sistem tanaman paksa di pulau jawa

13
Pengenalan Orang Eropah pertama yang pertama sekali datang ke Indonesia ialah orang Portugis dan diikuti oleh Belanda pada penghujung abad ke-16 dan tujuan utama mereka adalah untuk berniaga 1 . Namun, demi menjaga kepentingan ekonomi mereka, dasar Belanda yang tidak campur tangan terhadap pentadbiran tempatan telah berubah. Keadaan hura-hara akibat perang antara kerajaan di Indonesia telah menyebabkan ada di antara kerajaan-kerajaan ini yang meminta bantuan Belanda. Keadaan ini dimafaatkan oleh Belanda yang ketika itu tidak mahu kepentingan ekonomi mereka terjejas akibat peperangan yang sering terjadi antara kerajaan-kerajaan di Indonesia. Antara tahun 1816 dan 1830, dasar kerajaan Belanda adalah tidak tetap dan bertukar-tukar di antara hendak membuka Kepulauan Hindia Timur kepada usaha-usaha individu dan balik kepada suatu sistem monopoli kerajaan yang lebih kurang sama dengan sistem yang telah syarikat jalankan dahulu. Akibat perang Napoloen, pemberontakan secara besar-besaran yang terjadi di Jawa antara 1825-1830, dan perang yang gagal di Belgium, Raja Belanda ketika itu telah mengarahkan van de 1 Kahin, Major Governmants of Asia, hlm 240. 1

Upload: wilma-no-bias

Post on 01-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengenalan sistem tanaman paksa oleh van de Bosch pada tahun 1830 tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat di Hindia Belanda atas beberapa faktor.

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Pengenalan

Orang Eropah pertama yang pertama sekali datang ke Indonesia

ialah orang Portugis dan diikuti oleh Belanda pada penghujung abad ke-16

dan tujuan utama mereka adalah untuk berniaga1. Namun, demi menjaga

kepentingan ekonomi mereka, dasar Belanda yang tidak campur tangan

terhadap pentadbiran tempatan telah berubah. Keadaan hura-hara akibat

perang antara kerajaan di Indonesia telah menyebabkan ada di antara

kerajaan-kerajaan ini yang meminta bantuan Belanda. Keadaan ini

dimafaatkan oleh Belanda yang ketika itu tidak mahu kepentingan

ekonomi mereka terjejas akibat peperangan yang sering terjadi antara

kerajaan-kerajaan di Indonesia.

Antara tahun 1816 dan 1830, dasar kerajaan Belanda adalah tidak

tetap dan bertukar-tukar di antara hendak membuka Kepulauan Hindia

Timur kepada usaha-usaha individu dan balik kepada suatu sistem

monopoli kerajaan yang lebih kurang sama dengan sistem yang telah

syarikat jalankan dahulu. Akibat perang Napoloen, pemberontakan secara

besar-besaran yang terjadi di Jawa antara 1825-1830, dan perang yang

gagal di Belgium, Raja Belanda ketika itu telah mengarahkan van de

Bosch merangka satu rancangan bagaimana Indonesia dapat digunakan

untuk membantu ekonomi Belanda. Pengenalan sistem tanaman paksa

oleh van de Bosch pada tahun 1830 tidak mendapat tentangan hebat

dalam kalangan masyarakat di Hindia Belanda atas beberapa faktor.

Ciri-ciri Sistem Tanaman Paksa

1 Kahin, Major Governmants of Asia, hlm 240.

1

Page 2: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Pemerintahan Indonesia dibawah van de Bosch lebih kurang sama

dengan corak pentadbiran gabenor-gabenor sebelumnya iaitu sejak tahun

1808 lagi. Beliau menjalankan sistem cukai tunai dan menjalankan

pentadbiran birokrasi biasa di mana pusat pentadbirannya berada di

tangan sekumpulan pegawai-pegawai Eropah. Meskipun begitu, berlainan

dengan gabenor-gabenor Jeneral yang dahulu daripadanya, van de Bosch

berazam hendak memerintah dengan mengekalkan pentadbiran

tradisional. Hal ini demikian kerana sistem ini memerlukan sokongan

pribumi pulau Jawa itu sendiri untuk melaksanakannya kerana sistem ini

melibatkan petani-petani Pulau Jawa dan dengan adanya pengaruh

pembesar maka mudah bagi Belanda melaksanakan sistem ini.

Sistem tanaman paksa memperuntukkan 1/5 daripada tanah petani

untuk tanaman eksport yang ditetapkan oleh kerajaan seperti tebu, kopi,

tembakau, cengkih, kayu manis, teh, nila dan sebagainya. Tanah yang

diperuntukkan untuk tanaman eksport ini dikecualikan daripada bayaran

cukai malah jika tanaman eksport ini musnah akibat bencana alam seperti

banjir dan kemarau, kerugiannya akan ditanggung oleh kerajaan Belanda.

