mohammad agus yusoff muhammad mashril abdul jalil

18
MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil Universiti Kebangsaan Malaysia PENGARUH AKTOR CAMPUR TANGAN HALUS DALAM PRU-14 THE INFLUENCE OF SOFT-INTERVENTION ACTORS IN GE-14 Malaysia telah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) secara berterusan selama 61 tahun sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keupayaan BN mengekalkan kuasa ini adalah disebabkan oleh faktor kawalan pemerintah terhadap pihak oposisi dan keyakinan rakyat terhadap BN dalam mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonominya. Namun dalam PRU-14, BN telah gagal mengekalkan kekuasaannya. Artikel ini bertujuan untuk menilai faktor kekalahan BN dalam pilihan raya tersebut. Ramai sarjana yang meneliti PRU ini menyatakan kekalahan BN untuk mengekalkan kuasanya adalah disebabkan oleh isu 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), rasuah, kenaikan kos sara hidup dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN. Selain daripada pandangan di atas, artikel ini berhujah satu lagi faktor yang turut juga menyumbang kepada kekalahan BN adalah disebabkan oleh pengaruh aktor soft-intervention. Soft-intervention yang dimaksudkan ialah campur tangan aktor kuasa halus dalam mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan BN. Kuasa halus tersebut ialah aktor-aktor seperti ahli akademik, golongan profesional, kartunis, dan masyarakat sivil yang mempengaruhi rakyat melalui penerapan idea demokrasi supaya rakyat sedar tentang keperluan untuk membawa perubahan kepada negara. Data digunakan dalam artikel ini adalah dari sumber sekunder iaitu buku dan akhbar yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Artikel ini berhujah campur tangan aktor kuasa halus dalam politik Malaysia bermula sejak dari era Reformasi pada tahun 1998 lagi, namun pada masa itu ia gagal untuk mengubah pemerintahan negara kerana tekanan dan tindakan pemerintah yang melemahkan pengaruh aktor soft-intervention tersebut. Walau bagaimanapun, dengan usaha berterusan aktor kuasa halus ini menyedarkan rakyat tentang kelemahan kerajaan BN, maka ia telah menimbulkan kesedaran rakyat untuk mengundi menolak kerajaan BN yang korup dan kleptokrat. Di akhir analisisnya, artikel ini menegaskan peranan aktor soft-intervention adalah cukup signifikan dalam mengubah landskap politik Malaysia dalam PRU-14. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 46 (2) (December 2019): 178-195 @ Centre For Policy and Global Governance (GAP), UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 178

Upload: others

Post on 24-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

MOHAMMAD AGUS YusoffMUHAMMAD MASHRIL Abdul JalilUniversiti Kebangsaan Malaysia

PENGARUH AKTOR CAMPUR TANGAN HALUS DALAM PRU-14

THE INFLUENCE OF SOFT-INTERVENTION ACTORS IN GE-14

Malaysia telah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) secara berterusan selama 61 tahun sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keupayaan BN mengekalkan kuasa ini adalah disebabkan oleh faktor kawalan pemerintah terhadap pihak oposisi dan keyakinan rakyat terhadap BN dalam mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonominya. Namun dalam PRU-14, BN telah gagal mengekalkan kekuasaannya. Artikel ini bertujuan untuk menilai faktor kekalahan BN dalam pilihan raya tersebut. Ramai sarjana yang meneliti PRU ini menyatakan kekalahan BN untuk mengekalkan kuasanya adalah disebabkan oleh isu 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), rasuah, kenaikan kos sara hidup dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN. Selain daripada pandangan di atas, artikel ini berhujah satu lagi faktor yang turut juga menyumbang kepada kekalahan BN adalah disebabkan oleh pengaruh aktor soft-intervention. Soft-intervention yang dimaksudkan ialah campur tangan aktor kuasa halus dalam mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan BN. Kuasa halus tersebut ialah aktor-aktor seperti ahli akademik, golongan profesional, kartunis, dan masyarakat sivil yang mempengaruhi rakyat melalui penerapan idea demokrasi supaya rakyat sedar tentang keperluan untuk membawa perubahan kepada negara. Data digunakan dalam artikel ini adalah dari sumber sekunder iaitu buku dan akhbar yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Artikel ini berhujah campur tangan aktor kuasa halus dalam politik Malaysia bermula sejak dari era Reformasi pada tahun 1998 lagi, namun pada masa itu ia gagal untuk mengubah pemerintahan negara kerana tekanan dan tindakan pemerintah yang melemahkan pengaruh aktor soft-intervention tersebut. Walau bagaimanapun, dengan usaha berterusan aktor kuasa halus ini menyedarkan rakyat tentang kelemahan kerajaan BN, maka ia telah menimbulkan kesedaran rakyat untuk mengundi menolak kerajaan BN yang korup dan kleptokrat. Di akhir analisisnya, artikel ini menegaskan peranan aktor soft-intervention adalah cukup signifikan dalam mengubah landskap politik Malaysia dalam PRU-14.

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 46 (2) (December 2019): 178-195@ Centre For Policy and Global Governance (GAP), UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper)

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 178

Page 2: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

Kata kunci: PRU-14, soft-intervention, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), masyarakat sivil

Malaysia was ruled by Barisan Nasional (BN) without interuption for 61 years since its inception as an independent nation in 1957. BN’s unmatched record as the world’s longest-serving ruling party was due to its mastery in controlling opposition and people’s confidence by ensuring political stability and maintaining economic prosperity. However, this was not the case in GE-14 when the electorate rejected BN. Thus, this article aims to assess factors of the loss of BN in the election. Scholars held the opinion that it was caused by 1MDB scandal, GST (goods and services tax) issue, corruption, rising cost of living and abuse of power. In addition, this article argues the influence of soft-intervention actors is also the other factor which led to the defeat of BN. Soft-intervention refers to the intervention of the academics, professionals, cartoonists, and civil societies which spread the idea of democracy that created awareness and the need to bring change to the country. The data used in this article was obtained from secondary sources such as books and newspapers which was then analyzed qualitatively. This article contends soft-intervention in Malaysia has commenced since 1998 Reformasi, but failed to bring significant change because of repressive action taken by the government which then weakened the soft-intervention actors. The subsequent years of persistent effort in highlighting BN’s weakness and framing the ruling party as a kleptocratic government was finally paid off in GE-14. Therefore, in its final analysis, this article argues the role of the soft-intervention actors was significant in changing the political landscape of Malaysia in GE-14.

