kesalahan bahasa pada papan tanda di premis-premis perniagaan

22
KESALAHAN EJAAN PADA PAPAN TANDA DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN YANG TERDAPAT DI SEPANJANG JALAN LUMUT-SITIAWAN,PERAK Ahli Kumpulan 1) Mohamad Hafizi Bin Johan 2) Khairul Nor Izzati Bt. Mohamad Rosli 3) Nur Fatin Atiqah Bt. Teruli 4) Salwani Bt. Solihin

Upload: khairul-nor-izzati

Post on 24-Dec-2015

1.217 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

pbs bahasa melayu tingkatan 6 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

KESALAHAN EJAAN PADA PAPAN TANDA DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN YANG TERDAPAT DI SEPANJANG JALAN LUMUT-SITIAWAN,PERAK

Ahli Kumpulan

1) Mohamad Hafizi Bin Johan

2) Khairul Nor Izzati Bt. Mohamad Rosli

3) Nur Fatin Atiqah Bt. Teruli

4) Salwani Bt. Solihin

Page 2: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

LATAR BELAKANG Kesalahan ejaan merupakan kesalahan

pengunaan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pengguna.

Kesalahan ejaan boleh dikategorikan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:

a) Kekeliruan dalam mengeja kata pinjaman.

b) Ralat (tidak disengajakan)c) Telor bahasa pengguna

Page 3: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

DEFINISI KONSEP Bahasa adalah lambang-lambang arbitrari yang bukan sahaja diucapkan,

tetapi juga dalam bentuk visual. Lambang-lambang tersebut mempunyai makna yang dipersetujui dalam sesuatu masyarakat atau budaya yang menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

Menurut Amran Halim, ejaan ialah keseluruhan jalinan kaedah-kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan tanda-tanda visual untuk melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan dapat digolongkan sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi ujaran.

Ejaan menjadi kesalahan yang utama dan ketara dan ini merupakan satu perkarapenting untuk diteliti bila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa.

Di samping itu, papan iklan, merujuk kepada paparan maklumat yang disediakan oleh pihak tertentu untuk memaklum, memberitahu, mengumum dan menyatakan sesuatu perkara kepada orang ramai. Manakala, premis-premis perniagaan bermaksud bangunan atau ruang yang dijadikan tempat menjalankan perniagaan.

Page 4: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

Meninjau dan menyenaraikan kesalahan-kesalahan ejaan yang digunakan pada papan tanda di premis-premis perniagaan dan papan iklan.

Menghuraikan dan memperbetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada papan tanda di premis-premis perniagaan dan iklan di sepanjang jalan Lumut-Sitiawan.

Memberikan saranan untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan yang terdapat di premis-premis perniagaan dan papan iklan.

Page 5: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Kepentingan kajianKajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah: Untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan ejaan yang

digunakan pada papan tanda di premis-premis perniagaan dan papan iklan.

Untuk menyedarkan masyarakat tentang penyalahgunaan ejaan pada papan tanda dan papan iklan.

Untuk menambahkan dokmentasi kajian yang berkaitan dengan kesalahan penggunaan ejaan pada papan tanda di premis-premis perniagaan dan papan iklan.

Untuk meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan ejaan yang lebih tepat serta dapat dijadikan penduan dan rujukan dalan proses pengajaran penggunaan ejaan dalan bahasa Melayu.

Page 6: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Skop kajian

Skop kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang ialah berkaitan dengan kesalahan tatabahasa iaitu dari aspek kesalahan ejaan.

Page 7: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Batasan kajian

 Kajian yang dilaksanakan ini lebih tertumpu terhadap papan-papan tanda di premis perniagaan dan papan iklan sahaja.

Selain itu, pemilihan kawasan kajian pula hanya terhad di Jalan Lumut-Sitiawan yang sepanjang 2.5 kilometer

Page 8: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Kaedah kajian Kaedah kajian lapangan

- mengambil gambar kesalahan ejaan pada papan tanda dan iklan

Kaedah perpustakaan- melawati laman sesawang- buku ilmiah

Page 9: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

DAPATAN KAJIAN Senarai Kesalahan Ejaan dan Pembetulan serta Huraian

Kesalahan Ejaan Pada Papan Tanda Di Premis-Premis Perniagaan Dan Iklan Di Sepanjang Jalan Lumut-Sitiawan

Didapati hampir kerap berlakunya kesalahan tatabahasa pada papan tanda di premis-premis perniagaan di sepanjang jalan kawasan kajian. Kesalahan yang mempunyai kekerapan kesalahan yang paling banyak ialah kesalahan ejaan.

