2.4 Tugas Pendidik Kerjaya Mencabar 17

2.5 Kerjaya Sebagai Pendidik Pilihan Terakhir 20

2.6 Perubahan Skim Gaji Guru Menarik Minat 21

Masyarakat.

2.7 Faktor-Faktor Lain Yang Memainkan Peranan 23

2.8 Kesimpulan 25

Page 12: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

x

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB 3 METODOLOGI 26

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Persampelan 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Pengumpulan Data 31

3.8 Analisis Data 31

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB 4 ANALISIS DATA 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Penganalisaan Data 33

4.3 Analisis Bahagian A 34

4.4 Analisis Bahagian B 41

4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 65

4.6 Kesimpulan 66

Page 13: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

11

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN 67 DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 68

5.3 Kesimpulan 72

5.4 Implikasi Kajian 73

5.5 Cadangan Kajian akan Datang 75

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 76

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 79

Page 14: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan populasi dan sampel. 27

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar 28

Belakang Responden.

3.3 Taburan pilihan jawapan dalam Skala Likert. 29

3.4 Taburan pernyataan soal selidik mengikut faktor-faktor 29

yang telah mempengaruhi pelajar memilih untuk memasuki

kursus pendidikan di UTM Skudai.

3.5 Taburan pernyataan soal selidik bagi persepsi pelajar 30

terhadap kursus pendidikan yang sedang diikuti di Fakulti

Pendidikan UTM Skudai.

3.6 Pertunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap 32

Responden.

4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina. 34

4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa. 34

4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Negeri Asal. 35

4.4 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur. 36

4.5 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status 36

Perkahwinan.

4.6 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pengalaman 36

Mengajar.

4.7 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelulusan 37

Akademik Tertinggi.

4.8 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus 37

Pengajian.

Page 15: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

xiii

4.9 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Tahun 38

Pengajian.

4.10 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pilihan 39

Bagi Kursus Pendidikan.

4.11 Taburan dan ranking bagi faktor-faktor yang telah 39

mempengaruhi pelajar memilih untuk memasuki kursus

pendidikan daripada faktor yang paling penting sekali

kepada faktor yang kurang penting.

4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 41

Bagi Faktor Minat.

4.13 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 44

Bagi Faktor Pengaruh Keluarga.

4.14 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 47

Bagi Faktor Pengaruh Rakan.

4.15 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 50

Bagi Faktor Skim Gaji Yang Lumayan.

4.16 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 52

Bagi Faktor Peluang Pekerjaan.

4.17 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 54

Bagi Faktor Sukakan Cabaran.

4.18 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 56

Bagi Faktor Tarikan Kursus.

4.19 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 58

Bagi Faktor Kemudahan Fakulti.

4.20 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 60

Bagi Meninjau Persepsi Pelajar Terhadap Kursus

Pendidikan Yang Dijalani Di UTM, Skudai.

Page 16: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

xiv

4.21 Analisis keseluruhan bagi min responden yang menjawab 65

persoalan kajian bagi objektif 1 iaitu mengenai faktor-faktor

yang telah mempengaruhi pelajar untuk memasuki kursus

pendidikan.

4.22 Analisis keseluruhan bagi min responden yang menjawab 66

persoalan kajian bagi objektif 2 iaitu meninjau persepsi

pelajar terhadap kursus pendidikan.

Page 17: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

xv

SINGKATAN DAN SIMBOL

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

SPSS = Statistical Package For Sosial Sience

ICT = Information and Communication Technology

SSB = Sistem Saraan Baru

SSM = Sistem Saraan Malaysia

St.d = Standart deviation

% = Peratus

n = Bilangan

f = kekerapan

Page 18: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A. Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada 79

Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

B. Borang Soal Selidik 81

C. Hasil Analisis Data Kajian Rintis 89

Page 19: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan tonggak kemajuan sesebuah negara. Tanpa

pendidikan yang sempurna, para belia dalam sesebuah negara tidak dapat

berkembang maju dan tidak berupaya menggerakkan enjin pembangunan negara

secara efektif dan progresif. Di Malaysia, pendidikan memainkan peranan penting

dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Usaha utama

pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu yang memainkan peranan

yang positif dan berkesan dalam masyarakat.

Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara, iaitu untuk

melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk

keharmonian dan kemakmuran negara, reformasi dalam pendidikan amatlah penting.

