prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling oleh: noor hamizah abdul jalil

27
Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1 PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil PENGENALAN Kaunseling Kaunseling merupakan satu proses dinamik yang membentuk manusia ke arah mencapai kendiri yang positif. Kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang sangat luas dan ia berkembang mengikut kefahaman mazhab serta mengikut rentak kehidupan manusia sejajar dengan peredaran zaman. Penghuraian bagi istilah kaunseling telah didefinisikan dengan pelbagai maksud seiring dengan peredaran zaman.

Upload: noorhamizah

Post on 26-Jun-2015

800 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

PENGENALAN

Kaunseling

Kaunseling merupakan satu proses dinamik yang membentuk manusia ke arah mencapai kendiri

yang positif. Kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang sangat luas dan ia berkembang

mengikut kefahaman mazhab serta mengikut rentak kehidupan manusia sejajar dengan peredaran

zaman. Penghuraian bagi istilah kaunseling telah didefinisikan dengan pelbagai maksud seiring

dengan peredaran zaman.

Jika disenaraikan kronologi definisi kaunseling, dapat dilihat ia bersesuaian mengikut

keadaan, zaman dan budaya. Burks dan Stefflre (1979) mendefinisikan kaunseling sebagai

hubungan profesional di antara kaunselor terlatih dan klien. Hubungan ini kebiasaannya

merupakan hubungan bersemuka individu dengan individu, walaupun adakalanya lebih daripada

dua orang individu yang terlibat dalam proses kaunseling tersebut.

British Association for Counseling (1984) telah mengemukakan terma kaunseling adalah

mencakupi tugasan bersama individu-individu dan hubungan yang membentuk perkembangan,

sokongan krisis, psikoteraputik, bimbingan dan penyelesaian masalah. Diutarakan juga bahawa

tugas bidang kaunseling adalah untuk memberi peluang kepada klien untuk meneroka,

menjelajah dan menjelaskan arah atau laluan bagi kehidupan yang lebih bermakna dan

berpeluang.

Page 2: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2

Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993) menyimpulkan bahawa

kaunseling sebagai satu proses membantu dan menolong seseorang itu melihat dan mengenali

dirinya sendiri, permasalahan yang dihadapinya serta kemahuan dan kehendaknya ketika itu.

Sekiranya kehendak dan keinginannya dapat diselaraskan dengan kemampuan yang ada pada

dirinya maka tidak timbul permasalahan lagi pada diri individu tersebut.

Selaras dengan peredaran zaman yang masih terikat dengan budaya, Othman Mohamed

(2005) telah melihat kaunseling sebagai suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua

hala orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana

yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.

Bimbingan

Konsep bimbingan sering digandingkan dengan kaunseling. Ini kerana kaunseling adalah satu

kaedah khusus merealisasikan matlamat bimbingan (Maznah Baba & Zainal Madon, 2003).

Menurut Maznah Baba dan Zainal Madon (2003), bimbingan adalah suatu disiplin yang sering

digandingkan dengan kaunseling. Diperjelaskan lagi oleh Shertzer dan Stone (1992) menyatakan

bahawa bimbingan adalah satu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan

dunia mereka. Bimbingan dilihat sebagai suatu tindakan yang dilakukan secara berperingkat ke

arah suatu matlamat bagi menolong individu kenal diri agar dapat menjadi lebih berkesan,

produktif dan sejahtera.

Othman Mohamed (2005) melihat perkhidmatan bimbingan adalah melibatkan usaha

memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar

sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya penyampaian maklumat

Page 3: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 3

yang diinginkan oleh penerima daripada pemberi diperlukan oleh penerima bagi penentuan

kebajikan dan perkembangan dirinya.

Berdasarkan penghuraian berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di atas

dapatlah disimpulkan sebagai perkhidmatan yang melibatkan proses sistematik dan membantu

secara psikologi bagi mencapai matlamat kaunseling mahupun bimbingan seperti yang

ditentukan oleh kaunselor dan klien ataupun individu yang terlibat.

