sijil pelajaran malaysia pendidikan seni visual 2013

67
Sijil Pelajaran Malaysia Pendidikan Seni Visual 2013 Kajian Rekaan Seni Visual. Kerja Kursus kertas 3 2611/3 Februari – Julai 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

Upload: milica

Post on 22-Feb-2016

271 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Sijil Pelajaran Malaysia Pendidikan Seni Visual 2013. Kajian Rekaan Seni Visual. Kerja Kursus kertas 3 2611/3 Februari – Julai. 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan : Tugasan 1 hingga Tugasan 9 . 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Sijil Pelajaran Malaysia Pendidikan Seni Visual 2013

Sijil Pelajaran MalaysiaPendidikan Seni Visual 2013Kajian Rekaan Seni Visual.Kerja Kursus kertas 3 2611/3Februari Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

ARAHAN KEPADA CALON1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai. 3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. 4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. 5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm. 6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. 7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh. 8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja. 10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

TUGASAN

1BIDANG : REKA BENTUK TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI PRODUK : MODEL JET PEJUANG

SITUASI Sebuah syarikat aeroangkasa ingin mereka bentuk model baru jet pejuang untuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA). TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yang bersifat futuristik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang. 2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih. 3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan. 4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala. 5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan. 6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. 7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

Bahan : Bahan yang bersesuaian Ukuran minimum : Panjang -30 cm Lebar -20 cm Bilangan warna : Bebas Tema : Futuristik Teknik : Bebas

Contoh:

Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan1.Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang. Gambar pelbagai jenis jet pejuang Koleksi: 2 helaian Gambar berwarna. Setiap gambar MESTI ada catatan.

2.Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih. Lukis satu lukisan realistik yang terbaik Satu mukasurat sahaja. Lukisan realistik diguna sebagai idea olahan.

3.Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan. Olahan idea yang minima ialah 4 helaian. Olahan yang lebih adalah baik. Setiap gambar MESTI ada catatan

4.Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala. Menghasilkan 4 reka bentuk jet yang dipilih dan MESTI ada skala. Setiap gambar MESTI ada catatan

BilKandungan tugasanKeperluan5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan. Kajian warna 4 jenis pilihan warna. Warna-warna sejuk dan tidak guna warna terang. Warna konsep penyamaran.

6.Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. Lukis dari 3 sudut yang berbeza Samada lukisan atau catan7.Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan gambaran ruang pameran. Mesti ada tulisan LIMA (latar) Boleh guna media kering atau basah.

8.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. Mesti ada catatan

9.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Gambar proses tiada had.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang.

2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih.

3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan.

4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan.

6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

* Gambar proses mestilah merujuk kepada kerja individu.*Proses penghasilan kerja mestilah meliputi peringkat awal hingga akhir.

TUGASAN

2 BIDANG : SENI HALUS TAJUK : ARCA PRODUK : ARCA MOBAIL

SITUASI Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengan sebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untuk restoran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail. 2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut. 3. Lukisan atau catan realistik hidupan laut yang dipilih. 4. Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan. 5. Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan. 6. Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta catatan. 7. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas Ukuran : Panjang - Mengikut kesesuaian Lebar - Mengikut kesesuaian Tinggi - 40 cm Bilangan warna : Bebas

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabilBilKandungan tugasanKeperluan1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca mobail

Gambar pelbagai jenis arca mobail Koleksi: 2 helaian Gambar berwarna. Setiap gambar MESTI ada catatan.

2.Koleksi gambar pelbagai jenis hidupan lautGambar pelbagai jenis hidupan laut yang diambil dari komputer atau keratan akhbar, majalah dan sebagainya Gambar berwarna Koleksi : 2 helai setiap gambar mestilah ada catatan

3.Lukisan atau catan realistik hidupan laut yang dipilih.

Pilih 1 dari no 2 Samada lukisan atau catan

4.Lakaran dan olahan idea hidupan lain sebagai sumber ilustrasi serta catatan

Menghasilkan 4 olahan idea Setiap olahanr MESTI ada catatan

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan5. Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan

Di ambil dari no 4. Hasilkan reka bentuk yang menarik. Minimum 4 lakaran Mesti ada catatan6.Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta catatan

Pilih 1 dari no 5 Samada lukisan atau catan minima 4 kajian boleh fotostat 7.Lukisan atau catan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik

Di ambil dari mana-mana sudut pandangan yang menarik. Media basah atau media kering

8.Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar

Dipamerkan di hadapan pintu restoran yang bersesuaian.

