sistem pentadbiran pendidikan awam (report)

9
1.0 SISTEM PENTADBIRAN PENDIDIKAN AWAM 1.1 Pengenalan Perkataan “pentadbiran” mempunyai pengertian yang amat luas, dan ianya meliputi beberapa aspek kehidupan harian kita dalam masyarakat yang bertambah kompleks ini. Berikut adalah erti istilah perkataan “pentadbiran” yang dikemukakan oleh beberapa orang penyelidik iaitu pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. (Kamaruddin Kachar,1990) Menurut Campbell (1983), Pentadbiran pendidikan bersifat pusingan dan mempunyai komponen – komponen seperti membuat keputusan, merancang, menyelaras dan menilai. Selain itu pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan dan pengurusan kakitangan, pengarahan pendidikan, penyelarasan program dan projek pendidikan. Ia juga melibatkan proses membuat keputusan, membina semangat, menwujudkan perubahan, penyelesaian masalah dan kepimpinan. (Kamaruddin Kachar, 1990) 1 | Page

Upload: sya-kila

Post on 24-Dec-2015

202 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

SISTEM PENTADBIRAN PENDIDIKAN AWAM DI MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

1.0 SISTEM PENTADBIRAN PENDIDIKAN AWAM

1.1 Pengenalan

Perkataan “pentadbiran” mempunyai pengertian yang amat luas, dan

ianya meliputi beberapa aspek kehidupan harian kita dalam masyarakat yang

bertambah kompleks ini. Berikut adalah erti istilah perkataan “pentadbiran”

yang dikemukakan oleh beberapa orang penyelidik iaitu pentadbiran

pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan

menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian

matlamat pendidikan. (Kamaruddin Kachar,1990)

Menurut Campbell (1983), Pentadbiran pendidikan bersifat pusingan

dan mempunyai komponen – komponen seperti membuat keputusan,

merancang, menyelaras dan menilai.

Selain itu pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan

yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan dan

pengurusan kakitangan, pengarahan pendidikan, penyelarasan program dan

projek pendidikan. Ia juga melibatkan proses membuat keputusan, membina

semangat, menwujudkan perubahan, penyelesaian masalah dan kepimpinan.

(Kamaruddin Kachar, 1990)

Berdasarkan pandangan – pandangan di atas, dapat disimpulkan bahawa

pentadbiran pendidikan adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi

pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan

yang telah ditentukan. Pentadbiran Pendidikan mempunyai tujuan utama untuk

meningkatkan lagi kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,

memaksimumkan proses pengajaran – pembelajaran berdasarkan sumber

fizikal dan manusia yang ad di dalam sistem pendidikan.

1 | P a g e

Page 2: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

1.2 Latar Belakang Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan awam di Malaysia

dibentuk berdasarkan sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan

di Malaysia merupakan sisitem pendidikan berpusat, dengan itu struktur

pentadbiran pendidikan juga berpusat dan mempunyai 4 perinkat dalam

kedudukan organisasi pentadbiran, iaitu peringkat perseketuan, peringkat

negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah. (Al Ramaiah,1999)

PERINGKATORGANISASI YANG MEWAKILI

PERINGKAT PENTADBIRAN

PEMIMPIN PADA

PERINGKAT PENTADBIRAN

Persekutuan Kementerian Pendidikan Menteri Pendidikan

Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Pengarah Pendidikan Negeri

Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Pegawai Pendidikan Daerah

Sekolah Sekolah Pengetua/Guru Besar

1.3 Peranan Pengurusan Pendidikan Awam

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh

struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai peranan - peranan yang

tertentu di mana setiap peranan itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain.

Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua

sumber dengan berkesan.

Antara peranan yang terpenting yang dapat kita lihat sehingga sekarang

adalah untuk melahirkan warganegara yang bersatu padu melalui pengurusan

pendidikan dapat kesepaduan di antara warganegara yang mempunyai pelbagai

kaum dan etnik. Contohnya, wujudnya aliran pendidikan mengikut etnik

seperti sekolah aliran Melayu, Tamil dan Cina.

