sistem otot rangka

6
Sistem Otot Rangka Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Fungsi Otot Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur,menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. 1. Menghasilkan pergerakan Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan otot. Penguncupan otot membolehkan kita berjala, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermuka masam. 2. Mengekalkan postur Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan seperti

Upload: hurul-zurain-mohammad

Post on 12-Jun-2015

5.832 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Otot Rangka

Sistem Otot Rangka

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai

hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk

struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat

dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot

juga menentukan magnitud pergerakan.

Fungsi Otot

Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga

berfungsi untuk mengekalkan postur,menstabilkan sendi dan menghasilkan

haba.

1. Menghasilkan pergerakan

Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan otot.

Penguncupan otot membolehkan kita berjala, berenang dan mengangkat

barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan

pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling. Otot rangka juga

membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti

tersenyum dan bermuka masam.

2. Mengekalkan postur

Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita

mengekalkan postur badan seperti berdiri,duduk dan menundukkan kepala

apabila menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya mengekalkan

kedudukan badan tersebut.

3. Menstabilkan sendi

Semasa melakukan pergerakan,otot-otot rangka juga menstabilkan sendi-

sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai

contoh, lakuan dalam sukan memanah.

Page 2: Sistem Otot Rangka

4. Menghasilkan haba

Tenaga digunakan untuk penguncupan otot. Walau bagaimanapun,

sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut

sebaliknya terbebas sebagai haba.

Jenis-jenis Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka,tisu otot licin dan tisu otot

kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel,lokasi,fungsi dan

bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

1. Otot rangka

Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot

rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan

terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf jenis otot ini sahaja

boleh dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua

pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada

jenis fiber sama fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak

cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat

digunkan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut

100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding

dengan pelari marathon.

2. Otot licin

Otot licin terdapat pada dinding organ viseral seperti perut,pundi kencing dan

saluran pernafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-

bahan di dalam saluran-saluran yang terdapat di dalam badan. Otot kecil

Page 3: Sistem Otot Rangka

tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon,bahan kimia dan

regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan

kekal. Keadaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot

viseral terikat kuat dan membentuk satu jeringan yang berterusan. Apabila

satu fiber otot licin dirangsang,impuls akan Bergerak ke fiber lain dan

kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.

3. Otot Kardiak

Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontaraksi otot

kardiak pada jantung membolehkan jantungmengepam darah ke seluruh

badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka teteapi

otot ini di luar kawal. Penguncupan otot kardiak hádala perlan dan dikawal

oleh perentak jantung. Kelajuannya boleh bertambah apabila dirangsang oleh

sistem saraf dan sistem endokrina.

Ciri-ciri Otot Rangka

Tisu otot rangka mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk menjalankan fungsi-

fungsinya. Ciri-ciri tersebut ialah :

1. Kebolehujaan ( irritability / excitability )

2. Kebolehkuncupan ( contractibility )

3. Kebolehpanjangan ( extensibility )

4. Kebolehanjalan ( elasticity )

Kebolehujaan ( irritability / excitability )

Page 4: Sistem Otot Rangka

Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas

terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot

untuk menguncup.

Kebolehkuncupan ( contractibility )

Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek

apabila menerima ransangan. Daya yang dihasilkan apabila otot

menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.

Kebolehpanjangan ( extensibility )

Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.

Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang

melebihi panjang asal apabila otot relaks.

Kebolehanjalan

Kebolehanjalan ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal

selepas meregang atau menguncup.

Lekatan otot

Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Sekurang-kurangnya terdapat dua tempat lekatan otot yang dinamakan

lekatan proksimal dan lekatan distal.

1.Lekatan proksimal

Page 5: Sistem Otot Rangka

Lekatan proksimal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang

lebih hampir dengan batang tubuh. Lekatan proksimal juga dikenali sebagai

origin.

2.Lekatan distal

Lekatan distal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih

jauh dari batang tubuh. Lekatan distal juga dikenali sebagai insertion.