Salah satu daripada reformasi ini adalah melahirkan golongan pendidik yang

berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku serta

berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan

Pendidikan dalam abad ke-21.

Menurut Pitchay Gani (2003), kerjaya sebagai pendidik merupakan salah satu

kerjaya yang menjadi tumpuan masyarakat pada hari ini. Secara umum, guru

dianggap sebagai seorang pendidik yang menyampaikan maklumat bersifat ilmu

kepada anak didiknya. Maklumat tersebut disampaikan dengan cara tertentu agar

Page 20: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

2

difahami dan dapat dipraktikkan oleh anak didik itu. Untuk menjadi seorang

pendidik, aspek penting yang diperlukan ialah memiliki sifat dedikasi dalam

menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, unggul dan komitmen yang

semaksimumnya terhadap anak didik, sekolah dan masyarakat. Atan Long (1984),

menyatakan tanggungjawab dalam kerjaya sebagai pendidik ialah pertamanya

memberikan didikan formal kepada anak didik dan keduanya sebagai ahli

masyarakat.

Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki

oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik, iaitu :

i. Memiliki keupayaan akademik yang cemerlang. Seseorang

guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai lebih mendalam

sesuatu ilmu pengetahuan sejajar dengan pertumbuhan ilmu

yang sentiasa berkembang sebelum disampaikan kepada anak

didiknya.

ii. Mempunyai minat yang penuh terhadap keseluruhan tugasnya,

baik di sekolah mahupun yang melibatkan masyarakat di luar

sekolah. Mereka perlu pantas mengikis sikap negatif yang

melihat kerjaya sebagai pendidik hanya mendapat upah atau

setelah menemui kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan lain

yang dihajati.

iii. Memahami dengan jelas segala tanggungjawabnya, baik dalam

pengurusan dalam bilik darjah atau luar sekolah.

Ciri-ciri ini adalah bertujuan untuk melahirkan golongan pendidik yang

mampu melaksanakan tugas dengan berkesan sekaligus dapat memimpin komuniti ke

arah masyarakat yang bernilai murni dan berilmu.

Secara amnya, objektif program pendidikan adalah untuk melahirkan

pendidik yang beretika dan berkeupayaan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Mereka juga diharap mampu mempunyai pelbagai kemahiran

termasuklah keusahawanan dan berupaya bekerja dalam pelbagai sektor. Namun,

sejauhmanakah kesungguhan atau kemampuan seseorang pendidik itu untuk

Page 21: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

3

menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada anak didik mereka? Ini amat berkait rapat

dengan faktor minat dan persepsi seseorang itu terhadap bidang perguruan. Satu

tinjauan telah dilakukan berkaitan dengan faktor-faktor yang telah mempengaruhi

pelajar untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai seterusnya menjadikan

kerjaya perguruan sebagai satu profesion.

Beberapa faktor telah dikenalpasti yang mendorong pelajar untuk menyertai

program kursus pendidikan atau latihan perguruan. Faktor-faktor yang menjadi

pendorong ini adalah berkait rapat dengan pekerjaan yang akan disandang selepas

pelajar menamatkan pengajian di dalam kursus pendidikan itu nanti. Faktor minat

(Amir Awang dalam Ahmad, 2004), pengaruh keluarga (Herma dalam Ahmad,

2004), pengaruh rakan (Atan Long, 1989), keistimewaan terhadap program yang

ditawarkan, kemudahan infrastuktur yang mencukupi, inginkan cabaran dalam

pekerjaan (Tajul Ariffin Nordin, 1990), faktor sukar mencari peluang pekerjaan (Nik

Zainun, 1988) dan skim gaji yang lumayan (Mok Soon Sang, 2003) merupakan

sebahagian daripada faktor yang mendorong pelajar memilih untuk memasuki kursus

pendidikan.

Menurut Ornstein dalam Shamsuddin (1999), terdapat faktor-faktor positif

dan negatif bagi seseorang ingin menjadi seorang pendidik. Faktor positifnya adalah

sukakan kanak-kanak, berkeinginan untuk menyebarkan pengetahuan, mempunyai

minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan dan mempunyai hasrat untuk

menyumbangkan khidmat kepada masyarakat. Manakala faktor negatifnya pula

terdapat jaminan pekerjaan dan pencen, masa kerja yang pendek dan terdapat cuti

yang panjang, kesukaran untuk memperolehi pekerjaan lain dan sesetengah individu

hanya inginkan pendapatan sementara sebagai persediaan untuk kerjaya lain.

