tamadun islam di china

Upload: nan-hashima

Post on 07-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    1/32

    TAMADUN ISLAM DI CHINA

    BAHAGIAN PERTAMA

    PENDAHULUAN

    Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama

    bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu, walaupun

    terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan

    disebabkan pencerobohan kuasa asing.

    Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah

    sungai. Di utara bermula dengan Huang He (Sungai

    Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai ini mengalir

    dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara

    China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu.

    Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era

    Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang

    Ti (Maharaja Kuning 2000SM).

    Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai

    Yangtze, terpanjang di China (3915 batu), mengalir dari

    Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke bahagianTimur China berakhir di Laut China Timur. Kesan

    kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan

    kesan kebudayaan Peng-Keng turut dikenalpasti di

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    2/32

    Taiwan (5000-3000SM.).

    SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA

    Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihatdalam empat zaman:

    - Zaman Pembinaan

    - Zaman Keagungan

    - Zaman Peralihan dan

    - Zaman Moden

    ZAMAN PEMBINAAN

    Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti

    (Dinasti Hsia-Chou- Hin), muncul sistem politik

    monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou

    timbul peperangan akibat kelonggaran sistem

    pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuantanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul

    pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan

    Legalisme yang memberi sumbangan besar kepada

    Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-

    210SM.) China dapat disatukan.

    ZAMAN KEAGUNGAN

    Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di

    Han-Barat dan 25-265M Han-Timur), menguasai

    wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    3/32

    seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan

    pemberontakan dalaman diikuti zaman kekacauan

    selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman Dinasti

    Tang.

    Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan

    kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan direkodkan

    dalam Chinese Annals mengenai kisah orang Arab

    dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Pelbagai

    bangsa yang beragama Islam mendiami negara Chinaseperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar,

    Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada

    itu muncullah masyarakat China Islam yang terdiri di

    kalangan kaum Hui.

    Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tangdicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina `Uthman

    bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik

    yang dianggap paling menyerlah berlaku pada zaman

    Dinasti Yuan (1271-1368).

    Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming

    (1368-1644). Menurut catatan rasmi orang-orang

    China, hubungan antara Arab Parsi dengan China

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    4/32

    melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang

    China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5

    masehi lagi.

    Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China,

    diperkuatkan lagi dengan kata-kata Saidina Umar r.a.:

    Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China. Panglima

    Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah

    menguasai Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun

    713M. hubungan dengan Maharaja Hsuan turutdiadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah

    berkenaan, menunjukkan Islam datang ke China sejak

    zaman Rasulullah s.a.w. Lagi.

    ZAMAN PERALIHAN

    Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Padapertengahan abad ke-13, bahagian Utara China

    ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa

    berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di

    bawah pimpinan seorang petani Buddha Dinasti Ming

    kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644, orang

    Manchu pula menguasai sehingga kedatangan ancamanBarat pada abad ke-19.

    ZAMAN MODEN

    Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    5/32

    1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam

    Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat

    perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan

    China. Dalam pada itu pengaruh Barat mula meresapdan menghambat keluar amalan dan nilai tradisi

    tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi

    sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis.

    Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949.

    Ekoran daripada itu, cabaran terhadap nilai-nilai

    tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Baratmula tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis

    China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula

    membara. Implikasi daripada itu beberapa perubahan

    mula berlaku

    BAHAGIAN DUA

    - Pengenalan

    - Jatidiri masyarakat China- Etnik-etnik China

    - Budaya masyarakat China

    - Sistem Sosial masyarakat China

    - Nilai-nilai Dalam Bidang Pendidikan

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    6/32

    - Kesimpulan.

    PENGENALAN

    Tamadun China wujud sejak 5,000 tahun dahulu.Tamadun terawal dikesan di lembangan Sungai

    Kuning. Budaya China terbentuk hasil daripada

    percampuran berbagai elemen etnik

    JATIDIRI MASYARAKAT CHINA

    Kuat mempertahankan budaya nenek moyang.Menganggap diri mereka lebih bertamadun daripada

    bangsa lain. Amat menghargai hasil minda (idea) orang

    lain. Amat mengambil berat tentang sejarah dan

    budaya bangsa.