Keywords: GE-14, soft-intervention, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (The Alliance of Hope), civil society

Pengenalan

Apabila para sarjana membincangkan faktor kemenangan sesebuah parti politik dalam pilihan raya, mereka sering melihatnya dari konteks top-down seperti manifesto, ideologi dan dasar parti politik sehingga mengabaikan konteks bottom-up yang juga merupakan faktor penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti politik dalam pilihan raya. Konteks bottom-up yang dimaksudkan ini merujuk kepada pengaruh campur tangan halus (soft-intervention) yang terdiri daripada para intelektual, golongan kelas menengah dan masyarakat sivil, yang memainkan peranan penting dalam menanam nilai-nilai dan idea demokrasi kepada rakyat untuk menolak sistem pemerintahan

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 179

Page 3: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

autokratik dalam sesebuah negara. Soft-intervention ini adalah tindakan yang tidak dilakukan melalui kekerasan atau paksaan, tetapi dilakukan secara halus bagi menarik minat golongan yang dipengaruhi untuk mengikuti penerapan idea yang disampaikan tersebut.

Artikel ini membincangkan pengaruh soft-intervention dalam PRU-14 sehingga menyebabkan parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 61 tahun di Malaysia gagal mempertahankan kekuasaannya. Bagi mensistematikkan perbincangan, artikel ini bermula dengan meneliti sejarah permulaan kewujudan soft-intervention dalam politik Malaysia, bentuk campur tangan halus, dan menilai keberkesanan campur tangan halus tersebut dalam menentukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14.

Pakatan Harapan Sebelum PRU-14

Sebelum PRU-14, pengaruh soft-intervention dalam politik Malaysia kurang mendapat perhatian sarjana kerana lebih menumpukan kepada konteks top-down sebagai faktor kemenangan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, merujuk kepada PRU-12, Abdul Rashid Moten, James Chin, Nathaniel Tan & John Lee menyatakan faktor kemerosotan pencapaian BN sehingga buat pertama kalinya gagal mempertahankan majoriti 2/3 dalam PRU-12 adalah disebabkan oleh kegagalan BN menjaga isu bread and butter rakyat, dan juga faktor penolakan kaum bukan Melayu terhadap MCA, Gerakan dan MIC yang menjadi komponen dalam BN.1

Kedua-dua faktor ini juga kemudiannya mendapat perhatian Gomez yang melihat kemerosotan pencapaian BN dalam PRU-13 adalah disebabkan oleh pengaruh media sosial yang memberikan maklumat alternatif mengenai isu-isu rakyat sehingga mempengaruhi pemikiran pengundi kaum Cina untuk menolak BN. Beliau menamakan pendekatan kaum Cina bandar terhadap BN ini sebagai ‘tsunami’ politik bandar.2 Perkara ini juga dihujahkan oleh James Chin yang menyatakan kemerosotan pencapaian BN dalam PRU-13 adalah disebabkan oleh kegagalan BN menguasai 90% kerusi-kerusi bandar dan menggambarkan fenomena tersebut sebagai ‘tsunami Cina’.3 Ringkasnya, sarjana-sarjana ini menilai kemerosotan pencapaian BN dalam PRU-12 dan PRU-13 ini adalah disebabkan oleh isu-isu yang dieksploitasikan dengan baik oleh parti-parti oposisi, tetapi tidak menjelaskan peranan aktor soft-intervention dalam menyedarkan rakyat untuk membawa perubahan dalam politik Malaysia.

Mengenai PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 pula, Bridget Welsh, Muhamad Nadzri Mohamed Noor & Jamaie Hamil, John Funston dan Kai Ostwald et al., menyatakan faktor utama kegagalan BN mempertahankan kekuasaannya adalah kerana rakyat tidak lagi yakin dengan kerajaan BN yang gagal menangani isu-isu rakyat dengan baik.4 Antaranya adalah seperti skandal 1MDB, rasuah, kos sara hidup yang tinggi, GST dan penyelewengan kuasa

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 180

Page 4: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

pemimpin BN. Selain itu, pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS, dan juga sikap pengundi muda yang menolak rejim BN juga turut menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya ini.

Kajian di atas menunjukkan kemerosotan pencapaian BN dalam PRU-12 dan PRU-13, serta tewasnya BN dalam PRU-14 adalah disebabkan oleh tiga perkara. Pertama, pengundi bandar yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina tidak menyokong BN. Kedua, pengundi muda dan golongan kelas menengah yang terdedah kepada sosial media cenderung menolak BN. Ketiga, sikap pengundi yang menolak amalan rasuah dan kelemahan pengurusan ekonomi kerajaan BN. Selain perkara di atas, artikel ini berhujah satu lagi faktor yang tidak diteliti oleh sarjana lepas adalah mengenai peranan dan pengaruh campur tangan kuasa halus. Bagi meneliti hal ini, dengan menggunakan sumber sekunder seperti buku, artikel dan akhbar, artikel ini berhujah faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU-14 adalah disebabkan oleh peranan dan pengaruh aktor kuasa halus (soft-intervention).

Konsep Soft-Intervention

Soft-intervention adalah campur tangan halus aktor-aktor di luar kerangka parti politik seperti golongan akademik, profesional dan masyarakat sivil yang memainkan peranan menyebarkan idea-idea demokrasi kepada rakyat supaya rakyat mempunyai keberanian untuk melakukan perubahan politik. Leo Agustino mendefinisikan soft-intervention sebagai mekanisme penyebaran dan penanaman idea demokrasi agar para ‘penerima idea’ tersebut bersikap, berlaku dan bertindak sesuai dengan apa yang ditanamkan oleh para ‘penanam idea’, iaitu mewujudkan sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi rakyat.5 Menurut beliau, di Indonesia walaupun mengambil masa yang lama untuk menyedarkan masyarakat tentang idea demokrasi, aktor kuasa halus ini telah memainkan peranan yang konsisten melalui kelab-kelab perbincangan dan forum untuk menolak kepimpinan Soeharto sehingga akhirnya mahasiswa bangkit menggerakkan gerakan reformasi yang membawa kepada peletakan jawatan Soeharto sebagai Presiden Indonesia pada 21 Mei 1998.6

Konsep soft-intervention ini mempunyai persamaan dengan konsep soft-power dalam hubungan antarabangsa. Joseph Nye dalam bukunya Bound to Lead: The Changing Nature of American Power menyatakan soft-power adalah keupayaan untuk mempengaruhi minda pemikiran melalui pengaruh halus yang bersumberkan budaya, prinsip, nilai (politik) dan diplomasi.7 Dalam buku seterusnya, beliau menegaskan soft-power ialah kuasa halus yang mempengaruhi negara lain untuk menuruti matlamat yang diinginkan oleh negara pemain soft-power tersebut.8 Perkara ini memerlukan pemahaman terperinci terhadap negara yang disasarkan supaya penyampaian idea demokrasi itu dapat mempengaruhi sikap dan kesedaran rakyat di negara yang disasarkan itu supaya berubah menukar rejim pemerintahan autokratik ke arah

