sistem integumentari

Upload: ezah-fatini

Post on 16-Jul-2015

315 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Organ kulit terdiri daripada tisu epitelium, tisu penghubung, tisu saraf dan tisu otot. Semua tisu ini berfungsi secara selaras untuk menjalankan tugas kulit.

Lapisan kulit yang paling luar (epidermis) terdiri daripada tisu epitelium, lapisan tengah (dermis) terdiri daripada tisu penghubung dan kapilari darah manakala lapisan bawah (hypodermis) terdiri daripada tisu otot dan tisu penghubung.Lapisan terluar epidermis (sel mati) sentiasa menggelupas dan digantikan semula. Lapisan ini tebal pada tapak kaki dan tangan manusia.

Sel epitelium yang terdapat pada kulit juga mengalami pengubahsuaian menjadi kelenjar peluh yang merembeskan peluh dan kelenjar minyak yang merembes minyak.

1)

Epidermis

2)

Dermis

3)

Subdermis(Hypodermis/Superficial Fascia)

Layers of Epidermis

stratum corneum stratum lucidum stratum granulosum stratum spinosum stratum basale

Epidermis

Terdiri daripada epitelium berlapis dan terdiri daripada sejumlah lapisan sel yang disusun pada dua zon yang jelas kelihatan: Selapis zon tanduk Selapis zon germinal

Zon tanduk terletak paling luar (lapisan epidermis), dan tersusun daripada tiga lapisan sel yang membentuk epidermis. Stratum korneum (selnya tipis, datar,seperti sisik dan terus-menerus dilepaskan) Stratum lusidum (selnya mempunyai garisan jelas tetapi tidak ada nuklei) Stratum granulosum (selapis sel yang jelas kelihatan mengandungi nuklei dan juga berbutir-butir yang diistilahkan sebagai granulosum)

Zon germinal terletak di bawah zon tanduk dan terdiri daripada dua lapisan sel epitelium yang terbentuk jelas. Sel berduri (iaitu sel dengan fibril halus yang menyambung satu sel dengan yang lain v dalam lapisan ini, sehingga setiap sel seakan-akan berduri) Sel basal (terus-menerus menghasilkan sel epidermis baru. Sel ini disusun dengan teratur, berderet dengan rapat dan membentuk lapisan pertama atau lapisan kedua sel pertama sel basah yang terletak di atas papilla dermis)

Layers of the Epidermis

Dermis

Dermis lapisan tengah kulit, lapisan tebal kulit dalaman yang ter diri daripada saluran darah, tisu perantara, saraf, saluran limfa, kelenjar peluh dan aci rambut. pada purata 1.0-2.0mm tebal papillae dermis mengikat epidermis ke tisu-tisu yang mendasari tisu penghubung yang padat tidak teratur. otot sel-sel saraf proses sel saluran darah rambut folikel kelenjar

Subdermis ialah lapisan tisu secara langsung di bawahnya dermis.

Ia terdiri daripada tisu penghubung areolar dan tisu adipos. Fun gsi fisiologi termasuk penebat,penyimpanan tenaga da n membantu dalam mengukuhkan kulitIa juga kusyen badan asas untuk perlindungan tambahan terhadap trauma.

epidermal cells

tube-like depressionextends into dermis hair root

hair shafthair papilla dead epidermal cells melanin arrector pili muscle

Rambut, kuku dan kelenjar sebaseus dianggap sebagai apendaj pada kulit. Rambut dan kuku adalah sel epidermis yang berubah. Rambut tumbuh dari folikel rambut yang merupakan lekukan dalam epidermis. (lihat rajah di bawah)

Folikel rambut digarisi oleh sel epidermis dan di dasarnya terdapat papila tempat rambut tumbuh. Dalam keadaan sihat, apabila sehelai rambut gugur maka akan diganti oleh sehelai rambut lain yang tumbuh dari papila yang sama. Akar rambut berada dalam folikel. Pada bahagian paling hujung dalam, rambut lebih tebal untuk membentuk bulba rambut.

Ialah kulit yang telah berubah. Dermisnya membuat garisgaris lekukan dan bukan papila-papila seperti pada kulit. Dasar kuku mendapat banyak bekalan saraf dan mengandungi banyak pembuluh darah.

Antara fungsi kulit ialah: Perlindungan Mencegah dehidrasi Rangsangan luar Menyimpan lemak Sintesis Vitamin D Menghasilkan bau dan penyamaran Kawalaturan suhu

Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.

Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air.

Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.

Kulit dan tisu di bawahnya bertindak sebagai penyimpanan air; tisu adipos di bawah kulit merupakan tempat penyimpanan lemak yang utama pada tubuh.

5.

Sebagai organ pengatur habaSuhu tubuh manusia adalah tetap, walaupun terjadi perubahan suhu di sekelilingnya. Hal ini dikekalkan melalui penyesuaian antara haba yang hilang dan haba yang dihasilkan, yang dikawal oleh pusat pengatur haba. Pusat ini segera menyedari apabila ada perubahan pada suhu tubuh, kerana suhu darah yang mengalir melalui medula oblongata. Suhu normal tubuh (sebalah dalam), iaitu suhu visera dan otak ialah 36hingga 37.5C. Suhu kulit lebih rendah sedikit. Haba hilang dalam kulit melalui pelbagai cara: 1. penyejatan 2. radiasi 3. pengaliran 4. perolakan

6. Sebagai organ deria sentuhan

Dalam kulit terdapat tempat-tempat tertentu iaitu deria sentuh; sesetengahnya sensitif terhadap sejuk, sesetengahnya terhadap panas, dan lain lagi terhadap sakit. Sensasi yang disebabkan tekanan yang dalam dan sensasi yang memungkinkan seseorang menentukan dan menilai berat sesuatu benda, timbul pada stuktur lebih dalam, misalnya pada otot dan sendi.

Melindungi tisu hidup dan organ dalaman badan Melindungi daripada pencerobohan oleh organisma berjangkit Melindungi tubuh dari dehidrasi Melindungi badan daripada perubahan mendadak suhu Membantu mengeluarkan bahan-bahan buangan melalui peluh Bertindak sebagai penerima untuk sentuhan, tekanan, sakit, panas, dan sejuk (lihatsistem Somatosensory) Melindungi tubuh terhadap selaran matahari Menjana vitamin D melalui pendedahan kepada cahaya ultraungu.

Hyperthermia suhu badan tinggi yang luar biasa.

Tubuh Badan Manusia Normal =37o C or 98.6o F.

Hypothermia Suhu badan rendah yang luar biasa

Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi. Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma.

Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas. Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap. Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa. Enzim-enzim boleh menjalankan fungsinya dengan optimum