siliconetics government asset spider 3 rev. 2 ver. 3.00srcsb.ddns.net/govasset/downloads/datasheet...

6
DATASHEET Siliconetics Government Asset Spider 3 Rev. 2 Ver. 3.00.28 19 Sept 2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. Rokman Semail

Upload: others

Post on 15-Jan-2020

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DATASHEET Siliconetics Government

Asset Spider 3

Rev. 2

Ver. 3.00.28

19 Sept 2012

Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd.

Rokman Semail

SGA3000-DS rev. 2

SILICONETICS GOVERNMENT ASSET SPIDER

©2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. 2

Ciri-ciri

� Menyokong format dokumen-dokumen piawai (borang-borang KEW-PA) bagi pengurusan aset alih kerajaan Malaysia.

� Menggunakan system klien-server, mampu

beroparasi di dalam rangkaian dan mengakses data menggunakan lebih dari satu klien secara serentak.

� Menyokong fungsi berbilang pengguna

(multi-user) di mana pengguna-pengguna akan didaftar dan dibekalkan dengan nama pangguna (username) dan kata laluan (password) untuk menggunakan sistem.

� Dilengkapi ciri kawalan akses oleh Pengurus

Databes (Database Administrator) bagi memastikan akses kepada modul-modul dan fungsi-fungsi dapat dikawal mengikut kelayakan pengguna.

� Dibangunkan sebagai aplikasi Windows

(Windows application) untuk kecekapan operasi dengan antaramuka yang senang untuk digunakan.

� Menyokong Windows XP, Vista dan 7

samada 32 atau 64 bits. SINOPSIS Siliconetics Government Asset Spider (GAS) ialah satu perisian komputer untuk pengurusan aset alih berpandukan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Ianya menyokong format borang-borang pengurusan (borang-borang KEW-PA) sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam pekeliling kerajaan. Penggunaan perisian ini akan mampu meningkatkan kecekapan pengurusan asset. Selain memastikan maklumat aset dalam keadaan terurus dan tersedia untuk diproses atau dianalisis pada bila-bila masa, sistem ini juga mampu menjimatkan kos melalui pengurangan penggunaan kertas dan sebagainya.

SILICONETICS GOVENRMENT ASSET SPIDER SGA3000-DS rev. 2

©2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. 3

1. Borang-Borang KEW.PA Yang Disokong

Berikut adalah borang-borang yang disokong sehingga versi 3.00.13 (kecuali dinyatakan). Bil Borang Keterangan 1. KEW-PA 2 Borang Pendaftaran Harta

Modal. Borang ini boleh didapati dalam modul “Aset”, digunakan untuk merekod aset alih.

2. KEW-PA 3 Borang Pendaftaran Inventori. Borang ini boleh didapati dalam modul “Aset”, digunakan untuk merekod inventori.

3. KEW-PA 4 Senarai Daftar Harta Modal. Di dalam GAS, KEW-PA 4 adalah output yang boleh dicetak menggunakan opsyen "Laporan->KEW.PA ->Daftar Harta Modal (KEW. PA-4) "

4. KEW-PA 5 Senarai Daftar Harta Modal. Di dalam GAS, KEW-PA 5 adalah output yang boleh dicetak menggunakan opsyen "Laporan->KEW.PA ->Daftar Inventori (KEW. PA-5) "

5. KEW-PA7 Senarai asset alih kerajaan di lokasi. Dokumen ini perlu dicetak dan ditampal di lokasi sebagai rujukan apabila perlu.

6. KEW-PA8 Laporan Harta Modal Dan Inventori Tahunan. Laporan ini boleh dicetak melalui opsyen “Laporan->KEW.PA->Harta Modal dan Inventori Tahunan (KEW-PA8)”

7. KEW-PA 10 Laporan Pemeriksaan Harta Modal. Borang input ini boleh didapati dalam modul “Periksa”.

8. KEW-PA 11 Laporan Pemeriksaan Inventori. Borang input ini boleh didapati dalam modul

“Periksa”.

9. KEW-PA 16 Perakuan Pelupusan (PEP) Aset Alih Kerajaan. Borang ini boleh disediakan melalui modul “Lupus”.

10. KEW-PA 17 Laporan Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan. Borang ini juga boleh disediakan melalui modul “Lupus”

11. KEW-PA19 Sijil Pelupusan Aset, maklumat input yang digunakan untuk menentukan status pelupusan sesuatu aset.

12. KEW-PA20 Laporan Pelupusan Aset Tahunan. Laporan ini boleh dicetak melalui opsyen “Laporan->KEW.PA->Perlupusan Aset Tahunan (KEW-PA20)”

13. KEW-PA 27 (A)

Senarai Aset Yang Dilelong. Borang input ini digunakan untuk mendaftar semua aset yang telah dilelong. Borang ini boleh didapat dalam modul “Lelong”.

