bab 1 pengenalan...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. istilah...

47
1 BAB 1 PENGENALAN Air merupakan sumber tenaga bagi tumbuhtumbuhan bagi melancarkan sistem fotosentesis. Air juga merupakan sumber yang penting didalam sektor pertanian sejak dari dahulu lagi . Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan „pertanian adalah perniagaan‟ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek iaitu hidro yang bererti air dan phonos bererti kerja. Ia bermaksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan. Pada masa kini seperti yang kita tahu kemerosotan ekonomi yang melanda negara kita amat lah kritikal. Ianya secara tidak langsung memberi kesan dan impak yang negatif kepada kita dari segi kewangan dan di sektor pertanian,maka dengan ini kita digalakkan untuk berjimat-cermat. Kajian projek ini dilakukan adalah merangkumi satu teknik penjimatan pembaziran air dan polibag dengan menghasilkan satu projek yang mudah dan berkos efektif kerana pada masa kini susah untuk mencari tempat untuk bercucuk tanam. Maka dengan ini terhasilnya idea projek Sistem Hidroponik DIY.

Upload: others

Post on 14-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

1

BAB 1

PENGENALAN

Air merupakan sumber tenaga bagi tumbuh–tumbuhan bagi melancarkan sistem fotosentesis.

Air juga merupakan sumber yang penting didalam sektor pertanian sejak dari dahulu lagi . Kajian

pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada

kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan „pertanian

adalah perniagaan‟ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu

menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini

tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi

keuntungan kepada pengusahanya.

Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek iaitu hidro yang bererti air dan phonos bererti

kerja. Ia bermaksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium

menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman

Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan

Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan

tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat

aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.

Pada masa kini seperti yang kita tahu kemerosotan ekonomi yang melanda negara kita amat

lah kritikal. Ianya secara tidak langsung memberi kesan dan impak yang negatif kepada kita dari

segi kewangan dan di sektor pertanian,maka dengan ini kita digalakkan untuk berjimat-cermat.

Kajian projek ini dilakukan adalah merangkumi satu teknik penjimatan pembaziran air dan polibag

dengan menghasilkan satu projek yang mudah dan berkos efektif kerana pada masa kini susah

untuk mencari tempat untuk bercucuk tanam. Maka dengan ini terhasilnya idea projek Sistem

Hidroponik DIY.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

2

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Sesuatu inovasi itu selalunya datang dari pelbagai masalah. Wujudnyanya masalah,

lahirnya inovasi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, projek hidroponik DIY ini

mengenalpasti beberapa masalah, diantaranya :

1.1.1 Ruang Untuk Berkebun

Ruang untuk berkebun adalah masalah utama yang kami dapati, kerana ianya mustahil

bagi penduduk tinggal dikawasan Bandar ataupun di perumahan yang ruang tanahnya

terhad.

1.1.2 Tidak Ramai Yang Mengetahui Sistem Ini

Setelah dikaji di internet malah membuat sedikit soal selidik didalam kelas kami dapati

masih ramai yang tidak mengetahui sistem ini , ada juga yang sekadar pernah

mendengar tetapi tidak tahu bagaimana ianya berfungsi dan sebagainya.

1.1.3 Pembaziran Air Dan Polibag Untuk Bercucuk Tanam

Seperti yang kita sedia ketahui, jika hendak bercucuk tanam ,kita mestilah menyiram

tanaman setiap hari dan hamper rata-rata pengguna menggukan polibag untuk

memulakan penamanan, secara tidak langsung ianya akan menyukarkan kerja kita dan

mengganggu aktiviti seharian kita. Bagi yang berkerjaya dan tiada masa lapang ianya

amatlah sukar untuk menyiram pokok setiap hari.

