sewa beli

14
JABATAN PERDAGANGAN UNDANG-UNDANG KOMERSAN (Sewa-Beli & Surat Cara Boleh Niaga ) DISEDIAKAN OLEH-: 1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04DAT06F578- CLASS: CARRY<DAT3B> DISEDIAKAN UNTUK:- :CIK SITI FATIMAH

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

8.049 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEWA BELI

JABATAN PERDAGANGAN

UNDANG-UNDANG KOMERSAN(Sewa-Beli & Surat Cara Boleh Niaga )

DISEDIAKAN OLEH-:1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04DAT06F578-

CLASS: CARRY<DAT3B>

DISEDIAKAN UNTUK:-:CIK SITI FATIMAH

TUGASAN 2

Page 2: SEWA BELI

TOPIK : SEWA BELI

1. Terangkan Maksud Perjanjian Sewa-Beli.

a. Menurut law, sewa beli adalah menyewa (bailmerit) dan pilihan untuk membeli, atau

dalam formula yang ringkas : sewa + pilihan untuk membeli.

b. Sewa beli harus dibezakan dengan jualan secara hutang ( credit sale ). Bagi sewa

beli, pemilik (barangan ) adalah pemilik, dimana penyewa tidak boleh memindahkan

hak milik barang itu kepada pihak ketiga, malah pemilik barangan boleh

mendapatkan semula milikan barang daripada penyewa menutut terma perjanjian

atau undang-undang.

c. Perjanjian sewa beli ditakrifkan di dalam seksyen 2 iaitu :

perjanjian sewa beli bermaksud membenarkan barang-barang dengan

opsyen untuk membeli dan perjanjian untuk membeli barang-barang secara

ansuran ( sama ada perjanjian menyatakan ansuran sebagai sewa atau

sebaliknya tetapi tidak termasuk mana-mana perjanjian:

a. dimana harta di dalam barang-barang yang terkandung melewati masa perjanjian

atau ketika atau pada bila-bila masa sebelum penyerahan barang-barang; atau

b. dibawah mana orang yang menyewa atau membeli barang-barang adalah orang

yang terikat dalam tred atau perniagaan menjual barang-barang yang sama jenis

atau perihal seperti barang-barang yang terkandung di dalam perjanjian.

2. Jelaskan Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Perjanjian Sewa-Beli.

a. Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa-beli adalah ’penyewa’ dan

’pemunya’. Ia dijelaskan dalam seksyen 2:

a. menurut s 2, ”penyewa” ditakrifkan :

Page 3: SEWA BELI

a. orang yang mengambil atau telah mengambil barang-barang daripada pemunya

dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang kepada siapa hak-hak atau liabiliti-

liabiliti penyewa dibawah perjanjian tersebut telah diserah hak atau dengan

kuatkuasa undang-undang.

b. ”pemunya” juga ditakrifkan dalam seksyen 2 :-

a. Orang yang membenarkan atau telah membenarkan barang-barang kepada

penyewa dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang kepada siapa hak-hak

atau liabiliti-liabiliti pemunya di bawah perjanjian telah diserah hak atau dengan

kuatkuasa undang-undang.

3. Terangkan Prosedur Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli Berikut :

a. Sebelum Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli.

- sebelum apa-apa perjanjian sewa beli dimasuki berkenaan dengan apa-apa barang.

i. Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada buatan perjanjian sewa beli

dijalankan oleh mana-mana orang yang akan menjadi pemunya dibawah perjanjian

sewa beli yang akan dimasuki. Atau oleh mana-mana orang, selain daripada peniaga

yang bertindak bagi pihaknya, orang tersebut hendaklah menyampaikan kepada

bakal penyewa suatu pernyataan bertulis yang dilengkapkan dan ditandatangani

dengan sempurna olehnya mengikut borang yang dinyatakan dalam bahagian 1

jadual kedua ;

ii. Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada buatan perjanjian sewa beli

dijalankan oleh seorang peniaga tersebut hendaklah-

a. Menyampaikan kepada penyewa yang bercadang suatu pernyataan bertulis

yang dilengkapkan dan ditandatangani dengan sempurna olehnya mengikut

borang yang dinyatakan dalam Bahagian 1 jadual Kedua;dan

b. Pada bila-bila masa selepas penyampaian pernyataan bertulis yang

dirujukkan dalam subperenggan (1) tetapi sebelum perjanjian sewa beli

dimasuki, menyampaikan kepada penyewa yang bercadang suatu dan bakal

pemunya mengikut borang yang dinyatakan dalam Bahagian 11 Jadual

Kedua.

b. Semasa Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli.