    ETNIK-ETNIK CHINATerdapat lebih 54 kelompok etnik. Han adalah

    kumpulan etnik paling dominan. Banyak etnik lain

    terasimilasi dalam etnik Han. Nama keluarga

    mengamabarkan asal-usul mereka.

    BUDAYA MASYARAKAT CHINABudaya adalah identiti masyarakat China. Setiap

    amalan mengambarkan maknanya yang tersendiri.

    Amalan budaya dan pantang larang menjadi pengikat

    persaudaraan orang China. Masyarakat China

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    7/32

    mempercayai kewujudan dan peranan alam roh atau

    dewa-dewa.

    SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINAMementingkan hirarki sosial. Mengutamakan

    hubungan kekeluargaan. Pematuhan dan

    Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada

    kewujudan keharmonian sosial. Prinsil Lima

    Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan sosial.

    NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN

    Upacara budaya seperti perayaan disambut semua

    lapisan masyarakat. Perayaan berperanan sebagai

    pengikat tali kekeluargaan. Amalan tradisi dianggap

    sebagai jatidiri atau pengenalan orang China. Tanpa

    amalan tradisi China mereka dianggap hilang nilaikechinaannya. Pendidikan dianggap penting dalam

    mengekalkan masyarakat berilmu, beradat dan

    berperadapan.

    KESIMPULAN

    Negara dan bangsa China berjaya mengekalkankelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang

    panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai

    budaya mereka. Walaupun mereka pernah dijajah oleh

    bangsa bukan China, tetapi keutuhan budaya China

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    8/32

    berjaya menchinakan bangsa yang menjajah mereka.

    BAHAGIAN TIGA

    1. KANDUNGAN:

    - Kepercayaan dan falsafah

    - Pandangan Semesta

    - Nilai-nilai murni

    2. HASIL PEMBELAJARAN

    Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat

    Menghuraikan kepercayaan dan falsafah, pandangan

    semesta dan nilai-nilai murni tamadun China

    3. PENDAHULUAN

    Fokus perbincangan dalam tajuk ini ialah

    membicarakan tentang sistem kepercayaan dan

    kewujudan beberapa falsafah yang diamalkan oleh

    masyarakat dalam kehidupan. Pandangan semesta

    masyarakat Cina yang berkaitan dengan alam. Nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat dan

    kesannya dalam kehidupan.

    4. KEPERCAYAAN

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    9/32

    4.1 Kepercayaan Primitif/Animisme

    - Menyembah unsur alam.- Banjir dan kemarau merupakan gambaran

    kemarahan dewa.

    - Keharmonian alam terdapat dalam konsep Feng-Sui

    @ angin, air, iaitu perlunya satu kehidupan harmoni

    dalam persekitaran semula jadi kerana ia membawa

    tuah.

    4.2 KONFIUNISME

    Diasaskan oleh Kong Fu Tze (nama sebenar Kung Chiu

    ). Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu.

    Kandungan ajaran;

    - Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjagahubungan antara manusia.

    - Mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka

    hadir di dunia ini.

    - Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar

    manusia berakhlak mulia.

    4.3 DAOISME @ TAOISME

    Diasaskan oleh Lao-Tzi (Li Peh Yang) dan ajarannya

    ditulis dalam buku I-Ching (The way and Virtue).

    Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bererti

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    10/32

    jalan atau cara dan kuasanya.

    Konsep jalan merujuk kepada arah dan cara alam

    semesta. konsep kuasa merujuk kepada kuasa yang

    diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikancita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.

    Kandungan ajaran;

    - Dunia manusia adalah buruk, kejahatan adalah usaha

    manusia untuk mendapatkan sesuatu yang tidak dapat

    diperolehi dengan baik (nafsu). Jika manusia tidak

    mengejar denda-benda ini, maka dunia akan aman dantidak banyak undang-undang yang diperlukan.

