sistem pendidikan masyarakat melayu

4
Sistem pendidikan masyarakat Melayu Sebelum sistem pendidikan pondok telah diperkenalkan di Tanah Melayu, perlaksanaan pendidikan Islam melalui pengajian dan pengajaran al-Quran di rumah guru-guru al-Quran telah bermula sebelum abad ke-20 lagi. Guru-guru al-Quran telah menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengajar al-Quran. Mereka tidak menerima sebarang alaun daripada pemerintah. Ganjaran yang mereka terima hanyalah sumbangan ikhlas ibu bapa pelajar. Mereka tidak mengharapkan sebarang balasan kecuali keredaan dari Allah s.w.t. Pengajian al-Quran secara tradisi di rumah-rumah tuan guru itu telah berkembang dan akhirnya wujud institusi-institusi pondok di beberapa negeri di Tanah Melayu. Di antara tok guru pondok yang terkenal ialah Tuan Haji Awang Muhammad Yusof Kenali yang dikenali juga sebagai Tok Kenali iaitu pada tahun 1868- 1933M. Pengajian Islam secara pondok ini banyak membantu memantapkan perkembangan Islam di tanah air kita. Pengajian pondok yang berteraskan pengajian Islam yang berpusat dirumah, masjid dan surau yang terdapat di Nusantara ini berpandukan kepada bukti sejarah yang dapat dikesan adalah bermula dari pasai. Kemudian pengajian tersebut berkembang ke Tanah Melayu apabila Raja Melaka dan pembesar negeri serta rakyat jelata memeluk Islam pada tahun 1414 Masihi. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka 1414-1511 terutama di zaman kecemerlangannya, pusat-pusat pengajian dan pendidikan Islam yang bertempat di

Upload: khairul-rosli

Post on 30-Jun-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem pendidikan masyarakat Melayu

Sistem pendidikan masyarakat Melayu

Sebelum sistem pendidikan pondok telah diperkenalkan di Tanah Melayu, perlaksanaan

pendidikan Islam melalui pengajian dan pengajaran al-Quran di rumah guru-guru al-Quran telah

bermula sebelum abad ke-20 lagi. Guru-guru al-Quran telah menjadikan rumah mereka sebagai

tempat mengajar al-Quran. Mereka tidak menerima sebarang alaun daripada pemerintah.

Ganjaran yang mereka terima hanyalah sumbangan ikhlas ibu bapa pelajar. Mereka tidak

mengharapkan sebarang balasan kecuali keredaan dari Allah s.w.t.

Pengajian al-Quran secara tradisi di rumah-rumah tuan guru itu telah berkembang dan

akhirnya wujud institusi-institusi pondok di beberapa negeri di Tanah Melayu. Di antara tok guru

pondok yang terkenal ialah Tuan Haji Awang Muhammad Yusof Kenali yang dikenali juga

sebagai Tok Kenali iaitu pada tahun 1868-1933M. Pengajian Islam secara pondok ini banyak

membantu memantapkan perkembangan Islam di tanah air kita.

Pengajian pondok yang berteraskan pengajian Islam yang berpusat dirumah, masjid dan surau

yang terdapat di Nusantara ini berpandukan kepada bukti sejarah yang dapat dikesan adalah

bermula dari pasai. Kemudian pengajian tersebut berkembang ke Tanah Melayu apabila Raja

Melaka dan pembesar negeri serta rakyat jelata memeluk Islam pada tahun 1414 Masihi. Pada

zaman kerajaan Melayu Melaka 1414-1511 terutama di zaman kecemerlangannya, pusat-pusat

pengajian dan pendidikan Islam yang bertempat di rumah, masjid dan surau di perkemas dan

pertingkatkan sehingga mencapai tahap yang lebih tinggi dan berbentuk formal.

1) Pondok

Perkataan ‘pondok’ menurut sebuah kamus awal yang ditulis oleh Marsden diambil daripada

perkataan Arab iaitu ‘Funduq’ bermaksud bangunan untuk pengembara. Dalam penggunaan

modennya ia memberi maksud hotel atau asrama. Dari segi istilah pula ia membawa maksud

yang agak berbeza. Istilah pondok dirujuk sebagai sebuah institusi pendidikan kampung yang

mengendalikan pengajaran agama dimana guru yang lebih dihormati dengan panggilan tuan guru

adalah diakui kepakarannya oleh penduduk kampung yang menjemputnya untuk mengajar

mereka yang ingin melanjutkan pengajian agama Islam, melewati pengetahuan asas tentang

undang undang Islam dan pembacaan al-Quran.

Page 2: Sistem pendidikan masyarakat Melayu

. Pelajar-pelajarnya bukan sahaja terdiri daripada anak tempatan bahkan ada yang datang dari

luar negeri terutama dari Pulau Jawa. Dikatakan terdapat dua orang pelajar dari jawa iaitu Sunan

Bonang dan Sunan Giri yang belajar di institusi Polo Upih (Pulau Upih). Institusi tersebut

bertaraf pondok. Kedua-dua pelajar tersebut dikatakan telah memainkan peranan bagi

mengembangkan agama dan pendidikan Islam di Jawa kemudiannya. Dengan wujudnya

beberapa institusi bertaraf pondok dan berjaya pula mengeluarkan ilmuan Islam sama ada dari

dalam mahu pun luar, Melaka ketika itu dianggap sebagai pusat penyebaran Islam dikawasan

Timur.

Page 3: Sistem pendidikan masyarakat Melayu

Sistem pendidikan di Malaysia

Pendidikan sekular moden telah diperkenalkan oleh pentadbir British menerusi pengenalan pendidikan aliran Inggeris, manakala pendidikan aliran yang pelbagai iaitu Melayu,Cina dan Tamil telah dibenarkan untuk berkembang. Keadaan ini merupakan sesuatu yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang, khususnya dilihat dari sudut integrasi nasional. Oleh itu, sistem pendidikan kebangsaan mestilah dilahirkan apabila negara mencapai kemerdekaan. Sejak menjelang kemerdekaan menerusi Penyata Razak 1956 yang disusuli oleh Penyata Rahman Talib 1960, kerajaan bertekad untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah ke peringkat universiti dalam satu sistem pendidikan kebangsaan yang bakal diperkenalkan., selewat-lewatnya 10 tahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.