Merujuk kepada Panduan Kriteria dan Jaminan Kualiti Bagi Program Bidang

Pendidikan (2003), program pendidikan yang baik seharusnya merangkumi beberapa

kurikulum yang telah dirancang supaya dapat memberi pengajaran yang bermakna

kepada para pelajar yang mengikuti kursus Pendidikan. Kurikulum tersebut

meliputi:-

Page 22: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

4

a) Bidang pengetahuan yang merangkumi kandungan subjek dan

pengetahuan profesional. Pengetahuan profesional adalah seperti

pedagogi dan andragogi, pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan

pembaikan program pengajian serta pengurusan dan pentadbiran

persekitaran pendidikan.

b) Kemahiran generik yang meliputi kemahiran interpersonal dan

berkomunikasi, kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran

pengurusan maklumat, kemahiran kepimpinan serta kamahiran

keusahawanan.

c) Kemahiran spesifik yang merangkumi kemahiran pengajaran,

kemahiran penaksiran, penilaian dan pengukuran. Kemahiran

perancangan, pengurusan dan penilaian pengajaran-pembelajaran /

program. Kemahiran memilih strategi dan gaya pembelajaran serta

teknik kaunseling dalam pengajaran.

d) Kemahiran penyelidikan yang merangkumi tinjauan kesusasteraan,

kaedah penyelidikan, penganalisisan data serta penulisan dan

pelaporan.

e) Nilai dan sikap yang termasuk pematuhan kepada kod etika

profesion pendidikan, cinta terhadap ilmu dan pembangunan

profesional yang berterusan, bersikap adil dan memberi peluang

yang saksama kepada semua pelajar, bertanggungjawab dan

berdisiplin serta mendokong falsafah pendidikan negara.

f) Pembelajaran sepanjang hayat serta pemupukan dan perkembangan

bakat.

Page 23: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, perkembangan dalam latihan perguruan begitu pesat

sekali. Perkembangan yang berlaku adalah semata-mata untuk mempertingkatkan

lagi kualiti pendidikan guru selaras dengan keperluan dan ideologi masa kini.

Selaras dengan perkembangan ini, pemilihan calon untuk melibatkan diri dalam

kerjaya sebagai pendidik amat dititikberatkan.

Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

kursus sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Faktor-faktor tersebut adalah seperti:-

1.2.1 Faktor Minat

Tugas sebagai pendidik bukan sahaja setakat mengajar, mendidik dan

membimbing murid-muridnya malah lebih daripada itu. Oleh itu, seseorang individu

yang ingin menceburkan diri dalam kursus pendidikan harus mempunyai minat yang

mendalam terhadap kursus tersebut. Menurut Sherzter dalam Anthony (2003), minat

ialah perasaan mendalam, kegemaran, atau keinginan hendak tahu tentang sesuatu.

Tambahnya minat penting dalam perancangan kerjaya kerana minat menyebabkan

seseorang sanggup menggunakan banyak masa untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Maksud minat boleh dikatakan sebagai suatu daya yang memberansangkan

seseorang individu dalam menumpukan perhatian terhadap seseorang lain, sesuatu

benda ataupun sesuatu aktiviti. Minat pelajar untuk memasuki kursus pendidikan

juga bolehlah dikaitkan dengan persepsi pelajar itu sendiri terhadap program kursus

pendidikan yang ditawarkan di UTM Skudai.

Terdapat perbezaan minat diantara pelajar lelaki dan perempuan terhadap

program kursus pendidikan yang ditawarkan di UTM Skudai. Berdasarkan kajian

yang telah dibuat oleh Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan dalam Kamarudin

(2000), didapati bilangan guru pelatih perempuan adalah lebih ramai dari guru

Page 24: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

6

pelatih lelaki dengan nisbah 74:26. Sementara itu, perangkaan tahun 1998 oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kamarudin (2000) juga menunjukkan

jumlah guru lelaki ialah 35407 orang manakala guru perempuan pula ialah 56722

orang. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap minat golongan lelaki terhadap

profesion sebagai pendidik adalah berkurangan berbanding dengan golongan

perempuan.

1.2.2 Pengaruh Keluarga Dan Pengaruh Rakan

Kemasukan pelajar ke kursus pendidikan juga dipengaruhi oleh pengaruh

keluarga dan pengaruh rakan. Sebelum membuat sesuatu keputusan yang rumit,

seseorang itu biasanya akan merujuk kepada insan yang terdekat dengan mereka.