1.1.4 Halaman Rumah Yang Kotor

Penanaman yang biasa adalah menggunakan tanah , ini secara tidak langsung akan

menyebabkan kawasan ataupun halaman yang kita gunakan untuk bercucuk tanam akan

menyebabkan kekotoran daripada tanah tersebut.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

3

1.2 PENYELESAIAN MASALAH

Setiap permasalahan haruslah mempunyai penyelesaiannya, antara penyelesaian masalah

yang kami dapati adalah seperti berikut :

i. Mereka bentuk satu struktur yang kukuh untuk membina sistem tanaman yang

mudah pasang iaitu Sistem Hidroponik DIY (Do It Yourself)

ii. Meminimumkan medium tanah bagi mengurangkan kotoran tanah semasa

bercucuk tanam.

iii. Menggunakan pasu bunga mini untuk menggantikan polibag sebagai pasu

bunga.

iv. Mengurangkan pembaziran air semasa bercucuk tanam.

1.3 OBJEKTIF PROJEK

Merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian terhadap

masalah tersebut, antara objektif untuk menghasilkan projek ini adalah :

i. Merekabentuk sistem tanaman hidroponik jenis DIY.

ii. Membina satu sistem hidroponik menggunakan paip jenis pvc yang mudah untuk

dipasangkan.

iii. Menguji dan menganalisa kadar aliran air serta sudut keboleh aliran air dalam

sistem hidroponik ini.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

4

1.4 SKOP KAJIAN

Sistem Hidroponik DIY ini sesuai untuk pengguna yang terhad kawasan tanaman dan

untuk orang yang mahu berkebun secara kecil-kecilan. Sistem ini juga menggunakan

paip jenis pvc bersaiz 1 inci untuk rangka dan 3 inci untuk tempat tanaman,pam yang

akan digunakan adalah jenis submersible dan 1 tangki bersaiz serdahana untuk air

daripada paip limpahan jatuh. Tanaman yang sesuai untuk sistem ini adalah sawi, daun

bawang,kangkung, kucai , serta tanaman kekacang

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Sesuatu kajian itu perlu dilaksanakan kerana elemen penting bagi mengumpulkan data

serta memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu mencapai objektifnya. Selain itu, untuk

melihat sejauh manaa keberkesanan sesuatu bahan yang dihasilkan. Ianya juga bagi

memastikan ssesuatu bahan yang dihasilkan itu dapat dihasilkan dengan jayanya.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

5

BAB 2

KAJIAN LITERATURE

2.1 PENDAHULUAN

Tajuk umum, isu atau bidang yang menjadi tumpuan perlu dikenalpasti seterusnya

menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literatur. Istilah “literatur” bermaksud artikel

kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian

literatur.digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan

dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh

penyelidik lain. Trend keseluruhan tajuk, cadangaan dalam teori, metodologi, bukti dan

kesimpulan. Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan,pemerhatian

serta pendapat dari penyelia projek kami.

Kajian ini dijalankan dengan mengkaji kaedah dan sesuatu yang belum pernah dihasilkan

sebelum ini. Harga juga mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan

untuk menghasilkan penambahbaikan terhadap projek.

Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan dengan kesemua data untuk

memperoleh maklumat yang sahih boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk memastikan projek

yang akan dihasilkan dapat memberimanfaat kepada pengguna.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

6

2.1.1 Hidroponik

Pada masa kini masih ramai yang tidak mengetahui bahawa sistem penanaman

hidroponik adalah kaedah penanaman yang baru dalam dunia pertanian. Hidroponik dianggap

hal baru kerana memang hanya segelintir orang yang tahu dan paham tentang metode

ini.Sementara untuk skala komersial, metode hidroponik belum begitu popular. Hidroponik

adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja (nutrien) tanpa

mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir,

batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara

besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan

tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran

seperti bakchoy, sawi, kailan dan bayam dimana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.

Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanamsayur-sayuran

di dalam kapal angkasa.

Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, mahu pun kapal

selam.Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang terhad. banyak,

hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam

perjalanan. Rujuk rajah dibawah untuk penerangan ini.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

7

Rajah 2.1 : Contoh Kaedah Penanaman Hidroponik

Page 8: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

8

2.1.2 NFT Hidroponik Sistem

NFT bermaksud nutrient film technique . Sistem ini mengunakan konsep dasar

cara menanam pokok dengan akarnya tidak tertanam. NFT adalah teknik hidroponik di

mana aliran air yang sangat cetek yang mengandungi semua nutrien terlarut yang

diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan disalurkan semula melewati akar tanaman

yang berada didalam saluran air. NFT dibangun pada pertengahan 1960-an di England

oleh Dr. Alen Cooper. Dalam sistem yang ideal, kedalaman aliran pengaliran harus

sangat cetek, sedikit lebih daripada satu filem air, dengan itu nama yang diberi adalah

'filem nutrien'. Ini memastikan bahawa akar tebal yang terbentuk di bahagian bawah

saluran mempunyai permukaan atas yang lembab berada di udara. Selepas itu, bekalan

oksigen yang banyak disediakan kepada akar tumbuh-tumbuhan. Sistem NFT yang

direka dengan baik adalah berdasarkan penggunaan cerun saluran kanan, kadar aliran

yang betul, dan panjang saluran yang betul. Kelebihan utama sistem NFT ke atas

hidroponik lain ialah akar tumbuhan terdedah kepada bekalan air, oksigen dan nutrien

yang mencukupi. Dalam sistem pengeluaran terdahulu, terdapat konflik antara

penawaran keperluan ini, kerana jumlah yang berlebihan atau kekurangan satu

mengakibatkan ketidakseimbangan satu atau kedua-duanya kerana reka bentuknya

menyediakan sistem di mana ketiga-tiga keperluan untuk pertumbuhan tumbuhan yang

sihat dapat dipenuhi pada masa yang sama. Hasil dari kelebihan ini adalah hasil yang

lebih tinggi dari hasil yang berkualiti tinggi diperolehi dalam tempoh tanaman yang

panjang. Kelemahan NFT adalah bahawa ia mempunyai sedikit „buffering‟ terhadap

gangguan dalam aliran seperti gangguan kuasa, tetapi secara keseluruhannya ia adalah

salah satu teknik yang lebih produktif.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

9

Rajah 2.2 : Contoh Tanaman sistem NFT Hidroponik

Page 10: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

10

2.1.3 DIY( Do It Yourself )

DIY bermaksud do it yourself adalah aktiviti pembaikan rumah, ,kerja kayu, hobi

atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini

mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

Buknell. Terdapat banyak kedai DIY yang menjual bahan dan alatan yang diperlukan

untuk aktiviti DIY.

Rajah 2.3 : Contoh barangan DIY.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

11

2.2 KEBAIKAN PENANAMAN HIDROPONIK BERBANDING MENGGUNAKAN

TANAH

Hidroponik adalah berkebun tanpa tanah. Dalam sistem hidroponik berkebun, tanaman yang

ditempatkan di media yang berkembang dan zat tumbuhan diserap langsung ke akar.

Kebanyakkan orang akan terkejut apabila melihat tanaman yang tidak memerlukan tanah untuk

hidup, sebenarnya tanah adalah media berkembang sangat tidak efisien. Tanaman yang menguna

banyak tenaga penumbuhan akar untuk mencari air dan nutrien untuk hidup. Dengan

membekalkan air dan nutrien dengan efektif, hidroponik boleh mempercepatkan kadar

penumbuhan sehingga 50% lagi cepat dari mengunakan tanah. Antara kebaikan yang ada pada

hidroponik ini adalah penjimatan penggunaan air , baja ,serta masa untuk menguruskan tanaman

adalah minimum .

Rajah 2.4 : contoh tanaman hidroponik

Rajah 2.5 : contoh penanaman menggunakan tanah

Page 12: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

12

2.3 KELEMAHAN HIDROPONIK

Setiap kebaikan atau kelebihan sesuatu perkara atau produk mempunyai kelemahannya yang

tersendiri, begitu juga dengan sistem hidroponik ini , antara kelemahan yang dapat kami dapati

adalah kos permulaan yang lebih tinggi, tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikro-

organisma dalam tanah, memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan

hidroponik, memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan hidroponik.,

dan tidak semua jenis tanaman dengan mudah boleh ditanam secara hidroponik .

