sistem kalah mati

16

Click here to load reader

Upload: cikgu-iqa

Post on 30-Jun-2015

15.856 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM KALAH MATI

PENGENALAN

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam

sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga

diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta

berkemahiran dalam permainan tersebut.

Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem

pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga, klah mati, dan cabar-

mencabar. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan

sistem pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya:

Masa yang diperuntukkan

Alatan dan kemudahan yang ada

Kewangan

Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan

Penentuan pemenang yang sah

Agihan perlawanan yang adil

Jenis pertandingan.

Page 2: SISTEM KALAH MATI

SISTEM KALAH MATI

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali

sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan

meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan.

KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI

Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta.

Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk

pertandingan-pertandingan akan datang.

Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat

Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad

Mampu menerima penyertaan yang banyak.

Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI

Peserta hanya bertanding sekali sahaja

Penggunaan kemudahan yang minimum

Penentuan pemain pilihan adalah penting

Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut:

i. Bilangan peserta menunggu (bye)

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang

mengambil bahagian dalam angka pangkat dua atau ‘angka kuasa dua’. Sebagai

contoh, 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan 128.

Page 3: SISTEM KALAH MATI

Formula sistem kalah mati:

Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk

mendapat bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang mengambil

bahagian.

Angka

pangkat 2

(2n)

Jumlah

pasukan yang

mengambil

bahagian

¿)

Jumlah pasukan

menunggu atau

bye

21 2 -

22 3 1

22 4 -

23 5 3

23 6 2

23 7 1

23 8 -

24 9 7

Cara mengira jumlah perlawanan:

=N−1

Cara mengira bilangan bye:

=kuasa dua (2n ¿−N , n= 1,2,3,4,5…..

Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:

= N−bye2

N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding

Page 4: SISTEM KALAH MATI

24 10 6

24 11 5

24 12 4

24 13 3

24 14 2

24 15 1

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat

dalam pertandingan sebelumnya.

ii. Penempatan pasukan pilihan atau seeded

Contoh :

Peserta pilihan di tempatkan simetrikal.Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu pertama akan diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di bahagian bawah.Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat berada di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah. Sekiranya peserta menunngu itu dalam angka ganjil, maka penanti seterusnya mesti diletakkan di bawah kumpulan bawah.

Page 5: SISTEM KALAH MATI

Pilihan pertama

Carta perlawanan untuk 12 pasukan

pusingan awal suku akhir separuh akhir akhir

1

2

3

4

5

6 Johan

7

8

9

10

11

12

∴pertandingan kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye

Pilihan ke-4

Pilihan ke-2

Piihan ke-3

Page 6: SISTEM KALAH MATI

Sistem Kalah Mati Dua Kali

Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding

sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Peserta

yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir setelah mengalami

kekalahan kedua. Peserta yang menang pada peringkat awal akan maju ke kanan

(kumpulan pemenang) manakala peserta yang kalah pula ditempatkan ke sebelah kiri

(kumpulan kalah).

Prinsip asas sistem ini ialah membenarkan dua peserta yang pernah bertemu

di peringkat awal untuk bertemu semula bagi kali kedua setelah mereka menang di

kumpulan masing-masing sehingga bertemu lagi di peringkat akhir.

Kelebihan

Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali

Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan

Dapat memilih pemenang yang sebenar

Penentuan peserta menunngu tidak diperlukan

Kelemahan

Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali.

Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak

Jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan

Page 7: SISTEM KALAH MATI

kiri

Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta

kanan

Page 8: SISTEM KALAH MATI

SISTEM LIGA

Sistem liga adalah satu sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta

atau pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan.

Para peserta tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain sehingga setiap

pasukan telah bermain dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut.

Kelebihan sistem liga

Sistem ini senang untuk diuruskan kerana formatnya senang diuruskan

Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula dan

setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam kumpulannya.

Peserta boleh memperbaiki strategi perlawanan dari semasa ke semasa kerana

dapat bertanding dengan banyak pasukan dalam kumpulan tersebut.

Setiap pasukan akan bertarung bersungguh-sungguh kerana kemenangan akan

bergantung kepada jumlah mata yang diperoleh hasil kemenangan atau seri,

jumlah jaringan, dan jumlah jaringan kena.

Kelemahan sistem liga

Memerlukan alatan yang banyak.

Masa pertandingan yang lama.

Page 9: SISTEM KALAH MATI

Sistem liga terbahagi kepada :

a. Sistem liga satu pusingan

Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali sahaja

dengan pihak lawan setiap kumpulan.

b. Sistem liga dua pusingan

Liga dua pusingan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut bertanding

dengan lawan sebanyak dua kali.

-Liga Perdana Inggeris.

Formula pengiraan bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga:

= N (N−1 )2

N=¿ jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Contoh:

= 5 (5−1 )2

= 202

= 20 perlawanan

Page 10: SISTEM KALAH MATI

Keputusan perlawanan akan direkodkan ke dalam carta skor.

Pasukan Cempaka Damai Aman Delima Zamrud

Cempaka ////////////////////// 1-1 1-1 3-0 2-0

Damai 1-1 /////////////////////

/

1-1 3-1 2-0

Aman 0-3 1-1 ////////////////////// 2-2 2-1

Delima 0-3 1-3 2-2 /////////////////////

/

1-1

Zamrud 0-2 0-2 1-2 1-1 ////////////////////

Borang skor rasmi 5 pasukan dalam liga satu pusingan

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan

Cempaka 4 2 2 0 7 2 8 1

Damai 4 2 2 0 7 3 8 2

Aman 4 1 3 0 6 5 6 3

Delima 4 0 2 2 4 9 2 4

zamrud 4 0 1 3 2 7 1 5

P – jumlah perlawanan K- kalah

M- menang J- jaringan

S- seri G- bilangan kena

Page 11: SISTEM KALAH MATI

SEPARA LIGA

Sistem separa liga ini lazimnya menggabungkan sistem liga satu pusingan dan sistem liga dua pusingan di peringkat awal di peringkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem separa liga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya:

Separa liga 4 kumpulan Separa liga 3 kumpulan Separa liga 2 kumpulan

Separa liga 4 kumpulan

Faktor utama mengagihkan pasukan-pasukan yang bertanding kepada empat kumpulan ialah bilangan penyertaan pasukan. Sekiranya terdapat 12 atau lebih daripada 12 pasukan maka agihan pasukan kepada empat kumpulan adalah sesuai. Pasukan yang menjadi johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan seterusnya yang akan dijalankan secara kalah mati.

Contoh perlawanan:

Agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan

Johan kumpulan Naib johan kumpulan

Kumpulan A

1.Terengganu

2.Kelantan

3.Pahang

Kumpulan B

1.Perak

2.Selangor

3.Pulau Pinang

Kumpulan C

1.Wilayah Persekutuan

2.Sabah

3.Kedah

Kumpulan D

1.Johor

2.Sarawak

3.N. Sembilan

Page 12: SISTEM KALAH MATI

A1-Terengganu A2-Kelantan

B2-Selangor B1-Perak

C3-Kedah C2-Sabah

D1-Johor D3-N. Sembilan

suku akhir separuh akhir akhir

A1

C2

D1

B1 Johan

B2

D3

C3

A2

Page 13: SISTEM KALAH MATI