Bagi pelajar di peringkat umur remaja, mereka lebih cenderung untuk merujuk

kepada ibubapa mereka selain daripada rakan sebaya dalam membuat sesuatu

keputusan.

Mohamed (1990) ada menjelaskan, hubungan bersifat demokratik di dalam

keluarga bererti hubungan yang bercorak saling menghormati dan menghargai

peribadi. Dalam suasana ini, anak diberi kesempatan berfikir sendiri atas keyakinan

orang tuanya terhadap kemampuan mereka. Minat dan kemampuan anak dihargai

dan ini akan menyebabkan anak akan terus berusaha sendiri. Menurut Roe dalam

Ahmad (2004), hubungan antara anak dan ibubapa merupakan faktor penggerak

utama pemilihan kerjaya seseorang.

1.2.3 Inginkan Cabaran

Terdapat segolongan masyarakat memandang kursus pendidikan sebagai

kursus yang tidak popular jika dibandingkan dengan kursus yang lain. Ini kerana

kerjaya sebagai pendidik dikatakan tidak terlalu mencabar bagi mereka yang sukakan

cabaran. Menurut Bajury Markom (2000),

Page 25: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

7

“Kerjaya perguruan menjadi pilihan terakhir. Bagi mereka,

kerjaya seorang guru tidak terlalu mencabar dalam zaman yang

serba maju. Jadi apabila pekerjaan yang disandang bukan lahir

daripada minat yang mendalam, kualiti yang dipamerkan kurang”

Bagaimanapun masalah disiplin di kalangan pelajar pada hari ini telah

menjadikan kerjaya sebagai pendidik merupakan satu kerjaya yang semakin

mencabar. Kamarudin Hj. Kachar (1989) menyatakan, peranan sebagai pendidik

dalam masyarakat moden terlalu banyak dan rumit. Para guru sentiasa mencari

penyelesaian untuk menangani sebarang masalah yang timbul dikalangan pelajar.

Cabaran dan dugaan dalam menjadi seorang pendidik telah menjadikan ia sebagai

salah satu faktor yang telah mempengaruhi pelajar memasuki kursus pendidikan.

1.2.4 Peluang Pekerjaan

Suatu ketika dahulu profesion perguruan disifatkan antara kerjaya yang

kurang mencabar dan kursus pendidikan sering menjadi pilihan terakhir pelajar bagi

memasuki atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Bagaimanapun,

pemilihan kerjaya merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang

individu kerana kerjaya yang dipilih sedikit sebanyak akan menentukan corak yang

akan dimainkan oleh seseorang individu dalam masyarakat nanti.

Pada hari ini, tanggapan masyarakat terhadap profesion perguruan adalah

berbeza jika hendak dibandingkan dengan suatu waktu dahulu. Masyarakat sekarang

menganggap guru sebagai satu pekerjaan yang sesuai dan paling istimewa untuk

kaum wanita. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian daripada generasi

muda, khususnya lelaki memandang rendah terhadap profesion perguruan. Keadaan

ini menyebabkan kursus pendidikan pada hari ini dikuasai oleh golongan wanita

berbanding lelaki. Ee Ah Meng dalam Shamsuddin (1999) ada menyatakan terdapat

guru pelatih lelaki yang bersetuju bahawa mereka memilih kerjaya perguruan kerana

tiada pilihan lain setelah tidak berjaya menceburi kerjaya yang mereka minati.

Page 26: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

8

Kewibawaan guru wanita tidak perlulah dipertikaikan tetapi kekurangan guru

lelaki tidak wajar dipandang remeh kerana pelbagai masalah lain mungkin timbul

kesan daripada permasalahan ini. Memandangkan betapa pentingnya peranan guru

dalam masyarakat dan isu kekurangan guru lelaki di negara kita, pengkaji ingin

mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar untuk memasuki

kursus pendidikan dan seterusnya menjadikan kerjaya pendidik sebagai satu

profesion.

