mati satu peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah mati...“tiap-tiap yang...

7
1 No. Tel : 04-7745400 No. Faks : 04-7338333 Mati Satu Peringatan Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Upload: dohanh

Post on 11-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

1

No. Tel : 04-7745400

No. Faks : 04-7338333

Mati Satu Peringatan

Oleh :

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Page 2: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440

Khutbah : Mati Satu Peringatan

ن ال د أ ش

ل، أ ع حس

أ يك

أ ك ت والياة لبي د هلل الي خيق ال ال

ي مر تبارك اهلل رب اىعالال ل اليق واأل

يم ل، أ إال اهلل وحده ال ش . اىـ

ا وذيرا بش دا و شا ل، بعث دا عبده ورس ن سيدا مد أ ش

وداعيا ،وأ

ا، الي ي اجا وس د ولع آل إل اهلل بإذ لع سيدا م صو وسي ي م ال بإحسان إل ي تبع و صحاب

.وأ

ا بعد، فيا عباد اهلل ى اهلل فلد فاز ! أ وإياي بتل وصيك

اتلا اهلل أ

ن تل .ال

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٹچ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ٹ ٹڀ ڤ ڤٹ

٨١: الش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ

Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah

(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah

setiap kamu melihat (memikirkan) apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi

hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat

mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".

Page 3: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

3

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita bertaqwa

kepada Allah SWT, dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang

sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan

hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan

ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali ‘Imran :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ہ ھ ہڻ ۀ ۀ ہ ہ ڻں ں ڻ ڻچ

﮲ ﮳ ﮴ ﮵ ﮶ ﮷ ﮸ ۓھ ھ ھ ے ے ۓ

Maksudnya :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-

jalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka

dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)

kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) ti-

dak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.

Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat. Jika ada manusia yang cuba memisahkan

antara kehidupan dunia dan akhirat, maka pastinya dia akan hidup dengan mengikut ke-

hendak hawa nafsunya, kerana merasakan semua yang ada di tangannya adalah miliknya

secara mutlak sama ada kuasa, harta, kecantikan dan sebagainya, tanpa dia memikirkan

soal balasan di akhirat sana, sedangkan itu semua adalah pinjaman yang bersifat semen-

tara dari Allah SWT.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440

Page 4: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

4

Kesemua nikmat itu akan disoal kembali di akhirat sana. Sebagaimana diberitahu kepada

kita oleh Baginda Nabi SAW bahawa kita semua pasti akan disoal tentang umur kita di

manakah dihabiskan, tentang tubuh badan kita bagaimanakah dan untuk apakah kita

menggunakannya, tentang harta kita, dari mana kita perolehi dan ke mana pula kita

membelanjakannya, dan tentang ilmu kita, adakah kita telah beramal dengan ilmu yang

kita pelajari atau sebaliknya.

Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal, malah pasti akan menemui saat ke-

matian, maka sepatutnya peringatan ini mengetuk setiap pintu hati kita supaya segera

kembali bertaubat kepada Allah SWT, dan lebih bersungguh-sungguh dalam menambah

bekalan pahalan ke akhirat, di samping kita menjauhi dosa dan maksiat terhadap Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua untuk

menyedarkan kita. Di antara bentuk peringatan dan amaran dari Allah ialah kematian

yang berlaku di sekeliling kita daripada kalangan sanak-saudara dan sahabat handai, su-

dah tentu bila-bila masa sahaja kita menjadi calon kematian seterusnya, hanya

menunggu saat tibanya giliran malaikat `Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut

nyawa. Seandainya kita sentiasa memperingatkan diri kita tentang kematian yang dijanji-

kan ini, nescaya kita akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan amal ibadah

menanti saat `Izrail datang menjemput kita. Ditanya akan Rasulullah SAW,

كيس؟ قال ي املؤننون أ

حسنهم لها بعده استعداد ، : أ

كثهم للهوت ذكرا ، وأ

أ

كياس 1أوئلك األ

____________________________________

1. Hadith Hasan, riwayat Ibn Majah, No.4259

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440

Page 5: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

5

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Di antara punca manusia mudah dilalaikan oleh kehidupan dunia ialah panjang angan-

angannya, iaitu dia merasakan bahawa dia akan hidup lama lagi di dunia ini. Maka dia

tidak berebut-rebut untuk melakukan amal kebajikan, dan tidak bersegera kembali ber-

taubat kepada Allah SWT. Sebagai contoh panjang angan-angan ialah, apabila masuknya

waktu solat, maka dia tidak bersegera untuk mendirikan solat tersebut. Bahkan kadang-

kadang ditangguhnya solat itu hingga ke penghujung waktu kerana pada sangkaannya

dia akan hidup lebih lama lagi. Sedangkan kematian boleh datang pada bila-bila masa

sahaja. Akhirnya dia mati dalam keadaan tidak sempat untuk beramal ibadah, dan tidak

sempat bertaubat kepada Allah SWT. والعياذ باهلل..

