sidang redaksi emajalah jpkn cawangan · pdf file... akhir sekali, ucapan buat rakan ......

19

Upload: truonglien

Post on 03-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984
Page 2: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN TAWAU

Penasihat

Hasimah.Kassim @sabah.gov.my

Ketua Editor

SitiSapturiah.Mohamad @sabah.gov.my

Wartawan / Jurufoto

LeeLee.Vun @sabah.gov.my

Wartawan / Jurufoto

Asnaini.Sanna @sabah.gov.my

Wartawan / Jurufoto

MohdSofri.Maidin @sabah.gov.my

Pereka Bentuk Grafik

Hapsah.Madung @sabah.gov.my

Page 3: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Jabatan

Tarikh Terima PC / NB Leased

( Perolehan Baru/ Penggantian PC Yang Tamat Tempoh)

Catatan

Bendahari Daerah Kunak

Perolehan baru ( 1 set PC ) pada 08/09/2009

Ditempatkan di Bilik Pegawai Bendahari dan memasang satu kabel baru dari switch ke PC Pegawai Bendahari sepanjang 13 meter pada 19/10/2009 oleh kumpulan Networking JPKNT.

Bendahari Daerah Lahad Datu

Perolehan baru ( 1 set pc ) pada 08/09/2009

Ditempatkan di Bilik Pegawai Bendahari.

Bendahari Daerah Semporna

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh pada 17/02/2009 (PC SISWANG)

Mengganti switch printer (parallel) yang rosak pada 28/05/2009.

Bendahari Daerah Tawau

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh pada 03/08/2009 (PC SISWANG)

Hidupan Liar Lahad Datu

Perolehan baru ( 1 unit NB & 3 set PC ) pada 16/02/2009

Pengkabelan 8 kabel rangkaian dibuat oleh SYS Gen Tawau pada 27/08/2009 dan pemasangan LAN Dial-up serta penghantaran 1 unit Switch 16 Port , modem & router pada 02/09/2009.

Lawatan kerja

kakitangan

Juruteknik dan

Penolong Pegawai

Sistem Maklumat

dalam dan luar

daerah bagi

menangani masalah

yang dihadapi oleh

setiap pengguna di

daerah Tawau,

Kunak Semporna,

Tibow, Kalabakan ,

Tungku dan Lahad

Datu.

Page 4: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Jabatan

Tarikh Terima PC / NB Leased

( Perolehan Baru/ Penggantian PC Yang Tamat Tempoh)

Catatan

Pejabat Daerah Kunak

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh pada 08/09/2009

Bahagian Hasil.

Pejabat Daerah Semporna

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh dan 1 set pc (perolehan baru) pada 08/10/2009.

PC penggantian ditempatkan di Bilik PADO dan PC perolehan baru ditempatkan di Bahagian Pentadbiran – Kerani Tadbir ADO.

JHEAINS Tawau

Menerima 3 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 dan ditempatkan di Bahagian NCR, Bahagian Penguatkuasa serta Bahagian Pentadbiran pada 11/11/2009.

Perkhidmatan Kebajikan Am Lahad Datu

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh pada 23/07/2009

Perkhidmatan Kebajikan Am Kunak

Penggantian 1 set pc leased yang tamat tempoh pada 23/07/2009

JHEAINS Lahad Datu

Penggantian 4 set pc leased yang tamat tempoh pada 19/06/2009

Menerima 2 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 di Bahagian Pejabat Am dan Gunasama pada 23/06/2009.

Pejabat Daerah Semporna

Penggantian 4 set pc leased yang tamat tempoh dan 5 set pc perolehan baru pada 15/06/2009

5 set pc perolehan baru dan 2 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 ditempatkan di Bahagian Pembangunan.

Lawatan Kerja

Pegawai dan

Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat

menangani masalah

sistem serta kajian

kesauran bagi

jabatan yang

memerlukan.

Page 5: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Jabatan

Tarikh Terima PC / NB Leased

( Perolehan Baru/ Penggantian PC Yang Tamat Tempoh)

Catatan

Hidupan Liar Tawau

Perolehan baru ( 2 unit NB ) pada 13/03/2009 dan 2 set pc ( penggantian pc yang tamat tempoh ) pada 09/09/2009

1 unit NB ditempatkan di Bilik Pegawai Hidupan Liar Tawau dan 1 unit NB ditempatkan di Hidupan Liar Madai.

