sistem pembayaran dan penyelesaian - bnm.gov.my · pdf fileditetapkan melalui pemeriksaan di...

10
Sistem Pembayaran dan Penyelesaian 238 Pengenalan 238-241 Meningkatkan Kecekapan 241-244 Meningkatkan Keselamatan Sistem Pembayaran 244-245 Perpindahan Kepada Pembayaran Secara Elektronik

Upload: doliem

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

Sistem Pembayaran danPenyelesaian

238 Pengenalan 238-241 Meningkatkan Kecekapan241-244 Meningkatkan Keselamatan Sistem Pembayaran244-245 Perpindahan Kepada Pembayaran Secara Elektronik

Page 2: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

238

PENGENALAN

Sistem pembayaran yang cekap, yang bolehdipercayai dan yang berfungsi dengan lancar dapatmenyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,keutuhan sistem kewangan dan melicinkan operasipasaran kewangan. Memandangkan sistempembayaran amat penting kepada masyarakatumum, perhatian harus diberikan supaya sistempembayaran sentiasa beroperasi dalam keadaanyang efektif, selamat dan cekap.

Bank Negara Malaysia memainkan tiga peranan dalamsistem pembayaran di Malaysia. Selain daripadaberperanan sebagai pengendali dan penyelia sistempembayaran, Bank Negara Malaysia juga bertindaksebagai fasilitator bagi memajukan perkhidmatansistem pembayaran. Dalam hal ini, teras dasar daninisiatif Bank Negara Malaysia bertujuan untukmeningkatkan tahap kecekapan dan keselamatandalam sistem pembayaran. Ini meliputi usaha untuk

Sistem Pembayaran dan Penyelesaian

Dasar dan inisiatif Bank Negara Malaysia dalam sistempembayaran adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapandan keselamatan sistem pembayaran, serta menggalakkanpembayaran secara elektronik

menggalakkan penggunaan pembayaran secaraelektronik, meningkatkan kecekapan sistempembayaran serta meningkatkan tahap kesedaranterhadap isu sistem pembayaran dan perlindungan keatas kepentingan pengguna.

MENINGKATKAN KECEKAPAN

Sistem pembayaran yang cekap dapat dinilai melaluiharga perkhidmatan yang kompetetif, kepelbagaianmod pembayaran kepada pengguna dan tempoh masapenyelesaian yang diambil dalam sesuatu sistempembayaran atau antara sistem-sistem pembayaran.Tahap kecekapan sesebuah sistem pembayarandipengaruhi oleh kebolehsampaian sistempembayaran tersebut kepada para penyediaperkhidmatan, peserta pasaran dan pengguna. Denganakses yang lebih meluas kepada penyediaperkhidmatan, peserta pasaran dan pengguna, sistempembayaran akan memberi lebih manfaat kepadasemua peserta secara keseluruhan. Pada tahun 2004,kecekapan sistem pembayaran di Malaysia dipertingkat

lagi menerusi akses yang lebih luas danpenambahbaikan yang dibuat terhadap sistem tersebut.

Untuk mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggidalam sistem pembayaran, akses kepada pembayaransecara elektronik ditangani melalui beberapa cara padatahun 2004. Teras dasar adalah untuk menggalakkanakses yang adil dan terbuka kepada sistempembayaran yang penting di Malaysia dan untukmengurangkan pendedahan risiko dalam industri. Satuperkembangan penting di bidang ini ialah pindaanterhadap dasar akses bagi sistem RENTAS, iaitu sistempenyelesaian kasar masa nyata untuk Malaysia, danpenyertaan ahli-ahli tambahan dalam sistem GiroAntara Bank (IBG) dan rangkaian perkongsian mesinteler automatik (ATM) yang dikendalikan olehMalaysian Electronic Payment System (1997) Sdn. Bhd.(MEPS). Di samping itu, peluang bagi perusahaanperniagaan dan pengguna untuk membuatpembayaran melalui Internet telah dipertingkat denganpelaksanaan Sistem Bursa Pemprosesan Kewangan.

(i) RENTASRENTAS merupakan sistem pembayaran bernilaitinggi yang utama di Malaysia bagipenyelesaian dana dan sekuriti tanpa skripantara institusi-institusi yang menyertai RENTASdalam masa nyata. Pada akhir tahun 2004,terdapat 51 peserta dalam RENTAS yang terdiridaripada Bank Negara Malaysia, bank-bankperdagangan, bank-bank Islam, bank-banksaudagar, syarikat-syarikat diskaun, syarikat-syarikat kewangan, broker-broker universal danCagamas Berhad, sebuah syarikat gadai janjinasional.