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 181

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 5: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

yang lebih demokratik.Melalui pemahaman kepada konsep soft-power oleh Joseph Nye ini,

dapat difahami bahawa ianya adalah sebuah konsep yang tidak hanya terhad dalam konteks hubungan antarabangsa sahaja, tetapi juga sesuai diterjemahkan dalam konteks politik domestik sesebuah negara. Ini kerana soft-intervention adalah konsep melakukan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat tertentu tanpa melalui pendekatan paksaan dan kekerasan. Dalam artikel ini, konsep ini merujuk kepada pendekatan yang dimainkan oleh ahli akademik, golongan profesional, kartunis, dan masyarakat sivil dalam menyebarkan idea demokrasi kepada rakyat secara halus. Penyebaran idea demokrasi ini disampaikan melalui forum, kelab perbincangan, media sosial dan protes jalanan untuk membangkitkan kesedaran rakyat supaya menolak rejim BN yang memerintah Malaysia selama 61 tahun. Konsep ini digunakan dalam artikel ini bagi menilai peranan dan pengaruh aktor kuasa halus ini dalam menentukan kemenangan PH dan kekalahan BN dalam PRU-14.

PRU-14: Pengaruh Aktor Soft-Intervention dalam Politik Malaysia

Keberkesanan aktor campur tangan halus (soft-intervention) dalam merubah politik Malaysia mengambil masa yang panjang. Campur tangan halus ini bermula pada tahun 1997 lagi ketika berlakunya krisis kewangan yang membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pemecatan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pandangan Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dalam menyelesaikan krisis kewangan ini. Anwar Ibrahim mengambil tindakan menstrukturkan semula sistem perbankan, membuka saingan dan membenarkan kemasukan dana luar untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, manakala Dr. Mahathir Mohamad pula berpendapat pengurangan kadar faedah serta kawalan mata wang adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan pelabur dari menarik dana pelaburan mereka.9

Akibat pemecatan ini, Anwar Ibrahim dan penyokongnya melakukan demonstrasi secara besar-besaran di ibu kota Kuala Lumpur kerana menganggap tindakan Dr. Mahathir Mohamad ini satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Bermula dari situlah munculnya gerakan reformasi, ketidakakuran sivil dan aktor-aktor soft-intervention menuntut reformasi politik dan ekonomi negara. Aktor-aktor ini muncul untuk mengurangkan pendekatan keras kerajaan BN terhadap sebarang cubaan menentang pemerintahannya seperti menggunakan Polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menggagalkan aktiviti-aktiviti dan gerakan Reformasi seperti ceramah dan perhimpunan.10

Antara aktor soft-intervention yang muncul adalah seperti Raja Petra Kamarudin dan M.G.G. Pillai melalui laman sesawang MalaysiaToday dan Sang Kancil. Mereka ini mengambil peluang atas kebebasan Internet ketika

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 182

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 6: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

itu untuk menyemai dan mempengaruhi rakyat menolak dominasi BN melalui gerakan memperjuangkan agenda Reformasi.11 Misalnya, Raja Petra menulis berita berkaitan Anwar Ibrahim yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana dan mendedahkan korupsi serta skandal pemerintahan BN. Manakala M.G.G Pillai pula melalui Sang Kancil telah menggerakkan kewartawanan penyenarai mel (mailing list) yang pertama di Malaysia untuk menyebarkan berita dan maklumat berkaitan gerakan Reformasi. Peranan mereka ini telah secara halus mempengaruhi minda rakyat yang pada ketika itu memerlukan sumber berita alternatif bagi mengetahui situasi politik semasa.

Aktor soft-intervention lain yang muncul ketika gerakan Reformasi ialah Hishamuddin Rais melalui kelab perbincangan Universiti Bangsar Utama (UBU). Beliau adalah bekas aktivis mahasiswa tahun 1970-an dan bertindak sebagai penghubung antara mahasiswa dan masyarakat untuk melawan kerajaan. Kesan daripada gerakannya melalui kelab perbincangan UBU ini telah mendorong kemunculan pelapis baharu pemimpin mahasiswa seperti Khairul Anuar dan Mohd Fuad Ikhwan yang lantang menentang penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap parti oposisi serta memperjuangkan pemansuhan ISA. Selain itu, muncul juga beberapa pemimpin mahasiswa seperti Ahmad Syukri Abdul Razab, Safwan Anang dan Adam Adli yang memperjuangkan kebebasan akademik dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik.12 Perjuangan mereka ini mendapat liputan meluas melalui media sosial sehingga akhirnya mereka dilihat sebagai barisan hadapan yang berperanan sebagai kumpulan pendesak dan mewakili suara rakyat dengan menyebarkan idea-idea demokrasi untuk membawa perubahan kepada politik negara. Menjelang PRU-14, muncul pula Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Bersih menuntut hak yang sama kepada semua parti politik untuk mendapat akses kepada media perdana, ketelusan undi pos, penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan pilihan raya, pembersihan daftar pengundi dan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).13 Peranan Bersih ini telah mewujudkan suasana baharu dalam landskap politik Malaysia apabila berjaya menggunakan media sosial untuk menggerakkan puluhan ribuan masyarakat sivil menyertai beberapa siri demonstrasi yang dianjurkan.14 Misalnya, demonstrasi Bersih pertama pada tahun 2007, disusuli dengan Bersih 2.0 pada tahun 2011, Bersih 3.0 pada tahun 2012, Bersih 4 pada tahun 2015 dan Bersih 5 pada tahun 2016. Demonstrasi Bersih tidak terhad digerakkan di Malaysia sahaja, malah juga digerakkan oleh komuniti Malaysia yang menuntut dan bekerja di luar negara seperti di Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Russia, Mesir, Jordan dan Arab Saudi.15

Walaupun gerakan Bersih ini masih belum dapat menumbangkan kerajaan BN, namun kerjasamanya dengan pakatan parti oposisi telah berjaya memperolehi undi popular tertinggi sebanyak 52% berbanding BN yang hanya

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 183

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 7: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

memperolehi 49% undi popular dalam PRU-13.16 Walaupun memperolehi undi popular yang banyak, pakatan oposisi tewas dalam PRU-13 ini kerana mempunyai jumlah kerusi yang lebih sedikit berbanding BN disebabkan oleh sistem first-past-the-post (sistem majoriti mudah). Ini menunjukkan gerakan Bersih berjaya menyebarkan idea demokrasi dan menyedarkan rakyat tentang kegiatan pemerintah dan mempengaruhi ramai anak muda untuk menolak rejim BN.

