sila klik untuk muat-turun berita tee bm keluaran julai 2014

4
Berita Program TEE BM (Theological Educaon by Extension ) Seminari Theoloji Malaysia Tahun lalu (2013) adalah hari bersejarah kami di STM, kerana kami telah melancarkan TEE Bahasa Malaysia dengan program Sijil Pelayanan Kristian. Pelancaran rasmi telah dilaksanakan di Luther Centre Petaling Jaya (CTEE) pada 6 April 2013. Pelancaran dihadiri hampir 60 orang termasuk pelajar TEE BM yang mendaftar untuk modul pertama dan juga beberapa jemputan lain seperti Bishop Dr Ong Hwai Teik yang memberi renungan pendek. Pengetua STM, Dr. Ezra Kok, dan beberapa pensyarah lain juga turut hadir memberikan sokongan. Program ini ditawarkan dalam bentuk modular di Pusat STM untuk Kembangan Pendidikan Teologi di Luther Centre, CTEE Petaling Jaya. Ini adalah satu program modular baru untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat di kalangan gereja-gereja BM di Malaysia bagi melengkapkan pemimpin Kristian untuk pelayanan. Tiga modul telah dilaksanakan pada tahun lalu. Doktrin Kristian Asas 1 dan Sejarah Gereja 1 diajar oleh pensyarah STM Cik Ho Gaik Kim, manakala Pastor Andrew Labo dari SIB Sarawak mengajar Tinjauan Perjanjian Lama. KEBAKTIAN PELANCARAN TEE BM STM PADA 6 APRIL 2013 DI LUTHER CENTRE, PETALING JAYA. Keluaran Julai 2014

Upload: phamdien

Post on 14-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sila klik untuk muat-turun Berita TEE BM Keluaran Julai 2014

Berita Program TEE BM (Theological Education by Extension )

Seminari Theoloji Malaysia

Tahun lalu (2013) adalah hari bersejarah kami di STM, kerana kami telah melancarkan TEE

Bahasa Malaysia dengan program Sijil Pelayanan Kristian. Pelancaran rasmi telah dilaksanakan di

Luther Centre Petaling Jaya (CTEE) pada 6 April 2013. Pelancaran dihadiri hampir 60 orang termasuk

pelajar TEE BM yang mendaftar untuk modul pertama dan juga beberapa jemputan lain seperti

Bishop Dr Ong Hwai Teik yang memberi renungan pendek. Pengetua STM, Dr. Ezra Kok, dan

beberapa pensyarah lain juga turut hadir memberikan sokongan. Program ini ditawarkan dalam

bentuk modular di Pusat STM untuk Kembangan Pendidikan Teologi di Luther Centre, CTEE Petaling

Jaya. Ini adalah satu program modular baru untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat di

kalangan gereja-gereja BM di Malaysia bagi melengkapkan pemimpin Kristian untuk pelayanan.

Tiga modul telah dilaksanakan pada tahun lalu. Doktrin Kristian Asas 1 dan Sejarah Gereja 1

diajar oleh pensyarah STM Cik Ho Gaik Kim, manakala Pastor Andrew Labo dari SIB Sarawak

mengajar Tinjauan Perjanjian Lama.

KEBAKTIAN PELANCARAN TEE BM STM PADA 6 APRIL 2013 DI LUTHER CENTRE, PETALING JAYA.

Keluaran Julai 2014

Page 2: Sila klik untuk muat-turun Berita TEE BM Keluaran Julai 2014

1. CTEE Petaling Jaya

A.) Penyembahan - Pensyarah yang mengajar ialah Dr. David Burfield dari England. Beliau pernah mengajar kimia di

Universiti Malaya selama 17 tahun. Selepas mendapat PhD dalam bidang teologi dari University Nottingham, beliau

melayani di Seminari Teologi Sabah (STS), Kota Kinabalu dan Maktab Teologi Sabah selama 18 tahun sebelum bersara.

Kursus ini dihadiri oleh seramai 15 orang pelajar. Kelas diadakan pada 7 - 9 Mac dan 14 - 16 Mac 2014. Kami sedang

berbincang untuk mendapatkan khidmat Dr. David Burfield untuk mengajar beberapa kursus pada tahun 2016.