    - Tidak setuju konsep kepimpinan melalui tauladan

    kerana mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi

    oleh rakyat dalam negara yang luas.

    - Mengajak manusia bertapa di gua-gua untuk

    menghapuskan dosa.

    4.4 BUDDHA

    Berasal dari India dan diasaskan oleh Gautama

    Buddha. Ajaran Buddha sampai ke negara Cina padatahun 339M oleh Fa-Hsien. Ajaran Buddha diterima

    oleh masyarakat Cina kerana:

    - Bersifat terbuka dan senang difahami.

    - Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    11/32

    Konfisiunisme .

    - Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam

    negara. Beragama menenangkan masyarakat Cina yang

    berada dalam kesusahan disebabkan berlakupeperangan dan huru-hara.

    - Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme

    5.0 PANDANGAN SEMESTA

    5.1 Tien- Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.

    - Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan

    langit.

    - Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.

    - Dirujuk kepada teori metafizik China.

    - Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakankeamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.

    5.2 Di @ Ti

    - Merujuk kepada bumi

    - Dewa yang memelihara di bumi

    - Digunakan sejak zaman Dinasti Shang sebagai ShangDi

    5.3 Dao @ Tao

    - Merujuk kepada lorong atau jalan

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    12/32

    - Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @

    jahat

    - Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang

    mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiranyang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan

    rakyat.

    - Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca

    utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap

    penyatuan dengan Dao (to become one with Dao)

    merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diriseseorang. Tien dan Di juga berasal dari Dao

    5.4 Konsep Yin & Yang

    - Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi

    antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.

    - Yin : perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut,dll.

    - Yang : lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dll.

    - Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia

    dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang

    berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki

    dan perempuan dan sebagainya.- Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme

    5.5 Konsep Zhung Yong (The Golden Mean)

    - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    13/32

    jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam

    semesta.

    - Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan

    penyelesaian- Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal

    dalam semua tindakan, keadaan dan masa.

    5.6 Konsep datung @ Ta Tung (The Grand Unity)

    Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap

    keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.Iaitu dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara

    adil.

    Kata Konfusius:- apabila Jalang agung ini diamalkan,

    dunia ini akan dikongsi oleh semua pihak dengan adil

    & saksama. Mereka yang berkebolehan & muliaperlakuannya akan diletakkan pada jawatan yang

    sesuai dengannya. Manusia akan melakukan sesuatu

    dengan hati yang ikhlas dan duduk besama-sama

    mereka dengan penuh kasih sayang .tidak

    membezakan, tidak membazir, tiada maksiat, tiada

    pembenrontakan, sehingga pintu luar dibiarkan tanpaberkunci. )

    6. NILAI-NILAI MURNI

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    14/32

    6.1 Konsep Wu Lan (Lima Hubungan)

    Lima hubungan asas manusia ialah:

    - Hubungan antara suami dan isteri

    - Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan- Hubungan antara adik-beradik

    - Hubungan antara sahabat (masyarakat)

    - Hubungan antara pemerintah dan rakyat

    6.2 KONSEP REN (Kemanusian)

    - Nilai kasih/ cinta kepada manusia- Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan

    kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri &

    memandang tinggi martabat manusia

    - Membezakan manusia dengan haiwan

    - Kata Konfusius; Jangan melakukan sesuatu yang

    anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepadaanda

    Asas kepada Ren ialah;

    - Konsep Zhong (ketaatan)

    - Kata-kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan

    untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain, apayang kita ingin sempurnakan untuk diri kita, kita

    sempurnakan juga untuk orang lain

    - Konsep Shu (kemaafan)

    - Konsep Xiao (berbakti)

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    15/32

    - Konsep Di (hormat)

    6.3 Konsep Li (Tatasusila)

    - Merujuk kepada beberapa peraturan yangmembezakan antara golongan mulia dan hina, kaya

    dan miskin

    - Merujuk kepada adat istiadat

    - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan

    menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal

    terhadap tindakan/tingkah laku manusia.

    Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li

    - Peraturan hubungan antara manusia dengan Tuhan,

    iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri

    - Peraturan hubungan antara manusia dengan

    manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.- Peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak

    seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan

    kepimpinan melalui teladan.

    6.4 Zhong Yong (Kesederhanaan)

    - Cara untuk pertahankan Li dan menjaga Ren- Maksud : Zhong = tengah & Yong =biasa

    - Asas untuk menjadi manusia yang baik,

    membangunkan diri dan mengendalikan hubungan

    antara manusia

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    16/32

    - Konfusius menekankan keseimbangan, bertolak

    ansur, ikhlas, Kata-kata Konfisius :- Membazir

    berlebih-lebihan menampakkan kesombongan dan

    berjimat cermat menampakkan kepapaan,berbanding dengan kesombongan saya lebih rela

    kelihatan papa.

    PEMIKIRAN POLITIK KONFUSIUS

    - REN nilai asas yang boleh membawa kepada

    terbentuknya kerajaan yang berkebajikan(RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik

    budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan &

    harga diri dari pemerintah kepada rakyat.

    - TE Kekuatan @ Kekuasaan inti kekuatan manusia

    terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind),

    kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksarakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan

    akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan

    - ZHENG MING peranan dan tanggungjawab

    dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang.

    Kata-kata Konfusius; Raja sebagai raja, Pembesar

    sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagaianak

    - LI pemerintahan bertatasusila, pembesar

    berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan

    pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    17/32

    7. PEMIKIRAN PENDIDIKAN KONFUSIUS

    - Pendidikan sangat penting dan nilainya sama dengan

    ekonomi dan politik.- Tujuan Pendidikan

    - Melahirkan JUN ZI (orang budiman) & SHI

    (cendikiawan)

    JUN ZI mempunyai 3 peranan :-

    - Mempelajari ilmu- Memperbaiki diri

    - Mentadbir manusia

    SHI adalah pembnatu JUN ZI & bakal menjadi JUN ZI

    Terdapat 3 kategori SHI;- Memegang tugas diplomatik & politik

    - Mempunyai kualiti akhlak XIAO (taat) & DI (hormat)

    - Mempunyai sifat amanah dan sanggup

    melaksanakannya

    Saranan Konfusius dalam Pengajaran & pembelajaranterdapat 4 ciri yang mesti berlaku :-

    - Banyak mendengar

    - Banyak melihat

    - Banyak Bertanya

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    18/32

    - Banyak mengenali

    Konfusius meletakkan etika kejujuran dalam

    pembelajaran supaya tidak berlaku penipuan.

    KESIMPULAN

    Masyarakat Cina telah menginterpretasi banyak nilai-

    nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan

    oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga,

    masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini adapersamaaan dengan ajaran Islam.

    BAHAGIAN EMPAT

    SUMBANGAN TAMADUN CHINA

    PENGENALANTamadun china merupakan salah satu tamadun tertua

    di dunia. Sumbangan dan pencapaiannya adalah

    setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan

    Tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa.

    Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih

    kekal sehingga sekarang.

    Pengaruh tamadun China amat ketara dan telah

    dijadikan model bagi kerajaan-kerajaan seperti Jepun,

    Korea dan Vietnam. Penyebarannya berlaku secara

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    19/32

    tidak langsung ke seluruh dunia, kewujudan China

    town di beberapa negara maju membuktikannya.

    Budaya China dikagumi khususnya dalam bidang

    perubatan, ilmu pengetahuan, penciptaan danperkembangan teknologi serta falsafahnya.

    SENIBINA TEMBOK BESAR CHINA

    Kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan

    diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga

    permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Ia dibina

    untuk melindungi China daripada serangan puak

    Mongol dan puak Turkic. Bahagian dalam tembokberisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.

    Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan

    berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih

    lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan

    serangan puak-puak nomad dari utara. Panjangtembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass

    sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak

    berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria,

    sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    20/32

    BAHAN PERCETAKAN KERTASPenciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman

    Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal

    daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh

    Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin

    cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada

    tamadun Barat kerana bermulanya Zaman Reformasidi Eropah.

    Kertas pertama di dunia

    BAHAN API / MERCUNOrang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup.

    Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang

    mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan

    sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang

    melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama

    menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akanmembawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan

    yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api.

    Manakala hubungan China dengan kuasa asing

    membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    21/32

    sebagai satu senjata.

    KOMPAS

    Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yangmenunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu

    lod. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut

    adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas pertama

    dicipta oleh penduduk China diperbuat dari kayu dan

    sebatang sudu magnet.

    PEPERIKSAAN AWAM CHINA

    Matlamat utama pendidikan di China ialah lulus

    peperiksaan awam.

    Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertuadi China.

    Terdiri daripada 3 tahap

    - Hsiu Tai Setaraf dengan ijazah pertama

    - Chun-Jen Setaraf dengan sarjana

    - Chin Shih Setaraf dengan doktor falsafah

    PERTANIAN

    Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi,

    kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan

    anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    22/32

    memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin

    dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan

    menggantungkan sarang semut pada pokok buah-

    buahan.

    KOLAR KUDA

    Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China

    yang direka untuk membolehkan kuda menarik

    tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda dan

    penyisir tanah.

    SAINS DAN TEKNOLOGI

    Sumbangan tamadun China dalam sains dan teknologi

    (ilmu pengetahuan):

    - Bidang Perubatan

    - Bidang Matematik- Bidang Astronomi

    - Fizik

    - Biology

    BIDANG PERUBATAN

    Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatanyang terkenal. Inner Cannon Rekod teori-teori

    perubatan China. Yellow Emperors Classic of Internal

    Medicine Kelebihan akupunktur, herba, diet dan

    senaman. Treaties on Disease Caused by Cold Factors

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    23/32

    Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material Madica

    Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang

    mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan.

    BIDANG MATEMATIK

    Dua karya matematik yang terkenal

    - Chou Pei Suan King Mengenai kelendar, cara

    tentukan masa melalui ayunan.

    - Chiu Chan Suan Shu Mengandungi 9 bab mengenai

    ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.Ahli matematik China yang terkenal

    - Liu Hiu

    - Li Zhi

    - Li Shanlan

    BIDANG ASTRONOMIPada dinasti Chou, pembuatan katalog bintang,

    kejadian gerhana, komet dan penggunaan genomon

    serta clepsydra diaplikasikan.

    KESIMPULAN

    Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiridan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan

    penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains

    dan teknologi dunia. Hasil interaksi antara tamadun

    dan sikap keterbukaan terhadap tamadun lain

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    24/32

    membawa keagongan kepada tamadun China.

    Tamadun China tidak hanya menekankan aspek

    ekonomi semata-mata tetapi juga pembinaanmasyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar

    seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara

    lain. Relevensinya dapat dilihat dalam pelbagai aspek

    saperti ekonomi, politik, sosial dan etika, pendidikan

    dan kekeluargaan.Maka sewajarnya kita menuntut ilmu

    sampai ke negeri China.

    BAHAGIAN LIMA

    ISLAM DI CHINA

    - Sejarah Islam di China

    o Teori Kedatangan Islam di Chinao Perkembangan Islam di China

    o Faktor Pemangkin Islamisasi

    - Tokoh-tokoh Islam di China

    - Sumbangan Islam di China

    PENGENALANChina adalah antara negara paling awal menerima

    kedatangan Islam. Islam sampai ke negara itu melalui

    perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah.

    Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    25/32

    besar dan tidak boleh dipadamkan dari catatan sejarah.

    TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA

    1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkancatatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti

    Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan

    China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah

    ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan

    utama di China.

    2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah

    s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad

    bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah

    pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.

    Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuftelah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan

    Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid

    Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.

    3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa

    ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad binAbi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu

    pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang

    pada abad ke-7M.

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    26/32

    4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa

    ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang

    Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah

    Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib,sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang

    Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di

    kawasan San Gan Foo.

    5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M),

    Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M)apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh

    Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an

    (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.

    PERINGKAT PERKEMBANGAN

    DINASTI SUNG (960-1279M)

    Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di

    China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan

    Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikanperlindungan oleh pemerintah, dibenarkan

    berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang

    Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran

    Islam.

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    27/32

    DINASTI YUAN (1127-1368M)

    Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis

    Khan). Zaman Kublai Khan, kawasan selatan Chinapula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah

    seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari

    Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai

    pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan

    matematik (mendapat kedudukan tinggi).

    Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masukIslam.

    DINASTI MING (1368-1644M)

    Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran

    oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar

    masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina.Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains

    Islam bergiat cergas.

    DINASTI CHING (1644- 1912M)

    Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam

    tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam, terutamayang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan

    oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam

    terbunuh

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    28/32

    KERAJAAN REPUBLIK (1911 M)

    1911M- Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaanrepublik.

    Kerajaan ini membahagikan rakyat kepada 5 jenis

    - Han (China)

    - Man ( Manchu)

    - Meng (Monggol)

    - Hui (Islam)- Tzang (Tibet)

    Ini telah memperbaiki hubungan dan peluang

    penyebaran Islam.

    Banyak sekolah dan organisasi Islam ditubuhkan,

    seperti:

    - The Chinese Muslim Promotion Club- Chinese Muslim Federation

    REVOLUSI KEBUDAYAAN (1949- 1976 M)

    - 1949M- China jatuh ke tangan komunis (pemimpin-

    Mao Zedong).- Penduduk diseksa dan tertindas.

    - Ideology Karl Marx dan Mao wajib dipelajari.

    - Melarang semua bentuk agama dan fahaman.

    - Masjid- masjid dikerahkan tutup dan dijadikan

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    29/32

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    30/32

    Dilahirkan di Yunnan.

    Bergaul dengan ulama Islam (belajar sastera Arab dan

    Parsi).

    Mengajar di Akademi Maharaja.Membuat penyelidikan mengenai Islam.

    Karya agung: Arah Islam (berkaitan sejarah, falsafah,

    Islamic law)

    LIU ZHI (1665- 1745)Dilahirkan di Nanjing.

    Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam

    kerana pengetahuan Islam yang luas.

    Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam).

    Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif

    Islam.

    YUSOF MA DEXING (1794-1874)

    Dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan.

    Tinggal di Arab- 8 tahun.

    Terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-

    1872- Yunnan).Dibunuh oleh rejim Ching.

    Terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan

    (bahasa Arab dan Parsi).

    Karya agung:

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    31/32

    Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf)

    Sumbangan kepada Kebudayaan Islam:

    Menterjemahkan Al-Quran

    Menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi)

    SUMBANGAN ISLAM DI CHINA

    ASTRONOMI

    Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).

    Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin(Jamaludin).

    Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca

    serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim

    rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.

    MATEMATIK

    Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam

    memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu),

    kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan

    trigonometri.

    PELAYARAN

    Orang Islam membantu perkembangan pembinaan

    kapal dan menggerakkan usaha pelayaran.

  • 8/4/2019 Tamadun Islam Di China

    32/32

    Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.

    Turut majukan bidang pelayaran terutama soal

    peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi,

    kompas dan kaedah ukuran air.

    PERUBATAN

    Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan

    digabungkan dengan ilmu perubatan China.

    Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.

    Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zamanDinasti Tang dan Dinasti Sung.

    PEMBINAAN

    Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam

    bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh:

    Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan MasjidHuaje Lane di Sian (Xian).

    KESIMPULAN

    Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci

    ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik

    merupakan faktor utama kemasukan Islam di China.Masyarakat Islam China berjaya membuktikan

    sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.

    http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html

    http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html