sistem kawalan enjin

9
8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 1/9 Sistem Kawalan Enjin Pengenalan Sistem kawalan didalam sesebuah enijn boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: Penderia (Sensor) Sistem kawalan pancitan bahanapi elektronik (Electronic Fuel Injection System) Pengerak (Actuator) Abdul Shokor bin Abd Talib Page 1 Sensor Sensor Sensor Engine ECU Actuator Actuator Actuator Engine ECU EFI ESA ISC Diagnosis Fail-safe & backup Other function Other function

Upload: abdul-shokor-abd-talib

Post on 30-May-2018

282 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 1/9

Sistem Kawalan Enjin

Pengenalan

Sistem kawalan didalam sesebuah enijn boleh dibahagikan kepada 3 bahagian

iaitu:• Penderia (Sensor)

• Sistem kawalan pancitan bahanapi elektronik(Electronic Fuel Injection System)

• Pengerak (Actuator)

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 1

Sensor 

Sensor 

Sensor 

EngineECU

Actuator 

Actuator 

Actuator 

EngineECU

EFI ESA ISC

DiagnosisFail-safe& backup

Other function

Other function

Page 2: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 2/9

Litar kawalan kuasa

Litar kawalan kuasa ialah litar yang membeklakan kuasa elektrik kepada EngineControl Unit (ECU). Litar ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

• Litar yang dikawal oleh ignition switch.

•Litar yang dikawal oleh ECU.

Litar yang dikawal oleh ignition switch

Daripada rajah diatas kita dapat melihat bahawa EFI main relay dikawal dengan

oleh ignition switch. Apabila ignition switch “on” arus elektrik akan dialirkanmelalui gegelung (coil) yang terdapat di dalam EFI main relay lalu menyebabkansuis di dalam relay tersebut berubah dari kedudukan “Off” ke “On”.

Seterusnya bekalan kuasa akan dialirkan dari bateri ke terminal +B dan +B1 didalam ECU.

Kita juga dapati bahawa terdapat bekalan voltan yang berterusan di bekalkankepada terminal BATT. Bekalan kuasa ini penting untuk memastikan bahawatiada kehilangan ingatan (memory) berlaku semasa ignition switch “Off”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 2

Page 3: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 3/9

Litar yang dikawal oleh ECU

Di dalam rajah diatas kita dapati bahawa EFI main relay di dalam sistem inidikawal oleh ECU. Untuk menghidupkan sistem ini, bekalan kuasa perlu

dibekalkan kepada ECU selama beberapa ketika sebelum enjin bolehdihidupkan.

Apabila igniton siwtch “On” arus akan dialirkan dari bateri ke terminal IGSW padaECU. Sebaik sahaja ECU menerima isyarat bahawa ignition suis telahdihidupkan ia akan menghantar bekalan kuasa melalui terminal M-REL untukmembolehkan gegelung di dalam main relay menghasilkan medan magnet.Setelah medan magnet terhasil di dalam main relay, suis di dalam main relayakan bercantum dan membenarkan pengaliran bekalan kuasa dari fius EFI keterminal +B.

Di dalam key kenderaan yang mengunakan immobilizer, satu lagi isyarattambahan iaitu key lock warning di gunakan. Apabila ECU mendapati bahawakunci yang betul tidak dimasukkan ke tempatnya, enjin tidak boleh dihidupkan.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 3

Page 4: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 4/9

Litar Bumi (Ground)

Litar bumi boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:• Litar bumi untuk ECU - E1

• Litar bumi untuk penderia (sensor) – E01 & E02

• Litar bumi untuk pengerak (actuator) – E2 & E21

Bekalan voltan yang diterima oleh terminal penderia pada ECU (Sensor terminal voltage)

Penderia adalah amat penting di dalam sistem kawalan enjin kerana iamembekalkan pelbagai maklumat penting untuk membolehkan ECU menentukan

 jumlah bahanapi yang diperlukan oleh enjin.

