segala yang tercinta ada di sana

25
SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA Karya Zainal Rashid Ahmad

Upload: preety-selvam

Post on 16-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Komsas: CERPEN SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SINI

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

Karya Zainal Rashid Ahmad1SINOPSISCerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

TemaKehidupan masyarakat kampung yang bergantung pada tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai sumber makanan dan perubatan3Persoalan Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Ketaatan kepada guru.Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.4PERSOALANPendidikan agama dalam masyarakat.Contoh:Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakatKemiskinan masyarakat di kampungContoh:Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Plot Permulaan:Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung. Perkembangan:Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.6PuncakPenulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.PeleraianPenulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

TEKNIK PLOT Imbas KembaliContoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung.

8DialogContoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.PemerianContoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

KejutanContoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.

10WATAK UTAMAAku/kami Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung.ii. RajinContoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.iii. TaatContoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

WATAK SAMPINGAN Hajah Tom Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

12Kuat agama. Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.Baik hati. Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.Pemurah. Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.Penyayang. Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.

WATAK SAMPINGAN Haji Salleh PumpongHaji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.Berpengetahuan luas. Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.Pembersih. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.Penyayang. Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

14LATAR MASAWaktu subuh. Contoh:Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.Malam-malam pertengahan Ramadhan. Contoh:Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebutPagi-pagi sebelum keluar rumah. Contoh:Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.Sebelum habis bulan pertama persekolahan

Contoh:Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh:Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.Tiga bulan kemudian. Contoh:Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.Awal Ramadhan. Contoh:Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

16Latar TempatKampung. Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besarContoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.Surau. Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.Gubir. Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung.Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.Masyarakat miskin. Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.Masyarakat yang taat kepada guru .18Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.Masyarakat yang prihatin.Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya.Masyarakat yang mengenang jasa.Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.

Kata GandaContoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang.Simile. Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.Pengaruh Bahasa Asing. Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/AllahPengulangan kata. Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

GAYA BAHASA20NILAINilai ketaatanContoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.Nilai keprihatinan. Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.Nilai baik hati. Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.Nilai mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Nilai kasih sayangContoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.Nilai kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

22PENGAJARANKita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.Contoh:Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.Contoh:Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.Contoh:Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.Contoh:Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.Contoh:Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

24Terima kasih