sifat mazmumah dan sifat mahmudah

2
Sifat Mazmumah dan Sifat Mahmudah...hizbi Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat-sifat yang baik atau dipanggil sifat Mahmudah dan sifat- sifat yang keji atau dipanggil sifat Mazmumah. Dengar perkataan Mazmumah ni macam sedap je. Janganlah pulak ada orang yang letak nama anak Mazmumah. Kesian budak tu.... Antara sifat-sifat Mahmudah ialah ikhlas, jujur, baik hati, bersangka baik, pemalu, mudah memberikan pertolongan, suka menderma, zuhud dunia, cinta akhirat dan banyak lagilah. Sebutkan saja segala sifat-sifat yang baik, itulah mahmudah. Antara sifat- sifat yang keji atau mazmumah ialah dengki, hasad, riak, takabbur, ujub, pemarah, pemalas dab baNyak lagi. Sebut saja sifat-sifat yang orang tidak suka, itulah mazmumah. Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita tak pernah dengar seperti zuhud dan ujub. Perkataan zuhud dunia selalunya dirangkaikan dengan perkataan cinta akhirat. Alahai bukupun tak ada nak buat rujukan. Saya huraikan dari apa yang saya faham ajelah ya. Mungkin ada orang lain boleh perbetulkan. Zuhud dunia bermaksud orang yang tidak berapa endahkan dunia kerana dia cinta kepada akhirat. Segala apa yang ada di dunia ini dia tak pandang melainkan apa yang ada diakhirat adalah lebih baik baginya. Kerana itu dia menghabiskan masanya dengan mengambil dunia ini ala kadarnya sahaja. Tidak perlu pakaian mahal-mahal, tidak perlu makanan yang sedap- sedap, tidak perlu kepada harta yang bertimbun. Orang yang bersifat zuhud dunia sebenarnya lebih cintakan akhirat. Dia cinta kepada Allah. Dia tak sabar nak mengadap Allah. Dia lakukan apa saja untuk mendapat akhirat yang baik. Segala apa yang dilakukan di dunia ini adalah persiapan dia untuk akhirat. Dia takut kalau akhiratnya nanti anggota badannya akan mencerita segala keburukan didunia. Dia takut kalau-kalau ada keburukannya di dunia akan dilayarkan di papan layar Allah. Dia cuba elakkan kalau-kalau ada kecacatan dalam perlakuannya. Dia nak mengadap Allah dalam keadaan yang bersih. Dia malu untuk bertemu Allah dalam keadaan ada dosa walau sebesar zarah. Cintanya kepada Allah menyebabkan dia cuba untuk tidak melakukan dosa. Apa yang Allah bagi di dunia diambil ala kadarnya saja. Kalau makan cukup sekadar alas perut. Tak perlu banyak dan tak perlu sedap-sedap sangat. Cukup sekadar dia ada tenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian. Pakaiannya tak perlu cantik. Cukup sekadar dia ada pakaian untuk menutup auratnya. Tak perlu terlalu colourful atau berkerlipan dengan emas dan berlian memenuhi badannya. Jika ada orang memuji pakaiannya cantik, kalau boleh esok orang tak puji lagi. Mungkin ada orang yang boleh elaborate dengan lebih jelas lagi tentang zuhud ni. berlawanan dengan zuhud dunia, cinta akhirat ialah, cinta dunia, zuhud akhirat. Kalau dah ada penyakit ni payah sikit. Akhirat tak nak tapi dunia dia hendak. Benci nak buat ibadah, malas nak bersedeqah, sayang pada harta dunia. Geram tengok perempuan cantik. Kalau boleh kalau dia mati nak suruh tanam sekali semua harta dia, rumah dia, kereta mercedez dia, kalau boleh isteri dia yang cun ikut dia dalam kubur, supaya boleh dia lihat semua kemegahan dia dalam kubur nanti. Punyalah dia sayang pada dunia. Tapi tiada satupun bekalan dia

Upload: eternal-phenom

Post on 13-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sifat Mazmumah Dan Sifat Mahmudah