14. KEW-PA 28 Borang Laporan Awal Kehilangan Aset Alih. Borang input ini boleh didapati dalam modul “Hilang”.

15. KEW-PA 31 Sijil Hapuskira Aset Alih. Sijil Hapuskira boleh disediakan melalui borang input KEW-PA 31 dalam modul “Hilang”

SILICONETICS GOVENRMENT ASSET SPIDER SGA3000-DS rev. 2

©2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. 4

2. Modul-modul Utama

Perisian Government Asset Spider dipecahkan kepada beberapa modul supaya lebih mudah digunakan. Berikut adalah senarai modul dan fungsinya: a) Modul Pendaftaran Aset

Modul “Aset” adalah merupakan modul utama di dalam sistem Government Asset Spider. Modul ini digunakan untuk mendaftar semua Harta Modal dan Inventori yang terdapat di dalam organisasi. b) Modul Dokumen Pemeriksaan Aset

Modul “Periksa” disediakan untuk mengurusan dokumen-dokumen berkaitan pemeriksaan aset oleh pagawai pemeriksa. Antara dokumen yang terlibat ialah KEW-PA 10 dan KEW-PA 11.

c) Modul Dokumen Pelupusan Aset

Modul “Lupus” digunakan untuk menghasilkan dokumen-dokumen yang terlibat di dalam operasi pelupusan aset. Antara dokumen yang terlibat ialah KEW-PA 16 dan KEW-PA 17. d) Modul Dokumen Lelongan Aset Modul “Lelong” disediakan untuk mengurusan dokumen-dokumen berkaitan lelongan aset yang melibatkan borang KEW-PA 27(A) (Daftar Lelongan Aset).

e) Modul Dokumen Kehilangan Aset Modul “Hilang” digunakan untuk merekod dokumen-dokumen yang terlibat apabila berlaku kahilangan aset. Dokumen-dokumen tersebut ialah borang KEW-PA 28 (Laporan Awal Kehilangan Aset) dan KEW-PA 31 (Sjil Hapuskira Aset Alih).

SILICONETICS GOVENRMENT ASSET SPIDER SGA3000-DS rev. 2

©2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. 5

f) Modul Daftar Kakitangan Modul “Ofis” disediakan untuk mendaftar kakitangan, jawatan-jawatan, bahagian-bahagian dan unit-unit yang terdapat di dalam organisasi. Maklumat-makluma ini diperlukan oleh Government Aset Spider bagi mengenalpasi pengguna dan menentukan kelayakan capaian bagi pengguna tersebut.

3. Laporan Dan Analisis

Laporan dan analisis adalah merujuk kepada output yang tidak melibatkan borang-borang KEW-PA tetapi amat penting untuk meneliti kedudukan dan status aset semasa. Antara analisis penting yang dimasukkan dalam GAS versi 3.00.13 ialah “Laporan Suku Tahunan Harta Modal ” dan “Laporan Suku Tahunan Harta Inventori ”. Laporan-laporan ini boleh diakses melalui menu “Laporan->Laporan

Suku Tahunan Harta Modal… ” dan “Laporan->Laporan Suku Tahunan Harta Inventori… ”. 4. Keperluan Sistem

a) Keperluan klien Perisian ini direka untuk beroperasi di dalam Windows XP. Vista atau 7 samada 32 atau 64 bit. Mana-mana PC yang boleh menjalankan OS tersebut boleh digunakan sebagai komputer klien. Bagi penggunaan di dalam rangkaian, kad rangkaian atau WiFi diperlukan.

b) Keperluan pelayan ( server) Government Asset Spider mengakses data melalui perisian pelayan FlitGate. Ini bermakna komputer yang hendak dijadikan pelayan perlu dipasang dengan perisian tersebut. FlitGate tidak memerlukan spesifikasi computer yang khusus. Secara am, mana-mana computer yang boleh menjalankan OS Windows XP, Vista atau 7 boleh digunakan sebagai computer pelayan. Kad rangkaian atau WiFi mungkin diperlukan.

c) Keperluan sistem rangkaian Government Asset Spider dan FlitGate boleh dipasang di dalam komputer yang sama untuk bertindak sebagai klien dan server serentak. Walau bagaimana pun dalam kegunaan biasa perisian-perisian ini dipasang di dalam komputer yang berlainan di dalam satu system rangkaian. Sistem ini berfungsi dalam mana-mana system rangkaian samada rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian luas (WAN atau internet). Untuk kegunaan klien, sistem ini mampu berfungsi dengan baik melalui sambungan streamyx.

SILICONETICS GOVENRMENT ASSET SPIDER SGA3000-DS rev. 2

©2012 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. 6

5. Sokongan On-line

Laman sesawang sokongan on-line produk ini boleh dilayari melalui alamat sesawang www.srcsb.com/GovAsset/ .

Laman sesawang ini menyediakan blog, berita, tutorial, forum dan lain-lain maklumat berkaitan Government Asset Spider. Pengguna GAS boleh menggunakan laman ini untuk mencari maklumat dan mendapatkan jawapan kepada masalah yang mereka hadapi.

--- TAMAT ---