sifat mahmudah

18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM. MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM NAMA : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN : SITI NADHIRAH BINTI ZURAIDI NOMBOR MATRIK : 2ATE1106081 NOMBOR I/C : 930228-06-5478 TAJUK : SIFAT MAHMUDAH OPSYEN : 3 PPISMP TESL 4 NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD.NAHI

Upload: shahirah-zafirah

Post on 24-Apr-2015

2.153 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sifat mahmudah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU,

JOHOR DARUL TA’ZIM.

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM

NAMA : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN

: SITI NADHIRAH BINTI ZURAIDI

NOMBOR MATRIK : 2ATE1106081

NOMBOR I/C : 930228-06-5478

TAJUK : SIFAT MAHMUDAH

OPSYEN : 3 PPISMP TESL 4

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD.NAHI

Page 2: Sifat mahmudah

SIFAT MAHMUDAH

KESYUKURAN

DEFINISI NILAI MURNI

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan

tuhan.Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati

dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran.Nilai-nilai murni

sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi

tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi

baik dan berakhlak mulia"

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

PENGERTIAN SYUKUR

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan

kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan

penghargaan.

Page 3: Sifat mahmudah

Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang

meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya

dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia

tidak bersyukur kepada Allah.” 

Bersyukur adalah suatu tindakbalas yang baik, samada melalui perkataan atau

perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.Sesuatu kebaikan

sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta

perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh

penghargaan dan terima kasih.

HADIS

1. Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman

Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat

syukur, iaitu terjemahannya;

"Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan

kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka

nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang

lain."

2. Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa

tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang

benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah

ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: 

Page 4: Sifat mahmudah

"Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba':

13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila

mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan

'Alhamdulillah'. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur

dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi

dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi

tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka

ditakuti ucapan 'Alhamdulillah' itu hanyalah untuk mempermain- mainkan

atau mempersendakan Allah sahaja.

3. Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah

untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk

kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala

bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan

Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah :

Maksudnya: "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan

tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah

sesungguhnya siksa-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan

tambah lagi nikmat-Nya, untuk 'cover' balik apayang dikorbankan ke jalan

Allah itu.

Page 5: Sifat mahmudah

4. � �م�ه�ف�ق�د�ك �ت �ك ن ه�و�إ �ر� ك �ه ف�ق�د�ش� �ي �ىع�ل �ن �ث ذ�اأ �ه�إ ن ف�إ �ن �ث �ي ه ف�ل �ج�ز يب �ج د�م�اي �م�ي �ل ن ه ف�إ �ج�ز ب �ي و�ف'اف�ل �ه م�ع�ر� �ي ل �ع�إ �ص�ن م�ن

و�ر+ �ز� �ي �و�ب ث س �ب �ال �ك �ان �ع�ط�ك �م�ي م�ال �ىب ل �ح� �ت ه�و�م�ن ف�ر�

“Barangsiapa yg diberikan kebaikan kepada hendaklah dia membalas dan

jika dia tdk mendapatkan sesuatu utk membalas hendaklah dia

memujinya. Karena jika dia memuji sungguh dia telah berterima kasih dan

jika dia menyembunyikan sungguh dia telah kufur. Dan barangsiapa yg

berhias dgn sesuatu yg dia tdk diberi sama hal dgn orang yg memakai dua

baju kedustaan.”

5. �ر� و�ت �ر2 ك ع�م�ة الله ش� ن �ب د5ث �ح� �ر الله�،و�الت ك �ش� �م�ي ل �اس� �ر الن ك �ش� �م�ي �ل و�م�ن �ر� ي �ث �ك �ر ال ك �ش� �م�ي �ل �ل ي �ق�ل �ر ال ك �ش� �م�ي �ل م�ن

ق�ة�ع�ذ�اب2 �ف�ر� ح�م�ة2و�ال �ج�م�اع�ة�ر� و�ال �ف�ر2 �ه�ك ك

“Barangsiapa tdk mensyukuri yg sedikit mk dia tdk akan mensyukuri atas

yg banyak dan barangsiapa yg tdk berterima kasih kepada manusia mk

dia tdk bersyukur kepada Allah. Menceritakan sebuah ni’mat kepada

orang lain termasuk dari syukur dan meninggalkan adl kufur bersatu adl

rahmat dan bercerai berai adl azab.” (Madarijus Salikin 2/248)

Page 6: Sifat mahmudah

DALIL

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

1.