2.4 JENIS-JENIS/TEKNIK HIDROPONIK

Jadual 2.1 : jenis-jenis hidroponik

N

0

JENIS-JENIS

HIDROPONIK

GAMBAR RAJAH

1. Jenis Statik

Page 13: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

13

2. Teknik aliran dalam/

Hidroponik terapung/

Hidroponik rakit (Raft

hydroponics)/DFT(Dee

p Flow Technique)

3. Nutrient Film

Technique (NFT)

4. Teknik pasang surut

(Ebb and Flow

Technique)

Page 14: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

14

5. Teknik pengairan titis

(Drip Irrigation

Technique)

6. Teknik Jenis Aeroponik

7. Teknik Hidroponik

Jenis Aquaponik

Page 15: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

15

2.5 JENIS-JENIS TANAMAN YANG SESUAI

Hidroponik merupakan satu kaedah untuk menanam tumbuhan dengan cara tanpa menggunakan

tanah. Ia bertujuan untuk menekan pemenuhan keperluan mineral dan pemakanan di dalam

tumbuh-tumbuhan supaya tumbuhan dapat tumbuh dengan lebih banyak leverage. Dengan

menggunakan kaedah ini, di mana pertumbuhan akan terus berkembang dan berkembang dengan

baik jika nutrien air dan mineral yang diperlukan oleh tumbuhan sentiasa dipenuhi. Pada dasarnya

hampir semua jenis tumbuhan boleh digunakan didalam kaedah ini. Itu hanya hidroponik bukan

sekadar pertumbuhan yang penting, tetapi hidroponik membawa konsep mesra pengguna dan

mempunyai putaran yang cepat.

Berikut adalah jenis-jenis tumbuhan sayur hidroponik yang boleh anda tanam di halaman rumah :

2.5.1. Sayuran Sawi Hijau

Rajah 2.6 : sawi hijau

Sawi adalah sayuran yang biasa untuk kita. Permintaan pasaran untuk sayur-sayuran pada masa

kini terus meningkat, membolehkan para petani berfikir lebih bijak. Salah satu cara untuk

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penanaman sawi adalah menggunakan kaedah

Page 16: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

16

hidroponik. Pelbagai jenis spesies sawi yang anda boleh ditanam menggunakan kaedah

hidroponik, tetapi yang paling mudah dan cekap adalah jenis sayuran sawi hijau.

2.5.2 Sayuran Kailan

Rajah 2.7 :

Tanaman kailan yang ditanam dengan teknik hidroponik.

Sayuran ini sama seperti sayur-sayuran sawi, tetapi tidak begitu popular di dunia masakan. Kami

lebih akrab dengan sayur-sayuran dan sayuran. Kailan atau yang dikenali sebagai Brokoli Cina

memang tidak asing lagi di malaysia , tetapi ianya berasal dari China seperti namanya. Sayuran ini

mempunyai daun dan batang yang tebal dan berwarna hijau. Sayuran ini sering kali diolah

menjadi berbagai macam masakan, terutama dengan cara ditumis.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

17

2.5.3 Sayuran Salad

Rajah 2.8 : Jenis sayuran salad dengan teknik hidroponik

Sayur salad adalah tanaman sayuran yang biasa ditanam di kawasan yang mempunyai iklim yang

sederhana dan juga kawasan tropika. Pada masa ini tumbuhan ini sering digunakan sebagai raja

salad kerana tekstur yang sangat halus. Daun salad dimakan mentah dan biasanya terdapat dalam

burger . Permintaan pasaran yang tinggi menjadikan salad sebagai perniagaan yang laris. Salad,

sangat sesuai untuk ditanam dengan kaedah hidroponik ini. Hasilnya lebih baik dan tentunya akan

lebih berkesan.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

18

2.5.4 Bayam Hidroponik

Rajah 2.9 : sayuran bayam menggunakan teknik hidroponik

Bayam adalah salah satu sayuran hijau yang sering kita hadapi di berbagai tempat di Malaysia,

