sistem ekonomi sara diri myanmar (ting 6)

25
SISTEM EKONOMI SARA DIRI

Upload: raydaryl

Post on 21-Jul-2015

1.662 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

SISTEM EKONOMI SARA DIRI

PENGENALAN

Perkataan ekonomi berasal daripada gabungan

perkataan Greek, oikos dan oikonomia bermaksud

segala tindakan yang berkaitan dengan

pengeluaran atau pengedaran barangan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan, ekonomi berkaitan dengan

pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-

barang dan perkhidmatan atau sistem

pengendalian sumber kekayaan.

Sistem ekonomi sara diri bermaksud segala aktiviti

diusahakan hanya untuk keperluan asas, hasilnya tidak

dijual atau diperdagangkan dan lebih kepada keperluan

sendiri.

Sekiranya ada lebihan hasil, akan di“barter”kan dengan

keperluan-keperluan asas yg lain.

Tertumpu kepada aktiviti pertanian, yang turut diselang-

selikan dengan aktiviti perdagangan dan perlombongan.

Tidak memerlukan peralatan teknologi yang maju dan

tidak memerlukan modal yang banyak.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN MASYARAKAT

TEMPATAN:

PERALATAN YANG DIGUNAKAN:

TENGGALA UNTUK MENGGEMBUR TANAH

Kegiatan utama ekonomi bagi ketiga-tiga rantau

Asia lebih tertumpu kepada pertanian, dan

pertanian utama yang diusahakan ialah

penanaman padi kerana dipengaruhi oleh faktor

geografi dan cuaca.

Dua jenis padi yang ditanam, padi sawah dan padi

huma.

PERTANIAN

Padi Sawah

Merupakan aktiviti ekonomi penting yang diusahakan

oleh masyarakat Myanmmar sejak dahulu lagi.

Dataran/Delta Irrawaddy merupakan kawasan

penanaman padi yang penting disebabkan bekalan air

yang mencukupi dalam membantu aktiviti penanaman

padi.

Beras menjadi bahan makanan utama penduduk

Myanmar selain mengusahakannya sebagai aktiviti

sampingan untuk dijadikan tapai, tepung dan samsu.

Akibat peperangan yang berpanjangan, Delta Irrawaddy turut

terbabit dalam masalah ini sehinggakan tanaman padi menjadi

semakin berkurangan dan masyarakat tempatan mengalami

kemiskinan.

Pada pertengahan abad ke-19, Raja Myanmar melarang

pengeksportan beras ke luar negara bagi mengatasi masalah

kekurangan bekalan beras untuk masyarakat tempatan.

Beras hanya dibekalkan kepada seluruh penduduk Myanmar

sahaja.

DELTA IRRAWADDY SELEPAS TAUFAN NARGIS

Padi Huma

Masyarakat di hulu Myanmar menjalankan kegiatan

pertanian pindah (taungya) dengan menanam padi

huma.

Aktiviti penanaman padi huma dimulakan dengan

menebang pokok dan membakarnya pada musim

kemarau, manakala apabila tiba musim hujan tanahnya

akan menjadi subur setelah bercampur dengan abu-abu

pokok yang dibakar dan biji benih akan mula ditanam

dengan cara menugal.

Setelah tanaman padi huma membesar lebih kurang

dalam bulan September atau Oktober, tanaman ini akan

dituai dan aktiviti ini diusahakan secara gotong-royong

oleh masyarakat setempat.

Suku kaum Karen dan Kachin merupakan kelompok

masyarakat pedalaman Myanmar yang menjalankan

aktiviti penanaman padi huma.

Tanaman pertanian yang lain dan buah-buahan

Penduduk Karen dan Kachin juga mengusahakan

penanaman sekoi, keladi, jagung dan bijiran sebagai

tanaman sampingan.

Kawasan yang kering di dataran tinggi seperti Myingyan

dan Minbu, penduduk telah mengusahakan kapas dan

kacang tanah.

Kapas disemai pada bulan Mei dan akan menampakkan

hasil pada penghujung musim mengetam padi iaitu pada

bulan September.

Kapas dihantar ke Yunnan.

Kacang tanah pula disemai berselang seli dengan kapas.

Penduduk Myanmar yang tidak makan daging

terutamanya yang menganut fahaman Buddha kacang

tanah sebagai makanan utama.

Penduduk Myanmar juga menghasilkan garam sebagai

makanan sara diri di samping menanam buah-buahan.

Mereka menggunakan tanah semaksimumnya untuk

menghasilkan buah-buahan seperti rambutan, jambu,

durian dan betik untuk dijadikan makanan untuk keluarga

serta masyarakat setempat.

MENANGKAP IKAN

Kegiatan ini dijalankan oleh penduduk hulu

Myanmar selain menghasilkan garam.

Aktiviti ini turut dijalankan di Arakan dan

Tennasserim. Hasilnya akan dihantar kepada

petani-petani yang tinggal di hillir Myanmar.

Di kawasan hilir Myanmar, nasi dan kari ikan

menjadi makanan utama penduduknya.

Namun, bagi tradisi penganut Buddha, mereka

tidak menghormati nelayan kerana menurut mereka

nelayan telah membunuh haiwan yang bernyawa

seperti ikan.

PERDAGANGAN

Aktiviti ini dijalankan pada musim hujan kerana

paras air sungai akan meningkat dan hal ini

memudahkan urusan perhubungan antara

penduduk di hulu Myanmar dan di hilir Myanmar.

Pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ini ialah

sampan dengan melalui sungai dan laut. Bagi jalan

darat pula ialah kereta lembu.

Para pedagang menggunakan sampan untuk

berdagang terutama semasa musim hujan dengan

membawa barang dagangan seperti garam, ikan

kering, sambal ikan dan beras.

Aktiviti perdagangan di Shan akan dijalankan pada

musim sejuk menggunakan kereta lembu atau kereta

kuda untuk berdagang barang.

Aktiviti berdagang di Myanmar banyak dimonopoli oleh

pihak istana atau raja terutama perniagaan kapas dan

kayu jati kerana raja-raja Myanmar berpeluang untuk

mengutip pelbagai jenis cukai bagi kepentingan mereka.

ANTARA BARANG-BARANG YANG DIDAGANG

PERLOMBONGAN

Aktiviti perlombongan yang giat dijalankan di

Myanmar ialah petroleum dan batu permata.

Kegiatan ini dikuasai oleh raja Myanmar.

Melombong emas dan perak turut diusahakan

tetapi pengeluarannya secara kecil-kecilan sahaja.

Raja Bodawpaya memonopoli perlombongan batu

permata jenis delima yang besar nilai dan

harganya.

Cukai hanya akan dibayar oleh raja untuk aktiviti ini dan

ini mengurangkan beban rakyat untuk membayar cukai.

Perlombongan petroleum pula berpusat di Yenangyaung

dan pekerjanya masih menggunakan kaedah tradisional

untuk mengeluarkan minyak, iaitu dengan menggunakan

tangan semasa menggali telaga-telaga minyak dan ini

memakan masa yang sangat lama.

Ta

ma

t…