pengumuman ahli-ahli baru suruhanjaya mycc

3
UNTUK TERBITAN SEGERA MEJA BERITA/EKONOMI 1 SIARAN BERITA PENGUMUMAN AHLIAHLI BARU SURUHANJAYA MyCC KUALA LUMPUR, 27 hb Ogos 2014 Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini telah mengumumkan pelantikan empat ahli Suruhanjaya yang baru serta pelantikan semula empat ahli Suruhanajaya yang terdahulu termasuklah Pengerusi MyCC, Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, berikutan penamatan penggal pertama ahliahli Suruhanjaya. Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Prof Dato’ Dr Sothi Rachagan, Ketua Eksekutif dan Naib Canselor Perdana University, Tuan Ragunath Kesavan, Peguam dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia juga telah dilantik semula bagi penggal kedua. Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff, Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), masih menjalani penggal pertamanya sebagai Ahli Suruhanjaya pada tahun ini. Ahliahli Suruhanjaya yang baru dilantik adalah seperti berikut: Dato’ Azmi Lateh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Berperanan sebagai wakil KPDNKK dalam MyCC, pengalaman Dato’ Azmi Lateh yang sangat meluas setelah 31 tahun memegang pelbagai jawatan dalam berbagaibagai jabatan kerajaan sangat berguna dalam peranannya sebagai Ahli Suruhanjaya MyCC. Sebagai Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Azmi mempunyai kefahaman mendalam mengenai suasana bekerja dalam sektor kerajaan dan ini memberikan beliau kemampuan tambahan bagi memastikan segala tugas dijalankan oleh Suruhanjaya dengan penuh tanggungjawab. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 8 Mei.

Upload: lecong

Post on 25-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUMUMAN AHLI-AHLI BARU SURUHANJAYA MyCC

UNTUK  TERBITAN  SEGERA  MEJA  BERITA/EKONOMI            

   

 

1    

SIARAN  BERITA    PENGUMUMAN  AHLI-­‐AHLI  BARU  SURUHANJAYA  MyCC    

 KUALA   LUMPUR,   27hb  Ogos   2014   –   Suruhanjaya   Persaingan  Malaysia   (MyCC)   hari   ini  telah   mengumumkan   pelantikan   empat   ahli   Suruhanjaya   yang   baru   serta   pelantikan  semula   empat   ahli   Suruhanajaya   yang   terdahulu   termasuklah   Pengerusi  MyCC,  Tan   Sri  Dato’   Seri   Siti   Norma   Yaakob,   berikutan   penamatan   penggal   pertama   ahli-­‐ahli  Suruhanjaya.    Datuk   Dr   Rebecca   Fatima   Sta   Maria,   Ketua   Setiausaha,   Kementerian   Perdagangan  Antarabangsa   dan   Industri   (MITI),   Prof   Dato’   Dr   Sothi   Rachagan,   Ketua   Eksekutif   dan  Naib  Canselor  Perdana  University,    Tuan  Ragunath  Kesavan,  Peguam  dan  bekas  Presiden  Badan   Peguam   Malaysia   juga   telah   dilantik   semula   bagi   penggal   kedua.   Datuk   Dr  Rahamat  Bivi   Yusoff,  Ketua  Pengarah,  Unit   Perancang   Ekonomi   (EPU),  masih  menjalani  penggal  pertamanya  sebagai  Ahli  Suruhanjaya  pada  tahun  ini.      Ahli-­‐ahli  Suruhanjaya  yang  baru  dilantik  adalah  seperti  berikut:      Dato’  Azmi  Lateh  Timbalan   Ketua   Setiausaha,   Kementerian   Perdagangan   Dalam   Negeri,   Koperasi   dan  Kepenggunaan  (KPDNKK)    Berperanan   sebagai   wakil   KPDNKK   dalam   MyCC,   pengalaman   Dato’   Azmi   Lateh   yang  sangat   meluas   setelah   31   tahun   memegang   pelbagai   jawatan   dalam   berbagai-­‐bagai  jabatan   kerajaan   sangat   berguna   dalam   peranannya   sebagai   Ahli   Suruhanjaya   MyCC.  Sebagai   Timbalan   Ketua   Setiausaha   KPDNKK,   Dato’   Azmi   mempunyai   kefahaman  mendalam  mengenai  suasana  bekerja  dalam  sektor  kerajaan  dan  ini  memberikan  beliau  kemampuan   tambahan   bagi   memastikan   segala   tugas   dijalankan   oleh   Suruhanjaya  dengan  penuh  tanggungjawab.  Pelantikan  beliau  berkuatkuasa  pada  8  Mei.                

Page 2: PENGUMUMAN AHLI-AHLI BARU SURUHANJAYA MyCC

UNTUK  TERBITAN  SEGERA  MEJA  BERITA/EKONOMI            

   

 

