bm 011 program permata upsr 2014.pdf

15
1 SULIT 011 Nama : ……………………………………………… Kelas : ……………... PROGRAM PERMATA UPSR 2014 ZON BATU KURAU 011 BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

Upload: mohd-akmal-bin-jamek

Post on 08-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

1

SULIT 011

Nama : ……………………………………………… Kelas : ……………...

PROGRAM PERMATA UPSR 2014

ZON BATU KURAU

011 BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu

pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah

Page 2: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

2

SULIT 011

Soalan 1 - 22

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ ___________ mahu tuan hamba memastikan bahawa tidak ada rakyat __________ yang hidup

dalam kemiskinan,” titah Sultan Muzafar Shah kepada Bendahara Tun Perak.

A Beta … beta

B Patik … tuanku

C Tuanku … patik

D Beta … tuan hamba

2 “Jangan risau, Aina. ___________ akan membantu __________ mendapatkan nota-nota itu,” kata

Suzi dan Malini semasa melawat Aina di hospital.

A Kita … awak

B Kamu … kita

C Saya … kamu

D Kami … kamu

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Dangau yang terletak di tepi ____________ itu tampak terang-benderang kerana dihiasi dengan

pelita.

A kali

B bagan

C perigi

D sumur

Page 3: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

3

SULIT 011

4 Beberapa orang ___________ dari universiti juga turut mengambil bahagian dalam ceramah itu.

A cendekiawan

B bangsawan

C negarawan

D jutawan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas ______________ dengan kemas.

A kekisi

B sesiku

C pepara

D kekuda

6 Pak Mat mengharapkan supaya anaknya berjaya dalam peperiksaan _______________ biarlah

dengan cemerlang.

A seelok-eloknya

B setidak-tidaknya

C semoga-moganya

D sekurang-kurangnya

7 Hujan lebat yang turun tanpa henti selama beberapa hari menyebabkan aliran air dari ___________

sungai sangat deras sehingga ke kawasan ___________nya.

A hulu … tengah

B hilir … muara

C hulu … hilir

D hilir … hulu

Page 4: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

4

SULIT 011

8 Keempat-empat pendekar itu telah menjadi ketua _____________ di bawah naungan baginda Sultan

Mansur Syah.

A pasukan

B angkatan

C gerombolan

D ketumbukan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Abang sedang ____________ pendikit minyak motosikalnya untuk memeriksa keadaan enjin

motosikal itu.

A memicit

B memulas

C memerah

D memusing

10 Sultan Selangor telah ____________ untuk merasmikan majlis Ujian Tilawah Al-Quran peringkat

negeri.

A mencemar duli

B menjunjung duli

C merafak sembah

D menjunjung titah

11 Hujah-hujah yang disampaikan oleh barisan pendebat itu amat ________________.

A padu

B jelas

C padat

D bernas

Page 5: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

5

SULIT 011

12 Datuk membantu kami mengait buah rambutan yang sudah masak _____________.

A matang

B ranum

C subur

D segar

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

13 Hang Jebat sedang _______________keris Taming Sari ke arah Hang Tuah.

A menghunus

B menunjuk

C menghala

D menerjah

14 Pak Hassan sedang ________________ pukat yang sobek itu.

A menjahit

B menenun

C membaiki

D membubul

15 Letupan bom yang kuat itu telah ______________ bangunan empat tingkat yang terletak berdekatan

dengan tempat kejadian.

A menggoncangkan

B menggoyangkan

C menggegarkan

D menggetarkan

Page 6: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

6

SULIT 011

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

16 Pokok-pokok getah di ladang Encik Amran mengalami kerosakan teruk kerana ____________ oleh

budak-budak nakal.

A dilarik

B dikerat

C ditakik

D ditoreh

17 Konvensyen itu bakal dihadiri oleh beberapa orang _______________ dari beberapa buah negara

Asia.

A ternama

B bernama

C kenamaan

D dinamakan

18 Syamimi ________________ Hasni ke majlis pertunangannya pada minggu hadapan.

A meminta

B mengajak

C menjemput

D mengundang

19 Aniza dipilih untuk mengacarakan majlis itu secara ________________ kerana Aisyah tidak dapat

hadir.

A buta tuli

B bidan terjun

C serkap jarang

D membabi buta

Page 7: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

7

SULIT 011

20 Pegawai itu sedang _________________ pelan rumah yang dihantar kepadanya untuk diberi

kelulusan.

