simpan kira

3
BAB 3 : SIMPAN KIRA 3.1 IMBANGAN DUGA i) Merupakan suatu senarai baki debit dan baki kredit yang di ambil daripada akaun- akaun dalam lajer pada suatu tarikh tertentu. ii) perlu disediakan pada akhir jangka masa perakaunan sebelum akaun penamat dan kunci kira-kira disediakan. iii) Imbangan duga bukan sejenis akaun Tujuan Penyediaan Imbangan Duga : i) Menguji ketepatan catatan beregu ii) Menguji ketepatan pengiraan iii) Memudahkan penyediaan akaun penamat (akaun perdagangan dan akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Format Imbangan Duga Terdapat dalam dua bentuk iaitu : i) Contoh bentuk ‘T’ Lajur sebelah kiri menyenaraikan akaun berbaki debit dan lajur kanan akaun berbaki kredit. Nama Perniagaan: ................ Imbangan Duga Pada :..................... RM RM Tunai XX Modal XX Bank XX Jualan XX Alatan Pejabat XX Komisen diterima XX Premis/bangunan XX Feadah diterima XX Mesin XX Pemiutang : pembekal Eda XX Kenderaan XX perabot XX Lekapan/Lengkapan XX Ambilan XX Alat tulis XX Belian XX insurans XX Gaji XX Kadar bayaran XX Sewa dibayar XX Penghutang : wee XX XXXX XXXX

Upload: utm

Post on 20-Jul-2015

21.084 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Simpan kira

BAB 3 : SIMPAN KIRA

3.1 IMBANGAN DUGA

i) Merupakan suatu senarai baki debit dan baki kredit yang di ambil daripada akaun-

akaun dalam lajer pada suatu tarikh tertentu.

ii) perlu disediakan pada akhir jangka masa perakaunan sebelum akaun penamat dan

kunci kira-kira disediakan.

iii) Imbangan duga bukan sejenis akaun

Tujuan Penyediaan Imbangan Duga :

i) Menguji ketepatan catatan beregu

ii) Menguji ketepatan pengiraan

iii) Memudahkan penyediaan akaun penamat (akaun perdagangan dan akaun Untung Rugi

dan Kunci Kira-Kira.

Format Imbangan Duga

Terdapat dalam dua bentuk iaitu :

i) Contoh bentuk ‘T’ Lajur sebelah kiri menyenaraikan akaun berbaki debit dan lajur kanan akaun berbaki kredit.

Nama Perniagaan: ................ Imbangan Duga Pada :.....................

RM RM

Tunai XX Modal XX

Bank XX Jualan XX

Alatan Pejabat XX Komisen diterima XX

Premis/bangunan XX Feadah diterima XX

Mesin XX Pemiutang : pembekal Eda XX

Kenderaan XX

perabot XX

Lekapan/Lengkapan XX

Ambilan XX

Alat tulis XX

Belian XX

insurans XX

Gaji XX

Kadar bayaran XX

Sewa dibayar XX

Penghutang : wee XX

XXXX XXXX

Page 2: Simpan kira

ii) Imbangan dug Bentuk Penyata

Nama Perniagaan: ................ Imbangan Duga Pada :.....................

Butiran Debit (RM)

Kredit (RM)

Tunai XX

Bank XX

Alatan Pejabat XX

Premis/bangunan XX

Mesin XX

Kenderaan XX

perabot XX

Lekapan/Lengkapan XX

Ambilan XX

Alat tulis XX

Belian XX

insurans XX

Gaji XX

Kadar bayaran XX

Sewa dibayar XX

Penghutang : wee XX

Modal XX

Jualan XX

Komisen diterima XX

Feadah diterima XX

Pemiutang : pembekal Eda XX

XXXXX XXXXX

Berdasarkan contoh diatas :

i) Akaun yang didebitkan :

Akaun aset : tunai, bank, alatan pejabat, premis atau bangunan, mesin, kenderaan, perabot, Lekapan dan lengkapan, penghutang.

Akaun belanja : alat tulis, belian, insurans, gaji, kadar bayaran dan sewa dibayar

Akaun ambilan.

ii) Akaun yang dikreditkan :

Akaun Ekuiti pemilik : modal

Akaun Hasil : Jualan, Komisen diterima dan feadah diterima

Akaun liabiliti : pemiutang

Page 3: Simpan kira

3.2 AKAUN PENAMAT

Merupakan akaun yang merekodkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada akhir

suatu tempoh perakaunan.

Contoh : Akaun perdagangan dan Akaun Untung Rugi

Hanya melibatkan akaun lejar yang berkaitan urusan belian, jualan, belanja perniagaan dan

hasil perniagaan.

Tujuan akaun penamat :

i) Membandingkan keuntungan sebenar dengan keuntungan yang dijangka.

ii) Memberikan gambaran tentang kedudukan kewangan sesuatu perniagaan.

iii) Mendapatkan pinjaman daripada bank.

iv) Mengira cukai pendapatan.

Maksud Stok :

Merupakan barang niaga yang dibeli oleh peniaga untuk dijual semula.

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu stok akhir dan stok awal.

i) Stok akhir

- Barang niaga yang masih belum dijual pada akhir tempoh perakaunan. Dinilai

mengikut harga pasaran atau harga kos mana yang terendah.

- Merupakan aset semasa perniagaan.

- Stok akhir bagi suatu tempoh perakaunan akan menjadi stok awal pada tempoh

perakaunan berikutnya.

- Cth: pengiraan. Pemborong amir membeli 250 tv dengan harga pasaran RM500.

Harga jualan semasa adalah RM680. Pada akhir tempoh perakaunan 31 dis 2010

sebanyak 50 buah belum terjual. Nilai stok akhir = 50 buah tv X RM50

- = RM 25 000

ii) Stok awal

- Barangan yang tidak habis dijual pada suatu tempoh perakaunan yang lepas.

Akaun perdagangan

- Disediakan untuk mencari untung kasar atau rugi kasar perniagaan.

- Untung kasar = Jualan – Kos Jualan (stok awal + kos belian – stok akhir)

- Untung kasar diperolehi apabila jumlah jualan melebihi jumlah belian dan

sebaliknya.

Tempoh perakaunan

boleh ditetapkan untuk

1 bulan, 3 bulan atau

setahun. Juga tidak

mengikut tahun takwin

Cth: tempoh

perakaunan setahun : 20

okto 2010 akan berakhir

30 sept. 2010