Bekalan voltan yang diterima oleh terminal penderia pada ECU boleh dikelaskankepada 5 jenis iaitu:

• Voltan bekalan tetap 5V (Vc)

• Berubah mengikut suhu (thermistor)

• Mengunakan isyarat On/Off 

• Mengunakan voltan bekalan selain dari ECU

• Mengunakan voltan yang dihasilkan oleh penderia

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 4

Page 5: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 5/9

Voltan bekalan tetap Voltan ini dihasilkan oleh microprocessor yang terdapat di dalam ECU denganmengunakan bekalan voltan dari bateri. Voltan ini digunakan sebagai puncabekalan kuasa untuk sesuatu penderia.

Didalam contoh ini, voltan tetap sebanyak 5V akan dibekalkan kepada terminalVc, seterusnya arus akan dialirkan melalui throttle position sensor danperubahan di dalam jumlah voltan yang diterima oleh ECU akan digunakan untukmengukur sudut pembukaan throttle.

Jika sekiranya terdapat kerosakkan pada sistem bekalan kuasa ini, bekalankuasa kepada microprocessor akan diputuskan. Keadaan ini akan menyebakanenjin menjadi “stall”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 5

Page 6: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 6/9

Bekalan kuasa berubah mengikut suhu (thermistor)

Thermistor ialah satu penderia yang rintangannya akan berubah mengikut suhu.Penderia dari jenis ini banyak digunakan untuk mengesan perubahan suhu air dan udara di dalam kenderaan.

Seperti yang dapat dilihat di dalam rajah diatas, satu bekalan tetap sebanyak 5Vakan dialirkan melalui titik A dan seterusnya ECU akan mengira perbezaanvoltan yang terhasil pada titik A untuk menentukan suhu semasa.

Jika sekiranya voltan pada titik A ialah 5V ini menunjukkan bahawa telah berlaku

“open circuit” sebaliknya bacaan voltan 0V pula, memberitahu bahawa telahberlaku litar pintas di antara penderia dengan titik A.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 6

Page 7: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 7/9

Bekalan dengan mengunakan isyarat “On/Off” 

Peralatan yang mengunakan suis

Bagi peralatan ini, Ecu akan mengesan perubahan kedudukan suis dari keadaan“On” ke “Off” dan sebaliknya.

Untuk mengesan perubahan ini ECU akan membekalkan voltan sebanyak 5Vkepada peralatan berkenaan, Terminal akan menerima bekalan sebanyak 5Vapabila suis berada pada kedudukan “Off” dan 0V apabila suis berada padakedudukan “On”.

ECU mengunakan isyarat ini untuk mengesan perubahan pada penderia.

Sesetengah penderia mengunakan voltan bekalan sebanyak 12V.

Peralatan yang mengunakan transistor 

Sesetengah peralatan mengunakan transistor bagi mengawal pengaliran arus didalam peralatan tersebut. Sama seperti peralatan yang mengunakan suis ECUakan membekalkan voltan bekalan sebanyak 5V kepada peralatan tersebut.

Seterusnya ECU akan mengesan perubahan yang berlaku dengan mengesan jumlah voltan yang diterima oleh terminal.

Sesetengah penderia mengunakan voltan bekalan sebanyak 12V.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 7

Page 8: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 8/9

Mengunakan bekalan selain dari ECU 

ECU boleh menentukan samaada sesuatu peralatan sedang beroperasi atausebaliknya dengan mengesan voltan bekalan yang diterima oleh peralatantersebut.

Di dalam rajah diatas apabila stop lamp switch ditekan, voltan sebanyak 12Vakan dialirkan kepada terminal pada ECU. Sebaliknya jika switch tersebutdilepaskan voltan akan bekalan akan menjadi 0V.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 8

Page 9: Sistem Kawalan Enjin

8/9/2019 Sistem Kawalan Enjin

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-kawalan-enjin 9/9

Mengunakan voltan yang dihasilkan oleh penderia

Bagi penderia yang boleh menghasilkan bekalan kuasa sendiri, ECU tidak perlumembekalkan bekalan kuasa tambahan.

Untuk penderia dari jenis ini, ECU akan mengesan jumlah dan frekuensi yangdihasilkan bagi menentukan tindakan yang perlu diambil.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 9