B.) Tinjauan Perjanjian Baru - Kursus ini diadakan pada 4 - 6 dan 11 - 13 Julai 2014, dan diajar oleh Cik Melissa Chan Li

Ann. Beliau mendapat Master of Christian Studies dari STM dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat

MDiv. Beliau melayani sebagai pastor di Evanglical Free Church, Petaling Jaya. Seramai 15 orang pelajar menyertai

kursus ini. Kursus yang akan datang adalah Doktrin Kristian Asas 2 yang akan berlangsung pada 7 - 9 & 14 - 16 Nov

2014. Ini akan diajar oleh Cik Ho Gaik Kim.

Pada tahun ini STM telah mulakan dua pusat baru,

iaitu di kampus STM Seremban dan di Kampar, Perak.

Kursus-kursus di Petaling Jaya dan Kampar diadakan

sepanjang dua hujung minggu, manakala yang diadakan di

kampus STM adalah dari Selasa pagi hingga Jumaat tengah

hari.

PUSAT-PUSAT TEE BM STM

MODUL-MODUL 2014 YANG TELAH DIKENDALIKAN

Page 3: Sila klik untuk muat-turun Berita TEE BM Keluaran Julai 2014

PUSAT PMSM – Kampar

STM sukacita mengumumkan bahawa pada 16

Mei 2014, Kebaktian Pelancaran diadakan di Kampar

dan dihadiri sekitar 40 orang. Ini termasuk pengetua

STM, Rev Dr Ezra Kok, dan Presiden Persidangan

Misi Sengoi, Rev Uda Aman. Kedua-dua mereka

memberi ucapan tentang harapan dan impian mereka

untuk pusat itu. Rev Richard Leow juga memberi

ucapan kata-kata semangat untuk para pelajar.

Program yang ditawarkan ialah Sijil Pelayanan

Kristian. Kelas pertama adalah "Doktrin Kristian Asas

1" yang berlangsung selama 2 hujung minggu (16 -18

& 23 - 25 Mei 2014) dan diajar oleh Cik Ho Gaik

Kim.

Kami bersyukur 21 pelajar mendaftarkan diri

dan semua mereka adalah orang asal. Kami berharap

agar lebih ramai dari gereja-gereja berdekatan

Kampar akan datang untuk kelas seterusnya. Program

ini terbuka kepada semua orang yang melihat

keperluan untuk melengkapkan diri untuk melayani

Tuhan. Modul berikutnya adalah "Tinjauan Perjanjian

Baru", iaitu pada 5 - 7 dan 12 - 14 Disember 2014.

Pensyarahnya ialah Cik Melissa Chan Li Ann.

2. Kampus STM, Seremban

Kami bersyukur kerana tahun ini kami telah dapat memulakan

satu program baru, iaitu bagi mereka yang ingin menaik taraf ke Ijazah

Sarjana Muda Teologi. Kumpulan yang kami sasari ialah para pastor

yang ingin mendapat latihan teologi yang lebih lanjut. Program ini

juga terbuka kepada kepada sesiapa yang berminat dan ingin

melengkapkan diri mereka untuk melayani Tuhan dengan lebih

berkesan dalam BM.

Kursus pertama, Tafsiran Alkitabiah, telah berlangsung pada 22

-25 April 2014. Ia dikendalikan oleh Rev. Kelvin Jawa yang sekarang

melayani di gereja Anglikan Diosis Kuching. Beliau juga adalah

seorang bekas pelajar STM. Modul yang seterusnya adalah "Agama

2" (26 - 28 Ogos 2014) oleh Rev Chew Kean Kee, seorang pensyarah

STM.

Kami berharap bahawa saudara-saudara seiman akan menyokong TEE BM ini dengan doa agar Tuhan akan menggerakkan

hati lebih ramai Kristian untuk mengambil peluang yang disediakan bagi mendapatkan latihan teologi. Kami juga memohon

supaya berita tentang TEE BM ini disebarkan seluas mungkin dan galakan diberikan kepada pemimpin dan mereka yang

berpotensi untuk menyertai. Akhir sekali, kami juga menghargai sebarang sumbangan kewangan bukan saja untuk kendalikan

TEE BM ini tetapi juga untuk membolehkan mereka yang tidak mampu mendapatkan latihan teologi.

BAGAIMANA ANDA DAPAT MEMBANTU?

