sidang redaksi - belia.org.myterdedah kepada unsur-unsur pembinaan diri yang terarah dan turut...

16
1

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

2

SIDANG REDAKSI

Membina Malaysia Yang Sejahtera dan Harmoni

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia.

Perit getir kehidupan masa kini telah memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat akan datang lebih merupakan

masyarakat yang penuh dengan persaingan. Bahkan sekarang ini pun kita sudah merasakan

Mula tertarik dengan keorganisasian belia di peringkat kebangsaan bila mana diperkenalkan dengan moto ‘Hidup Biar Berjasa”. Slogan itu

begitu mekar dan menyemarakkan nyalarasa kebeliaan dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan

2

bahang persaingan yang cukup hebat dan betapa cemasnya kita menyaksikan generasi muda berhempas pulas menghadapi persaingan di pelbagai bidang. Keadaan ini memperlihatkan sekali lagi kepada kita bahawa hanya mereka yang berkualiti sahaja yang mampu mengungguli persaingan ini.

Maka dengan itu, strategi dan program pembinaan generasi pewaris ini

perlulah diberi perhatian dengan lebih gigih lagi terutamanya melengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu yang betul dan sesuai dengan perkembangan zaman. Kewujudan generasi ilmuan yang berkualiti dengan kekuatan daya saing yang tinggi sudah pasti akan menghasilkan kesan yang baik dalam pembentukan generasi pewaris. Generasi pewaris yang dimaksudkan iaitu generasi pewaris keilmuan yang terlatih dan terdedah kepada unsur-unsur pembinaan diri yang terarah dan turut menghayati serta memiliki jiwa keagamaan yang kental.

Justeru, pembinaan generasi pewaris yang berkualiti yang kita idamkan sangat

bergantung kepada arah tuju, semangat dan kegigihan yang pemimpin belia hari ini lakukan sekarang. Mana mungkin kita dapat melahirkan generasi pewaris yang kuat dan berkualiti sekiranya kita sendiri mengabaikan tanggungjawab untuk membina generasi yang cerdas mindanya, murni jiwanya dan lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal serta berilmu dan berakhlak mulia.

MOHAMAD RIZAN HASSANEditor@Ketua PeneranganE-mel : [email protected]

dalam masa yang sama membina kompetensi diri. Belia dan peningkatan kendiri adalah rutin yang tidak boleh dipisahkan dalam

proses pembangunan negara. Maka adalah tepat jika kita menumpukan penonjolan minat dan kebolehan serta pengembangan bakat pada ruang lingkup belia di bawah 30 tahun. Maka dengannya kita mampu membina kepimpinan generasi sesuai dengan zaman mereka.

Di samping kepimpinan, satu lagi ‘core business’ pergerakan belia adalah

kesukarelaan. Kita mampu menghasilkan kepimpinan yang seimbang jika element kesukarelaan dijadikan asas dan tunjang dalam pembangunan bakat ini. Kepimpinan tanpa semangat kesukarelaan akan mengurangkan ‘pakej lengkap’ kepemimpinan dalam mana-mana organisasi. Kedua-dua faktor inilah yang penting untuk kita pupuk dalam agenda membangun belia dan Menggerakkan Belia Malaysia

AHMAD SAPARUDIN YUSUPKetua Editor@Setiausaha AgungE-mel : [email protected]

PenaungYAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAKPerdana Menteri Malaysia

PenasihatSDR. MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDINPresiden MBM

Ketua EditorSDR. AHMAD SAPARUDIN YUSUPSetiausaha Agung MBM

EditorSDR. MOHAMAD RIZAN HASSANKetua Penerangan MBMmerangkap;Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan

Design & PercetakanALAMEDIA SDN. BHD.

Buletin MBM diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan Majlis Belia Malaysia. Editor mengalu-alukan sumbangan artikel atau laporan berita untuk disiarkan. Alamatkan kepada:

Editor Buletin MBM, Wisma MBM, No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia. Emel: [email protected] Telefon : (03) 91732761/63 Faks : (03) 91732759/64

Anda mempunyai pandangan dalam isu belia? Atau, mungkin juga anda ada sesuatu cadangan. Kemukakan kepada Presiden MBM Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin. Beliau ingin mendengar apa yang ingin dikatakan oleh generasi muda Malaysia. Hantarkan emel anda kepada: [email protected]

