setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan...

28
MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS PENDIDIKAN JASMANI Dihasilkan : SITI FAIZAH BT. AHMAD PELATIH KPLI – ERT ( G - 45) Pensyarah Penasihat: PN. LILY ROZITA BT. MOHAMED

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

MAKTAB PERGURUAN PERLIS,PERLIS

PENDIDIKAN JASMANI

Dihasilkan :

SITI FAIZAH BT. AHMADPELATIH KPLI – ERT ( G - 45)

Pensyarah Penasihat:

PN. LILY ROZITA BT. MOHAMED

Page 2: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

PENDIDIKAN JASMANI

1.0 DEFINISI

Melakukan aktiviti kecergasan yang melibatkan daya tahan kardivaskular, kelenturan, koordinasi imbangan dan ketangkasan

Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat

Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk beraktiviti

Berinteraksi dan berkomunakasi dengan rakan dalam suasana yang menggembirakan.

Pandangan dan pendapat lain berkaitan pengertian pendidikan jasmani :

Freeman (1997)

Aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan kesuluruhan individu. Ia memberi perhatian kepada

kualiti fizikal, mental dan emosi selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menegaskan elemen JERI (jasmani,emosi,rohani,intelek) dalam membangunkan potensi seseorang individu.

Jerry (1961), William (1964)Lumpkin(1990)

Walaupun pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat dengan menghasilkan pendidikan yang bercorak fizikal iaitu perhubungan mental dan sosial.

Gallane (1996)

Pendidikan jasmani meluangkan sebahagian daripada hari persekolahan dimana aktiviti-aktiviti otot mendorong dan membangun, belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan.

Pettifon (1999)

Page 3: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Pendidikan jasmani menyediakan kanak - kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman –pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Pengalaman

tidak seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan, kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan dalam menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Juga membekalkan ruang untuk membentuk kanak-

kanak yang mantap secara keseluruhannya yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek kognitif,afektif dan psikomotor.

Jabatan Pendidikan dan Sains,London (Capel,2000)

Pendidikan jasmani adalah satu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kehidupan fizikal.

2.0 MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan bertujuan melahirkan murid yang aktif dan sihat serta berpengetahuan melalui proses bersepadu yang memberi tumpuan kepada kecergasan, kamahiran asas, gimnastik dan sukan, pendidikan sukan, kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan, pemakanan dan penyalahgunaan dadah.

3.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

Mempertingkatkan dan menyeliakan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai aktiviti kesihatan fizikal .

Membentuk sahsiah dan disiplin diri.

Membentuk keputusan bijak dalam kehidupan.

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 4: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan siri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.

Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

5.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

i. Membangun dan meningkatkan tahap kecergasan kanak - kanak melalui aktiviti fizikal.

ii. Membangunkan kemahiran pergerakan asas, pergerakan kreatif, kemahiran sukan dan gimnastik.

iii. Memberi kefahaman kepada kanak - kanak tentang keselamatan diri, orang lain, alatan dan tempat aktiviti

Page 5: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

KEMAHIRANKESIHATAN PENDIDIKAN SUKAN

KECERGASAN

i. Daya tahankardiovaskular/stamina

ii. Daya tahan otot

iii. Kekuatan otot

iv. Kelenturan/ kelembutan

v. Komposisi tubuh badan

PERLAKUAN MOTOR

i. Ketangkasan

ii. Imbangan

iii. Koordinasi

iv. Kuasa

v. Kelajuan

vi. Masa tindak balas

GAMBARAJAH 1: PENDIDIKAN JASMANI DAN KOMPONEN – KOMPONEN YANG TERLIBAT

Page 6: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

KECERGASAN FIZIKAL

Setiap individu berupaya meningkatkan kecergasan fizikalnya melalui program – program kecergasan yang bersesuaian.

Kecergasan fizikal boleh di bahagikan kepada dua kategari umum iaitu melibatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan pelakuan motor atau kemahiran ( Rujuk Gambarajah 1 ).

KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN

Terdapat lima komponen kecergasan yang telah dikenalpasti iaitu :

1. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada satu tempoh melibatkan jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular turut dikenali sebagai daya tahan kardiorespiratori.

2. DAYA TAHAN OTOT

Daya tahan otot ialah keupayaaan otot tulang rangka atau sekumpulan otot melakukan kerja secara berterusan atau berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang tanpa merasa penat.

Daya tahan otot terbahagi kepada dua komposisi iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.

Daya Tahan Otot Statik

Kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka masa yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot ini juga dikenali ‘ isometrik’.