Pada tahun 2004, Bank Negara Malaysia telahmeminda dasar akses kepada sistem RENTAS.Matlamat pindaan ini adalah bertujuan untukmeningkatkan kecekapan operasi danmengurangkan risiko penyelesaian dalamsistem kewangan dengan membenarkan

peserta pasaran kewangan utama mempunyai

akses terus kepada sistem penyelesaian masa

Page 3: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

239

Sistem Pembayaran dan Penyelesaian

nyata kendalian Bank Negara Malaysia. Peserta

baru RENTAS akan mempunyai keupayaan yang

sama untuk menjelaskan obligasi kewangan dan

menerima dana menerusi penggunaan wang

pusat, iaitu akaun penyelesaian di Bank Negara

Malaysia. Kriteria kelayakan untuk menyertai

RENTAS telah dipinda seperti berikut:

i. Institusi-institusi kewangan yang dikawal selia

oleh Bank Negara Malaysia dan broker-broker

universal yang dikawal selia oleh Suruhanjaya

Sekuriti;

ii. Rumah-rumah penjelasan utama yang

membuat penjelasan untuk pasaran wang dan

pasaran modal; dan

iii. Institusi-institusi yang aktif dalam pasaran

wang atau pasaran modal serta mempunyai

nilai penyelesaian purata dengan konsisten

melebihi 0.1% daripada nilai urus niaga

RENTAS.

Pada tahun 2004, sistem RENTAS telah

menyelesaikan sebanyak 1.9 juta urus niaga

bernilai RM17.9 trilion, iaitu peningkatan

sebanyak 4.1% dari segi jumlah dan 29.8% dari

segi nilai, jika dibandingkan dengan tahun 2003.

Peningkatan ini menunjukkan bahawa sistem

RENTAS terus penting sebagai sistem pembayaran

utama bagi penyelesaian kewangan. Sistem

Pemindahan Dana Antara Bank (IFTS) meningkat

sebanyak 4% dari segi jumlah dan 30.4% dari

segi nilai berbanding dengan tahun 2003 dan

urus niaga Sistem Sekuriti Tanpa Skrip (SSTS) pula

meningkat masing-masing sebanyak 5.8% dan

23.1%.

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

2000 2001 2002 2003 20040.0

0.2

0.4

0.6

0.8

1.0

1.2

1.4

1.6

1.8

2.0

Graf 10.1 RENTAS - Urus Niaga IFTS

Jumlah (juta)

Jumlah IFTS

Nilai IFTS

Nilai (RM trilion)

Bagi meningkatkan kecekapan dan keutuhan

sistem RENTAS, Bank Negara Malaysia telah

menukar perkakasan sistem tersebut kepada sistem

Tandem S Series yang terkini. Perkakasan baru ini

menawarkan tambahan kapasiti sebanyak 2.3 kali

ganda dan seterusnya menyingkatkan masa

pemprosesan urus niaga RENTAS sebanyak 20%

serta membolehkan kitaran masa pemprosesan

kelompok akhir hari dipendekkan selama 2 jam.

(ii) Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan (SPICK)Selain daripada memberi lebih fleksibiliti dalam

akses kepada sistem RENTAS, Bank Negara

Malaysia juga telah mempertingkatkan

kecekapan sistem SPICK dengan melaksanakan

satu sistem pelaporan berasaskan web bagi

cek-cek yang tidak dijelaskan pada bulan

2000 2001 2002 2003

0.2

0.4

0.6

0.8

1.0

1.2

1.4

0

20

40

60

80

100

120

140

0.02004

Graf 10.2 RENTAS - Urus Niaga SSTS

Jumlah ('000)

Jumlah SSTS

Nilai SSTS

Nilai (RM trilion)

Jumlah (juta) Nilai (RM trilion)

Jumlah

Nilai

Graf 10.3 Bilangan dan Nilai Cek yang Diproses di Malaysia

188

190

192

194

196

198

200

202

1.10

1.15

1.20

1.25

1.30

1.35

1.40

2001 2002 2003 2004

Page 4: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

240

Disember 2004. Pelaksanaan sistem pelaporanbaru ini membolehkan semua bankperdagangan yang menyertai SPICK memprosescek-cek yang dikembalikan semula kepadabank penerima dengan segera.

Sistem pelaporan baru ini dilaksanakan di SPICKKuala Lumpur dan Pulau Pinang manakalapelaksanaannya di SPICK Johor Bahru akandilakukan pada bulan Mac 2005. Di SPICK PulauPinang dan Johor Bahru, sistem baru inimembolehkan penghantaran fail dilakukan secaradalam talian dimana dahulunya dihantar melaluidisket oleh bank perdagangan. Denganpembaharuan ini, masa penyerahan maklumatdapat disingkatkan dan seterusnya meningkatkankecekapan masa pemprosesan cek.