الله ف�م ن� ع�م�ة+ ن م ن� �م� ك ب و�م�ا

“Dan ni’mat apapun yg kalian dapatkan adl datang dari Allah.”

2. �ح�ص�و�ه�ا ت � ال الله ع�م�ة� ن �ع�د5وا ت ن� و�إ

“Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah niscaya kalian tdk akan

sanggup.”

3. �د�و�ن� �ع�ب �اه�ت ي �م�إ �ت �ن �ك ن له إ وال �ر� ك و�اش�

“Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian

menyembah.”

4. و�ن �ف�ر� �ك �ت يو�ال وال �ر� ك �م�و�اش� ك �ر� �ذ�ك يأ و�ن �ر� ف�اذ�ك

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan

bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur.”

BAGAIMANAKAH CARANYA KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T ?

1. Mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t

2. Meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan

3. Kata-kata yang melafazkan pujian, sanjugan dan pujaan kepada Allah

s.w.t

4. Tidak melafazkan perasaan benci,kecewa, buruk sangka dan seumpama

itu terhadap Allah s.w.t

5. Memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t

6. Mengerjakan amalan-amalan sunat

Page 7: Sifat mahmudah

CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI KESYUKURANNYA

1. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibba,

Aisyah menceritakan, "Pada suatu malam nabi masuk tidur bersamaku

sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, 'Wahali

puteri ABu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada

Tuhanku?' Nabi pun bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah

dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti

sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata

kepada nabi, 'Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkan Allah

mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya'. Nabi menjawab, 'Tidakkah

selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"Inilah contoh

kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung.

Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang

khusuk tanpa sebarang kepura-puraan.

2. Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan

yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan

pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan

bantuannya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan

berjaya. Justeru, sebutlah selalu kalimat alhamdulillah. Namun, janganlah

kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan

dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata,

"Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh yang sabar, dia

telah dikurniakan dengan hasanag di dunia dan akhirat dan akan

dijauhkan daripada azab neraka."

Page 8: Sifat mahmudah

Pengajaran kisah tiga orang dari kalangan Bani Israel.

Dari Abu Hurairah r.a.: Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga

orang dari Bani Israil yang masing-masingnya berpenyakit kusta, botak dan buta.

Tuhan hendak menguji, lalu mengutus malaikat menemui mereka.Malaikat itu

datang lebih dahulu kepada yang berpenyakit kusta. Kata malaikat itu: "Apakah

sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Warna yang bagus dan kulit

yang bagus! Orang banyak telah jijik melihat ku!"Malaikat itu mengusapnya.Lalu

hilanglah penyakitnya.Kemudian diberi warna yang bagus dan kulit yang bagus.

Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai? "Jawabnya: "Unta!" Lalu

ia diberi unta yang bunting sepuluh bulan. Kata malaikat: " Engkau akan diberi

keberkatan",

Kemudian malaikat itu datang kepada orang yang botak seraya berkata: "Apakah

sesuatu yang paling engkau sukai?" Katanya: "Rambut yang bagus dan botak ini

hilang dari aku kerana orang banyak telah jijik melihat ku". Malaikat itu lalu

mengusapnya maka hilanglah botaknya dan ia diberi rambut yang bagus. Kata

malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai'?" Katanya: "Lembu!" Malaikat

itu lalu memberinya seekor lembu yang bunting, seraya berkata: " Engkau akan

diberi keberkatan".

Kemudian malaikat itu datang pula kepada orang yang buta, seraya berkata:

"Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Mudah-mudahan

Tuhan mengembalikan penglihatan ku supaya dapat melihat manusia". Malaikat

itu pun mengusapnya.Tuhan mengembalikan penglihatannya. Kata malaikat:

"Apakah harta yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Kambing!" Malaikat itu

lalu memberinya kambing yang bunting.

Sesudah itu beranaklah unta dan lembu, dan kambing beranak pula.Maka orang-

orang itu mempunyai lembah yang dipenuhi unta, lembah yang dipenuhi lembu

Page 9: Sifat mahmudah

dan, lembah yang dipenuhi kambing. Kemudian datanglah malaikat yang dahulu

kepada orang yang tadinya berpenyakit kusta dalam rupa dan keadaannya (yang

menyedihkan), seraya katanya: "Saya ini seorang laki-laki miskin yang telah

melintasi bukit dalam perjalanan. Maka pada hari ini tiadalah yang

menyampaikan melainkan Tuhan. Kemudian saya datang kepada engkau untuk

meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi engkau dengan warna yang

bagus dan harta berupa unta, agar engkau sudi mencukupkan belanja dalam

perjalanan ku".

