issn: 2289 -523x buletin -...

16
1 EDISI OKTOBER 2015 Shaping Society Mencorak Masyarakat BULETIN ISSN: 2289 -523X 11 MPP UNISEL KE AUSTRALIA TANDATANGANI MOU PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN TERIMA PINGAT EMAS IEM 2014 IBU BAPA SIFATKAN UNISEL SETARAF IPTA | EDISI OKT 2015 | NASKHAH PERCUMA | www.unisel.edu.my |

Upload: trandan

Post on 09-Jul-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1EDISI OKTOBER 2015

Shaping Society Mencorak Masyarakat

BULETINI S S N : 2 2 8 9 - 5 2 3 X

11 MPP UNISEL KE AUSTRALIA TANDATANGANI MOU

PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN TERIMA PINGAT EMAS IEM 2014

IBU BAPA SIFATKAN UNISEL

SETARAF IPTA

| E D I S I O K T 2 0 1 5 | N A S K H A H P E R C U M A | w w w . u n i s e l . e d u . m y |

BULETIN unisel2

Penaung : Prof Dr Anuar Ahmad Presiden dan Naib Canselor

Penasihat : Hajah Fauziah Abd Rahman Ketua Pustakawan

Ketua Editor : Hasril Abu Hassan Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat

Editor : Ahmad Norman Abu Talib Penolong Pengurus Komunikasi Korporat

Penasihat Kreatif : Prof Dr Abd Shukor Hashim Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Wartawan : Pejabat Komunikasi Korporat

Fotografi : Pejabat Komunikasi Korporat

Pembantu Editorial : : Hasni Mohd Noor : Nor Hasnida Mohd Hosni : Aiman Mudzafar Mohamad Khairi

Buletin UNISEL mengalu-alukan sebarang penulisan rencana, cadangan atau komentar yang membina. Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:

Pejabat Komunikasi KorporatTingkat 5, Bangunan SatelitJalan Zirkon A7/A, Seksyen 740000 Shah AlamSELANGORTel : +603-55223420Email : [email protected] : media.unisel.edu.my

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih berpasukan, maka dapatlah dizahirkan ‘Buletin Khas’ sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor Ke-10 pada

hari ini, tanggal 24 Oktober 2015. Diharap buletin universiti yang disediakan ini mampu menjadi wadah kepada warga universiti untuk berkongsi idea, ilmu, pengalaman dan kepakaran dan seterusnya menjadi landasan pembudayaan ukhwah sesama kita dengan masyarakat luar nanti.

Izinkan saya, Istiadat Konvokesyen yang sedang berlangsung ketika ini sebenarnya telah membuktikan kematangan kita. Ini kerana sudah terlalu banyak cabaran berliku yang telah dihadapi dalam usaha memartabatkan kualiti pendidikan di universiti tercinta ini. Semua ini terhasil dengan kerjasama erat, kuat serta utuh yang terjalin. Yakinlah, kita sebenarnya telah berjaya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan setanding dengan universiti mega yang lain.

Akhir dari saya, setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-10 ini. Kepada semua graduan pula, tahniah diucapkan. Sesungguhnya, kejayaan anda adalah hasil pengorbanan ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada universiti bagi mendidik anda menjadi diri anda sekarang. Gunakanlah ilmu yang dimiliki sebaik-baiknya untuk kerjaya dan kehidupan yang cemerlang kelak.

Hasril Abu HassanKetua Editor

Fakulti Perniagaan

Pusat PengajianSiswazah (CGS)

Fakulti Seni Lukisdan Seni Reka

Fakulti Sainsdan Bioteknologi

Fakulti Pendidikan& Sains Sosial

Fakulti Komunikasidan Media

Fakulti Sains Komputerdan Teknologi Maklumat

Fakulti Bioperubatandan Sains Kesihatan

FakultiKejuruteraan

Pusat PengajianAsasi dan Umum

SidangEditorial

3EDISI OKTOBER 2015

K A N D U N G A N

4. Tan Sri Wee Chai sifatkan reputasi UNISEL cemerlang

Sukarelawan UNISEL bantu dirikan dua rumah Orang Asal

5. UNISEL meterai MoU serta MoA bersama empat jaringan industri

Pelajar Fakulti Kejuruteraan terima pingat emas IEM 2014

6. Fakulti Kejuruteraan jalin kerjasama empat universiti Indonesia

Prof Hamidullah kongsi ilmu epistimologi Islam 7. 11 MPP UNISEL ke Australia tandatangani MoU