Jumlah cek yang diproses di Malaysia, tidaktermasuk cek yang dikeluarkan dan didepositkandi cawangan yang sama meningkat sebanyak2.6% kepada 202.2 juta pada tahun 2004,sementara dari segi nilai pula jumlah cek yangdiproses meningkat sebanyak 7.5% kepada RM1.4trilion. Walaupun pelbagai langkah telah diambilbagi menggalakkan penggunaan kaedahpembayaran secara elektronik, Bank NegaraMalaysia mengakui bahawa cek akan terusmenjadi instrumen pembayaran yang penting.Oleh itu, pada tahun 2005, Bank Negara Malaysiaakan mengambil beberapa inisiatif untukmeningkatkan kecekapan cek sebagai instrumenpembayaran dengan tujuan untuk mengurangkanlagi masa pemprosesan cek.

(iii) Sistem Giro Antara Bank (IBG)Dalam arena pembayaran runcit, sistem GiroAntara Bank (IBG) yang dikendalikan oleh MEPSmembolehkan pemindahan kredit berjumlah besarantara bank dibuat secara elektronik berdasarkanT+0 atau T+1. Sistem IBG, yang boleh digunakansecara meluas melalui bank-bank perdagangan,berpotensi untuk menjadi sistem pembayaranruncit yang penting, dan selanjutnya bolehmengurangkan penggunaan cek disebabkanpenggunaan IBG yang menggalakkan di kalanganmasyarakat peniaga dan pengguna.

Menyedari akan kelebihan penggunaan IBG secarameluas, Bank Negara Malaysia mengamalkan dasarakses terbuka bagi sistem IBG denganmenggalakkan pemansuhan dasar tertutupkemasukan institusi-institusi selain daripada institusiperbankan tempatan. Pada bulan Disember 2004,sebuah bank asing yang diperbadankan di Malaysia

telah mengumumkan penyertaannya dalam sistemIBG. Dengan kemasukan ahli baru ini, bilanganbank yang menjadi ahli sistem IBG bertambahkepada 13 buah bank. Pada tahun 2004, jumlahdan nilai urus niaga IBG masing-masing meningkatsebanyak 187.6% dan 88.8% berbanding dengantahun 2003.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagipenggunaan IBG di Malaysia, satu Pasukan KajianSemula IBG yang ahli-ahlinya terdiri daripada wakilBank Negara Malaysia, MEPS, institusi-institusiperbankan dan beberapa agensi Kerajaan yangberkenaan telah ditubuhkan pada bulanNovember 2004. Pasukan ini akan merangkarancangan lima tahun bagi menangani isu-isuutama dan merumuskan strategi bagimenggalakkan pengguna-pengguna cek bertukarkepada pembayaran melalui saluran elektronik.

(iv) Rangkaian Perkongsian ATMPada akhir tahun 2004, jumlah mesin ATM diMalaysia ialah sebanyak 5,565 buah. Institusiperbankan tempatan memiliki 4,098 buah mesinATM, manakala 280 buah mesin dimiliki olehbank-bank Islam dan 327 buah mesin dimiliki olehbank asing yang diperbadankan di Malaysia. Selainitu, institusi kewangan pembangunan (IKP)memiliki sejumlah 860 buah mesin ATM.Rangkaian perkongsian ATM MEPS membolehkaninstitusi yang menjadi ahli rangkaian ini menggunamesin ATM yang dimiliki oleh institusi ahli yanglain. Ini telah menjimatkan kos penyediaanprasarana oleh bank-bank di samping meluaskanlagi penggunaan mesin ATM kepada parapelanggan masing-masing. Dalam usaha untukmempertingkatkan kecekapan dalam sistem

0

2

4

6

8

10

12

14

16

2001 2002 2003 20040.0

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

3.5

4.0

Graf 10.4 Urus Niaga Giro Antara Bank

Jumlah (juta)

Jumlah

Nilai

Nilai (RM bilion)

Page 5: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

241

Sistem Pembayaran dan Penyelesaian

kewangan serta meningkatkan perkhidmatanyang tidak terbatas antara institusi kewanganyang berlainan, sebuah IKP telah menyertairangkaian perkongsian ATM MEPS pada Jun2004. Ini telah memudahkan pelanggan bank-bank yang terlibat mendapat akses kepadaperkhidmatan rangkaian perkongsian ATM MEPSyang lebih luas iaitu sebanyak 4,416 buah mesin.

(v) Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX)FPX diperkenalkan oleh MEPS pada bulan Oktober2004 sebagai sistem pembayaran berasaskan Internetyang membenarkan peserta-peserta seperti syarikat-syarikat untuk membuat pembayaran secaraelektronik. FPX menggunakan perkhidmatanperbankan Internet institusi-institusi perbankan bagimenyediakan sistem pembayaran dalam talian dengandisertai rujukan pembayaran untuk tujuanpemadanan.