Daya Tahan Otot Dinamik

Page 7: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang.

Terbahagi kepada dua pengkelasan iaitu isotonik dan isokinetik.

3. KEKUATAN OTOT

Kekuatan otot ialah kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan. Keupayan otot ini mampu menghasilkan tenaga luaran. Secara umumnya, ukuran tenaga tersebut dinilai berdasarkan berat atau beban yang mampu di angkat individu tersebut.

4. KELENTURAN ATAU KELEMBUTAN

Kelenturan ialah keupayaan individu untuk menggunakan sendi bagi melakukan pergerakan sepenuhnya.

5. KOMPOSISI BADAN

Komposisi badan dapat diukur sebagai peratus lemak pada tubuh badan berbanding dengan tisu-tisu badan yang lain.

Page 8: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Penyalahgunaan dadah merupakan penyakit sosial yang boleh menjadi ancaman dan patut dibendung. Masalah ini merupakan kebimbangan besar bukan sahaja di negara kita malah telah menjadi masalah global.

Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dari tahun 1988 hingga 2005 mendapati, seramai 255,725 orang penagih dadah yang dapat dikesan. Jumlah ini lebih membimbangkan kerana dipercayai setiap penagih berpotensi membawa tiga orang lagi pengikutnya.

1.0 PENGERTIAN DADAHDadah ialah apa-apa bahan kimia sama ada yang asli atau yang tiruan yang apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan dan kelakuan seseorang.

2.0 PENYALAHGUNAAN DADAHDadah ialah bahan psikotropik iaitu bahan yang digunakan

bagi tujuan perubatan dan penggunaannya adalah terkawal. Walaupun begitu, bahan ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Individu/ pihak terlibat akan bergantung secara fizikal dan psikologikal kepada dadah.

Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan salah terutamanya jika penggunaannya menjejaskan sistem

urat saraf. Seseorang akan bergantung kepada dadah apabila mencubanya berkali-kali dan berasa senang dan khayal. Semakin lama dia bergantung kepada dadah secara psikologi.Adakalanya disebabkan keinginan mencuba dadah dan mengambilnya berkali-kali mengakibatkan seseorang itu mengalami gejala tarikan sekiranya dia berhenti mengambil dadah dalam beberapa waktu.Gejala tarikan seringkali dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti muntah-muntah, cirit-cirit, sering bersin, sering menguap dan sebagainya.

3.0 JENIS-JENIS DADAH

Pada amnya dadah yang sering disalahgunakan boleh dibahagikan kepada empat jenis:

Page 9: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Jenis Contoh dadah Kesan

1. Perangsang (stimulant)

Kokain, kafein, Epinefrina (adrenalin)

Merangsang aktiviti system saraf pusat dan boleh menyebabkan khayal

2. Penekanan (depressant)

Kurare Digunakan sebagai ubat tidur dan menjadikan seseorang berasa senang dan gembira

3. Halusinogen Ganja Menyebakan halusinasi seperti penagih berasa dirinya membesar, dan beras tubuhnya boleh melayang

4. Narkotik candu,heroin,morfin kokain

Paling merbahayaMenjadikan seseorang itu berasa amat puashati, bimbang dan takut akan hilang

Rajah 1: Kategori dadah yang selalu di salahgunakan

Mengenali tanda penagih dadah: Perubahan fizikal badannya, iaitu saiz badan susut dan badannya

nampak tidak bermaya Mereka jarang balik rumah Suka mengasingkan diri Perubahan sikap anak - anak seperti cepat marah apabila

permintaannya tidakdiperolehi Kerap meminta duit daripada keluarganya tujuan untuk membeli

dadah mereka perlu mempunyai RM10 setiap hari Badan penagih dadah itu ada bauan janggal kerana heroin itu

mempunyai kesan baunya sendiri di pakaian

4.0 DADAH DALAM SUKAN

Page 10: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Pengharaman penggunaan dadah dalam sukan mempunyai dua sebab iaitu dari segi:

1. Kesukanan

Pengharaman dadah bertujuan mewujudkan keadilan seimbang. Dari segi kesukanan Ini bermaksud kemenangan atlet didasari dari latihan yang gigih dan bukan bantuan dari dadah yang memberi kelebihan

2. Perubatan.

Penggunaan dadah yang tidak terkawal akan memberi kemudaratan dan kesan yang negatif pada atlet.