Kata orang itu: "Kewajiban-kewajiban yang lain masih banyak!" Kata malaikat itu

padanya: "Seakan-akan saya telah mengenal engkau. Bukankah engkau

dahulunya berpenyakit kusta dan orang banyak jijik melihat engkau, lagi miskin,

tetapi kemudian

Tuhan memberi kebaikan dan kekayaan kepada engkau?" Kata orang itu: "Harta

ini saya warisi dari bapa dan nenek saya". Kata malaikat: "Kalau engkau dusta,

Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya!"

Dan kemudian malaikat itu datang kepada orang yang dahulunya botak dengan

rupa dan keadaan yang menyedihkan, lalu dikatakannya pula sebagai perkataan

kepada orang tadi.Orang itu pun menjawab sebagai jawapan orang itu pula.

Malaikat lalu berkata: "Kalau engkau dusta Tuhan akan menjadikan engkau

sebagaimana keadaan engkau dahulunya".

Page 10: Sifat mahmudah

Dan kemudian ia datang kepada orang yang dahulunya buta dengan rupa yang

menyedihkan, seraya berkata: "Saya ini seorang laki-laki miskin dan telah

melintasi bukit dalam perjalanan ku. Maka had ini tiada yang akan

menyampaikan melainkan Tuhan. Saya datang kepada engkau untuk meminta

dengan nama Tuhan yang telah memberi penglihatan dan kambing kepada

engkau untuk mencukupkan perbekalanku dalam perjalanan ku ".

Kata orang itu: "Saya dahulunya buta. Tuhan lalu mengembalikan penglihatan

saya.Dahulunya saya miskin dan Tuhan telah mengayakan saya. Sebab itu

ambillah sesukamu! Demi Allah! Hari ini saya tiada akan mencegah engkau

mengambilnya kerana Allah, berapa saja". Kata malaikat" itu: "Peganglah harta

engkau! Sesungguhnya kamu diuji.Tuhan telah rela (merasa senang) kepada

engkau dan marah kepada dua orang kawan engkau".

Page 11: Sifat mahmudah

DOA KESYUKURAN

 

 

DOA 1

و�ع�ل�ى �ع�ل�ي �ع�م�ت� �ن أ ي �ت ال �ك� ع�م�ت ن �ر� ك �ش� أ �ن� أ ي و�ز ع�ن� أ Hب ر�

ف ي ك� ح�م�ت ر� ب ي �ن ل �د�خ و�أ ض�اه� �ر� ت ا ح' ص�ال �ع�م�ل� أ �ن� و�أ � د�ي و�ال ح ين� الص�ال �اد ك� ب ع

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

(An-Naml : 19)

DOA 2

و�ع�ل�ى �ع�ل�ي �ع�م�ت� �ن أ ي �ت ال �ك� ع�م�ت ن �ر� ك �ش� أ �ن� أ ي و�ز ع�ن� أ Hب ر�

�ت ي ي Hذ�ر ف ي ل ي ح� ص�ل� و�أ ض�اه� �ر� ت ا ح' ص�ال �ع�م�ل� أ �ن� و�أ � د�ي و�ال

م ين� ل �م�س� ال م ن� Hي ن و�إ �ك� �ي ل إ �ت� �ب ت Hي ن إ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

(Al-Ahqaf : 15

Page 12: Sifat mahmudah

BERSYUKUR

Pengertian syukur

Cara-cara bersyukur

Contoh daripada

kisah Nabi s.a.w

Antara doa-doa syukur yang boleh diamalkan

Berdasar hadis dan

dalil

Page 13: Sifat mahmudah

LAMPIRAN

1. Retrieved July 3, 2012 from

http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/d30.html

2. Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras

Kewarganegaraan. Pemikir.

3. Roziyah Mahamad. (2011, Jan 24). Nabi dan Kesyukuran.Portal

PTS.Retrieved July 11, 2012 from http://pts.com.my/index.php/artikel/nabi-

dan-kesyukuran/

4. Dr. Danial Zainal Abidin. (n.d.)Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.PTS

Millenia Sdn. Bhd

Page 14: Sifat mahmudah