terutama di setiap gerai makanan. Bayam mempunyai kandungan pemakanan yang sangat luar

biasa, bukan sahaja vitamin tetapi juga bayam mengandungi magnesium, kalsium, folat, protein,

dan serat.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

19

2.5.5 Kangkung Hidroponik

Rajah 2.10 : sayuran kangkung dari teknik hidroponik

Kangkung adalah salah satu sayuran paling popular di Malaysia. Setiap orang boleh membelinya

di pasaran atau bahkan dengan menanam sendiri. Kerana pada dasarnya menanam kangkung

cukup mudah dan dapat dilakukan oleh siapa saja

Page 20: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

20

2.5.6 Terong Hidroponik

Rajah 2.11 : sayuran terung yang menggunakan teknik hidroponik

Terung adalah salah satu spesies tumbuhan yang paling biasa digunakan sebagai bahan masakan.

Penanaman terung pada dasarnya memerlukan kawasan yang sangat besar untuk mendapatkan

hasil yang sangat melimpah. Seiring dengan perkembangan teknologi pertanian yang semakin luar

biasa, tanam terung sekarang boleh di atas tanah yang tidak begitu luas dengan menggunakan

sistem hidroponik. Dengan menanam terung dengan kaedah hidroponik ini dan melakukan

penyelenggaraan rutin, maka anda akan mendapat hasil yang banyak.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

21

2.6 JENIS-JENIS BAHAN

Jadual 2.2 : jenis-jenis paip

JENIS PAIP CIRI-CIRI

Paip Bergalvani (BG)

- diperbuat daripada keluli yang bersadur

dengan zink

- lebih berat

- hujung paip diulir untuk tujuan

penyambunga dan pemasangan

Paip polivinil klorida (PVC)

-diperbuat daripada 21lastic polivinil

klorida

-digunakan untuk paip agihan, paip cuci

dan paip limpah

-ringan dan mudah dikendalikan tapi tidak

sesuai untuk kegunaan air panas.

-harganya lebih murah

Paip poli (HDPE)

-boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan

hujan

-bewarna hitam, tidak berkarat dan ringan

dan boleh digulung

-lebih mahal dan tidak boleh di tegakkan

Page 22: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

22

2.7 JENIS-JENIS PAIP PENYAMBUNGAN

Jadual 2.3 : jenis-jenis penyambungan

Page 23: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

23

2.8 KEGUNAAN PAM AIR

Pam biasanya digunakan bagi meningkatkan tekanan sistem supaya bendalir sistem tersebut

dapat dipindahkan ke satu bahagian yang lain.Antara contohnya ialah menghantar air dari perigi ke

paras muka bumi , air dari sungai ke kawasan rumah dan dari lombong dipam keluar untuk

mendapatkan timah dan emas.

Pam hanya digunakan bagi menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan yang rendah ke

mana – mana kawasan yang lebih tinggi. Jika penggunaannya adalah dari kawasan tinggi ke

kawasan yang lebih rendah, pam tidak perlu digunakan. Dalam erti kata lain, ia merupakan suatu

peranti mekanikal yang digunakan untuk menambahkan tenaga cecair supaya bergerak.

2.8.1 Contoh-Contoh Pam Berfungsi

Pam berfungsi untuk memindahkan cecair dari paras yang rendah ke paras yang lebih tinggi.

Ianya juga boleh menggerakkan cecair dari kawasan yang mempunyai tekanan yang rendah ke

kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi. Lebih banyak cecair yang boleh digerakkan

olehnya dalam satu sela masa yang ditentukan dan ia bergantung kepada kadar alir yang

dikehendaki. Rajah dibawah menunjukkan cara-cara pam berfungsi.