TRANSCRIPT

Page 1: Sifat Mazmumah Dan Sifat Mahmudah

Sifat Mazmumah dan Sifat Mahmudah...hizbi Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat-sifat yang baik atau dipanggil sifat Mahmudah dan sifat-sifat yang keji atau dipanggil sifat Mazmumah.Dengar perkataan Mazmumah ni macam sedap je. Janganlah pulak ada orang yang letak nama anak Mazmumah. Kesian budak tu.... Antara sifat-sifat Mahmudah ialah ikhlas, jujur, baik hati, bersangka baik, pemalu, mudah memberikan pertolongan, suka menderma, zuhud dunia, cinta akhirat dan banyak lagilah. Sebutkan saja segala sifat-sifat yang baik, itulah mahmudah. Antara sifat-sifat yang keji atau mazmumah ialah dengki, hasad, riak, takabbur, ujub, pemarah, pemalas dab baNyak lagi. Sebut saja sifat-sifat yang orang tidak suka, itulah mazmumah. Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita tak pernah dengar seperti zuhud dan ujub. Perkataan zuhud dunia selalunya dirangkaikan dengan perkataan cinta akhirat. Alahai bukupun tak ada nak buat rujukan. Saya huraikan dari apa yang saya faham ajelah ya. Mungkin ada orang lain boleh perbetulkan. Zuhud dunia bermaksud orang yang tidak berapa endahkan dunia kerana dia cinta kepada akhirat. Segala apa yang ada di dunia ini dia tak pandang melainkan apa yang ada diakhirat adalah lebih baik baginya. Kerana itu dia menghabiskan masanya dengan mengambil dunia ini ala kadarnya sahaja. Tidak perlu pakaian mahal-mahal, tidak perlu makanan yang sedap-sedap, tidak perlu kepada harta yang bertimbun. Orang yang bersifat zuhud dunia sebenarnya lebih cintakan akhirat. Dia cinta kepada Allah. Dia tak sabar nak mengadap Allah. Dia lakukan apa saja untuk mendapat akhirat yang baik. Segala apa yang dilakukan di dunia ini adalah persiapan dia untuk akhirat. Dia takut kalau akhiratnya nanti anggota badannya akan mencerita segala keburukan didunia. Dia takut kalau-kalau ada keburukannya di dunia akan dilayarkan di papan layar Allah. Dia cuba elakkan kalau-kalau ada kecacatan dalam perlakuannya. Dia nak mengadap Allah dalam keadaan yang bersih. Dia malu untuk bertemu Allah dalam keadaan ada dosa walau sebesar zarah. Cintanya kepada Allah menyebabkan dia cuba untuk tidak melakukan dosa. Apa yang Allah bagi di dunia diambil ala kadarnya saja. Kalau makan cukup sekadar alas perut. Tak perlu banyak dan tak perlu sedap-sedap sangat. Cukup sekadar dia ada tenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian. Pakaiannya tak perlu cantik. Cukup sekadar dia ada pakaian untuk menutup auratnya. Tak perlu terlalu colourful atau berkerlipan dengan emas dan berlian memenuhi badannya. Jika ada orang memuji pakaiannya cantik, kalau boleh esok orang tak puji lagi. Mungkin ada orang yang boleh elaborate dengan lebih jelas lagi tentang zuhud ni. berlawanan dengan zuhud dunia, cinta akhirat ialah, cinta dunia, zuhud akhirat. Kalau dah ada penyakit ni payah sikit. Akhirat tak nak tapi dunia dia hendak. Benci nak buat ibadah, malas nak bersedeqah, sayang pada harta dunia. Geram tengok perempuan cantik. Kalau boleh kalau dia mati nak suruh tanam sekali semua harta dia, rumah dia, kereta mercedez dia, kalau boleh isteri dia yang cun ikut dia dalam kubur, supaya boleh dia lihat semua kemegahan dia dalam kubur nanti. Punyalah dia sayang pada dunia. Tapi tiada satupun bekalan dia untuk akhiratnya. Sifat ujub pula ialah sifat heran diri. Eh eh aku ni cantik rupanya. Kalau aku tak turun padang mesti PAS kalah dalam pilihanraya. eh eh aku ni bijak rupanya, dalam Malaysia ni rupa-rupanya aku yang paling bijak sekali. Wah rasa-rasanya tak ada orang yang sanggup buat tahajjud paling banyak macam aku ni, sampai dah sebulan tak tidur malam. Bibir aku ni nipis je, inilah bibir yang paling cantik yang pernah aku tengok. Penyakit heran diri ni terlalu bahaya. Kalau kita heran pada kerajinan kita beribadah, insyaAllah(?) ibadah tu tak diterima. Kalau kita heran pada kecantikan kita, kita akan menjadi orang yang terllau memilih. End up kahwin ngan ofis boy je at age of entah apa-apa. Bukan kata ofis boy tak bagus, tapi kalau dah berangan nak kahwin ngan jutawan, billionwan alih-alih kahwin ngan ratuswan, kan ke kesian tu? Rasa-rasa diri tu bijak alih-alih sampai ke tua gaji tak sampai 4 angka, sakit jiwa dan mental dibuatnya. Maka berhati-hatilah dengan penyakit ujub.