Pelajar perlu berintergriti sepanjang pengajian

8. Ibu bapa sifatkan UNISEL setaraf IPTA

Nik Nazmi sokong hasrat MPP ke Australia

9. UNISEL jalankan kajian penyelidikan sumber bio bersama IPT Jepun

10. Simposium kajian penyelidikan UNISEL beri manfaat pelajar

bentang idea awal

UNISEL sertai simposium ‘Parlimen Asia’ di Hong Kong

11. Dua bekas kakitangan UNISEL terima gratuiti

Kakitangan UNISEL gembira terima ‘duit raya’

12. Pelajar asrama UNISEL berbuka puasa bersama MAIS

Bicara bulanan semarak kehadiran Ramadan

13. Fahami ilmu lebih penting bukan sekadar belajar

Seminar kaunseling bantu kaunselor sekolah

14. Tinggal di asrama supaya berdikari

Kukuh hubungan kakitangan UNISEL sempena Aidilfitri 15. Ucapan Tahniah Graduan

>>

3EDISI JULAI 2015

BULETIN unisel4

PENGERUSI Top Glove Corporation Bhd, Tan Sri Lim Wee Chai, 57, menyifatkan UNISEL sebagai sebuah universiti swasta yang mempunyai imej cemerlang di kalangan institut pengajian tinggi (IPT) negara.

Tan Sri Wee Chai berkata, faktor tersebut menjadi pendorong kepada beliau untuk memilih melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan di UNISEL pada 2009.

Menurutnya, beliau yakin UNISEL mampu merealisasikan impiannya untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Saya pilih UNISEL kerana ada imej baik dan saya juga layak untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan kelayakan yang saya ada.

“Selain itu UNISEL juga menawarkan program yang saya mahu lakukan,” katanya ketika ditemui selepas membentangkan kajian bertajuk ‘Sustainable competitive advantage capability and performance in the glove industry’.

TAN SRI WEE CHAI SIFATKAN REPUTASI UNISEL CEMERLANG

BULETIN unisel4

Tan Sri Wee Chai selepas selesai membentangkan kajiannya di UNISEL Kampus Shah Alam pada 11 Ogos lalu.

Tan Sri Wee Chai turut menyarankan mana-mana pihak yang ingin melanjutkan pelajaran supaya memilih UNISEL kerana terbukti mempunyai reputasi baik.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuannya ingin mendapatkan PhD adalah untuk

SEBAGAI membantu Orang Asal yang kurang berkemampuan, seramai 14 sukarelawan UNISEL terlibat dalam projek mendirikan dua buah rumah di Kampung Orang Asli Kelingsing dan Kampung Orang Asli Bakok, Sepang baru-baru ini.

Projek hasil kerjasama pertubuhan bukan

SUKARELAWAN UNISEL BANTU DIRIKAN DUA RUMAH ORANG ASAL Kerjasama tersebut dipertingkatkan

lagi melalui termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad menyempurnakan MoU tersebut bersama Presiden Insaf Malaysia, Ishak Abdul Kadir.

Prof Dr Anuar berharap MoU tersebut dapat menjadi permulaan untuk mewujudkan kesedaran sukarelawan di kalangan para pelajar.

“Dengan adanya perkara seumpama ini ia beri kesan positif pada komuniti selari dengan slogan universiti.

“Harap kegiatan ini dapat dikembangkan dalam pelbagai bentuk penyelidikan,” katanya di Kampus UNISEL Bestari Jaya yang turut disaksikan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong Keat Ping.

Ishak berharap kerjasama ini dapat dilakukan terutama ketika menghadapi musim bencana di mana UNISEL menyediakan tenaga sukarelawan.

“Bukan sahaja di dalam bidang pembinaan rumah tetapi program makanan,” katanya.

memastikan kualiti produknya lebih baik.Perkara itu dapat dilaksanakan melalui

kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan.“Tanpa kajian maka tiada masa depan

kerana ini penting untuk jamin kualiti produk,” katanya.

kerajaan (NGO), Insaf Malaysia, itu menelan belanja kira-kira RM24,000.

Rumah yang dibina pula berasaskan kayu kerana ia lebih mesra dengan budaya Orang Asal.

UNISEL menjalinkan kerjasama bersama Insaf Malaysia dalam mengadakan kerja-kerja sukarelawan.

Prof Dr Anuar bersama Ishak selepas menandatangani MoU di sini

5EDISI OKTOBER 2015

UNISEL METERAI MOU SERTA MOA BERSAMA EMPAT JARINGAN INDUSTRI

5EDISI JULAI 2015

UNISEL mengadakan memorandum persefahaman (MoU) serta memorandum perjanjian (MoA) bersama empat jaringan industri.

MoA diadakan melibatkan UNISEL bersama DNS Venture Sdn Bhd dan Bostani Technology Sdn Bhd manakala MoU pula bersama dengan Teamwork Allgain Sdn Bhd dan APFT Maintenance  Training Berhad.