2    

Dato’  Ahmad  Hisham  bin  Kamaruddin  Rakan  kongsi  serta  pengasas  Hisham  &  Associates  dan  Perunding  Undang-­‐undang  Korporat      Dato’   Ahmad   Hisham   bin   Kamaruddin   mempunyai   lebih   daripada   tiga   puluh   tahun  pengalaman  undang-­‐undang.  Beliau   juga  menyandang   jawatan  Presiden  Tribunal  untuk  Mahkamah   Konsumer  di  Malaysia,   di   bawah   Kementerian  Perdagangan  Dalam  Negeri,  Koperasi   dan   Kepenggunaan,   dan   mempengerusikan   pendengaran   perbicaraan  pengguna  di  seluruh  negara.  Seorang  ahli  Majlis  Warisan  Malaysia,  beliau   juga   terlibat  secara   aktif   dalam   pemuliharaan   dan   pemeliharaan   warisan   di   Malaysia.  Berpengetahuan   yang   luas   dalam   bidang   undang-­‐undang   serta   merangkumi   bidang-­‐bidang   seperti   petrokimia,   minyak   dan   gas,   dan   harta   intelek,   syarikat   penerbangan,  perbankan  korporat,  dan  amalan  buruh,  akan  memberi  banyak  manfaat  kepada  MyCC.  Pelantikan  beliau  berkuatkuasa  pada  11  Ogos.      Dato’  Dr  Gan  Khuan  Poh  Ahli  Ekonomi  dan  Ahli  Perunding  Korporat    Dato’  Dr  Gan   Khuan   Poh  merupakan   seorang   ahli   ekonomi   yang  memiliki  pengalaman  lebih   dari   tiga   dekad   dalam   sektor   awam   dan   swasta,   termasuklah   Unit   Perancang  Ekonomi  dan  bidang  akademik.  Pengetahuan  beliau  yang  meluas  dalam  bidang  ekonomi,  kewangan   dan   ICT   adalah   sangat   berguna   bagi   Lembaga   MyCC.   Selain   itu,   kajiannya  terhadap   Economics   of   Regulation   and   Competition,   Distribution   Economics   and  Economic  Development  in  Emerging  Economies  dijangka  amat  berguna.  Pelantikan  beliau  berkuatkuasa  pada  15  Mei.        Dr  Zakariah  Abdul  Rashid  Pengarah  Eksekutif,  Institut  Penyelidikan  Ekonomi  Malaysia  (MIER)    Dr  Zakariah  Abdul  Rashid  yang  dahulunya  merupakan  Timbalan  Dekan  dan  Ketua  Jabatan  Ekonomi,   Sekolah   Pengajian   Siswazah   di   Universiti   Putra   Malaysia,   telah  menerbitkan  pelbagai   artikel   dan   menyunting   jurnal-­‐jurnal   akademik.   Selain   itu,   beliau   juga   telah  memberi  ceramah  dalam  pelbagai  acara  seminar  dan  persidangan,  antaranya  mengenai  pembangunan,  ekonomi  serantau,  Islamik  dan  antarabangsa.  Di  samping  itu,  beliau  telah  bertindak   sebagai   perunding   kepada   pelbagai   institut   penyelidikan,   dan   memainkan  peranan  penting  dalam  berbagai-­‐bagai  projek  ekonomi.  Pengetahuan  mendalam  beliau  dalam  bidang  Ekonomi  akan  banyak  membantu  MyCC  ketika  proses  pertimbangan  dan  perbincangan.  Pelantikan  beliau  berkuatkuasa  pada  27  Jun.        

Page 3: PENGUMUMAN AHLI-AHLI BARU SURUHANJAYA MyCC

UNTUK  TERBITAN  SEGERA  MEJA  BERITA/EKONOMI            

   

 

3    

Menurut   Akta   Suruhanjaya   Persaingan   2010,   ahli-­‐ahli   MyCC   dilantik   oleh   Perdana  Menteri  atas  nasihat  Menteri  Perdagangan  Dalam  Negeri,  Koperasi  dan  Kepenggunaan.  Selain   Pengerusi,   hendaklah   juga  mempunyai   empat   anggota   daripada   perkhidmatan  awam   -­‐   termasuk   seorang   wakil   daripada   Kementerian   Perdagangan   Dalam   Negeri,  Koperasi  dan  Kepenggunaan  serta  tidak  kurang  daripada  tiga  tetapi  tidak  lebih  daripada  lima   wakil   daripada   sektor   swasta.   Ahli-­‐ahli   juga   perlu   mempunyai   kepakaran   dalam  bidang   perniagaan,   undang-­‐undang,   ekonomi,   pentadbiran   awam,   persaingan   atau  perlindungan   pengguna.   Setiap   ahli   berkhidmat   untuk   tempoh   tiga   tahun   dan   boleh  dilantik  semula  kepada  Suruhanjaya  selama  dua  penggal  berturut-­‐turut.    Bagi  maklumat  lanjut  mengenai  Akta  Persaingan  2010,  sila  layari  www.mycc.gov.my.      

-­‐-­‐-­‐tamat-­‐-­‐-­‐  

 

Untuk  pertanyaan  media,  sila  hubungi:  Rowena  Wong,  Tel  +603  2273  2277  (ext  111),  Email:  [email protected]        Anis  Syafiqa,  Tel  +603  2273  2277  (ext  217),  Email:  [email protected]    Unit  Komunikasi  Korporat  Suruhanjaya  Persaingan  Malaysia  (MyCC)    

Suruhanjaya  Persaingan  Malaysia  (MyCC)  

Ditubuhkan   pada   Jun   2011,   MyCC   ialah   satu   badan   bebas   bertanggungjawab   untuk  menguatkuasakan   Akta   Persaingan   2010,   yang   dilaksanakan   untuk   menggalakkan  persaingan   sihat   yang   seterusnya   akan   merangsang   produktiviti   dan   inovasi,   lantas  mewujudkan  pilihan  produk  atau  servis  yang  lebih  banyak  kepada  pengguna  dan  kualiti  yang  lebih  baik  pada  harga  yang  berpatutan.  

Akta  ini  digunapakai  kepada  semua  aktiviti  komersil  yang  ditanggung  didalam  dan  diluar  Malaysia  yang  boleh  menjejaskan  persaingan  di  pasaran  Malaysia.   Ia  memberikan  satu  rangka   kerja   kawal   termasuk   kuasa  menyiasat,  menghakimi   dan  mengenakan   penalti-­‐penalti  kepada  pesalah  undang-­‐undang  persaingan.  

 Untuk   maklumat   lanjut   tentang   Akta   dan   MyCC,   sila   rujuk   laman   web  www.mycc.gov.my.