Page 4: SEWA BELI

-setelah proses pelawaan cadangan berakhir dan bakal penyewa bersetuju memasuki sewa

beli maka perjanjian akan dibentuk antara pemunya dan bakal penyewa. Semasa

pembentukan perjanjian ini, syarat-syarat berikut perlulah dipatuhi :

a. perjanjian dibuat secara bertulis;

- perjanjian sewa beli mesti dibuat secara bertulis. Jika syarat ini tidak

dipatuhi maka perjanjian sewa beli dianggap sebagai tidak sah. Ini

diperuntukkan dibawah seksyen 4A.

- 4A(1) suatu perjanjian sewa beli berkenaan dengan mana-mana

barang yang ditentukan dalam jadual pertama hendaklah secara

bertulis.

- 4A(2) suatu perjanjian sewa beli yang tidak mematuhi subseksyen (1)

adalah tidak sah.

b. perjanjian mesti ditandatangani;

Sewa beli mestilah ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat dalam traksaksi itu.

tandatangan ini hendaklah diturunkan hanya apabila borang perjanjian telah dilengkapi

sepenuhnya.

ASB menyediakan satu bentuk perlindungan kepada pihak penyewa bagi memastikan hak

mereka dijaga. Peruntukan ini dinyatakan dibawah s4B iaitu:

4B (1) setiap perjanjian sewa beli hendaklah ditandatangani oleh atau pihak semua pihak

kepada perjanjian itu.

4B(2) tiada pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemunya boleh

menhendaki atau menyebabkan mana-mana penyewa atau ejennya yang bercadang

menandatangani suatu perjanjian sewa beli atau apa-apa borang atau dokumen lain

berhubung dengan suatu perjanjian sewa beli melainkan perjanjian sewa beli, borang atau

dokumen tersebut telah dilengkapkan dengan sempurna.

4B(3) sesuatu perjanjian sewa beli yang tidak mematuhi sub subseksyen-subseksyen (1)

dan (2) adalah tidak sah.

Page 5: SEWA BELI

Perlu diingatkan, walaupun menurut s4B(3) perjanjian ini tidak sah, pihak pemunya,

meniaga atau ejen yang bertindak bagi pihak pemunya tetap dianggap melakukan

kesalahan dibawah ASB.

c. Kandungan Perjanjian Sewa Beli Dipatuhi.

Menurut seksyen 4C, setiap perjanjian sewa beli mestilah mengandungi perkara-perkara

berikut :

4C(1)(a) setiap perjanjian sewa beli hendaklah-

o Menentukan suatu tarikh pada mana sewaan hendaklah disifatkan bermula;

o Menentukan bilangan ansurans untuk dibayar dibawah perjanjian oleh penyewa;

o Menentukan amaun setiap ansuran ini dan orang kepada mana dan tempay di

mana pembayaran-pembayaran ansuran ini hendaklah dibuat;

o Menentukan masa untuk bayaran setiap ansuran daripada ansuran2 itu;

o Mengandungi suatu perihal barang-barang memadai untuk mengecamkan

barang-barang itu;

o Menentukan alamat di mana barang2 di bawah perjanjian sewa beli berada;

d. perjanjian yang beransingan bagi setiap butiran barang

Mengikut seksyen 4D (1) maka hendaklah ada suatu perjanjian sewa beli berasingan

bagi setiap butiran barang-barang yang dibeli di bawah akta ini.

c. Selepas Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli.

peringkat yang terakhir berhubung pembentukan perjanjian sewa beli adalah

’penyerahan dokumen perjanjian oleh pemunya kepada penyewa. Ini

dijelaskan dibawah s 5 akta sewa beli 1967:

s 5 : dalam tempoh 14 hari selepas membuat suatu perjanjian sewa beli,

pemunya hendaklah menyampaikan atau menyebab untuk disampaikan

kepada penyewa dan penjamin-penjamin suatu salinan tiap-tiap perjanjian

ini bermaksud, pemunya menstilah menyampaikan salinan

perjanjian sewa beli kepada penyewa dan penjaminnya

dalam tempoh 14 hari selepas membuat perjanjian.