Pelabuhan Dan Dermaga Tawau

Pengkabelan 3 kabel rangkaian dibuat oleh kumpulan Networking JPKNT dan pemasangan LAN Dial-up serta penghantaran 1 unit switch 16 port, modem & router pada 01/09/2009.

Rumah Warga Tua Air Panas Tawau

Perolehan baru 2 set pc pada 11/06/2009

Perkhidmatan Kebajikan Am Semporna

Perolehan baru 1 set pc pada 02/04/2009 PC ditempatkan di Pejabat Am dan menerima 1 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 pada 28/04/2009.

JHEAINS Semporna

Perolehan baru 1 set pc dan 1 unit NB serta 1 set penggantian pc leased yang tamat tempoh pada 25/03/2009

Menerima 1 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 pada 25/03/2009.

Pejabat Daerah Lahad Datu

Perolehan baru 2 unit NB pada 18/03/2009

Menerima 2 unit pencetak baru Canon LBP3050 di Bahagian Pembangunan dan Epson LQ-2090 di Bahagian Akaun (PC SISVOT).

JHEAINS Tungku Lahad Datu

Penggantian 2 set pc leased yang tamat tempoh pada 16/03/2009

Menerima 1 unit pencetak baru Xerox Phaser 3124 pada 16/03/2009.

Page 6: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

EMajalah : Akhir sekali, ucapan buat rakan rakan dan pembaca EMajalah JPKN. Yuslena : Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 seperjuangan dahulu di JPKN KK, Sandakan dan khasnya JPKN Tawau kerana selama 18 tahun duduk sebumbung setiap hari bekerjasama, kita telah sama2 seperti satu keluarga berkongsi cabaran kerja, masalah…kecil atau besar, formal atau peribadi, rakan rkaan telah banya membantu sokongan moral dan harapan. Kenangan di JPKN tetap abadi.. Semoga Yuslena dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau telah diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Makan Malam Kesiter di Hotel King Park Tawau pada 27 Februari 2009 yang turut dihadiri oleh Pengarah JPKN Sabah, Tuan Hj. Dr. Hj. Mingu Hj. Jumaan

Dilahirkan pada 22 Disember 1963 yang lalu, kini sedang menjalankan perniagaan katering sebagai kontraktor kelas ‘F’. Mendirikan rumahtangga dengan suami tersayang Jan Muamil, Yuslena Lee Kam Ho @ Nur aina binti Abdullah dikurniakan 4 orang cahayamata, 3 perempuan dan seorang lelaki. Di awal usia 19 tahun, beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Operator Pemprosesan Data ( OPD ) di JPKN Sandakan yang ketika itu dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Komputer ( UPK ) pada 29 Ogos 1984. Mula berkhidmat di JPKN Tawau pada 1 November 1999 atas dasar pertukaran suka sama suka dengan Nadia Mohammad. Ikuti temubual eksklusif bersama beliau selama 25 tahun bergelar penjawat sektor awam kerajaan setelah menamatkan perkhidmatan awam atas pilihan bersara awal. EMajalah : Assalamualaikum dan bagaimana rutin harian sekarang ? Yuslena : Waalaikumussalam dan khabar baik. Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang ada sekarang ini. Usaha dan kerja keras perlu ditingkat agar tidak selesa dengan kedudukan sekarang. EMajalah : Boleh kongsikan bersama pengalaman dan kenangan selama berkhidmat sebagai penjawat awam di JPKN. Yuslena : Yang pahit, yang manis ( ketawa )….Bagi saya semua yang diperolehi di JPKNT merupakan suatu pengalaman atau ilmu yang berguna. Kepercayaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan kepada pengguna SISVOT di jabatan kerajaan negeri di bawah seliaan merupakan cabaran besar bagi diri saya. Perlu banyak kesabaran dan perlu “homework” kerana dengan cara ini kita dapat memahami, menyesuaikan diri dengan sesuatu tugas. Memberi satu kepuasan, senang hati dan terharu apabila pengguna mengucapkan terima kasih apabila saya dan rakan rakan lain berjaya menyelesaikan masalah tersebut walaupun panggilan pengguna kadang-kadang semasa saya sedang bercuti. Terima kasih kepada Puan Hasimah dan Hjh. Junaina yang memberi kepercayaan kepada saya. EMajalah : Apakah yang mendorong puan sehingga mengambil keputusan untuk bersara awal ? Yuslena : Saya bersara awal pada 01 Mac 2009 setelah berfikir masak2 selama setahun dan mengambil perkiraan tahun berkhidmat dan kemudahan yang akan diperolehi. Bersara bukan sebab suka suka tetapi kerana minat mendalam dalam pengurusan makanan dan perkhidmatan. Dengan rezeki yang diberi Allah SWT dan kontrak yang semakin membesar, perlu ada komitmen,usaha, tabah, sabar dan paling penting jujur dan ikhlas semasa melakukan apa apa pekerjaan.