9.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan

Boleh di lukis dalam bentuk komposisi atau berasingan Mesti dilabelkan dan di catat fungsinyaBilKandungan tugasanKeperluan10.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan Boleh di lukis secara manual atau mengambil foto ( gambar pelajar mesti ada ) Cetak berewarna atau hitam putih Catatan mesti ada.

Nota : Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil, Arca tidak semestinya digantung.

TUGASAN

3

BIDANG : REKA BENTUK TAJUK : LANDSKAPPRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN SITUASI Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagi tujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungai yang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham. 3. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham. 4. Lakaran pelan tapak mengikut skala. 5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian. 6. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan. 7. Lukisan perincian landskap yang dipilih. 8. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Bahan : Bebas Ukuran : Panjang - 45cm Lebar - 25cm Teknik : Bebas

Contoh :

Nota: Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. BilKandungan tugasanKeperluan1.Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham. Gambar pelbagai landskap Koleksi: 2 helaian Gambar berwarna. Setiap gambar MESTI ada catatan.

2.Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham. Pelbagai jenis tumbuhan yang sesuai Koleksi : 2 helai Gambar berwarna. Setiap gambar MESTI ada catatan.

3.Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham Gambar pelbagai jenis hiasan taman seperti lampu, kerusi, meja, pergola, pejalan kaki, dll. Koleksi : 2 helai Gambar berwarna Setiap gambar MESTI ada catatan

4.Lakaran pelan tapak mengikut skala. Berdasarkan kadar banding yang bersesuaian. Mesti ada sungai dan tempat riadah Boleh masukan petunjuk

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian. Dilukis secara berasingan mengikut kategori Melukis tumbuhan dan hiasan yang dipilih.

6.Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan. Idea daripada perkara 4 & 5 Sertakan petunjuk dan skala7.Lukisan perincian landskap yang dipilih Melukis setiap tumbuhan dan elemen hiasan yang dipilih dari sudut pandangan depan. Boleh dilukis secara isometrik atau perspektif Sertakan ukuran saiz sebenar.8.Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik Pilih mana-mana tiga sudut pandangan yang menarik. Ilustrasi boleh menggunakan teknik lukisan, catan atau campuran.9.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan Boleh dilukis dalam bentuk komposisi atau berasingan Mesti dilabelkan dan dicatat fungsinya.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan10.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Boleh di lukis secara manual atau mengambil foto ( gambar pelajar mesti ada ) Cetak berwarna atau hitam putih Catatan mesti ada.

Nota : 1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil 2. Elemen-elemen taman mesti dihasilkan secara manual.

TUGASAN

4BIDANG : KRAF TRADISIONAL TAJUK : BATIK PRODUK : SARUNG BANTAL

SITUASI Sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untuk dipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yang menggunakan gabungan teknik lukis serta ikat dan celup. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal. 2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham. 3. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan. 4. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan. 5. Lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan. 6. Kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan. 7. Lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Bahan : Kain Ukuran : Panjang -72cm Lebar -46cm Bilangan warna : Bebas Teknik : Gabungan antara teknik lukis serta ikat dan celup

Nota: Hasil karya hendaklah dijahit dan dikemaskan. 1.KOLEKSI PELBAGAI JENIS SARUNG BANTAL

3. LAKARAN REKA BENTUK SARUNG BANTAL SERTA CATATAN

Lakaran ilham motif flora 1-44. LAKARAN PELBAGAI CORAK BATIK SEBAGAI SUMBER ILHAM SERTA CATATAN5. LAKARAN OLAHAN IDEA MOTIF YANG DIPILIH SERTA CATATAN

Lakaran olahan idea motif yang dipilih 6. KAJIAN WARNA PADA REKAAN SARUNG BANTAL

Warna yang dipilih Lukis bantal sudut pandangan menarikPandangan hadapan, kiri dan kanan Semuanya dilukis secara Tiga Dimensi7. LUKISAN 3D SARUNG BANTAL DARI 3 SUDUT PANDANGAN8. ILUSTRASI PERSEMBAHAN MENGGAMBARKAN FUNGSI DALAM SITUASI SEBENAR