Peranan industri sememangnya memberi impak yang besar kepada UNISEL sebagai sebuah institusi pengajian tinggi  swasta yang terulung di negara ini.

Perjanjian persefahaman yang dimeterai itu merupakan komitmen UNISEL dan juga empat jaringan industri yang terlibat    untuk

bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, penghasilan produk, perkongsian sumber,  latihan pelajar dan pelbagai bidang lain bakal diterokai, yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Kerjasama antara UNISEL dan empat jaringan industri ini telah sedia terjalin melalui beberapa program yang dilaksanakan antaranya penghasilan produk airys-Air Electrolyser, teknologi hijau dan  penghasilan makanan ayam . Selain itu, pelbagai projek pembangunan modal insan, latihan, penyelidikan pelajar dan staf UNISEL

turut dijalankan.UNISEL sentiasa memberi penekanan

kepada proses penjanaan ilmu khususnya melalui penyelidikan yang dijalankan secara bersama. 

Proses penjanaan ilmu ini kelak akan dapat disebarkan melalui penerbitan, pengajaran, dan jaringan industri serta masyarakat. 

Sebelum ini, penyebaran ilmu banyak tertumpu kepada pengajaran dan penerbitan jurnal, kini UNISEL telah mula melihat dalam konteks yang lebih luas melalui kerjasama industri dan penghasilan produk melalui penyelidikan yang aktif seperti yang dijalankan oleh Fakulti Sains Dan Bioteknologi dan Fakulti Kejuruteraan.

UNISEL berharap MoA dan MoU ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara jaringan dengan bekerjasama dalam pelbagai bidang dan perkongsian sumber.

Pemangku Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof Dr Mokhtar Abdullah (empat, kiri) selepas menyempurnakan majlis menandatangani MoU dan MoA bersama wakil industri

Pameran turut diadakan oleh empat jaringan industri tersebut

PELAJAR Fakulti Kejuruteraan, Lee Wei Pin mengharumkan nama universiti apabila dianugerahkan pingat emas Institut Jurutera Malaysia (IEM) 2014.

Beliau yang mengikuti Ijazah Kejuruteraan Mekanikal menerima anugerah tersebut pada 18 April lalu di Grand Ballroom Sime Darby Convention Centre.

Wei Pin yang kini sudah bekerja sebagai jurutera projek di sebuah syarikat kejuruteraan ternyata bangga dengan pengiktirafan tersebut.

Beliau menyertai konvokesyen ini dan diharapkan kejayaan seperti ini dapat dijadikan contoh serta pembakar semangat kepada para pelajar yang lain.

PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN TERIMA PINGAT EMAS IEM 2014

Wei Pin ketika menerima anugerah tersebut

BULETIN unisel6

FAKULTI KEJURUTERAAN JALIN KERJASAMA EMPAT UNIVERSITI INDONESIA

FAKULTI Kejuruteraan mengorak langkah di persada antarabangsa apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) serta memorandum perjanjian (MoA) dengan empat universiti Indonesia.

MoA dan MoU tersebut melibatkan fakulti kejuruteraan masing-masing iaitu Universiri Sultan Agung Semarang (UNISSULA), Universiti Negeri Semarang (UNNES), Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) dan Universiti Telekom.

Dekannya, Prof Madya Dr Salina Muhamad berkata, melalui kerjasama tersebut, lima kakitangan serta pelajar akan dihantar ke

universiti berkenaan bagi mengikuti program pertukaran.

Prof Madya Dr Salina berkata, beliau menjangkakan ia akan bermula pada bulan ini dengan seorang staf serta pelajar bagi setiap program.

“Tujuan MoU ini adalah untuk mewujudkan kerjasama

dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.“Saya berharap agar kakitangan serta

pelajar mendapat pendedahan terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran berbeza,” katanya.

Menurutnya, beliau juga berharap ia dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan UNISEL selain menghasilkan penyelidikan yang bermanfaat untuk masyarakat.

MoU dijalankan dengan UPI di Bandung

MoA dan MoU dijalankan bersama UNNES

PROF Hamidullah Marazi dari Universiti Kashmir, India berkongsi pandangannya mengenai epistimologi islam dan kepentingannya dari sudut sosial sains.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut dengan dihadiri oleh hampir 20 pelajar Pusat Pengajian Siswazah di Kampus Shah Alam.

Prof Hamidullah menyifatkan bahawa pembelajaran ilmu tidak dapat dipisahkan daripada sudut Islam.

Turut hadir Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

PROF HAMIDULLAH KONGSI ILMU EPISTIMOLOGI ISLAM

Prof Hamidullah (dua, kanan) bersama Prof Dr Shaharuddin (tengah) serta para peserta.