DIMENSI PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunselor diketahui umum akan tugasnya yang melibatkan proses sistematik memberi

bantuan psikologi kepada individu yang terlibat adalah juga perlu berpegang kepada prinsip-

prinsip kemanusiaan yang dikenali sebagai prinsip kaunseling. Maznah Baba dan Zainal Madon

(2003) menyatakan bahawa tugas ini bukanlah tugas ringan kerana kesejahteraan individu lain

menjadi tanggungjawab bersama antara kaunselor dan kliennya.

Prinsip menurut Maznah Baba dan Zainal Madon (2003) adalah pegangan atau

kepercayaan seseorang. Pengertian ini disokong oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan

Halimatun Halaliah Mokhtar (2006) yang mendefinisikan prinsip sebagai pegangan serta

kepercayaan yang diikuti oleh pengamal kaunseling.

Prinsip Asas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Jika dilihat kepada penulisan lepas, jarang diketengahkan secara khusus dan spesifik berkenaan

prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Namun penjelasan yang dibuat oleh empat

penulis iaitu Maznah Baba dan Zainal Madon (2003) serta Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan

Page 4: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 4

Halimatun Halaliah Mokhtar (2006), mereka bersetuju menyatakan bahawa prinsip perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling adalah i) Manusia mempunyai harga diri, ii) Manusia itu unik, iii)

Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri, iv) Manusia berkembang melalui proses

sosialisasi.

i) Manusia mempunyai harga diri

Harga diri manusia terletak pada diri dan maruahnya. Setiap manusia mempunyai

nilai yang tersendiri. Apabila manusia dilanda masalah, aspek diri yang paling

menyakitkan ialah maruahnya yang hilang ataupun tercemar. Maruah manusia

sentiasa memerlukan pengiktirafan daripada orang-orang penting dalam

persekitarannya. Merujuk kepada pernyataan di atas, berkait rapat dengan

penghuraian bagi teori Abraham Maslow Hierarki Keperluan yang mengelaskan

aspek manusia memerlukan pengiktirafan di peringkat teratas daripada lima peringkat

iaitu self-actualization. Maslow menjelaskan bahawa manusia akan meningkat

motivasi hidupnya apabila setiap daripada peringkat hierarki keperluan itu tercapai

dan menyokong kepada prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini, bahawa

manusia mempunyai harga diri yang perlu dijaga dan sentiasa disemai dengan

perkara-perkara yang positif.

ii) Manusia itu unik

Keunikan manusia terletak pada perbezaan yang wujud antara seorang individu

dengan individu yang lainnya. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun

Halaliah Mokhtar (2006), menekankan bahawa setiap manusia perlu membentuk,

mengekal dan mempertahankan identity dirinya asalkan tidak menghalang dirinya

Page 5: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 5

dan orang lain berkembang sambil menikmati kebahagiaan hidup. Jung (1928)

mempunyai pandangan positif terhadap manusia, percaya bahawa manusia secara

semulajadi cenderung mempunyai identiti tersendiri – mampu menjadi individu yang

unik secara keseluruhannya dan mempunyai kesedaran kendiri (self-realization).

Keunikan manusia akan menjadi lebih bermakna dan istimewa kepada individu

terbabit apabila mereka menghargai keunikan dan keistimewaan tersebut seterusnya

mereka dengan sendirinya; (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah

Mokhtar, 2006) akan dapat menilai dan melayan orang lain sebagai unik dan

istimewa juga.

iii) Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri

Secara semulajadinya manusia cenderung untuk bergerak ke arah perkembangan dan

peningkatan diri. Menurut Capuzzi dan Gross (1991), perkembangan dan peningkatan

diri boleh berupa penyesuaian, sosialisasi, kesihatan, kebebasan, kesedaran atau

autonomi. Prinsip ini turut disokong oleh tokoh humanistik iaitu Rogers (1951),

percaya bahawa sekiranya suasana yang positif dirasai oleh individu tersebut, maka

secara semulajadinya mereka akan bergerak ke arah self-actualization.

iv) Manusia berkembang melalui proses sosialisasi

Manusia hidup bermasyarakat. Sebahagian besar masa yang dilalui adalah bersama

masyarakat. Dalam tempoh tersebut, pelbagai perkara yang dipelajari manusia

samada perkara yang positif mahupun negatif. Bagi diri manusia, pembudayaan dan

pengalaman sosialisasi sering mempengaruhi segala keputusan yang dibuat (Othman

Page 6: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 6

Mohamed, 2005). Sehubungan dengan itu, pembudayaan dan pengalaman sosialisasi

inilah yang membantu manusia berkembang ke arah menjadi individu yang berkualiti.

