ikhlaslink secure takaful

6
IKHLAS link SECURE TAKAFUL Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda 3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 1 3/18/15 12:12 PM

Upload: vodung

Post on 06-Feb-2017

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

-

IKHLASlink SECURE TAKAFUL

Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 1 3/18/15 12:12 PM

Page 2: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

1

Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

Ini sepatutnya ada dalam senarai semak anda: pelan perlindungan yang boleh disesuaikan bagi memenuhi gaya hidup dan juga dompet anda. Ia boleh menjadi penyelesaian yang anda cari, pelan pada harga yang berpatutan yang melindungi semua keperluan hidup dan perlindungan kesihatan anda serta cukup fleksibel yang berubah mengikut keperluan anda. Ia adalah penyelesaian yang bersesuaian, untuk anda; pelan pintar yang mampu membantu anda memaksimumkan pulangan wang hasil usaha gigih anda.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 2 3/18/15 12:12 PM

Page 3: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

IKHLASlink Secure Takaful adalah jawapan kepada apa yang anda cari selama ini

IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh1.

2

Pelan perlindungan komprehensif bagi kejadian yang tidak dijangka

IKHLASlink Secure Takaful hadir bersama perlindungan Kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh3 (TPD) bagi memastikan anda sentiasa dilindungi, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti yang dinyatakan di atas, Amaun Perlindungan asas, beserta Nilai Aset Bersih (NAV) dari Unit dalam semua dana akan dibayar. Sebaliknya, jika anda memilih bagi menyerahkan atau meneruskan hingga Sijil Takaful matang, NAV bagi Unit dalam semua dana akan dibayar.

IKHLASlink Secure Takaful juga menyediakan untuk anda rangkaian manfaat pilihan yang komprehensif, seperti penyakit kritikal, kemalangan, bil hospital dan pembedahan serta pengecualian Sumbangan Takaful bagi memastikan kesinambungan perlindungan anda. Ia adalah pilihan anda sepenuhnya bagi memilih rider-rider untuk ditambah kepada pelan asas anda. Contohnya anda boleh memilih hanya rider kad perubatan atau menggandingkannya dengan perlindungan Penyakit Kritikal bagi mendapatkan perlindungan yang lebih meluas.

Dana Berkaitan Pelaburan pilihan anda

Anda bebas untuk membentuk suatu portfolio pelaburan yang sihat bagi mendapatkan pulangan4 yang lebih tinggi sepanjang horizon pelaburan jangka sederhana hingga jangka panjang dengan memilih bagi melabur dalam mana-mana dana-dana Berkaitan Pelaburan, bergantung pada toleransi risiko peribadi dan matlamat kewangan anda. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional kami yang membolehkan anda menerokai sumber, kepakaran dalam pelaburan dan pengalaman mereka untuk jaminan dan ketenangan fikiran anda. Anda perlu sedar bahawa risiko yang rendah dikaitkan dengan potensi pulangan yang rendah, manakala risiko yang tinggi dikaitkan dengan potensi pulangan yang tinggi. Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai dana-dana ini, sila rujuk Helaian Fakta Dana individu.

Satu Sumbangan Takaful yang merangkumi semua manfaat

Hanya dengan satu paras jumlah Sumbangan Takaful, anda boleh memilih bagi melindungi semua atau hanya rider-rider pilihan tertentu, menjadikannya mudah dan tidak menyukarkan bagi anda membuat bajet Sumbangan Takaful bulanan2.

1 Contohnya, dengan Sumbangan Takaful bulanan sebanyak RM300, anda boleh memilih bagi menggabungkan dan menyesuaikan perlindungan untuk pelan asas dan rider-rider.