Masa yang ditetapkan untuk tanaman eksport dikerjakan ialah dalam 66

hari setahun. Petani-petani akan bekerja di atas arahan pembesar-

pembesar tempatan yang diawasi oleh penyelia-penyelia Belanda. Gaji

para pembesar tempatan dan penyelia Belanda adalah berdasarkan

sistem peratus daripada hasil pengeluaran kawasan masing-masing.

Semakin tinggi pengeluaran hasil tanman eksport, maka semakin tinggi

komisen yang mereka perolehi. Pengkhususan kerja akan dilaksanakan

yang mana petani-petani ditetapkan sama ada untuk membajak,

2

Page 3: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

menanam, menjaga tanaman, menuai dan memungut hasil hutan.

Seterusnya tugas mengeksport hasil pertanian menjadi tanggungjawab

Belanda dibawah syarikat perkapalan yang ditubuhkan pada tahun 1824.

Syarikat perkapalan ini diberi hak monopoli untuk membeli, mengangkut

dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah. Semua hasil

tanaman akan dihantar ke pusat pengumpulan dan jika ada lebihan, maka

lebihan tersebut akan dipulangkan kepada petani. Pribumi yang tidak

memiliki tanah dikehendaki bekerja untuk tanaman eksport 66 hari

setahun malah sebuah badan kebajikan juga ditubuhkan dibawah sistem

ini bagi menjaga kebajikan para petani di Jawa. Berdasarkan ciri-ciri

sistem tanaman paksa ini, dapat kita lihat bahawa sistem ini

menguntungkan semua pihak termasuklah pihak kerajaan dan petani

Jawa. Keadaan ini jugalah yang menjadi salah satu faktor sistem ini tidak

mendapat tentangan masyarakat di Hindia Belanda pada peringkat awal.

Namun ciri-ciri sistem tanaman paksa ini bukan semuanya ditepati

malah hampir semua tidak ditepati dan pada akhirnya menindas para

pribumi. Oleh itu boleh dikatakan ciri-ciri sistem tanaman paksa ini hanya

pada teori saja menguntungkan semua pihak. Kesan perang yang berlaku

di Jawa misalnya sebelum sistem ini dilaksanakan merupakan faktor

penting yang mengakibatkan sistem tanaman paksa ini tidak mendapat

tentangan hebat masyarakat Hindia Belanda.

Perang Jawa

Perang Jawa meletus pada tahun 1825 dan merupakan perang

besar di Jawa pada ketika itu dibawah pimpinan Putera Diponegoro, anak

3

Page 4: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

kepada Sultan Amangkubuwana III2. Perang ini juga dinamakan perang

Deponogoro yang diambil sempena nama Diponegoro. Perang Jawa ini

berlaku akibat rancangan Belanda yang ingin membina jalan raya dari

Megelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang

Diponegoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda ini diaggap menjejaskan

kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Diponegoro. Tambahan pula

pihak Belanda tidak berunding dengannya terlebih dahulu dan

menyerahkan tanggungjawab membina jalan raya tersebut kepada

musuhnya iaitu Menteri Pateh Denvredjo.

Seterusnya, pembatalan sistem sewa yang diamalkan selama ini

oleh ven de Capellan pada tahun 1824 menimbulkan bantahan daripda

golongan petani-petani di Jawa dan golongan bangsawan terutamanya di

Jogjakarta dan Surakarta. Pengusaha Eropah dan Cina tidak lagi

dibenarkan menyewa tanah-tananh dan keadaanl ini menutup sumber

pendapatan tuan tanah. Diponegoro merupakan antara tuan tanah yang

menyewakan tanahnya kepada pengusaha Eropah dan Cina. Seterusnya,

penindasan orang Cina yang bekerja sebagai pemungut cukai kepada

Belanda turut menjadi faktor meletusnya perang Jawa3. Orang Cina pada

ketika itu mengambil kesempatan mengenakan bayaran cukai yang lebih

tinggi dari apa yang telah ditetapkan oleh Belanda. Mereka juga turut

bertindak sebagai orang tengah yang banyak mengambil keuntungan dan

peminjam wang dan mengenakan bunga yang tinggi.

