sistem labah-labah

16
SISTEM PERTANDINGAN: SISTEM LABAH-LABAH OLEH: SITI NOR AZAH AZIZAN FADHILA HASBI SHAZANA SUHAIMIN (PK (BM) / KS / PJ)

Upload: ain-husni

Post on 25-Jun-2015

876 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM LABAH-LABAH

SISTEM PERTANDINGAN:SISTEM LABAH-LABAH

OLEH:SITI NOR AZAH AZIZAN

FADHILA HASBISHAZANA SUHAIMIN

(PK (BM) / KS / PJ)

Page 2: SISTEM LABAH-LABAH

SISTEM LABAH-LABAH

• Sistem labah-labah merupakan sistem pertandingan cabar-mencabar.

• Biasanya tempoh perlawanan yang dijalankan memakan masa yang lama.

• Pasukan yang paling tinggi akan diletakkan di tempat teratas, manakala yang lemah di tempat terbawah.

Page 3: SISTEM LABAH-LABAH

SISTEM LABAH-LABAH

• Sistem ini memberi peluang kepada setiap pasukan untuk mengubah kedudukan mereka.

• Peserta di aras bawah perlu bersaing dengan arasnya terlebih dahulu bagi melangkah kedudukan yang paling tinggi.

• Peserta yang berada tempat nombor satu akan menunggu pencabarnya dan tidak boleh mencabar peserta lain.

Page 4: SISTEM LABAH-LABAH

KELEBIHAN SISTEM LABAH-LABAH

• Memberi peluang kepada peserta lain untuk meningkatkan kedudukan.

• Memberi peluang kepada peserta saling cabar mencabar.

• Memberi motivasi kepada peserta bersemangat untuk bermain.

• Dapat mengeratkan silaturahim.

Page 5: SISTEM LABAH-LABAH

KELEMAHAN SISTEM LABAH-LABAH

• Pencabar terlalu ramai.• Pertandingan yang dilakukan dalam tempoh

yang lama.• Sistem pertandingan yang agak mengelirukan.

Page 6: SISTEM LABAH-LABAH

PERATURAN AM SISTEM LABAH-LABAH

• Peserta-peserta ditempatkan di tangga melalui beberapa cara : mengikut keputusan-keputusan yang lepas. Selepas pemain pilihan ditetapkan di tengah iaitu pemain paling

hebat, kedudukan pemain diterbalikkan dengan yang lemah diletakkan di atas bagi merangsangkan pemain untuk mencabar antara satu sama lain.

• Pemain akan maju ke atas jika menang.• Seorang pemain boleh mencabar atu atau dua pemain di atasnya.• Jika menang pencabar akan menukar tempat dengan yang dicabar.

Jika kalah tiada pertukaran tempat berlaku. Pencabar tidak boleh mencabar pemain yang sama dalam masa seminggu.

Page 7: SISTEM LABAH-LABAH

PERATURAN AM SISTEM LABAH-LABAH

• Proses mencabar adalah mengikut susunan yang ditetapkan.

• Selepas dua pemain bermain, mereka hanya boleh bermain semula selepas setiap seorang itu ber dengan pemain lain.

• Pemain yang dicabar mesti bermain dalam tempoh tiga hari selepas di cabar.

• Pemain yang tidak aktif dan tidak bermain selama seminggu terus disingkirkan dari senarai.

• Pemain yang terletak di atas sekali dianggap sebagai pemenang selepas satu masa yang ditetapkan.

• Dalam kes tertentu, seorang pengurus pertandingan perlu menerima dan menyebar cabaran. Papan kenyataan boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Page 8: SISTEM LABAH-LABAH

PRINSIP UTAMA SISTEM LABAH-LABAH

• Peserta perlu mencabar arasnya terlebih dahulu untuk pergi ke aras yang lebih tinggi.

• Peserta yang menang akan mara kehadapan manakala peserta yang kalah akan turun kedudukannya.

Page 9: SISTEM LABAH-LABAH

SISTEM PERLAWANAN

• Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mencabar peserta yang berada di kedudukan nombor satu yang merupakan pemain paling hebat.

• Sekiranya peserta di pusat kalah dan dikeluarkan peserta tersebut perlu mencabar peserta dalam aras lain sebelum mencabar peserta arasnya untuk menebus kekalahan dan menduduki tempat pertama semula

Page 10: SISTEM LABAH-LABAH

SISTEM PERLAWANAN

• Bilangan pencabar yang ramai merupakan kelemahan sistem ini, maka Colgate(1978) mencadangkan bahawa peserta di luar pusat perlu mencabar seorang peserta pada arasnya terlebih dahulu dan sekiranya mereka menang mereka boleh mencabar peserta yang berada di pusat yang sama.

Page 11: SISTEM LABAH-LABAH

JADUAL PERLAWANAN SISTEM LABAH-LABAH

• Bagi 25 petanding:

Page 12: SISTEM LABAH-LABAH

PENERANGAN TENTANG JADUAL PERLAWANAN

• Peserta di kedudukan nombor 4 perlu mencabar peserta di arasnya yang sama terlebih dahulu iaitu peserta di kedudukan nombor 25 bagi melayakkan peserta di kedudukan nombor 4 ini mencabar peserta di pusatnya iaitu peserta di nombor 3.

Page 13: SISTEM LABAH-LABAH

PENERANGAN TENTANG JADUAL PERLAWANAN

• Seterusnya jika peserta di kedudukan bahagian pusat iaitu peserta di kedudukan nombor 3, 6, 9,12, 15, 21 dan 24 kalah, mereka perlu keluar dari pusat dan mencabar peserta di aras luar sekali iaitu 4,7,10,13,16,19 atau 22 bagi menebus kekalahan dan menduduki di tempat pertama semula.

Page 14: SISTEM LABAH-LABAH

PENERANGAN TENTANG JADUAL PERLAWANAN

• Manakala, peserta di kedudukan 2,5,8,11,14,17,20 dan 23 yang kalah akan naik ke pusat kedua dan bersaing bersama peserta di kedudukan nombor 3, 6, 9,12, 15, 21 atau 24 bagi menduduki tempat mereka semula.

Page 15: SISTEM LABAH-LABAH

PENERANGAN TENTANG JADUAL PERLAWANAN

• Jika peserta berjaya melepasi dan mengalahkan peserta di pusat yang kedua dan ketiga, mereka akan terus bergerak turun dan dapat bersaing bersama peserta di kedudukan nombor satu iaitu peserta yang paling hebat.

Page 16: SISTEM LABAH-LABAH

TAMAT

TERIMA KASIH…