Bank Negara Malaysia menyokong pembangunansistem tersebut sebagai sebahagian daripada usahameningkatkan kemudahan e-dagang selaras denganpelbagai inisiatif e-dagang yang dilaksanakan olehKerajaan dan sektor swasta. Penggunaan platformpembayaran di peringkat industri seperti FPXmelibatkan ramai pengguna. Semua institusiperbankan digalakkan untuk menyertai FPX bagimembolehkan mereka menyediakan perkhidmatanpembayaran yang cekap kepada pelanggan korporatdan runcit, dan pada masa yang sama meningkatkankerjasama dalam membina infrastruktur yangmembawa manfaat kepada negara. Pada masa ini,terdapat empat buah institusi perbankan dan limapeniaga yang menyertai FPX. Pada akhir tahun2004, FPX memproses sebanyak 87 urus niagabernilai RM2.6 juta.

MENINGKATKAN KESELAMATAN SISTEMPEMBAYARAN

Keselamatan dan kecekapan sistem pembayaranadalah penting bagi memastikan keyakinan pengguna

Jadual 10.1Mesin ATM

2000 2001 2002 2003 2004

Bilangan mesin ATM1 3,944 4,161 4,213 5,241 5,565

Jumlah tunai yang dikeluarkan (juta)2 146.1 174.9 193.5 215.6 264.3Nilai tunai yang dikeluarkan (RM bilion)2 62.0 71.8 77.6 86.3 110.8

1 Angka daripada tahun 2000-2002 merangkumi bank-bank perdagangan domestik, bank-bank asing yang diperbadankan, bank-bank Islam dansyarikat-syarikat kewangan. Angka daripada tahun 2003-2004 juga merangkumi institusi-institusi kewangan pembangunan.

2 Angka daripada tahun 2000-2003 merangkumi bank-bank perdagangan domestik, bank-bank asing yang diperbadankan dan syarikat-syarikatkewangan. Angka tahun 2004 juga merangkumi bank-bank Islam.

terhadap sistem pembayaran. Dalam melindungikepentingan pengguna, Bank Negara Malaysiamenggunakan kuasa sebagai penguat kuasa danpenyelia di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003.Kesemua pengendali sistem pembayaran dikehendakimendapatkan pemberitahuan bertulis daripada BankNegara Malaysia sebelum mengendalikan sesebuahsistem pembayaran, manakala kesemua pengeluarinstrumen pembayaran yang ditetapkan dikehendakimendapatkan kelulusan bertulis daripada BankNegara Malaysia sebelum instrumen pembayaranberkenaan dikeluarkan. Bank Negara Malaysiamengawal selia para pengendali sistem pembayarandan pengeluar instrumen pembayaran yangditetapkan melalui pemeriksaan di premis sertapemantauan luar premis melalui penelitiankedudukan kewangan mereka. Pada tahun 2004,sejumlah 14 pengendali sistem pembayaran telahdiberi pemberitahuan bertulis bagi mengendalikansistem pembayaran, manakala kelulusan bertulis telahdiberikan kepada tiga pengeluar instrumenpembayaran. Bank Negara Malaysia juga telahmelaksanakan pemeriksaan terhadap dua buahpengendali sistem pembayaran.

Bagi meningkatkan keselamatan sistem pembayaran,langkah-langkah telah diambil bagi menangani risikopenipuan dan mengurangkan risiko operasi akibatkelemahan sistem. Dalam hal ini, Bank NegaraMalaysia dan peserta yang terbabit dalam industrisistem pembayaran telah bekerjasama dalambeberapa bidang bagi memastikan kemudahanpembayaran borong dan runcit adalah terjamin danselamat. Perkembangan utama pada tahun 2004ialah permindahan kepada penggunaan teknologi cipuntuk kad ATM dan kad kredit bagi tujuanmengurangkan pemalsuan kad secara pencurianmaklumat dan pengklonan. Langkah-langkah untukmenangani penipuan dalam bidang perbankanInternet secara phishing, garis panduankeselamatan cek dan mekanisme perancangankesinambungan operasi juga diperkenalkanpada tahun 2004.

Page 6: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

242

(i) Kad ATMPada bulan Julai 2004, kesemua bank asing yangdiperbadankan di Malaysia dan dua buah IKPtelah selesai menaik taraf mesin ATM dan kadATM yang sedia ada kepada teknologi yangberasaskan cip. Usaha tersebut ialah lanjutandaripada kejayaan pelaksanaan infrastruktur cipoleh pihak Kerajaan untuk kad pengenalankebangsaan, MyKad, yang mengandungi aplikasiATM, pengeluaran Bankcard dan penaiktarafansemua mesin ATM oleh institusi perbankantempatan yang telah selesai pada tahun 2003.Sehingga kini, penggunaan infrastruktur ATMberasaskan cip telah berjaya menghapuskaninsiden penipuan secara pemalsuan kad ATM.Setakat akhir tahun 2004, sebanyak 11.7 jutakad ATM bercip telah dikeluarkan manakala4,966 mesin ATM telah dinaiktaraf untukmenerima kad ATM bercip.

