simposium janji sejarah hotel the royale chulan damansara ... · mencapai kemuncak pada 2012 dan...

25
SOALAN SEJARAH SPM: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ATAU PENDIDIKAN MORAL? Sivachandralingam Sundara Raja Jabatan Sejarah Universiti Malaya Simposium Janji Sejarah Hotel The Royale Chulan Damansara 22-23 Januari 2015

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SOALAN SEJARAH SPM:

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF ATAU PENDIDIKAN MORAL?

Sivachandralingam Sundara Raja

Jabatan Sejarah

Universiti Malaya

Simposium Janji Sejarah

Hotel The Royale Chulan Damansara

22-23 Januari 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

• Perubahan bentuk soalan sejarah SPM berkaitdengan hasrat Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia (PPPM) untuk melahirkan pelajarberpengetahuan, mampu untuk berfikir, memimpin, mempunyai kemahiran dwibahasa, beretika dan mampu untuk bersaing di peringkatglobal.

• Untuk memastikan matlamat PPPM tercapai, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) muladititkberatkan dalam pentaksiran dan peperiksaanawam.

4

• KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebihtinggi, iaitu kemahiran membanding, membeza, merumus, mentaksir, menganalisis, menilai danmenjana idea baru.

• Sesuai dengan hasrat KBAT, KementerianPendidikan telah menambah nisbah soalan yang menguji kemahiran KBAT dalam PentaksiranBerasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan awammulai 2013.

• Pentaksiran diperkukuh dengan memasukkankemahiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Model KBKK Kementerian

6

Model KBKK Kementerian

• Kemunculan soalan kreatif dalam sejarah SPM harus difahami daripada keputusan yang dibuatoleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada2002.

• PPK Kementerian mengemukakan model kemahiran berfikir kepada empat domain sepertidalam jadual berikut:

7

Model KBKK Kementerian

PEMIKIRAN KRITIS PEMIKIRAN KREATIF MENAAKUL STRATEGI BERFIKIR

• Mencirikan

• Membanding dan membezakan

• Mengumpul dan mengelaskan

• Membuat urutan

• Menyusun mengikut keutamaan

• Menganalisis

• Mengesan kecondongan

• Menilai

• Membuat kesimpulan

•Menjana Idea

•Menghubungkait

•Membuat Inferens

•Meramal

• Membuat hipotesis

• Mensintesis

• Mengitlak /Menyimpul

• Membuat gambaran

• Menganalogi

• Mereka cipta

•Logik

•Rasional

• Menkonsepsikan

•Menyelesaikan Masalah

• Membuat Keputusan

Sumber: Model Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 2002)

8

Model KBKK Kementerian

• Senario seterusnya adalah soalan-soalanbersifat kreatif dan sivik/moral dalam sejarahSPM mulai 2006.

Soalan KBKK Dalam Sejarah

10

Soalan KBKK Dalam Sejarah

• Soalan sejarah SPM terbahagi kepada tiga kertas (Kertas1, 2 dan 3 mulai 2013).

• Kertas 2 diperkenalkan mulai 2005 dan unsur KBKK dapat dikesan dalam kertas ini sejak 2006.

• Unsur KBKK menjadi lebih jelas sejak tahun lepas dantahun ini (sila rujuk jadual untuk maklumat peratusansoalan KBKK)

11

Soalan KBKK Dalam Sejarah

Analisa Soalan Sejarah SPM, 2006-2014

Daripada analisis yang dibuat terhadap soalan SPM, soalan KBKK telah diperkenalkan sejak 2006 dan

mencapai kemuncak pada 2012 dan mendominasi kertas 3 pada tahun ini (2014). Berikut adalah peratusan

soalan yang mewakili KBKK sejak 2006.

TAHUN PEPERIKSAAN KERTAS 2 (BAH. A)

(40%)

KERTAS 2 (BAH. B)

(60%)

KERTAS 3 (100%)

2006 10 14

2007 8 0

2008 7 22

2009 4 17

2010 6 20

2011 15 34

2012 6 18

2013 13 54 5

2014 30 43 40

12

Soalan KBKK Dalam Sejarah

• Berdasarkan pengetahun sejarah anda, apakah akan berlaku sekiranyaMalayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? (2006)

• Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah andamengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda? (2007)

• Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya merekamenjadi masyarakat Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatannegara. (2008)

• Apakah kesan baik dan buruk kedatangan warga asing ke negara kita sepertiyang anda lihat sejak kebelakangan ini (2011)

• Nyatakan tiga kesan sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan amalanjahiliyah (2013)

• Cadangkan tiga langkah yang berkesan untuk membasmi sifat jahiliyahdalam kalangan masyarakat moden pada hari ini. (2013)

• Jika anda sebagai seorang ahli dalam sistem tersebut (Sistem Ahli), jelaskantindakan anda untuk memanfaatkan peluang tersebut bagimempertahankan hak dan maruah bangsa (2014)

Apakah Soalan Sejarah SelariDengan Objektif Sejarah KBSM Dan

Pengertian Sejarah Dalam KBSM

14

Objektif Kurikulum Sejarah KBSM

• Ada sembilan objektif kesemuanya tetapi objektif pertama dan kesembilan memenuhi disiplin sejarah.