Pembangunan semakin terselah apabila di daerah ini dibina beberapa buah pesat seperti pusat pendidikan, pusat kesihatan dan sebagainya. Kepesatan pembangunan turut menjana ekonomi penduduk. Banyak kedai dan premis perniagaan turut muncul memenuhi kawasan yang dahulunya agak sepi. Namun, kebanyakkan pemilik premis perniagaan tidak begitu prihatin dan menitikberatkan soal berbahasa, khususnya dalam bahasa Melayu.

Page 10: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Selain papan tanda di tepi jalan terdapat juga kesalahan ejaan di agensi-agensi tertentu. Seperti ejaan yang terdapat pada papan tanda klinik kesihatan yang masih dieja dengan ejaan lama iaitu “kelinik”. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dan semua pihak harus peka dengan keadaan sekeliling. Ejaan “kelinik” merupakan ejaan lama bagi bahasa melayu sebelum ejaan vokal bahasa melayu diselaraskan pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972 dalam Rancangan Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Hal ini berlaku perkataan yang dieja dahulu. Ejaan yang sebetulnya ialah dengan mengugurkan huruf “e” dan menjadi “klinik”.Oleh itu pembetulan bagi gambar 1 di bawah ialah “ Klinik Diong”

KESALAHAN: “KELINIK”

Page 11: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan premis perniagaan mereka. Contohnya, papan tanda yang dicampuradukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti di Gambar 2 di bawah, “Pusat Aerobic Manjung”. Sepatutnya ejaan “aerobic” dieja dalam bahasa Melayu iaitu “ aerobik”. Oleh itu pembetulan bagi Gambar 2 di bawah ialah “ Pusat Aerobik Manjung”

KESALAHAN: “AEROBIC”

Page 12: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Penggunaan di papan tanda restoran pada Gambar 3 iaitu, “Restoran One Eight Eight”. Penggunaa tersebut jelas menunjukkan kesalahan pada papan tanda tersebut kerana terdapat campuran bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Sepatutnya papan tanda pada restoran tersebut dieja seperti ini “ Restoran Satu Lapan Lapan

KESALAHAN: “ONE EIGHT EIGHT”

Page 13: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Kebanyakan kedai menggunakan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Gambar 4 menunjukkan percampuran bahasa lagi. Namun percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa mengikut sistem bahasa, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris seperti di dalam gambar 4 di bawah iaitu, “Kedai Gambar Happy”. Hal tersebut jelas menggambarkan kesalahan terhadap papan tanda pada kedai tersebut. Perkataan lebih sesuai digunakan dalam bahasa inggeris sepenuhnya supaya tidak berlaku pertindihan maksud atau pencemaran bahasa Melayu pada papan tanda di kedai tersebut.

KESALAHAN: “HAPPY”

Page 14: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Gambar 5 menunjukkan bahawa usia kedai tersebut sudah mencecah lebih daripada 40 tahun. Hal ini kerana ejaan “sharikat” pada papan tanda premis tersebut merupakan bahasa melayu lama yang sudah tidak diguna pakai lagi sejak Rancangan Sistem Pembakuan pada tahun 1972. Perkataan “sharikat” tersebut mempunyai kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan ejaan tersebut terang lagi bersuluh mengalami kesalahan ejaan kerana perkataan yang dipinjam dari bahasa Indonesia tidak tertakluk kepada Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah dieja seperti ini “syarikat’, ejaan ini selaras dengan Ejaan Keselarasan Vokal.

KESALAHAN: “SHARIKAT”

Page 15: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Gambar 7 pula mengalami dua kesalahan yang sangat ketara dimana, kesalahan pertama dari segi ejaan, manakala kesalahan kedua dari segi frasa. Kesalahan pertama, sekali lagi menunjukkan perkataan “kelinik” adalah salah kerana dieja dalam bahasa melayu lama. Sepatutnya papan tanda tersebut dibetulkan kepada ejaan menjadi “klinik”. Hukum DM merupakan hukum yang diterangkan (D) di dahulukan dan kemudian hal yang menerangkan (M) menyusur belakang. Dalam kekeliruan ini klinik merupakan hal yang ingin diterangkan. Maka perlu didahulukan menjadi “Klinik Chua”.

