sistem pentadbiran kewangan kerajaan tempatan

Upload: santeni-ram

Post on 04-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Sistem Pentadbiran Kewangan Kerajaan Tempatan

    1/2

    SISTEM PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAANTEMPATAN

    1.0 PENGENALAN

    Setiap Negara mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri. Begitu juga

    dengan Malaysia. Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi persekutuan.

    Iaitu mengklasifikasikan kerajaan kepada tiga peringkat, kerajaan pusat, kerajaan negeri

    dan kerajaan tempatan. Dalam konteks ini akan diketengahkan berkaitan kerajaan

    tempatan. Kerajaan tempatan walaupun agak kecil peruntukannya dalam sesebuah

    negara namun tetap mempunyai ciri-ciri serta peranan tertentu untuk disumbangkan.

    Umunya kerajaan tempatan wujud di Semenanjung Malaysia, Sabah

    dan Sarawakapabila terdapat badan atau pejabat-pejabat majlis perbandaran,majlis

    daerah dan majlis bandaraya. Badan-badan tersebut berkuasa mentadbirkan satu-satu

    wilayah atau kawasan yang sudah ditetapkan termasuk mentadbir penduduknya. Lebih

    jelas dapat diperhatikan melalui takrifan yang dinyatakan oleh Badan Bangsa-Bangsa

    Bersatu iaitu kerajaan tempatan merupakan suatu bahagian kecil politik sebuah Negara

    atau (dalam konteks sistem persekutuan) negeri yang diwujudkan di sisi undang-undangdan mengawal kebanyakan hal-hal tempatan termasuk kuasa dan mengenakan cukai

    atau mengarah tenaga kerja untuk tujuan tertentu. Badan yang memerintah entiti ini

    dipilih atau dilantik daripada orang tempatan. Ringkasnya kerajaan tempatan adalah

    satu unit atau institusi pemerintahan yang berkuasa di peringkat bawahan dalam

    sesuatu tempat atau daerah kecil dengan kuasa tertentu dan melaskanakan tugas-tugas

    untuk kebajikan dan kesentosaan masyarakat di kawasan tersebut. Dan di Malaysia unit-

    unit kerajaan tempatan yang terlibat untuk melaksanakan tugas-tugas ini ialah Majlis

    Perbandaran dan Majlis Daerah.

    Kerajaan tempatan di Malaysia mempunyai fungsi tersendiri dalam mengekalkan

    kebajikan dan kesentosaan masyarakat setempat jesteru itu kerajaan tempatan

    di Malaysia dibenarkan mendapat kewangan dari beberapa sumber sebagai hasil

    pendapatan seperti terdapat dalam Akta 171. Sumber-sumber tersebut adalah sama bagi

    majlis daerah dan majlis perbandaraan atau majlis bandaraya. Dalam perbincangan

  • 8/13/2019 Sistem Pentadbiran Kewangan Kerajaan Tempatan

    2/2

    seterusnya akan kita singgap perjalanan pentadbiran kewangan kerajaan tempatan

    dengan lebih terperinci.