Para pelajar mendengar pandangan syarahan disampaikan oleh Prof Hamidullah

7EDISI OKTOBER 2015

11 MPP UNISEL KE AUSTRALIA TANDATANGANI MOU

7EDISI JULAI 2015

SERAMAI 11 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Kampus Shah Alam ke dua buah universiti di Perth, Australia untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam meningkatkan hubungan kerjasama jaringan antarabangsa.

Lawatan tersebut bermula pada 30 Ogos hingga 4 September lalu melibatkan MPP Universiti Curtin dan juga Universiti Western Australia.

Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau berharap pelajar dapat memanfaatkan lawatan seperti ini ke tahap maksimum.

Prof Dr Shaharuddin berkata, pelajar perlu mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman berada di institut pengajian antarabangsa.

Menurutnya, banyak yang boleh dipelajari selain daripada mengaplikasikan kembali di UNISEL.

Selain itu, ia juga dapat menaikkan nama UNISEL di peringkat antarabangsa melalui program-program seumpama ini.

“Lawatan seperti ini dapat menimba

Prof Dr Anuar (tengah) bersama Prof Madya Dr Shaharuddin sempat beramah mesra bersama MPP yang akan ke Perth Ahad ini.

pengalaman serta pelajaran dengan pelajar-pelajar di sana.

“Pelbagai program sudah dirangka semasa program lawatan ini diadakan antaranya MoU antara persatuan pelajar itu sendiri selain daripada bertemu dengan komuniti pelajar

Malaysia di sana,” katanya semasa Majlis Pelepasan Simbolik Pelajar ke Australia sempena program ‘‘International Linkage Between Selangor and Western Australia’ yang turut dihadiri Presiden yang juga Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad di sini.

PARA pelajar baru mendaftar bagi pengambilan Ogos diingatkan supaya berintergriti dalam menuntut ilmu sepanjang pengajian di UNISEL.

Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, intergriti adalah perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

Menurutnya, ia merupakan faktor penting

PELAJAR PERLU BERINTERGRITI SEPANJANG PENGAJIAN

dalam membentuk karakter seseorang pelajar itu untuk menjadi insan yang baik terutama apabila memasuki alam pekerjaan.

Katanya, belajar sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak mengamalkan intergriti yang sepatutnya.

“Apa yang paling penting sekali ialah mengamalkan intergriti di dalam apa sahaja.

“Dengan berintergriti seseorang itu akan lebih mudah berjaya malah dihormati,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan UNISEL dan Ikrar Pelajar Baru di Kampus Shah Alam pada 25 Ogos lalu.

Bacaan ikrar disempurnakan oleh Emilio Imbert Fernandez, 19, yang mengikuti pengajian Ijazah Perakaunan.

Emilio mengetuai bacaan ikrar pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membuat kejutan kek sempena sambutan 15 tahun UNISEL tahun lalu

BULETIN unisel8

IBU BAPA SIFATKAN UNISEL SETARAF IPTA

IBU bapa menyifatkan UNISEL sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertaraf institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Tanggapan tersebut dibuat berdasarkan kemudahan serta fasiliti yang disediakan di kedua-dua kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.

Ibu bapa ternyata berpuas hati dengan apa yang ada di UNISEL dan ia menjadi salah satu faktor mengapa mereka menghantar anak melanjutkan pengajian di universiti ini.

Kakitangan swasta, Sharmala Sivasamy, 56, berkata, dia menyifatkan UNISEL sebagai sebuah medan pembelajaran yang sangat bagus.

Sharmala berkata, fasiliti yang ada sangat lengkap dan ia membantu para pelajar sepanjang

pembelajaran.Malah apa yang menarik

perhatiannya adalah keadaan persekitaran Bestari Jaya yang cantik dihiasai dengan pokok-pokok serta terdapat tasik.

“Memang tiada apa yang saya nak merungut kerana semuanya baik di sini.

“Persekitarannya sememangnya sangat sesuai untuk pembelajaran,” katanya ketika ditemui mendaftarkan anaknya di Bestari Jaya.

Kakitangan kerajaan, Ramlee Nordin, 54, berkata, kemudahan asrama disediakan

merupakan antara faktor dia mahu anaknya meneruskan pengajian ijazah di sini.

Ramlee berkata, dengan adanya asrama ia sangat memudahkan para pelajar untuk ke kuliah.

“Lagipun bila tinggal di asrama lebih selamat berbanding di luar seperti sebelum ini.

“Sekarang saya rasa lega terutama mengenai aspek keselamatan anak saya yang tinggal di dalam kampus,” katanya.

Guru, Siti Hawa Hashim, 30, berkata, dia berpuas hati kerana adiknya menetap di asrama kerana lebih menjimatkan.