• Objektif Pertama - Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu danmengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat sertamampu berdikari.

• Objektif Kesembilan - Menganalisis, merumus danmenilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan luar negara secararasional.

15

Pengertian Sejarah Mengikut KBSM

• Persoalannya apakah jawapan bagi soalan-soalan KBKK berasaskan eviden yang merupakan asas kepada disiplin sejarah. Sedangkan inilah janji sejarah kepada murid sejarah di Tingkatan1 (bab 1). Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 dinyatakansalah satu ciri sejarah adalah seperti berikut;

Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikankebenarannya, disebut sebagai fakta sejarah. Fakta sejarahtidak boleh direka dan ditokok tambah serta perludipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya(hlm. 5).

16

Pengertian Sejarah Mengikut KBSM

• Jika janji sejarah Tingkatan 1 bahawa fakta sejarah tidakboleh direka dan ditokok tambah dan perludipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihan, mengapa soalan-soalan KBKK telah melencong dari janjiini?

Pandangan Pelajar Terhadap SoalanSejarah Dalam Laman Sosial

18

Pandangan Pelajar Terhadap Soalan Sejarah KBSM

• “We study history to appreciate the consequence of past actions. At least in the midst of mugging and regurgitating facts, we take to heart some of them”.

• “Kalau graph naik sbb byk kbkk, screw sejarah sbb dah mcm sivik.”

• “I think I should've studied moral instead of Sejarah... #kbkk”

• “There is no doubt that these KBKK questions are easier than hard facts. But when the level has been stooped to a point so low, just because SPM History is now a compulsory pass, even lazy students like myself find it hard to close an eye anymore. But for those who choose to close their eyes, they will be and are blinded”.

Aliran Pemikiran KBKK Dan Konvensional

20

Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional

• Terdapat dua aliran pemikiran tentang cara bagaimana sejarahharus diajar di sekolah.

• Aliran Konvensional - berpegang teguh kepada penggantungansumber dalam pengajaran sejarah dan mesti berasaskankesedaran sejarah (historical consciousness).

• Dua tokoh mewakili aliran ini ialah Griffith dan Granatsein• Aliran KBKK - Tidak salah untuk menggunakan nilai moral dan

pengadilan moral dalam pengajaran sejarah. • Dua tokoh mewakili aliran ini Peter Lee dan Lemisko• Satu satu hal yang tidak disedari ialah kedua-dua aliran ini

bersetuju bahawa pengajaran sejarah mesti berasaskan sumber.

21

Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional

• Menurut Lemisko,

Historians must use sources as evidence in their imaginative process. If historians do not have some type of source – that is , written testimony, relics, or remains – to help them imagine what had happened and what was thought about within a particular human event, then they cannot know anything about the event. Historians cannot make things based on guessing or fanciful imaginings. Evidence from the sources provides the grounds on which we imagine the past, and this evidence must be referenced so that others could “re-imagine” the events and ideas we used in our narrative.

22

Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional

• Pesetujuan oleh kedua-dua aliran ini selari dengan pengertian sejarahyang diberikan oleh sejarawan seperti Herodotus, Collingwood danramai lagi.

• Pelajar sejarah harus menghormati integriti sumber pertama dankedua.

• Peristiwa masa lampau harus difahami dalam konteks masa lepas dantidak harus ada pengadilan moral.

• Mengadili peristiwa masa lepas berasaskan situasi masa kini bukansejarah dan melencong dari disiplin sejarah.

• Apabila soalan sejarah diubah kepada KBKK maka soalan inisebenarnya telah menjadi soalan bersifat spekulatif dan hilang cirisejarah yang berasaskan bukti.

Syor

24

Syor

• Kementerian Pendidikan menyemak semula pelaksanaan KBKK dalamsubjek sejarah dan memastikan soalan-soalan sejarah SPM adalahberasaskan sukatan sejarah dan bukan bersifat andaian/spekulatif/moral yang tidak berpijak kepada fakta/eviden sejarah.

• Menemukan stakeholder sejarah yang terdiri daripada sejarawan, Persatuan Sejarah Malaysia, pegawai kurikulum dan dan para pendidiksejarah bagi membincangkan bagaimana KBKK dapat diterapkan dalamkurikulum sejarah tanpa mengorbankan inti asas sejarah iaitu faktasejarah.

• Hanya dengan cara ini subjek sejarah dapat memenuhi aspirasi PelanTransformasi Pendidikan Negara.

Terima Kasih