Page 7: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Lancar Kutipan Untuk Tabung Gaza Keperitan rakyat Palestin terus mendapat perhatian seluruh dunia. Tanpa mengira siapa kita, pelbagai usaha terus dijalankan untuk mengurangkan penderitaan mereka. Tidak terkecuali, pihak JPKN Tawau juga menyediakan tabung selama 2 minggu dan berakhir pada 1 Februari 2009 bagi mengutip derma untuk tabung Gaza. Hasil sumbangan dan derma ikhlas warga JPKN Tawau dimasukan ke dalam akaun atas nama Tabung Mangsa Perang Gaza di Maybank yang telah dilaksanakan oleh Puan Zuriffah.

LAWATAN RASMI YB 12 Jun 2009, 8.30 pagi - JPKN Tawau menerima lawatan rasmi YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Merangkap ADUN Karambunai. Beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Cawangan mengenai Objektif, Visi, Misi, Fungsi JPKN Tawau sebelum dibawa melawat ke setiap bahagian dalam pejabat ini. YB beredar pada jam 11.30 selepas menikmati jamuan pagi sambil beramah mesra bersama warga kerja JPKNT.

Mesyuarat Kumpulan- Kumpulan

Mesyuarat Bahagian Sistem

Mesyuarat Ketua Kumpulan & Penolong Ketua Kumpulan

Page 8: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Jadual Pelaksanaan Aktiviti 2009

Tarikh

Tajuk

Motivasi

Info Sharing

Pengacara/

Penyampai

16/01/09 5 Kriteria

‘Pembunuh’

Kerjaya Anda

Hjh.

Junaina/

Hapsah

06/02/09

Mengenal

Hati yang

Kotor

Siti

Sapturiah/

Zuriffah

Imej Diri

Harta Yang

Paling

Bernilai

Hapsah /

Jalal

27/03/09

Mesyuarat

CIO Pada

24 Mac

Hapsah/

Junaina

22/05/09

Bengkel

Motivasi

‘Sikap’

Vun Lee

Lee /

Shahiddin,

12/06/09 Amalan

90 Hari

Hadiah /

Hasimah

26/06/09

Asas-Asas

Motivasi

Hapsah/

Pengarah

JPKN

07/10/09

Mesyuarat

Kenaikan

Pangkat &

Taklimat

Kualiti

Sistem

Aplikasi

Seminar Di-

Jab.Air KK

Tahir /

Junaina

Chen

10/12/09

Pengurusan

Perhubungan

Pelanggan

( PKPA

Bil.1/2008 )