Siti Hawa menyifatkan apa yang ditawarkan di UNISEL adalah teratur

dan lengkap.“Memang setaraf IPTA apa yang ada di sini

dan saya sangat berpuas hati,” katanya.

Ibu bapa menanti anak mereka mendaftar

Siti Hawa Ramlee

Sharmala

USAHA Majlis Perwakilan Pelajar bertemu Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad membuahkan hasil positif apabila cadangan lawatan ke dua buah universiti di Perth, Australia disambut baik.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan hasrat MPP yang mahu menjalinkan hubungan antarabangsa serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MPP Universiti Curtin serta Universiti Western Australia.

Selain itu, MPP seramai 11 orang bertolak pada 30 Ogos hingga 4 September lalu turut mengadakan beberapa program khas semasa lawatan tersebut.

Nik Nazmi berkata, program tersebut merupakan usaha proaktif mampu meningkatkan nama UNISEL di luar negara.

Menurutnya, program sedemikian amat penting dalam mempromosikan lagi nama universiti ini.

“Saya berharap mereka sebagai wakil pelajar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar Australia dan terus berusaha membangunkan UNISEL,” katanya pada 30 Julai lalu.

NIK NAZMI SOKONG HASRAT MPP KE AUSTRALIA

Wakil MPP yang bertemu Nik Nazmi (dua, kanan)

9EDISI OKTOBER 2015

UNISEL akan menjalankan kajian penyelidikan bersama institut pengajian tinggi (IPT) ternama Jepun berhubung sumber bio melalui Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) dengan peruntukan sebanyak USD 5 juta.

SATREPS merupakan program insiatif yang mempromosi kerjasama penyelidikan menggunakan kecanggihan sains dan teknologi Jepun. Ianya merupakan program dilaksana oleh agensi Japan Science and Technology (JST), Japan International Cooperation (JICA) serta Japan Medical Research and Development (AMED).

Kajian penyelidikan ini juga merupakan

gabungan usahasama dua lagi IPT negara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama Universiti Tokyo, Universiti Soka dan National Institute of Environment Tokyo.

SATREPS mengilhamkan ilmu baru yang berkemungkinan menjadi kunci untuk mengatasi isu-isu global seperti alam sekitar, tenaga, biosumber, kawalan bencana alam dan pengawalan penyakit berjangkit. Cadangan projek ini diterima dan mendapat anugerah geran peruntukan dari SATREPS bagi 2015 sebanyak USD5 juta untuk dilaksanakan di Malaysia dijangka bermula tahun depan selama lima tahun.

UNISEL yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Khushairi Mohd Rajuddin dari Fakulti Sains dan Bioteknologi akan diwakili seramai sembilan orang terdiri daripada lima pensyarah serta selebihnya pelajar.

Dianggarkan seramai 30 orang akan terlibat secara keseluruhan mewakili institusi masing-masing.

Semua institusi terlibat projek SATREPS perlu melalui pelbagai persediaan termasuk melengkapkan tatacara dan aturcara penyelidikan serta makmal sedia ada di universiti masing-masing. Agensi sains dan teknologi serta SATREPS Jepun akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan ia memenuhi piawaian sebelum penyelidikan dapat dimulakan.

UNISEL secara langsung perlu melengkapkan makmal sedia adanya iaitu LaMBO (Laboratory for Marine Bio-Optical Observation) yang terletak di Fakulti Sains dan Bioteknologi di Kampus Bestari Jaya.

Mesyuarat teknikal bagi kajian di Malaysia dijalankan melibatkan tujuh pakar dari Jepun di Hotel Concorde, Shah Alam.

Turut hadir mengalu-alukan kehadiran semua saintis yang bermesyuarat pada 25 Ogos lalu adalah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau meluangkan masa hampir 2 jam berkongsi pandangan serta cadangan dengan semua saintis yang terlibat.

SATREPS sebelum ini juga menganugerahkan geran kepada saintis-saintis dari pelbagai negara yang disifatkan mampu melaksanakan aspirasi badan tersebut seperti Chile, Brazil, Argentina, Afrika Selatan, Ghana, Kenya, Turki, Afghanistan, India, Thailand, Filipina, Mexico, Colombia, dan lain-lain.

UNISEL JALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN SUMBER BIO BERSAMA IPT JEPUN

Delegasi Jepun mendengar taklimat disampaikan

Mereka melakukan lawatan serta pemeriksaan

Makmal yang dilengkai dengan kemudahan untuk kajian SATREPS

BULETIN unisel10

TIGA wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL diberi pendedahan untuk menimba pengalaman berharga apabila menyertai 6th University Scholars Leadership Symposium yang diadakan di Universiti Politeknik, Hong Kong pada 1 hingga 7 Ogos lalu.