9. LUKISAN ALAT DAN BAHAN Lukisan Alat dan Bahan mengikut kesesuaian dan perlu dijelaskan fungsi bahan tersebut

10. LAKARAN PROSES DAN TEKNIK Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Pengambilan gambar foto untuk proses hasil kena pastikan pelajar mampu print atau bayar untuk cuci gambar sebelum ditampal.Gambar yang diambil membuktikan ketulinan hasil kerja calon.Guru pembimbing hendaklah memastikan semua perjalanan tugasan lancar.

TUGASAN

5BIDANG : KRAF TAJUK : UKIRAN KAYU PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI Pengusaha sebuah syarikat pelancongan ingin menghias dinding pejabatnya dengan hiasan dinding jenis ukiran kayu.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan flora. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu. 2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih. 4. Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan. 5. Reka letak olahan idea serta catatan. 6. Lukisan olahan idea yang dipilih. 7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : Kayu Ukuran : Tinggi - 45 cm Lebar - 30 cm Motif : Flora Teknik : UkiranContoh :

Nota: Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan. BilKandungan tugasanKeperluan1.Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.

Koleksi ditampalkan pada dua helaian kertas lukisan. Jumlah gambar tiada had. Minima satu helaian 3 gambar bersaiz besar. Wajib ada catatan pada gambar.2.Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham

-sama seperti diatas-Jenis flora boleh tempatan atau luar negara3.Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih

Boleh memilih lukisan atau catan. Tajuk yang ditulis mesti relevan dengan teknik yang dipilih.4.Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan

Sekurang-kurangnya 4 lakaran idea hiasan dinding berserta catatan yang relevan.5.Reka letak olahan idea serta catatan

Sekurang-kurangnya 4 rekaletak idea ( motif flora) yang sesuai dijadikan ukiran kayu beserta catatan yang relevan.

6.Lukisan olahan idea yang dipilih

Menghasilkan lukisan olahan idea yang dipilih dari bilangan 4 dan 5Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan7.Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.Dihasilkan dalam bentuk lukisan /catan/kombinasi . Situasi hiasan dinding digantung pada dinding pejabat sebuah syarikat pelancongan. 8.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.Lukisan boleh dibuat dalam bentuk lukisan alam benda atau bentuk jadual. 9.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.Boleh dilukis secara manual atau menggunakan kamera. Gambarfotomesti menunjukkan penglibatan calon di dalam proses penghasilan.Catatan: calon boleh memilih mana-mana teknik mengukir yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Kemasan hasil produk boleh disapu syelek/kiwi. Penggunaan cat minyak perlu dielakkan.

TUGASAN

6BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL TAJUK : ILUSTRASI PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI

SITUASI Sebuah syarikat penerbitan ingin menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak prasekolah.TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi buku cerita kanak-kanak tiga dimensi untuk prasekolah bertemakan haiwan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak. 3. Lakaran muka taip untuk kapsyen. 4. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih. 5. Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan. 6. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham. 7. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan. 8. Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan. 9. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Bahan : Kertas Ukuran minimum : Lebar -26 cm Panjang -33 cm Bilangan warna : Bebas Teknik: Bebas Tema: Haiwan Bilangan muka surat : Minimum 6 termasuk kulit bukuContoh:

Nota: Hasil karya perlulah dijilid dan dikemaskan mengikut kreativiti. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham. (Haiwan yang dipilih boleh sama ada di dalam atau di luar negara)2. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak.Lakaran muka taip untuk kapsyen.(Berkaitan dengan tajuk yang dipilih dan ditulis tangan dan bukan cetakan komputer)4. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih. . Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan.(Pelbagai aksi watak, karektor atau perubahan saiz haiwan).6. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham. (Sama ada dalam satu helaian atau lebih) 7. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan.(`Thumbnail sketches minima 4 helai). Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan.(Minima 6 muka surat termasuk kulit depan dan belakang).. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita. (Boleh menggunakan pelbagai jenis media sama ada media kering, media basah atau gabungan media). 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.1. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. (Gambar foto sendiri yang sedang melakukan proses penghasilan)