(ii) Kad KreditPara pengeluar dan pemeroleh kad kreditdalam industri perbankan, di bawah pimpinanBank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, telah melaksanakanpengeluaran kad kredit berpiawaian EMV(Europay-MasterCard-Visa) pada akhir tahun2004 dan pelaksanaan penukaran alatpenerima kad dijangka selesai pada akhir tahun2005. Penukaran sebanyak 6.2 juta kad kreditpada akhir tahun 2004 kepada kad bercip yangberasaskan piawaian EMV memberi isyaratyang tegas bahawa Malaysia komited untukmenangani masalah penipuan kad kredit.Institusi perbankan telah memberikankeutamaan untuk menaik taraf alat-alatpembaca kad kepada alat yang berpiawaianEMV di lokasi-lokasi peniaga yang berisikotinggi dalam jangka masa yang lebih awaldaripada tarikh akhir penukaran alat pembacakad, yakni akhir tahun 2005. Pada akhir tahun2004, sebanyak 80% daripada 60,000 unit alatpembaca kad di kedai-kedai peniaga telah punberasaskan piawaian EMV.

Malaysia ialah salah sebuah negara di rantauini yang termaju mengguna pakai kad kreditberpiawaian EMV, bertujuan untukmeningkatkan keyakinan pengguna, pelawatasing dan peniaga dalam menggunakan danmenerima kad kredit di kedai-kedai mereka.Usaha ini adalah perlu memandangkan jumlahkad kredit yang dikeluarkan adalah tinggi iaitusebanyak 6.6 juta kad dengan nilai urus niaga

sebanyak RM34.9 bilion pada tahun 2004.Walau bagaimanapun, operasi kad caj diMalaysia adalah kecil dengan hanya 0.3 jutakad caj telah dikeluarkan dengan nilai urusniaga sebanyak RM2 bilion pada tahun 2004.

Bagi menangani kadar penipuan kad kredityang tinggi di stesen minyak, yang merupakanhampir 22% daripada jumlah nilai penipuankad kredit pada tahun 2004, syarikat-syarikatminyak telah mengambil suatu langkah yangpositif untuk menggantikan alat pembaca kadyang dipasang di pam-pam minyak kepada alatyang mematuhi piawaian EMV. Syarikat-syarikatini juga telah menyokong dasar untukmenghentikan penerimaan kad kredit yangberasaskan jalur magnetik di pam-pam minyaklayan diri bermula pada 31 Disember 2004.

Selain mencuri maklumat kad daripada jalurmagnetik, maklumat kad juga boleh diperolehmelalui kaedah wire-tapping. Sehubungandengan ini, Bank Negara Malaysia telahmengarahkan industri perbankan untukmengambil beberapa langkah bagimembanteras gejala ini, termasuk pelaksanaan

sistem line encryption. Dengan ini, industri

perbankan di Malaysia merupakan antara

peneraju utama di rantau Asia Pasifik

yang mengambil langkah tegas dengan

membuat pelaburan untuk membangunkan

infrastruktur yang sesuai bagi menangani

penipuan kad kredit.

2000 2001 2002 2003 20040

1

2

3

4

5

6

7

0

5

15

10

20

25

30

35

40

Bilangan Kad Kredit

Bilangan Kad Caj

Nilai Transaksi Kad Kredit

Nilai Transaksi Kad Caj

Bilangan kad (juta) Nilai (RM bilion)

Graf 10.5 Operasi Kad Kredit dan Kad Caj di Malaysia

Page 7: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

243

Sistem Pembayaran dan Penyelesaian

(iii) Perbankan InternetSelaras dengan pertumbuhan yang ketara dalamperbankan Internet di Malaysia, usaha-usaha telahdilakukan bagi mengekalkan keyakinan penggunaterhadap penggunaan Internet untuk mengaksesperkhidmatan perbankan. Pada tahun 2004, PasukanPetugas Perbankan Internet telah ditubuhkan olehBank Negara Malaysia untuk melaksanakan amalanterbaik di peringkat industri dan bekerjasama denganagensi yang berkenaan untuk menangani insidenyang dapat menggugat keselamatan. Dalam hal ini,penekanan khusus diberikan dalam pencegahanphishing dan lain-lain bentuk penipuan kecurianidentiti, seperti mendapatkan maklumat peribadipemegang akaun secara tidak sah untuk memperolehkeuntungan kewangan. Pada tahun ini, sebuah banktelah memperkenalkan kata laluan keselamatantambahan kepada pelanggan perbankan Internetmereka menerusi kata laluan yang boleh digunakanhanya sekali sahaja dalam jangka masa terhad.Langkah ini telah terbukti berkesan dalam menanganipenipuan perbankan Internet.