Ini merupakan julung kalinya UNISEL menghantar wakil untuk menyertai simposium yang menghimpunkan pelajar serta pemimpin pelajar di seluruh Asia.

Peluang menyertai simposium yang diibaratkan sebagai ‘Parlimen Asia’ itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh Yang Dipertua MPP, Mohamad Arif Zaki Ali, 22, Naibnya, Mohammad Faiz Madon, 21 serta Setiausaha Agung, Nur Izzati Haziqah Alias, 21.

UNISEL SERTAI SIMPOSIUM ‘PARLIMEN ASIA’ DI HONG KONG

BULETIN unisel10

KUKUH

Mohamad Arif Zaki ketika berucap di majlis simbolik pelepasan.

Prof Dr Anuar (dua, kanan) bersama Prof Dr Shaharuddin (kanan) menyerahkan bendera sebagai simbolik

UNISEL merupakan antara 10 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara yang menyertai simposium ini.

Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, program seumpama ini mampu melebarkan lagi jaringan antarabangsa UNISEL kerana selama ini hanya bergerak di sekitar Asia Tenggara sahaja.

Prof Dr Shaharuddin yang juga merupakan ketua delegasi berkata, perkara yang akan dibincangan di dalam simposium berkenaan adalah mengenai isu kemanusiaan, urus tadbir

kerajaan yang baik serta alam sekitar.Menurutnya, para pelajar dapat bertukar-

tukar pendapat sesama mereka ketika berada di sana selain melihat sistem universiti berkenaan yang diiktiraf antara 10 terbaik di Asia.

“Dengan adanya simposium seperti ini ia ternyata beri pendedahan kepada pelajar.

“Simposium ini bukan sekadar makan angin tetapi medan untuk mereka berbincang di kalangan pemimpin selain mengasah kepimpinan mereka,” katanya pada sidang media Majlis Pelepasan MPP Menyertai Simposium di Hong Kong di Kampus Shah Alam di sini.

Turut hadir Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.

Prof Dr Shaharuddin menjelaskan bahawa penghantaran pelajar UNISEL ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM10,000 manakala baki RM4,000 ditanggung universiti.

Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyokong penuh usaha ini.

UNISEL mengadakan 2nd Postgraduate Research Symposium 2015 bagi memberi peluang untuk pelajar membentangkan kertas cadangan idea awal tesis mereka.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah (CGS), Dr Aza Azlina Md Kassim berkata, simposium tersebut merupakan yang kedua diadakan sejak tahun lalu apabila pelajar pengambilan Ogos semester satu Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah (PhD) (Penyelidikan) diwajibkan untuk menyertainya.

Dr Aza Azlina berkata, melalui program seperti ini, ia memberi ruang kepada mereka untuk membentangkan kepada penilai idea

awal mereka.“Hari ini terdapat 75 peserta di mana 39

daripadanya merupakan pembentang kajian

awal mereka.“Mereka berpeluang untuk

diberikan komen serta cadangan oleh para penilai,” katanya selepas perasmian simposium tersebut di Kampus Shah Alam di sini.

Program tersebut dirasmikan oleh Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.

Selain itu, terdapat 30 pelajar Universiti Muhammadiyah, Indonesia menyertai simposium ini.

Mereka turut mengambil bahagian membentangkan kajian awal mereka dan gembira dengan respon diberikan oleh penilai.

SIMPOSIUM KAJIAN PENYELIDIKAN UNISEL BERI MANFAAT PELAJAR BENTANG IDEA AWAL

Pelajar yang terlibat berpeluang membentangkan idea awal masing-masing

11EDISI OKTOBER 2015 11EDISI JULAI 2015

DUA bekas kakitangan UNISEL, Mohd Azreen Herman, 36 serta Saimah Mokhtar, 56, menerima sejumlah cek gratuiti selepas bersara awal.

Kedua-duanya yang masing-masing berhenti berkhidmat pada Mac dan April lalu berbuat demikian kerana faktor kesihatan.

Untuk itu, mereka diberikan gratuiti sebagai penghargaan serta bagi meringankan beban

dihadapi.Difahamkan Mohd Azreen sudah berkhidmat

hampir lapan tahun manakala Saimah 10 tahun.Gratuiti ini merupakan penghargaan atas

khidmat bakti mereka di UNISEL.Mohd Azreen kini masih terlantar sakit di

rumahnya apabila dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat ruptured cerebral aneurysm.

Bagaimanapun selepas setahun keadaannya kini beransur pulih menunjukkan peningkatan.

Ini dapat dilihat apabila dia kini sudah mampu memberi respon apabila ditegur.

Azreen juga kini sudah mula dapat mengecam ahli keluarga mahupun rakan-rakannya.

Dalam kunjungan Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad

serta pengurusan kanan lain, Mohd Azreen tersenyum serta memberi reaksi balas .