&

Melindungi

asset ICT

sector Awam

Learning

Organization

&

Peningkatan

Kualiti iaitu

pelaksanaan

5S

Pengurusan

Kewangan

Jalal/

Jaharah

Francis

Norlia

Aktiviti Hari Jumaat Sejak 5 tahun lepas aktiviti mingguan, ‘Sudut Motivasi’ setiap pagi hari jumaat menampilkan staf bergilir-gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. Aktiviti ini bukan hanya pada dasarnya melatih individu tampil yakin apabila berkomunikasi di khalayak ramai tetapi juga dijadikan sebagai platform oleh Ketua Cawangan untuk menyampaikan perkembangan, maklumat dan amanat daripada pihak pengurusan ibu pejabat. Aktiviti ini juga diselitkan dengan sambutan hari jadi untuk setiap 3 bulan. Bermula tahun 2009, aktiviti ini dikembangkan lagi dengan ‘Info Sharing’. Individu yang dihantar menghadiri kursus / bengkel / seminar / taklimat dapat berkongsi maklumat atau ilmu yang diperolehi agar dimanfaat bersama. Walaupun tidak sekerap setiap minggu seperti sebelumnya, dengan hanya 2 minggu sekali setiap pagi hari Jumaat dengan masa yang diperuntukkan kurang daripada 10 minit seorang ianya juga mampu memberi nilai tambah ilmu pengetahuan kepada setiap individu yang hadir. Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan, kerjasama dan persefahaman di kalangan staf.

Motivasi, “Info Sharing” dan Sambutan Hari Lahir Warga JPKN Tawau

"Anyone who stops learning is old, whether

at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in

life is to keep your mind young"..

Page 9: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

9 Julai 2009, Khamis - Seminar ICT yang berlangsung di Promenade Ballroom , Tingkat 6, Hotel Promenade Tawau dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Tawfiq DSP Hj. AbuBakar Titingan , Pembantu Menteri Kewangan negeri Sabah merangkap ADUN N56 APAS. Seminar yang dihadiri seramai 98 orang kakitangan gred N11 ke atas bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kaedah penyampaian maklumat berkesan melalui ICT, bagaimana ICT digunakan sebagai alat kos efektif dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai ancaman keselamatan ICT dan menangani ancaman tersebut. Topik yang disampaikan dalam seminar yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang adalah :- 1. Penyampaian Kandungan Melalui Multimedia dan Web. Penceramah : Bahagian Perkhidmatan Multimedia JPKN 2. Perisian Terbuka (Open Source): Perisian Alternatif untuk perkhidmatan awam negeri. Penceramah: Pasukan Nabalux (Kumpulan Pelaksana Open Source JPKN). 3. Teknologi Rangkaian Data ICT dan Keselamatan ICT. Penceramah: Urusetia Keselamatan ICT Negeri. Turut disediakan adalah tapak pameran di ruang legar ballroom tersebut. Terdapat Pameran Sejarah Dulu & Kini JPKN Cawangan Tawau sempena 25 tahun penubuhan ( 1984-2009 ) oleh JPKN Tawau , Roadshow Open Source oleh Kumpulan Pelaksana Open Source JPKN dan Produk Telekomunikasi oleh Syarikat Telekomunikasi iaitu Telekom dan Celcom. Seminar yang berakhir pada jam 5 petang mendapat sambutan dan maklumbalas menggalakkan daripada para peserta dan berharap agar bersua kembali di seminar pada tahun 2010.

Page 10: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Buat julung kalinya Kementerian Kewangan Negeri beraksi dalam Pesta Sukan Kewangan Peringkat Daerah Tawau yang merupakan sukan tahunan anjuran Kementerian Kewangan Persekutuan Daerah Tawau sejak tahun 2008. Kastam Diraja Malaysia Tawau terpilih sebagai penganjur Pesta Sukan Kewangan kali ke 2 ini yang berlangsung pada 17 – 19 Julai 2009 di Kompleks Sukan Tawau. Agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan Negeri Daerah Tawau telah membentuk kontinjen diberi nama Gabungan Kewangan Negeri terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Jabatan Bendahari Negeri dan Perbadanan Pinjaman Sabah. Walaupun dengan hanya 24 orang atlet dan berbekalkan latihan selama 3 minggu sahaja untuk 7 acara yang dipertandingkan, Gabungan Kewangan Negeri mampu tersenyum bangga kerana meraih tempat ke 5 daripada 7 pasukan yang bertanding dan mendapat Naib Johan DART. Enam kontinjen lain turut bertanding iaitu Kastam, Akauntan Negara/Penilaian dan Harta, LHDN, Imigresen ( Jemputan ), BSN, Bank Rakyat. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Tawfiq DSP Hj. Abubakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N56 APAS. Syabas dan tahniah di atas semangat, sokongan, kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada semua yang terlibat. Pesta Sukan Kewangan kali ke 3 bagi tahun 2010 akan dianjurkan oleh Bank Rakyat.