Selain NGO seperti Bersih, ahli-ahli akademik dari institut pengajian tinggi seperti Dr. Maszlee Malik, Dr. Azmi Sharom dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) juga telah memainkan peranan campur tangan halus yang penting dalam menyebarkan idea demokrasi kepada rakyat. Mereka telah menyedarkan rakyat tentang keperluan untuk merubah politik negara dengan mengeluarkan pendapat dan teguran kepada kerajaan melalui forum-forum awam. Misalnya Dr. Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang terlibat secara aktif dalam forum anjuran Sinar Harian sepanjang tahun 2016 hingga 2018 sering mengkritik dasar GST, penyelewengan 1MDB, rasuah, kenaikan kos sara hidup dan lain-lain tindakan kerajaan BN yang membebankan rakyat.17

Seorang lagi ahli akademik yang sering menegur salah laku kerajaan BN ialah Dr. Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM). Beliau melontarkan pandangan mengenai isu krisis Menteri Besar Selangor dengan mengambil contoh daripada krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2009. Tindakan Dr. Azmi ini menyebabkan beliau didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atas tiga kenyataan beliau yang dianggap berniat untuk menghasut, iaitu “You don’t want a repeat of that, where a secret meeting took place,” “I think what happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally and transparently as possible,” dan “A vote by the house of representative should be done in the house of representative,” di dalam artikel beliau bertajuk Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told.18 Pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 ini telah menjadikan Dr. Azmi semakin terbuka dan lantang dalam mengkritik akta-akta baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan BN seperti Akta Himpunan Aman, SOSMA, dan Akta Antiberita Tidak Benar yang beliau nilai hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengkiritik pemerintahan BN.19

Tindakan kerajaan mendakwa Dr. Azmi ini telah menggerakkan protes dalam kalangan ahli-ahli akademik, mahasiswa dan ahli-ahli politik kerana menentang tindakan kerajaan menyekat kebebasan akademik. Perkara ini menunjukkan Dr. Azmi telah memainkan peranan soft-interventionnya untuk membuka minda dan pemahaman rakyat tentang kewujudan akta-akta yang menyekat hak warganegara di dalam sebuah negara yang demokratik dan keperluan untuk menentang akta-akta tersebut.

Selain itu, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza), pensyarah bidang Hadith di Universiti Sains Malaysia (USM) juga memainkan peranan

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 184

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 8: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

yang signifikan dalam menyedarkan masyarakat untuk menolak rejim BN. Dalam ceramah dan forum yang disertainya, beliau telah menekankan rakyat untuk mengikuti nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan mendesak kerajaan mengaplikasikan nilai ini dalam pentadbiran negara. Beliau sering menegaskan rasuah dan salah guna kuasa pihak atasan akan merosakkan negara dan oleh itu kerajaan BN yang melanggar prinsip ini harus berundur dan diganti dengan kerajaan yang baharu.20

Selain di ruang ceramah dan forum, pengaruh soft-intervention ini juga tersebar dalam bentuk rakaman video di aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Perkara ini juga diakui oleh James Chin bahawa media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp adalah medium komunikasi serta penyebaran berita yang paling berpengaruh sehinggakan PRU-14 dilabelkannya sebagai pilihan raya WhatsApp.21 Misalnya, teknologi media sosial ini dimanfaatkan oleh kelab perbincangan Invoke yang ditubuhkan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan menjelang PRU-14. Dalam menjayakan misi penubuhannya, Invoke mengembelingkan kepakarannya untuk membina satu kempen akar umbi rakyat dengan memanfaatkan penggunaan teknologi ICT untuk menganalisis data dan menilai tingkah laku pengundi. Menerusi dua segmen perbincangan Diskusi dan So Apa Cita Minggu Ni? yang disiarkan dalam Facebook dan Youtube, Invoke memilih individu-individu yang sesuai untuk membincangkan hal-hal berkaitan sentimen politik semasa, advokasi dan pencerahan untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Keberkesanan kelab perbincangan seperti Invoke, ditambah pula dengan tahap penggunaan media sosial rakyat yang tinggi ini telah berjaya menyedarkan rakyat tentang kelemahan pemerintah BN dan seterusnya menarik rakyat untuk cenderung menyokong idealisme PH.22

Tidak hanya itu, kartunis juga merupakan aktor kuasa halus yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej politik kepada rakyat. Contohnya ialah kartunis Zulkiflee Anwar (Zunar) yang menyebarkan idea demokrasi melalui kartun-kartunnya. Zunar melakarkan kartunnya dengan mengkritik pemimpin BN yang boros, rasuah, campur tangan dalam isu kehakiman serta corak pentadbiran yang bermasalah. Ilustrasi isu-isu semasa ini cukup berkesan mempengaruhi rakyat kerana tidak hanya sekadar kartun yang menghiburkan, tetapi juga ruang interaksi politik dengan rakyat untuk membentuk kesedaran rakyat supaya menolak salah laku kerajaan BN.23 Dengan kekuatan pengaruh kartun Zunar ini, kerajaan BN Najib Razak mengenakan tekanan kepada beliau dengan menggunakan pelbagai instrumen kerajaan merampas karyanya seperti Gedung Kartun, 1Funny Malaysia Perak Darul Kartun, The Conspiracy to Imprison Anwar dan Pirates of the Carry-BN serta mendakwa beliau dengan akta-akta seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Hasutan.24 Tindakan kerajaan BN ini mengesahkan lagi dakwaan parti oposisi sebelum ini bahawa kerajaan BN bersikap autokratik dalam pemerintahannya dan perkara ini mempengaruhi rakyat untuk menolak rejim BN.