Beberapa rakan sekerja yang turut mengunjungi Mohd Azreen sempat bergurau bersamanya.

DUA BEKAS KAKITANGAN UNISEL TERIMA GRATUITI

KAKITANGAN UNISEL menerima berita menggembirakan apabila Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji.

Pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 itu diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 7 Julai lalu.

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi melaksanakan pemberian imbuhan tersebut.

Menurutnya, ia adalah susulan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada semua penjawat awam di Selangor baru-baru ini.

“Ia bertujuan menghargai khidmat kesemua kakitangan UNISEL di samping memberi motivasi dan meningkatkan semangat kerja warga universiti,” katanya pada sidang media yang diadakan di Kampus Shah Alam.

Turut hadir Presiden yang juga Naib Canselor

UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad serta pengurusan kanan universiti.

Prof Dr Anuar menyambut baik pengumuman tersebut serta mengucapkan ribuan terima kasih mewakili universiti.

Menurutnya, imbuhan seperti tersebut

adalah sangat bermakna di dalam keadaan situasi semasa di mana kenaikan harga barang serta minyak.

Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kakitangan UNISEL.

Nik Nazmi (kanan) ketika mengumumkan bonus sebulan gaji sempena hari raya sambil disaksikan oleh Prof Dr Anuar

KAKITANGAN UNISEL GEMBIRA TERIMA ‘DUIT RAYA’

Prof Dr Anuar (kiri) semasa melawat Mohd Azreen di rumahnya

Prof Dr Anuar menyampaikan cek gratuiti kepada Saimah

BULETIN unisel12

PELAJAR ASRAMA UNISEL BERBUKA PUASA BERSAMA MAIS

BULETIN unisel

BULAN Ramadan mulia ini menjadi medan kesempatan terbaik untuk merapatkan hubungan antara sesama insan.

Pada 7 Julai lalu, seramai hampir 100 pelajar

Prof Dr Anuar yang turut hadir

diraikan dalam Program Mesra Asrama UNISEL – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dalam majlis yang dihadiri oleh pelajar-pelajar asrama UNISEL di Wisma MAIS tersebut, pelbagai program sampingan turut diadakan.

Para pelajar berbuka puasa hidangan yang disediakan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah diikuti dengan ceramah.

Majlis kemudian bersambung dengan solat isyak dan juga tarawih sebelum para pelajar menikmati moreh yang disediakan.

Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad turut hadir menyerikan majlis.

Pelajar lelaki mengambil hidangan disediakan

Pelajar menikmati juadah berbuka puasa

DALAM menyambut kehadiran bulan mulia Ramadan, UNISEL mengambil inisiatif mengadakan Bicara Bulanan ‘Persediaan Bertemu Ramadan Al-Mubarak’.

BICARA BULANAN SEMARAK KEHADIRAN RAMADAN

Program tersebut dihadiri oleh penceramah Syeikh Abdullah Al-Jahaf yang bertindak selaku penceramah di Dewan Canselor, Kampus Shah Alam pada 5 Jun lalu.

Program itu juga mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan UNISEL.

Diharapkan program seumpama ini dapat menyemarakkan lagi dalam kita menyambut kedatangan Ramadan yang bakal menjelma kurang daripada tiga minggu.

Syeikh Abdullah sedang menyampaikan ceramahnya berkisar mengenai Ramadan

Antara mereka yang hadir pada program berkenaan

Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Syeikh Abdullah

12

13EDISI OKTOBER 2015

PARA pelajar baru sesi pengambilan Mei 2015 dinasihatkan supaya memahami dengan sepenuhnya ilmu yang dipelajari.

Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, mempelajari ilmu sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah memahaminya.

Apabila sesuatu ilmu itu difahami dengan baik maka seseorang itu dapat mengaplikasikannya

FAHAMI ILMU LEBIH PENTING BUKAN SEKADAR BELAJAR

di dalam kehidupan.Seorang pelajar itu juga

memerlukan skil untuk meningkatkan lagi ilmu yang dipelajari itu.

Menurutnya, beliau turut mengingatkan para pelajar supaya belajar sepanjang hayat kerana ilmu tidak pernah

terhenti di satu peringkat sebaliknya ia sentiasa berkembang.

“Bila menuntut ilmu sila belajar dengan mendalam dan fahaminya.

“Ilmu juga perlu dipelajari sepanjang hayat kerana ia sentiasa berkembang,” katanya pada Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan UNISEL dan Ikrar Pelajar Baru pada 3 Jun lalu.

Majlis yang berlangsung di kedua-dua kampus turut diserikan dengan ikrar pelajar yang penuh bersemangat.

Simbolik pemakaian jaket UNISEL kepada wakil pelajar mengakhiri majlis tersebut.