LHDM KDRM

Bank Rakyat AN/JPPH

Kew. Negeri Imigrsen BSN

Badminton 5 3 1 4 2 1 1

Bola Jaring

3 5 1 2 1 4 1

Bola Tampar

(L) 5 3 4 1 2 1 1

Bola Tampar

(P) 5 1 3 4 2 1 1

Dart 1 5 1 3 4 2 1

Futsal 4 5 3 1 1 2 1

Ping Pong 4 5 1 3 1 2 1

Sepak Takraw 4 2 5 1 1 1 3

Jumlah Markah 31 29 19 19 14 14 10

Malam Bintang Kewangan diadakan pada 19 Julai 2009 Sempena Penutupan Pesta Sukan tersebut. Gabungan Kewangan Negeri diwakili oleh Francis Mosidin dan Jalal Epit. Francis Mosidin dengan lagu Quando Quando Quando mendapat tempat ke 2 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150.00 dan sebuah trofi.

Page 11: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

15 Disember 2003, merupakan hari pertama bagi anak

muda kelahiran Kota Kinabalu ini memulakan

perkhidmatannya sebagai penjawat awam Kerajaan

Negeri Sabah. Memiliki Diploma IT daripada UPM,

beliau ditempatkan bertugas di JPKN Tawau sebagai

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Pengetahuan beliau dalam bidang penyelenggaraan pc

dan sistem rangkaian komputer manjadikan beliau pakar

rujuk di samping sikap ramah, bertolak ansur, sering

memberi tunjuk ajar menyebabkan beliau senang

didampingi oleh sesiapa sahaja.

Hampir enam tahun bertugas di pejabat ini, beliau atas

kehendak sendiri kemudiannya memohon untuk bertukar

ke ibu pejabat Kota Kinabalu pada 13 Ogos 2009.

Terima kasih atas pengetahuan, tunjuk ajar dan semoga

lebih berjaya di masa akan datang dengan persekitaran dan suasana kerja yang baru.

23 Mac 2009, kehadiran Vera George Mokunjil

sebagai warga kerja baru di JPKN Tawau mengisi

kekosongan jawatan Juruteknik Komputer

.Permohonan pertukaran pejabat bertugas adalah atas

kehendak sendiri. Anak kelahiran Penampang, Sabah

ini mula berkhidmat di JPKN pada 01 Jun 1990

sebagai Operator Memasukkan Data, 1999–2003 di

Bahagian Pelaksanaan JPKN, Feb 2003 - Okt 2005 di

JPKN Keningau, Okt 2005 – Nov 2006 di BJT,JPKN,

KK dan Nov 2006-Mac 2009 di Pembangunan

Perindustrian dan Penyelidikan KK KSIT . Diharap

beliau dapat menyesuaikan diri, bekerjasama dan

berkongsi pengalaman bekerja.

Page 12: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Nama Penuh: Nor Aisah Bte Alawi

Kolej : Kolej Komuniti Tawau

Bidang Kursus: Sistem Komputer Dan Sokongan

Tempoh Latihan : 12 Januari – 12 Julai 2009

Nama Penuh : Zuliffah Binti Zulkifli

Kolej : Kolej Komuniti Tawau

Bidang Kursus : Sistem Komputer Dan Sokongan

Tempoh Latihan : 12 Januari – 12 Julai 2009

Sepanjang 6 bulan menjalani latihan praktikal di pejabat ini kedua pelatih industri ini banyak membantu terutama dalam penyelenggaraan pc. Disamping itu, mereka juga terlibat semasa membuat lawatan kerja ke luar daerah. Semoga pengetahuan dan pengalaman sepanjang tempoh tersebut dapat dijadikan panduan.