AlamatWisma MBM, No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

03 9173 2761 / 62

03 9173 2759 / 64

[email protected]

Majlis Belia Malaysia

@BeliaMBM

@beliambm

Editorial

3

Setiap insan mempunyai keinsanan membantu orang lain dan mudah bercakap simpati terhadap orang lain. Nilai inilah yang perlu diterjemahkan kepada

tindakan khidmat sukarela.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘sukarela’ bermaksud tidak dipaksa-paksa, atas kemahuan sendiri atau secara rela hati. ‘Kesukarelaan’ pula bermaksud sikap sukarela. Dalam kata lain, sukarelawan merupakan sekumpulan masyarakat yang berkerja atas kerelaan hati tanpa mengharapkan ganjaran demi untuk menabur bakti serta membantu masyarakat di sesebuah komuniti.

The United Nations General Assembly (UNGA) turut menyatakan maksud yang sama, iaitu “The terms volunteering, volunteerism and voluntary activities refer to a wide range of activities … undertaken of free will, for the general public good and where monetary reward is not the principal motivating factor.”

Rasulullah S.A.W. juga dalam hadis-hadis Baginda menggalakkan umatnya untuk melakukan kebajikan kepada orang lain. Salah satu hadis Baginda yang boleh dijadikan dorongan kepada kita semua untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela ini ialah sepotong hadis yang bermaksud, “orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah, dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR Thabrani dan Daruquthi).

Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15) meletakkan kesukarelaan sebagai salah satu indikator di dalam domain identiti untuk mengukur tahap kesukarelaan dikalangan belia di Malaysia. Di dalam dapatannya, tahap kesukarelaan dikalangan belia negara ini masih lagi berada ditahap sederhana dengan skor 60.60 daripada 100.

Untuk mencapai tahap negara maju menjelang wawasan 2020 serta menyediakan golongan belia minda kelas pertama, angka daripada hasil kajian ini perlu dipertingkatkan tahun demi tahun dengan menjayakan program-program yang mampu menggalakkan golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Seterusnya, golongan muda terutama yang berumur dibawah 30 tahun perlu mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat menggerakkan gerakan sukarelawan sendiri secara formal atau tidak formal.

Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MyVOC) yang dilancarkan pada 5 Ogos 2015 yang lalu adalah usaha Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan dalam meletakkan gerakan kesukarelaan di negara ini pada satu tahap yang lebih tinggi. Dengan barisan sukarelawan

MEMACU KESUKARELAAN KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI

yang berkemahiran, ia membolehkan gerakan ini bergerak berdasarkan skop yang diperlukan di kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan. Contohnya, jika dalam bencana alam, MyVOC mampu untuk menyediakan bantuan dan kemahiran dari segi perubatan, pendawaian elektrik, automatif, radio amatur dan lain-lain cabang kemahiran. Setakat ini, MyVOC telah menggerakkan beberapa program seperti OPS Jerebu MyVOC, Program Aidiladha di Siem Reap (Kemboja), Malaysia Humanitarian Movement di Kota Pariaman, Indonesia dan banyak lagi.

Semangat kesukarelaan harus dinyalakan kembali, dipacu oleh daya tenaga serta idealism golongan belia. Jangan kita menanam sifat mengharapkan t-shirt, topi dan makan percuma dalam aktiviti kesukarelaan. Taburlah khidmat bakti dengan penuh keikhlasan kerana wang ringgit tidak akan kekal, namun budi yang baik tetap akan dikenang.

Usah mengaku belia Malaysia jika hidup tidak memberiUsah mengaku belia Malaysia jika hidup tidak berbakti.

SDR. MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDIN

Presiden MBM

Minda Presiden

4

MYVOC Inspirasi Baru Gerakan Sukarelawan

Putrajaya, 25 Ogos 2015 – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran

Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) yang disempurnakan oleh Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

MyVOC anjuran MBM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan ini merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu atau kumpulan bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.

Pelancaran MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan “youth wave” dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi.

Nasional

5

MyVOC - Satukan belia dalam kegiatan sukarela

Nasional

Kampung Orang Asli Semenyih

6

Membentuk pemimpin masa depan melalui Skuad MiB300

Kuala Lumpur – Skuad MiB300 meneruskan misi pencarian dan menggilap bakat kepimpinan belia dari pelbagai latar belakang di seluruh negara dengan mengadakan beberapa siri latihan dengan kerjasama badan-badan gabungan MBM. Objektif utama Skuad MiB300 ialah melahirkan sekurang-kurangnya 300 pemimpin belia menjelang tahun 2018.