Page 4: Sila klik untuk muat-turun Berita TEE BM Keluaran Julai 2014

KEPERLUAN KURSUS UNTUK PROGRAM TEE BM

1. SIJIL PELAYANAN KRISTIAN ( CERTIFICATE OF

CHRISTIAN MINISTRY) - 30 JAM KREDIT

i.) 5 Modul Teras (Core Modules)

* Tinjauan Perjanjian Lama (OT Survey)

* Tinjauan Perjanjian Baru (NT Survey)

* Doktrin Kristian Asas 1 (Basic Christian Doctrine 1)

*Doktrin Kristian Asas 2 (Basic Christian Doctrine 2)

*Tafsiran Alkitabiah (Biblical Interpretation)

ii.) 5 Modul elektif (5 elective modules) - terbuka kepada

semua

* Sejarah Gereja 1 (Church History 1)

* Sejarah Gereja 2 (Church History 2)

* Pembacaan dan Penulisan Kritis (Critical Reading and

Writing)

2. DIPLOMA PELAYANAN KRISTIAN ( DIPLOMA OF

CHRISTIAN MINISTRY)- 60 JAM KREDIT

i.) 5 Modul Teras (Core Modules)

* Sejarah Gereja 1 (Church History 1)

* Sejarah Gereja 2 (Church History 2)

* Pembacaan dan Penulisan Kritis (Critical Reading and

Writing)

*Tafsiran Alkitabiah (Biblical Interpretation)

* Kerohanian Kristian (Christian Spirituality)

ii.) 5 Modul elektif (5 elective modules)

3. SARJANA MUDA TEOLOGI (BACHELOR OF

THEOLOGY) - 120 JAM KREDIT

i.) 15 modul teras (15 core modules)

*Tafsiran Alkitabiah ( Biblical Interpretation)

* Ilmu Khutbah/ Homiletik 1 (Homiletics 1) - Teori

* Ilmu Khutbah/ Homiletik 2 (Homiletics 2) - Praktik

* Agama 1 (Religion 1)

* Agama 2 (Religion 2)

* Doktrin Kristian 1 (Christian Doctrine 1)

*Doktrin Kristian 2 (Christian Doctrine 2)

* Masyarakat Malaysia (Malaysian society)

* Kajian Kitab Perjanjian Lama – Nabi-nabi (OT Book Study -

Prophets)

* Kajian Kitab Perjanjian Lama - Kitab Puisi dan Hikmat (OT

Book Study - Poetic and Wisdom Books)

* Pendidikan Kristian (Christian Education)

* Asas Kaunseling Kristian (Basic Christian Counseling)

* Kepimpinan Pastoral (Pastoral Leadership)

ii.) 5 Modul elektif (5 elective modules)

* Bimbingan Kristian (Christian Dicipleship)

* Pengurusan (Stewardship)

* Etika Kristian (Christian Ethics)

* Pentadbiran Gereja (Church Administration)

* Kajian Kitab Perjanjian Lama (OT Book Study)

* Kajian Kitab Perjanjian Baru (NT Book Study)

* Pelayanan Belia (Youth Ministry)

* Kaedah Kajian Alkitab (Bible Study Methods)

PERHATIAN:

i.) Peringkat sijil dan diploma tidak merujuk kepada

standard tetapi kepada jumlah kerja kursus, iaitu 30 dan 60

jam kredit masing-masing.

ii.) Satu modul ialah 3 jam kredit.

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman web

atau diperolehi dari pejabat Seminari dan dikirim kepada:

Pegawai akademik TEE BM

Lot 3011, Taman South East

70100 Seremban

Negeri Sembilan.

Tel: 606-6322815; Faks: 606-6329766

Laman web: www.stm.edu.my

Alamat emel: [email protected]

Yuran bagi setiap modul ialah RM 270.00. Bayaran boleh

dimasukkan ke dalam akaun Seminari Theoloji

Malaysia dengan Public Bank bernombor 3-0647599-00.

Sila kirimkan, faks atau imbas (scan) borang dan slip

wang tunai masuk kepada Pengarah TEE BM.

Selain modul-modul elektif ini, mereka yang ingin naik

taraf dari diploma ke ijazah boleh juga mengambil modul

-modul dari program sijil dan diploma. Jika terdapat

modul teras di peringkat diploma yang masih belum

dibuat, pelajar dikehendaki mengambilnya.

iii.) Untuk menggalakkan para pelajar menamatkan

program Sijil Pelayanan Kristian, potongan yuran sebanyak

50% akan diberikan untuk semua kursus selepas kursus

pertama. Ini hanya untuk mereka yang mengambil program

ini untuk kredit.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

Cik Delaila Singa

Pegawai Akademik (Program TEE BM)

Cik Ho Gaik Kim

Pengarah Program TEE BM