Disebabkan kelab-kelab sukan tertekan untuk memenangi pertandingan, mereka sanggup melakukan apa sahaja helah

untuk berjaya. Atlet-atlet iaitu individu terlibat sanggup mengambil suntikan dadah untuk meningkatkan prestasi mereka walaupun mereka sedia maklum risikonya. Ingatkah kita akan Maradona yang menderita pelbagai penyakit kritikal akibat ketagihan dadah? Siapa sedar pemain bola sepak hebat ini sebenarnya tidaklah hebat mana, melainkan dia bergantung pada dadah untuk membantunya. Dan bayangkan pula betapa ramainya peminat setianya yang menangis tersedu-sedu memikirkan nasib Maradona yang mereka anggap "Tuhan".

DADAH YANG SELALU DIGUNA OLEH ATLET

-Dadah perangsang prestasi seperti EPO, salbutamol -Morfin, frusemide, nandralone.

5.0 ISU SEMASA DADAH DALAM SUKAN

MALAYSIA Isu kontroversi yang melanda penyerang bola sepak Pahang, Indra Putra Mahyuddin, namun hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas pemain berkenaan adalah negatif dan pemain itu telah disahkan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Atlet angkat berat Sukan SEA digantung

Dua atlet angkat berat yang diuji positif menggunakan dadah terlarang sebelum Sukan SEA XXI Kuala Lumpur, September 2002

Page 11: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

digantung selama dua tahun berkuatkuasa mulai tarikh ujian berkenaan diadakan iaitu pada 10 Jun tahun lepas. Kedua-dua mereka telah

dipanggil untuk perbicaraan dan mereka mengaku bersalah menggunakan dadah jenis frusemide. Selain dua atlit berkenaan, seorang pemain sepak takraw turut didapati bersalah mengunakan ganja, walaupun mengikut peraturan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bahan itu tidak termasuk dalam kategori dadah terlarang dalam sukan tetapi pemain itu tetap akan dikenakan

tindakan disiplin.

Tiga atlit nafi menagih dadah 

Tiga pemain sepak takraw negara ke Sukan Asia ke 14 di Busan, Korea Selatan menafikan sekeras-kerasnya mereka menagih dadah. Menurut mereka, ujian air kencing yang mendapati adanya morfin mungkin berpunca daripada pengambilan ubat batuk dan ubat penahan sakit sebelum ujian tersebut dijalankan. Mereka meminta supaya satu lagi ujian diadakan sekembalinya mereka di Malaysia.

Penggunaan dadah terlarang membabitkan seorang pelumba basikal negara dalam acara trek

Pelumba yang masih muda ini merupakan pelumba projek Gemilang 2006 yang telah dibentuk khusus bagi membolehkannya membawa cabaran negara pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan. Perkembangan terbaru ini dikatakan amat mengecewakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said yang telah dimaklumkan mengenainya beberapa hari lalu.Difahamkan pelumba terbabit berbuat demikian dalam usahanya untuk meningkatkan prestasi dengan cepat.

``Hasil soal siasat ke atas pelumba berkenaan, dia dikatakan telah mengambil dadah berkenaan secara haram daripada sebuah klinik di Ampang, Selangor.

``Dia menggunakannya bukan baru tetapi sudah agak lama. Ini menyaksikan pencapaiannya begitu menonjol pada Sukan Malaysia (Sukma) di Negeri Sembilan tahun lalu,'' ujar sumber itu.

Ini katanya menyebabkan pelumba terbabit berjaya disenaraikan dalam Projek Gemilang 2006. Pelumba yang dikatakan berasal dari Johor itu hanya berjaya dikesan positif menerusi ujian air kencing yang disyaratkan bagi semua atlet sebelum dihantar menjalani latihan di luar negara. Pelumba berusia 22 tahun itu sedang menjalani latihan dan menyertai pertandingan selama tiga bulan di Australia ketika keputusan ujian air kencingnya itu didapati positif.

Page 12: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

ANTARABANGSA

Pada tahun 1904, semasa sukan Olimpik di Greece seorang pelumba basikal telah menyalahgunakan dadah yang mengakibatkan kematiannya. Paris (Perancis) - Sebanyak 44 daripada 128 pelumba yang menyertai Tour de France tahun ini telah disahkan oleh Badan anti dadah Perancis positif dalam ujian penyalahgunaan dadah larangan. Menurut laporan, seorang pelumba disah positif kerana mengguna dadah perangsang prestasi yang diharamkan iaitu EPO. Dua belas sampel menunjukkan penggunaan salbutamol iaitu sejenis dadah yang digunakan untuk merawat lelah.