Rajah 2.12 : contoh pam memindahkan cecair

Page 24: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

24

Rajah 2.13 :

pam memindahkan cecair dari kawasan tekanan rendah kepada tekanan yang tinggi

Rajah 2..14 :

beza kadar alir air tanpa pam dan menggunakan pam

Page 25: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

25

2.8.2 Jenis-Jenis Pam

Pam adalah alat yang paling utama didalam projek ini kerana ianya digunakan untuk

melengkapkan Sistem Hidroponik DIY. Ianya amat penting untuk mengetahui jenis-jenis pam

yang sesuai mengikut spesifikasi yang diberikan.Spesifikasi pam air biasanya tertera dibelakang

kotak. Setiap pam mempunyai spesifikasi yang tersendiri dengan harga yang berlainan, jadi ianya

amat penting untuk mengetahui spesifikasi pam yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Jadual

dan rajah dibawah menunjukkan contoh spesifikasi dan jenis pam air yang sesuai untuk sistem

hidroponik ini .

Jadual 2.4 : spesifikasi pam air yang sesuai untuk sistem hidroponik

Saiz dan pemilihan pam perlu dikira mengikut saiz sistem dan ketinggian sistem hidroponik itu

sendiri. Ini kerana semakin tinggi sistem semakin tinggi spesifikasi pam yang diperlukan.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

26

Rajah 2.15 : pam air jenis mini

Rajah 2.16 : pam air pelbagai saiz dan spesifikasi

Page 27: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

27

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek

semester akhir ini. Bagi melancarkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun

dengan sebaik mungkin. Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari

landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil diakhir kajian akan menepati

kehendak permasalahan yang hendak diselesaikan. Justeru itu, amatlah penting untuk

mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur

metodologi kajian. Antara yang perlu dilakukan ialah dengan mendapatkan semua matlamat yang

berkaitan dengan jenis-jenis sistem Hidroponik. Langkah berikutnya ialah proses pengubahsuaian

dan penambahbaikan pada reka bentuk sistem Hidroponik.

Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek

dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah

seperti yang dinyatakan :

a) Kajian literature

b) Menghasilakn pengubahsuaian dan membuat penambahbaikan sistem Hidroponik

c) Melaksanakan ujian-ujian kadar alir air dan kesuburan tanaman yang telah dilaksanakan

Di dalam projek ini, kami menggunakan konsep ‘PRIME’ sebagai rujukan untuk

menyelesaikan projek .

Page 28: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

28

3.2 Konsep kerja yang dilakukan

Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME.

3.2.1 P - Problem statement ( penyataan masalah )

Masalah perlu dikenalpasti terlebih dasulu sebarang usaha dapat dilakukan untuk

menyelesaikan. Permasalahan yang terdapat dari pemerhatian ialah tiada ruang untuk berkebun.

Selain itu, tidak ramai yang mengetahui sistem ini. Seterusnya, pembaziran air dan polibag untuk

bercucuk tanam serta halaman rumah menjadi kotor.

3.2.2 R - Research ( penyelidikan )

Daripada kajian-kajian yang dilakukan dalam projek akhir ini adalah melalui kaedah temuramah

dengan setiap pihak yang berkaitan dengan projek akhir kami ini. Dalam kaedah ini, satu hari telah

ditetapkan untuk menjalankan proses temuramah ini. Proses ini dijalankan bersama ahli kumpulan

projek akhir. Selain itu, kaedah pencarian maklumat di Internet juga dilakukan untuk memudahkan

kerja pemasangan dan penanaman.

3.2.3 I - Invention (ciptaan/ pembuatan )

Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang dilakukan.

3.2.4 M - Modification ( pengubahsuaian )

Melakukan pengubahsuaian apabila terdapat kegagalan atau permasalahan pada projek yang

telah diuji. Setelah pengubahsuaian dilakukan, projek tersebut diuji semula.

3.2.5 E - Evaluation ( penilaian )

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk

projek.Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang

ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi

projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan dilakukan.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

29

Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.