2 Tertakluk kepada jumlah baki unit yang mencukupi dalam akaun pelaburan bagi menyertai rider-rider pilihan. 3 Sebelum umur 65 tahun dan tertakluk pada maksimum sebanyak RM1,500,000 (dewasa) atau RM500,000 (kanak-kanak, 16 tahun ke bawah) bagi setiap

Orang Yang Dilindungi. Pengecualian standard dikenakan untuk TPD seperti yang disenaraikan di dalam Sijil Takaful.4 Prestasi sebelum ini tidak menjamin prestasi akan datang. Pulangan sebahagian besarnya bergantung kepada prestasi pasaran. Oleh itu, nilai pelaburan/

manfaat Sijil Takaful mungkin naik ataupun turun bergantung pada keadaan pasaran. Dengan itu, baki mungkin meningkat melebihi atau jatuh kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang dibayar.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 3 3/18/15 12:12 PM

Page 4: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

3

Dana Berkaitan Pelaburan

Dana Growth Objektif utama dana ini adalah melabur dalam ekuiti yang patuh kepada Syariah dan disenaraikan bagi menyediakan pertumbuhan modal bagi jangka sederhana hingga jangka panjang melalui kepelbagaian pelaburan dalam portfolio yang berasaskan pertumbuhan. Dana jenis ini mampu menarik pelabur yang berminat dengan pertumbuhan dana dan sanggup menerima risiko yang lebih tinggi dalam pulangan pelaburan. Keuntungan yang diperolehi akan dilaburkan semula secara automatik bagi memberikan pertumbuhan modal dan akan ditunjukkan dalam peningkatan NAV dan seterusnya harga unit.

Dana BalancedObjektif dana ini adalah mencapai pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang melalui pelaburan ke dalam ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan, sekuriti hutang dan aset-aset patuh Syariah lain. Dana ini menyediakan gabungan yang seimbang antara pendapatan dan ekuiti.

Dana Fixed IncomeObjektif dana ini adalah menyediakan pengekalan modal sepanjang jangka pendek dan jangka sederhana dengan melabur terutamanya di dalam sekuriti pendapatan tetap Malaysia yang patuh Syariah dan instrumen pasaran wang.

Peruntukan Sumbangan Takaful

Sumbangan Takaful adalah dibayar berdasarkan kadar seperti dalam ilustrasi di bawah (berdasarkan Sumbangan Takaful tahunan sebanyak RM1,000). Sumbangan Takaful yang diperuntukkan akan digunakan bagi melanggan unit-unit dalam dana pilihan anda.

Tahun Sijil Takaful 1 2 3 4 5-6 7-9 10 & ke atas

Jumlah Sumbangan Takaful (RM) 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000

Peruntukan Sumbangan Takaful 40% 40% 60% 60% 80% 90% 100%

Peruntukan Sumbangan Takaful (RM) 400 400 600 600 800 900 1,000

Caj-caj

Sebilangan unit dalam akaun pelaburan akan ditolak bagi membayar yuran -yuran dan caj-caj di bawah Sijil Takaful. Ini termasuk caj-caj bagi Amaun Perlindungan asas dan manfaat pilihan lain.

Tahun Sijil Takaful 1 2 3 4 5-6 7-9 10 & ke atas

Yuran Wakalah* 60% 60% 40% 40% 20% 10% 0%

Komisyen 40% 40% 25% 25% 15% 0% 0%* Yuran Wakalah termasuk komisyen

Jika tempoh kurang dari 20 tahun, Takaful IKHLAS akan mengurangkan caj sewajarnya.

IKHLASlink Secure Takaful adalah berdasarkan Model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan Yuran Wakalah sebagai peratus dari Sumbangan Takaful bagi tujuan pengurusan perniagaan.

Manfaat-manfaat lain

• Sumbangan Takaful bulanan yang berpatutan dari serendah RM80 sebulan.

• Fleksibiliti untuk mengubah jumlah perlindungan dan jumlah pelaburan bagi menyesuaikan dengan gaya hidup semasa anda.