Manakala pendek angan-angan pula adalah satu kelakuan yang dipuji oleh agama kita,

kerana ia menjadi sebab bagi kita untuk sentiasa bersiap sedia dengan amal untuk di-

bawa pulang ke akhirat sana. Diceritakan daripada Mu`az bin Jabal [RA] bahawa berkata

ia bermaksud ;

“Tidak melangkah aku akan satu langkah, melainkan aku merasakan dan menyangka

bahawa itu adalah langkahku yang terakhir”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,

Bahawasanya alamat atau tanda bagi mereka yang mendapat petunjuk kepada kebaikan

dari Allah SWT ialah, dia sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi saat kematiannya

dengan bekalan yang secukupnya. Maka setiap hari dia bersiap sedia ia pada pagi

harinya dengan taubat dan amal-amal yang baik kerana bimbang dia akan mati pada hari

itu. Maka jika ditakdirkan dia hidup sehingga ke petang harinya, maka syukur ia kepada

Allah SWT kerana waktu paginya itu telah diisi dengan taubat dan amal-amal kebajikan

serta tidak sia-sia paginya itu.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440

Page 6: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

6

Kemudian apabila dia hidup pula di waktu petang hingga ke malamnya, maka memper-

siapkan pula dirinya dengan amal-amal soleh sebagai persediaan menghadapi kematian

seandainya kematian menjemputnya pada waktu petang tersebut hingga ke pagi

esoknya. Jika ditakdirkan Allah SWT bahawa dia masih hidup hingga keesokan harinya,

maka syukur ia kepada Allah SWT kerana masanya telah digunakan dengan sebaiknya

untuk amal-amal soleh dan juga semakin bertambah-tambah pahala amalnya.

Demikianlah setiap pagi dan petang hinggalah tiba saat kematiannya. Jika mati ia pada

saat itu, maka mati itu adalah tuah dan untung bagi dirinya kerana dia telah bersedia

dengan bekal yang secukupnya, namun jika dia masih terus hidup hingga keesokannya,

maka bertambah-tambahlah lagilah amal kebajikan yang dilakukannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita sedarkan diri kita semua, hadirkanlah diri kita ke majlis-majlis

ilmu tidak kira di mana sahaja. Tambahlah ilmu agama di dalam dada kita. Perbetulkan

amal ibadah kita yang selama ini mungkin ada yang tidak betul. Peruntukkanlah masa

kita untuk hadirkan diri ke masjid dan surau, bersolat berjamaah, duduk di dalam majlis

ilmu. Bukan masanya lagi untuk kita berseronok dan lalai hingga kadang-kadang ada di

kalangan kita yang mati dalam keadaan jauh daripada landasan agama. ذ باهلل . ذلمع

ڃ ڃ ڃ چ چ

ائ ەئ ەئ وئ ائۉ ۉ ې ې ې ې ى ىچ

١: اجلعة چوئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440

Page 7: Mati Satu Peringatanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Mati...“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat saha-jalah akan disempurnakan

7

Yang bermaksud : "Katakanlah [wahai Muhammad], “Sesungguhnya kematian yang

kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu

jua, kemudian kamu akan dikembalikan kepada [Allah] Tuhan yang mengetahui yang

ghaib dan yang nyata, lalu Dia [Allah] memberitahu kepada kamu akan apa yang telah

kamu kerjakan [ketika hidup kamu di dunia dahulu]”.

، ونفعن و ىف اىلرآن اىعظي إ بارك اهلل ل وىك ـ ا في ب ياك

ـيـ ـ الس إ تلوت ك و ن ، وتلبو نر الهي يات والاأل

ولسـا ـر . اىعيي ل وىـكـ ستغفر اهلل اىعظيـذا وأ كل كل

أ

ز ات، فاستغفروه، فـيـا فـ ؤ ي وال ؤ ات وال سي ي وال سي ال

ويا ناة اتلا بي ستغفري ال

07 Disember 2018/29 Rabiul Awwal 1440