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 185

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 9: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

Aktor soft-intervention lain yang mencabar hegemoni BN menjelang PRU-14 ialah Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin UMNO. Atas banyak isu yang dihadapi oleh kerajaan BN seperti isu 1MDB dan lain-lain isu penyalah gunaan kuasa, Dr. Mahathir menggelarkan kerajaan di bawah Najib Razak ini sebagai kerajaan kleptokrat.25 Bagi menentang kerajaan kleptokrat BN ini, Dr. Mahathir bertindak menyatukan pemimpin-pemimpin utama parti oposisi yang dahulunya merupakan seteru kuat beliau untuk bergabung menentang kepimpinan Najib Razak. Bagi menjayakan misinya ini, beliau melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016.26 Deklarasi Rakyat ini merupakan titik permulaan kepada gabungan parti pembangkang PH untuk menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Dr. Mahathir sebagai sebahagian daripada ahli gabungan di dalam PH. Kemunculan kembali Dr. Mahathir dalam landskap politik telah memberi semangat kepada rakyat untuk menolak kerajaan kleptokrat BN di bawah pimpinan Najib Razak. Apatah lagi dalam setiap ceramah dan kempennya, beliau melabelkan Najib Razak sebagai pencuri, perompak dan penyangak yang perlu digantikan untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam status bankrap di bawah pemerintahannya yang boros dan kleptokrat. Selepas perjuangan Dr. Mahathir ini mendapat sambutan rakyat, muncul pula beberapa bekas pemimpin UMNO seperti Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rais Yatim yang menyatakan sokongan mereka kepada Dr. Mahathir. Bersama dengan Dr. Mahathir, mereka mula menggerakkan idea demokrasi dengan mengkritik penyelewengan kuasa kerajaan Najib Razak yang terpalit dengan isu skandal dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB, sistem percukaian GST, penghapusan subsidi petrol dan peningkatan kos sara hidup.27 Peranan aktor-aktor soft-intervention yang terdiri daripada bekas elit-elit BN ini telah memberikan mesej halus kepada rakyat bahawa perubahan terhadap tampuk pemerintahan negara mesti dilakukan untuk menyelamatkan negara ini dari kerajaan kleptokrat BN. Dalam senario sebeginilah kerajaan BN Najib Razak menghadapi PRU-14 pada 9 Mei 2018.

PRU-14 dan Keberkesanan Pengaruh Soft-Intervention

Dalam PRU-14, isu utama yang mendominasi pilihan raya ini ialah skandal 1MDB. Skandal ini menjadi liabiliti besar kepada BN kerana ia adalah ibu kepada segala isu dalam PRU-14. Bermula dari isu inilah, ia membawa kepada isu-isu lain seperti kos sara hidup yang tinggi dan pengenalan sistem percukaian GST yang membebankan rakyat. Bukan hanya itu, isu 1MDB ini jugalah yang menyebabkan berleluasanya gejala rasuah, kawalan lebih ketat terhadap kebebasan media dan polemik debt-trap dengan kerajaan China yang boleh membuatkan negara tergadai dan bankrap. Debt-trap ini dilihat dari aspek kemampuan membayar balik pinjaman kerajaan dengan negara China

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 186

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 10: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

untuk memulakan projek mega keretapi berkelajuan tinggi seperti HSR dan ECRL.28 Isu ini yang digunakan oleh PH telah menyebabkan rakyat mula sedar betapa mereka perlu bersatu untuk menolak BN dalam PRU-14. Bagi BN pula, mereka berkempen dengan menyampaikan kepada rakyat tentang kejayaannya memperjuangkan politik kaum Melayu. Perkara ini dilakukan kerana dalam PRU-14 pengundi kaum Cina tidak lagi mahu memilih MCA (iaitu parti komponen BN) untuk mewakili suara mereka. Ini kerana kaum Cina lebih tertarik untuk menyokong DAP yang dilihat mereka sebagai parti baharu yang dapat menjaga kesejahteraan kaum Cina.29 Maka dengan itu, UMNO yang mendominasi parti komponen BN melihat undi dari kaum Melayu adalah lebih penting dalam menentukan kemenangan BN berbanding dengan sokongan daripada kaum Cina yang tidak lagi bersama BN. Oleh itu, UMNO berkempen dengan menerapkan fahaman jika kaum Melayu tidak lagi memilih UMNO sebagai wadah perjuangan mereka, maka tidak ada lagi parti yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak keistimewaan bumiputera dan kelangsungan ekonomi kaum Melayu. BN berkempen dengan menyatakan survival politik kaum Melayu bakal berubah sekiranya kaum Melayu tidak lagi memilih UMNO.30 Melalui strategi-strategi kempen PH dan BN ini, keputusan PRU-14 menunjukkan pakatan oposisi buat pertama kalinya telah berjaya menumbangkan BN dalam sejarah 61 tahun kemerdekaan Malaysia. PH memenangi sebanyak 113 kerusi parlimen, manakala BN hanya berjaya memperolehi 79 kerusi sahaja. Kerusi yang dimenangi oleh BN ini adalah hasil dari kejayaan UMNO memenangi kerusi yang terbanyak, iaitu sejumlah 47 kerusi di Semenanjung selain daripada MCA yang menyumbang 1 kerusi dan MIC 2 kerusi. Di Sarawak pula, parti komponen BN memenangi sebanyak 19 kerusi dan di Sabah sebanyak 10 kerusi. Kerusi UMNO telah berkurangan dari 88 kerusi pada PRU-13 kepada hanya 54 kerusi pada PRU-14. Negeri-negeri yang sinonim dengan dominasi UMNO sebelum ini iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah dikejutkan apabila buat pertama kalinya tumbang di tangan PH. Malah, PH juga berjaya merampas semula Kedah dan Perak daripada BN.31

Setelah keputusan PRU-14 diumumkan, ramai sarjana menyatakan kemenangan PH dalam PRU tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan Najib Razak menangkis dakwaan PH berkaitan dengan isu 1MDB, rasuah, salah guna kuasa, isu kos sara hidup yang tinggi, wang hadiah RM2.6 bilion dan lain-lain.32

Kesemua faktor di atas adalah relevan, namun satu faktor penting yang ditinggalkan oleh analisis para sarjana sebelum ini ialah tentang peranan dan pengaruh aktor kuasa halus dalam menentukan kemenangan PH dalam PRU-14. Persoalannya, bolehkah PH menang dengan hanya bergantung kepada isu-isu sahaja? Tidakkah sebelum ini dalam PRU-12 dan PRU-13, pakatan oposisi di bawah gabungan PR telah pun mempunyai isu-isu yang banyak,

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 187

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 11: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