Setakat ini terdapat 14 institusi perbankan yangmenyediakan perkhidmatan perbankan Internetkepada dua juta pelanggan. Bilangan pelanggan telahmeningkat sebanyak 15.4% berbanding dengantahun lepas. Ini menunjukkan penerimaan perbankanInternet dengan meluas sebagai satu saluran yangbukan sahaja mudah tetapi selamat untuk mengaksesperkhidmatan perbankan.

Penggunaan Internet sebagai saluranpenghantaran seharusnya digunakan secaralebih meluas pada masa hadapan, setelah lebihbanyak lagi sistem berasaskan Internet dangerbang pembayaran diperkenalkan. Di sampinggerbang pembayaran MEPS, sebuah bank telahmenubuhkan gerbang pembayarannya sendiripada tahun 2004 dan tiga buah bank lagisedang dalam usaha untuk melancarkangerbang pembayaran mereka bagimeningkatkan mutu perkhidmatan kepadapelanggan. Bilangan urus niaga yang diprosesoleh gerbang pembayaran MEPS menunjukkanpeningkatan sebanyak 650% kepada 1.5 jutapada tahun 2004, daripada hanya 0.2 juta padatahun 2003. Nilai urus niaga juga meningkat1,219% kepada RM663.6 juta. Peningkatanyang amat ketara dalam penggunaan gerbangpembayaran MEPS disebabkan oleh penyertaanbeberapa peniaga utama yang aktif dalampenawaran dalam talian.

(iv) Langkah Keselamatan Minimum bagi CekPada bulan Julai 2004, Bank Negara Malaysia telahmengeluarkan ‘Garis Panduan Langkah-LangkahKeselamatan Minimum bagi Cek’ untukmengurangkan kejadian penipuan cek danmeningkatkan pengesanan penipuan cek. Garispanduan ini menggariskan keperluan-keperluanminimum bagi bank dalam peranan mereka sebagaibank penerima cek atau bank pembayar cek. Garispanduan ini merangkumi keperluan khususberkaitan tadbir urus korporat, ciri-ciri keselamatancek, kemudahan pengesanan penipuan cek,pengurusan keselamatan semasa mencetak cek sertamemelihara kepentingan pengguna.

(v) Perancangan Kesinambungan OperasiBank Negara Malaysia memberi keutamaan yangtinggi terhadap Perancangan KesinambunganOperasi untuk memastikan operasi sistempembayaran tidak terjejas, dengan mengadakanprosedur-prosedur kontingensi di pusatpemulihannya untuk sistem RENTAS dan SPICK.Selain daripada menjalankan ujian bulanan secaralangsung untuk kedua-dua sistem tersebut, satukajian semula ke atas Perancangan KesinambunganOperasi institusi-institusi kewangan telah diadakanpada tahun 2004, bagi mengenal pasti kekuatan dankelemahan perancangan-perancangan tersebutsekiranya berlaku sebarang krisis. Institusi-institusikewangan telah dinasihatkan supaya sentiasamenjalankan ujian berkala ke atas PerancanganKesinambungan Operasi mereka dan mengambilbeberapa langkah berjaga-jaga yang perlu untuk

4.2%7.0% 7.9%

57.4%58.8%

39.3%

0.0

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

3.5

4.0

2002 2003 20040

10

20

30

40

50

60

70

Bilangan pelanggan perbankan Internet

Bilangan pelanggan Internet

Kadar penembusan pelanggan perbankan Internet dengan bilangan penduduk

Kadar penembusan pelanggan perbankan Internet dengan pelanggan Internet

Graph 10.6Perbankan Internet: Pertumbuhan dan Penembusan

Bilangan pelanggan (juta) %

Sumber: Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Page 8: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

244

mengukuhkan lagi strategi pemulihan dan

mengurangkan sebarang gangguan yang boleh

menjejaskan operasi sistem pembayaran.

PERPINDAHAN KEPADA PEMBAYARAN SECARA

ELEKTRONIK

Walaupun perpindahan kepada pembayaran secara

elektronik memerlukan pelaburan pembangunan

prasarana yang tinggi, ia akan membawa kepada

penjimatan kos dengan infrastruktur baru yang berkos

efektif dan berkebolehan memenuhi keperluan

pembayaran pengguna melalui kemudahan dan produk

yang inovatif. Penyelesaian pembayaran secara

elektronik yang lebih pantas berbanding dengan sistem

berasaskan kertas juga akan meningkatkan lagi

kecekapan sistem kewangan dan ekonomi.