Selain daripada empat prinsip yang dihuraikan di atas Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan

Halimatun Halaliah Mokhtar (2006) telah menambah satu lagi prinsip perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling iaitu manusia yang memiliki personaliti bersepadu juga memiliki personaliti

sihat. Manakala Maznah Baba dan Zainal Madon (2003) menambah enam lagi prinsip

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu i) Hubungan kaunseling seharusnya bersifat

sukarela supaya ada kerjasama, ii) Kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan, iii)

Kaunseling ialah perhubungan menolong antara seorang profesional dengan seseorang yang

perlu bantuan psikologi, iv) Kaunseling adalah proses beretika. Sebagai contoh, berbeza dengan

perbualan biasa yang tidak melibatkan sebarang bentuk perjanjian berkaitan kerahsiaan,

manakala bagi perkhidmatan kaunseling, menjadi satu tanggungjawab kaunselor untuk

menjalankan sesi kaunseling tersebut dangan berpegang kepada etika kerahsiaan (Feltahm,

2001); v) Kaunseling adalah proses sistematik dan, vi) Kaunseling untuk individu normal dan

dapat bertutur. Perkembangan bimbingan dan kaunseling menganggap bahawa manusia bergerak

secara semulajadi mengikut urutan sebagai seorang individu dan secara positif ke arah self-

enhancement (Aluede, Imonikhe & Akpaida, 2007)

Perkaitan Prinsip Kemanusiaan dan Pendekatan Humanistik

Jika diperhatikan kesemua prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disenaraikan

dan dihuraikan dalam prinsip asas bimbingan dan kaunseling adalah berpokok pangkal daripada

pendekatan humanistik. Merujuk kepada Maznah Baba dan Zainal Madon (2003), prinsip-prinsip

Page 7: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 7

kemanusiaan (humanistik) didefinisikan kepada prinsip bimbingan dan kaunseling. Sebaris

dengan definisi prinsip iaitu pegangan atau kepercayaan, maka seorang kaunselor dalam

memberikan perkhidmatan bimbingan ataupun kaunseling sudah tentu mempunyai

pegangan atau kepercayaan tersendiri yakni teori sebagai satu panduan untuk membantu

kaunselor berada di landasan yang betul dan tidak tersasar ketika mengendalikan proses

bimbingan dan kaunseling khususnya.

McLeod (2009), menyatakan teori adalah asas kepada idea yang menjadikan teori tidak

hanya bercirikan kepada beberapa perkara (berguna, jelas, ditakrifkan, diuji secara kritikal dll.)

sahaja, tetapi teori juga telah disturuktur. Dalam erti kata lainnya, teori kaunseling memberi

kesan pada setiap peringkat yang berbeza dan implikasi kepada kaunselor yang menggunakan

mana-mana teori bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan dan kebolehan kaunselor itu

menggunakan teori tersebut dalam mengendalikan perkhidmatn bimbingan dan kaunseling.

Disimpulkan hasil daripada penghuraian berkenaan perkaitan prinsip perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling dengan prinsip ataupun pegangan humanistik seorang kaunselor

bahawa prinsip bimbingan dan kaunseling adalah sama erti dengan pegangan ataupun

kepercayaan seorang kaunselor terhadap beberapa teori atau pendekatan humanistik. Menurut

Othman Mohamed (2005), penganut pendekatan modeliti humanistik adalah Abraham Maslow,

Alfred Adler, Carl R. Rogers, Albert Ellis, Frederic Perls dan C. G. Jung.