tetapi tidak juga dapat menewaskan hegemoni BN? Justeru, selain daripada faktor yang telah dinyatakan oleh sarjana lepas, artikel ini berhujah satu lagi faktor kemenangan PH dalam PRU-14 adalah disebabkan oleh pengaruh ahli akademik, NGO seperti Bersih dan golongan elit lama dalam BN yang memainkan peranan halus untuk menyedarkan rakyat tentang idea demokrasi dan keperluan untuk menukar rejim kleptokrat Najib Razak kepada kerajaan baharu yang lebih telus dan cekap. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, antara aktor-aktor soft-intervention tersebut adalah seperti Dr. Maszlee Malik, Dr. Azmi Sharom, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza), dan kartunis Zunar yang telah menyedarkan rakyat tentang pentingnya mencabar status quo BN untuk menggerakkan negara ke arah transisi politik yang lebih demokratik. Selain itu, UBU, Bersih dan Invoke juga telah memainkan peranan campur tangan halus yang penting dalam menyedarkan rakyat tentang perlunya kepada perubahan politik. PH tidak mempunyai daya kemampuan untuk memenangi PRU-14 tanpa kehadiran aktor-aktor ini yang telah membangkitkan kesedaran rakyat untuk menolak BN. Misalnya, UBU menggerakkan kekuatan mahasiswa, Bersih menyediakan platform kepada rakyat untuk menterjemahkan penentangan terhadap kerajaan BN melalui demontrasi jalanan, manakala Invoke pula merupakan kelab perbincangan yang menjadi medium rujukan rakyat apabila sesuatu isu atau permasalahan muncul. Di samping itu, peranan bekas pemimpin BN seperti Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rais Yatim juga penting dalam menyedarkan rakyat untuk menukar pemerintahan kerajaan kleptokrat BN. Kemunculan mereka telah membuka mata rakyat untuk berubah dan meyakinkan lagi rakyat betapa negara di bawah rejim Najib Razak berada dalam kegawatan dan oleh itu rakyat harus mempunyai keberanian untuk melakukan perubahan. Perbincangan ini menunjukkan kekalahan BN dalam PRU-14 bukan hanya disebabkan oleh isu-isu yang dihadapi oleh BN, tetapi juga oleh peranan aktor soft-intevention dalam menyebarkan idea dan maklumat sehingga mempengaruhi pemikiran rakyat untuk mengundi PH sebagai alternatif yang ada bagi menggantikan BN. Berpengaruhnya aktor soft-intervention ini bukanlah setakat menyedarkan rakyat tentang salah laku BN sahaja, malah telah menyemai idea demokrasi dan pemahaman serta kepedulian rakyat tentang kepentingan untuk bersama-sama menggerakkan idea demokrasi tersebut demi masa depan negara. Namun demikian, pengaruh aktor campur tangan halus ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tanpa kemudahan media sosial. Ini kerana satu strategi utama yang digunakan oleh aktor soft-intervention ini dalam menyebarkan idea demokrasi dan kritikan terhadap kerajaan BN ialah dengan memanfaatkan penggunaan media sosial. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube telah menjadi medium utama aktor soft-intervention menyebarkan agenda rakyat yang tidak dibawa oleh media arus perdana, khususnya kepada golongan muda. Dengan media sosial

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 188

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 12: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

ini, PH meraih kekuatan untuk melawan propanganda kempen BN sehingga akhirnya hegemoni BN tumbang dalam PRU-14 setelah 61 tahun memerintah Malaysia.

Kesimpulan

Kemenangan PH dalam PRU-14 adalah disebabkan oleh banyak faktor seperti liabiliti BN yang diselubungi dengan skandal 1MDB, rasuah, salah guna kuasa, kos sara hidup, dan GST. Selain itu, satu lagi faktor yang dihujahkan oleh artikel ini ialah tentang peranan dan pengaruh aktor soft-intervention dalam melakukan perubahan ini. Hasil perbincangan telah menunjukkan kerberkesanan pengaruh soft-intervention mempengaruhi pemikiran rakyat adalah didorong oleh lima faktor utama, iaitu pendekatan yang lunak dalam mendekati rakyat, mendidik tanpa paksaan dan kekerasan, mempunyai matlamat yang jelas dan konsisten, aktor-aktor yang mempunyai kepakaran dan berpengaruh dalam bidang masing-masing, serta mendapat kelebihan daripada kelemahan BN yang diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal. Nota Akhir

1. Abdul Rashid Moten, 2008 General Elections in Malaysia: Democracy at Work. Japanese Journal of Political Science 10(1), 2009, hlm. 21-42; James Chin, Malaysian Chinese Association Politics a Year Later: Crisis of Political Legitimacy, The Round Table, Vol. 99, No. 407 (April) 2010, hlm.153-162; Nathaniel Tan & John Lee, Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: Kinibooks.

2. James Gomez, Social Media Impact on Malaysia’s 13th General Election, Asia Pacific Media Educator, Vol. 24, No. 1 (September), 2014, hlm. 95-105.

3. James Chin, So Close and Yet So Far: Strategies in the 13th Malaysian Elections, The Round Table, Vol. 102, No. 6 (Disember), 2013, hlm. 533-540.

4. Bridget Welsh, ‘Saviour’ Politics and Malaysia’s 2018 Electoral Democratic Breakthrough: Rethinking Explanatory Narratives and Implications, Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3 (Disember), 2018, hlm. 85-108; Muhamad Nadzri Mohamed Noor & Jamaie Hamil, Politik, Pengundi dan Faktor Melayu/Bumiputera: Analisis Terhadap Kegagalan Barisan Nasional dalam PRU. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 45, No. 2, 2018, hlm. 386-408; John Funston, Malaysia’s 14th General Election (GD14): The Contest for the Malay Electorate, Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3, 2018, hlm. 57-

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 189

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 13: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

83, dan Kai Ostwald et. al., Triple Duel: The Impact of Coalition Fragmentation and Three-corner Fights on the 2018 Malaysian Election, Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3, (Disember), 2018, hlm. 31-55.

5. Leo Agustino, Soft-intervention dan Pendemokrasian di Indonesia: Daripada Orde Baru Kepada Orde Reformasi. Tesis PhD, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014.

6. Ibid, 2014.7. Joseph Nye, Bound to Lead: The Changing Nature of American

Power, 1991. New York: Basic Books.8. Joseph Nye, Soft Power: The Means to Success in World Politics,

2005. New York: Public Affairs.9. R. Garnaut, The East Asian crisis. Dlm. Ross McLeod & Ross Garnaut

(pnyt.). East Asia in Crisis: From Being a Miracle to a Needling One?, hlm. 1-25, 1999, London: Routledge; Hadley Leavel, Leroy Ashorn & Maniam Balasundram, Financial and Political Crisis of Malaysia. Journal of Economics and Economic Education Research, Vol. 2, No. 1, 2001, hlm. 75-91; T.B. Pepinsky, Economic Crises and the Breakdown of Authoritarian Regimes: Indonesia and Malaysia in Comparative Perspective, 2009, Cambridge: Cambridge University Press.

10. Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff, Ketidakakuran Sivil dan Kesannya ke atas Pendemokrasian di Era Abdullah Badawi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 39, No. 1, 2012, hlm. 1-23.

11. Janet Steele, Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism, International Journal of Press/Politics, Vol. 14, No. 1, 2009 (Januari), hlm. 91-111.

12. Md. Salleh Md. Said, Masyarakat Sivil dan Proses Pendemokrasian di Malaysia. Tesis Phd, Universiti Putra Malaysia, 2012.

13. Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu, Towards a New Politics of Fragmentation and Contestation, Dlm. Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu (pnyt.). New Politics in Malaysia, 2003, hlm. 278; Khoo Ying Hooi, Artikel Komentar: Masyarakat Sivil dan Peranannya di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14: Impak dan Hala Tuju. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 45, No. 2, 2018, hlm. 409-413.

14. Sandra Smeltzer & Daniel J. Paré, Challenging Electoral Authoritarianism in Malaysia: The Embodied Politics of the Bersih Movement. Interface: A Journal for and About Social Movements, Vol. 7, No. 2 (November), 2015, hlm. 120-144.

15. M. Radue, The Internet’s Role in the Bersih Movement in Malaysia: Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 190

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 14: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

A Case Study. International Review of Information Ethics, Vol. 18, 2012, hlm. 60-70; Merlyna Lim, Digital Media and Malaysia’s Electoral Reform Movement, Dlm. Ward Berenschot, Henk Schulte Nordholt & Laurens Bakker, (pnyt.), Citizenship and Democratization in Southeast Asia, Leiden: Brill, 2016.

16. Untuk perbincangan lanjut tentang PRU-13, lihat James Chin 2013, op.cit.; Gomez 2014, op.cit.; Kassim Razali, Post- GE-13: Issues, Impacts and Further Trajectories, RSIS Panel Discussion, Rajaratnam School of International Studies 2013.

17. Ida Lim, Don’t Let ‘Bad Laws’ Scare You, Azmi Sharom Tells Malaysians After Court Loss, The Malay Mail Online, 6 Oktober 2015. https://www.malaymail.com/ [7 Mei 2019]; TV Selangor 23 Oktober 2012; Malaysiakini 3 Oktober 2014; Forum Sinar, Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai, https://www.youtube.com/watch?v=16sn4NMQimc [18 Mei 2019].

18. Zurairi AR, Take Perak Crisis Route for Speedy End to Selangor Impasse, Pakatan told, The Malay Mail Online, 14 Ogos 2014 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/08/14/take-perak-crisis-route-for-speedy-end-to-selangor-impasse-pakatan-told/726255 [7 Mei 2019].

19. Ida Lim, op.cit.20. Lihat portal berita Malaysiakini, Sinar Online, Malaysian Insider dan

juga Youtube yang banyak menyiarkan kenyataan beliau tentang isu yang berkaitan dengan hal ini.

21. James Chin, The Comeback Kid: Mahathir and the 2018 Malaysian General Elections, The Round Table, Vol. 107, No. 4 (Julai), 2018, hlm. 535-537.

22. Francis E. Hutchinson, F.E. Malaysia’s 14th general elections: Drivers and Agents of Change. Asian Affairs, Vol. 49, No. 4, 2018, hlm. 582-605; M. Moniruzzaman & Kazi Fahmida Farzana. Malaysia’ 14th General Election: End of an Epoch, and Beginning of a New? Intellectual Discourse, Vol. 26, No. 1, 2018, hlm. 207-228.

23. Malaysiakini, Karya Zunar diterima Library of Congress, 3 Oktober 2014. https://www.malaysiakini.com/news/276541 [7 Mei 2019].

24. Ibid.25. Malaysiakini, Najib Musuh Negara, Kata Dr. Mahathir. 25 Oktober

2017, https://m.malaysiakini.com/news/398358; Malaysia Dateline, PRU14 pilihan terakhir untuk tumbangkan kerajaan kleptokrat. 10 April 2018,

26. Malaysiakini, Teks Penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib. 4 Mac 2016. https://www.malaysiakini.com/news/332737 [8 Mei 2019].

27. Lihat maklumat lanjut yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini, Malaysia Dateline, Malaysia Insider, Harakah dan Rocket yang

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 191

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 15: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

banyak melaporkan kritikan bekas pemimpin UMNO ini terhadap kepimpinan Najib Razak.

28. Amrita Malhi, Race, Debt and Sovereignty: The ‘China Factor’ in Malaysia’s GE14. The Round Table, Vol. 107, No. 6 (November) 2018, hlm. 717-728.

29. Lihat Kay Tat Ho, 1MDB: Breaking News that Broke a 61-Year-Old Government, The Round Table, Vol. 107, No. 6, 2018, hlm. 797-798; M. Moniruzzaman & Kazi Fahmida Farzana, 2018. op.cit.

30. John Funston, op.cit.; Bridget Welsh, op.cit.31. Bridget Welsh, 2018, op.cit.; Chin-Huat Wong, The Rise, Resilience

and Demise of Malaysia’s Dominant Coalition, The Round Table, Vol. 107, No. 6, 2018, hlm. 755-769.

32. Francis E. Hutchinson, op.cit.; Bridget Welsh, 2018, op.cit.; Chin-Huat Wong, 2018, op.cit.

Rujukan

Agustino, L. 2014. Soft-intervention dan Pendemokrasian di Indonesia: Daripada Orde Baru kepada Orde Reformasi. Tesis PhD, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chin, J. 2010. Malaysian Chinese Association Politics a Year Later: Crisis of Political Legitimacy. The Round Table, Vol. 99, No. 407, hlm. 153-162.

Chin, J. 2013. So Close and Yet So Far: Strategies in the 13th Malaysian Elections. The Round Table, Vol. 102, No. 6, hlm. 533-540.

Chin, J. 2018. The Comeback Kid: Mahathir and the 2018 Malaysian General Elections. The Round Table, Vol. 107, No. 4, hlm. 535-537.

Funston, J. 2018. Malaysia’s 14th General Election (GE14): The Contest for the Malay Electorate, Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3, hlm. 57–83.

Garnaut, R. 1999. The East Asian Crisis. Dlm. Ross McLeod & Ross Garnaut (pnyt.). East Asia in Crisis: From Being a Miracle to a Needling One?, hlm. 1-25. London: Routledge.

Gomez, J. 2014. Social Media Impact on Malaysia’s 13th General Election, Asia Pacific Media Educator, Vol. 24, No. 1, hlm. 95-105.

Ho, Kay Tat. 2018. 1MDB: Breaking News that Broke a 61-Year-Old Government, The Round Table, Vol. 107, No. 6, hlm. 797-798.

Hutchinson, F.E. 2018. Malaysia’s 14th General Elections: Drivers and Agents of Change. Asian Affairs, Vol. 49, No. 4, hlm. 582-605.

Ida Lim. 2015. Don’t Let ‘Bad Laws’ Scare You, Azmi Sharom tells Malaysians After Court Loss. The Malay Mail Online, Oktober 6. news/malaysia/2015/10/06/dont-let-bad-laws-scare-you-azmi-sharom-tells-malaysians-after-court-loss/982411 [7 Mei 2019].