2 | P a g e

Page 3: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

Selain itu, walaupun terdapat pelbagai aliran, tetapi melalui sistem

penilaian peperiksaan dilakukan secara sama rata dan tertakluk di bawah

kurikulum sekolah yang sama walaupun mempunyai aliran yang berbeza.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana

ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi.

Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan,

tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana

sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak

dari berkembang sama. 

Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan.

Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti  generasi baru yang dihasilkan.

Kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan

Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar

yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job

market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti

akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah

Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi

melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki

keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam

masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan

1.4 Cara Pendidikan Diuruskan Dari Segi Aspek Kurikulum

1.4.1 Definisi Kurikulum

Mengikut Keer J. K., (1968) mentakrifkan kurikulum sebagai semua

pelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan

secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah.

3 | P a g e

Page 4: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

Manakala Hirst (1975) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program

yang mengandungi aktiviti – aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk

membolehkan murid – murid mencapai objektif yan ditentukan.

Nicholls S.H. dan Nicholls A (1978) mentakrifkan kurikulum sebagai

semua kesempatan pembelajaran yang dirancangkan oleh guru – guru untuk

murid – murid sekolahnya.

Berdasarkan definisi dan huraian di atas, kita boleh rumuskan

kurikulum sekolah sebagai rancangan yang merangkumi aktiviti – aktiviti

akademik contohnya sukatan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran mata –

mata pelajaran dan aktiviti – aktiviti kokurikulum.

1.4.1.1 Perancangan

Dalam bidang pengurusan pendidikan, perancangan merupakan satu

perkara yang diberi keutamaan. Sebagai contoh di sekolah, pihak pentadbir

akan menyediakan satu perancangan sebelum bermulanya suatu sesi baru

persekolahan. Oleh sebab itu, semua pentadbir sekolah akan mengadakan

mesyuarat dengan semua guru-guru termasuk menyediakan takwim sekolah

untuk sesi seterusnya serta perancangan pada sesi tersebut.

Dengan cara ini, semua pentadbir dan guru-guru telah mendapat

gambaran awal tentang matlamat yang hendak dicapai pada tahun tersebut.

Selain itu, perancangan yang ada juga membolehkan guru menyediakan

strategi atau bahan-bahan yang diperlukan bagi mencapai sesuatu matlamat

tersebut. Pihak pentadbir sekolah juga secara tidak langsung boleh

mendapatkan sumber-sumber seperti sumber manusia, sumber kewangan,

sumber fizikal dan lain-lain bagi melaksanakan perancangan tersebut.

4 | P a g e

PERANCANGAN

PENILAIANLATIHAN

Page 5: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

1.4.1.2 Latihan

Latihan ialah proses melaksanakan kurikulum yang telah dibentuk

melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan sumber

dalam melaksanakan kurikulum. Latihan diperlukan untuk membolehkan

kurikulum disampaikan.

Contohnya, guru mengajar pelajar-pelajarnya di dalam kelas mengikut

silibus yang di rancangkan.

1.4.1.3 Penilaian

Penilaian adalah melakukan penilaian terhadap keberkesanan kurikulum

serta merekabentuk semula kurikulum setelah selesai latihan atau pelaksanaan

sesuatu program pebgajaran dan pembelajaran.

Contohnya, seseorang guru perlu melakukan penilaian terhadap pelajar

– pelajar untuk mengesan jika terdapat pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sepenuhnya. Dengan cara ini guru

akan dapat memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran.

5 | P a g e

Page 6: Sistem Pentadbiran Pendidikan Awam (Report)

RUJUKAN

1. BUKU

Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Al Ramaia. (1999). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Pada Masa Kini. IBS

Buku Sdn Bhd

Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan Pendidikan Di Sekolah. Huraian

Menurut Perspektif Islam. Universiti Teknologi Malaysia.

2. LAMAN WEB

http://www.utem.edu.my/ppp/index2.php?

option=com_docman&task=doc_view&gid=13&Itemid=58

Jurnal Kurikulum Dan Teknologi Pendidikan

http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._KURIKULUM_DAN_TEK._PENDIDIKAN/

196005081985031-TOTO_FATHONI/Konsep_Kurikulum.pdf

Video Sistem Pentabiran Pendidikan Awam

http://www.youtube.com/watch?v=47QsantYH-U

6 | P a g e