Emas Gustar ditarik balik 

Indonesia - Indonesia kehilangan sebutir pingat emas Sukan SEA XXI apabila kemenangan atlet angkat berat mereka, Gustar Junianto ditarik balik selepas disahkan positif mengambil dadah nandralone.

Dadah penghancur hidup Maradona

Di sebalik kehebatan yang tiada tandingannya itu, atau bintang yang tiada penggantinya, namun dari kehebatannya itu turut terselit perkara yang menjatuhkan dirinya. Begitulah personaliti Diego

Armando Maradona, ‘maestro' bola sepak berasal dari Argentina itu. Hidupnya tidak lepas dari kontrovesi.

Pertama kali Maradona menghadapi masalah dadah di sekitar tahun 1991. Itulah saat pertama dia diidapati positif menggunakan dadah kokain, selepas memperkuatkan Napoli untuk mengalahkan Bari 1-0. Atas kesalahan itu Maradona digantung dan tidak bolah bermain selama 15 bulan oleh FIFA.

Namun ramai yang mendorong Maradona agar bangkit semula dari kemelut dadah yang diambilnya sejak tahun 1991. Kejayaan Maradona menolong Argentina mara ke pusingan akhir Piala Dunia

1994 di Amerika Syarikat, dia melihat peluang untuk memperbaiki reputasi yang tercoreng oleh skandal kokain.

Dadah di Sukan Olimpik

Kemeriahan dan kehebatan sukan ini tercemar.Dua tragedi yang cukup menyeksakan menimpa atlet wanita. Mereka dihukum tidak setimpal dengan kesalahannyaKebetulan Sukan Olimpik edisi ke-27 ini dianggap istimewa sempena penyertaan satu abad wanita dalam Olimpik. Namun keistimewaan itu hilang berikutan tragedi yang

Page 13: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

menimpa gimnas remaja, Andreea Raducan, 16, ratu gimnastik dari Romania dan Jane Saville, 25, pelumba jalan kaki Australia.

Andreea kelihatan tenang sewaktu menghadiri mahkamah rayuan sukan di sini kelmarin kerana merasakan tidak bersalah. Pingat emasnya dalam acara all-around telah ditarik balik selepas ujian keatasnya didapati positif mengambil dadah larangan pseudoephedrine.

Andrea mendakwa ujian positif yang terdapat pada dirinya itu adalah disebabkan dia mengambil dua biji tablet yang diberi oleh

doktor kerana selsema.

Menurut pegawai pasukan Romania, Andreea meminta ubat tetapi kenapa doktor memberi ubat yang mengandungi bahan rangsangan yang dilarang dalam Olimpik.

Pingat emas yang sudah berada dalam genggaman dan sempat dikucup dalam penyertaan pertamanya pada Sukan Olimpik tiba-tiba ditarik balik.

Andreea adalah antara empat atlet yang ditarik balik pingat selepas didapati positif mengambil dadah larangan pada temasya Olimpik. Tiga lagi terdiri daripada dua peserta Bulgaria dalam acara angkat berat Izabela Dragneva - hilang emas dan Ivan Ivanov hilang pingat perak.

6.0 LANGKAH – LANGKAH MENGATASI PENAGIHAN DADAH DALAM SUKAN

Ujian air kencing yang lebih kerap diadakan Ujian tersebut perlu dilaksanakan secara rambang Atlet perlu dididik untuk mengetahui jenis ubat larangan seperti

anti-doping Undang-undang yang sedia ada perlu diperketatkan Melancarkankan kempen-kempen pencegahan dan pemulihan

dadah

Antara isu yang melibatkan langkah mengatasi penggunaan dadah di dalam sukan adalah:

BOLA SEPAK

Page 14: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Ujian air kencing yang lebih kerap perlu ke atas pemain terutamanya bola sepak negara ini bagi memastikan mereka benar-benar bersih daripada gejala najis dadah

sekurang-kurangnya ujian tersebut perlu dilaksanakan secara rambang dengan kekerapan seminggu atau dua minggu sekali ke atas para pemain pasukan negeri atau kelab (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah)

Walaupun ia melibatkan kos yang tinggi tetapi ia perlu melaksanakannya memandangkan imej negara perlu dijaga lebih-lebih lagi jika ia melibat pemain kebangsaan