• Ciri penambahan bagi memaksimumkan potensi pelaburan anda. 94.75% dari jumlah penambahan itu akan dilaburkan ke dalam dana Berkaitan Pelaburan pilihan anda.

• Pengeluaran separa wang tunai pada bila-bila masa anda memerlukan wang tunai dengan segera. Kebarangkalian luput akan lebih tinggi sekiranya pengeluaran sebahagian dibuat.

• Pertukaran antara dana-dana pelaburan berdasarkan tahap risiko anda yang berubah.

Jangan lupa !

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 4 3/18/15 12:12 PM

Page 5: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

4

Mengapa Takaful IKHLAS ?

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad dan didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami memberi keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah “kemudahan berurusan” dengan semua rakan perniagaan kami terutamanya – Pelanggan kami. Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Orang yang Dilindungi.

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

a. Tabarru’ bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

b. Wakalah bermaksud agensi. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat mengenakan yuran Wakalah.

Caj-caj Lain

Caj Penerangan

Caj Tabarru’ Unit akan ditolak pada awal setiapbulan. Caj tambahan mungkin dikenakan bagi kes-kes sub-standard tertakluk kepada pengunderaitan

Yuran Pengurusan Dana 1.00% - 1.50% setahun

Yuran Penukaran Lima pertukaran percuma dalam satu tahun Sijil Takaful. Pertukaran seterusnya pada satu peratus (1%) daripada jumlah pertukaran tertakluk kepada maksimum RM50 bagi setiap pertukaran

Yuran Pengurusan Sijil Takaful

RM72 setahun dan RM25 dikenakan untuk setiap penambahan

Yuran Pengeluaran Sebahagian

Tahun pertama – 3%Tahun kedua – 2%Tahun ketiga – 1%Seterusnya – 0%, sehingga maksimum RM50 bagi setiap pengeluaran

Yuran Penyerahan Maksimum RM50

Duti setem RM10 keatas setiap Sijil Takaful

Pengecualian-pengecualian

1. Jika Orang yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri di dalam tempoh satu (1) tahun bermula pada tarikh Sijil Takaful berkuatkuasa, atau meninggal dunia disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, tiada manfaat akan dibayar di bawah Sijil Takaful ini. Syarikat akan membayar balik baki dari dana-dana unit dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, kepada keluarga terdekat Orang yang Dilindungi.

2. Manfaat tidak dibayar untuk TPD yang berlaku secara langsung atau tidak langsung dari mana-mana sebab berikut:

a. Peperangan, penaklukan, tindakan musuh asing, perseteruan atau operasi seperti peperangan (sama ada diisytiharkan ataupun tidak) atau perang saudara;

b. Pemberontakan, rusuhan, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat;

c. Sebarang kegiatan keganasan. Untuk tujuan ini kegiatan keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan-kerajaan, melakukannya di atas sebab-sebab politik, keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam ketakutan;

d. Disebabkan oleh atau lanjutan daripada bunuh diri atau cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja atau di bawah pengaruh alkohol atau narkotik atau dadah atau ketidaksiuman atau disebabkan oleh penyakit kelamin;

e. Ketidakupayaan yang ditanggung oleh Orang yang Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila Orang yang Dilindungi berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan;

f. Keilatan bermula sebelum penerimaan perlindungan;g. Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang

yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya;h. Jika Orang yang Dilindungi berada di bawah pengaruh

alkohol atau ubat-ubatan lain selain daripada arahan seorang pengamal perubatan berdaftar;

i. Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang menggunakan alat pernafasan tiruan;

j. Kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran radioaktif;

k. Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Melawan Penyakit (AIDS) dan sebarang keadaan yang berkaitan dengan AIDS.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-pengecualian.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 5 3/18/15 12:12 PM