Secara keseluruhan, peningkatan terhadap penggunaan

kemudahan pembayaran secara elektronik pada tahun

2004 adalah menggalakkan. Penggunaan pindahan

kredit seperti IBG dan dompet elektronik untuk

pembayaran tol, sebagai peratusan keseluruhan jumlah

instrumen pembayaran (tidak termasuk wang tunai)

telah meningkat pada tahun 2004, berbanding dengan

tahun 2003. Kad-kad pembayaran, khususnya kad

kredit, semakin menjadi alternatif mudah kepada wang

tunai dan cek memandangkan kemudahan autodebit

bagi membayar kemudahan utiliti asas dan pembayaran

melalui Internet biasanya menggunakan kad kredit. Cek

sebagai satu instrumen pembayaran pula menunjukkan

penurunan dari segi bilangan serta nilai apabila

instrumen pembayaran yang lain digunakan secara lebih

meluas. Walau bagaimanapun, memandangkan

jangkauan penggunaannya yang meluas, cek masih lagi

popular, dengan nilai cek mencakupi 95.7% daripada

jumah keseluruhan instrumen pembayaran bukan tunai

pada tahun 2004.

Jadual 10.2

Pembayaran Bukan Tunai di Malaysia

2003 2004

Nilai (%) Bilangan (%) Nilai (%) Bilangan (%)

Cek 96.67 34.04 95.65 28.75

Kad kredit 2.48 27.68 3.03 25.74

Pemindahan kredit (IBG) 0.63 0.24 1.10 0.57

Kad caj 0.16 1.42 0.16 1.03

Dompet elektronik - Pembayaran tol 0.05 36.40 0.06 43.69

Dompet elektronik - Runcit ... ... ... 0.01

Kad debit 0.01 0.22 … 0.21

... Terlalu kecil.

Oleh yang demikian, institusi kewangan digalakkan untukmenyokong usaha perpindahan kepada pembayaransecara elektronik dengan mempertingkatkan usahapembangunan dan penggunaan pelbagaimekanisme pembayaran elektronik, di sampingmenangani halangan yang membendungpenggunaannya. Ini termasuk mempromosi saluranperbankan mudah alih dan instrumen pembayaranseperti kad debit dan dompet elektronik.

(i) Perbankan Mudah AlihPerkhidmatan perbankan mudah alih menyediakansatu cara inovatif dan mudah untuk mendapat akseskepada kemudahan dan perkhidmatan perbankan.Perkhidmatan yang ditawarkan kini termasukpertanyaan baki, pindahan dana, pembayarankewangan dan bil, tambah nilai, perkhidmatantelefon prabayar, serta permintaan untuk penyatadan buku cek. Liputan perkhidmatan perbankanmudah alih boleh dikembangkan denganpertambahan bilangan pengguna telefon bimbitsejak kebelakangan ini. Pada akhir tahun 2004,kadar pengguna telefon bimbit di Malaysiaberbanding dengan jumlah penduduk ialah 55.9%.Walau bagaimanapun, perbankan mudah alih masihlagi pada tahap awal dan pada masa ini hanya enambuah bank yang menawarkan perkhidmatantersebut dengan bilangan pengguna yangdianggarkan sebanyak 25,000. Namun begitu,industri perbankan yakin pengguna telefon bimbitakan tertarik dengan perbankan mudah alih denganadanya perkhidmatan dan kemudahan baru yangakan disediakan sebagai tambahan kepadakemudahan yang sedia ada sekarang.

(ii) Kad DebitWalaupun kad debit mempunyai potensi untukmenjadi alternatif kepada pembayaran secaratunai, tahap penggunaannya masih lagi rendah.

Page 9: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

245

Sistem Pembayaran dan Penyelesaian

Kad debit memberi manfaat terutamanya kepadapengguna yang tidak selesa membayar secarakredit atau pun pengguna yang tidak layak untukmendapatkan kemudahan kad kredit,umpamanya para pelajar. Dengan kad debit,akaun pengguna akan terus didebitkan apabilapembelian dibuat. Dengan ini, pemegang kadtidak perlu membawa wang tunai yangberlebihan dan seterusnya menikmati kecekapandan keselamatan yang ditawarkan melaluipembayaran menggunakan kad debit. Peniaga-peniaga juga dapat menikmati manfaat daripadakad debit kerana fi yang dibayar adalah lebihrendah jika dibandingkan dengan fi untukpenerimaan pembayaran kad kredit. Denganadanya 10.8 juta Bankcard dalam edaran,penggunaan kad debit berpotensi untukbertambah apabila para pengguna memahamisepenuhnya kelebihan kad debit tersebut.