A menghalusi

B memperhalus

C memperhalusi

D memperhaluskan

21 Zaini terpegun melihat __________________ yang dipamerkan di muzium tentang peninggalan

sejarah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

A ambang

B armada

C artifak

D arca

22 Rumah itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan jika pekerjanya bersikap

____________.

A seperti gergaji dua mata

B seperti tikus membaiki labu

C seperti pahat dengan penukul

D seperti kerbau dicucuk hidung

23 Saya tidak begitu tahu dalam hal itu. Jadi terpulanglah pada budi bicara anda.

Pilih perkataan seerti bagi budi bicara .

A kebolehan

B kepandaian

C kemampuan

D kebijaksanaan

24 Pasangan kembar itu kerap ke kafe siber pada waktu senggang setiap hujung minggu.

Pilih perkataan berlawan bagi kerap.

A sentiasa

B jarang

C sering

D selalu

Page 8: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

8

SULIT 011

Soalan 25 - 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 “Sesiapa yang belum menjelaskan yuran sekolah, sila bayar sebelum hari Isnin depan,” kata Cikgu

Salmi kepada murid-muridnya.

A Cikgu Salmi menyuruh kami membayar yuran sekolah sebelum hari Isnin depan.

B Cikgu Salmi memberitahu murid-murid supaya melunaskan yuran sekolah sebelum hari Isnin

depan.

C Cikgu Salmi memberitahu bahawa tarikh akhir untuk membayar yuran sekolah adalah pada hari

Isnin depan.

D Cikgu Salmi menyuruh murid-murid yang belum menjelaskan yuran sekolah supaya berbuat

demikian sebelum hari Isnin depan.

26 Antara alat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara kita ialah

semangat gotong-royong.

A Semangat perpaduan ialah antara alat bagi memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan

berbagai-bagai bangsa di negara kita.

B Semangat gotong-royong ialah antara alat bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

pelbagai bangsa di negara kita.

C Semangat gotong-royong boleh menjadi alat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai

bangsa di negara kita.

D Semangat gotong-royong dalam kalangan pelbagai kaum merupakan alat perpaduan di negara

kita.

Page 9: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

9

SULIT 011

Soalan 27 - 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I Rajin juga dia bekerja.

II Sungguhpun dipujuk, dia menangis juga.

III Kami tidak berhenti dalam hujan itu tetapi juga berjalan.

IV Saya menelefonnya pagi tadi. Sekarang, saya juga yang menelefonnya.

A I dan II

B III dan IV

C I, II dan III

D I, II dan IV

28 I Hutangnya pada saya belum jelas.

II Dia dapat menjawab soalan itu dengan jelas.

III Suaranya tidak jelas pada pendengaran saya.

IV Busu telah jelas bahawa dia tidak mahu bersekolah lagi.

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D I, II, III dan IV

Page 10: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

10

SULIT 011

Soalan 29 – 30

Pilih ayat yang betul.

29 I Cikgu Nurul mengajari murid-murid Tahun 6 Restu mata pelajaran Matematik.

II Beberapa orang kanak-kanak sedang asyik memerhatikan pemuda itu menyiapkan lukisannya.

III Demi untuk mempertahankan negara, perajurit sanggup berkorban jiwa dan raga di perbatasan.

IV Yang berbaju merah itu tidak ibu saudara saya tetapi yang berselendang merah jambu itu kakak

saya.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

30 I Dia terkejut bila melihat isi peti itu.

II Dia pandang ke arah kapal yang sedang belayar itu.

III Mereka diberi masa satu jam setengah untuk menjawab soalan-soalan itu.

IV Kebanyakan penonton pulang awal kerana bosan dengan permainan bola sepak yang hambar itu.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 11: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

11

SULIT 011

Soalan 31 - 35

Baca puisi di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sesekali kamu berhimpun

di depan liuk-lintuk api pelita

menyuluh wajah kami yang ceria

dan datuk mula bercerita

penuh semangat seperti zaman mudanya.

Kisah itu sudah biasa kami dengar

tapi kami tidak pernah jemu

kerana kisah itu

menyentuh hati menyentuh nurani.