Nota:1. `Pop-up boleh digabungkan dalam dua muka surat.2. Kapsyen di dalam buku mesti ditulis tangan.3. Catatan mesti ditulis pada setiap bahagian yang diperlukan 4. Muka surat belakang perlu dilengkapkan sebagai sebuah buku cerita yang terdapat di pasaran seperti, memasukkan logo dan nama syarikat.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

TUGASAN

7BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL TAJUK : PENGIKLANAN PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

SITUASI Syarikat Emalin Bersaudara Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman jus buah-buahan ingin membuat promosi produk jus terbaharu keluarannya.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk papan peraga yang bertemakan jus buah-buahan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham. 2. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. 3. Koleksi gambar buah-buahan. 4. Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan. 5. Lakaran muka taip serta catatan. 6. Lukisan atau catan realisitik buah-buahan. 7. Lakaran olahan idea buah- buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan. 8. Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan. 9. Kajian warna papan peraga yang dipilih. 10. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik. 11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk papan peraga anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut :Bahan : Bebas Ukuran : Lebar -30 cm Tinggi -45 cm Teknik : Bebas Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri

Nota: Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham

Gambar pelbagai papan peraga Koleksi: 2 helaian Gambar berwarna. Setiap gambar MESTI ada catatan.

2.Koleksi muka taip sebagai sumber ilham Pelbagai bentuk muka taip yang diambil dari komputer atau keratan akhbar, majalah dan lain- lain. Muka taip berwarna Koleksi : 2 helai

3.Koleksi gambar buah-buahan Gambar pelbagai jenis buah- buahan Koleksi : 2 helai Gambar berwarna Setiap gambar MESTI ada catatan

4.Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan. Menghasilkan 4 reka bentuk pelbagai papan peraga yang menarik. Setiap gambar MESTI ada catatan

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan5. Lakaran muka taip serta catatan. Kapsyen yang dihasilkan sendiri atau ditiru dari no 2. Tuliskan jenis tulisan yang di pilih. Nama jus, nama syarikat pengeluar dan lain2 yang berkaitan

6.Lukisan atau catan realistik buah-buahan Pilih 1 dari no 3 Samada lukisan atau catan7.Lakaran olahan idea buah-buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan Idea di ambil dari no 3 Minimun 4 lakaran Mesti ada catatan

8.Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan Di ambil dari no 5 dan no 7. Digabungkan dan hasilkan reka letak yang menarik. Minimum 4 lakaran Mesti ada catatan

9.Kajian warna papan peraga yang dipilih Dipilih 1 dari no 8 dan dibuat kajian warna. Minimum 4 kajian

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan10.Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik Di ambil dari mana-mana sudut pandangan yang menarik. Media basah atau media kering

11.Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar Dipamerkan di hadapan pintu kedai kawasan pameran yang bersesuaian.

12.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan Boleh di lukis dalam bentuk komposisi atau berasingan Mesti dilabelkan dan di catat fungsinya

13.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan Boleh di lukis secara manual atau mengambil foto ( gambar pelajar mesti ada ) Cetak berewarna atau hitam putih Catatan mesti ada.

Nota : Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil

TUGASAN

8BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL TAJUK : IKLAN PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

SITUASI Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk kalendar kepada setiap pesertanya.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga dimensi yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar. 2. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan. 3. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham. 4. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal. 5. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. 6. Lakaran muka taip serta catatan. 7. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan. 8. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan. 9. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan. 10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik. 11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut : Bahan : Kertas Ukuran minimum : Tinggi -30 cm Lebar - 28 cm Bilangan warna : Bebas Teknik : Ilustrasi -Catan -Muka taip bulan boleh menggunakan cetakan komputer