3.3 Lakaran

Rajah 3.1 : Lakaran awal

Pada permulaannya kami memilih untuk meletakkan Sistem Hidroponik DIY ini pada dinding

rumah pengguna sahaja,akan tetapi untuk menampakkan lagi sistem ini supaya lebih menarik kami

memerlukan struktur rangka pada sistem ini kerana ianya berkemungkinan akan menarik minat

pembeli dan tidak menampakkan sistem ini biasa-biasa sahaja. Kemudian setelah berbincang

untuk kali kedua maka terhasillah lakaran kedua dan ketiga.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

30

Rajah 3.2 : lakaran kedua

Rajah 3.3 : lakaran ketiga

Konsep lakaran kedua dan ketiga adalah dengan menggunakan „software adobe cs

photoshop’,Pada lakaran kedua, set diy ini menggunakan paip pvc jenis petak dan mempunyai

paip limpahan dan tangki yang besar,begittu juga dengan lakaran ketiga konsepnya sama tetapi

strukturnya berbentuk pyramid supaya Nampak lebih menarik.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

31

3.3.1 Lakaran Akhir

Rajah 3.4 : Lakaran akhir

3.3.2 Lukisan Berkomputer

Konsep lakaran ketiga terhasil apabila setelah berbincang bersama penyelia kami untuk membuat

3 jenis set Sistem Hidroponik DIY. Pada konsep lakaran ini , iaanya menggunakan 3 set dengan

menggunakan 1 jenis pam dan 1 tangki untuk menampung air kepada ketiga-tiga set ini.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

32

3.4 Pemilihan idea dengan menggunakan jadual penilaian bermatrik

Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan

(Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk

menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil,

M.K.A,2000) seperti yang ditunjukkan dijadual 3.1 dibawah. Keputusan yang diperolehi

ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat. Oleh itu, sebarang kelemahan

yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.1 dibawah

menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1,2,3 dengan konsep rujukan.

Jadual 3.1 : Kaedah Pengiraan Matrik

NO KRITERIA KRITERIA

MINAT

KONSEP

1

KONSEP

2

KONSEP

3

Konsep

Rujukan

1 Rekabentuk

komersial

4 - + + D

A

T

U

M

2 Kos 5 + - -

3 Mudah alih 5 - - +

4 saiz 4 - - +

5 berat 4 + + -

6 bahan 4 + - +

7 Jumlah + 3 2 4 0

8 Jumlah -

9 Jumlah

Keseluruhan

Jadual 3.1 diatas, ( - ) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala ( + ) mewakili bagi

kriteria yang memuaskan. Konsep 3 mendapat pilihan memuaskan iaitu 8. Konsep 1 mendapat

keputusan sebanyak 4 manakala konsep 2 mendapat keputusan 0. Konsep 3 menjadi pilihan

rekabentuk.

3 4 2 0

4 0 8 0

=

=

=

Page 33: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

33

3.5 Carta Alir

Rajah 3.5 : Carta alir kerja

Page 34: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

34

3.6 Bahan Utama

Jadual 3.2 : Peralatan yang digunakan didalam projek ini

Bil Bahan Kegunaan

1 Tangki

Digunakan untuk menyimpan dan pengumpulan air

2 Paip Tanaman

Digunakan untuk meletakkan tanaman berserta pasu di dalam lubang berukuran 20 mm.

3 Mata penebuk (hole saw)

Mata bersaiz 20 mm dan digunakan untuk menebuk lubang pada paip tanaman.

Page 35: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

35

4 Pam Akuarium

Digunakan untuk mengepam air dari tangki ke paip tanaman

5 Penyambung Tee dan Elbow

Penyambung Tee

Digunakan untuk menyambung paip bercabang yang sama diameter pada sudut 90 darjah kepada paip utama dan paip perkhidmatan.

Elbow 90 darjah

Digunakan untuk mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameter pada sudut 90 darjah

6 Paip rangka

Diguanakan untuk membuat rangka kerana ia lebih ringan padat dan tahan panas.

Page 36: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

36

7 Pasu tanaman

Digunakan untuk meletakkan tanaman

8 Gam paip

Digunakan untuk memperkemaskan lagi bahagian-bahagian paip yang bercantum.

Page 37: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

37

3.6.1 Peralatan bengkel yang digunakan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk

membina projekyang dilakukan.Tanpa alat bantuan kerja ini , projek yang dilakukan tidak akan

dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna.