1.2.5 Skim Gaji Yang Lumayan

Kebanyakan masyarakat sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu

berdasarkan apa yang mereka miliki dan apa yang mereka lakukan. Oleh kerana

ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain, profesion perguruan

dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila mereka tidak

mendapat pekerjaan yang mereka idam-idamkan, mereka akan beralih kepada

profesion perguruan. Namun perubahan di dalam skim gaji guru pada hari ini telah

dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap apa yang telah mereka fikirkan dan

sekaligus telah menjadikan faktor gaji sebagai salah satu faktor tarikan untuk

masyarakat menceburkan diri dalam kerjaya sebagai pendidik.

1.2.7 Tarikan Terhadap Program Yang Ditawarkan Dan Kemudahan Fakulti.

Sebelum memilih untuk memasuki kursus pendidikan, pelajar terlebih dahulu

akan membuat penilaian ke atas beberapa aspek yang berkaitan dengan kursus ini.

Pelajar akan memastikan sama ada matapelajaran yang ditawarkan melalui kursus ini

menarik dan bersesuaian dengan minat mereka. Seterusnya pelajar juga akan

mengambil kira aspek-aspek kemudahan yang disediakan oleh pihak fakulti melalui

program yang disertai. Sidek Mohd Noah dalam Ahmad (2004) ada menyatakan,

pemilihan kerjaya secara terpaksa seringkali menimbulkan masalah kepada individu

yang terlibat. Masalah akan timbul apabila individu merasakan program pengajian

yang diikutinya atau pekerjaan yang dilakukannya tidak selaras dengan ciri-ciri

minat dan personaliti yang dimilikinya.

Page 27: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

9

Apakah fenomena yang berlaku di atas menunjukkan mereka yang memilih

profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau bercita-cita

menjadi seorang pendidik? Dari persoalan ini, pengkaji membuat keputusan untuk

membuat kajian terhadap faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih

untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai. Dari perbincangan di atas,

pengkaji menetapkan faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah minat

seseorang terhadap profesion perguruan, pengaruh keluarga, pengaruh rakan,

keistimewaan terhadap program yang ditawarkan, kemudahan infrastuktur fakulti

yang mencukupi, inginkan cabaran dalam pekerjaan, faktor sukar mencari peluang

pekerjaan dan skim gaji yang lumayan.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pelajar perlu membuat pemilihan yang tepat terhadap kursus yang

akan mereka sertai sebelum mereka meneruskan pengajian ke kursus sesuatu bidang.

Ini kerana sebarang kursus yang mereka ikuti akan menjuruskan kerjaya yang akan

mereka sertai selepas berjaya menamatkan sesustu kursus. Kenyataan ini adalah

bersesuaian dengan pemilihan pelajar ke kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan,

UTM. Pemilihan pelajar ke kursus pendidikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor

yang mendorong seseorang pelajar memilih untuk memasuki kursus pendidikan

seterusnya menjadikan kerjaya sebagai pendidik sebagai satu profesion.

Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah adakah kursus pendidikan ini sesuai

pada mereka? Apakah faktor-faktor yang telah mendorong mereka untuk memasuki

kursus pendidikan ini? Adakah kursus pendidikan adalah hanya sesuai untuk

golongan wanita? Adakah pelajar-pelajar ini yang tidak pernah ada pengalaman

mengajar dapat menguasai semua kemahiran di dalam kursus pendidikan ini?

Seterusnya, adakah mereka memohon memasuki kursus ini atas kerelaan

mereka ataupun terdapat sebab-sebab lain? Adakah ini merupakan pilihan pertama

mereka iaitu menjadi seorang pendidik? Jika tidak, bolehkah kursus pendidikan ini

dapat menimbulkan minat mereka supaya dapat menjadi seorang pendidik yang

Page 28: SITI HAFNIA BINTI YUNUS · SSB = Sistem Saraan Baru ... Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik,

10

berwibawa pada suatu hari kelak? Berdasarkan kepada pernyataan masalah

ini, objektif kajian ada dinyatakan dalam 1.4.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini ialah:-

1.4.1 menentukan faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih

untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai.

1.4.2 meninjau persepsi pelajar terhadap kursus pendidikan yang diikuti di

UTM Skudai.

1.5 Persoalan Kajian

Seterusnya, persoalan kajian ialah :-

i. Apakah faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih untuk

memasuki kursus pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai?

ii. Adakah mereka benar-benar berminat untuk menjadikan bidang

perguruan sebagai profesion mereka?

iii. Apakah tanggapan atau persepsi mereka terhadap kursus pendidikan yang

sedang diikuti di Universiti Teknologi Malaysia Skudai?