Page 6: IKHLASlink SECURE TAKAFUL

5

Nota Penting

a. Brosur ini adalah sebagai maklumat umum sahaja. Ini bukan kontrak Takaful. Syarat-syarat yang dinyatakan adalah tidak menyeluruh dan tidak lengkap. Anda perlu merujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk (PDS) dan Ilustrasi Manfaat bagi mendapatkan maklumat lanjut, di mana anda boleh mendapatkan kedua-duanya dari ejen Takaful yang memberi perkhidmatan kepada anda. Anda juga perlu mempertimbangkan yuran-yuran dan caj-caj yang terlibat.

b. Takaful IKHLAS berhak menyemak semula kadar, yuran dan caj, manfaat, tempoh dan syarat. Peserta Takaful akan dimaklumkan mengenai semakan semula ini secara bertulis.

c. Anda perlu berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan Sumbangan Takaful yang dibayar di bawah pelan ini adalah jumlah yang anda mampu bayar. Menyertai pelan Berkaitan Pelaburan adalah komitmen jangka panjang dan anda dinasihatkan supaya tidak menyertai Sijil Takaful ini dalam tempoh yang pendek kerana kos permulaan yang tinggi. Anda boleh membatalkan Sijil Takaful anda dengan memulangkan Sijil Takaful kepada Takaful IKHLAS dalam tempoh lima belas (15) hari selepas anda menerima Sijil Takaful tersebut. Takaful IKHLAS akan membatalkan serta-merta selepas penerimaannya dan jumlah yang dipulangkan adalah mengikut terma dan syarat Sijil Takaful.

d. Sekiranya tiada Sumbangan Takaful selepas tamat tempoh ihsan, Syarikat mempunyai hak untuk menggunakan nilai yang ada sebagai pendahuluan untuk bayaran Tabbaru’ dan Sijil Takaful akan “dikuatkuasakan di bawah PIA” sehingga jumlah di dalam dana-dana unit kurang dari jumlah yang diperlukan untuk bayaran Tabbaru’. Semasa tempoh ini Sijil Takaful masih lagi berkuatkuasa dan sekiranya Sumbangan Takaful masih belum dijelaskan selepas jumlah dana-dana unit tidak mencukupi untuk melakukan bayaran pendahuluan seterusnya, Sijil Takaful akan lupus dan tidak mempunyai nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

TAKAFUL IKHLAS BERHAD (593075 U)(Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad)

Jabatan CRM, IKHLAS PointTower 11A, Avenue 5, Bangsar South

No. 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur

Tel: 03-27239999 Faks:03-27239998Website: www.takaful-ikhlas.com.my

E-mail: [email protected]

e. Sekiranya Sijil Takaful luput, penguatkuasaan semula yang dibenarkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Takaful IKHLAS.

f. Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar yang diisytiharkan pada akhir setiap Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful.

g. Jika penyertaan anda melibatkan Sumbangan Takaful yang besar sebanyak RM5,000 dan ke atas, anda wajar mempertimbangkan bagi menyertai pelan Berkaitan Pelaburan dengan Sumbangan Takaful tunggal berbanding dengan pelan Sumbangan Takaful berkala memandangkan ia menawarkan kadar peruntukan yang lebih baik untuk pelaburan.

h. Jumlah yang akan dikecualikan daripada cukai pendapatan untuk Sumbangan Takaful dan EPF adalah sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada persetujuan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

i. Caj kami tidak termasuk cukai yang dikenakan pada masa akan datang (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)). Setelah perlaksanaan GST, kami berhak untuk mengutip semula sebarang GST yang dikehendaki dibayar oleh undang-undang.

j. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada infoinsurans mengenai ‘Takaful Berkaitan Pelaburan’, yang disediakan di semua cawangan kami atau anda boleh mendapatkan salinan dari Ejen Takaful atau melayari

www.insuranceinfo.com.my

Ini adalah produk Takaful yang terikat dengan prestasi aset-aset pendasar, dan bukanlah produk pelaburan sebenar seperti ‘amanah saham’.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 6 3/18/15 12:12 PM