shanmugam bahagian tatabahasa
TRANSCRIPT
Bahagian tatabahasa
1.Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
memanjakan=memanja
ii) Zubair dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
Hakeem Restoran = Restoran Hakeem
iii)Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutamanya apabila tiba waktu senja.
nian indah=indah nian
iv)“Patik berharap agar kalian dapat meminta maaf kepada Aiman kerana dia memang tidak bersalah dalam hal ini,”kata Farah kepada Rajiv dan Jun Yu.
Patik=Saya
2.Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
i)Pelantikan jawatankuasa urusetia kejohanan sukan mini pada peringkat sekolah itu telah dimaklumkan oleh mereka kepada pihak pengurusan sekolah.
kejohanan sukan mini =Kejohanan Sukan Mini
ii) Persatuan yang mengurus hal-ehwal wanita di daerah tersebut sudah tidak aktif lagi belakangan ini kerana pengerusinya telah berhijrah ke tempat lain.
Belakangan=Kebelakangan
iii) Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Hussein bin Salleh, dzif-dzif kehormat, dan rakan-rakan seperjuangan.
rakan-rakan=rakan
3)Gabungkan ayat-ayat majmuk dibawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
i) Awak boleh memilih buku terbitan penerbit ini.
Awak boleh memilih buku terbitan penerbit itu.
Awak boleh memilih buku terbitan penerbit ini dan itu.
ii) Dia mengulang kaji pelajaran dengan tekun.
Hari sudah lewat malam.
Dia mengulangkaji pelajaran dengan tekun walaupun hari sudah lewat malam.
iii) Air mata membasahi pipi Puan Komala.
Puan Komala mendengar berita itu.
Air mata membasahi pipi Puan Komala apabila mendengar berita itu.
iv) Dia sempat melawat beberapa buah Negara di Eropah.
Dia belajar di United Kingdom.
Dia sempat melawat beberapa buah Negara di Eropah semasa dia belajar di United Kingdom.
v)Ibu tidak ke pejabat.
Ibu ke klinik
Ibu mendapatkan rawatan kesihatan.
Ibu tidak ke pejabat kerana ibu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
(10 markah)