si gadis mardiyyah: esei : pemerdagangan...

Download SI GADIS MARDIYYAH: ESEI : PEMERDAGANGAN MANUSIAannerawk19.blogspot.com/2015/11/esei-pemerdagangan-manus...2017-12-29Soalan : "Pemerdagangan manusia merupakan sesuatu yang serius dan

If you can't read please download the document

Upload: dodien

Post on 13-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SI GADIS MARDIYYAH: ESEI : PEMERDAGANGAN MANUSIA

ASSALAMUALAIKUM YOU ALL ! MOGA - MOGA AWAK SEMUA MENYUKAI BLOGGIE SAYA YANG SIMPLE NIHH AND BOLEH COMMENTS APA SAHAJA TAPI BERBATAS OKEY :') SELAMAT DATANG KE HALAMAN SI GADIS MARDHIYYAH GUYS.

Pages

Home

About Me

STPM

TIPS - TIPS

Sunday

ESEI : PEMERDAGANGAN MANUSIA

Soalan :

"Pemerdagangan manusia merupakan sesuatu yang serius dan perlu ditangani bersama" . Itulah inti pati ucapan Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bincangkan usaha yng boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini serta kesannya jika tindakan lambat diambil.

Kehendak Soalan : A : Usaha menangani masalah pemerdagangan orang

: B : Kesan juka tindakan yang lambat diambil

Kata Kunci : Bincangkan

Kombinasi Idea : 2 + 3 / 3+ 2

Jawapan Penuh :

Aktiviti memperdagangkan manusia merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan semakin menjadi-jadi lantaran daripada kecanggihan teknologi masa kini. Perbuatan ini sukar untuk dibendung jika tidak mendapat kerjasama dari semua pihak.

Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti mengetatkan kawalan keselamatan sempadan. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan negara asing, memberi tumpuan kepada pengurangan pekerja asing bagi usaha mengurangkan kes penyeludupan manusia. Selain itu, rondaan anggota keselamatan perlu diperketat dari semasa ke semasa. Mana-mana pihak atau individu yang mencurigakan perlu ditangkap , disiasat serta didakwa bagi membolehkan masalah ini tidak terus berleluasa. Langkah yang proaktif dan sistematik akan membantu mengatasi masalah ini terutama bagi kes yang berlaku merenatsi sempadan antarabangsa.

Kempen kesedaran awam juga boleh dilakukan dengan mengukuhkan ikatan kekeluargaan serta kesedaran hidup masyarakat . Kempen ini perlu sentiasa dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji atau pelawaan tawaran kerja yang bergaji lumayan dari laur negara. Selain itu, kempen boleh dilaksanakan melalui pendidikan formal atau tidak formal tentang jati diri , kursus-kursus tertentu terutama dalam aktiviti Biro Tatanegara (BTN). Pada masa yang sama , kempen kesedarn di media-media massa perlu dilakukan dari semasa ke semasa sebagai peringatan kepada rakyat supaya berhati-hati dalam semua perkara.

Tindakan undang-undang juga perlu dikuatkuasakan secara proaktif dengan mengukuhkan perundangan tempatan untuk menyokong Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di depot tahanan imigresen yang disediakan di lapangan terbang sebelum tindakan penghantaran pulang ke negara asal diambil. Sesiapa yang didapati melindungi mangsa - mangsa pemerdagangan manusia boleh didakwa dn sekiranya didapati bersalah akan didenda dan dipenjarakan selama 15 tahun mengikut akta tersebut.

Sekiranya maslah ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan proaktif , hal ini akan menyebabkan mangsa yang terlibat dinafikan hak kebebasan , kemungkinan dikurung sepanjang masa akan menutup peluang untuk mencari ilmu pengetahuan bagi membaiki diri. Hal ini seterusnya menyebabkan mangsa yang berjaya membebaskan diri akan mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan baharu kerana tiada jaminan masa hadapan . Mereka juga dianggap sebagai buruh kasar dan tidak berkemahiran .

Secara umumnya, mangsa pemerdagangan manusia terutama kanak-kanak akan dipaksa untuk bekerja 10 hingga 18 jam sehari dan hal ini menghalang mereka mendapat pendidikan dan meningkat putaran kemiskinan dan buta huruf yang melambatkan perkembangan nasional. Terdapat juga sebahagian kanak-kanak akan dipaksa meminta sedekah , dijadikan anak angkat dan lebih malang lagi akan menjadi mangsa perdagangan organ manusia. Selain itu, jenayah pemerdagangan manusia juga akan meningkat masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Selain itu , jenayah pemerdagangan manusia juga akan menjatuhkan imej negara dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak dapat melindungi wanita dan anak-anak yang diculik dari rumah dan sekolah mereka atau dari tempat permainan. Hal ini turut mewujudkan pelbagai perspektif negatif termasuk kemungkinan berlaku gejala rasuah dalam kalangan pegawai keselamatan oleh pihak penyeledup.

Kesimpulannya, usaha yang lebih komited perlu dilakukan bagi menangani permasalahan ini. Kerjasama daripada semua pihak sama ada kerajaan, swasta ,Pertubuhan Bukan Kerajaan serta orang ramai amat diperlukan bagi mengatasi masalah pemerdagangan manusia ini .

Posted by

nor syazreen

at8:23 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:Pemerdagangan Manusia

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Followers

Live Traffic Stats

Your browser does not support JavaScript!

Budak Comel Online

ASSALAMUALAIKUM ! SELAMAT DATANG DI BLOGGER TAMAN MARDHIYYAH .

Dalam sawah padi dituaikanMenari gaya bentuk tempuaSalam ukhwah diri hulurkanDari saya untuk semua

Budak budak bermain rakit,rakit hanyut arah ke hulu,bila dekat hatiku sakit,bila jauh terasa rindu

ADA APA DI SINI

Dec 07 (1) Nov 30 (1) Nov 29 (2) Nov 27 (2) Oct 15 (1)

POPULAR POST MARDHIYYAH

Story About Me

nor syazreen

View my complete profile

Powered by Blogger.