FAM dan pasukan negeri atau pun kelab perlu menanggung kos pemeriksaan tersebut walaupun ia melibat perbelanjaan yang bukan sedikit

pemain-pemain perlu dididik untuk mengetahui jenis ubat larangan yang tidak boleh mereka ambil kerana tidak semua di kalangan pemain negara ini memiliki pengetahuan tersebut

undang-undang yang sedia ada perlu diperketatkan lagi bagi memastikan tidak ada pemain yang berani berkunjung ke pusat hiburan sehingga menyebabkan prestasi mereka turut terjejas

ATLET KEBANGSAAN

Wakil Negara ke Sukan Antarabangsa

Semua atlit yang akan beraksi dalam Sukan Komanwel Melbourne akan diwajibkan menjalani ujian air kencing dan diberi pendedahan mengenai anti-doping bagi memastikan kontinjen negara bersih daripada gejala pengambilan dadah terlarang

Atlit diberikan pengetahuan lebih komprehensif mengenai anti-doping ini kerana ada di antara atlit yang mengambil bahan-bahan atau ubat-ubatan tanpa mengetahui isi kandungannya dan akhirnya didapati mengandungi bahan terlarang.

SEPAK TAKRAW

Apapun tuduhan dilemparkan namun Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tetap bertekad untuk membersihkan namanya daripada dicemari gejala dadah.

Sehubungan itu, PSM menerusi kejohanan Piala Emas Khir Johari di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang, bermula esok hingga 18

Page 15: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Mei ini, akan memastikan tidak ada pemain yang terbabit dengan dadah disenaraikan.

Jadi, PSM dapat membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang berdisiplin dan bebas dari dadah.

Piala Emas Khir Johari adalah perintis 'kejohanan bebas dadah' anjuran PSM yang selepas ini akan disusuli Grand Prix (GP) kebangsaan di Perlis, Pahang dan anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur.

PSM juga berharap daripada kejohanan Piala Emas Khir Johari nanti akan lahir pemain berdisiplin tinggi dan bersih daripada dadah.

KEMPEN

1. Membesar Dengan Sukan

Dilancarkan oleh syarikat minuman bertenaga Milo yang mensasarkan untuk mendidik ibu bapa mengenai nilai positif sukan dalam pembangunan dan pembesaran anak mereka.

kempen ini mempromosikan enam nilai-nilai positif bersukan dalam pembentukan golongan muda kita iaitu semangat bekerjasama, keyakinan, perpaduan, daya saingan, disiplin dan kemanusiaan.

kempen ini begitu besar maknanya dalam mempromosikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang cergas, positif dan produktif dengan nilai-nilai murni.

2.‘Belia Benci Dadah’

Objektif kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa dadah itu adalah musuh utama negara dan usaha menentang habis-habisan adalah tanggungjawab semua.

Menyediakan aktiviti susulan kepada golongan belia supaya mereka tidak terlibat dengan gejala dadah dan seterusnya agar menjadi benteng kepada wabak ini daripada terus merebak.

Page 16: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat terhadap bahayanya penagihan dadah yang kian menular dan sukar dibendung tanpa kerjasdama yang erat dari semua pihak.

Beberapa program telah dikenal pasti dan perlu dilaksanakan dan seketeriat benci belia benci dadah dan juga skuad belia benci dadah akan ditubuhkan agar mereka ini akan menjadi telinga dan mata kepada kerajaan.

Dalam kebanyakan kes penyalahgunaan, status kemerosotan mental penagih bergantung kepada tempoh penagihan. Kebiasaannya, tempoh penagihan yang lama akan menyebabkan penagih menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut.

Oleh itu, nasihat "JAUHILAH BAHAYA DADAH" dan "JANGAN HAMPIRI DADAH" hendaklah diingat selalu. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan bahaya yang akan dihadapi oleh penagih, di samping membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

RASUAHKita sedar rasuah begitu serius terutamanya dalam sukan

bolasepak dan juga sukan-sukan bertaraf antarabangsa tetapi sayang badan yang ditugaskan untuk mengendalikan perkara rasuah tidak bertindak tegas tetapi sebaliknya pihak polis pula yang mengambil alih.

Di dalam kes rasuah bolasepak Liga Perdana dan Piala Malaysia memang disyaki berlakunya perbuatan rasuah dikalangan pemain-pemain. Walau bagaimana pun di dalam kes ini terdapat pula kejadian

Page 17: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

perjudian berikutan perbuatan rasuah oleh pemain-pemain tersebut. Oleh kerana kes ini lebih mirip kepada perjudian maka kes ini adalah lebih wajar dilakukan oleh pihak polis.