Alfred Adler (1870-1937) Membawa pendekatan Teori Psikologi Individu yang

menekankan kepada analisis yang mendalam secara komprehensif terhadap fungsi setiap

manusia. Nystul (2003) menyatakan pendekatan humanistik Adler ini berpegang kepada

pandangan optimis manusia. Selaras dengan prinsip yang telah dibincangkan di atas, Adler

Page 8: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 8

percaya bahawa manusia pada asasnya adalah positif, dengan kebolehan self-determination.

Adler juga menekankan bahawa tingkahlaku manusia adalah holistik, teleologikal dan

fenomenalogikal.

Carl Gustav Jung (1875-1961) Membangunkan Teori Psikologi Analitik yang dilihat

sebagai sangat teguh, digabungkan elemen daripada pelbagai disiplin seperti falsafah Ketimuran,

teologi dan agama, perubatan dan psikologi (Nystul, 2003). Jung (1928) turut melihat nilai yang

positif tentang manusia. Jung percaya bahawa manusia mempunyai kecenderungan semulajadi –

secara keseluruhan mampu menjadi individu yang unik dan mempunyai kesedaran kendiri (self-

realization). Di sini jelas dapat dilihat pendekatan humanistik dengan prinsip yang telah

diutarakan oleh Maznah Baba dan Zainal Madon (2003) serta Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim

dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006), iaitu manusia itu unik.

Carl R. Rogers (1902-1987) Menghasilkan Teori Pemusatan Insan yang berorientasikan

humanistik, berfokus secara fenomenalogikal dan pegangan berkenaan kendiri dalam fungsi

psikologikal. Rogers (1951) melihat manusia mempuyai kebolehan semulajadi untuk membentuk

diri dan berkembang ke arah a fully functioning person sekiranya wujud keadaan yang

menyokong pembentukan individu ke arah perkembangan diri yang positif. Petikan tersebut

disokong Othman Mohamed (2005) yang menerangkan bahawa manusia mampu bergerak ke

arah pertumbuhan mental yang positif apabila wujudnya suasana hormat menghormati dan penuh

kepercayaan. Suasana ini dilihat menjadi lebih ketara sekiranya wujud tiga perkara asas i) sikap

penyayang, ii) ketulenan diri dan, iii) kefahaman.

Page 9: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 9

Albert Ellis (b. 1913) Memperkenalkan Terapi Rasional Emotif Perlakuan menumpukan

kepada unsur pemikiran (dan sesetengah tahap tingkahlaku) ke atas emosi. Menurut Othman

Mohamed (2005) REBT iaitu singkatan bagi Rational-Emotive Behavior Therapy menekankan

kepada pemikiran, memberi pertimbangan, membuat keputusan, wujud

penghakiman, analisis serta perlakuan. Ellis (1996, 2000) percaya bahawa manusia mempunyai

potensi untuk berfikiran rasional mahupun tidak rasional. Manusia bertindak balas secara

melihat, merasa, berfikir, beremosi dan bertingkahlaku. Selain itu kepercayaan kaunselor

terhadap manusia berlandaskan pendekatan REBT ini, dikatakan manusia mempunyai tret

semulajadi untuk bergerak ke arah pertumbuhan dan kesejahteraan.

Frederick S. Perls (1883-1970) Merupakan tokoh yang menemukan Terapi Gestalt, iaitu

satu pendekatan yang menekankan kepada konsep fenomenalogikal, kebebasan, penyepaduan

dan kekinian. Manusia dilihat sebagai saling memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran,

kederiaan serta persepsi (Othman Mohamed, 2005). Pendekatan Gestalt mempercayai bahawa i)

Manusia boleh membuat pilihan (self-determined), dalam erti kata lainnya Field Theory iaitu

manusia itu hendaklah dilihat dalam persekitarannya atau dalam konteknya yang tersendiri yang

sentiasa berubah mengikut keadaannya; ii) Manusia sentiasa berusaha mencapai self-

actualization, yang turut dikenali sebagai homeostasis iaitu manusia sentiasa terdorong untuk

mencapai keseimbangan. Dalam diri manusia terdapat suatu kecenderungan untuk mencapai

keseimbangan atau homeostasis. Apabila berlaku gangguan kepada perimbangan ini lantaran

munculnya sesuatu keperluan, akan muncul dalam diri individu itu mekanisma-mekanisma yang

akan berusaha mencapai perimbangan semula; iii) Manusia dilihat sebagai holistik yakni

manusia adalah organisma yang bersatu dan selalunya berfungsi secara keseluruhan.