2 Grant, Indonesia, hlm 13.3 Penders, Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism, hlm 48.

4

Page 5: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Ketokohan Diponegoro mendapat sokongan rakyat biasa dan para

pembesar yang hebat seperti Pangeran Natadningrat, Pangeran

Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut. Dalam

perjuangannya, Diponegoro banyak mendapat sokongan pemerintahan

tempatan dan golongan elite tradisional turut menyertainya bersama

pengikut-pengikut mereka menentang Belanda. Diponegoro membentuk

pasukan tentera dan mampu menyerang tentera Belanda pada ketika itu.

Apabila Diponegoro menyedari yang kekuatan tenteranya sudah

tidak dapat menandingi tentera Belanda pada ketika itu, beliau

membentuk pula pasukan tentera gerila yang mahir4. Sepanjang perang

Jawa ini berlangsung, banyak pengikut Diponegoro yang terdiri daripada

golongan elite tradisional yang dikenali sebagai priyayi terkorban.

Akhirnya Diponegoro ditangkap pada 28 Mac 1830 dan dibuang ke

Medano kemudian dipindahkan ke Makasar di Benteng dan akhirnya wafat

pada 8 Januari 18555. Demikianlah Belanda berjaya menghapuskan

seluruh pemberontakan dibawah Diponegoro dan keadaan aman seketika

di Jawa. Sebahgian pengikut Diponegoro terselamat daripada menjadi

korban perang Jawa. Namun golongan priyayi ini kehilangan kuasa dalam

politik selepas perang Jawa. Selepas Belanda memegang pulau Jawa,

mereka tidak lagi ada kuasa di kawasan masing-masing dan menjadi

pemungut cukai kepada Belanda.

Semasa sistem tanaman paksa ini dilaksanakan sepanjang 100

tahun di pulau Jawa, tiada tentangan yang hebat daripada masyarakat

4 Tas, Sal, Indonesia: The Underdeveloped Freedom, hlm51.5 Kartodirdjo, Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialism, hlm 161.

5

Page 6: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Hindia Belanda. Walaupun sistem ini hanya pada teorinya

menguntungkan pihak kerajaan Belanda dan pribumi pulau Jawa namun

ternyata ianya lebih banyak menindas pribumi. Sebagai contoh, para

petani dipaksa bekerja lebih dari 66 hari setahun malah bekerja

sepanjang tahun tanpa adanya pengkhususan pekerjaan, seluruh tanah

dipaksa diperuntukkan untuk tanaman eksport malah dikenakan cukai,

menjual hasil tanaman kepada kerajaan pada harga yang lebih rendah

daripada harga pasaran, dikerah melakukan kerja-kerja lain seperti

membina jalan raya dan jambatan, badan kebajikan yang dijanjikan untuk

menjaga kebajikan para petani juga tidak ditubuhkan.

Keadaan ini mengakibatkan kesengsaraan hidup penduduk Pulau

Jawa yang bekerja sebagai petani sehingga mengakibatkan kebuluran

Tegal, Cheribon, dan Priangan. Namun tiada satu pun pembesar yang

bangkit membela nasib para petani ini. Para pembesar selepas perang

Jawa tidak lagi berani bangkit menetang Belanda kerana hidup mereka

bergantung kepada Belanda. Pembesar tempatan mendapat tekanan

daripada pihak Belanda yang bertindak menghapuskan sesiapa saja yang

bangkit menentang mereka. Pembesar-pembesar selepas perang Jawa

hanya mengikut telunjuk dan perintah kerjaaan Belanda tanpa ada yang

berani menentang.

Sumbangan Sistem Tanaman Paksa

Sistem tanaman paksa juga tidak mendapat tentangan hebat dalam

kalangan masyarakat Hindia Belanda di Eropah pada peringkat awal.

Perang Napeleon yang berlaku pada 1795-1815, telah membebankan

6

Page 7: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

ekonomi Belanda yang mana Belanda terpaksa mengeluarkan

perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi Perancis. Pada tahun 1795,

Belanda dikuasai oleh Perancis dan segala hasil Belanda dirampas.

Akibatnya Belanda kehilangan jajahannya yang terpaksa diserahkan

kepada British mengikut surat Kew 1795 dan Raffles memegang tanah

jajahan Belanda di Hindia Timur6. Pada 1815, hutang Belanda yang

berjumlah 600 juta guilders telah meningkat kepada 900 juta guilders

pada tahun 1830. Tambahan lagi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh

Belanda akibat pemberontakan-pemberontakan yang berlaku di Pulau

Jawa terutamanya dalam perang Jawa.