SEBAB RASUAH DALAM SUKAN

Pada kebiasaannya cuma sukan-sukan yang popular yang mana kaki-kaki 'bookie' berminat untuk menentukan pertandingan ataupun keputusan pertandingan kerana bola sepak adalah satu sukanyang popular.

Sukan lain seperti badminton kemungkinan tidak begitu besar kerana kalau mereka tidak bermain dengan bersungguh-sungguh, mudah untuk ditangkap.Jadi, sukan macam bola keranjang dan juga sukan-sukan lain, ada kemungkinan akan pada masa datang kelak kaki-kaki ‘bookie’ akan berminat, ini susah sedikit. Kalau pada masa dahulu sukan itu tidak popular, tidak ada ‘bookie’, sekarangini apa sahaja sukan dan lain-lainnya semua popular, kerana kaki-kaki ‘bookie’ masuk untuk mencari keuntungan. Ini adalah satu masalah kepada masyarakat apabila kita maju.

Bookie membeli perlawanan dengan menentukan pasukan mana yang akan menang dan sejumlah wang disogok kepada pemain tertentu untuk mencapai hasrat itu.

Menentukan dan mencapai kemenangan dengan cara yang mudahIngin menjuarai sesuatu acara atau pertandingan dengan mudah dan pantas

MALAYSIA ;ATLET RASUAH - JUMLAH TERLIBAT

Setakat ini hanya pemain-pemain bola sepak sahaja yang dikesan terlibat dalam menentukan keputusan pertandingan. Sejak bulan Januari 1995, seramai 6 pemain bola sepak telah dihukum buang daerah di bawah Akta Kediaman Terhad dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pula telah menggantung pemain-pemain berkenaan daripada bermain bola sepak seumur hidup.Setakat ini hanya sukan bola sepak sahaja yang diketahui terlibat dalam kegiatan menentukan keputusan-keputusan pertandingan. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Persatuan Bola sepak Malaysia untuk memperbaiki keadaan ini ialah:-

(i) Ahli-Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia diminta mengawasi dan menilai prestasi pemain dalam setiap perlawanan khususnya dalam aspek taktikal. Kejujuran seorang pemain akan mudah dikesan daripada persembahannya dalam setiap permainan. Semua pemain diberi khidmat kaunseling serta menjalani kursus motivasi. Mereka perlu diberi kaunseling bagi menghakis sikap kemewahan dan mengejar wang. Persatuan bola sepak negeri ataupun majikan harus menunaikan janji masingmasing kepada para pemain. Kelewatan pembayaran gaji serta ganjaran-ganjaran lain akan

Page 18: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

mendorong para pemain mencari wang daripada saluran lain terutama daripada kakikakijudi;

(ii) menggubal semula syarat-syarat kontrak pemain profesional.Kontrak yang ada sekarang ini lebih menjaga kepentingan pemain dan penggubalan ini membekalkan peruntukan pihak persatuan sebagai majikan menghukum pemain yang disyaki terlibat dalam amalan rasuah;

(iii) mensyaratkan semua pegawai dan pemain membuat pengisytiharan harta dan simpanan mereka;

(iv) menubuhkan jawatankuasa penapisan yang terdiri daripada ahli-ahli bebas yang akan mengesyorkan pemain-pemain yang disyaki terlibat dalam amalan rasuah supaya mereka digugurkan atau tidak diambil oleh mana-mana pasukan lagi;dan

(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli yang terdiri daripada bekas-bekas pemain. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk meneliti prestasi pemain yang disyaki melalui rakaman video.

ISU RASUAH DALAM SUKAN

MALAYSIA

o Khabar dari Vietnam mengaitkan pasukan negara dengan skandal rasuah bola sepak – kali ini pertentangan kedua-dua negara ketika separuh akhir Sukan Sea 2003 di Hanoi.

Akhbar An Ninh Thu Do melaporkan beberapa pemain Vietnam memperlahankan permainan dengan ‘cara meragukan’ ketika separuh akhir Sukan Sea 2003, sekali gus membenarkan Malaysia menyamakan kedudukan 3-3 selepas tertinggal 0-3 sebelumnya. Hanya gol pada masa kecederaan membolehkan Vietnam menang 4-3 dan layak ke final.

Sebelum ini, skuad negara turut dikaitkan dalam dakwaan rasuah di Sukan Sea Manila yang menyaksikan Vietnam menundukkan Malaysia 2 1, juga di separuh akhir.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, bagaimanapun menafikan wujud kaitan pendedahan terbaru itu dengan pemain negara.

Ibrahim, ketika itu adalah pengurus pasukan negara, berkata tiada langsung wujud perasaan syak wasangka terhadap pemain selepas kekalahan itu.