KESALAHAN: “KELINIK” DAN HUKUM D-M

Page 16: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

“Pusat Pembelian & Penjualan Buku Terpakai” pada Gambar 8 mengalami kesalahan ejaan dari segi imbuhan. Imbuhan dikenali sebagai penambahan. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan. Imbuhan saperti “peN-“ dan “peM-“ digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata adjektif. Sepatutnya perkataan tersebut dieja “ Pusat Belian Dan Jualan Buku Terpakai”. Papan tanda yang tertulis “ilmu mart juga didapati salah kerana menggunakan campuran bahasa. Sepatutnya “Pasar Ilmu”.

KESALAHAN: “PEMBELIAN dan PENJUALAN”/ “ILMU MART”

Page 17: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Perkataan “letrik” pada kedua-dua gambar diatas yang terdapat pada papan tanda dipremis perniagaan mengalami kesalahan ejaan. “letrik” merupakan ejaan yang dieja mengikut dialek seseorang sebagai contoh seseorang itu merupakan dari kaum cina. Sepatutnya perkataan yang betul ialah “eletrik”. Pemilik perusahaan tersebut tidak memeriksa sama ada perkataan pada papan tanda tersebut betul atau tidak kerana jika dieja dari cara telor percakapan mereka kelihatan seperti betul walhal ia adalah salah.

KESALAHAN: “LETRIK”

Page 18: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Kesalahan ejaan yang terdapat pada papan tanda di premis-premis perniagaan dan iklan di sepanjang Jalan Lumut-Sitiawan yang terakhir ialah pada Gambar 10. “Perusahaan Plasterglass Lien Mei” mengalami juga mengalami kesalahan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. “ plasterglass” merupakan perkataan bahasa inggeris yang bermaksud tampal, tampalan atau menampal kaca. Sepatutnya perlu dibetulkan menjadi “Perusahaan Tampalan Kaca”.

KESALAHAN: “PLASTERGLASS”

Page 19: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Saranan Bagi Mengatasi Kesalahan Ejaan Pada Papan Tanda Dipremis-Premis Perniagaan Dan Iklan.

Peranan pihak kerajaan amat penting dalam memperbetul kesalahan ejaan yang dilakukan melalui kampen-kampen yang dijalankan. Kerajaan terutamanya boleh meneruskan kampen “ Cintailah Bahasa ” dan “ Bahasa Jiwa Bangsa ” bagi memupuk semangat mencintai negara dalam kempen tersebut. Pekara ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menggunakan bahasa yang betul.

Saranan seterusnya ialah mengenakan denda kepada pemilik premis-premis perniagaan dan iklan. Ini disebabkan mereka menggunakan kata yang salah pada papan tanda premis mereka. Kesalahan penggunaan kata yang digunakan akan memberi kesan kepada rakyat terutama mesyarakat sekitar yang terdedah kepada kesalahan kata tersebut. Contohnya, perkataan “ Minah Mart ” yang salah penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya perkataan yang betul ialah “ Kedai Minah”.

PIHAK KERAJAAN PERANAN PERNIAGA

Page 20: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Selain itu, peranan pendidikan dalam mendedahkan penggunaan kata dengan betul kepada semua peringkat sekolah tidak kira dari tahun satu hingga tingkatan enam atas. Bagi menerapkan penggunaan kata dengan betul, pendidik sepatutnya mengajar murid terutama di peringkat sekolah rendah menggunakan kata dengan betul. Bak kata pepeatah, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya ” .

Seterusnya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menarik perhatian rakyat bagi menggunakan bahasa dengan betul. Mereka boleh membuat pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa disamping menarik perhatian para peserta dalam dan luar negara supaya bahasa Melayu dapat didaulatkan sehingga di peringkat dunia.

PERANAN PENDIDIKAN PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Page 21: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

Akhir sekali, peranan media massa dalam membantu kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa dan kata dengan betul terutama dalam drama-drama yang dipaparkan di television dapat memupuk rakyat menggunakan bahasa dengan betul. Kesannya, rakyat seharusnya berbangga kerana bahasa Melayu terkenal di serata dunia.

PERANAN MEDIA MASSA

Page 22: Kesalahan bahasa Pada Papan Tanda Di Premis-premis Perniagaan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan bahasa yang betul penting dan tidak patut dipandang enteng. Hal ini kerana kedudukan martabat, dan imej sesuatu bahasa banyak bergantung kepada keupayaan kita dalam mengamalkan dan menuturkan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Walaupun secara relatifnya, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah, seharusnya kesalahan-kesalahan penggunaan kata dapat dielakkan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahasa ini dapat memikul tugasannya sebagai media perhubungan dan perantaraan ilmu.