Cerita datuk bermula zaman pecah perang

datuk melihat bom berjatuhan

peluru-peluru berterbangan

dan mayat bergelimpangan

mangsa putus kaku putus tangan

Manusia ketakutan manusia kelaparan

penyakit menular di desa di kota

ubi kayu menjadi makanan ruji

urat nanas dijadikan benang

Datuk bangkit mengangkat senjata

datuk berjuang bersama Force 136

datuk bersara tanpa iringan sebutir bintang

tapi datuk berasa lapang

keamanan terukir anak cucu hidup aman

setelah negara meraih kemerdekaan.

Page 12: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

12

SULIT 011

31 Mereka berkumpul bersama datuk untuk

A mendengar kisah zaman muda datuk

B mendengar pesanan datuk

C mendengar datuk bercerita

D mendengar celoteh datuk

32 Mengapakah kisah yang dibawa oleh datuk menyentuh hati penulis?

A Manusia kebuluran akibat peperangan

B Perang membawa banyak kesengsaraan

C Menerbitkan keinsafan di hati

D Cara datuk bercerita

33 Apa jenis puisi di atas?

A Sajak

B Seloka

C Pantun

D Gurindam

34 Frasa makanan ruji dalam petikan bermaksud

A makanan ringan

B makanan sampingan

C makanan harian yang utama

D makanan yang mengenyangkan

35 Berikut ialah akibat peperangan kecuali

A kekurangan makanan dan pakaian

B bangkit para pejuang kemerdekaan

C merebak pelbagai jenis penyakit

D kerosakan harta benda

Page 13: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

13

SULIT 011

Soalan 36 - 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Muhammad Hilman bin Ahmad,

No. 25, Jalan Kurnia,

Kampung Sungai Ranting,

34600 Kamunting,

Perak Darul Ridzuan.

27 Jun 2014.

Menemui saudaraku yang dirindui selalu, Muhammad Aiman, yang kini berada di Bangi, semoga

selamat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar saudara di samping keluarga? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat

ini adalah untuk menceritakan sambutan hari kantin di sekolah saya.

Untuk makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah mengadakan hari kantin. Pada

tahun ini, saya dan empat orang rakan sekelas turut melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut.

Hari kantin ini anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah saya. Hari kantin ini telah diadakan di

padang sekolah.

Kami telah bersetuju untuk menjual jagung kukus dan saya telah dilantik menjadi ketua. Pada

peringkat awal, kami telah berbincang untuk mengagihkan tugas masing-masing. Semasa hari kantin,

gerai kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh sebab itu, kami terpaksa memesan

tambahan bekalan jagung dan marjerin. Gerai kami menjadi tumpuan kerana rasa jagung kukus kami lain

daripada yang lain. Di samping itu, kami menggunakan kaedah pembungkusan yang lebih unik.

Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh keuntungan yang memberangsangkan. Keuntungan

sebanyak RM550.00 telah kami agihkan kepada semua yang terlibat. Kami berasa sungguh gembira

kerana mendapat pengalaman baharu tentang aktiviti perniagaan. Kami turut menyumbangkan RM50.00

hasil jualan kami kepada pihak PIBG sekolah kami.

Saya berharap agar saudara dapat menceritakan suasana hari kantin di sekolah saudara pula. Sekian,

sehingga kita bertemu pada waktu dan warkah lain.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Muhd Hilman

Page 14: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

14

SULIT 011

36 Apakah tujuan surat ini ditulis?

A Bertanya khabar

B Menceritakan jualan jagung

C Menceritakan tentang keuntungan

D Menceritakan sambutan hari kantin

37 D manakah program hari kantin dijalankan?

A Di kantin sekolah Hilman

B Di padang sekolah Hilman

C Di kantin sekolah Aiman

D Di padang sekolah Aiman

38 Apakah dijual oleh penulis semasa hari kantin?

A Jagung bakar

B Jagung kukus

C Jagung rebus

D Bubur jagung

39 Berapakah jumlah keuntungan yang diperoleh setiap rakan penulis?

A RM50.00

B RM100.00

C RM110.00

D RM500.00

40 Mengapakah program hari kantin penting kepada murid-murid di sekolah?

A Mendedahkan murid kepada ilmu perniagaan

B Menjadikan murid-murid sebagai peniaga

C Menambah pengalaman

D Mengisi masa lapang

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 15: BM 011 Program Permata UPSR 2014.pdf

15

SULIT 011