Skuad MiB 300 adalah inisiatif MBM sebagai langkah proaktif dalam proses melaksanakan salah satu nilai teras dalam MBM in Business ke arah mencapai hasrat menjadikan MBM terus relevan di kalangan belia masakini.

Antara pertubuhan/gabungan yang berjaya melaksanakan MiB300 adalah seperti berikut:

KELANTAN

PERAK

SARAWAK

KEDAHMELAKA

TERENGGANU

Semasa

7

Sukan Wahana PerpaduanSeremban, 10 Okt 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM)

dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan Karnival

Sukan Belia Malaysia pada 10 – 11 Oktober 2015 sempena Hari Sukan Negara di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Mohamad Said, Seremban 2 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Zaifulbahri Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Karnival dua hari tersebut mendapat sambutan di kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur menerusi acara yang dipertandingkan seperti badminton, sepak takraw, squash, petanque dan boling padang.

YB Dato’ Zaifulbahri Idris dalam ucapannya memberitahu karnival ini membuktikan bahawa majlis belia di peringkat kebangsaan ataupun negeri sentiasa komited melakukan program-program mendekati belia terutama dalam konteks sukan. Beliau juga memberikan cabaran agar peserta berusaha secara gigih menyaingi atlet sedia ada untuk melahirkan lebih ramai ikon sukan elit negara di masa hadapan.

Semasa

8

Ku

nju

ng

an

ho

rma

t M

BM

-PM

MAJ

LIS

Bel

ia M

alay

sia

(MB

M)

men

guca

pkan

ter

ima

kasi

h ke

pada

Per

dana

Men

teri,

Dat

o’ S

ri M

ohd

Najib

Tun

Ra

zak

kera

na s

udi m

elua

ngka

n m

asan

ya b

erte

mu

deng

an b

aris

an k

epim

pina

n M

BM

di P

utra

jaya

bar

u-ba

ru

ini.

Sela

in m

erup

akan

pen

gikt

irafa

n ke

pada

MB

M, p

erte

mua

n se

lam

a le

bih

satu

jam

ini j

uga

mem

berik

an

ruan

g ke

pada

pem

impi

n m

uda

mem

berik

an p

anda

ngan

kep

ada

pem

impi

n te

rtin

ggi n

egar

a.

9

10

2015 International Youth Organization Forum & Beijing Sister Youth Camp

Malaysia-Myanmar Youth Exchange Programme 2015

MBM kukuh hubungan organisasi kebeliaan serantau

BEIJING, 26 Oktober 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar 4 orang peserta iaitu Sdr. Chok Mei Fei, Sdr. Akmal Fadli, Sdri. Nur Azizah dan Sdri. Nur Azeken ke

International Youth Organization Forum & Beijing 2015 Sister City Youth Camp di Beijing, China pada 19 - 25 Oktober 2015. Delegasi ini diketuai oleh Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Bertemakan Youth and the Rule of Law telah menarik penyertaan seramai 120 orang peserta dari 25 buah negara. Delegasi Malaysia telah menyampaikan pembentangan di bawah topik Youth Legislation and Youth Policy dengan membawa sudut pandang menerusi input dari Dasar Belia Malaysia.

YANGON, Myanmar – Seramai 22 orang belia Malaysia telah menyertai Program Pertukaran Belia Malaysia – Myanmar

pada 31 Oktober hingga 4 November 2015 anjuran Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Delegasi ini diketuai Sdr. Khairul Annuar Mansor, Naib Presiden MBM. Turut serta dalam rombongan ini ialah dua orang EXCO MBM iaitu Sdr. Mohd Hakimi Hussin dan Sdr. Thai Ming Yeow.

JAKARTA, 28 Oktober 2015 – “Mempereratkan hubungan antara organisasi kebeliaan membawa manfaat kepada pembangunan negara dan serantau”. Sdr. Mua’amar

Ghadafi Jamal Jamaludin, Presiden MBM menyatakan hal tersebut kepada rakan sejawatan beliau iaitu Sdr. Muhammad Rifaie Darus, Ketua Umum Komite Pemuda Nasional Indonesia (KNPI) dalam pertemuan tidak rasmi di sini.