Page 10: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 10

Berdasarkan penghuraian berkenaan teori humanistik di atas, maka jelas dapat dilihat

benar bahawa pendekatan humanistik yang menjadi pengangan, kepercayaan ataupun rujukan

bagi kaunselor adalah merupakan prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling selaras

dengan definisi yang telah diutarakan sebelum ini.

Prinsip Bimbingan dan Kaunseling Mengikut Perspektif Islam

Prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah dibincangkan sebelum ini adalah

bersifat universal namun, jika dibincangkan prinsip-prinsip perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling ini dari sudut perspektif agama yang dianuti oleh kaunselor, prinsip perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling sudah tentu turut diwarnai oleh nilai-nilai agama yang dianuti oleh

kaunselor tersebut samada secara sedar ataupun tidak. Merujuk kepada majoriti kaum di

Malaysia iaitu Melayu yang mana ajaran agamanya adalah Islam, sudah tentu para kaunselor ini

tidak akan dapat menerima prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bercanggah

dengan agama yang dianuti yakni Islam. Sehubungan dengan itu, maka sebagai seorang

kaunselor perlu memikirkan apakah prinsip yang diyakini sesuai untuk agama yang dianuti.

Berbalik kepada majoriti kaum di Malaysia iaitu Melayu yang beragama Islam, Abdul Rahman

Ahmad (1992) dalam Maznah Baba dan Zainal Madon (2003) telah menyenaraikan beberapa

prinsip kaunseling menurut agama Islam:

Page 11: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 11

i) Nasihat adalah tiang agama. Yatimah Sarmani dan Mohd. Tajudin Ninggal (2008)

menjelaskan bahawa erti kata nasihat adalah bersesuaian dengan pernyataan Allah

dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud,

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran (nasihat) yang

baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang baik”

ii) Bimbingan dan kaunseling adalah amalan mulia

iii) Kaunselor adalah contoh teladan perlakuan baik. Menurut Teori Kaunseling Al-

Ghazali, Nabi Muhammad adalah contoh kaunselor terbaik. Maka proses membantu

klien yang terbaik adalah dengan mengikut adab-adab seperti yang ditunjukkan oleh

Nabi Muhammad dalam mengendalikan urusan manusia iaitu:

a) Peka dengan tahap pemikiran dan perasaan klien

b) Tidak memaksa

c) Menjaga maruah

d) Mengikut keperluan dan keutamaan

e) Bersopan santun tetapi tegas

f) Ikhlas semata-mata kerana Allah

Page 12: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 12

iv) Mencari bimbingan dan kaunseling wajib bagi Muslim. Kenyataan ini dilihat selaras

dengan hasil penulisan Yatimah Sarmani dan Mohd. Tajudin Ninggal (2008) yang

mengupas Teori Kaunseling Al-Ghazali iaitu peranan kaunseling penting bagi

membantu individu-individu yang mengalami masalah supaya dapat menikmati

kehidupan dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat.

v) Mendukung konsep menolong dalam perkara baik

vi) Wajib memberi kaunseling bagi yang berilmu dan berkesanggupan

vii) Kaunselor perlu faham undang-undang Islam

viii) Kaunselor perlu faham konsep manusia daripada pandangan Islam. Menurut

pandangan islam, manusia dijadikan lemah dan kerana itulah wajib bagi seorang

Muslim untuk mencari bimbingan dan kaunseling. Ia selaras dengan fitrah kejadian

manusia yang dijadikan lemah seperti yang dinyatakan Allah dalam surah ar-Rum

ayat 54 yang bermaksud,

“Allah, Dialah yang menjadikan kamu dari keadaan lemah, kemudian dia

menjadikan (kamu) sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian dia menjadikan

(kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban”.