“It doesn’t matter

where you’re coming from; all that matters is

where you’re going”

Page 13: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

JADUAL PENGGUNAAN BILIK IT - 2009

BULAN TARIKH KURSUS ANJURAN

FEBRUARI 09 - 12 Asas Penggunaan Perisian Terbuka INSAN

MARCH 16 - 19 Asas Penggunaan Perisian Terbuka JHEAINS

09 Ujian Menaip JPAN

16 Asas Komputer Pertanian APRIL

20 - 23 Asas Penggunaan Perisian Terbuka INSAN

04 - 05 Mel Elektronik & Pakej e-Kerajaan JHEAINS MEI

25 - 27 Pembangunan Laman Web INSAN

09-11 Pembangunan Laman Web USIA

JUN

22-25 Asas Penggunaan Perisian Terbuka Pertanian

JULAI 27-30 Asas Penggunaan Perisian Terbuka INSAN

OGOS 10 - 12 Pembangunan Laman Web INSAN

07 - 09 Kursus Pertanian

15 Ujian Menaip JPAN

21 - 23 Pembangunan Laman Web INSAN

OKTOBER

27 -30 Asas Penggunaan Perisian Terbuka INSAN

NOVEMBER 18 - 20 Pembangunan Laman Web INSAN

DISEMBER 14-17 Asas Penggunaan Perisian Terbuka INSAN

Page 14: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

STAF JPKN TAWAU MENGHADIRI KURSUS / SEMINAR / BENGKEL - 2009

Tarikh Kursus Tempat Anjuran Peserta

30/11-01/12/09 Kursus "Customer Handling Skills"

Bilik Mesyuarat Utama,Wisma Kewangan

Kota Kinabalu JPKN Siti Sapturiah,

Hjh Junaina

30/11-30/11/09 Persidangan "Women Of

Substance" Peringkat Negeri Sabah "

Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu

JHEWA, MPWS & SWEPA Hasimah

17/11/09 Seminar Menangani

Keganasan Terhadap Wanita

Dewan Masyarakat Tawau JHEWS,JPW Asnaini,Norlia

15/11/09 Seminar Undang-undang Harta Pusaka Dalam Islam King Park Hotel MPT Hjh Junaina,Jalal

22/10/09 Seminar Anti Dadah Marco Polo Tawau Agensi Antidadah

Kebangsaan Daerah Tawau

Jalal

15/10/09 Pengurusan Berhemah

Kewangan Peribadi bagi Penjawat Awam

Promenade Hotel Tawau INSAN Zuriffah,Hadiah,Norlia

13-14/10/09

Bengkel Pengukuhan Sistem Penyampaian

Perkhidmatan Awam Agensi Persekutuan dan Negeri Siri

4 Tahun 2009

Ballroom 1, Promenade Hotel Tawau MAMPU Jaharah,Francis

18-19/08/09 Kursus Khas Pemandu

Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 3/2009

Wisma Tabung Haji, Kota Kinabalu JKM Mohd Tahir

03-07/08/09

Maintaning A Microsoft SQL Server 2005

Tm Training Centre Sabah,Kota Kinabalu JPKN Siti Sapturiah

0/07/09 Konvensyen Nilai-nilai Murni

Dewan Sri Gemilang,Wisma Kastam Kastam M.Sofri,

Mohd Tahir

18/06/09

Seminar Pembangunan Multimedia dan Teknologi Laman Web Sektor Awam

Negeri Sabah 2009

Grand Ballroom The Pan Pacific, Kota Kinabalu JPKN Chen

26-29/05/09 Bengkel

Pemasangan,Konfigurasi & membaikpulih Komputer

PC Discovery Tawau INSAN Asnaini,Vera

25-27/05/09 Pembinaan laman web Bilik IT JPKN Tawau INSAN Zuriffah,Vun

19-20/05/09 Bengkel Penambahbaikan Proses Sistem Kualiti JPKN

Bilik Mesyuarat Utama,Wisma Kewangan

Kota Kinabalu JPKN Hasimah,Hjh Junaina

Page 15: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

30/04/09 Latihan Kesedaran

Intergtasi DNS & IPV6 dan DNSSEL

Ballroom Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Mohd Shahiddin

08-09/04/09 Basic HP-UX

Administration for System Administrators

Makmal Latihan JPKN Kota Kinabalu JPKN Mohd Shahiddin

17/02/09 Taklimat IPV6 Bilik Mesyuarat Utama,Wisma Kewangan Kota Kinabalu Hasimah