Antara perkara lain yang dibincangkan berkaitan kerjasama program kebeliaan, penglibatan belia kedua negara di peringkat Asia dan kerjasama ASEAN serta hal keorganisasian belia setempat.

10Antarabangsa

11

Belia Malaysia bersatu menentang kezaliman Zionis

Pertandingan bola sepak erat hubungan belia Orang Asli

Pertemuan MBM-KNPI: Kita Berkongsi Udara dan Air yang Sama

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2015 – “Hidup Palestin”, “Jahanam Zonis”, “Jahanam Israel” dilaungkan dihadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Seramai 1,000 orang

anak muda berhimpun selepas solat Jumaat bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Kumpulan ini mewakili 40 NGO seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), IKRAM, PERKASA, Sekretariat Ulama Asia Tenggara, Haluan, MAPIM selain pemimpin parti politik seperti UMNO, AMANAH dan PKR seterusnya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan terhadap rejim Zionis-Israel yang mahu merampas Masjid Al-Aqsa di Palestin.

SEMENYIH, 1 November 2015 – Bersempana Hari Sukan Negara, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli (MBOA) telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Malaysia – Pertandingan Bola Sepak 9

KUALA LUMPUR, 18 September 2015 – Susulan daripada pertemuan perwakilan Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia

(BP KNPI) bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) ia dilihat berjaya membentuk beberapa kata sepakat bagi mencari langkah yang boleh dilakukan mengenai isu jerebu serantau. KNPI yang diketuai oleh Ketua Badan Perwakilannya di Malaysia, Sdr. Muhammad Yasar hadir bersama barisan Exconya selepas program pengedaran topeng muka yang dijayakan MBM-KNPI di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Sebelah (Orang Asli) bagi merebut Piala Presiden MBM bertempat di Padang Bola Kampung Orang Asli, Jalan Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor pada 31 Oktober dan 1 November 2015.

Sebanyak 32 pasukan bola sepak Orang Asli termasuk 2 pasukan beliawanis telah menjayakan pertandingan selama 2 hari ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Encik Mohd Zaki Mahmud yang mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

11 Semasa

12

Semarakkan kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa

Literasi Media Kreatif 2015 dedah belia etika media sosial

BANGI, 4 November 2015 – Myvoc Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM telah

dijemput untuk mengisi slot Program Insan Budiman yang memfokuskan kepada modul kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial korporat anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kerja-kerja sukarelawan ini tidak boleh dipaksa untuk meminati tetapi perlu mempunyai semangat untuk

mendalami bidang sukarelawan”, ujar beliau.

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah

menganjurkan program Literasi Media Kreatif 2015 Zon Tengah (Selangor-Wilayah-Negeri Sembilan), Timur (Pahang-Terengganu-Kelantan) dan Borneo (Sabah) bermula September hingga November 2015.

Program ini bertujuan memberi maklumat dan informasi yang tepat berkaitan aplikasi-aplikasi media sosial yang diguna pakai pada masa kini serta dapat memaksimumkan penggunaannya bagi membantu menyebarluas maklumat dan aktiviti pertubuhan dengan lebih berkesan serta beretika.

Antara pengisian program ialah peserta dilibatkan dengan kerja lapangan di mana mereka dibawa mengunjungi rumah anak yatim/fakir miskin seterusnya membuat tugasan seperti seorang wartawan berita.

Nasional

13

“A Day with ASEAN’s Prominent Young CEOs”

MBM hargai peranan wanita

RTD kemiskinan & salahlaku belia bandar

KUALA LUMPUR, October 31, 2015 – The Malaysian Youth Council, Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) and International Youth Centre in collaboration

with The Ministry of Youth and Sports Malaysia organised an event entitled “A Day with ASEAN’s Prominent Young CEOs” in Malaysia during the end of October 2015.

The aim of the program is to be inspired by the success stories of the young CEOs from the beginning of establishing their company, challenges they faced and the business knowledge sharing for the youth community in the Southeast Asian nation. The program also wishes to inspire more youths to take up the challenge of establishing their own company in their chosen industry.

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan telah menganjurkan sesi diskusi mengenai kemiskinan dan

salahlaku belia bandar pada 7 – 9 Julai 2015 di Kompleks Darul Puteri, Kuala Lumpur.