Nota: Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan1.Koleksi Gambar pelbagai reka bentuk kalender Gambar papan peraga. Koleksi 2 helaian kertas. Gambar berwarna Mesti ada catatan.2.Lakaran reka bentuk kalender serta catatan Bentuk bebas, tapi masih berfungsi sebagai kalender meja. Minimum 4 lakaran. mesti ada catatan3.Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ikhlam. Gambar penunggang basikal. Gambar berwarna. Koleksi 2 helaian kertas.4.Lukisan atau Catan realistik aksi penunggang basikal. 1 sahaja Samada lukisan atau catan. Pilih 1 dari no. 35. Koleksi mukataip sebagai sumber ilham. Daripada majalah atau surat khabar. Berwarna. Koleksi 1 helaian kertas.6.Lakaran muka taip serta catatan. Kapsyen yang dihasilkan sendiri. Boleh menggunakan komputer atau lakaran sendiri. 2 helaian kertas. Mesti ada catatan

BilKandungan tugasanKeperluan7.Lakaran olahan idea untuk ilustrasi dan catatan. Lakaran olahan idea dari no. 4 dan di olah. Minimum 4 lakaran. Mesti ada catatan.8.Lakaran reka bentuk gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan. Pilih 1 dari no. 2, 6 , 7, dan digabungkan Minimum 4 lakaran. Mesti ada catatan.9.Kajian warna Pilih 1 dari no 8 (yang terbaik). Boleh menggunakan media kering atau basah. Minimum 4 kajian warna 10.Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik.* Lukisan dalam bentuk 3D diambil dari mana-mana sudut pandangan yang sesuai. * Media basah atau kering.11.Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Boleh diletakkan di tempat yang sesuai atau sedang diberi kepada peserta berbasikal.12.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. Alat dan bahan boleh dilukis dalam bentuk komposisi atau berasingan. MESTI dilabelkan dan dicatat fungsinya. 13.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Boleh dilukis secara manual atau mengambil foto(gambar pelajar itu mesti ada). Cetak berwarna atau hitam putih. catatan mesti ada.Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:Catatan: Kalender hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember. Ditaip menggunakan komputer.

TUGASAN

9BIDANG : SENI HALUS TAJUK : CETAKAN TIMBULAN PRODUK : HIASAN DINDING SITUASI Dinding ruang rehat sebuah resort ingin dihias dengan gambar cetakan permainan tradisional.

TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan kayu yang bertemakan alatan permainan tradisional. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan. 2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional. 4. Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan. 5. Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan. 6. Kajian warna pada cetakan yang dipilih. 7. Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan. 12. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu atau bahan lain yang bersesuaian Ukuran : Panjang - 30 cm Lebar - 30 cm Warna : Minimum 3 warna Teknik : Cetakan timbulanContoh :

Nota: Hasil karya hendaklah dibingkaikan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:-1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan (2 helai)

2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional (2 helai)

BilKandungan tugasanKeperluan1.Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.Gambar pelbagai cetakan timbulan* Koleksi: 2 helaian* Gambar berwarna.2.Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.Gambar pelbagai alatan permainan tradisional malaysia sahaja.* Koleksi: 2 helaian* Gambar berwarna.3.Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional.Lukisan realistik beberapa alatan permainan tradisional.4.Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan.Lakaran olahan diambil dari pilihan lukisan realistik.Lakaran akan menggabungkanbeberapa olahan yang menarik. * Minimum 4 lakaran.Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:BilKandungan tugasanKeperluan5.Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan.Reka letak berdasarkan olahan no 4.* Minimum 4 lakaran .6.Kajian warna pada cetakan yang dipilih.Diambil 1 yang terbaik dari no 5 untuk dibuat kajian warna.* 4 kajian7.Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih.

Lukisan dipilih dari salah satu kajian warna.* Dilukis bingkai berserta catatan seperti bilangan edisi, tajuk dan nama berserta tahun.* ditulis dengan pensel.8.Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

Cetakan digantung di dinding ruang rehat sebuah resort.BilKandungan tugasanKeperluan9.Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

Alat dan bahan boleh dilukis dalam bentuk komposisi atau berasingan.* mesti dilabelkan dan dicatat fungsinya. 10.Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Selain dilukis boleh juga diambil gambar foto atau cetakan komputer yang menunjukkan proses penghasilan dari awal hingga akhir.* Lukisan atau gambar yang diambil hanya dari proses penghasilan produk sahaja.11.Lampiran minimum tiga edisi cetakan.

Sertakan 3 edisi terbaik berserta bilangan edisi (1/3, 2/3, 3/3), tajuk dan nama serta tahun.12.Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.