20-22/01/09 Bengkel Pelaksanaan ISO 9001:2008 Borneo Paradise,Kinarut Hasimah

Program in telah berlangsung pada 14 Ogos 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan , Kota Kinabalu. JPKN Cawangan Tawau diwakili oleh M.Sofri Maidin dan Hapsah Madung bagi Kumpulan Sokongan II. Antara acara acara yang berlangsung adalah forum Peningkatan Kualaiti Perkhidmatan JPKN yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPKN Sabah. Salah seorang ahli panel adalah Ketua Cawangan Tawau, Hasimah Kassim. Pengarah JPKN Sabah juga turut memberikan ceramah motivasi iaitu “ Suntikan Semangat 76”. Pertandingan debat yang bertajuk “ Kebersihan Pejabat Adalah Tanggungjawab Setiap Kakitangan JPKN “ menarik perhatian dan mencuit hati semua yang hadir. Barisan pembangkang diwakili oleh Verus Lawrence, Sabli Naming dan Ali Hassan Naming dengan semangat dan hujah hujah bernas diisytiharkan sebagai pemenang. Pihak pembangkang juga meraih kejayaan berganda melalui Sabli Naming apabila beliau dinobatkan sebagai pendebat terbaik. Pencadang pula diwakili oleh Julkipli Jul, Asmah Din Kassim dan Jutiah Assim. Panel Juri adalah Jufina Dimis, David@Dawood Agustine dan Abdul Razak. Pemenang menerima sebuah hamper setiap seorang. Pertandingan cerita lucu memulakan acara pada sebelah petang. Cerita dan pengalaman lucu yang dikongsi oleh Julkipli Jul, Ali Hassan, M. Sofri dan Izwan menggamatkan dan memeriahkan suasana pada petang itu. Pengarah dan Timbalan Pengarah juga tidak terkecuali. Pemenang turut menerima sebuah hamper iaitu Julkipli Jul dan M.Sofri. Para staf yang hadir tidak melepaskan peluang mengutarakan soalan semasa sesi dialog dan soal jawab terbuka dengan pihak pengurusan JPKNS. Antara yang dibincangkan adalah tentang jawatan, keselamatan pejabat dan kebajikan staf. Ahli panel terdiri daripada Pengarah, Abdul Wahid, Hassan Mahali dan Nazila Mawar. Pentandingan baju korporat cawangan dan bahagian mengakhiri program sehari itu. Masing masing menampilkan rekaan kreatif dengan warna yang pelbagai. Melalui pemilihan Pengarah JPKN sebagai pengadil, Bahagian Pentadbiran dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hamper bernilai RM100.

Page 16: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Acara memotong pulut kuning turut disempurnakan oleh YB Datuk Hj Tawfiq, Dr. Hj Minggu Hj Jumaan, Pengarah JPKN, Encik Ismail Mayakub, Presiden MPT dan Puan Hasimah Kassim, Ketua Cawangan Tawau dan diikuti oleh gimik perasmian selama seminit

Majlis dimulakan dengan slot “Imbasan Jubli Perak JPKN Cawangan Tawau” memaparkan penubuhan pejabat dan kakitangan awal di tahun 1984 , perkembangan dan pengalaman dulu dan kini. Seterusnya tetamu dihiburkan dengan tarian kebudayaan Zapin Arab oleh Kumpulan Gemalai Tari, Tawau.

Sambil menikmati juadah yang dihidangkan, nyanyian karaoke diperdengarkan oleh penyanyi jemputan.

Penyampaian Sijil Jasamu Dikenang kepada seramai 3 orang persara ( Yuslena Lee Kam Ho Yong Nyuk Hew dan Cecilia Ng) dan 5 orang kakitangan awal penubuhan JPKN Tawau (Subari Damat, Ramlah Otoh, Salmah Sani, Arijah Ahmad ). Turut disampaikan adalah Sijil Jubli Perak kepada 5 orang kakitangan yang sedang berkhidmat melebihi 25 tahun di JPKN Tawau ( Jaharah Abdullah, Francis Mosidin, Jalal Epit, Vun Lee Lee dan Chen Nyuk Lee ). Sijil disampaikan oleh Pengarah JPKN Sabah.