Jadual 3.3 : Peralatan dan kegunaan

PERALATAN KEGUNAAN

Gergaji

Digunakan untuk memotong paip rangka dan

paip tanaman .

Mata

Penebuk

(Hole

Saw)

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan

kerja iaitu paip paip pvc bewarna putih .

Page 38: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

38

Mesin

Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan

kerja .

Mata Gerudi

(step drill)

Digunakan untuk menebuk lubang pada paip pvc

supaya mudah untuk paip lutsinar kecil

dimasukkan

Pita

Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur paip dengan

tepat sebelum dipotong.

Page 39: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

39

Sesiku L

Alat digunakan untuk mengukur sudut 90

Pembaris

besi

Digunakan untuk mengukur dan membuat garisan

panjang pada paip tanaman.

Page 40: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

40

Kikir

Digunakan untuk mengikir bahan kerja.Kikir

digunakan bagi tujuan mengikir tempat yang

mempunyai lebihan besi atau paip selepas

dipotong.Kerja ini dilakukan bagi tujuaan

kekemasan projek dan kekemasan lubang besar

yang ditebuk .

Page 41: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

41

3.6.2 Anggaran Kos

Jadual 3.4 : Anggaran kos

BIL. BAHAN KUANTITI HARGA(RM)

1 Elbow 36 18.00

2 Penyambung T 23 16.10

3 Paip PVC 3inchi 9 40.50

4 Penutup (plug) 20 6.00

5 Endcap 18 54.00

6 Pam 1 30.00

7 Pita paip 1 2.00

8 Gam paip 1 2.70

9 Paip lutsinar 1 6.00

10 Tangki 1 19.90

11 Pasu 2set 21.80

TOTAL RM217.00

Page 42: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

42

3.7 PEMBUATAN ( Langkah kerja proses pembuatan model )

3.13.1 Langkah 1

Pemotongan paip dilakukan bagi membina rangka dan paip tanaman dengan menggunakan

gergaji dan pita pengukur sehingga mencapai ukuran yang tepat.

Rajah 3.5 : proses pemotongan bahan kerja

3.13.2 Langkah 2

Apabila semua paip siap dipotong, proses pemasangan paip rangka dilakukan berlandaskan

formula berikut untuk mendapatkan sudut yang tepat

Page 43: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

43

3.13.3 Langkah 3

Seterusnya, tebuk lubang bersaiz 2mm untuk meletakkan pasu. Setelah siap menebuk,

untuk kelihatan lubang yang ditebuk lebih kemas seharusnya melicinkan dengan menggunakan

alat pengikir.

Rajah 3.6 : proses menebuk lubang pada paip

3.13.4 Langkah 4

Kemudian pasang endcap pada paip tanaman. Jikalau ada kebocoran letakkan gam pada

endcap dan paip tanaman.

Page 44: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

44

Rajah 3.7 : proses memasang endcap

3.13.5 Langkah 5

Akhir sekali, memasangkan kesemua sekali untuk dijadikan suatu projek. Lakukan

pengujian sudut kecerunan dan kadar alir air supaya ianya tepat dengan pengiraan.

Rajah 3.8 : pemasangan kesemua bahan

Page 45: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

45

3.8 CARTA GANTT

Page 46: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

46

3.9 Borang Ujilari Analisis Tumbuhan

Jadual 3.5 : rekod yang akan diambil pokok bawang

JENIS HARI TUNAS POKOK (cm) AKAR POKOK (cm)

TANPA

BAJA

BAJA

A/B

Jadual 3.6 : rekod yang diambil untuk mendapat sudut yang sesuai

SUDUT KECERUNAN(°) TINGGI PAIP KELAJUAN AIR

Jadual 3.7: rekod ujikaji flowrate

Bil. Masa (s) Isipadu (ml)

Page 47: BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry

47

Jadual 3.7 : rekod ujikaji penyejatan air setiap hari

HARI PAGI TENGAHARI PETANG JUMLAH AIR

TERSEJAT

KESELURUHAN

1

2

3

4

5

6

7