MBM melihat miskin bandar tidak boleh ambil mudah dan dianggap isu terpencil. Ia harus mengambil kira dimensi ekonomi, emosi, psikologi, budaya, pendidikan, serta motivasi. Masalah sosial seperti ketagihan alkohol, keganasan domestik serta samseng adalah manifestasi kemiskinan.

13

SRI PETALING, 8 November 2015 – Sebagai menghargai sumbangan dan peranan wanita, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia (MBM)

yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Sdri Asfalinda Anuar telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling

Semasa

Wanita di Megalane Endah Parade Sri Petaling bersempena Hari Sukan Negara.

Sebanyak 16 kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli badan gabungan MBM dan media turut menjayakan program ini.

14

PKPIM sahut seruan gerakan sukarelawan sedunia

MBNJ anjur program KOMPETEN-Belia Johor Terampil

MBNK bantu mangsa kebakaran di Kedah

MBFM anjur Pencarian Jaguh Felda

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama penduduk Taman Ramal Desa, Sungai Ramal Dalam, Kajang mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Raudhah Hasanah dalam program “Ceria Rumah Ibadat” sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada 5 Disember setiap tahun. Presiden PKPIM, Sdr. Fazril Salleh dan sukarelawan-sukarelawan muda turut serta menjayakan program yang berakhir jam 1.00 tengahari.

MAJLIS Belia Negeri Johor dengan kerjasama 1B1K MYTVET dan Majlis Belia Malaysia menganjurkan program KOMPETEN-Belia Johor Terampil sempena Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Tenggara 2015 pada 5 November 2015 di Kota Tinggi, Johor.

Pelbagai pameran pendidikan, keusahawanan dan kemahiran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta turut terlibat memberi pendedahan dan peluang pendidikan dan kerjaya kepada belia lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran, berniaga mahupun yang gagal dalam pendidikan.

MAJLIS Belia Negeri Kedah dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu serta Team MyVOC telah menyampaikan bantuan segera sebanyak RM500 dan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa kes kebakaran rumah dan kedai di belakang Sekolah Menengah Jitra, Kubang Pasu, Kedah. Kebakaran melibatkan 5 buah kedai dan 4 rumah dengan bilangan mangsa seramai 16 orang.

MAJLIS Belia Felda Malaysia (MBFM) telah melancarkan Pencarian Jaguh Felda pada 11 Oktober 2015 di Dewan Semai Bakti, Segamat, Johor. Majlis disempurnakan oleh YB Anuar Abd Manap (Ahli Parlimen Sekijang merangkap Presiden MBFM).

Program ini diadakan di 11 Felda seluruh Malaysia dan merupakan medan terbaik untuk warga Felda khususnya belia mempamerkan bakat dalam sukan badminton untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Badan Gabungan

15 mbm@media

16

Belia Korea Selatan kongsi pengalaman

Siswa UUM kunjungi Sekretariat MBM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2015 – Seramai 15 orang belia dari institusi pengajian tinggi Korea Selatan diketuai oleh Mr. Kim Seung-Gon telah mengadakan kunjungan

ke pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat sendiri organisasi MBM dengan lebih dekat. Delegasi ini disambut oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM yang turut sama dalam pertemuan ini.

Belia Korea Selatan ini juga turut bersama-sama MBM berkongsi pengalaman mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan mereka amat tertarik dengan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2015 – Majlis Belia Malaysia

(MBM) menerima kunjungan dari mahasiswa Universiti

Utara Malaysia Sintok, Kedah seramai 40 orang terdiri

daripada pemimpin-pemimpin institusi tersebut. Kunjungan

ini sempena Youth Leadership Programme bertujuan memberi

latihan dan pendedahan bagaimana untuk menguruskan

kepimpinan berorganisasi.

Belia Malaysia kongsi Aspirasi Pemimpin Belia Peringkat UN

KUALA LUMPUR, 19 November 2015 - Sesi Townhall bersama Encik Ahmed El-Hendawi, United Nations Secretary-General Envoy’s on Youth telah diadakan di

Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Townhall ini diadakan bagi memberi peluang kepada pemimpin muda di Malaysia berinteraksi bersama individu penting dalam pergerakan belia di peringkat United Nations (UN). Ia juga sebagai wadah untuk belia negara ini untuk menambah pengetahuan serta maklumat mengenai belia di seluruh dunia. Sesi townhall ini dihadiri oleh hampir 200 belia termasuk pemimpin-pemimpin muda yang mewakili persatuan masing-masing.