“Semua pemain begitu kecewa akibat kekalahan itu. Kerana bagi

Page 19: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

majoriti pemain seperti Akmal (Rizal Rakhli), (Norhafiz) Zamani Misbah, Irwan Fadly, Indraputra (Mahayuddin), Syamsuri (Mustafa) dan ramai lagi, itu adalah peluang terakhir mereka untuk cuba memenangi pingat emas Sukan Sea.

“Kerana itu saya langsung tidak meragui mereka. Perlawanan itu menyaksikan pemain kita berjuang habis-habisan. Malah selepas bangkit dan mengikat kedudukan 3-3, pemain terus berjuang kerana semua amat mahu layak ke final,” tegasnya.

Ibrahim bagaimanapun berkata FAM sedia menghulur segala bantuan perlu jika diminta oleh pihak berkuasa Vietnam yang telah memulakan siasatan rasmi berhubung kes berkenaan.

Vietnam kini menyaksikan krisis terhebat mengganggu sukan dengan perkembangan membabitkan kes rasuah bola sepak berkenaan menjadi tajuk utama akhbar tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Skandal itu juga mengakibatkan peletakan jawatan Naib Presiden VFF, Le The Tho dan pemecatan jurulatih Le Thuy Hai, seorang daripada tiga penolong kepada jurulatih kebangsaan, Alfred Riedl, oleh kelab Danang.

Beberapa lagi pemain dan pegawai sedang disoalsiasat mengenai dakwaan cuba mengatur keputusan perlawanan untuk sindiket pertaruhan.

ANTARABANGSA

Rasuah Sukan Antarabangsa (Sukan Sea)

Melalui pemerhatian, jika satu negara di Asia Tenggara ini menjadi tuan rumah (penganjur sukan SEA)  maka ia akan menjadi juara dalam pungutan pingat. (Kecuali Malaysia, Brunei dan Singapura), Umpamanya begini. jika Filipina menjadi tuan rumah maka, Ranking pertamanya adalah Filipina, Indonesia juga begitu dan seterusnya Thailand dan Vietnam.

ASEAN memang hebat digelanggang sendiri tidak kira negara mana pun.Di Filipina ,rasuah yang memang menjadi darah daging mereka dimana pengadil akan berat sebelah kepada orangnya sendiri.

Page 20: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Jika sukan ini berada diluar Filipina maka pungutan pingatnya tidaklah sebanyak seperti berada di Filipina itu sendiri malah menjadi ranking yang tercorot.

Semasa Malaysia memenangi Piala Thomas, heboh disana sini mengatakan Rashid Sidek sebagai jaguh kampung yang hanya hebat digelangang sendiri. Mungkin mereka tidak dapat menerima kemenangan Malaysia menjadi juara agaknya. Tapi setelah diperhatikan secara terperinci, hampir semua negara di ASEAN adalah jaguh kampung. Lihat nanti selepas ini, negara manakah akan menjadi penganjur dan lihat siapakah menjadi juara pungutan pingat.

Kebangkitan Vietnam dalam sukan SEA memang mengejutkan. Bagi Malaysia pula ia sememangnya mengekalkan pingat yang konsistent walaupun dinegara orang. Jika ia di adakan Malaysia sekalipun pungutan pingat emas sekitar 50 buah memang menjadi sasaran.

Rasuah: Jurulatih Vietnam disiasat

Jurulatih ternama kelab bola sepak Vietnam, Lam Nghe An dan seorang bekas pemain disiasat oleh polis berhubung tuduhan mengatur perlawanan pada Sukan SEA, kata media negeri.

Polis mula menyiasat jurulatih Nguyen Huu Thang yang digantung minggu lalu oleh pasukannya, kelmarin, kata akhbar harian Tuoi Tre.

Bekas pemain, Nguyen Phi Hung dituduh oleh media negeri sebagai terlibat dalam skandal menjual perlawanan, turut disiasat tetapi dipercayai meninggalkan negara, katanya.

Kedua-duanya menyertai senarai mereka yang semakin ramai disiasat kerana tuduhan `berkaitan dengan perlawanan yang diatur oleh beberapa pemain skuad kebangsaan Bawah 23 ketika Sukan SEA' di Filipina, katanya.

Polis dan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) enggan mengulas.

Empat pemain skuad Bawah 23 kebangsaan sudah pun ditahan kerana disyaki mengatur perlawanan itu. Empat jurulatih dipecat dengan salah seorangnya ditahan.