Dalam ayat lain, surah an-Nisak ayat 28, Allah menyatakan yang bermaksud,

Page 13: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 13

“Manusia dijadikan bersifat lemah”. Ini bermakna, proses kehidupan manusia

sentiasa mengalami perubahan. Ia adalah ujian Allah kepada makhluknya seperti

yang dinyatakan dalam surah al-Anbiyak ayat 35 yang bermaksud, “Kami akan

menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-

benarnya)”.

ix) Pembinaan kerohanian melalui ibadah dan latihan. Perbezaan utama kaunseling Islam

dengan kaunseling lain adalah pada asas matlamat kaunseling. Matlamat kaunseling

Islam adalah mencari keredaan Allah. Bagi menyuburkan rohani Muslim, prosesnya

perlu mengikut kaedah-kaedah yang sesuai dengan panduan wahyu iaitu al-Quran dan

hadis.

PENUTUP

Prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi fokus bagi mengenalpasti apakah

sebenarnya kepercayaan ataupun pegangan yang perlu ada pada seorang kaunselor sebagai

rujukan semasa mengendalikan perkhidmatan bimbingan ataupun kaunseling. Di sini telah

dikupas prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada tiga dimensi utama iaitu teras

utama prinsip, pendekatan humanistik dan perkspektif agama Islam.

Sehubungan dengan itu hasil perbincangan dan kupasan berkenaan prinsip perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling dilihat dapat memenuhi beberapa tujuan penulisan artikel iaitu:

i) Memberikan maklumat dan kefahaman berkenaan dimensi prinsip perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling

Page 14: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 14

ii) Mendedahkan kepada kaunselor dan pelajar secara menyeluruh berkenaan prinsip

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, seterusnya dapat menjadi panduan kepada

kaunselor khususnya dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan atau kaunsling

Secara keseluruhannya prinsip perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diberikan

perhatian dan kupasan yang lebih mendalam. Walaupun prinsip ini hanyalah satu skop minor

dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, namun sekiranya diabaikan skop minor

ini, maka pasti wujud kepincangan dalam memastikan matlamat perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling dapat dicapai sebaiknya.

Page 15: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 15

RUJUKAN

Aluede, O. O., Imonikhe, J. S. & Akpaida, J. (2001). Towards a conceptual basis for

understanding developmental guidance and counseling model. Journal of Education,

128(1), 189-201.

British Association for Counselling (1984). Code of ethics and practice for counselors. Rugby:

BAC.

Burks, H. M. & Stefflie, B. (1979). Theories of counseling (3rd ed.). New York: McGrow Hill.

Ellis, A. (1996). Better, deeper and more enduring brief therapy. New York: Brunner/Mazel.

Ellis, A. (2000). A continuation of the dialogue in issues in counseling in the postmodern era.

Journal of Mental Health Counselling, 22(2), 97-106.

Feltham, C. (2001). A personal view: Counseling studies. British Journal of Guidance and

counseling, 29(1), 111-119.

McLeod, J. (2009). An introduction to counseling (3rd ed.). New York: Open University Press.

Jung, C. (1928). Contributions to analytic psychology. New York: Harcourt.

Maznah Baba & Zainal Madon. (2003). Kaunseling individu: Panduan membimbing individu

secara praktikal dan berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mizan Adilah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2006). Kaunseling individu: Apa

dan bagaimana (2nd ed.). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin. (1993). Pengantar kaunseling. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nystul, M. S. (2003). Introduction to counseling: An art and science perspective (2nd ed.). United

States: New Mexico State University.

Page 16: PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING       Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 16

Othman Mohamed. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling (2nd ed.).

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rogers, C. (1951). Client-centered therapy. Boston: Houghton Mifflin.

Yatimah Sarmani & Mohd tajudin Ninggal. (2008). Teori kaunseling al-ghazali. Selangor: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.