(iii) Wang Tunai ElektronikWang tunai elektronik MEPS Cash merupakan satukaedah pembayaran elektronik alternatif kepadawang tunai untuk pembelian runcit. Aplikasi MEPSCash terdapat dalam kad Bankcard dan Mykad.Pada akhir tahun 2004, lebih 16,000 buah alatpembaca kad telah dinaik taraf oleh institusiperbankan dan pihak ketiga yang dilantik olehMEPS untuk mengguna pakai MEPS Cash.Bilangan urus niaga MEPS Cash meningkatdaripada 0.02 juta urus niaga pada tahun 2003kepada 0.09 juta urus niaga pada tahun 2004,manakala nilai urus niaga meningkat daripadaRM0.1 juta kepada RM0.3 juta pada tempoh yangsama. Walaupun penggunaan MEPS Cash adalahrendah berbanding dengan kaedah pembayaranelektronik yang lain, usaha-usaha berterusandijalankan oleh pelbagai pihak untuk mempromosipenggunaan MEPS Cash. Sejak awal tahun 2004,pembayaran menggunakan MEPS Cash diterimapakai di beberapa komuniti tertutup seperti BankNegara Malaysia, Universiti Utara Malaysia,Cyberjaya dan Putrajaya.

Selain daripada MEPS Cash, penggunaan wangtunai elektronik dalam sektor pengangkutan, iaitukad Touch ‘n Go dapat mengurangkanpenggunaan wang tunai dan syiling di sektortersebut. Berikutan keputusan Kerajaan untukhanya menerima kad Touch ‘n Go sebagaipembayaran elektronik di plaza tol, jumlah dannilai urus niaga Touch ‘n Go meningkat, masing-masing sebanyak 45.2% dan 29.6% pada tahun2004, berbanding dengan tahun lepas.

Majlis Penasihat Pembayaran Kebangsaan (MPPK)

Sebagai sebahagian daripada usaha untukmempromosi sistem kewangan yang dinamik danstruktur sistem pembayaran yang kukuh, BankNegara Malaysia telah mengadakan dua mesyuaratMajlis Penasihat Pembayaran Kebangsan (MPPK)pada tahun 2004, bagi membincangkan isu-isuutama berkaitan sistem pembayaran. Mesyuaratpertama diadakan pada 20 Julai 2004, dan isuberhubung perpindahan kepada pembayaransecara elektronik serta cadangan mengenai langkahuntuk membina prasarana pembayaran elektronikyang cekap, telah dibincangkan. Hasil keputusanmesyuarat tersebut, Pasukan Kajian Semula IBGtelah diwujudkan bagi menentukan hala tuju untukmempromosi penggunaan IBG di negara ini.Mesyuarat juga membincangkan langkah-langkahuntuk mempromosi konsep pinjaman berhemahdalam penggunaan kad kredit dan langkah-langkahuntuk mempertingkatkan keyakinan penggunaterhadap pengunaan kad kredit sebagai instrumenpembayaran bukan tunai.

Mesyuarat kedua diadakan pada 8 Disember 2004,dengan MPPK mempertimbangkan pendekatanpenguatkuasaan yang sesuai bagi menangani isusistem pengiriman wang alternatif dan langkah-langkah bagi mempromosi penggunaan saluran rasmibagi pengiriman wang. MPPK bersetuju supaya bankmewujudkan perkhidmatan pengiriman wang yangmudah dan murah untuk pekerja asing bagimenggalakkan perpindahan kepada penggunaansistem pengiriman wang yang formal. MPPK jugamembincangkan cadangan mengenai langkah-langkahpengurusan serta pengurangan risiko berkaitanpenyelesaian pertukaran asing di Malaysia danmeningkatkan kemudahan kepada para pelaburantarabangsa untuk menyelesaikan perdagangankertas sekuriti hutang Malaysia.

Melangkah ke hadapan, Bank Negara Malaysiaakan bekerjasama dengan institusi kewangan untukmenawarkan urus niaga pembayaran yang cekapdan selamat pada kos yang lebih rendah untukmembolehkan penggunaan saluran pembayaranelektronik yang lebih meluas. Bank Negara Malaysiabersama-sama dengan industri perbankan sertasokongan daripada Kerajaan akan terusmempromosi saluran penghantaran danpembayaran elektronik yang cekap dan berkesanselaras dengan usaha untuk membolehkan sistempembayaran membantu aktiviti ekonomi danmenyumbang kepada kestabilan kewangan.

Page 10: Sistem Pembayaran dan Penyelesaian - bnm.gov.my · PDF fileditetapkan melalui pemeriksaan di premis serta pemantauan luar premis melalui penelitian kedudukan kewangan mereka. Pada

246