Pelajar membacakan ikrar dengan penuh bersemangat menandakan bermulanya kehidupan sebagai penuntut UNISEL

Barisan pengurusan kanan UNISEL

BAGI membantu kaunselor sekolah meningkatkan kemahiran mereka, Unit Kaunseling Hal Ehwal Pelajar mengadakan seminar kaunseling ‘Kekeliruan identiti di kalangan remaja’ pada 1 Jun lalu.

Seminar yang diadakan di Dewan Kuliah Fakulti Kejuruteraan Kampus Bestari Jaya itu disertai oleh 50 guru kaunselor sekolah seluruh

SEMINAR KAUNSELING BANTU KAUNSELOR SEKOLAH

Selangor.Penyertaan guru sekolah

rendah dan menengah kerajaan serta swasta itu bertujuan untuk meningkatkan lagi segala kemahiran berkaitan kaunseling.

Malah UNISEL selaku penganjur mahu berkongsi segala pengalaman dan kepakaran yang ada untuk kebaikan generasi akan datang.

Dengan adanya seminar seperti ini, kaunselor dapat menimba segala ilmu untuk dipergunakan kembali dalam membantu

masyarakat.Seminar ini merupakan kali kedua dianjurkan dan berkemungkinan

akan dianjurkan lagi pada tahun depan.

Para peserta khusyuk mendengar sesi disampaikan oleh penceramah

Seminar dihadiri oleh 50 guru kaunselor sekitar Selangor

BULETIN unisel14

TINGGAL DI ASRAMA SUPAYA BERDIKARI

BULETIN unisel14

IBU bapa menyifatkan para pelajar yang baru mendaftar masuk ke UNISEL diwajibkan tinggal di asrama sebagai langkah positif bagi mendidik mereka untuk berdikari.

Ahli perniagaan, Kamarul Zaman Hashim, 49, menyifatkan dia lebih gemar untuk menempatkan anaknya di UNISEL kerana faktor asrama disediakan berbanding kolej yang kadangkala tidak menyediakan kemudahan tersebut.

Menurutnya, menetap di asrama membolehkan anaknya belajar untuk hidup berdikari.

Katanya, ia amat penting bagi pelajar remaja

seperti itu merasai pengalaman kehidupan di asrama.

“Pengalaman ini bagus untuk dia kerana dapat berdikari sebab itu saya memang mahu dia tinggal di asrama.

“Saya juga berpuas hati dengan asrama yang ada,” katanya ketika ditemui semasa Hari Pendaftaran Sesi Mei 2015 di Kampus Shah Alam.

Suri rumah, Noor Hazirawati Hashim, 44, berkata, dia lega anaknya tinggal di asrama kerana faktor keselamatan.

Noor Hazirawati berasal dari Alor Star, Kedah menyifatkan tinggal di asrama sudah pasti lebih selamat buat anak perempuannya.

KUKUH HUBUNGAN KAKITANGAN UNISEL SEMPENA AIDILFITRI

SAMBUTAN Aidilfitri UNISEL 2015 merupakan medan terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara semua kakitangan universiti ini.

Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sambutan seperti ini dapat merapatkan silaturahim.

Di samping meraikan perayaan ini, semua kakitangan dapat beramah mesra antara satu

Kakitangan menjamu selera sambil beramah mesra Sambutan tahun ini berlangsung meriahProf Dr Shaharuddin (tengah) bersama Prof Dr Anuar (kanan)

sama lain.“Sambutan seperti ini dapat mengeratkan

lagi hubungan kita semua kerana selama ini mungkin masih ada yang belum kita kenali,” katanya di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam pada 4 Ogos lalu.

Turut hadir adalah Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan

Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, pengurusan kanan, dekan-dekan serta seluruh warga Kampus Shah Alam.

Pelbagai hidangan menarik disediakan mengikut jabatan masing-masing.

Ia turut dimeriahi dengan persembahan kugiran oleh Unit Kebudayaan UNISEL.

“Lagipun saya difahamkan asrama tidak jauh daripada UNISEL maka mudah untuk dia berulang alik

“Paling penting di asrama lebih selamat berbanding di luar,” katanya

Buruh, Selvi Nadarajah, 45, berkata, dia juga berpuas hati anaknya menetap di asrama kerana ia akan memudahkan untuk belajar bersama rakan-rakan.

Apabila menetap berhampiran sudah pasti memudahkan untuk mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas.

“Harap dia seronok belajar di sini bersama rakan-rakan barunya.

“Baguslah dia duduk di asrama,” katanya.

Para pelajar sedang mendaftar

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (kiri) sempat meluangkan bersama bapa pelajar

15EDISI OKTOBER 2015

BULETIN unisel16

www,unisel.edu.myShaping Society