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 192

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 16: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

Kassim Razali. 2013. Post- GE-13: Issues, Impacts and Further Trajectories. RSIS Panel Discussion dated 22 Mei. S. Rajaratnam School of International Studies.

Khoo Ying Hooi. 2018. Artikel Komentar: Masyarakat Sivil dan Peranannya di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14: Impak dan Hala Tuju. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 45, No. 2, hlm. 409-413.

Kosmo Online. 2017. PRU-14 Tentukan Survival Bangsa, Masa Depan Rakyat dan Negara. 7 Disember 2017. http://www.kosmo.com.my/special/perhimpunan-agung-umno-2017/pru14-tentukan-survival-bangsa-masa-depan-rakyat-dan-negara-1.568560 [8 Mei 2019].

Lim, M. 2016. Digital Media and Malaysia’s Electoral Reform Movement. Dalam Berenschot, W., Schulte Nordholt, H., & Bakker, L. (pnyt.) Citizenship and democratization in Southeast Asia. Leiden: Brill.

Leavel, H., Ashorn, L. & Balasundram, M. 2001. Financial and Political Crisis of Malaysia. Journal of Economics and Economic Education Research, Vol. 2, No. 1, hlm. 75-91.

Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu. 2003. Towards a New Politics of Fragmentation and Contestation. Dlm. Francis L. K. W., & Saravanamuttu, J. (pnyt.). New Politics in Malaysia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Md. Salleh Md. Said, Masyarakat Sivil dan Proses Pendemokrasian di Malaysia. Tesis Phd, Universiti Putra Malaysia, 2012.

Malaysia Dateline. 2018. PRU14 Pilihan Terakhir untuk Tumbangkan Kerajaan Kleptokrat. 10 April, https://malaysiadateline.com/pru14-pilihan-terakhir-untuk-tumbangkan-kerajaan-kleptokrat/ [8 Mei 2019].

Malaysiakini. 2016. Teks Penuh Deklarasi Rakyat bagi Singkir Najib. 4 Mac. https://www.malaysiakini.com/news/332737 [8 Mei 2019].

Malaysiakini. 2014. Karya Zunar diterima Library of Congress. 3 Oktober. https://www.malaysiakini.com/news/276541 [7 Mei 2019].

Malaysiakini. 2017. Najib Musuh Negara, Kata Dr. Mahathir. 25 Oktober. https://m.malaysiakini.com/news/398358 [7 Mei 2019]. [10 April 2018].

Malhi, A. 2018. Race, Debt and Sovereignty: The ‘China Factor’ in Malaysia’s GE14. The Round Table, Vol. 107, No. 6, hlm. 717-728.

Moniruzzaman, M. & Kazi Fahmida Farzana. 2018. Malaysia’s 14th General Election: End of an Epoch, and Beginning of a New? Intellectual Discourse, Vol. 26, No. 1, hlm. 207-228.

Moten, Abdul Rashid. 2009. 2008 General Elections in Malaysia: Democracy at Work. Japanese Journal of Political Science, Vol. 10, No. 1, hlm. 21-42.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor & Jamaie Hamil. 2018. Politik, Pengundi dan Faktor Melayu/Bumiputera: Analisis Terhadap Kegagalan

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 193

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14

Page 17: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

Barisan Nasional dalam PRU. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 45, No. 2, hlm. 386-408.

Nye, J. 1991. Bound to Lead: The Changing Nature of American power. New York: Basic Books.

Nye, J. 2005. Soft power: The Means to Success in World Politics. New York: PublicAffairs.

Ostwald, K., Schuler, P. & Chong, J.M. 2018. Triple Duel: The Impact of Coalition Fragmentation and Three-corner Fights on the 2018 Malaysian Election. Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3, hlm. 31-55.

Pepinsky, T.B. 2009. Economic Crises and the Breakdown of Authoritarian Regimes: Indonesia and Malaysia in Comparative Perspective. Cambridge: Cambridge University Press.

Radue, M. 2012. The Internet’s Role in the Bersih Movement in Malaysia: A Case Study. International Review of Information Ethics, Vol. 18: 60-70.

Smeltzer, S. &. Paré, D.J. 2015. Challenging Electoral Authoritarianism in Malaysia: The Embodied Politics of the Bersih Movement. Interface: A Journal for and About Social Movements, Vol. 7, No. 2, hlm. 120-144.

Soon, Chuan Yean. 2012. Persaingan Politik Moral, Satu Analisis Politik Budaya (Cultural Politics) Kumpulan Seni di Malaysia. Dalam Haris Zuan & Rizal Hamdan (pnyt.). Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya, dan Institusi. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Steele, J. 2009. Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism. International Journal of Press/Politics, Vol. 14, No. 1, hlm. 91-111.

Tan, Nathaniel & Lee, J. 2008. Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia. Kuala Lumpur: Kinibooks.

TV Selangor. 2012. Dr Asri: Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang. 23 Oktober. http://tv.selangorkini.my/16871/dr-asri-umno-perlu-undur-sebab-gagal-sekat-politik-wang/ [7 Mei 2019].

Welsh, B. 2018. ‘Saviour’ Politics and Malaysia’s 2018 Electoral Democratic Breakthrough: Rethinking Explanatory Narratives and Implications. Journal of Current Southeast Asian Affairs, Vol. 37, No. 3, hlm. 85-108.

Wong, Chin-Huat. 2018. The Rise, Resilience and Demise of Malaysia’s Dominant Coalition, The Round Table, Vol. 107, No. 6, hlm. 755-769.

Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff. 2012. Ketidakakuran Sivil dan Kesannya ke atas Pendemokrasian di Era Abdullah Badawi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 39, No. 1, hlm. 1-23.

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 194

Article: Mohammad Agus Yusoff and Muhammad Mashril Abdul Jalil

Page 18: MOHAMMAD AGUS Yusoff MUHAMMAD MASHRIL Abdul Jalil

Zurairi, AR. 2014. Take Perak Crisis Route for Speedy End to Selangor Impasse, Pakatan Told. Malay Mail Online, Ogos 14, https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/08/14/take-perak crisis route for-speedy-end-to-selangor-impasse-pakatan-told/726255 [7 Mei 2019].

Nota Biografi

Mohammad Agus Yusoff ([email protected]) adalah Profesor Sains Politik di Pusat Dasar dan Governans Global, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah Federalisme, Politik Perbandingan, Pendemokrasian dan Pilihan Raya.

Muhammad Mashril Abdul Jalil ([email protected]) adalah pelajar sarjana di Program Sains Politik, Pusat Dasar dan Governans Global, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jebat Volume 46 (2) (December 2019) Page | 195

Pengaruh Aktor Campur Tangan Halus dalam PRU-14