Skandal itu turut mengakibatkan peletakan jawatan Naib Presiden VFF, Le The Tho.

Jurulatih Song Lam Nghe An, Thang turut disyaki mengatur perlawanan ketika kejohanan profesional Liga V pada musim 2000-2001.

Laporan lain menyebut, bekas ketua jabatan sukan wilayah Nghe An dan bekas pengarah eksekutif kelab, turut disoal siasat mengenai ke Liga V.

Page 21: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Kata mereka, Song Lam Nghe An dan kelab timur laut, Haiphong mungkin digantung daripada bermain dalam Liga V yang dijangka bermula, tidak lama lagi.

Bola sepak Vietnam mendapat perhatian rapi beberapa bulan dengan polis menyiasat banyak tuduhan penipuan yang melibatkan berdozen pemain, pengadil dan jurulatih dalam Liga V.

Skandal itu mendapat perhatian yang lebih besar selepas beberapa pemain skuad kebangsaan digantung kerana mengatur perlawanan atas permintaan sindiket pertaruhan ketika Sukan SEA.

Thailand menewaskan Vietnam 3-0 dalam perlawanan akhir temasya itu.

KEGANASAN DALAM SUKAN

SEBAB-SEBAB TERJADINYA KEGANASAN

Untuk menyelamatkan diri setelah diserang pihak lawan

Untuk mempertahankan diri

Tidak dapat menahan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu contohnya keputusan pengadil

Tidak dapat menerima kekalahan pasukan

Terikut-ikut gelagat penyokong Barat dan AmerikaSelatan yang jelas tidak senonoh dan bermoral

ISU KEGANASAN DALAM SUKANMALAYSIA

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein menyelar aksi liar penyokong sepak takraw yang hampir mencetuskan pergaduhan ketika final Kejohanan rand Prix (GP) Kebangsaan Terbuka Selangor di Dewan MBSA, Ahad lalu. Kejadian itu merumuskan kekecohan membabitkan penyokong Selangor dan Kelantan itu bukan gambaran sebenar mengenai budaya sukan negara. Kejadian juga boleh membantutkan perkembangan dan pembangunan sukan negara keseluruhannya. Saingan hebat di antara Selangor dan Kelantan dalam saingan kemuncak pembuka tirai GP kebangsaan Ahad lalu bagaimanapun dicemari kekecohan membabitkan penyokong.

Kejadian membabitkan penyokong kedua-dua pasukan itu adalah

Page 22: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

pertama kali tercetus sejak GP diperkenalkan pada 1994 sekali gus mencemar sukan itu selepas isu ganja membabitkan pemain terbukti musim lalu.

Aksi liar penyokong kedua-dua pasukan tercetus sebaik perlawanan berakhir yang menyaksikan Selangor menundukkan Kelantan 2-1.

Penyokong Kelantan yang itu tampak memulakan insiden dengan membaling botol air mineral ke arah pemain Selangor yang sedang meraikan kemenangan.

Tindakan mereka itu jelas mengundang kemarahan penyokong Selangor yang lantas bertindak balas dengan membaling objek sama ke arah pemain Kelantan yang masih berada di dalam gelanggang.

Keadaan tidak dapat dikawal lagi apabila penyokong kedua-dua pasukan menyerbu ke dalam gelanggang dan mereka saling berbalas balingan yang menyaksikan kerusi plastic dan botol air mineral melayang-layang.

ANTARABANGSA

Pemain Everton, Duncan Ferguson dituduh melakukan keganasan oleh Persatuan Bolasepak England (FA).Penyerang antarabangsa Scotland itu diperintah keluar padang kerana menumbuk pemain Wigan, Paul Scharner .Dakwaan itu juga dikaitkan dengan tindakan Ferguson bertelagah dengan seorang lagi pemain Wigan, Pascal Chimbonda sebelum dia dilayangkan kad merah.Sabit kesalahan, Ferguson berdepan dengan hukuman digantung tiga perlawanan namun, tempoh itu boleh dilanjutkan.Ferguson diperintah keluar padang kerana menumbuk perut Scharner selepas tujuh minit dimasukkan selaku pemain gantian pada babak kedua perlawanan.Pengurus Everton, David Moyes menyifatkan kelakuan Ferguson bukan untuk menyelamatkan diri.

Page 23: Setiap individu berupaya meningkatkan kecerdasan …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view(v) menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli

Sokonglah secara semangat kesukanan dan cara yang sihat demi kepentingan dan pembangunan sukan negara keseluruhan.