simulasi aktiviti p&p

3
Simulasi Aktiviti P&P yang Sesuai dengan Perkembangan Fizikal Murid-Murid Lumba Berebut kerusi Tarikh: 18 Februari 2013 Masa: 2.30pm Tempat: Blok C3.4 1.0 Objektif P&P Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan . Merehatkan minda dan mengurangkan tekanan. Meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri. Melakukan pergerakan asas seperti berjalan, berlari dan duduk. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Menimbulkan kesedaran pentingnya aktiviti fizikal untuk kesihatan tubuh badan. Melibatkan diri dalam aktiviti jasmani. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat. 2.0 Perancangan Aktiviti Langkah 1: Minta seluruh peserta duduk terlebih dahulu untuk memastikan bilangan kerusi. Jelaskan peraturan-peraturan dan cara- cara bermain permainan ini kepada peserta. Langkah 2: Minta peserta berdiri dan singkirkan satu kerusi ke luar. Langkah 3: Aturkan kerusi dalam satu bulatan. Peserta yang duduk di atas kerusi perlu menghadap ke luar dan bukan manghadap antara satu sama lain.

Upload: woei-tian

Post on 19-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

isl

TRANSCRIPT

Simulasi Aktiviti P&P yang Sesuai dengan Perkembangan Fizikal Murid-MuridLumba Berebut kerusiTarikh: 18 Februari 2013Masa: 2.30pmTempat: Blok C3.4

1.0 Objektif P&P Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan . Merehatkan minda dan mengurangkan tekanan. Meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri. Melakukan pergerakan asas seperti berjalan, berlari dan duduk. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Menimbulkan kesedaran pentingnya aktiviti fizikal untuk kesihatan tubuh badan. Melibatkan diri dalam aktiviti jasmani. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

2.0 Perancangan Aktiviti Langkah 1: Minta seluruh peserta duduk terlebih dahulu untuk memastikan bilangan kerusi. Jelaskan peraturan-peraturan dan cara-cara bermain permainan ini kepada peserta.Langkah 2: Minta peserta berdiri dan singkirkan satu kerusi ke luar.Langkah 3: Aturkan kerusi dalam satu bulatan. Peserta yang duduk di atas kerusi perlu menghadap ke luar dan bukan manghadap antara satu sama lain.Langkah 4: Muzik dimulakan. Semua peserta perlu berjalan atau berlari di sekeliling kerusi.Langkah 5: Apabila peserta berjalan atau berlari dengan iringan muzik dengan gembira, tiba- tiba hentikan muzik.Langkah 6: Peserta perlu berebut-rebut kerusi untuk duduk. Salah satu peserta akan tidak dapat duduk di atas kerusi.Langkah 7: Peserta yang tidak dapat duduk dikira kalah dan tidak dapat terus bermain.Langkah 8: Muzik diteruskan lagi. Permainan ini perlu diulang-ulangkan sehingga tinggal satu peserta yang terakhir sahaja.Jangka menjalankan permainan ini perlu berdasarkan bilangan peserta. Peserta yang dapat duduk dalam setiap permainan dikira menang.

3.0 Peraturan Peserta perlu disingkirkan dari permainan apabila tidak dapat duduk di atas kerusi semasa muzik dihentikan. Peserta tidak boleh terlalu mendekati kerusi semasa berjalan atau berlari di sekeliling kerusi. Peserta tidak boleh menolak peserta lain sehingga terjatuh semasa berebut kerusi. Apabila ulangan permainan diteruskan, peserta tidak boleh terus duduk di atas kerusi kerana tidak adil untuk peserta yang lain. Peserta tidak boleh bergerak kedudukan kerusi.Hanya Pengurus permainan boleh bergerak kedudukan kerusi. Berhati-hati semasa bermain.Keselamatan semasa permainan dipentingkan.

4.0 Pendekatan,strategi dan Kaedah Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk kanak-kanak pada 7-12 tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk fokus terhadap aktiviti atau tugasan yang diberi. Perkembangan fizikal seperti otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka bermain aktiviti fizikal. Berjalan atau berlari menyebabkan keseluruhan tubuh badan bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain. Apabila muzik diberhentikan, peserta perlu berhenti jalan atau larian dan kemudian duduk di atas kerusi amat memerlukan koordinasi yang tinggi. Selain itu, kanak-kanak boleh menggoyangkan badan dari kiri ke kanan dengan iringan muzik. Namun, aktivti ini perlu dimainkan oleh kanak-kanak dengan berhati-hati supaya tidak cedera atau terjatuh.5.0 Bahan Bantu Mengajar Kerusi Pembesar Suara Muzik WhistelDisediakan oleh:Lee Yen Yee, Ong Zhi Ting, Tan Wan Ting, Vinothini a/p LinggamUnit PISMP S1 PJK(SJKC)/(SJKT) Ambilan Januari 2013