Pengenalan sistem tanaman paksa dilihat sebagai penyelamat

kepada krisis ekonomi Belanda. Kejayaan sistem baharu itu dari segi

Belanda boleh diukur dari kenyataan yang mana sehingga tahun 1877,

hasil daripada sistem ini, Belanda telah menjelaskan hutang-hutang

Syarikat Hindia Timur sebanyak 35, 500, 000 guilders. Selain itu, hasil

sistem tanaman paksa juga telah memberi sumbangan kepada

perbendaharaan negeri Belanda sejumlah 664, 500, 000 guilders7. Melihat

kepada sumbangan besar sistem tanaman paksa kepada kerajaan

Belanda, dapat kita lihat pada peringkat awal tiada penentangan hebat

dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda terutamannya dalam

kalangan pemerintah kerajaan Belanda.

Selain itu, krisis politik dan ekonomi di Belanda ketika itu

mengakibatkan masyarakat di Belanda kurang memberi perhatian kepada

6 Fischer, The Story of Indonesia, hlm 23.7 Kahin, Nationalism and Revolution in Indonesia, hlm 14.

7

Page 8: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

hal-hal yang berlaku diluar negara mereka. Mereka lebih menumpukan

perhatian kepada masalah yang dihadapi negara mereka. Namun hal ini

hanya faktor sampingan kepada sebab pengenalan sistem tanaman paksa

tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat Hindia

Belanda kerana pada akhirnya mereka turut menentang sistem tanaman

paksa atas kepentingan mereka sendiri sama ada dalam aspek ekonomi

mahupun politik terutamanya penentangan oleh golongan Liberal.

Pemerintahan Belanda yang Konservatif

Fahaman Liberal juga pada ketika itu belum berkembang, maka

tiada dasar yang bertentangan dengan sistem tanaman paksa pada

peringkat awal. Lebih-lebih lagi perlembagaan negara Belanda pada tahun

1815 bersifat konservatif, dalam perlembagaan tersebut, tanah jajahan

Belanda adalah kekuasaan persendirian raja Belanda dan pentadbirannya

tidak boleh dipersoalkan atau dikawal oleh parlimen Belanda. Oleh itu,

seseorang yang mempersoalkan pentadbiran negaranya dianggap tidak

setia.

Tetapi dengan pemulihan kemakmuran, dan fahaman liberal mulai

berkembang pesat di Eropah, semangat Liberal bertambah kuat dan

perhatian pemulihan-pemulihan itu tertumpu kepada menghapuskan hak-

hak diraja ke atas hal ehwal jajahan8. Golongan Liberal mula bersuara

menentang sistem tanaman paksa yang banyak menindas pribumi pulau

Jawa. Jelaslah disini bahawa pengenalan sistem tanaman paksa pada

peringkat awal saja tidak mendapat tentangan masyarakat Hindia

8 Desmond Tate, Inodnesia: Rodi Tanaman, hlm 34

8

Page 9: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Belanda. Hal ini demikian kerana pada akhirnya ramai yang bangkit

menentang sistem tanaman paksa terutamanya golongan Liberal.

Kesimpulan

Ketiadaan para pembesar yang mempu menyatukan penduduk Jawa

menentang Belanda merupakan faktor paling penting yang

mengakibatkan sistem tanaman paksa tidak mendapat tentangan hebat

dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda pada ketika itu. Golongan

Liberal yang bangkit menentang pada akhirnya pula ternyata hanya

menggunakan isu penindasan pribumi untuk mengkaburi niat sebenar

mereka yang memperjuangkan kepentingan ekonomi dan politik mereka.

Dasar Liberal ini lebih kurang sama dengan sistem tanaman paksa dan

kedua-dua sistem ini hanya mengeksplotasi pertanian di Pulau Jawa.

Bibiografi

Kahin, George McTurnan (ed). 1969. Governments And Politics Of Southeast Asia. Ithaca, New York:

Cornell University Press.

Kahin, George McTurnan (ed). 1969. Nationalism And revolution In Indonesia. Ithaca, New York:

Cornell University Press.

Tas, Sal. 1905. Indonesia: The Underdeveloped Freedom. New York: The Bobbs-Merrill Company , Inc.

Grant, Bruce. 1964. Indonesia. London and New York: Cambrige University Press.

Legge, J.D. 1964. Indonesia. Englewood Cliffs.

Kartodirdjo, Sartono (ed). 1973. Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialisme. Jakarta.

9

Page 10: Sistem Tanaman Paksa di Pulau Jawa

Penders, C. L. M. 1977. Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism. Nertherland:

University of Queensland Press.

Tate, Desmond. 1978. Inodnesia: Rodi Tanaman. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Pane, Sanusi. 1956. Sejarah Indonesia. Jakarta: Perputakaan Perguruan Kem. P. P dan K.

Fischer, Louis. 1973. The Story of Indonesia. New York: Greenwood Press, Publishers.

10