Kegagalan pemunya berbuat demikian akan menyebabakan

perjanjian sewa beli itu tidak boleh dikuatkuasakan oleh

pemunya seperti mana yang dinyatakan di bawah s5(1A):

Page 6: SEWA BELI

5(1A) kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1) akan menyebabkan

perjanjian sewa beli tidak boleh dikuat kuasakan oleh pemunya.

4. Terangkan Perkara-Perkara Berikut:

a. Syarat Tersirat Mengenai Hak Milik.

Seperti mana yang kita telah sedia maklum, perjualan di dalam sewa beli

tidak akan berlaku sehinggalah penyewa membuat pilihanya untuk membeli.

Merujuk seksyen7(1)(b), pemunya semestinya mempunyai hak untuk

menjual barang itu pada masa harta itu patut dilepaskan. Peruntukan ini

membawa maksud bahawa syarat tentang hak milak diperlukan bukan pada

masa perjanjian dimasuki atau dalam tempoh sewaan itu tetapi ketika mana

”harta itu patut dilepaskan”.

Kes rujukan: ahmad ismail vs malaysia moto co & yl [1973] 1 mlj 117

- menurut fakta, pihak plaintif telah menandatangani suatu perjanjian

sewa bali kereta terpakai dengan pihak defenden. Setelah 4 kali

bayaran ansuran dilaksanakan, kereta itu bagaimanapun telah

ditahan oleh pihak polis kerana disyaki kereta curi. Setelah siasatan,

didapati kereta itu bukanlah kereta curi. Kereta itu kemudiannya telah

diserahkan samula kepada plaintif. Plaintif bagaimanapun enggan

menerima semula kereta itu atas alasan defenden telah memungkiri

perjanjian kerana tidak mempunyai hak untuk menjual kereta itu pada

masa harta itu patut dilepaskan. KM,tiada bukti yang menunjukan

bahawa defenden tidak mempunyai hak milik keatas kereta itu.

penahanan kereta itu hanyalah untuk tujuan siasatan dan ini tidak

menjejaskan hak milik defenden terhadap kereta itu. oleh itu pihak

defenden tidak melakukan sebarang kemungkiran perjanjian sewa

beli.

b. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti Boleh Dagang.

Merujuk kepada s 7(2) yang memperuntukan:

7(2) dalam setiap perjanjian sewa beli akan terdapat suatu syarat tersirat

bahawa barang2 mempunyai kualiti boleh dagang tetapi suatu syarat

tersebut hendaklah tidak tersirat –

Page 7: SEWA BELI

(a) dimana penyewa memeriksa barang2 atau contohnya, berhubung

dengan kecacatan yang mana pemeriksaan tersebut patutu dedahkan;

(b) sekiranya barang2 tersebut adalah barang2 terpakai dan

perjanjianmengandungi kenyataan yang membawa erti bahawa –

i. Barang2 tersebut adalah barang2 terpakai; dan

ii. Bahawa semua syarat dan waranti berkaitan dengan kelayakan

dan kesesuaian adalah dinegatifkan secara nyata, dan pemunya

membuktikan bahawa penyewa telah mengiktiraf secara bertulis

bahawa pernyataan telah dibawa kepada pengetahuannya.

c. Waranti Tersirat Mengenai Milikan Aman Barangan.

Peruntukan ini memberi satu bentuk perlindungan kepada penyewa bahawa

penyewa mempunyai hak untuk mendapat dan memiliki barang di bawah

perjanjian sewa beli secara aman ( walaupun pada hakikatnya hak milik

belum lagi berpindah kepadanya ).

Waranti berhubung dengan pemilikan aman termasuklah ganguan atau

campur tangan dari pihak penjual atau tuntutan ke atas barang itu daripada

orang lain ataupun gangguan yang wujud dari pihak ketiga.

Pemilikan aman ada dijelaskan di dalam kes dibawah

Jones vs Lavington : pemilikan aman bermaksud tiada gangguan daripada

penjual atau individu lain melalui penjual terhadap barangan di bawah

perjanjian sewa beli.

5. Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk Memenuhi Syarat-Syarat

Tersirat?

- Membolehkan pihak yang mengalami kerugian

membatalkan perjanjian.

6. Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk Memenuhi Waranti-Waranti

Tersirat?.

Page 8: SEWA BELI

- Tidak membolehkan mana2 pihak yang mengalami

kerugian membatalkan perjanjian tetapi boleh menuntut

gantirugi daripada pemecahan waranti.

7. Seksyen9 Hingga 15 Akta Sewa Beli 1967 Memperuntukan Hak-Hak

Statutori Seseorang Penyewa Dibawah Suatu Perjanjian Sewa-Beli.

Terangkan Hak Dan Tanggungan Penyewa Yang Berikut :-

a. Hak Untuk Mendapatkan Maklumat Dan Dokumen.

i. Pada bila2 masa sebelum penbayaran terakhir dibuat, penyewa berhak untuk

menerima satu salinan perjanjian berserta dengan penyataan yang menunjukkan

maklumat2 tertentu. Untuk tujuan ini, penyewa perlulah membuat permohonan

bertulis kepada pemunya. Peruntukan ini ada dinyatakan di bawah s 9(1):

ii. 9(1) pada bila2 masa sebelum pembayaran terakhir dibuat, dibawah perjanjian

sewa beli pemunya hendaklah dalam masa 14 hari selepas ia menerima

permohonan bertulis daripada penyewa, membekalkan kepada penyewa suatu

pernyataan yang ditandatangani olehnya atau ejennya bagi menunjukkan-

a. Jumlah yang dibayar kepada pemunya oleh atau bagi pihak penyewa;

b. Jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian tetapi belum dibayar;

c. Jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian; dan

d. Jumlah yang diperolihi dan faedah atas ansuran2 lampau tempoh.

iii. Kegagalan pemunya memenuhi tuntutan ini tanpa alasan yang munasabah boleh

menyebabkannya:

a. Tidak boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap penyewa;

b. Tidak boleh menguatkuasakan apa2 hak untuk membuat milikan semula

barang dari penyewa;

c. Tidak boleh menguatkuasakan jaminan berhubung dengan perjanjian itu.

b. Hak Untuk Mengagihkan Pembayaran .

hak terhadap agihan penbayaaran ini wujud apabila penyewa memasuki

lebih daripada satu perjanjian sewa beli di bawah pemunya yang sama.

peruntukan terhadap agihan pembayaran ini dinyatakan dibawah s 10 ASB:

S 10 : penyewa yang dikenakan membuat pembayaran berkaitan dengan

dua atau lebih perjanjian sewa beli kepada pemunya yang sama akan, tanpa

Page 9: SEWA BELI

mengira mana2 perjanjian yang berlawanan, adalah berha,k apabila

membuat apa2 pembayaran berhubung dengan perjanjian yang tidak

mencukupi untuk melepaskan jumlah penuh yang kena dibayar di bawah

semua perjanjian, menghendaki pemunya untuk menggunakan wang yang

dibayar olehnya bagi penyelesaian jumlah yang kena dibayar dibawah

mana2 satu perjanjian atau dalam atau penyelesaian jumlah yang kena

dibayar dibawah 2 atau lebih perjanjian mengikut bahagian yang difikirkan

sesuai dan sekiranya penyewa gagal untuk membuat penggunaan tersebut

diatas, pembayaran akan, mengikut seksyen ini, digunakan bagi

penyelesaian jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian sewa beli

masing-masing mengikut susunan dalam mana perjanjian2 telah dibuat.

c. Hak Untuk Menyelesaikan Perjanjian Lebih Awal.

Penyewa berhak menamatkan perjanjian sewa belinya lebih awal daripada

tempoh yang telah dipersetujui. Peruntukan ini dinyatakan dibawah seksyen

14:

14(1) penyewa dibawah suatu perjanjian sewa beli boleh, sekiranya ia telah

memberi notis bertulis kepada pemunya tentang tujuannya untuk berbuat

demikian, pada atau sebelum hari yang ditetapkan bagi tujuan itu dalam

notis, penyelesaian pembelian barang2 dengan membayar atau memberikan

kepada pemunya jumlah baki yang kena dibayar di bawah perjanjian.

8. Jelaskan Prosedur Pengambilan Semula Milikan Barangan Berikut :

a. Sebelum Pengambilan Semula Milikan Barangan.

Page 10: SEWA BELI

b. Selepas Pengambilan Semula Milikan Barangan.