sgala tercinta

Upload: siti-nursuhana-jamil

Post on 05-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 sgala tercinta

    1/6

    Segala yang Tercinta Ada Di SanaCerpen Segala yang Tercinta Ada di

    Sana Tg3

    Nota

    Ditulis oleh Cikgu ZainudinRabu, 30 November 2011 18:49

    Segala yang Tercinta Ada di Sana(Zainal Rashid Ahmad)

    Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Sinopsis

    Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-ratapenduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumbertumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.

    Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis danrakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yangdisayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

    Tema

    Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakatkampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan merekatermasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji danimam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalahdalam kehidupan harian.

    Persoalan

    i. Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untukmerawat pelbagai penyakit.

    ii. Pendidikan agama dalam masyarakat.Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang pentingbagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

    iii. Ketaatan kepada guru.

    Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji danimam kampung.

    iv. Kemiskinan masyarakat di kampungContoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

    Plot

    http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=44:notapmr&id=336:cerpen-segala-yang-tercinta-ada-di-sana-tg&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=56http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=44:notapmr&id=336:cerpen-segala-yang-tercinta-ada-di-sana-tg&format=pdf&option=com_content&Itemid=56http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=44:notapmr&id=336:cerpen-segala-yang-tercinta-ada-di-sana-tg&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=56http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=44:notapmr&id=336:cerpen-segala-yang-tercinta-ada-di-sana-tg&format=pdf&option=com_content&Itemid=56
  • 7/31/2019 sgala tercinta

    2/6

  • 7/31/2019 sgala tercinta

    3/6

    Watak SampinganHajah Tomi. Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

    ii. Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

    iii. Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

    iv. Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

    v. Kuat agamaContoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.

    vi. Baik hatiContoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letihkerana belum makan.

    vii. PemurahContoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpongmembersihkan surau akibat musim air pasang.

    viii. PenyayangContoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliautidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumahHajah Tom.

    Haji Salleh Pumpongi. Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

    ii. Berpengetahuan luasContoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.

    iii. PembersihContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

    iv. PenyayangContoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

    Latar

    Latar Masa

    i. Waktu subuhContoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran padawaktu itu.

    ii. Malam-malam pertengahan RamadhanContoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas danbertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surahtersebut.

  • 7/31/2019 sgala tercinta

    4/6

    iii. Pagi-pagi sebelum keluar rumahContoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepadamereka.

    iv. Sebelum habis bulan pertama persekolahanContoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan

    doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.v. Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.vi. Tiga bulan kemudianContoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkansolat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.

    vii. Awal RamadhanContoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggaldunia.

    Latar Tempati. Kampung

    Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

    ii. Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besarContoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.

    iii. SurauContoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannyabergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telahmembersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.

    iv. GubirContoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.

    Latar Masyarakati. Masyarakat kampong.Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantungkepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

    ii. Masyarakat miskin.Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkanrawatan di klinik.

    iii. Masyarakat yang taat kepada guru .Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quranmereka.

    iv. Masyarakat yang prihatin.Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anakmuridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajarmereka.

  • 7/31/2019 sgala tercinta

    5/6

  • 7/31/2019 sgala tercinta

    6/6

    i. Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

    ii. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang

    merupakan anak-anak kampung yang miskin.

    iii. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahuimereka keletihan dan kelaparan.

    iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yangtelah mendidik mereka sejak kecil lagi.

    v. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

    Soalan

    i. Mengapakah orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit?

    ii. Bagaimanakah penulis dan rakan-rakan diajar cara untuk tidur lena?

    Jawapan

    i. Orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit keranamereka tidak mampu pergi ke klinik.

    ii. Penulis dan rakan-rakan menggunakan empulur sabut yang dipintal lalu diikat tebal-tebal padahujung batang buluh bagi dijadikan berus untuk membersihkan lantai surau.