Majlis Makan Malam dan Sambutan Penutupan Jubli Perak JPKN Tawau telah diadakan pada 21 Nov 2009, Sabtu lalu. Satu lagi sejarah telah dicipta bagi mengimbas kembali perkembangan, nostalgia manis, peristiwa 25 tahun yang lalu bukan hanya untuk dikenang tetapi juga sebagai momentum dan perangsang ke arah kerja yang lebih keras , gigih dan bersungguh-sungguh untuk kegemilangan akan datang.

Majlis yang telah dirangka hanya sebulan ini telah berjaya dengan gemilang dan meriah dengan dihadiri hampir 60 orang jemputan terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan agensi di bawah kementerian kewangan persekutuan di sekitar daerah Tawau serta mantan wargakerja JPKN Tawau yang telah bersara dan yang telah bertukar ke cawangan lain.

Majlis yang bermula sekitar jam 7.30 dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Penganjur, Pengarah JPKN seterusnya ucapan perasmian penutupan sambutan Jubli Perak oleh Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Hj Seri Panglima Hj Abubakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N56 Apas.

Page 17: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

Majlis juga turut diselitkan dengan cabutan tiket bertuah sebanyak 17 hadiah untuk dibawa pulang. Majlis yang berakhir pada jam 10.30 malam itu dihoskan oleh Asnaini, Francis, Jalal dan Sofri

Kiri: Anugerah Sukan Lelaki &Wanita Terbaik

Atas: Anugerah Pereka Baju Koprat JPKN Tawau

Kiri: Anugerah Kakitangan Lelaki & Wanita Paling Kemas

Tetamu turut disajikan dengan persembahan slaid aktiviti sepanjang tahun. Antaranya adalah penyertaan kali pertama JPKN Tawau terlibat dengan Pesta Sukan Kewangan Tawau dan mendapat tempat ke 5 daripada 7 kontinjen yang bertanding. Anugerah sukan Lelaki / Wanita perseorangan telah dinobatkan kepada Sofri Maidin / Jaharah Abdullah manakala Pasukan terbaik diberikan kepada Bola Tampar Wanita turut disampaikan.

Sempena dengan sambutan jubli perak ini juga berbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah gotong royong mencantikkan pejabat dan beberapa kategori telah dipertandingkan. Kategori adalah bilik/bahagian pejabat paling kemas dan kakitangan wanita/lelaki paling kemas . Juri yang mengadili adalah di kalangan pegawai Majlis Perbandaran Tawau. Pihak juri telah memutuskan Bahagian Juruteknik memenangi kategori pejabat paling kemas manakala Francis Mosidin dan Jaharah Abdullah memenangi kategori lelaki/wanita paling kemas. Turut menerima anugerah adalah Hapsah Madung sebagai pereka baju korporat JPKN Tawau

Kelab Kesiter, JPKN Tawau juga turut terlibat dengan kerja-kerja amal . Slot memaparkan Rumah Anak Yatim Ar Roudah, Batu 4, Jalan Apas Tawau dan Rumah Warga Tua, Jalan Air Panas, Tawau seterusnya diserikan dengan nyanyian oleh penyanyi cilik dengan lagu berjudul “Mama”. Walaupun hanya berusia 9 tahun sahaja tetapi lontaran suaranya mampu memukau tetamu pada malam itu .

Pada malam tersebut Kelab Kesiter telah menyumbangkan wang tunai kepada 2 rumah kebajikan ini . Rumah Anak Yatim Ar Roudah turut menghadiahkan cenderakenangan sebagai ucapan terima kasih. Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh YB Datuk Tawfiq DSP Abubakar Titingan.

Kiri: Pengadil Bagi Pertandingan Bilik/Bahagian Paling Kmas

Page 18: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984

“ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan “. Aktiviti mengecat dan mencantikkan pejabat bermula pada 29/07 – 15/08/ 2009

“Without passion,

you don’t have

energy; without energy, you have

nothing. Nothing

great in the world

has been

accomplished

without passion “

Page 19: SIDANG REDAKSI EMAJALAH JPKN CAWANGAN  · PDF file... Akhir sekali, ucapan buat rakan ... -gilir sebagai pengacara majlis dan penyampai. ... sempena 25 tahun penubuhan ( 1984