presentation milling machine
TRANSCRIPT
SPE4602TEKNOLOGI PEMBUATAN
MASNIDA MUHAMMAD
AP090052
NAMA PENSYARAH : DR AMIRMUDIN BIN UDIN
MILLING MACHINE (MESIN KISAR)
Apa itu mesin pengisar ?
Mesin Kisar adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan satu atau lebih permukaan yang dimesin dengan tepat di atas satu benda kerja.
Ini dapat dilakukan dengan mata alat pemotong yang berputar.
Istimewa kerana mesin yang boleh menempatkan kedudukan lubang yang tepat sehingga 1/100mm (0.01mm).
Mempunyai jenis-jenis mata yang berbeza bergantung pada keperluan kerja.
Kegunaan:
Mengisar permukaan rata dan tidak rata Membenang dan membuat gear Membesarkan lubang (boring) Menebuk lubang (drilling) Membuat lurah (slotting) Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan
mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong. Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan
tanggam bajang. Megisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan
menggunakan mata alat pengisar berbentuk. Mengisar permukaan yang berjarak sama dengan
menggunakan kepala pembahagi contohnya, lurah-lurah, gear, tap, bongkah segiempat sama dan lain-lain.
Jenis mesin kisar:
Mesin Kisar Menegak
Mesin Kisar Mendatar
Mesin pengisar menegak
Spindal terletak dalam keadaan tegak
Beza antara mesin pengisar tegak biasa dan mesin pengisar turret hanyalah pada kepalanya yang boleh dikilas dan ketegapan.
Mesin pengisar mendatar
Spindal terletak dalam keadaan mendatar
Beza mesin pengisar mendatar biasa dengan mesin pengisar universal hanyalah pada meja yang boleh dikilas dan ketegapan.
Jenis mata alat:
Jenis mata alat pemotong untuk mesin kisar terbahagi kepada :
1) Mata alat mesin kisar menegak2) Mata alat mesin kisar mendatar
Mata alat mesin kisar mestilah lebih kuat dari logam yang hendak di mesin dan boleh menahan tekanan semasa pemotongan. Ianya juga mestilah tahan pada suhu tinggi dan lambat haus.
Kebanyakan mata alat pemotong dibuat dari keluli halaju tinggi atau tungsten karbid. Kandungan keluli halaju tinggi adalah besi, karbon, molybdenum dan vanadium
Fungsi mata alat:
Jenis Fungsi
Karbon Sebagai agen pengeras
Tungsten dan Molybdenum Membolehkan keluli mengekalkan kekerasan pada suhu tinggi
Vanadium Menambahkan kekuatan
Kromium Menambahkan kekerasan dan menahan kehausan
Operasi mesin kisar
Berbagai operasi yang boleh dibuat bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Mata alat yang dipakai dan alatan lain yang dipasang padanya.› Mengisar permukaan rata› Mengisar permukaan› Mengisar sisi› Straddle milling› Mengisar berkumpulan› Sawing dan slitting
Mengisar permukaan rata
Benda kerja yang mempunyai permukaan rata biasanya dimesin menggunakan pemotong berbentuk helikal. Benda kerja dilekatkan pada alat khas atau terus pada meja.
Mengisar Permukaan
Mengisar permukaan adalah proses menghasilkan permukaan rata menegak pada sudut tepat dengan paksi pemotong. Pemotong yang digunakan biasanya mempunyai mata yang dapat dimasukkan pada pemotong.
Mengisar Sisi
Biasanya digunakan untuk mengisar permukaan menegak pada tepi atau hujung benda kerja.
Straddle Milling
Melibatkan penggunaan dua pemotong tepi untuk memesin dua hujung benda kerja yang selari dengan sekali potong.
Mengisar Berkumpulan
Menggunakan dua atau lebih pemotong untuk menghasilkan bentuk yang dikehendaki. Jika beberapa pemotong digunakan untuk menghasilkan lurah yang sama saiznya, maka garis pusat pemotong mestilah sama.
Sawing dan Slitting
Berfungsi seperti gergaji yang akan memotong benda kerja atau membuat lurah yang kecil. Disebabkan oleh keratan rentas pemotong yang kecil, ianya senang pecah jika tidak digunakan dengan betul.
keselamatan
Jangan sentuh mata alat semasa mesin beroperasi
Tidak memakai glove semasa menegandalikan mesin
Pastikan benda kerja dipegang kemas pada ragum dan mata alat diikat ketat
Jangan mill pada ragum.